Antaranya Pulau Timbang, Tronglit, Sibuad, Api-Api, Terusan ,Simagung, Shanghai dan dan tujuh lagi yang lain.
Hanya sebuah sahaja pusat mengundi di sediakan untuk 14 buah pulau tersebut iaitu di Sek Keb Pulau Timbang.Pengundi-pengundi akan diangkut dengan bot ke pusat membuang undi.
Untuk sampai ke Pulau Timbang perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit dari Sandakan.
Semalam rombongan yang saya sertai sempat pergi ke empat pulau, iaitu Pulau Timbang, Api-Api, Shanghai dan Tronglit.
Setelah melihat dengan mata sendiri barulah saya boleh buat kesimpulan bukan senang untuk menjadi wakil rakyat di negeri Sabah. Bukan setakat menjaga di darat, di laut pun kena jaga.
Saya tidak yakin wakil-wakil rakyat parti pembangkang boleh buat kerja ini jika diberi peluang. Kalau jadi wakil rakyat di darat dan di bandar pun seribu satu masalah, apatah lagi untuk menjadi wakil rakyat di kawasan-kawasan luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.
Kelebihan ini ada pada wakil-wakil rakyat BN kerana mereka berpengalaman dan kebanyakan rakyat di kawasan luar bandar celik sahaja mata mereka kenal BN membesar bersama BN.
Selain wakil rakyat, parti juga memainkan peranan penting melalui cawangan-cawangan sebagai ejen kepada wakil rakyat yang sudah tentu tidak mempunyai masa yang cukup untuk berada di sesuatu tempat sepanjang masa kerana perlu melawat banyak tempat dalam kawasannya.
Sebagai contoh di Pulau Timbang, di kesemua 14 buah pulau tersebut terdapat cawangan Umno. Ketua-ketua cawangan, ketua pemuda, wanita dan puteri yang memainkan peranan sebagai wakil kepada BN di kawasan-kawasan tersebut.
Cakap sahaja di ceruk mana dalam negara ini yang Umno tidak mempunyai cawangan-cawangan atau bahagian mereka kecuali di Sarawak. Di Sarawak walaupun tiada cawangan Umno parti-parti komponen lain pula ada cawangan-cawangan mereka.
Pendek kata wakil-wakil kepada BN berada di mana-mana ceruk sahaja dalam negara ini tidak kira di darat, di pulau dan di hutan kecuali di langit. Perkara ini berbeza dengan parti-parti pembangkang, mereka hanya tumpu di kawasan tertentu sahaja.
Mereka datang dengan hajat untuk menjadi rakyat sebagai rubber stamp untuk menghantar mereka ke Dewan Negara, selepas menang mereka tidak pedulikan rakyat.
Sepanjang pemerintahan BN, negara dan rakyat tidak pernah undur ke belakang, sebaliknya sentiasa mara ke hadapan kerana pemimpin BN melihat apa yang ada di depan, mereka tidak pandang yang dibelakang-belakang atau cuit-cuit yang sebelah belakang. Kalau pilih orang yang suka belakang, maka ke belakanglah kita dan negara kita.
Saya sendiri pun akui, ada juga yang tak betul dan tak kena berlaku dalam BN, tetapi kita tidak boleh dan tidak pernah mendiamkan diri. Yang tak betul kita hentam, yang bagus kita kata bagus. Inilah demokrasi yang sebenarnya.
Sekarang ini pun kita sudah boleh melihat perubahan atau transformasi yang dilakukan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Beri peluang kepada mereka untuk melakukan perubahan dan jangan terlalu mengharap perubahan boleh berlaku sekelip mata.
Di bawah ini sedikit gambar yang sempat dirakam semalam untuk tatapan rakan-rakan pembaca dan anak-anak Sandakan atau Batu Sapi yang sedang berada di perantauan.
Inilah bukti BN sebuah parti yang demokrasi dan bukti wakil-wakil rakyat bukannya kaki jilat sepertimana wakil-wakil rakyat PKR menjilat Anwar dan Azmin, wakil rakyat Pas menjilat Nik Aziz dan wakil rakyat DAP menjilat Lim dua beranak. Wakil-wakil rakyat BN mana yang tak betul dia tibai, yang betul dia puji.
Untuk pengetahuan pembaca, Pulau Timbang dulu berada dalam kawasan YB Bung iaitu Kinabatangan. Selepas persempadanan semula Pulau Timbang masuk ke Batu Sapi. Walau bagaimanapun pengaruh Bung agak kuat di situ dan dia sangat popoular di situ.
Yang lebih seronok dan sukar dipercayai pula Datuk Md Aziz juga popular di kawasan tersebut. Saya cuba bertanya kepada penduduk pulau tersebut bagaimana mereka tahu Datuk Md Aziz. Mereka jawab dalam loghat Sabah pekat "itu Datuk sama-sama Bung selalu itu di tv perjuangkan rakyat,mereka tolong sama kami". Huh, terkejut saya mendengarnya.
Itulah buktinya seseorang pemimpin akan dikenal dan dikenang walaupun di mana sahaja mereka berada, jika mereka menjadi hero kepada rakyat. Pendek kata kalau ditakdirkan Datuk Md Aziz diletak di Sabah untuk bertanding asalkan mendapat restu bahagian dia akan menang.
5 comments:
Dimana umno kuat di situ rakyat merempat....Fikirxkanlah
terbalik tu bro...tgk kat kelantan..fikir2kanlah
hahaha 20thn kelantan bawah PAs, tp ramai rakyat pi cari kerja kt luar kelantan..sbb APA...sbb kerja2 yg ada smua kena sapu dgn juak2 PAS...FIKIRKAN LAH
dimana ada pas di situ rakyat merempat..nahhh itu baru betul.
anon 4.03.... Aku orang UMNO, mak bapak aku orang UMNO, atok nenek aku orang UMNO...tapi kami tak pernah merempat pun....
Post a Comment