Sunday, September 19, 2010

Utusan Malaysia Terus Gah, Harakah Daily Pembohong

Walaupun sering dihentam, dihina, dikutuk dan sebagainya, Utusan Malaysia terus gah dan menjadi penyampai berita yang benar kepada rakyat. Utusan Malaysia juga adalah akhbar kesayangan keluarga saya sejak turun temurun.

Arwah bapa saya dulu adalah pelanggan dan pembaca tetap akhbar jawi Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Arwah pernah melahirkan kekecewaan kepada saya kerana akhbar harian versi jawi Utusan dihentikan pengeluarannya. Mulai dari itu beliau tidak lagi membaca akhbar sehingga meninggal dunia kerana arwah agak perlahan untuk membaca tulisan rumi. Pada masa itu dia banyak bergantung mendengar berita melalui saluran rasmi kerajaan iaitu berita-berita RTM baik di radio atau televisyen.

Kredibiliti dan kesahihan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia tidak boleh dipertikaikan lagi. Atas sebab itulah Utusan Malaysia amat digeruni dan ditakuti oleh juak-juak parti pembangkang sehingga mereka melemparkan pelbagai tuduhan jahat terhadap Utusan. Mereka cukup-cukup bimbang dengan berita yang dilaporkan oleh Utusan.

Mereka tidak suka berita-berita benar yang dilaporkan oleh Utusan sampai ke pengetahuan rakyat. Mereka mahu Utusan melaporkan berita-berita palsu dan mengikut selera mereka. Tetapi perkara tersebut tidak mungkin dilakukan oleh Utusan, mereka harus menjaga kredibiliti mereka sebagai akhbar berbahasa melayu paling berpengaruh dan melaporkan perkara-perkara benar.

Kerana sebab itulah Utusan menjadi musuh nombor wahid PKR, DAP dan PAS. Bagi mereka imej Utusan harus dicalarkan semaksimum mungkin supaya rakyat benci serta meluat dan akhirnya rakyat tidak lagi membaca Utusan.

Dalam seminggu ini, dua berita yang membuatkan saya semakin kagum dengan Utusan Malaysia.

Pertama, berita mengenai pemasyuran Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan. Mereka begitu pantas memburu berita, sehinggakan Nik Aziz sebagai MB Kelantan pun ketinggalan kepada Utusan. Utusan lebih awal tahu berbanding Nik Aziz.

Kedua, berita tentang pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. Mingguan Malaysia 12 September 2010 menjadi akhbar pertama melaporkan berita secara sahih tentang pembunuhan, pembakaran dan pembuangan abu mayat mereka berempat.

Tidak dinafikan ada juga akhbar lain yang melaporkan berita tersebut pada tarikh berkenaan, tetapi mereka tidak melaporkan secara sahih sebaliknya melaporkan berita yang terawang-awang atau menimbulkan tanda tanya. Ini menunjukkan Utusan hanya menyiarkan berita yang tepat dan sahih di akhbar mereka dan perkara ini membuatkan pihak sebelah sana resah.
Jadi kepada mana-mana pihak yang masih lagi menuduh yang Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar penipu maka dialah penipu yang sebenar. Kerana dia mahu Utusan melaporkan berita-berita tipu dan palsu. Dua contoh yang saya berikan ini sudah cukup untuk membuktikan kebenaran berita-berita yang dilaporkan oleh Utusan.

Saya tertarik untuk mengulas laporan yang disiarkan oleh Utusan pada pagi hari raya iaitu pada 10 September 2010, muka depan Utusan Malaysia melaporkan berita bertajuk 'Tengku Faris Sultan Kelantan ?'
Petikan berita tersebut berbunyi seperti dibawah

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu. Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi. Klik di sini

Saya difahamkan rata-rata rakyat Kelantan gembira dengan berita yang disiarkan Utusan pada hari tersebut dan ianya menjadi bualan di Masjid dan Surau setelah selesai solat sunat Aidil Fitri. Mungkin bagi sesetengah penyokong tegar Pas hari itulah menjadi hari bersejarah kepada mereka kerana berlari menuju ke kedai bagi membeli Utusan Malaysia setelah sekian lama mereka membenci Utusan kerana termakan momokan-momokan jahat pemimpin-pemimpin Pas agar menjauhi Utusan Malaysia.

Ekoran laporan berita tersebut, pada keesokan harinya lidah rasmi Pas iaitu harakahdaily melaporkan berita yang bertajuk 'Blog Pro Istana Kelantan Kesal Laporan Utusan' dan beritanya yang berbunyi seperti dibawah.

'Blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan, TheKelantanInsider kesal dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kononnya Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan esok'
. Klik di sini

Saya pun terkejut, selama ini saya tidak tahu menahu pun tentang kewujudan blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan. Ekoran dari itu saya terus melayari blog yang dimaksudkan oleh harakahdaily.

Rupa-rupanya pada hari yang sama dengan laporan Utusan iaitu pada hari raya pertama blog tersebut telah menafikan laporan yang disiarkan oleh Utusan. Nampaknya penulis blog tersebut bekerja kuat kerana pada hari raya pun dia menulis juga. Klik di sini.

Pada 12 September 2010 harakahdaily melaporkan yang blog pro Istana Kelantan akan membuat satu penjelasan pada jam 12 tengah malam. Harakahdaily juga melaporkan seperti dibawah.

Laporan sensasi ini (laporan Utusan Malaysia 10hb) mengejutkan banyak pihak kerana kerajaan negeri sendiri tidak tahu menahu hal ini. Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak tahu menahu hal ini. Nik Aziz lembab atau berbohong ?

Blog yang selalu menyiarkan berita dan pandangan dari pihak Tengku Faris ini juga melahirkan rasa terkejut mereka dengan laporan muka depan akhbar itu.

Sila klik di sini dan juga di sini

Akhirnya pada hari isnin 13 September 2010 jam 12.30 tengahari Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya yang sudah gering sejak sekian lama.

Sebelum itu harakahdaily melaporkan perkara tersebut dengan berita yang berbunyi sperti dibawah

Blog separa rasmi Istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.

Ejaan Istana Kelantan yang digunakan oleh harakahdaily juga tidak betul, sepatutnya huruf I bagi perkataan Istana Kelantan dimulakan dengan huruf besar, bukannya dengan huruf kecil seperti yang ditulis oleh harakahdaily. Klik di sini.

Maka dengan itu sah sudah apa yang dilaporkan oleh Utusan, semuanya tepat. Harakahdaily tertelan kahak hijau. Manakala blog The Kelantan Insider pula tidak layak digelar blog pro Istana Kelantan, jurucakap Istana Mahkota Kelantan atau blog separa rasmi Istana Kelantan seperti gelaran yang diberikan oleh harakahdaily.

Sebab apa saya kata blog tersebut tidak layak menggunakan gelaran-gelaran tersebut ?

1) Setakat ini belum pernah terdengar mana-mana Istana Raja-Raja Melayu dalam Malaysia yang menggunakan blog sebagai suara rasmi,separa rasmi atau sebagai jurucakap Istana. Kebayakan Istana atau Raja-Raja Melayu hanya menggunakan laman web rasmi.

2) Blog itu ketinggalan dalam melaporkan berita, Utusan Malaysia lebih ke depan. Bolehkah kita menggelarkan Utusan Malaysia sebagai akhbar pro Istana Kelantan, jurucakap Istana Mahkota Kelantan atau akhbar separa rasmi Istana Kelantan ? Sudah tentu tidak boleh.

3) Blog tersebut berbohong dengan menafikan laporan yang disiarkan oleh Utusan pada 10 September 2010. Sedangkan berita yang disiarkan adalah benar dan tidak ada sedikit kesilapan pun.

4) Blog tidak kemas, templates blog yang digunakan mengarut, tulisan tidak tersusun dan teratur . Tidak layak sama sekali digelar jurucakap Istana Mahkota Kelantan atau blog separa rasmi Istana Kelantan seperti gelaran yang diberikan oleh harakahdaily.

Tindakan harakahdaily memberi gelaran-gelaran sedemikian kepada blog tersebut sebenarnya mencemarkan reputasi Istana Kelantan dan Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Ini kerana harakahdaily cuba mengaitkan Istana dan Tuanku dengan blog yang tidak diketahui siapa pemiliknya dan harakahdaily cuba meletakkan kedudukan Intitusi Istana sama seperti parti-parti ,pemimpin dan penyokong-penyokong politik di Malaysia yang sememangnya sudah terkenal dan sinonim dengan dunia blog.

Saya tertarik dengan petikan berita dibawah yang ditulis oleh penulis The Kelantan Insider.

Pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D’Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.

Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan. Klik di sini

Saya nak tanya pula kepada penulis blog tersebut, adakah anda juga mengikuti nasihat yang ditulis oleh anda sendiri ? Adakah anda merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya pegawai media terlebih dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan di blog anda?

Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya menyeru Datuk Abdul Halim Hamad iaitu Pengelola Istana DiRaja supaya membuat penjelasan mengenai blog The Kelantan Insider agar masyarakat tidak terkeliru. Ini kerana ada sesetengah berita yang dilaporkan oleh blog tersebut boleh menyebabkan rakyat memandang serong kepada keluarga DiRaja.

Saya sebagai seorang rakyat yang sentiada mendokong Istitusi Beraja dari dulu kini dan selamanya sentiasa berpegang Raja berada diatas termasuk atas dari politik dan cerita-cerita mengenai Raja tidak perlu menjadi hidangan blog-blog.

Jika didapati harakahdaily membuat berita palsu kerana mengaitkan blog tersebut dengan Istana Kelantan , maka Datuk Abdul Halim perlu membuat laporan polis kerana ini menjejaskan nama baik Istana Kelantan dan Raja-Raja Melayu.

16 comments:

Anonymous said...

biasalah haprakah kan , penyebar cerita2 fitnah , palsu dan cerita2 membesarkan Adun2 dia....cerita yg halal mana ada dlm haprakah...mgkn yg byk iklan2 seks dlm haprakah...

Anonymous said...

geng geng pas ni mahu Datuk tu sendiri kot yang bagitau diorang pasal sebarang perkara Istana.bukannya diorang pi cari bahan tapi mau bahan yg cari diorang.

tu pasal lembab serupa parti

Anonymous said...

saya pelanggan tetap utusan malaysia sehingga sekarang...saya tidak pernah membaca harakah kerana laporannya amat meragukan dan lebih bercerita daripada melapor

Anonymous said...

RBF,
Aku tau dah HAPRAKDAILY memang pembohong wahid nombor 1.

Aku pun ada baca pasal tu kat haprakdaily. yang bestnya, sepupu sepapat aku semua refer kat harakah dan diorang kata haprak tak cakap apa-apa pun..katanya umno saja nak buat huru hara kat kelantan..

hahahahahha..hari isnin lepas, tergamam bila kelantan dapat sultan baru.

Tekedu puak-puak assobiyah warna hijau..

Daulat Tuanku!

Anak Lenggong said...

Harakah daily@Haramkah sama seperti Suara Keadilan....cuma memaparkan cerita fitnah dah momokan daripada pemimpin PAS/Dap dan PKR sahaja..tujuan mereka hanya lah untuk memesongkan pemikiran rakyat dan penyokong mereka sahaja.

Disebabkan takutkan penyokong mempercayai kebenaran, para pemimpin PAS/DAP dan PKR meminta penyokong mereka menjauhi daripada membaca dan mendengar berita daripada media perdana...tujuan mereka hanyalah satu supaya mereka ni senang diperbodohkan dan ditipu oleh para pemimpin mereka.

GuruBashid said...

Jangan dirisaukan sangat. Mereka sedang bercakap tentang diri mereka sendiri. Apa yang mereka maksudkan ialah diri mereka mereka, bukan orang lain

Anonymous said...

tahniah...artikel yang mantaaapp...

Anonymous said...

Saya kenal seorang penulis artiket Harakah (dulu) luar dalam keluarga mereka.

Pandai berhujah soal macam2 dalam artikel dia.. bab agama nombor satu.

Tapi semua orang tahu, hidup anak beranak, dari duit hasil KORUPSI Arwah bapanya..Kalau tengok, adik beradik sekok pun tak kerja apa2.

Buka business sekadar nak menyamar, untung ke rugi ker tak ambil kisah pasai harta karun Arwah bapa bertimbun2, hasil dari KORUPSI..

Sejak itu, saya tak pernah lagi jengok berita Harakah itu.. Depan lain, belakang lain..

AntiKorupsi

Anonymous said...

Sepatut nya kerajaan haramkan saja harakah harprak ni portal portal sampah ni tak perlu berada dalam negara ini Harakah ada sebuah portal fitnah tak harus dibaca dan disimpan didalam rumah dan di mana juga ia bolih merosakkan minda anak kita untuk taksub pada pas kerajaan harus bertindak sebelum rakyat bertindak dan berdemo untuk tutup harakah ini.

Anonymous said...

harakah ni standard sampah ....

Jemy said...

dulu masa zaman reformasi, arwah ayah aku cukup marah kalau terjumpa haramkah dalam rumah dia.. masa tu aku sekolah rendah lagi, x tau apa2..

sepuluh tahun lepas tu, baru aku faham kenapa haramkah seharusnya diharamkan terus diatas muka bumi ni..

azman said...

Assalamualaikum rbf

Utusan Melayu/Malaysia adelah suratkaba lama yang berwibawa.Tak membaca nya mcm tak lengkap informasi yang diperolehi pada ari tersebut.Berpuluh yang lain dibaca tapi kemestian adelah Utusan...Kita patut benarkan Harakah diterbitkan supaya kita tahu ape yang mereka perjuangkan dalam misi mereka untuk membena masyarakat.

pemerhati said...

kenapo sume blog BPN banyak yg dah x buleh masuk? kono hack ko? Pisau pun xleh masuk gak...

Anonymous said...

Tapi sayang ahli UMNO yang berjuta takda langsung kesudian untuk membantu Utusan....jualan terus merosot...apa salah kalau jutaan ahli UMNO itu belilah utusan...seminggu sekali pun cukuplah...pasti akan meningkat jualannya secara mendadak....

afiq azlan said...

tul2.aq pn sejak kcik ske bc utusan.utusan byk siar brita2 yg spatot nya di ketahui umum.lau surt khabar len ngarut2 cite plik2.then brita dorg xsejelas utusan n sering tgantung.lg pn tulisan dlm utusan snang difahami,x da belit2,xda gn ayt kompleks2 n straight 2 d point.wrna dlm utusan pn bgus xda sakit mata nk bc

Anonymous said...

kitab rujukan muktabar bagi puak umno adalah utusan malaysia dulu, kini dan selmanya....