Thursday, October 28, 2010

RBF Kini Di Batu Sapi





Saya baru sahaja sampai di Bandar Sandakan dan Insyaallah akan cuba membuat liputan yang terbaik untuk rakan-rakan pembaca sekalian.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sebahagian daripada Sandakan termasuk dalam kawasan mengundi Parlimen Batu Sapi.

Bagi saya inilah kali pertama sampai di Sandakan. Pembangunan di bandar ini boleh tahan juga hebatnya dan aktiviti perniagaan di bandar juga nampak sibuk.

Untuk pengetahuan pembaca yang mungkin tidak pernah ke sini, di bandar ini agak ramai pelancong. Antara yang menarik di sini ialah Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok dan Monyet Belanda di Kinabatangan serta beberapa tempat lagi.

Setakat ini dahulu mukadimah dari Sandakan, saya nak keluar cari bahan untuk tatapan rakan-rakan pembaca sekalian.

Sebaik sahaja menghidupkan telefon apabila sampai di lapangan terbang sebentar tadi satu sms masuk dari seorang teman di Gua Musang yang berbunyi,

Baik-baik di airport, jangan sampai bertumbuk.

Baik-baik di atas jeti, nanti jatuh ke laut.

Ha ha ha....


4 comments:

pemerhati bebas said...

caya la lu bro..bape riban UMNO bagi lu bro nak g sana kempen? penyokong tegar lu ni bro kan

Anonymous said...

Terkejut sebentar..ingatkan kan Beruk PAS melanda rupanya lain hahaha..silap baca

Anonymous said...

sauk laa bro dapat pi batu sapi jaga-jaga jangan sampai jadi batu api udah lerrrr....

yahooo.... hari ini dapat email dari dato seri najib jemputan makan malam 1 malaysia 5 november 2010 .... di sri perdana ... lagi sauk laaa bro...

Abu said...

Selamat berjuang Saudara RBF. Semoga dirahmati Allah sentiasa.