Sunday, October 31, 2010

Batu Sapi: Cahaya Kemenangan Menyebelahi BN, Tetapi ?

Jika semalam di pulau-pulau dalam Parlimen Batu Sapi, hari ini saya sempat meninjau di daratan pula.

Petang tadi saya sempat meninjau dua majlis yang dihadiri oleh KM Sabah Datuk Seri Musa Aman di Karamunting. Saya sengaja ke sana untuk melihat sambutan rakyat terhadap majlis tersebut.
Melimpah sehingga ke luar
Alhamdulillah, nampaknya majlis mendapat sambutan daripada pengundi-pengundi di Parlimen Batu Sapi.

Nampak gayanya cahaya kemenangan di hujung terowong telah kelihatan, moga-moga cahaya itu terus bersinar dan bersinar sepenuhnya.

Secara amnya sokongan pengundi-pengundi bumiputra islam dan bumiputra bukan islam kelihatan menyebelahi BN. Pengundi cina sahaja yang belum menunjukkan isyarat yang jelas.

Saya difahamkan daripada hampir 10 ribu pengundi cina, lebih kurang 20-30 % sahaja yang menyebelahi BN.

Keadaan nampak agak ketara di kawasan Bandar Leila dan Bandar Ramai-Ramai dimana terletaknya kawasan-kawasan perniagaan orang-orang cina yang popular satu masa dulu.

Mereka kecewa kerana kedua-dua bandar tersebut agak sepi sekarang dan perniagaan terjejas semenjak Bandar Baru Batu Empat dibuka.

Aktiviti-aktiviti perniagaan banyak tertumpu di Batu Empat sekarang. Ada juga dikalangan peniaga yang telah berpindah ke sana. Tetapi masih ramai yang juga kekal di sana.

Susah sungguh menjadi pemerintah untuk memuaskan hati semua orang. Jika tidak buka bandar baru, rakyat kata tiada pembangunan. Bila buka bandar baru, bandar lama kecewa pula.

Berniaga tak maju pun kerajaan juga yang kena. Bila berniaga maju lawan kerajaan pula. Lumrah manusia. Kerajaan sentiasa tak betul, rakyat dan pembangkang sahaja yang selalu betul.
Selesai program KM Sabah yang pertama saya singgah Kampung Singkee. Sebuah perkampungan tradisonal yang didiami oleh masyarakat bajau.

Saya dibawa ke satu rumah yang didiami oleh sepasang warga emas yang mana isterinya tidak boleh berjalan lagi. Secara kebetulan pada masa itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat, saudara Shariff Sahar turut berada di rumah berkenaan untuk melawat mereka.
Ketua Pemuda Umno Kudat bertanya khabar makcik Siti Mariam, 80 tahun. Walaupun dalam keadaan uzur makcik ini tidak pernah lupa tanggungjawab untuk mengundi BN walaupun didukung untuk ke tempat mengundi sejak tiga pilihanraya yang lepas. Manakala gambar bawah pula pakcik Hassan menceritakan pengalaman pilihanraya yang dilaluinya.

Pakcik Hassan yang berusia 85 tahun memberitahu KP Umno Kudat beliau dan isterinya mula mengundi semenjak p.raya Sabah yang pertama pada tahun 1967 dimana pada masa itu Sabah diperintah oleh parti Berjaya. Daripada 1967 di Lahad Datu sehingga kini di Batu Sapi beliau tidak pernah undi parti lain selain dari parti pemerintah.

Selesai di Kg.Singkee saya ke satu lagi majlis bersama KM Sabah di Karamunting, sambutan juga nampak menggalakkan.
Program kedua KM Sabah di Karamunting hari ini
Kelihatan ada kaum cina yang turut serta, ada yang berada di bawah khemah,ada juga yang berada di agak jauh sedikit dan ada juga yang lari-lari bila saya hendak rakam gambar mereka.

Sama-samalah kita tunggu apa penyudahnya. Saya tidak mahu lagi terlalu yakin di peringkat awal sepertimana di Sibu. Situasi pada peringkat awal memang nampak jelas menyebelahi BN, tetapi dalam dua hari terakhir tanda-tanda kekalahan mula nampak dan pada malam akhir tanda kekalahan jelas kelihatan.

Adakah peristiwa Sibu akan berulang di Batu Sapi ?
Yb Rosnah, apa maksud ini ?

1 comment:

Anonymous said...

BN tatap diundi saitu maksdnya ialah BN tetap akan diundi..hehe..bhasa bajau saitu..hehe