Saturday, October 9, 2010

Galas : Khabar Dari Kota Bharu

Catatan Santai

Hari ini sabtu adalah hari cuti di negeri yang ditadbir oleh sekumpulan manusia-manusia munafik yang melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Rutin Pok Nik pada setiap hari sabtu berbeza dengan hari-hari lain. Dia tidak perlu ke pejabat untuk melihat fail-fail tanah, balak atau kuari untuk diserahkan kepada tauke-tauke cina dari Singapura.

Setiap sabtu, selepas solat subuh dan berdoa sambil paksa air mata buaya politiknya keluar dua tiga titis Pok Nik akan bergerak ke kedai nasi berlauk Mek Som di Kampung Kedai Lalat untuk bersarapan pagi sambil diiringi oleh anak emas dan menantunya.

Pagi tadi ketika sedang enak menjamu nasi berlauk sambil meratah ayam gulai, tiba-tiba satu panggilan telefon diterima oleh anak emasnya dari orang upahannya yang sedang berada di KLIA.

Hello datuk....

Ha...ha...hello, kecek...keceklah....gapo dia...

Datuk, Ku Li setuju jadi pengarah di Galas, dia baru umum di KLIA nih....

Gapo dia ? Ku Li setuju ! kata anak emas Pok Nik dengan suara terkejut dan kuat.

Sebaik mendengar perkataan Ku Li setuju keluar dari mulut anak emasnya, tiba-tiba Pok Nik tersedak dan tercekik tulang ayam yang sedang diratahnya.

Nasib baiklah ada orang tua yang pandai sikit dalam perubatan tradisional pun turut berada di kedai itu dan dia menolong mengeluarkan tulang ayam yang tercekik di leher Pok Nik.

Manakala anak emasnya duduk termenung sambil muka merah padam kerana terkejut, malu dan segala rancangan dia sebelum ini sudah musnah.

Mana tak malunya, satu Kelantan telah dicanangnya kononnya Ku Li kini telah menyokong perjuangan Pas kerana setuju menyokong mereka dalam kes tuntutan wang royalti minyak.

Sekarang dia tengah pening, pening nak cari alasan untuk dijawab kepada rakyat.

2 comments:

Hashim said...

PRK Galas Harapan BN semakin cerah.....Tengku Razaleigh akhirnya menerima pencalonan....berita seterusnya sini

Anonymous said...

Aduh, poning kepalo atas dan kepala bawah Pok Nik. Baru nk canang pasal duit royalti minyak ke kg-kg. Ni Ku Li lak setuju jadi pengarah pilihanraye BN, ape Pok Nik nk kelentong kat budak2 kg kali ni? Poning2..