Tuesday, November 30, 2010

Benarkan Blogger Masuk, Staf Kena Buang Kerja

Sebelum tahun 2008 saya adalah seorang manusia yang rabun IT.

Apa itu blog saya pun tak tahu.

Keadaan telah berubah selepas pru 2008

Daripada rabun, saya menjadi celik dan sekarang boleh dikatakan separa mahir.

Semua ini adalah anugerah Tuhan.

Tuhan anugerahkan rbf dan rakan-rakan kepada rakyat Malaysia untuk membongkarkan penipuan,  penyelewengan , kesesatan dan kejahatan Pas, PKR dan DAP selama ini.

Dulu Umno berbelanja sakan untuk wujudkan cyber trooper, web site itu ini , Umno TV dan sebagainya. Dimana itu semua sekarang ? Apa kesannya kepada Umno dalam pru 2008 ? Yilekkkkkkk.....

Selepas pru 2008, maka lahirlah nama seperti GAP, Parpu, Unspinners dan lain-lain lagi. Hasilnya pada hari ini boleh dilihat di sini

Walaupun tidak boleh dikategorikan sebagai berjaya sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita telah berjaya mengimbangi pihak sebelah sana.  Dalam keghairahan dan kesungguhan kami berblog mempertahankan Umno dan BN tetapi dalam masa yang sama kami juga ada rasa kecewa dengan pihak pengurusan Umno.

Nak minta pas media untuk PAU pun tak boleh. Untuk malaysiakini dan malaysia insider boleh pula.

Seorang rakan di HQ Umno pernah berkata kepada saya semasa saya meminta izinnya untuk masuk ke satu majlis Umno, "kalau aku benarkan kamu masuk,aku akan kena buang kerja".

Huh, berderau darah saya mendengarnya. Cuba anda bayangkan, jika benarkan seorang blogger yang pro kerajaan masuk ke majlis Umno , kakitangannya boleh kena buang kerja. Saya tanya kepada rakan tadi siapa bos kamu yang boleh buang kamu kerja ? Jawabnya Setiausaha Kerja Umno.

Setakat ini dulu buat masa ini, saya serahkan kepada anda semua untuk komen.

Selepas ini  saya akan ceritakan kisah bagaimana Setiausaha Kerja Umno menengking kami di Hulu Selangor kerana masalah tempat untuk kami buat kerja.  Kalau betul-betul nak cerita pasal Setiausaha Kerja Umno , tiga hari tiga malam pun tak habis lagi.  Setiap hari ada saja cerita mengenainya sampai ke telinga kami. Kami simpan, simpan dan simpan. Satu hari nanti meletus jua akhirnya.

19 comments:

Anonymous said...

kedengarannya seperti ditelan mati emak, di luah mati bapak

ALahaI sI LunCAi said...

JANGAN ADA SEKELUMITPUN RASA JAUH HATI ATAU KECIL HATI. MULAI SEKARANG MARI KITA BERNIAT DAN BERAZAM, SEMATKAN DALAM HATI KITA BETAPA " JIKA TIDAK KERANA KITA UMNO AKAN RUNTUH, MELAYU AKAN ROBOH. MARI KITA REDHA BETAPA ELITIS UMNO TETAP AKAN WUJUD, BERJUANG UNTUK DIRI MEREKA SENDIRI.YAKINLAH KITA AKAN TERCATAT DALAM SEJARAH ANAK CUCU SEBAGAI PEJUANG YANG GIGIH".

blogenstarz said...

Salam.
Saya pun baru didunia blogger ni.Tapi lama kelamaan saya dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.
Saya juga banyak pengalaman terhadap orang atasan UMNO.Pada sebahagian mereka memang lebih BURUK perangainya daripada PR.!
EGO,SOMONG dan HIDUNG TINGGI adalah sifat yang ujud setelah ada kedudukan dan berjawatan dalam IMNO.
Oleh kerana sayangkan MALAYSIAA,
saya libatkan diri kedalam blog PRO kerajaan.
Kepada pemimpin UMNO... JANGAN SILAP LANGKAH ! ANDA DIPERHATIKAN !

Anonymous said...

rbf..terpikir tak yg mungkin suatu hari anda akan dibuang selepas kedudukan bn/umno stabil?

tak mustahil terjadi mcm citer korea silmido..

AKU PEDULI APA @ APA said...

Salam rbf.
Kepada penulis artikel diatas kau buat je macam aku buat.Aku tak peduli siapa.Orang baik aku baik,orang kurang ajar aku seratus kali kurang ajar.

Setakat Raof Setiausaha Kerja ni dah pernah aku BUTUHKAN depan public.

Pergi jahanamlah..dia byr yuran rm1 aku pun sama seringgit.Bezanya kita membela Umno/BN cara percuma diaorang melantak harta rakyat.

Itu aku..tak ikut pun tk apa.Salam

yat said...

DAP x hormat melayu dan india

http://politik.shenyeeaun.com/?p=374

guna bahasa mandarin jek, celaka betul

To Live Again said...

Caya bro..

Kita kena kreatif dlm berkempen..Sblm ni pelbagai pendedahan palsu yg dibuat olh pembangkang tp yg gomen jwb guna tv dgn mainstream media yg kebiasaan penuh retorik..Cr ni lgsg x berkesan pd generasi muda yg menjdi faktor kekalahan teruk bn pd pru 2008

MPP said...

Dedah bro.. jangan tak dedah. Umno menjadi semakin haprak hari ni disebabkan sesetengah pemimpin berperangai gampang dalam parti.

Anonymous said...

balun jer...lebih sudu dr kuah.

Anonymous said...

bro, sila baca artikel blogger azli shukri berkenaan nazri dan namewee dan ruangan komen..

Anonymous said...

Kalau macm tu sia2 je la prjuangan blogger proUMNO

Berjuang tp dpandang hina UMNO
mcm melukut dtepi gantang

apa lagi yg bolh dibuat kalau tuan punye badan tk sudi trima blogger proUMNO lagi

CUCU TOK WAN said...

letuskan sahaja...

ingat kalau Setiausaha kerja UMNO, bloggers semua pencacai pengangkat tong najis ler... ingat apa yang kita buat ni, untuk dia ke?

Anonymous said...

salam bro RBF,
sebelum ni kawe x ambik kisah pun pasal blog ni,kawe mula baca blog lepas lu kuarkan kisah Umi Aida kawin.Mula hari itu, blog RBF yg akan kawe baca dahulu setiap kali kawe buka blog.

tentang tajuk yg lu post kan atas kawe rasa baik laporkan terus masalah tersebut ke PM atau TPM.Apa S/U UMNO tu tali barut ke??lebih sudu dari kuah tu bro...

Apa2 pun lu mesti laporkan hal ni bro...

tokawe

Anonymous said...

ramai lagi petugas2 umno dah kena...

bila tiba time PRU,semua mulut manis...bekerja demi parti la,itu la,ini la...
sanggup ahli korbankan masa dan tenaga utk parti..

tp lepas menang,ahli biasa2 dibuang..jasa x dikenang...

sampai bila2 aku xkan lupa apa yg UMNO dah buat pada bapak aku,seorang bekas tentera yg menolong umno tanpa mengharapkan balasan...

sejarah PRU11 2004....bila menang,bapak aku dipinggir terus...pengorbanan dia langsung x dihargai..

terima kasih UMNO....

-Warga Shah Alam-

Erman Syahid said...

Dah jadi kerja blogger tulis apa yang betul dan apa yang tidak betul.Kita tidak boleh pertikaikan sekiranya seseorang pemimpin itu tidak menyukai kehadiran kita, itu hak dia. Bukan semua yang ditulis diambil kira oleh kepimpinan dalam UMNO. Sekarang ini semua parti jahat... mana yang lebih jahat dia lah memerintah.

Anonymous said...

TERUSKAN PERJUANGAN KERANA PERJUANGAN INI PERJUANGAN IKHLAS, DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA....JANGAN BIARKAN ANASIR2 YG HANYA MEMENTINGKAN PERUT SENDIRI MENGGANGU-GUGAT....SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI...HIDUP MELAYU!!!

SALAM,
PEMINAT SETIA RBF

koolmokcikZ said...

Salaam,

buat sesuatu demi kebaikan itu sendiri

ramai yang menghargai usaha tuan

jika tak mampu menentang kebatilan dengan tangan, tentang dengan lisan. usaha yang paling lemah, menentang dalam hati pun dijanjikan pahala [rest assured ini bukan janji NA]

perkongsian maklumat penting untuk kita membuat keputusan

saya cadangkan lain kali bila berurusan dengan orang macam tu, rakam kemudian post kat FB

wallahul'alam

wmu350 said...

umno sentiasa bergolak dan ada yg meninggalkan malah ada yg setelah meninggalkan ,mereka berazam untuk mneghancurkan umno kerana apa?....kerana perkara2 seperti ini berlaku dalam parti..!

inilah masalah bila ada usaha2 untuk memertabatkan & membantu cara tersendiri tidak dihargai oleh kumpulan yg ada kuasa..!

sebenarnya,ini adalah ujian kepada para2 pejuang..!kalau nak ikut hati,saya pun ada berbagai pengalaman berhadapan orang2 seperti ini didalam parti,cuma apa yg saya pegang adalah kekalkan pendirian dan teruskan tujuan dan matlamat & jgnlah melatah dgn meninggalkan parti...

ramai golongan yg meninggalkan parti bila pendapat & pandangan mereka tidak diterima,inilah kesilapan yg banyak berlaku dalam parti

bloggers seperti rbf tidak dinafikan mempunyai pengaruh tersendiri....doa & harap teruskan usaha yg baik ini.....

Anonymous said...

kuasa pangkat dan duit dlm umno mmg takkan terpisah...

percayalah....

anda duit anda berkuasa...

tiada duit,walopun anda penuh dgn visi dan misi,penuh wawasan dan bersemangat demi kejayaan,lupakan sajalah...

siapa pun xkan pandang anda...