Friday, November 19, 2010

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Hari ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali.

Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yang bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis.

Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang melayu. Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka untuk menakutkan orang-orang melayu daripada menyokong Umno.

Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. Benda-benda itu semualah yang menjadikan pengikut mereka ekstrem dan menganggap Umno adalah musuh yang perlu dihapuskan serta melawan Umno adalah jihad.

Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata". Sumber: sini

Selain daripada itu Haji Hadi sendiri juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 7.April.1981 di Kg Banggol Peradong ,Kuala Trengganu yang berbunyi,

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak boleh pergi kenduri orang Umno, tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau, dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.

Itulah politik kotor , politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diamalkan oleh Pas dalam usaha mereka menumbangkan Umno. Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka berselindung di sebalik jubah, ketayap, serban , janggut , tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran serta hadis di mulut. Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa, kerana apa ? kerana itulah yang diulang-ulangkan di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun sejak Pas ditubuhkan sehingga kini.

Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya.

Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yang ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka.

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yang ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yang ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas-pentas ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang masa.

Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.

Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yang menang, ramai lagi pemimpin yang menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang.

Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.
Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan.

Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama.

Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik.

Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...

Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.

Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.

Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.

Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan

Kepada penghantar komen di bawah. Saya berada dalam keadaan serba salah untuk melepaskan komen anda. Kalau tak lepas , 99.9% komen anda menarik. Kalau lepas pula boleh jadi masalah sebab ada 0.1 % ayat yang tak sesuai dan boleh jadi isu besar. Maka saya ambil keputusan untuk lepas dulu kemudian copy bawa ke sini dan edit yang tak sesuai itu serta delete komen asal anda di ruangan komen.

Anon 11:07

Anda jangan lar nak marah2 pulak.
Kalu nak baca memali versi hangpas pegi blog pro hangpas..kat sana ko boleh tersengeh-sengeh baca macam beruk..cerita karut hangpas..

Untuk pengetahuan juak2 ini apa yang ditulis olih RBF adalah benar..aku berumur 25 tahun masa tu..

Memang PAS pada masa itu ekstrim gila2 punya....Apa yang Hj Hadi ucap masih ada lagi sekarang dalam bentuk kaset dan risalah2 yang disimpn olih pihak kerajaan terutamanya pihak polis..

Bahkan mereka yang pergi letupkan sana sini dan seterusnya melarikan diri ke Indonesia berjihad kononnya,adalah puak2 PAS jua.Polis tahu ini...

Dan sesiapa yang ada saudara mara yang terlibat dengan aktiviti2 ini amat tahu anutan parti mana indIvidu2 yang buat kerja sia2 ini.

Aku kenal seseorang yang pergi berjuang di Indonesia meninggalkan anak isteri dengan harapan mati syahid disna.Tahu siapakah yang datang menghantar duit belanja kepada anak isterinya?

AHLI AHLI PAS..

walaupun kepimpinan PAS tak mengaku..hakikatnya beliau adalah ahli PAS sampai sekarang..

Sebab itulah PAS bertungkus lumus berjuang untuk mansuhkan ISA,sebab majoriti yang menghuni kem tersebut terdiri dari ahli2nya.termasuklah anak nik Ajis.

Inilah tarbiah PAS yang dipelupori olih Hj Hadi pada masa itu.Kerana didalam PAS pada masa itu ujud 2 gulongan 1 gulongan yang sederhana dan satu lagi yang dipimpin olih Hj Hadi yang menghukum orang2 UMNO kafir belaka.

Dan pada masa itu puak2 inilah yang mendominasi kepimpinan PAS tanpa dapat dikawal olih Almarhum Ust Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor.Dan almarhum adalah salah seorang dari pengikut group Hj Hadi..tanya Ustaz Nakhaei mengenai ini...

Bahkan Hj Hadi pada masa itu dilihat lebih berpengaruh dari presiden PAS ketika itu.Beliaulah yang mengadu domba umat Islam di Malaysia menghukum kafir terhadap orang2 yang tidak menyertai PAS.

Kini selepas 25 tahun,anda lihat sendiri HJ Hadi yang dah tua dan buat2 tak bersalah atas kejadian Memali,sedangkan ia adalah natijah dari ceramah2nya 25 tahun yang lampau.

Sebaliknya para pemimpin PAS pada zaman itu yang sama2 melaungkan perkataan2 kafir,taghut,assobiah masih hidup ketika ini dan merasa tidak bersalah atas ketelanjuran mereka sehingga mencetuskan tragedi Memali.

Mereka inilah yang patut muhasabah diri setelah genap 25 tahun tragedi yang sebenarnya dicetuskan olih mereka.

Kita lihat tika ini betapa bercelarunya puak2 pemimpin PAS sekarang setelah ALLAH memberikan dedikit kuasa.

Hj Hadi,Nik Ajis dah boleh tolerate jika DAP sanggah hukum hudud.Mana ayat kafir,toghut,assobiah,islam suku mereka...mana dia..hj hadi siap bolih peluk lim kit siang...nik ajis bolih bermesra dengan Lee Kuan Yew..siap pergi ziarah isteri LKY yang xxxxxx kat singapura..sedangkan Sultan sendiri sakit kat singapura dia tak pegi...

Inilah hukum ALLAH yang menterbalikkan KEADAAN namun puak2 ini masih tak sedar..mereka sangka ia adalah cobaan..cobaan..cobaan..tapi sebenar nya BALA ALLAH..

INSYAALLAH PAS AKAN KECUNDANG DALAM PRU YANG AKAN DATANG...

82 comments:

Anonymous said...

Pas oh Pas

knape la ko mcm ni

y???????? y??????????

ko ingat pagkat dan kuasa bole bwk msuk kubor ke?

mungkin satu ari nant ko akan bubar
aku tuggu ari trsebut...

Anonymous said...

RBF...

Perfect analysis
siap ada comparison lagi

padan muke ko
hasan ali bedebah

rakyat marhaen said...

tq rbf,satu penerangan yg cukup mantap.kalau nak harapkan pemuda umno terangkan, berjanggutlah menunggu.nasib baiklah ada blogger seperti anda & rakan-rakan anda

Anonymous said...

wow bro
panjang sangatlah tulisan u
lain kali tlg buat bersiri.
anyway, it is a good analysis
keep the good work bro.


mie
cheras

Anonymous said...

hehehe...sejak bile pulak polis pakai kereta kebal nih..hihihihi pas o pas...

Anonymous said...

kepala butoh lu lah
lu punya cerita mcm lu ada sana jam tu. berapa umur lu sekarang ? wa tgk lu punya tulisan pun mcm budak tingkatan tiga

Anonymous said...

terima kasih rbf. pas mesti gelabah dengan pendedahan awak.

ruang bicara faisal said...

kpd anon 11.04

terima kasih,

kalau buat bersiri nanti potong stim pembaca. baik tulis sekaligus pembaca dapat baca baca perlahan-lahan sambil memahami situasi sebenar dan akhirnya capai klimaks.

ruang bicara faisal said...

kpd rakyat marhaen,
bukan semua pemuda umno tak boleh pakai. ada yang ok dan kerja kuat.

cuba suruh sohaimi shahadan terangkan benda ni, boleh ke ? sudah tentu tak boleh kerana kepakaran dia cari projek.

beberapa minggu lepas dia ada berceramah di ttdi jaya shah alam. dlm ceramahnya 18 tajuk dia sentuh. yang tu dia cuit sikit, yg ini dia cuit sikit, tapi dia tak ulas. hanya cuit tajuk shj.gila punya penceramah

Anonymous said...

ketua kampong hamPAS pun sebat duit haram jugak. kontraktor buat kerja kat kampong dia, dia paksa2 mintak duit. haramjadah punye ketua kampong PAS!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Perfect bro!! Aku harap ramai ank2 muda dpt info seperti ini agar tidak tersesat dgn propaganda chip sale PAS

kingnek said...

Artikel amat menarik, niat Ibrahim Libya ni betul, tapi implementasinya salah, dia patut tahu, orang Melayu belum cukup kuat untuk inshtihar hukum sharia secara keseluruhannya, hanya boleh dibuat secara berperingkat, kerana ancaman Amerika dan Eropah sentiasa ada.

Malaysia perlu menjadi tunggak ekonomi di Asia Tenggara, mempunyai tentera yang hebat dan rakyat yang sanggup mati untuk Allah sebelum hudud dilaksanakan. Kalau tak, Amerika dan Eropah akan terus serang, apa gunanya? Selagi Melayu tidak bersatu, amat sukar kita lihat hukum Islam di Malaysia

Anonymous said...

anon 11.07

lu sudah kena tarbiah sama haji hadi kah??

atau lu anak buah hasan ali pengecut!!

Anonymous said...

Rbf,

Artikel yg bagus.byk generasi skrang yg x fhm memali tu ape?tp mereka tahu psl peristiwa memali.
Rupe2 hanya sbb nk tahan atas isa puncanya..dan dpt dilihat rasionalnya mcm mana pulak ade beberapa polis pon terbunuh..dr dulu sy sudah syak kurang2 mmg mereka ade senjata. Nmpknya sejarah memali ni harus dikupas oleh 2-2 pihak..jika pas benar2 islam tentu kene citer btl2...x sangka sy sebusuk itu parti pas..itu dulu..sekarang??bkerjasama dgn parti bukan islam pon..kalaulah arwah ibrahim libya masih hidup tentu die menggeleng kepala menyesal..silap2 nik ajis yg arwah dulu.....

blogenstarz said...

Salam BRO...
Anda punya jalan cerita dan kupasan berkaitan kejadian Memali adalah 99% ada persamaan dengan apa yang saya alami....
Syabas bro.... hinggakan ada penduduk CINA diBaling mengatakan :-
"Waaa Melayu sama Islam sudah gadoh maaaa"

Tabik spring broo

Minta izin link !

Anonymous said...

t.kasih
pemimpin pas x tgjawab.sanggup biar ahli mati terbunuh demi politik.tambah benci saya pd pas.

Anonymous said...

sumpah aku tak undi lg pas selepas ini.dasar parti penipu

Anonymous said...

Antara soalan yg mula-mula di tanya kelak di padang masyar ialah tentang 'darah'

AnakBaling said...

Salam RBF,

Kupasan yg menarik.

Pas sudah memperkukuhkan kedudukan mereka di Baling sekarang.

Jika kupasan ini dapat diterima sekalian alam sekalipon, yang pastinya selagi Azeez Rahim berada di Baling selagi itu la orang2 Baling tidak akan sokong UMNO.

Yang pasti pada PRU13 nanti Parlimen Baling sudah pasti dalam genggaman PAS. ( bukan kerana sokong Pas, kerana Azeez Rahim )

Sudah ada gelombang sokongan orang2 kuat pembangkang yg menyokong Azeez Rahim supaya dijadikan calon BN pada PRU13 nanti. Yang pastinya mereka2 ini tidak akan mengundi Azeez, hanya kerana mereka tau jika menyokong Azeez Baling sudah pasti dalam genggaman pembangkang.

Anonymous said...

woi woi
da hancing da ak bau
ko byk tipu dlm artikel nie

wmu350 said...

info yg bernas,mohon kebenaran saya link ke facebook saya...hasnizam adham

wmu350 said...

saudara rbf saya perhatikan selalu memberi tulisan yg mantap dan hujah2 yg boleh membantu warga pengguna it untuk berfikir

ramai yg mungkin membaca tetapi tidak memberi komen.....sumbangan saudara amat memberi makna supaya kita menilai kedua2 belah pihak...

teruskan perjuangan membela yg berhak...


umno tidak boleh diwarisi
tetapi
umno perlu dihayati
salam....

Anonymous said...

erm....
saya dipihak bebas...
peristiwa ni memang amat trajis...
susah nak percaya apa yang terjadi...
tpi ingatlah bahawa...
ada satu hadis menyatakan bahawa pemimpin yang zalim akan dihisab dahulu....(xleh nak tulis full sbb takut tersalah tulis lak)...
Jadi, sesiapa yang menyokong pemimpin yang zalim akan turut skali ikut mereka... itu pun ada hadis.... jadi, siapa yang zalim kita xtau.... sbb dua2 nak betul...

tapi, yang benar2 betul adalah yang berpegang kepada Al-Quran dan hadis sbgi ikutan bkn perlembagaan manusia...

itu yang saya belajar drpda ustaz2 la...(dua-dua belah ader)...

jadi... fikirkanlah....
anda dapat bezakan mana kaca n mana permata....

Anonymous said...

Org PAS, kau cuba tanya mana duit sumbangan Memali tu, aku pernah derma 50, masa collection tu. 50 masa tu besar tau. Betul ker Fazil Nor yg makan duit tu??

Anonymous said...

Pengikut Ibrahim tanpa rasa berdosa memaki hamun polis dengan kata-kata anjing. Sebelum tragedi, mereka ke sana kemari dengan membawa parang panjang. Mereka dikatakan akan ke rumah setiap penyokong UMNO untuk meyuruh mengucap dua kalimah Syahadah memandangkan penyokong UMNO itu kafir.
Sebaliknya selepas tragedi, isteri Ibrahim dalam satu temuramah mengatakan kumpulan mereka tidak bersenjata, "biasalah, di rumah tentu ada parang". Itulah ayat yang saya masih ingat.
Ayat putar belit mereka menyebabkan satu Malaysia menghina pasukan polis. Tuduhan bahawa anggota polis yang datang itu mabuk, sangat menyedihkan hati saya. Sedangkan seorang anggota polis yang baru cedera ditembak, kedengaran diajar mengucap oleh seorang rakannya. Sungguh, mengalir air mata, polis menjadi mangsa fitnah PAS. Saya tak tau sampai tahap mana keimanan mereka, mendakwa orang lain kafir, memaki hamun Tun Abdul Razak, walau telah tiada. Sehingga saya tertanya-tanya, apa yang mereka ini mahu?
Adakah mereka ini terlalu relegius sehingga memandang orang lain dengan sebelah mata? Pada hal mereka juga manusia biasa yang kadang-kadang buat dosa?

Anonymous said...

Al Fatihah untuk 14 penduduk dan 4 org polis yg terkorban akibat penipuan jahat dr pas.

Pendedahan yg membuka mata selepas artikel punca pas keluar dari perikatan. Semuanya disebabkan pas terlalu ekstrim. Puncanya sama, iaitu akibat drp nik aziz.

Mana tabung memali?
tobat aku x kan pangkah pas lepas ni.
PARTI PENIPU!

terkini, bersekongkol dgn murtad dan makan sosej babi, semata mata untuk tagih kuasa undi. Juara murtad dan babi! PTUIHH!!

Anonymous said...

salam kepada tuan penulis,
saya mengetahui tulisan tuan mengenai memali melalui anak saya.

setelah membacanya saya ingin memberitahu beberapa perkara kepada tuan.

1)saya ucap terima kasih diatas penjelasan oleh tuan.apa yang dikatakan oleh tuan adalah benar

2)sudah lama saya menantikan penjelasan yang begini disampaikan kepada orang ramai, walaupun saya tahu tetapi saya tidak mampu untuk memberitahu semua orang.

3)sejak kes memali bermula sehingga kini pas terus-menerus menipu orang ramai dan mengambil keuntungan politik keatas kes itu.

4)saya setuju ibrahim libya rosak selepas bersama pas.ibrahim semakin rosak selepas amanat haji hadi.

5)benar apa yang dikata.pas sengaja membiarkan polis bertindak demikian untuk keuntungan politik mereka.

teruslah menulis perkara yang benar kepada orang ramai.

daripada
haji abu
muar johor

KL10 said...

Kedua-dua belah pihak mengaku betul..
Biasalah mmg lumrah dunia.
Org yang fitnah pun mengaku betul..
Org kena fitnah sudah tentu dia betul...
Tapi siapa yang benar ,
siapa pula yang fitnah?

Bagi saya senang saja jika mahu tahu siapa yang bertul dan siapa yang fitnah..
Ajaklah kedua-dua pihak yang mengaku ini bertemu dan mengemukakan hujah masing-masing.
sudah tentu org yang benar akan terserlah.

Jika BN/UMNO dan PAS mengaku betul, berdebatlah. Jgn nak tunggu sampai org yang terlibat mati semua baru nak berdebat..

Anonymous said...

barua punya pas

Anonymous said...

teruk betul pas.sanggup buat apa saja demi undi

Anonymous said...

Sebab itu aku suka diujudkan satu sekolah untuk semua, hapuskan sekolah agama, pondok semua ini yang hanya melahirkan.. apa? Korang pun tahu.
Untuk pengetahuan, aku tak pernah belajar selain dari sekolah pondok agama semata2 dan aku tahu sangat hasil dari didikan mereka, apa yang mereka hasilkan.
Sebenarnya nak belajar agama bukanlah disekolah sahaja, agama boleh belajar dari ibu bapa, guru2 dimasjid yang dibekalkan pemerintah. Tak payah terlalu ghairah melahirkan kilang2 dan produk2 agama terlampau galak. Hanya memakan diri dan merosak & memecahbelahkan masyarakat.
Bukan kita tak perlu agama, cukup untuk bekalan ke akhirat disamping melahirkan secukupnya ahli agama.
Seburuk2 sistem pelajaran yang bukan agama, seperti bapak2, datuk2 kita, sekarang berumur 60-70, dulunya berjambol takde tudung langsung, sekarang lihatlah mereka bagaimana?

masalodeh said...

umur saya 60 tahun sekarang...semasa peristiwa memali saya ada bersama pada hari kejadian. cerita dalam artikel ini hampir 60% tepat....

Anonymous said...

'umur saya 60 tahun sekarang...semasa peristiwa memali saya ada bersama pada hari kejadian. cerita dalam artikel ini hampir 60% tepat....'

saye tertarik dengan kata2 en masalodeh terutama 'hampir 60% tepat'. boleh encik ceritakan dlm versi en

Anonymous said...

salam.....
kenapa la manusia ni mmg suka melawan suruhan Allah...
semua komen kt atas masing2 mencari kepuasan hati sendiri bukannya nak ikut ajaran ISLAM.....
xperlu pk byk.cuba pergi KELANTAN.hayati cara hidup majoriti rakyatnya.buatkan persoalan (????) kenapa PAS boleh kekal smpai 20tahun kt KELANTAN walhal UMNO menjangkakan PAS boleh bertahan hanya 3bln sahaja pada tahun 1990.....
cubalah kamu berkawan msing2 dengan org UMNO n PAS.buatlah perbandingan cara idup mereka.disitu kamu akan dapat jawapannya....
tepuk dada tnya hati yang mana satu plihan kamu? yang SEMENTARA atau SELAMANYA......

mmungkin PAS akan terus kekal di KELANTAN hingga kiamat (Aminnn)....

Anonymous said...

MADRASAH JIHAD IBRAHIM LIBYA

LIHAT DAN NILAI SENDIRI

AGAK AGAK APA YANG AKAN DILAHIRKAN DARI MADRASAH JIHAD INI? ????

JADIKANLAH ISLAM AGAMA YANG DICINTAI BUKAN DIBENCI

AKU YAKIN 200% TAK AKAN MASUK NERAKA SEMATA MATA KERANA TAK SOKONG PAS

AKU ISLAM TAPI ALLH YANG MENENTUKAN AKU MASUK SYURGA ATAU NERAKA

Anonymous said...

slpas membaca atikel ne..ak tgk plak komen..hahaha lwak ak tgk korg ne..
persoalan nye..
1.pnulis ade dkt sne ke wk2 kjadian..??
2.pnulis nmpak sndri ke org ltak pewangi ats kubur..??
3.sesunguh mati ketika hendah ke skolah pun d'kira syahid kcil inikn pula mnentang pemimpin jahilliah(mngikut fakta thun tu terbinanya kilang calsberg)
ko dgr cter dr org lain pastu ko nak sbarkn kt org lain..kaki kencing nak kencing kaki kencing mmg jd la jwbnye..hahahaha

anti bohmau said...

salam rbf,

aku kenai sekitar kawasan sik, chepir, memali, weng ke baling sejak kechik krn pakmak menakan aku ramai di sana. pak sedara aku masih ada sampai hari ni di memali & anak beranak arwah paksu ma'e di weng, spupu dua pupu pun ramai lagi yg ada. masa tragedi memali aku belasan tahun tapi dah paham apa yg berlaku. arwah tok menakan & arwah njang aku cerita masa kejadian tu mrk dok tngah bendang padi tak jauh dari pondok memali & lari naik ke bukit dekat situ bila dgr tembakan dari jauh. lepas tu paklong dgn ngah pi tinjau2. memang geng ibrahim libya guna wanita2 & kanak2 sebagai pendinding, bawak golok, parang, buluh runcing & maki hamun sambil bertakbir kononnya berjihad & nak mati syahid. ibrahim libya & pengikut2 dia sembunyi dlm kawasan pondok berbentengkan wanita2 tua muda & kanak2. bila bunyi orang meraung2 baru depa keluaq pi serbu tembak polis dgn senapang patah rela yg depa ada...

aku juga pernah baca kertas putih tentang rangkaian geng ibrahim libya ni dlm tahun 80an tapi banyak dah aku lupa pasai masa tu tengah study & tak dan nak concentrate sangat. sapa2 ada simpan tolong ketengahkan balik sbb ramai yg tak tahu kisah sebenar. aku akan susuli kembali sanak saudara aku di weng & baling pasai benda ni, Insyaallah...

bab merenjis minyak atar di kubur tu, bukan cerita baru, tanyalah orang2 lama di situ, mesti depa tau punya...duit2 tabung memali pulak memang tak pernah sampai ke tangan balu2 & anak2 yatim disana sepenuhnya! pas selalu guna nama depa utk kutip derma tapi hasilnya tak sampai pun! selama ni depa hidup susah payah sendiri jugak.

anaklangkawi said...

Kalaulah depa kata syahid.. takkan sampai gunakan anak & bini jadi perisai waktu serbuan di Memali..

adakah ini ciri org muslim yg nyata..

Anonymous said...

Tidakkah mereka itu semua keturunan Petani (Thailand?) Budaya hidup yang agak berbeza dari masyarakat Kedah asal. Mereka bertutur dengan loghat Petani yang hampir dengan loghat Kelantan. Sikap hidup yang hampir sama dengan kelantan. Sejak dulu mereka adalah penyokong PAS tegar.
kenapa bersimpati dengan balu Ibrahim? Ayat yang keluar dari mulutnya juga menafikan kebaikan kerajaan.

Anonymous said...

sapa lagi nak telan duit derma tu? kalau tak mereka dan keluarga mwereka?

Anonymous said...

Kalau BN/UMNO yang Betul;
1. Kenapa tak suruh mahkamah menyelesaikan kes ini? Kenapa sentiasa bertangguh?

2. Kenapa menangkap org Islam/Melayu guna ISA? ISA untuk Komunis sahaja. Assyahid Ustaz Ibrahim bukan komunis.

3. Kenapa masa kejadian Tun Mahathir berpura2 ke luar negeri dan meninggalkan kpd Musa Hitam?

4. Mustika Hadith yg di keluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri menyatakan,"Sesiapa yg berhukum dgn hukum penjajah(hukum kafirlah/hukum British)terbatal Imamnya dan terkeluar dari Islam" Bukankah BN/UMNO mempertahankan Hukum Kafir tersebut?

5. Kenapa BN/UMNO membatalkan debat secara langsung yg sepatutnya disiarkan di RTM pada tahun 80an yg akan meredakan kemarahan rakyat? Kenapa takut dan membiarkan kemarahan rakyat semakin memuncak?

6. Banyak lagi kezaliman BN/UMNO yg tak terlulis

Anonymous said...

Hmm..cuba kita renungi,boleh tanya ustad mana pasal nie..Jika kita menafikan satu huruf pon dalam Al-quran kita sudah dianggap kafir laknatullah..walaupon huruf satu huruf alif pon,ni kan pula menafikan hukum didalam Al-Quran...renung2kanlah..boleh tanya Ustad mana yang anda rasa yakin..Ustad sekolah pon boleh terangkan..Insya-Allah...

Anonymous said...

BANYAK PROPAGANDA UMNO NI SERUPA DGN BUSH YG BERUSAHA MENYERANG ISLAM....

PAShiT said...

salam,

pencacai2 PAS komen ikut sedap je...konon2 Kelantan sejahtera.

SEDARKAH ANDA 20 TAHUN PAS PERINTAH KELANTAN SATU MASJID PUN TAK PERNAH BINA!

Perjuangan PAS adalah ala Abdullah Bin Ubaid.

Cakap mmn pandai tapi hakikatnya...

20 TAHUN PERINTAH KELANTAN SATU MASJID PUN TAK PERNAH BINA

Nak cakap takde duit tapi boleh bagi blogger RM4 juta tu apekejadahnye?

Ingat junjungan Rasulullah S.A.W. pertama sekali apa baginda buat bila sampai ke Madinah?

BINA MASJID!


"Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina.

Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai
sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini."

KALAU IBRAHIM LIBYA MASIH HIDUP SEKARANG,GERENTI RAMAI PEMIMPIN PAS KENA LIBAS DENGAN PARANG!

Wassallam

PAShiT

Anonymous said...

Pada Ust Hadi,

Mana perginya wang dollar dan barang kemas pelajar Malaysia yang dikumpulkan atas nama Tabung Memali semasa Muktamar MISG di Peoria Illinois USA pada 25hb Disember 1986 yang tuan hadiri?

Jemaah Baton Rouge

Anonymous said...

knp nk salahkn umno @ pas...
sdgkn dua2 tu hny parti politik...
sama juga klu ad ekstremis dlm islam, xkn nk kata islam agama ekstrem jgk...

btw, al-fatihah kpd mangsa peristiwa memali termasuklah anggota polis yg terkorba..

Anonymous said...

hahaha

tergelak aku masa baca post nih,
nampak sangat yg tulis post ni tak reti agama.

kalau pak ustaz mne2 bace pon mesti tegelak punya..

korg tau tak kenapa haji hadi sebut kalau mati masa belawan ngn puak2 umno dikira mati syahid?

UMNO dah la melawan Islam.
UMNO munafik sbb tu dikira syahid melawannya.

Anonymous said...

Kite spatutnyer ikut yg benar....hnya Allah shja yang tahu.....Di akhirat nanti kita akan tahu masa hari akhirat nanti....atau dunia
ingat
HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU!!!!!!

INSAF-INSAFLAH

Anonymous said...

Salam..smpai begiru sekali..x sangka parti politik sggup bt mcm tue yew demi kepentingan sendiri....tq utk artikel ini...

Anonymous said...

wah wah wah.. cerita ko sungguh kotor.. hebat2 penambahan dlm crita ni

ansar mujahideen said...

Al mu,min : 29: wahai kaumku ssungguhnyalah milikmu kerajaan /kekuasaan hari ini,memqndangkan kamulah yg menguasainya hari ini.tetapi siapakah yg akan menyelamatkan kita dari balsan/ kemurkaan
Allah sekiranya ia sampai kpd kita?(
Kata org yg beriman di klgn pengikut firaun yg lain

). Maka firaun pun berkata "aku tunjukkan kpdmu apa yg aku lihat, aku memang sebenar-benarnya memandumu/menunjukki jalan yg boleh membimbingmu.
Ramainya yg jahil n buta agama membuat komen dgn hawa nafsu.tentunya mendedahkan akhlak yg buruk. Saya
Tak kisah apa-apa ttg Pas n sentiasa berharap ia sentiasa
dipelihara allah tanpa menikamnya. Tetapi yg sudah tentu lebih buruk lagi komen jahat yg dibuat mengenai ustaz ibrahim libya. Bertaubatlah sebelum nyawa tinggal di tenggorok.bagaiman dgn pengistiharan syahid yg dibuat oleh 2 pegawa Maik? Tapi semua tahu 2 org ni dikluarkan tak lama selepas itu. Lagipun saya agak ramai yg komen belum lahir sebelum memali 1985.saya org lama tak semudah itu termakan dgn penipuan sebegini.taubatlah!

ansar mujahideen said...

I fully comprehend the game now. Choose to Live ignorant, and choose to die ignorant. And call it BASIC HUMAN Rights! Syed qutb: jahiliyyah moden!

Anonymous said...

org yg buat cerita yg tidak benar semestinya munafik.

org yg menyebarkan berita yg tidak benar semestinya fasikh.

renung2 kan la.sambil mengucap shahadah.

muhammad khairul sabirin ibrahim said...

YA ALLAH YA TUHANKU...BERILAH HIDAYAH DAN PETUNJUKMU KEPADA PENULIS BLOG INI.BONGKARKANLAH KEPENIPUAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEHNYA YA ALLAH..BIMBINGLAH DIA KE JALAN KEBENARAN YA ALLAH...AMIN YA ROBBAL ALAMIN...

muhammad khairul sabirin ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam..
RBF..terima kasih atas kupasan anda..walau bagaimanapun, saya berharap apa yang RBF tulis ni betul2 berdasarkan fakta dan bukan fitnah semata2 kerana dosa memfitnah itu sangat besar..Macam RBF cakap, bukan semua org UMNO yg teruk..ada yang buat kerja..jadi tak salahlah kalau saya ckp PAS juga begitu..kenapa bukan individu yg dipersalahkan dalam kupasan RBF? kenapa keseluruhan parti PAS? Saya rasa hujah RBF tidaklah bersikap menyeluruh. Senjata parang manakan boleh disamakan dengan senjata canggih yang lain seperti M16, pistol dan lain2..rasanya RBF cukup matang dan arif untuk melihat perbezaan yang terlalu ketara itu bukan? Walau apa pun, saya percaya hanya Allah SWT yang mengetahui segala kebenaran. Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita semua diberi hidayah olehNya untuk mengetahui kebenaran yang sebenar..Ameen..
Al-fatihah buat mereka yang terkorban dalam peristiwa Memali itu...

Sukebukezine said...

salam...
aku x sokong mane2,...sbb susah nk tentukan..
tpi ...kalu org umno dikatekan menipu,. x mustahil org pas boleh menipu...sbb kite ni manusia...x mustahil untuk menipu dan tertipu
Wallahualam

Anonymous said...

sila melawat memali hari ini

Anonymous said...

Halo... 3600 vs 160? what the hell?

Anonymous said...

pegi mati la bn umno

Anonymous said...

pergi mampus la BN

Anonymous said...

Aku raso ko y putar belit kn fakta.. cma la tya sndri dr kaum keluarga bagaimana kehidupan ibrahim libya.. ni tgk org alim sket nk ditahan.. mntg2la ISA diperlu dibicara.. suka2 nk tahan org.. smgt melawan derang xde kaitan dgn pas.. derang sanggup mati dr jadi pengampu kerajaan.. kalau nk berdebat betul2 jom bwk kes peristiwa ni ke mahkamah.. kerajaan xberani punyer.. ubah la minda tu pencacai!!

Anonymous said...

mcm best je tagline ko "Ingat DAP ingat komunis" ko xingat plak MCA tu.. MCA tu tiap2 hari keluarkn kenyataan hina islam,hukum islam.. oo.. tu xpa.. jangan hina melayu je kn.. itula umno,melayu no1.. islam no 4 5 pn xpa..

Anonymous said...

Saudara RBF, sy dah baca buku Md Sabu Air Mata Memali. Dahsyat sungguh penipuan Pas. Kenapa RBF tidak anjurkan program wacana bersama penulis atas isu Memali. Biar org ramai berdepan terus dgn penulis. Ramai yg sedang menunggu ksh sebenar

Anonymous said...

Adakah pilihanraya yang kita buat dimalaysia nie unnah nabi?

Anonymous said...

Adakah pilihanraya yang kita buat dimalaysia nie sunnah nabi?
Nabi ajk manusia supaya yakin kepada Allah bukan yakin kepada kerajaan.
Kejayaan seluruh manusia hanya dalam agama Alah sejauh mana dapat taat perintah Allah ikut cara nabi saw.
Kejayaan org miskin bukan apabila dia kaya tetapi dlm kemiskinan dia dapat taat Allah kejaayan bagi dia.
Kejayaan org kaya bukan dia lagi kaya tetapi dalam kekayaan dia dia dapat taat perintah Allah kejayaan yang sebenar bagi dia.Kaya dan miskin datang dari Allah.hanya ujian semata-mata..Dalam konteks nak syariatkan hukum Allah perlu diasaskan dalam diri dengan menguatkan iman.Memang mustahil bagi seseorang yang kuat iman boleh langgar perintah Allah swt.
Agama islam tiada majoriti atau minoriti.Kisah nabi Nuh buat dakwah 950 tahun yang ikut pada waktu itu hanya 83 atau lagi satu riwayat kata 88 orang.Aik!!! takkan org yang ikut Nabi Nuh x berjaya sbb minoriti je..ermm..renung2kan..Bila?? agama akan dipimpin oleh org yang beragama apabila solat subuh macm atau bahkan lebih ramai dari solat jumaat..Politik islam ialah ajak manusia kepada Allah..dari rumah ke rumah,pintu ke pintu dan hati ke hati dgn kasih sayang dan cakap dgn hikmah dan inilah keindahan islam.....semoga Allah swt Taala memberi kita semua taufik dan hidayat dari Allah dalam menjalani
kehidupan didunia yang x lebih dari sayap nyamuk...

Mohd81 said...

bukanlah perkara baru bagi mereka yg berjuang utk menegakkan Islam difitnah, ditindas dan dibunuh oleh pemerintah yg zalim. Sdangkan para nabi sendiri turut mengalaminya sampai ada yg dibunuh. Ini kan pula kita umat akhir zaman.

Anonymous said...

Yes!!! Tegakan Islam!!!
Tapi BUKAN Islam ala Syiah ... BUKAN JUGA Islam ala Al Bani , Al Baz dan sekutu2 mereka .....

Anonymous said...

'kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan'

macam la ceramah bn tak menghentam pembangkang...sama je.. tapi kerajaan ada advantage..nampak pemimpin yg menggugat..ISA saja la..

Anonymous said...

Kisah kisah bnyk di tokok tambah atau pun tidak benar . Well . Betulkan lah penulisan kau dan berlandaskan lah kepada kebenaran .

Zarul Sa said...

Penulis ni x takut Allah ke?

Anonymous said...

atok ku perwira as-syahid..adik bangga dgn atok walaupun xpnah jumpak..ini suma angkara pemerintahan yg tak adil dan bodoh para pemimpin UMNO..adik akan blas sumanya atok,,insyaallah adik jugak nak syahid dalam peperangan dengan pemerintah yg xadil

Anonymous said...

pro umngok

Anonymous said...

Manusia tidak mengambil Allah sebagai tuhan.Walaupun mengaku Islam, mereka mengambil selain Allah sebagai tuhan.
Ada yg yg menjadikan nafsu sebagai tuhan, ada yg menjadikan duit sebagai tuhan dan paling banyak, menjadikan rabi atau ulama2, pemimpin sebagai tuhan. maknanya, apa saja yg dikatakan oleh ulama itu diterima bulat2..tanpa fikir masak2. inilah yg berlaku sebenarnya.

Anonymous said...

Yg benar hanya Allah dan Rasul saw. Rasul saw bila ada silap, Allah tegur,tapi bila ulama@maulana silap, tak ada yg tegur..kerana mereka org alim..kononnya..tau segala2nya..mengalahkan Nabi ..fikirlah dgn akal yg waras..apa yg kita ikut dan buat hari2. akhirnya kita semua akan disoal atas apa yg kita lakukan di depan Allah nanti.

usinz said...

Sebab itu aku suka diujudkan satu sekolah untuk semua, hapuskan sekolah agama, pondok semua ini yang hanya melahirkan.. apa? Korang pun tahu.
Untuk pengetahuan, aku tak pernah belajar selain dari sekolah pondok agama semata2 dan aku tahu sangat hasil dari didikan mereka, apa yang mereka hasilkan.
Sebenarnya nak belajar agama bukanlah disekolah sahaja, agama boleh belajar dari ibu bapa, guru2 dimasjid yang dibekalkan pemerintah. Tak payah terlalu ghairah melahirkan kilang2 dan produk2 agama terlampau galak. Hanya memakan diri dan merosak & memecahbelahkan masyarakat.
Bukan kita tak perlu agama, cukup untuk bekalan ke akhirat disamping melahirkan secukupnya ahli agama.
Seburuk2 sistem pelajaran yang bukan agama, seperti bapak2, datuk2 kita, sekarang berumur 60-70, dulunya berjambol takde tudung langsung, sekarang lihatlah mereka bagaimana?

komen yang atas ni aku xstuju langsung..ko ckp senang lah..aku pun belajar tinggi tapi aku tak pernah hina atau pandang serong kat sekolah pondok atau sekolah agama..diorang ni je lah harapan agama dan negara utk jadi tok2 imam dan pendakwah..aku nk tye ko reti atau boleh ke nk uruskan jenazah,buat sembelihan,baca kutbh,bagi ceramah sal hukum2 yang ada dari al-quran?aku sangat respek dorang bukan sal dorang dari parti pas,tapi dari ilmu agama yg dorg ada..rmai dari kalangan dorg yang tahfiz al quran,dan ilmu2 agama yang leh digunakan kt dnia n akhirat kelak..kalo ada yg dusta kita sendiri leh bezakan..tapi kalo dorang xda memang susah lh beb..sedangkan nk cari imam solat terawih pn kne import dorg,yg dari solat pndok ni..aq ase ko pn boleh..npe nk cari dorang?aku xkta org umno xpndai ilmu agma tp kalau boleh btolkan diri dan keluarga dulu..suruh ank bini pkai tdung baru leh tegur orang len supaya jge aurat..aku harap pyokong2 umno berenti lh dari mgata golongan alim ulama..2je..

Anonymous said...

Fuck u!

Anonymous said...

ALLAH JADIKAN KITA UNTUK SUJUD DAN MENJADI HAMBANYA DAN KHALIFAHNYA....AGAMA DIDULUKAN DAN AKHIRAT DIUTAMAKAN...DAH MACAM MASYARAKAT JAHILIYAH PLAK YE AD ISU PERKAUMMAN...X TERPK KE....BERDIRI ATAS NAMA ISLAM ...ISLAM TU DAH LENGKAP UTK SEPANJANG ZAMAN TP NEGARA KITA AMBIL SEPARUH TOLAK SEPARUH...SOLAT WAT SAPE SRUH ALLAH SURUH...POSE WAT SAPE SURUH ALLAH SURUH...HUDUD WAT ...X RELEVEN ...SAPE SURUH ALLAH SURH..TAPI DIUBAH....TU LA UMNO

Anonymous said...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah'' (Riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)----Maknanya semua persepakatan ulama tak kira dari segi muamalat, munakahat dan sebagainya tidak akan ada yang salah..sebab Allah dah jaga..sebab apa ? sebab mereka bukan nabi..Allah x boleh tegur macam tegur nabi..Lain kali kalau nak cakap sesuatu tu pastikan ilmu cukup di dada..banyak-banyakla berdoa agar dibukakan kebenaran..


-Daie Muthaqqafin

hafiz zainal Arifin said...

Tp sekarang ni musa hitam plak yg pecah rahsia.madeyy..madeyyyyy..

Anonymous said...

macam mana yg dikatakan mereka tue sesat seperti yg dilapor media masa tu?tuan x sebut pun dalam artikel diatas.sy masih blum jelas.tq.