Friday, September 24, 2010

Terkini: Johari Abdul Kalah Di Sungai Petani

Berita yang baru diterima...

Pemilihan PKR Cabang Sungai Petani baru sahaja selesai dan keputusannya menyaksikan ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga merupakan calon pilihan Anwar dan juga Azmin tewas kepada seorang tukang besi di pekan Sungai Petani iaitu En Kumar.

Johari Abdul adalah salah seorang MP yang buat pengumuman secara terbuka menyokong Azmin Ali sebagai timbalan presiden dalam satu sidang media khas beberapa minggu lepas.

Kekalahan Johari Abdul ini sudah tentu membuatkan calon-calon kem Azmin yang belum memasuki gelanggang pertandingan setakat ini tidak lena tidur.

PKR Cabang Sungai Petani juga kini berhadapan dengan risiko digantung kerana calon pilihan Anwar dan Azmin tewas.

Difahamkan juga mesyuarat PKR Cabang Merbuk Kedah hari ini ada berlaku kekecohan. Dikatakan ada berlaku insiden tumbuk menumbuk dan beberapa pemimpin sedang berada di Balai Polis sekarang.

Saya akan cuba dapatkan perkembangan selanjutnya. Sama-samalah kita 'merakyatkan' pemilihan PKR ini, iaitu sebuah parti yang bebas rasuah dan tidak gila kuasa.

4 comments:

siberangan said...

Berita terkini:

Pagi tadi Johari Abdul kalah dalam pemilihan Ketua Cabang Sungai Patani. Petang ini dibertikan Johari Abdul menang balik. Macamana depa buat kita tak tau. Tipu kertas undi lah tuuuu...

Di Merbok PKR bergaduh pulaaakkkk...dah sampai ripot Polis.

Dulu depakata UMNO bergaduh, takdak perpaduan. La ni PKR lagi terok.

Nanti ada berita cabang2 PKR Kedah yang dok bergaduh keluar lagi.

sidreaming said...

siberangan klu ada video depa bergaduh bagus juga, ada bukti

only malaysia said...

agak2lah klau nak menipu tu...ingat umno ke..baling2 kerusi tumbuk menumbuk...hahahahaa

Anonymous said...

tak pa bro LEPAS nie Parti Baru Akan Menyusul ....Gabungan anak-anak muda Malaysia Berpengalaman Dan Bijak serta Para Ahli-Ahli Agama yang berjuang ke Jalan Allah ... insyaallah tunggu ....
No Kronisme..No Corruption ...Tiada Agenda Tersembunyi... Sanggup Mati Untuk Rakyat ....