Wednesday, November 24, 2010

Penyokong Pas Guna Parang, Kapak , Pedang, Buluh Untuk Bunuh Polis

Beberapa hari lepas saya telah menulis kisah Memali di sini. Seperti biasalah, pelbagai respon yang saya dapat. Ada yang menyokong dan ada yang mempertikai.

Seperti yang saya sering katakan di blog ini, kebenaran tetap akan menyebelahi pihak yang benar walaupun memakan masa berpuluh tahun.

Berpuluh tahun rakyat dimomokan oleh Pas kononnya kerajaan dan polis bertindak membunuh pejuang-pejuang Islam di Memali. Yang sebenarnya mereka bukan pejuang-pejuang Islam, tetapi pejuang-pejuang Pas.

Selama 25 tahun Pas pusing satu dunia menjaja cerita tersebut. Tetapi Pas tidak pernah cerita yang orang-orang mereka nak bunuh polis dengan senjata tajam dan ada anggota-anggota polis yang mati terbunuh dalam peristiwa itu.

Sekiranya Ibrahim Libya dan 13 orang lagi dikatakan mati Syahid, apakah empat anggota polis yang terbunuh itu bukan mati syahid ? Perkara ini yang perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Walaupun gambar-gambar di bawah ini hanyalah sebuah lukisan, sedikit sebanyak ianya boleh membantu kita untuk mengintai kebenaran yang tercatat di dalamnya.

Lukisan ini dilukis oleh pelajar-pelajar Madrasah Islahiah Diniah , Memali. Iaitu madrasah di mana tempat terjadinya peristiwa Memali. Lukisan-lukisan ini dipamerkan semasa sambutan 25 tahun peristiwa Memali beberapa hari lepas dengan tujuan untuk menunjukan kepada orang ramai gambaran sebenar yang terjadi pada peristiwa itu.

Itulah yang saya katakan, kebenaran tetap akan menyebelahi pihak yang benar walaupun memakan masa yang lama dan dengan apa cara sekalipun.

Contohnya ada di sini, Allah SWT membuka pintu hati guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut untuk melukis gambar-gambar di bawah. Sudah tentulah pelajar yang melukis diberi gambaran tentang kejadian sebenar oleh orang yang tahu kisah sebenar.

Selepas itu gambar-gambar itu dipamerkan pula kepada orang ramai. Selepas itu pula dirakam oleh Minaq Jinggo dan disiarkan di foto pages , maka bolehlah kita semua melihat kebenaran tersebut.

Gerak geri ini semua datangnya daripada Allah SWT untuk memberitahu kepada kita sebuah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh Pas selama ini. Tanpa izin dan restu Allah semua ini tidak akan berlaku.
Gambar ini menunjukan dua lelaki penyokong Pas mati ditembak polis dengan memegang parang di tangan mereka. Jika tidak kerana niat hendak membunuh polis mengapa ada parang di tangan mereka ?

Lelaki-lelaki yang berdepan dengan kereta perisai ini masing-masing memegang parang dan kapak ditangan mereka. Dalam situasi begini adakah patut polis hendak memujuk mereka "wahai intan payung, letaklah parang itu, mari sinilah sayangku, aku sayang kamu".

Harus diingat oleh para pembaca, sepertimana yang saya catatkan sebelum ini, polis bersabar dan menunggu selama setahun untuk menahan Ibrahim Libya. Setiap kali polis hendak tahan beliau maka mulalah orang-orang Pas akan keluar dengan parang, kapak , pedang dan buluh runcing.

Baling terletak bersempadan dengan Thailand dan pengganas-pengganas komunis pimpinan Chin Peng pada masa itu (1985) banyak yang berkubu di dalam hutan berhampiran kawasan tersebut. Sekiranya polis membiarkan penyokong-penyokong Pas dalam keadaan begitu tanpa mengambil sebarang tindakan , tidak mustahil komunis akan masuk campur dan berganding tenaga dengan mereka untuk menentang kerajaan.

Sebelum keadaan menjadi bertambah parah , adalah lebih baik 14 orang yang terkorban sebelum puluhan juta rakyat Malaysia yang lain ditimpa masalah.

Lelaki yang mati pegang parang di tangan, manakala yang cedera pula pegang pedang.

Senjata bertaburan ditempat kejadian.

Perkara ini semua tidak akan berlaku jika pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab. Mereka sepatutnya muncul dan tenangkan orang-orang mereka, bukannya terus membiarkan mereka bertempur dengan polis.

Peristiwa Memali sudah cukup untuk kita pamerkan kejahatan Pas yang sebenar. Negara ini akan hancur jika kita berikan kepada Pas memerintahnya.

Kepada pihak berkuasa pula, pernahkan pihak berkuasa menyiasat apa yang diajar di Madrasah Islahiah Diniah , Memali. Kita bimbang pemikiran pelajar-pelajat dihasut dengan fahaman-fahaman ekstrem Pas dan jika tidak dibendung mungkin satu hari nanti peristiwa yang seangkatan atau sewaktu dengan Memali akan berulang kembali.

19 comments:

Anonymous said...

Apa saja perbincangan tentang Mamali tu tidak akan lengkap tanpa kata-kata dari yg beri arahan tembak dari pihak kerajaan masa tu, dari pegawai Polis/FRU/dll yg terlibat, dari waris-waris yg berada disana waktu tu.

Saya hanya boleh simpulkan yg 'serangan' oleh pihak berwajib tu terlalu 'cepat'. Marah dilawan dgn marah - beginilah jadinya.

Hanya skrg kita semua MESTI belajar dari kejadian itu. Putar belit tentang - syahid, tabung-tabung kebajikan, pembelaan terhadap yg 'sepatutnya' dan entah ape lagi.

Penulis sejarah negeri kedah sepatutnya menulis dgn teperinci tentang kejadian ini supaya tiada 'putar belit' kemudian hari - seperti kisah 13Mei.

Yg bahukan kebenaran dalam sejarah kita.

Nani Cheras

Anonymous said...

Apesal aku tgk gambar nie seakan akan gambar yg dibuat oleh puak syiah mengikut kejadiaan di karbala. hmm..

Anonymous said...

umno....pembunuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Anonymous said...

umno memanglah pembunuh tapi depa bunuh orang bahlul yang suka menghasut macam hampas jer muahhahahahahah

Anonymous said...

lepas kejadian tersebut,mulalah pak lebai dan ustat PAS merompak dengan tabung Mamali...25 tahun cukup lama merompak dan makan harta anak yatim ...cubalah PAS kemukakan audit berapa banyak duit yang di kutip dan ke mana di belanjakan..terbelakah nasib yatim-piatu di Mamali ...

aku melayu islam

Anonymous said...

kisah Memali adalah sama dengan kisah al-maunah, orang-orang yang terpesong dari landasan ugama walau pun mempunyai amal ibadat yang banyak, terhapus dengan sendirinya apabila dipesongkan oleh manusia yang bertopengkan syaitan.

tapi belum sampai tahap membunuh diri dengan meletupkan bom semata-mata untuk membunuh kafir.

Anonymous said...

Ke mana perginya wang dollar dan barang kemas sumbangan pelajar Malaysia bagi Tabung Mangsa Memali semasa Muktamar MISG di Peoria Illinois USA pada 25hb Disember 1986 kepada Ust Hadi Awang?

Jemaah Baton Rouge

Anonymous said...

sekarang ni orang2 PAS dah jadi babi tunggangan orang2 cina DAP pulak! kalau mengikut amanat hadi awang orang2 PAS dah jadi kafir kerana berkawan dengan orang2 cina DAP! celako! celako! celako! orang2Pas ni!!!

blogenstarz said...

Salam:Tumpang lalu !

Bukan semua Pasukan keselamatan yang berada dikawasan tersebut dibekalkan dengan senjata api.
Senjata api HANYA digunakan UNTUK PERTAHANAN DIRI setelah perundingan yang dibuat tiada jalan peyelesaiannya.
1985 Kominis belum meletakkan senjata.Kemungkinan kominis terlibat tidak boleh disangkal.
Pengikut Ibrahim Libya taksub dengan TANGKAL KEBAL yang dibekalkan untuk menghadapi pasukan keselamatan.
Peniaga CINA diBaling membekalkan parang panjang yang ditempah oleh pengikut Ibrahim Libya dengan kuantiti yang banyak.
Orang Melayu dikampung bersebelahan Memali sangat marah dengan Ibrahim Libya kerana menggunakan kanak2 kecil di barisan hadapan menghadapi Pasukan Keselamatan.
Yang banyak terbabit dengan insiden tersebut adalah PENGIKUT PAS !!!!!
Ini disahkan sendiri oleh anak ponakan Ibrahim Libya......

Kalau nak lagi maklumat sebenarnya,pergilah keMemali sekarang.Mereka pun sudah berubah angin terhadap PAS.Benci sungguh !

"Kalau setakat "HEAR SAY" jangan buat2 tahu berkaitan kejadian Memali"

Anonymous said...

Anonymous said...
umno....pembunuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
November 24, 2010 3:50 PM


MENGUCAP . BERISTIGHFAR BRO!
jangan ikut panas sysitan....

Anonymous said...

PASsed away

laen kali kalau nk lawan polis
pegi blaja ilmu kebal dulu

BODOH MACAM LEMBU

Anonymous said...

sudah2 la pasal memali ni...

yg dah pergi ni ada keluarga...

ape perasaan diorang bila baca bende2 mcm ni...

jgn dok panaskan lagi...

Anonymous said...

lawan dgn UMNO pun kalah
ada hati nk lawan polis

PAS pengemis politik

To Live Again said...

Sy pon xtau la nk ckp isu Memali ni..Tp sy mmg setuju dgn pndangan RBF yg pemimpin pas ptt campurtangan untuk mententeramkan pengikut dia semua..

1 lg bg sy Musa Hitam pon 1 hal jgak...Bg sy tindakan dia terlalu extreme..Yelah kita pon tau kan sape musa hitam dn pandangan liberal dia..Bg dia org2 agama cm ustaz ibrahim 2 x perlu dilayan sgt..Maka 2 la jadinya..

Sebenarnya mereka suma 2 TAKSUB dn TERSESAT tp bkn merbahaya seprti mana komunis..Aku ingt lg peristiwa maunah dulu..Lg la bahaya dr ustaz ibrahim ni..Tp tndakan diplomasi digunakan..Panglima tentera sndiri digunakan sbgai pengantara kerajaan untuk berbncg dn menukmpaskan geng maunah sbb ramai antara diaorg pon bekas askar dn komando..

Septtnya musa hitam blh gunakan pengaruh ulama2 kedah ketika itu yg non-partisan dn rapat dgn Tuanku Sultan Kedah cm arwah Tok Guru Haji Razak(Tok Hj.Daq) utk berkomunikasi dn berkompromi kerana arwah sgt dihormati oleh suma org..

Tp yelah kita pon taun sape Musa Hitam kn..Maka terjadim la perkara cm 2..

Anonymous said...

woi,kpala bapak hampa smua..bunuh sesama islam 2 haram hukum dya dlm agama..dh la 2,hampa p sokong plak bnda nie..saham 2 ada dkat hampa smua nnt..ulama' dan para syuhada d'bunuh,hampa bleyh jerit "yahoo2" noh..hampa jwb la dpan allah taala nnt..ilmu agama ckit jgn dok tnjuk pndai la..yg slamat dpan allah taala depa depa yg ikut caqa nabi,caqa islam..bkn caqa umno!

Unknown said...

anda memngaitkan parang sbgai punca polis membunuh pengikut ibrahim libya.tapi terfikirkah anda apa pula kegunaan kereta kebal tu?siap ada utk bagai.untuk apa?bekalan senjata di malaysia ni untuk pertahankan negara/bunuh rakyat jelata?besar sgt ke komuniti ibrahim libya sampai berperang dgn pengikutnya

Anonymous said...

komen 24nov2010..
kawan ngan cina mana kafir.. prbezaan kafir ngan islam adalah solat, kalo x solat n mgamalkan gaya hidup sama dengan c kafir, itu boleh di katakan kafir.. mengsyirikkan Allah juga boleh dikatakan kafir.. mana boleh letak hukum ke atas seseorang.. lagi berdosa awk jatuhkan hukum berbding dosa hukuman tu sendiri...selamat beramal..

Anonymous said...

sape lembu? ko ke macai?

puih

Melayu Bukan Islam said...

Melayu bukan Islam. Hina Islam, Kristian dan Hindu. Bunuh sesama antara Muslim. Muslim adalah musuh sebenar Islam.