Tuesday, September 21, 2010

Penjelasan dan Permohonan Maaf

Kadangkala kerana sebab beginilah yang menyebabkan saya merasa malas untuk menyiarkan e mel masalah orang ramai yang dikirimkan kepada saya.

Ini kerana ada e mel yang saya terima setelah diteliti ianya tidak logik atau sengaja direka-reka. Kalau saya tidak siar, ada orang kata saya sombong dan tidak tolong masyarakat. Bila siar , kena cerita tak betul, saya pula yang menanggung.

Dalam saya mengambil sikap berhati-hati saya tetap kena juga. Terbaru ialah berhubung satu e mel yang dihantar oleh seorang pembaca yang bernama Dze Jan berhubung masalah di sebuah apartment yang didudukinya.
Hari ini seorang penduduk apartment berkenaan menghubungi saya dan memberi penjelasan tentang perkara sebenar. Tidak puas hati dengan perkara tersebut, saya berusaha dari tengahari hingga ke malam menghubungi beberapa orang lagi untuk bertanyakan perkara sebenar, akhirnya saya menemui jawapan yang sama.

Menurut mereka, tidak pernah sesekali pun pegawai COB dari MPK, En.Ari mengaitkan dengan politik dalam mesyuarat tahun lepas. Sebaliknya penduduk di situ yang membangkitkan isu politik . Saya difahamkan segalanya ada tercatit dalam minit mesyuarat.

Oleh yang demikian, atas sikap bertanggungjawab saya ingin memohon maaf kepada En.Ari,iaitu pegawai COB dari MPK diatas apa yang terjadi. Saya sedar perkara ini boleh menjejaskan nama baik dan imej beliau serta keluarga dan juga MPK. Atas sebab itulah saya memohon maaf kepada beliau.

Saya juga berharap si penghantar e mel berkenaan turut sama memohon maaf kepada En Ari. Saya juga akan lebih berhati-hati untuk menyiarkan sebarang e mel dari pembaca selepas ini.

Pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini,

Apabila seseorang itu berada dalam landasan yang benar dan betul, tetapi dia difitnah atau ditohmah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak betul, satu hari nanti kebenaran tetap akan hadir untuknya.

Itulah yang terjadi dalam kes ini, Allah memudahkan orang yang tahu cerita sebenar mencari saya dan menjelaskan keadaan sebenar. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi urusan dimudahkan. Selain daripada dia, Allah juga juga menemukan saya dengan beberapa orang lagi yang tahu cerita sebenar sehingga saya menemui segala jawapannya.

Saya merasa bersalah atas apa yang terjadi, sebab itu saya memohon maaf kepada En Ari. Jika saya seorang manusia yang ego , saya tidak perlu melakukan semua ini. Saya pun bukan kenal En Ari dan En Ari pun tidak kenal saya. Tetapi tidak bagi saya ,kenal atau tidak kenal bukan menjadi persoalan, ini soal maruah dan air muka orang yang tidak bersalah. Jika kita bersalah, maka kita kena mengaku kesalahan kita.

Sekali lagi, di bulan Syawal yang mulia ini, dari jauh ku hulur tangan memohon ampun dan maaf kepada En Ari dan seluruh ahli keluarganya serta kepada MPK.






9 comments:

Anonymous said...

salam bro,
aku respek sungguh ko buat macam ni kalau tersilap dlm menulis.kalau nak bandingkan harakah,suara keldaian dan akhbar pembangkang dengan blog ko ni,aku lagi suka baca blog ko.

harakah kalau dia tersilap melaporkan,dia buat diam je.tak ada pun minta maaf ke apa ke.lepas tu mendabik dada kononnya "aku lah pejuang Islam"

congratulation bro

Anonymous said...

ini baru anak jantan bro, berani mengaku kesilapan sendiri...aku rasa blogger pro pembangkang pun tak seberani lu bro...

Nasionalis1982 said...

steady lah bro..

Inilah namanya blogger gentleman.

wmu350 said...

pengajaran kepada umat semua adalah kita semua bukan maksum tetapi cuba sebaik mungkin untuk menjadi yg terbaik..dan pabila tergelincir ada sifat keinsaffan dan ketepikan seketika ega nes caya kita akan saling hormat menghormati....anda telah melakukan satu tindakan yg betul.

inilah yg sepatutnya dilakukan dan diucapkan oleh sikitol dan juak2nya atas kerosakan yg telah berlaku tetapi sehingga sekarang mereka tiada sifat2 seperti yg diharapkan.....nyah! korang dari jawatan2 yg dipegang..!

tak boleh ubah!

Haz said...

syabas RBF kerana berani membuat permohonan maaf secara terbuka.. you earned my respect..

acis said...

salam...saya amat kagum dengan cara rbf menangani isu ini... sebab itulah saya sentiasa mengikuti tulisan blog anda dengan penuh minat setiap hari...syabas diucapkan kepada anda kerana berani mengakui kesilapan anda... saya berada di track yg betul kerana memilih anda sebagai antara penulis blog yg paling saya minati

ruang bicara faisal said...

terima kasih di atas sokongan rakan-rakan semua. saya rasa sungguh terharu dgn sokongan anda.

Anonymous said...

TAHNIAH!!... ini lah yang perlu dilakukan oleh RBF... Berani kerana benar...

from Boyesen....

hanizam said...

congrat bro...ni baru dikatakan anak jantan ada telurrrrr.....

jangan jadi macam HARAKAH & sewaktu dengannya, wartawannya patut cabut telur tu, bagi beruang kat BANTING tu makan...

satu lagi, jangan jadi macam sorang tu, paling berani pun amaran..amaran..amaran...

kalau dah meletup, amaran pun dah tak guna...

jadilah jantan wwooiiii...dah bagi jawatan, kerjalah elok-elok...

PM NAJIB, ada berani ke tukarkan dengan MANTAN PKN (TS MUSA) jaga KDN....ala, setakat senator 2 penggal, ape sangatlah...nampak gak hasilnya masa dia jaga PDRM dulu...