Monday, September 27, 2010

Tolong Anak Bangsa...

Saya menerima satu e mel dari seorang pembaca yang bernama Pijut. Apa fahaman politik dia saya tak tahu dan saya tak akan ambil tahu. Saya juga tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya.

Dia hantar e mel, katanya dia ingin mencari pendapatan lebih dan menjalankan perniagaan Chicken Wing. Katanya jika ada sesiapa pembaca blog atau kawan-kawan anda semua nak buat majlis rumah terbuka hari raya bolehlah mendapatkan Chicken Wings dari beliau. Boleh lihat blognya di sini.

Saya mengambil keputusan tolong promo perniagaan dia disini atas beberapa sebab.

1) Kerana dia minta tolong dengan cara yang bersopan

2) Saya nak tolong orang-orang kita yang nak berniaga dan saya cuba tolong setakat mampu.

3) Sebagai dorongan dan sokongan kepada usahawan kecil-kecilan.

Ada masanya kita asyik mengutuk kerajaan kerana tidak menolong atau sukar menolong usahawan kecil, tetapi dalam masa yang sama kita juga harus menolong sekadar yang kita mampu.

Jadi, jika ada mana-mana pembaca atau pemimpin-pemimpin politik atau tidak kira sesiapa sahaja yang terbaca entri ini, pakat-pakat tolonglah anak bangsa kita yang nak berniaga ini.

Kita harus berbangga dan bersyukur kerana masih ada lagi anak bangsa kita yang berusaha sendiri untuk menambah pendapatan tanpa menyusah atau menyalahkan kerajaan atau pun dia buat kerja mengarut.

Kepada Pijut pula, jangan buat malu RBF, saya dah tolong promo perniagaan anda disini secara percuma, jadi tolong-tolonglah jaga kualiti makanan dan servis anda kepada pelanggan. Sentiasa beri yang terbaik untuk pelanggan dan pegang kepada kata-kata 'pelanggan semuanya betul'.

Selamat maju jaya kepada Pijut. Moga-moga murah rezeki.

Promosi diatas adalah percuma dan saya juga ingin memaklumkan yang saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan perniagaan tersebut. Hanya sekadar menolong saudara sebangsa dan segama mengikut kemampuan saya.

6 comments:

Anonymous said...

tahniah RBF...
Semangat inilah yang kita perlukan untuk memajukan bangsa MELAYU kita...mudah@an menjadi ikutan bloggers lain...
pijut sedari diri, kenali kualiti...

Nasionalis1982 said...

all the best for pijut...
dah berjaya nanti, jangan lupa belanja RBF..keh keh keh

Anonymous said...

cantek! secara kebetulan pejabat daerah tempat aku nak buat jamuan raya jumaat ni. sok aku cadangkan warong unit aku jamu kepak ayam panggang. kalau lulus aku akan contact piyu.

Wake UP! said...

Baik tolong bangsa Melayu kerana Cina pun tolong bangsa dia.

Jangan jadi dengki bila sesama Melayu dah berjaya sudahlah.

Kan ada pulak gunakan ilmu hitam nak lingkupkan bisnes usahawan berjaya.

Pakatan Rakyat said...

Bro... alhamdullillah kerja amal camnie... Erm, wat ler popup tepi blog perniagaan org melayu bro... kot2 leh maju bangsa kita... insyallah!

pijut82 said...

terima kasih Bro RBF,

Jasamu dan nasihatmu akan saya kenang selagi ada hayat.
Insyallah kepuasan pelanggan akan sentiasa saya jaga..

Terima kasih selagi lagi..