Tuesday, September 28, 2010

Masya Allah, Solat Orang Mati Pun Nak Bohong


Harakahdaily hari ini melaporkan kononnya 3000 orang hadir solat jenazah Adun Galas yang diimani oleh Nik Aziz sebaik sahaja jenazah tiba di Masjid Tengku Faiz Gua Musang malam tadi. Klik sini

Saya sungguh terkejut melihat berita tersebut. Ini kerana pada jam 3.30 pagi tadi saya melihat satu-satu blog untuk mengetahui berita pengkebumian Adun Galas.

Blog yang paling awal melaporkan berita tersebut dan menyiarkan gambar adalah blog Guano Manik Urai. Klik sini

Malam ini apabila saya buka harakahdaily, saya sungguh terkejut apabila melihat mereka melaporkan 3000 orang yang hadir solat jenazah.

Gambar dibawah saya petik dari blog tersebut.

Adakah ada 3000 orang jemaah dalam gambar itu ?

Kalau benar 3000 orang sudah pasti harakahdaily akan menyiarkan gambar tersebut, bukannya menyiarkan gambar jenazah dalam van.

Soal solat pun mereka nak menipu. Apa faedahnya ?

Pembohongan dan harakah sudah tidak dapat dipisah lagi walaupun serban sebesar bakul atas kepala.

Ingat harakah, ingat bohong dan ingat fitnah.



22 comments:

Anonymous said...

haprak daily dah memang lidah utusan iblis di gunakan olih wali syaitan dan pengikut pengikut nya untuk bawa bidaah fitnah dan pembohongan. Kalau lah dah sesat jangan lah lagi hendak menyesatkan. Tapi dek nafsu serakah nak sangat dapat undi untuk berkuasa dan peluang mengumpul harta semua yang ada didalam Kalamullah Al Quraan dan hadith rasullullah swt pun sanggup di lacur dan di gadai demi mengejar duniawi mengikut nafsu serakah politik sempit.

Anonymous said...

rbf:
tuan tidak ada di tempat itu, mana tau sama ada betul atau tidak, adalah lebih baik diam saja kalau tipu biarlah yang tanggung orang yang buat dakwaan, kalau benar macam mana pula...lagi pun orang dah mati buat apa kecoh2...

Anonymous said...

masyaallah semayang jenazahpun nak politikkan.dunia akhir zaman.

Anonymous said...

Salam RBF
Kalau satu baris ada 20 x 7 baris, baru ada 140 orang. Nampaknya orang hamPAS dulu tak belajar matematik. Kira untung pelaburan pun tak reti. Inilah satu2nya parti yang paling sengkek dalam Malaysia. Melayu tak, Islam pun tak!

Anonymous said...

kalau dah dasar auta,apa-apa perkara pun bikin auta,kahkahkah...

Anonymous said...

kira ikut cara mr. bean kira biri-biri,

5 baris x 100 setiap baris = 500
10 baris x 100 setiap baris = 1000
15 baris x 100 setiap baris = 1500
20 baris x 100 setiap baris = 2000

OK ....

Anonymous said...

3000 termasuk jin dan orang2 yang kat luar masjid tu kot...dan termasuk yang solat kat rumah agaknya...

Anonymous said...

Ikut tukang kira harakah, 3 ribu la tu!

Haha

Anonymous said...

Bilangan yang hadir dalam apa jua upacara adalah gambaran sambutan yang diberikan oleh para hadirin kepada upacara berkenaan.

Kalau upacara berkenaan ada kaitan dengan politik maka ia adalah gambaran sokongan kepolitikan terhadap parti yang menganjurkan upacara berkenaan.

Seperti lazimnya, dalam politik, para juak dan balaci kalau boleh ingin mendengar cerita-cerita yang sedap lagi mengujakan saja dan meskipun ia sekadar cerita reka-rekaan atau yang diperbesar-besarkan bukanlah menjadi kisahan pada mereka.

Bayangkan kalau dalam satu majlis yang dihadiri oleh pemimpin sebuah parti hanya turut diiringi oleh ratusan penyokong saja dan kalau itu yang dilaporkan oleh lidah rasmi parti makanya sudah tentu editor kanan akan diberikan kata dua: putar atau beredar!

Kah-Kah-Kah

Anonymous said...

erkk korang tak nampak ada jin, malaikat dan bunian yang solat sekali. maklumlah ahli umno mana boleh nampak semua2 tuh. ahli pas kan dah dibuka hijab dan mendapat jaminan syurga. he he he. jangan marahhh ar..

LanChiauSan

Anonymous said...

kalau pun RBF tiada di sana, kita kena rasional...mustahil harakah tidak mahu siarkan foto org beramai2 bersolat jenazah kalau apa yang didakwanya itu benar

Anonymous said...

bukan apa bro pasai depa punya murshitul jadi iman tu yang spin smpai 3 ribu .... giler ker hapa depa nie ..... tak paham aku ...

Anonymous said...

barangsiapa yg taknampak 3ribu jemaah tu maknanya dia anak luar nikah!

kah kah kah!

Anonymous said...

depa ambik kira nyamuk-nyamuk dan semut-semut kat dalam kawasan masjid sekali kot....ishhhhhh hang ni pon...orang PAS mana pernah kelentong orang..kan depa orang-orang baik-baik belaka dan jgn dok lupa depa umat terpilih ke syurga semuanya...hmmmm hang tauuuuu..

Tok Nik said...

Pok Nik tuhan beri kuota yang berbeza. Dia sorang kira 3000 orang. Itu kuasa Pok Nik yang dok menipu ramai orang-orang PAH.

Arif Omar said...

akhbar lidah bercabang, biasalah. kata bebas sangat. kata utusan akhbar kerajaan dan dikongkong. harakah tak dikonggkong ke. berita mengenai kekecohan dalam pas langsung tak dipaparkan. siapa yang kongkong siapa

Anonymous said...

3000???. aku tak percaya...kalau 300 tu aku percaya. Haprak Daily penipu besar.

Anonymous said...

Harakah cume nak menTAKSUBkan pengikut-pengikutnya yang TAKSUB supaya lebih TAKSUB.. IF UNDERSTAND, GOOD..

Anonymous said...

Harakah cume nak menTAKSUBkan pengikut-pengikutnya yang TAKSUB supaya lebih TAKSUB.. IF UNDERSTAND, GOOD..

Anonymous said...

apesal tak tarok 4 billion jer terus. alang2 tipoo biar nampak betol2 tipoo... hehe..

Anonymous said...

aku cuma nak tanya kolah.....


Sebab apa ko terkejut dengan kehadiran 3000 orang? biasanya lagi ramailah, masa ARWAH TOK GURU FADHIL NOOR lagi ramai.

HARAKAH Tak retorik dan politik, buat apa nak bangga2kan, cuma nak diberitakan kepada AHLI2 PAS.

Inikan pula di Kawasan KELANTAN, Tak mustahil langsung jumlah 3000 orang.

SOLAT JENAZAH, tak semestinya, sekali saja boleh buat, 2-3 kali pun boleh buat. Mungkin ada jemaah yang terlewat, boleh dibuat lagi oleh orang lain..... Nak SOLAT GHAIB pun boleh.

Sebut GHAIB2 nih, takut hangpa kata SESAT pulak. BELAJARLAH ISLAM!!!!

shleep said...

kalo ader yg buat solat ghaib, xkira la jumlahnya 3000