Monday, November 29, 2010

Benarkah Faisal Tehrani Sebar Ajaran Syiah Melalui Tulisan ?



Setelah membuat sedikit penyelidikan tentang Faisal Tehrani(FT), aku mendapati beliau ingin menyebarkan ajaran Syiah secara halus di melalui penulisan samada di dalam buku atau blog beliau. Sila baca dulu halaman blog beliau ini. http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/08/rasulullah-saw-pun-bangga-dengan-iran.html


FT menyatakan "Oleh kerana saya sunni yang ingin mematuhi sunnah Rasulullah saw maka saya dengan rendah hati menurut sunnah baginda tersebut. Takkanlah saya ikut sunnah pun dikira salah? Masakan kita nak tuduh Rasulullah saw obses?" (sunnah yang dimaksudkan adalah sepeti hadith pertama di bawah, iaitu bangga dengan Iran).

Disini, FT menafikan yang beliau seorang Syiah. Tetapi dalam blog beliau lebih 50% artikel memuji dan berbangga dengan Syiah dan Iran. Dengan alasan Rasulullah SAW pun berbangga dengan Iran berpandukan dalil berikut,

Hadith pertama: "Mengikut sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda,"Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya (dituju kepada Salman al Farisi yang berbangsa Parsi)".

Parsi adalah negara Iran sekarang. Salman Al-Farisi adalah penyokong kuat kepada Saidina Ali RA. Beliau meninggal di zaman pemerintahan Saidina Uthman RA.

Saya ingin menegaskan dalil di atas sangat terkenal dikalangan puak Syiah. Ia di gunakan oleh puak itu sebagai senjata untuk berdebat dengan Ahli Sunnah Waljamaah tentang kebenaran Syiah, kononnya Syiah diiktiraf oleh Rasulullah SAW. Kita jangan cepat terpedaya. Kenapa beliau hanya menggunakan dalil itu tanpa melihat dalil-dalil yang lain? seperti dalil-dalil di bawah,

Hadith kedua: “Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini(umat Rasulullah SAW) akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. Adapun yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.

Disini saya ingin menekankan tentang istilah “Al-Jama’ah”. Kita lihat dalil berikutnya.

Hadith ketiga: “Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: “Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama’ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh”.

Ada banyak maksud tentang Al-Jama’ah (mengikut http://syar1.wordpress.com/2010/08/05/makna-al-jamaah/). Salah satu maksudnya adalah kelompok manusia yang besar sekali jumlahnya. Al-Jama’ah juga bermaksud, jama’ah ahlul Islam iaitu tatkala mereka bersepakat dalam satu urusan.

Kita sememangnya tahu bahawa Ahli Sunnah Waljamaah adalah kelompok Islam terbesar sekali di dunia. Dalam Ahli Sunnah Waljamaah, ada 4 mazhab utama iaitu Safi’e, Maliki, Hambali dan Hanafi. Kesemua mazhab ini bersepakat berteduh di bawah satu payung yang dinamakan Ahli Sunnah Waljamaah. Ini jelas berpadanan dengan Hadith kedua dan ketiga yang saya utarakan.

Jika FT betul-betul seorang Sunni seperti beliau katakan, kenapa dia tidak menyebut tentang hadith kedua dan ketiga supaya masyarakat tidak terkeliru dengan hadith pertama? Sedangkan hadith pertama hanya memuji keimanan bangsa Parsi (tidak semua bangsa Parsi itu Syiah), bukan mengatakan golongan itu sebagai golongan yang berada di jalan yang benar.

Ini jelas menunjukkan bahawa FT menyelit propaganda halus untuk masyarakat menerima secara perlahan-lahan fahaman Syiah di Malaysia. Caranya mudah, dengan menghidangkan kebaikan, keberanian dan kejayaan Iran dan puak Syiah. Contohnya keberanian Iran dan Hizboullah menentang Amerika dan Zionis Yahudi. Senang cerita taktiknya seperti kerajaan yang tidak putus-putus memuji dan mempromosikan parti kerajaan di dalam media massa, supaya rakyat percaya dan yakin kepada kerajaan. Itu saja. Sebelum kita terpedaya, wajiblah kita memohon pertolongan dari Allah untuk berlindung dari fahaman Syiah ini dan memberi petunjuk ke jalan yang benar.

P/S: Dalam blog beliau (artikel terakhir link yang sama seperti di atas), FT ada menyebut, "Nak tak nak, suka tak suka - masa depan Islam adalah di tangan Iran". Nampaknya FT bukan sekadar penulis, malahan seorang ahli nujum yang boleh meramalkan masa depan.

rbf

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan ini.

15 comments:

mae said...

Hadis yang pertama diatas jelas merujuk kepada individu iaitu Salman Al-farisi, bukan kepada bangsa Farsi.

ArenaMalaya said...

Salam bro, tahniah kerana blog RBF makin berkembang dan sy sendiri baca di kolum Awang semalam. Teruskan perjuangan.

penafian demi penafian dh dilakukan FT. sy mengikuti dekat apa yg ingin disampaikan oleh FT - perpaduan Islam secara GLOBAL. mungkin LINK ini dapat membuat bro RBF berfikir dgn lebih baik dan research dgn lebih baik drpd ambil research (kononnya) drpd blog lain. blog RBF jd perhatian, jika tersalah maklumat, integriti bro tercalar. sekian pandangan saya.

p/s: sy ada 9 judul novel Dr Hj Faisal Tehrani dan setakat ini tiada lansung sentuh tentang syiah. malah semangat Melayunya lebih tinggi jika saudara baca novel 1515. sy cadangkan bro beli,meluap-luap semangat Melayu beb bila baca.

Anonymous said...

hadis yang pertama bermaksud khas kepada lelaki bernama salman al farisi. bukannya bangsa parsi keseluruhannya.
ianya menyebut lelaki dan seperti kita tahu bangsa parsi ada lelaki dan perempuan. lelaki tersebut adalah hanya salman alfirisi.

Anonymous said...

FT dah gilos!

Anonymous said...

Bro Rbf, saya juga selalu mengujungi blog FT tu, yeah, memang kebanyakan artikel2nya menyentuh tentang Negara Iran serta pemimpin2nya, khusus Ahmadinejad.

Jika, benar FT nak menyebarkan ajaran syiah seperti mana link blog katakan itu, sebaik - baiknya Iman kita harus kuat. Jika iman kuat, maka kepercayaan kita teguh dan kukuh tanpa apa pun boleh menembusinya.

Syiah tetap syiah. Sunni tetap sunni. bak kata orang, Buang yang keruh , ambil yang jernih.

Ps: Tidak salah untuk kita bersangka baik.

yat said...

bro RBF,

syiah, kalo diikut fatwa al-azhar, masih islam, kalo x islam x boleh la datang mekah buat haji...

cuma syiah yg extreme yg kutuk sahabat nabi (yg sesat ni memang kutuk abu bakar, omar, usman, muawiyah dan aishah) dan juga yg pukul2 badan dan cukur bagi berdarah, tu baru la dikira sesat...

wa xtau Faisal tehrani ni dai mana, tapi dia kalao syiah pun bukan la yg extreme..

anyway, syaiah memang x sesuai di malaysia...

Anonymous said...

Dulu saya suka baca karangan dan novel FT, skrg tidak lagi bila dia terlalu memuja Iran, Ahmednijad dan isteri. Dia cukup marah dgn komen2 sy, hahaha. Dari dulu lagi ada pensyarahnya bagitau saya, dia tu mirip Syiah dan setelah 2 tahun ikuti blognya, saya yakin dia Syiah. Saya hairan kenapa tiada tindakan diambil.

TAIPINGMALI (TM) said...

pengamal syiah di negara ini masih takut-takut dan amalkan mereka separu masak kerana takut tindakan kerajaan. Bila ditanya adakah mereka syiah , lantas mereka menafikannya tetapi secara halus mereka menyambut Zainab al-Kubra, dan menggunakan nama Al-Kubra, Al-Karbala pada hujung nama mereka. memang halus usaha mereka.

Anonymous said...

Salam Tuan,
Saya dah lama rase semacam tak best dengan FT ni. Tapi saya hairan kenapa ramai memuji2 dia.
Dulu2 saya baca blog dia tapi saya dapati dia seorang yang arrogant. Siapa komen kat blog dia yang tak menepati citarasanya, dia akan either sound orang tu balik atau dia tak akan siarkan comment orang tu. Dan paling yg saya tak boleh blah, last2 dia terus tak bagi orang comment kat blog dia lagi. sejak tu saya tak baca dah apa2 karya mamat ni. Tatau la kalau skrg dia dah bagi org commmet kat blog dia balik. Kata pengkarya, patutnye open minded la.

But seriously, saya tak tau kenapa orang tak nampak betapa arrogant nye dia ni.
Orang kalau berfahaman yang salah macam dia ni.. selalunye defensive and most of the time live in denial.

Anonymous said...

Nampak gaya macam tu la ..tgk tajuk Ingin Menjadi Nasrallah tapi susah untuk tidak membaca karya nya kerana cukup menarik,hasil kajian yang mendalam ..tgk siri Ketupat Cinta dalam Harakah,tergelak kaw2 aku baca..pedas,tajam tapi benar

huhu said...

Bro, pendapat saya, FT ni terkhilaf sedikit dalam pemahaman dan pembawaan dia pasal kisah Nabi S.A.W. Salman Al-Farisi tu...

waktu Nabi S.A.W. bersabda tu, belum wujud lagi fahaman Syiah, belum wujud lagi Ayatollah Ali Khoemeni, belum wujud lagi Republik Rakyat Iran...
Bahkan Saidina Ali K.W. belum menjadi Khalifah.

Pendapat saya, Jika Saidina Ali (Pintu bagi gedung ilmu org Islam) sendiri tahu mengenai ada sekumpulan org islam yg menjadi sangat fanatik kepadanya, pasti beliau akan menghalangnya.. namun ingat,
waktu fahaman ini mula tercipta, Nabi S.A.W. telah lama wafat, Saidina Ali telaf pergi...

Ingat, Islam amat menentang ke"fanatik"an terhadap pemimpin..
(rujuk sirah, bagaiman Saidina Umar terpaksa memecat Saidina Khalid Al-Walid)

Dan ingatla.. Khalid Al-Walid sendiri pun tak terluka sebab hal tu.. beliau tau sebab musababnye...

Tapi syiah tetap Beriman Kepada Allah S.W.T.. jangan kita mengkafirkan mereka.. cuma salah pemikiran je..

Tq Bro..

Grand Marquis said...

FT ni memang dah lama dan terkena cuba menyebarkan propaganda syiah secara halus.

Dia mati-mata menafikan yang dia tu syiah sebab dia tau kebanyakan orang Malaysia masih tak boleh menerima ideologi syiah. Dia berselindung disebalik perpaduan global, kesatuan ummah, berlapang dada supaya orang akan tidak mengesyaki tindakkannya.

Kalau kita ada ilmu sikit tentang syiah ni, kita akan dapati penulisan beliau penuh dengan pemujaan serta pengagungan figure-figure syiah mahupun hari kebesaran mereka. Dalam masa yang sama, beliau juga menyuntik sindiran-sindiran halus terhadap pegangan akidah ASWJ.

CucuAtok said...

Salam kepada saudara rbf dan saudara yang lain. Adalah tidak salah untuk kita membandingkan fahaman yang lain kepada fahaman kita. Akan tetapi berpandukanlah kepada Al-Quran dan Sunnahnya.Saya percaya kejadian itu adalah kehendakNya dan ingatlah saudaraku bahawa Nabi Besar kita menyuruh kita belajar ilmu hingga ke negara cina. Jadi FT nak tunjuk pasal syiah tu dia punya pasalla sebab nak menunjukkan kebaikan yang boleh kita ikut.Yang baik tak salah untuk di ikuti dengan syarat mengikut tuntutan syarak. Jadi biarlah dia nak buat apa pun janji tidak melampaui batas.
Suka saya cadangkan supaya saudara sekalian berfikiran terbuka bagi membolehkan diri kita menjadi insan yang di terima oleh ALLAH subhanawataala.
Patutnya saudara cuba lihat syarahan Allahyarham Ahmad Deedat yang membandingkan kebenaran Al-Quran dengan bible.Saya doakan agar dapat membuka mata kita akan kebenaran ISLAM(bukan isle ye) dan Al-Quran. Itu lagi seronok di tonton dan di kaji tentang aspek aspek kebenaran yang di kupas oleh beliau. Sekian.

To Live Again said...

Dalam hal ni sy mengambil jalan tengah..Seprti yg kita tahu syiah msh lagi diiktiraf jumhur ulama sbagai MUSLIM..2 mmg hakikat..

Tp sy secara jujur kurg berkenan dgn cr FT yg terlalu MEMUJI dn MEMBESARKAN Iran hingga menjurus pd fahaman syiah..Mgkn sangkaan kita semua silap..

Tp penulisan beliau yg kabur dn blh menjurs pd bibit FITNAH dn PERPCAHAN sy rs elok la dielakkan..Cukupa la sekadar perpecahan yg sedia ada yg kian membarah..

Dalam hal ni elok rasanya kita ikt kaedah Imam Syafie yg penah bepesan pd muridnya yg ingin berdakwah supaya menghormati tempat yg pergi berdakwah..Beliau penah berpesan kiranya kita pergi berdakwah di kalangan mazhab hambali maka elakkan drp menimbulakn kekeliruan sperti membaca qunut ketika smbhyg subuh kerana untuk MERAIKAN penguikut hambali..

Begitu jgak halnya di msia..Di msia, fahman syiah dikira fahaman yg SENSITIF dn sebarg perkara yg menjurus ke arh 2 perlu dielakkan dgn penulisan yg JELAS dn tidk kabur..

Urisa said...

"Hadis yang pertama diatas jelas merujuk kepada individu iaitu Salman Al-farisi, bukan kepada bangsa Farsi." - MEMANDAI JE SAUDARA MENGOMEL YERR..