Monday, November 22, 2010

Datuk Hisham, Tolonglah Jangan...Tolong Janganlah...

Kerajaan mahu memperkenalkan garis panduan berkaitan hasutan dalam dunia siber.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata, garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam internet akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu ini.

Sebaik mendengar perkara tersebut, Ketua Penerangan Pas yang paling bebal di abad ini telah menyuarakan tentangannya terhadap garis panduan tersebut. Sini

Walaupun dia bebal, saya menyokong tindakan Idris Ahmad menentang perkara tersebut. Tapi jangan salah anggap pula, saya tak bebal seperti dia.

Kepada Datuk Hisham, saya mewakili rakan-rakan blogger yang lain ingin merayu kepada Datuk Seri agar jangan memperkenalkan garis panduan tersebut.

Sekiranya KDN meneruskan juga ianya bakal menyusahkan kami blogger-blogger pro BN untuk buat kerja.

Banyak lagi kerja-kerja yang kami ingin lakukan, banyak lagi penyelewengan dan kesesatan-kesesatan Pas yang ingin kami dedahkan. Banyak lagi kerja-kerja menghasut rakyat agar membenci Pas yang ingin kami lakukan. Banyak lagi skandal-skandal pemimpin Pas yang ingin kami dedahkan.

Banyak lagi dokumen-dokumen termasuk yang diklasifikasikan di bawah OSA yang ingin kami dedahkan. Oleh yang demikian saya merayu kepada Datuk Seri tolonglah jangan teruskan garis panduan itu. Kalau Datuk Seri teruskan juga nanti kami tidak boleh buat semua itu kerana terikat dengan garis panduan tersebut.

Jangan susahkan kami wahai Datuk Seri, tolonglahhhhhh. Kami nak cincang Pas lumat-lumat sebelum pru 13.

Kepada Derih Ahmad, hang jangan risau. Aku akan sokong hang menentang garis panduan itu demi untuk membunuh Pas dalam pru akan datang.

4 comments:

zahari1950 said...

Buatlah undang-undang apa sekalipun. Kalau asyik bagi amaran sahaja tak akan berkesan. Sepatutnya dah berapa ramai yang kena tahan bawah ISA. Namewe, LGE, Anwar Ibrahim dan yang menunjuk perasaan anti ISA mengapa tak tahan di bawah ISA kerana sabotaj dan perkauman.

CUCU TOK WAN said...

cisss..... bocor rahsia!!!

hehehe...

Anonymous said...

apa salahnya.. bau sahih fakta tuh.. bukan pakai sesah jer

Anonymous said...

Elokla perkenalkan ..blogger takde etika.org lain belajar tinggi byr mahal2 nk ada degree belajar law segala.bila ada blogger mcm ni x berguna.su ber pon diberitwhu.setakat main tembak.bila komen yg pro je siarkan.bila tak sokong tanak siarkan.nk ckp psl adil,siarkan je la.ntah sapa2 ko ni tulis blog mcm ni.rosak!