Wednesday, November 17, 2010

Labbaik Allah Humma Labbaik



Di dalam jutaan Hamba Allah inilah adanya Nik Aziz, adanya Mustafa Mohamad,adanya Zambry Kadir, Mukhriz Mahathir. Mereka semua memakai kain ihram yang sama dan buat ibadat yang sama. Tiada kain ihram ahli syurga untuk pemimpin Pas dan tiada kain ihram ahli neraka untuk pemimpin Umno.

Syurga dan neraka semuanya kerja Allah SWT, bukannya kerja Nik Aziz

Semoga Allah SWT membuka pintu hati Nik Aziz dan semoga beliau bertanggungjawab untuk membetulkan kembali, kesesatan dan perpecahan yang beliau lakukan terhadap umat Islam di Malaysia.
Islam bukan Pas milik sahaja. Ianya milik semua manusia yang dibenarkan masuk menjejak kaki mereka Tanah Haram, Mekah.
Adakah lelaki ini tidak masuk syurga kerana tidak mengundi Pas ?
Jika di Malaysia sudah tentu mereka-mereka ini digelar anjing kerajaan oleh juak-juak Pas, PKR dan DAP. Inilah manusia-manusia yang bertanggungjawab menjaga keselamatan jemaah haji sepanjang musim haji. Tugas mereka sama seperti polis-polis yang menjaga keselamatan kita dan negara kita. Pengorbanan mereka semua amat besar sekali. Kerja seperti mereka juga tergolong dalam ibadah. Ibadah bukan hanya sembahyang, puasa, , zakat, haji ,baca quran,tahlil dan doa sahaja.


1 comment:

Taminsari said...

Salam Aidil Adha..

" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat Bro RBF sekeluarga. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Salam perjuangan..

Belantan