Monday, September 27, 2010

Kalah Pemilihan : MP Teluk Kemang Letak Jawatan ?

Dalam ramai-ramai pemimpin PKR yang kalah dalam pemilihan setakat ini hanya Datuk Kamarul Baharin Abbas sahaja yang dilihat dapat menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka. Tidak seperti sesetengah yang lain yang sibuk memprotes kemenangan lawan mereka dan sukar menerima kekalahan.

Tetapi dalam kita nampak yang Datuk Kamarul dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka lain pula kenyataan yang dikeluarkannya. Nampak seperti kecewa dan sudah berpatah arang berkerat rotan.

Datuk Kamarul dalam kenyataan di facebooknya semalam dan sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah media anti melayu dan Islam semalam berkata seperti dibawah.

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."

Sumber dari sini

Jika kita amati betul-betul kenyataannya itu menggambarkan beliau kecewa kerana ahli-ahli partinya yang ingin memberitahu kepada pengundi Telok Kemang bahawa mereka sebagai ahli-ahli parti menolak Datuk Kamarul sebagai wakil rakyat.

Ayat yang dimerahkan itu, dia cuba memberitahu yang dia akan berundur dan akan memberikan laluan kepada sesiapa secepat mungkin. Dia menggambarkan yang dia akan meletak jawatan sebagai MP secepat mungkin dan ingin beri laluan kepada orang lain.

Mungkin kita akan menghadapi sekali lagi pilihanraya kecil di Negeri Sembilan selepas Bagan Pinang. Jika benar kerusi itu dikosongkan, saya merasakan yang BN tidak akan bertanding kerana mereka telah membuat ketetapan sebelum ini yang BN tidak akan bertanding dimana-mana kerusi yang sengaja dikosongkan sepertimana yang berlaku di Dun Penanti tahun lepas.

Apa-apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya, mungkin juga Datuk Kamarul acah-acah sahaja untuk menarik perhatian pemimpin atasan PKR agar memberikan jawatan di peringkat pusat kepadanya kelak. Atau mungkin juga dia ada hajat terselindung yang lain yang tidak diketahui oleh kita semua.

6 comments:

Anonymous said...

orang melayu mula disingkir dalam PKR

Anonymous said...

pencen je la tokkk...wat apa nak sokong parti tak dak masa dpn tuu...jaga cucu kat romah lg baekk......

din

Anonymous said...

bro,

PKR kini dalam 'self-destruct mode'

saya berdoa Melayu bertautr kembali.

Anonymous said...

Bro..tarbiyah dari BABI dh mjadi!! mAlaySiA bkn MElayu punya..hahaha.. RaSaKaN

Anonymous said...

hahhaha APA AKU KISAH ..... signal tu PRU 13 PKR tumbang laa tu hahaha APA AKU KISAH ...

cafemlm.com said...

Bro ...

dia sebenarnya tak dapat terima

kekalahan dia..

statement dia tu berbau ugutan..

minta dipujuk...

tak caya...sama2 kita tunggu..

puak2 ni tak bolih pakai sangat

cakap mereka...depa ni hipokrit..

tu lar..sombong sangat..perlekeh

bangsa sendiri...last sekali..

kena kencing ngan bangsa lain...

halo..kawan..Ko tak tahukah..

majoriti ahli PKR TK tu bangsa

apa yang jadi ahli PKR..he..he

cafemlm