Monday, September 27, 2010

Mohon Rakan-Rakan Blogger Hormati Keluarga Orang Mati

Saudara kita iaitu Adun Galas, Che Hashim telah meninggal dunia jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Kampung Baru KL kerana penyakit kanser usus.

Akhirnya beliau pergi mengadap maha pencipta pada usia yang masih muda setelah sekian lama bertarung dengan penyakit.

Sama-sama kita doakan agar segala urusannya dipermudahkan, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Kepada rakan-rakan blogger yang sealiran pula, saya mencadangkan agar kita tidak berbicara mengenai pilihanraya kecil Dun Galas untuk tiga hari di laman-lama blog kita, demi menjaga hati dan perasaan keluarga Allahyarham yang masih bersedih dengan pemergian orang yang tersayang.

Jangan kita bergembira disaat orang lain sedang bersedih. Tidak kiralah orang yang bersedih itu adalah musuh politik.Politik hanya mainan dunia,persaudaraan sesama Islam kekal abadi. Pegang pada satu prinsip sahaja, tidak kira apa fahaman politik tetapi kita tetap mengadap tuhan dan kiblat yang sama.

Tiga hari bukan lama, kalau rasa gian sangat sabar seketika. Khamis boleh menulis pasal prk.



5 comments:

HujanLebat said...

setuju sangat, tapi rasanya dah ada yang buat entry pasal PRK tu :P tak sempat baca entry ni kut...

Wak Jengkol said...

salam..

Wak sokong..kumpul bahan dulu untuk kempen pilihan raya nanti..lps 3 hari bari kasi hentam kaw3

Anonymous said...

SETUJU......

Namun bila TBH,KUGAN dan adik melayu yang mati..... PR lah yang mendapat faedahnya....

BANGSAT


"blogenstarz"

hilbert said...

Bro, TGNA yang tentukan mana tempat nantikan :-)

Takziah buat keluarga Allahyarham..tapi td pukul 4:40 ptg saya dah tulis dalam fb saya pasal PRK tu...maaf..

Anonymous said...

sokong!!!