Monday, November 29, 2010

Hasrat DAP Tidak Pernah Pudar

Daripada dulu hingga sekarang hasrat DAP menuntut diadakan semula pilihanraya kerajaan tempatan tidak pernah pudar.

Semalam sekali lagi hasrat itu dibangkitkan dalam Konvensyen DAP Selangor ke-16. Kenapa mereka mahukan itu ? Jawapannya mudah, mereka ingin menakluki kawasan bandar-bandar besar yang dikuasai oleh majoriti orang-orang cina.

Seandainya ini benar-benar berlaku , maka selepas ini orang-orang Islam perlu mendapat kebenaran daripada orang-orang bukan islam untuk membina masjid, surau, sekolah agama dan kubur. Ini kerana orang-orang bukan islam yang dipilih melalui pilihanraya kerajaan tempatan telah mengusai sesebuah PBT dan sebarang pembinaan perlu mendapat persetujuan dari mesyuarat PBT terlebih dahulu. 

Kawan-kawan sekalian, kita kena beringat dengan permainan DAP. Permainan mereka cukup halus, nampak baik di permukaan tetapi dibawah penuh dengan kejahatan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan DAP adalah yahudi  kedua.

Tapi sayang seribu kali sayang kerana ada dikalangan orang-orang kita yang buta mata dan hati untuk melihat perkara ini. Apabila diberi sedikit gula-gula oleh DAP dan terkena sedikit tempias air liur manis Lim Guan Eng, maka ada orang kita yang sudah layu di pangkuan mereka sehingga sanggup berdoa di dalam masjid untuk Lim Guan Eng. Begitulah rendahnya harga diri melayu.

Arwah bapa saya pernah bercerita kepada saya, semasa Singapura hendak berpisah dengan Malaysia, Tunku Abdul Rahman pada masa itu mengajak orang-orang melayu Singapura untuk menyertai Malaysia. Mereka tidak mahu dan yang paling pedih sekali apabila ada yang sanggup berkata Lee Kuan Yew lebih baik daripada Tunku dan ada yang berkata kami rela berada dibawah naungan cina daripada berada di bawah naungan melayu seperti Tunku. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, bapa saya pada masa itu berada di Singapura, beliau memilih untuk meninggalkan Singapura dan masuk ke Malaysia.

Sekarang apa sudah jadi terhadap melayu di Singapura ? Tidak perlu untuk saya ulas panjang kerana semua orang telah mengetahuinya.Terpaksa datang merayu dan meminta tolong di Malaysia. Tapi apa yang Malaysia boleh buat, nasi telah menjadi bubur. Bukan salah kami, semua itu salah datuk, nenek dan ibu bapa kamu dahulu. Itulah contoh terbaik yang boleh kita lihat. Mahukah kita melihat nasib anak cucu kita dimasa akan datang menjadi sepertimana nasib melayu di Singapura sekarang ? Jika mahu teruslah sokong DAP,PKR dan Pas.

Berbalik kepada kisah pilihanraya PBT. Pada pandangan dan pendapat saya, perkara itu tidak akan berlaku selagi negara ini ditadbir oleh BN walaupun beberapa negeri ditadbir oleh DAP, Pas dan PKR. 

Secara mata kasar kita boleh kata dan nampak mereka boleh lakukan perkara itu di Selangor, PP,Kedah dan Kelantan kerana PBT berada di bawah kerajaan negeri. Tetapi tidak , jangan ingat semudah itu.

Untuk mengadakan pilihanraya PBT, usul perlu dibawa, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat (Parlimen) melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976. 

Ha....ha....ha....

Sekarang mungkin saya dan rakan-rakan sekalian masih boleh gelak sakan. Di masa akan datang mungkin kita menangis bersama-sama. Sehingga ke hari ini kita boleh kata perkara itu sukar untuk dilaksanakan. Tetapi macam-macam boleh berlaku di masa depan.

Seandainya BN hilang majoriti di Dewan Rakyat dalam pru akan datang dan DAP, PKR serta Pas membentuk kerajaan, maka sudah tentulah usul untuk mengadakan pilihanraya PBT akan diluluskan jua di Dewan Rakyat.

Maka pada masa itu jika kita menangis sampai keluar air mata darah sekalipun ianya tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur. Pada masa itu terpaksalah kita meminta kepada bangsa lain untuk mendirikan masjid , surau dan sebagainya.

Adakah kita nak harapkan kepada Pas dan PKR pada masa itu ? Minta maaf, Pas sudah tidak berfungsi lagi pada waktu itu kerana mereka telah dilimpahi dengan wang ringgit dan undi daripada orang-orang cina. Kita kena ingat satu perkara sahaja pasal Pas, kalau isteri pun mereka sanggup jadikan taruhan politik, apatah lagi kita rakyat biasa yang tiada hubungan apa-apa dengan mereka. Ingat dan tanam perkara ini dalam fikiran anda.

Nak harap pada siapa lagi ? Nak harap kepada Anwar Ibrahim, minta maaf juga. Anwar pada masa itu hanya seorang PM boneka dan tidak boleh bersuara atau bertindak lebih. Semua rahsianya telah berada di tangan Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Gobind Singh. Kau tak ikut cakap aku, aku bongkarkan segala kegiatan liwat kau. Jangan ingat apabila Karpal wakili Anwar dalam kesnya sekarang adalah ikhlas, semua itu adalah perangkap untuk Anwar.Blogger x-pkr pernah mengupas perkara berkenaan di sini.

Jika ini semua berlaku kepada siapa kita hendak mengadu pada masa itu ? jika melayu Singapura boleh datang mengadu kepada kita dan adakah kita hendak mengadu kepada Indonesia pula ? Wallahualam !

Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi, maka jadilah kita seperti melayu Singapura. Menumpang di tanahair sendiri. 

Pada bulan Julai yang lepas saya pernah juga menulis tentang gerakan halus DAP mewujudkan wilayah mereka dari Johor hingga ke PP. Klik di sini 

Sebagai penutup,

Ingat DAP - Ingat Yahudi

Ingat PKR - Ingat liwat dan PM boneka sepertimana yang pernah terjadi MB boneka di Perak.

Ingat PAS - Ingat isteri pun sanggup jadi taruhan demi politik, apatah lagi kita rakyat biasa.



7 comments:

Anonymous said...

Bro Rbf, teruskan menulis artikel2 seperti ini, biar diputar sejuta kali pun, tetapi segala agenda2 Yahudi kedua ini harus di ingatkan pada mereka2 yang masih buta untuk memahami, tapi tidak buta untuk melihat.

Singapura harus dikembalikan pada kita, kerana ia adalah harta nenek moyang kita. Singapura adalah hak kita. Dan saya percaya, pada suatu hari nanti, ia akan kembali pada kita.


Hancur DAP! Hancur DAP! Hancur DAP!

Anonymous said...

Ya ALLAH

TAKUTNYYEE!!!!!!!!!
SEKARANG PUN RASA MACAM TAKDE APE2 DAH

Anonymous said...

bro..kalau berani g la attack kt lim kit siang@dap punya blog..hehe..

Suram Muram said...

Artikel yg baik Bro...
Kita kena selalu saling ingat...
mengingati...
Sekarang...
Mungkin kita terasa STABIL...
akan dtg siapa tahu...
kawan kad-kdg terfikir...
bersediakah kita???
Bila dugaan itu Menjelma...

Anonymous said...

Semoga dihancurkan DAP laknatullah ini bersama konco2 nya PAS PKR!!!

Anonymous said...

komen-komen blog pemimpin DAP , Malaysiakini , Malaysiatoday semua kena tapis terutama anwar aljuburi punya blog , hanya satu dua sahaja dilepaskan itupun utk wayang . demokrasi??? dasar hipokrit

Anonymous said...

Salam RBF & sume;

Syabas sy ucapkan pd RBF & blogger2 sewaktu dgn beliau kerana sanggup berjuang & berkorban untuk Islam,Melayu & bumi Tanah Melayu nih!

Pedulikan apa org lain kata,tak kira dari ameno atau fuckatan; Allah Maha Mengetahui nawaitu sdr & para blogger seangkatan.

S/U Korje ameno tuh hanyalah small fish aje, diharapkan ada antara kita yg akan sampaikan perjuangan sdr sume ke pengetahuan puncak.

Sebagai manusia anugerah Allah Ta'ala,sy faham jika sdr2 sekelian memerlukan sokongan & galakan diatas pengorbanan sdr2 demi ugama,bangsa & bumi bertuah ini.

Janganlah hendaknya bangsa & negara kita nih mensia-siakan jasa & penat lelah sdr2 sekelian spt yg telah dialami oleh Seniman Agung Allahyarham P.Ramlee...
bila dah meninggal baru nak hargai usaha beliau...
Too late.