Friday, September 24, 2010

Siapa Dia Mamat Ni ? Pegawai Penyiasat Ke ?

Sila double klik pada imej untuk membacanya dengan jelas

Saya sebenarnya sudah meluat dengan ahli parlimen PKR , S.Manivasagam. Sebelum ini jika timbul sebarang kes yang melibatkan polis dialah orang yang selalu cuba nak jadi hero kepada penjenayah-penjenayah dan juga kumpulan kongsi gelap.

Terbaru, dalam kes kehilangan seorang ahli perniagaan warga India yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, dia juga cuba nak jadi hero.

Lagaknya mengalahkan seorang pegawai tinggi polis, pegawai penyiasat atau pegawai KDN .Dari mula isteri mangsa tiba di KLIA dia sambut, kemudian dibawa ke ladang tempat pembunuhan, ke balai polis, dengar rakaman perbualan antara isteri mangsa dengan suspek dan seterusnya akan menyerahkan rakaman tersebut kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.

Cara yang dia lakukan sama seperti mana yang dia lakukan setiap kali timbul isu penjenayah atau kumpulan kongsi gelap dengan polis. Apa kejadahnya nak serah pita tersebut kepada Ketua Polis Negara ? Kes ini disiasat oleh Polis Selangor, serahlah kepada mereka atau Ketua Polis Selangor.

Tindakan beliau mengganggu saksi penting dan bukti penting kes tersebut adalah satu kesalahan serius. Perkara ini boleh menjejaskan siasatan polis dan seterusnya merosakkan kes.

Saya rasa pihak polis harus segera bertindak dan jangan membiarkan ahli parlimen berkenaan terus mengusung isteri mangsa ke sana-sini dan seterusnya boleh merosakkan pemikiran isteri mangsa kerana diracun olehnya.

Kes ini satu kes rumit dan besar dan jika tidak dikendalikan dengan sempurna boleh merosakkan hubungan Malaysia dengan India. Kita tak tahu apa yang diracun oleh ahli parlimen Kapar terhadap pemikiran isteri mangsa. Selepas balik ke India kelak, tidak mustahil isteri mangsa akan membuat cerita-cerita buruk tentang polis Malaysia.

Oleh yang demikian saya merasakan, KDN perlu memandang serius perkara ini. Ambil isteri mangsa dan minta pihak Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia menjaganya sepanjang siasatan berlangsung. Jangan terus menerus biarkan hantu-hantu atau jembalang-jembalang politik PKR menganggunya.

Soal isteri mangsa tidak boleh berbahasa inggeris juga tidak timbul, ahli parlimen Kapar bukannya seorang jurubahasa yang bertauliah, kerana dia sendiri pun tidak betul menggunakan Bahasa Malaysia. Silap-silap lain dicakap oleh isteri mangsa kepada beliau, lain pula yang diterjemahkan oleh beliau kepada polis. Serah sahaja segalanya kepada pihak Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.

12 comments:

paksulung said...

Satu cadangan bernas yg perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis.
Tahniah RBF... Anda seorang warganegara yang bertanggungjawab.

ISAC said...

Saja nak cari publisiti lah tu...

Kalau tidak kang susah nak masuk TV...

Gerakan Timur said...

SEBIJIK MACAM DALAM CERITA HERO TAMIL BRO... MMG POLIS PUN DIA TAK PEDULI.

DEMI SURVIVAL POLITIK DALAM PRU AKAN DATANG....

KONONNYA HERO RAKYAT.

Anonymous said...

keling paria tu memang haram jadah poorahhhh hero tamil woiiii porkiemark...

hahn said...

Cantik isteri orang tu.

Siapa la dapat sendal... hehehe

nun manjung said...

puak puak tu memang la. bukan boleh ada pangkat sikit mula la nak berlagak pandai...

Anonymous said...

Ini bukan hero rakyat , ini hanya hero kepada bangsa dia je .. semua kes hanya berkaitan dengan puak dia , bangsa lain mana dia ambil peduli ..

hilbert said...

Salam RBF,

dimana DS Hisham dlm isu ini...memang tidak patut sama sekali perkara seperti ini berlaku...

malang sekali KDN dapat menteri lemah selemah DS Hisham ni...

stravi14 said...

Polis? Dah berlambak2 orang yang hilang lepas jumpa peguam tu. Tak siasat pun. Oppss, sori.. Siapa sangat la org2 yang hilang tu. TAkde nama, takde pangkat datuk, takde duit..

Peguam ni silap sebab bunuh sosilawati. Dia ni glamer, kaya. Sebab tu polis kena siasat jugak..

Anonymous said...

Nampak jelas dia cuba nak merosakkan kes dengan cara mengganggu bahan bukti dan saksi.

Nampak macam cubaan menyelamatkan kawan-kawan dia dengan cara mencipta isu teknikal yang boleh dijadikan asas pertikaian semasa perbicaraan nanti.

Jika terdapat sebarang keraguan yang munasabah, hakim terpaksa menggugurkan tuduhan dan melepaskan penjenayah, sebagaimana Anwar dilepaskan walaupun hakim kata ada bukti dia sontot orang.

Panglima Perang Cyber said...

kawe setuju sangattt dengan pendapat demo tuhhh

polis kena cegah dari biarkan isu ini parah.

bayangkan jika dipusing cerita utk burukkan BN dan Umno

lagi buruk jika hubungan India dan Malaysia terjejas dek isu ini


bangga kawe ada rakan blogger bernas otak macam demo.


syabas moga Allah kurniakan lagi fikiran bernas macam ni kepada demo dan rakan2 blogger kita.

Anonymous said...

stravi14,

lepas ni kalau ahli keluarga atau engkau sendiri hilang, pergila buat report pada MP kapar tu ye? takpun engkau buat bisnes jadi jutawan dulu, bila ada masalah, bolehla report ka polis. itula untungnya jadi vip..belajar2la jadi jutawan dulu, ye?