Thursday, November 18, 2010

KJ vs Husam: Apa Cerita Ni ?

Dipetik dari blog GAP

ini kisah saman ecm libra terhadap husam musa.

ceritanya bermula begini. khairy arah ecm libra dan avenue capital bergabung untuk dijadikan bank. senarionya makin menjadi bualan apabila anak muda bernama khairy mampu membeli saham ecm libra dengan jumlah RM9.2 juta seterusnnya berjaya menguasai syarikat ini dengan proksi yang lain seperti kalimullah hasan.

husam telah menulis 2 artikel panjang lebar tentang pembelian kontroversi ini.kj tak puashati pasal husam telah mencemarkan namanya.

sebelum menyaman husam, khairy telah melakukan ex parte atau bahasa mudahnya menghalang pihak yang berkenaan melakukan fitnah sekali lagi. saman seterusnya dilakukan selepas langkah pertama dilakukan.

pada waktu itu kedua young turks ini sedang menggapai usaha untuk menaikkan nama. cabaran antara mereka terus dilakukan dalam sesi debat hudud dan negara islam di kota baru beberapa tahun lepas.

hari ini semuanya dah jadi sejarah.

SEJARAH KERANA KHAIRY DAN HUSAM DAH SELESAIKAN KES SAMAN ECM LIBRA TERHADAP HUSAM DI LUAR MAHKAMAH !

kenapa tak teruskan saman akan kami dedahkan sedikit masa lagi.

RBF : Apa cerita ni ?

Depan rakyat kamu semua bergaduh, belakang rakyat kamu cemolot.

Kenapa KJ tarik balik saman ?

Kenapa Husam setuju ?

KJ kata dia di pihak yang benar dan Husam juga kata dia di pihak yang benar. Selepas itu diam-diam selesaikan luar mahkamah.

Kalau masing-masing berada di pihak yang benar teruskanlah berentap. Rakyat nak lihat siapa yang benar.

Kamu berdua tidak layak menjadi pemimpin, kerana menipu rakyat. Semasa nak saman kecoh satu negara. Bila tarik balik kes diam-diam sahaja. Seolah-olah masing-masing ada sesuatu yang nak disorok kepada rakyat.

Yang Umno kena tipu dengan KJ.

Yang Pas kena tipu dengan Husam.




1 comment:

Anonymous said...

ALJUBURI
Sebenarnya dua-dua pon sama gak penyamun..tu yang ronding balik..dari kecoh2 semua orang tau , baik runding jerk settle tepi..win-win situation..kepada kedua-dua pemimpin nie..."middle finger"..sit on it!