Tuesday, September 21, 2010

Ketua Pemuda Umno Selangor Perlu 'Disembelih' Hayat Politiknya

Saya tak tahu nak kata apa lagi dengan manusia dalam gambar seperti diatas. Peluang demi peluang yang diberikan kepadanya tetapi tidak pernah berubah.

Tempohari saya difahamkan dia telah dipaksa meletak jawatan oleh orang atasan, kemudian dia buat surat dan serah kepada KJ.

Selepas hantar surat kepada KJ, dia pergi jumpa orang itu dan orang ini, merayu-rayu sampai nak menangis meminta supaya beri peluang sekali lagi kepadanya dan dia akan buat kerja sungguh-sungguh.

Rayuannya diterima dan dia diberi peluang lagi. Lalu surat perletakan jawatannya dipulangkan kembali oleh KJ kepadanya.

Dua bulan berlalu, tiada apa yang dilakukan olehnya. Malam tadi sekali lagi dia menunjukkan sikap biadabnya. Klik di sini.

Bukan sahaja setakat dia yang tidak hadir, ada lagi beberapa ketua pemuda bahagian juga yang tidak hadir. Klik di sini

Kalau begini caranya, saya BN Selangor boleh lupakan sahaja hasrat mereka untuk menawan balik Selangor. Kalau rasa nak tawan juga, maka BN harus bertindak sekarang. Bersihkan manusia-manusia api dalam sekam atau gunting dalam lipatan seperti Suhaimi.


4 comments:

ewanSEPANG said...

Ape komen ngan statement Lokman Adam???? Dia kata semua tu fitnahhh.... Blog ni ambik benda fitnah jadi berita rupanya nooo..... Taubat laaa.......

Musang Terbang said...

Tuan,

Sudah sampai masa jika seseorang itu tidak hormatkan ketua, maka dia terpaksa dihantar pergi.

Dalam politik, kita kena pandai mengikut ketua. Jika sudah rasa pandai sangat, maka bertandinglah untuk mengalahkan Ketua yang lain. Jangan hanya pandai lempar batu sembunyi tangan.

Jika akibat tindakan dia, maka beberapa Ketua Pemuda lain tidak hadir ke program Ketua yang lebih besar, maka pecatlah sahaja dia. Ketua yang lebih besar dari kita kenalah dikuatkan.

Jika kita lemah, dan ketua yang lebih besar kita lemahkan, maka lemahlah parti. Orang sebegini seharusnya dicincang semalam, bukan hari ini atau esok.

Maka Ketua dia yang dipertengahan harus mengajarnya beradab. Kita mahu dalam saf pimpinan semua faham tanggjungjawab masing - masing. Kalau sekadar ingin menumbuk rusuk rakan - rakan atau Ketua yang lebih besar hentikan sahaja.

Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan.

MUSANG TERBANG

Cencaluk said...

Orang yang semacam ni jangan diberikan peluang walaupun dia bersumpah dengan menggunakan Al-Quran.

Bro mana di dapat duit sampai 1 juta lebih untuk pendahuluan Tanah. Bukankah dia orangnya yang terlibat dengan peguamn pembunuh tu?

Noor Faiza said...

Salam RBF,

Boleh tolong jawab tak tuduhan mengenai anda di blog anak omak.

Terima kasih