Monday, September 27, 2010

Mari Lihat Kekecohan PKR

Gambar dipetik dari blog Papa Gomo

Saya sengaja memilih untuk memasukan semua berita berkenaan kekecohan pemilihan PKR di Selangor semalam yang disiarkan oleh Sinar Harian edisi sentral (KL dan Selangor). Mungkin untuk Sinar edisi negeri-negeri lain tidak melaporkan berita ini.

Tujuannya untuk membolehkan rakan-rakan kita atau rakyat yang tinggal di negeri-negeri lain melihat apa yang terjadi dalam PKR di Selangor dan pengajaran kepada mereka supaya jangan memilih PKR di negeri anda dalam PRU akan datang.

Jangan hanya percayakan kepada badut-badut sarkas di atas pentas ceramah di tempat anda. Cerita mereka hanya indah khabar dari rupa. Anggaplah badut-badut yang datang berceramah itu hanya untuk hiburan anda semata-mata dan mereka tidak ubah seperti pemuzik-pemuzik jalanan di sekitar Central Market dan Jalan TAR.

Pemuzik jalanan akan menadah kain selepas menyanyi di tepi jalan, begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pas dan PKR. Semasa ceramah berjalan, kantung-kantung akan bergerak menadah wang dari poket anda. Habis ceramah sebahagian wang tersebut masuk poket penceramah sebagai bayaran untuk menghiburkan anda.

Apa yang terjadi di Selangor semalam, sudah cukup untuk membuktikan betapa orang-orang PKR pelahap kuasa. Selama ini mereka sering mengata kepada Umno kononnya gila kuasa. Kuasa Allah maha kaya, sekarang telah terbukti siapa yang lebih gila.

Suasana di dewan-dewan tempat pemilihan semalam tidak ubah seperti di pusat pengundian pilihanraya. Siap dengan pondok panas, perayu undi dan kenderaan mengangkut pengundi.

Semua orang berebut nak jadi pemimpin PKR di Selangor, kerana apa ? Kerana semua nak jadi wakil rakyat dan exco dalam pru akan datang. Kononnya mereka masih yakin yang mereka akan mengusai Selangor dalam pru akan datang.

Saya pernah kata sebelum ini, sebelum pru 2008 beruk pun tak nak pegang jawatan dalam PKR. Puas memujuk dan berkejar untuk beri jawatan. Sekarang ? yang tak lulus SRP seperti Mahfuz Omar pun berebut-rebut nak pegang jawatan.

Lihat dan bacalah satu persatu apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian di bawah. Saya ulang sekali lagi, ianya dilaporkan oleh Sinar Harian iaitu akhbar kesayangan juak-juak PKR dan Pas. Bukannya dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Kalau Utusan yang lapor nanti ada pula yang kata itu semua permainan jahat Umno.

Sila double klik pada imej untuk membacanya dengan jelas.



Ikuti juga laporan yang disediakan oleh rakan blogger MIK di sini

1 comment:

Pak Andak said...

Sungguh pun berbaling kerusi bergaduh dan huru hara masa mesyuarat, soalnya adakah ini memberi pengajaran kpd rakyat kita tentang apakah wajah parti Pkr ini?

Saya percaya, hanya rakyat yg tak berakal lagi bodoh sombong saja yg masih ingin mengundi Pkr sebagai pemerintah mereka pd PRU 13 nanti.

Ahli Pkr yg gila kuasa nampaknya semakin rakus ingin menambahkan kuasa mereka, yg jd mangsa adalah rakyat. Mereka nyata semakin dibodohkan hanya kerana nak bagi kuasa kpd Anwar menjadi PM.