Sunday, November 21, 2010

Sinar Harian Akhbar Pembohong

Selama ini rakyat sering dimomokan kononnya media arus perdana melaporkan berita-berita tidak benar dan berat sebelah.

Lalu muncul sebuah akhbar yang dikatakan bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Beritanya dikatakan TELUS dan TULUS. Itulah akhbar Sinar Harian.

Bermula dari pantai timur hinggalah sekarang ini Sinar Harian sudah berada di seluruh Semenanjung Malaysia. Itulah buktinya kerajaan tidak pernah menghalang kelahiran media yang bebas di negara ini dan mereka dibenarkan mengembangkan pasaran mereka seluas-luasnya.

Sehingga kini kita tidak pernah mendengar Sinar Harian diberi amaran atau digantung permit mereka oleh KDN.

Tetapi adakah Sinar Harian benar-benar bebas, telus dan tulus ?

Daripada pemerhatian saya untuk Sinar Harian edisi Selangor dan KL saya tidak nampak mereka bersikap adil dalam menyiarkan berita. Jika lihat pada muka depan memang nampak adil. Sehari kena atas batang hidung BN, sehari kena atas batang hidung pakatan pembangkang. Begitulah seterusnya.

Apabila kita selak ke dalam dan teliti setiap muka surat, saya nampak 70 % ianya memihak kepada pakatan pembangkang. Tidak mengapalah, mereka akhbar komuniti dan sekarang Selangor ditadbir oleh pakatan pembangkang maka sudah tentulah banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan negeri perlu mendapat perhatian media komuniti seperti Sinar Harian. Itu kita kena terima hakikat dan kita perlu bersetuju.

Tetapi saya ada dua perkara yang nak dikatakan mengenai Sinar Harian.

Pertama, keistimewaan yang dinikmati oleh Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin dalam Sinar Harian. Dalam Malaysia kita ada 36 orang setpol kepada menteri-menteri kabinet dan di Semenanjung Malaysia ada 11 orang setpol kepada MB dan KM termasuklah 4 negeri yang diperintah kerajaan pakatan. Untuk Sabah dan Sarawak saya tidak masukan kerana Sinar Harian tidak terdapat di sana.

Sistem dalam negara kita hanya PM, TPM,Menteri dan MB atau KM sahaja yang diperuntukan setiausaha politik dan mereka diiktiraf. Mana-mana pemimpin lain yang ada setpol selain daripada yang saya nyatakan diatas, maka setpol mereka adalah setpol yang tidak diiktiraf atau dalam bahasa mudah dipanggil setpol haram. Salah seorang setpol haram yang pernah wujud di negara kita adalah Teoh Beng Hock.

Berbalik kepada perkara asal, dalam Malaysia sekarang kita ada keseluruhannya 47 orang setpol termasuk Faekah. Tetapi daripada 47 orang mereka ini kenapa Faekah seorang sahaja yang terlalu istimewa di mata Sinar Harian ? 46 orang lagi tidak mendapat layanan seistimewa itu.

Dalam seminggu boleh dikatakan 5-6 hari akan ada sahaja berita mengenai Faekah atau kenyataan akhbarnya. Malah ada masanya mendapat liputan muka depan Sinar Harian. Apa istimewanya Faekah dengan Sinar Harian ? adakah Faekah pemegang saham dalam Karangkraf ? atau ada 'deal' di belakang tabir ? Wallahualam , itu saya tak berani nak kata. Yang saya berani kata Faekah terlalu istimewa di mata Sinar Harian berbanding dengan setpol-setpol lain yang ada dalam Malaysia. Pasti ada sesuatu yang tidak kita ketahui.

Perkara kedua pula yang saya nak perkatakan tentang Sinar Harian adalah pembohongannya. Saya berani guna istilah bohong kerana saya ada bukti. Maaf kepada Sinar Harian jika bahasa itu kasar.

Jumaat malam sabtu, PKR mengadakan satu majlis yang dinamakan Rapat Umum PKR Selangor bagi menerangkan konflik dalaman mereka. Tempatnya di Auditorium MBSA , Shah Alam. Majlis dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Syed Hussin , Azmin dan Khalid Ibrahim.

Semasa majlis tersebut berlangsung saya telah mendapat maklumat mengenai tentang jumlah kehadiran ahli-ahli PKR. Menurut sumber yang saya dapat kehadiran antara 1500-2000 orang. Angka itu logik apabila dibandingkan dengan keluasan auditorium tersebut.

Manakala semalam saya sempat melihat rakaman video program itu yang dirakam oleh seorang teman yang berada di dalam acara tersebut. Dalam jemputan yang diterima wakil media juga menyatakan majlis tersebut adalah amanat kepada 1500 ahli-ahli PKR Selangor.

Sinar Harian ms N2 hari ini

Tetapi hari ini apabila melihat laporan di muka surat N2 Sinar Harian saya terkejut, mereka menyatakan jumlah kehadiran ahli PKR pada program tersebut seramai 5000 ahli.

Terus terlintas di fikiran saya tak mungkin auditorium tersebut dapat memuatkan 5000 orang. Ini kerana saya juga telah beberapa kali masuk ke tempat itu. Rakaman video yang saya lihat pula tidak nampak orang melimpah ruah sehingga terpaksa berdiri atau duduk diatas lantai. Rakaman itu menunjukkan semua orang yang hadir berada di kerusi yang disediakan di dalam auditorium, malah masih ada lagi kerusi yang kosong.


Untuk mendapat kepastian saya membuat semakan di laman web MBSA bagi mendapatkan kapisiti tempat duduk auditorium berkenaan. Daripada semakan yang dilakukan menunjukan auditorium tersebut hanya boleh memuatkan 1400 orang. Rujuk di sini

Maknanya angka 1500-2000 orang yang diperkatakan sebelum itu hampir tepat. Ini kerana ianya dibuat mengikut kiraan mata kasar.

Bagaimana Sinar Harian boleh dapat angka 5000 orang ? Adakah Sinar Harian telah diarah untuk menulis angka itu oleh orang lain ? atau Sinar Harian sebuah akhbar yang memihak kepada PKR kemudian menipu rakyat dengan mengatakan mereka sebuah akhbar yang bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak ?

Apa pun jawapan atau alasan mereka, pada saya Sinar Harian sebuah akhbar yang pembohong. Tidak salah untuk saya menggunakan perkataan bohong kerana Sinar Harian akhbar yang boleh dikatakan memihak kepada PKR dan saya sebagai musuh PKR boleh gunakan istilah itu sebagaimana juak-juak PKR guna istilah itu kepada akhbar arus perdana yang lain.

Rakan-rakan sekalian, kalau saya nak tulis pasal buruk Sinar Harian banyak benda lagi yang saya boleh tulis. Tetapi saya tidak mahu menulisnya kerana memikirkan ianya sebuah syarikat milik bumiputra.

Pembaca semua kena ingat, sebagai sebuah akhbar, Sinar Harian berbeza dengan blog-blog yang wujud bagai cendawan tumbuh sekarang ini. Kedudukan mereka sebagai sebuah akhbar berada lebih atas daripada blog-blog polong yang tidak bertuan ini.

Kalau blog lapor berita yang tidak benar, orang tak pelik, sebab blog itu hanya tukang sensasikan cerita dan orang baca blog untuk dapatkan berita yang mereka tidak dapat di akhbar. Ini kerana akhbar penuh dengan peraturan, etika dan polisi yang perlu dipatuhi. Blog tidak perlu ada semua itu dan blog pula boleh dibuka dan ditutup bila-bila masa.

Update@6.25pm:

Ada orang tanya betul ke ? Kalau fitnah bagaimana ?

Nak tengok ianya fitnah atau betul lihat gambar-gambar di sini.

28 comments:

Anonymous said...

dr awal lg saya tak pernah suka dgn akhbar yg satu ni..cacamerba

Anonymous said...

Aku dah lama perasan sinar harian ni makin lama x ubah mcm tabloid mingguan yg x berapa laku.. kebanyakan org beli bukan sbb paper ni ok.. tapi sbb ada berita daerah masing2 ikut negeri masing2.. sejak ada sinar harian ni byk kali jugak la muka beberapa org kampung aku yg gila glamour tu masuk paper dlm ruangan berita2 daerah tu.. lepas ikan patin 10 ekor dlm kolam pun muka masuk paper sinar harian.. akhbar seringgit katakan ...etika pun seringgit jugaklah..

Anonymous said...

Dak tokey Sinar Harian ni ornag kuat Pas, Patut le jadi macam tuuu. Di banyak negeri dipertintah BN, isu2 pembangkang yang menghentam BN dan UMNO lebih ditonjolkan termasuk di tempat saya di Terengganu.

Dahtu pulak, ada pemimpin kita yang berurusan dengan tokey Sinar Harian untuk bende2 perinting. Nak buat macam mana lagi.... Dan yg peliknya, tokey tuu bukan cetak sendiri tapi dihantar kepada Cine pulak.....

Berita Pas diberi coverage besar dan begitu juga atatement pemimpin Paas menghentam UMNO.,,,,,,,

BOIKOT LEEE BARU BETUL KITA NAK HAPUSKAN PENCACAI PAS DAN PKR NII SERTA DAPIG dari Bumi MALAYSIA TERCINTA NI.

Pakteh said...

Pakteh pernah laporkan perkara ini dalam blog pakteh. Memang Sinar Harian lebih cenderung kepada PR terutama selepas dikunjungi oleh Anwar Al Juburi sedikit waktu dahulu. Lihat artikel pakteh disini
http://betoika.blogspot.com/2010_09_01_archive.html

Anonymous said...

Salam..

Rasanya lebih molek kalau Sinar menerbitkan cerita2 seperti KOSMO atau harian Metro.

Sy juga lihat, SInar banyak tulis apa yg keluar dari mulut orang yg bercakap, tak kira betul atau tidak.

Rasanya elok Sinar masuk ke kampung2, cari cerita/masalah rakyat yg belum di selesaikan, kemudian tulis dalam Sinar Harian.

irs-Hursaini said...

Pernah juga, Majlis hari jadi individu juga masuk sinar.

Mungkin sinar perlukan banyak perubahan lagi.

Mungkin Sinar boleh tengok balik sejarah penerbitan Utusan Melayu dulu2.. Boleh ambil idea darinya.

amk shah alam said...

bro rbf,aku org pkr tapi aku tak suka faekah.dlm hal ini aku bersetuju dgn kamu.dlm hal politik tidak.nak ajak aku sokong umno jgn haraplah.

aku setuju dgn kamu faekah selalu dpt coverage baik punya dr sinar.dia guna kesempatan sbg setpol mb kuasa dia untuk beli iklan di sinar.jika sinar x beri lprn utk dia maka dia x beli iklan .itu sebab sinar takut dgn dia.

nak popularkan diri dia kerana merancang utk bertanding 2 kerusi dlm pru 13.di dun bt3 & parlmn kuala langat.

senang cerita faekah rasuah sinar utk dpt coverage.aku sokong kau hentam faekah kaw2.mulut dia mcm cib*i.aku akan emel kat kau rahsia2 faekah utk kau tulis kat blog kau.

satu lagi kau kena ingat bro,sinar sutkabar perniagaan.mana dpt duit situ yg dia tulis.kau jgn ingat dia kuar muka berita faekah free2 ja.

kau jgn jeleslah kalau 5 ribu org dtang pun.

aku nak ajak kau join pkr.kau nak ke bro ?

amk shah alam

Anonymous said...

sinar harian ke ? bayar duit boleh dpt berita ! sampah punya paper

wmu350 said...

hahahaa....amk shah alam ajak rbf joint pkr.....

bukan semua orang boleh dibeli dgn wang...walaupun wang itu penting..!

Anonymous said...

faekah bayar duitlah tu bro.

Anonymous said...

faekah kan ker gila glamour ...

Anonymous said...

amk shah alam

brape anwar bayar ko untuk back up dia?

siggit? sepulh? seratus?

sokongUMNO said...

Betul ke apa ko cakap ni bro..kalau fitnah camne..tak ke ko bagi anak bini makan duit haram..harap2 pemimpin UMNO spt khir toyo dan nawawi tak support bloggers (mcm ko)yang buat cerita tanpa usul periksa..takut UMNO terus lenyap

Anonymous said...

pukimak ko rbf...penakut !!siar la komen aku cibai...bodoh punya pencacai !!bloger bodoh punya sial...

Anonymous said...

Sokong umno, dah tentu rbf dah bg hujah kat atas. Ko x bace ke. Org kate bodoh jgn la dihabis2 kan. Sorg lagi bingai.

Pakteh said...

Mengapa yang tidak setuju hanya tahu maki hamun seperti Anon 6:21PM

Anonymous said...

Bro RBF, owner karangkraf kawan baik nuar kaki liwat.apa nak diherankan.

ruang bicara faisal said...

kpd sokong umno,

tak tumbuh tak melata
tak sungguh saya tak kata
bukti semua lengkap saya bagi
apa lg yang fitnahnya ?

setakat ini saya masih mempunyai pekerjaan yg saya lakukan sejak 10 tahun lebih yg lalu utk beri makan anak bini saya. berblog bukan pekerjaan saya.

memang benar nawawi dan khir toyo tak pernah support saya. standard mereka kecil ja.

yg support saya najib dan muhyiddin. najib bagi sebulan RM 250 ribu dan muhyiddin RM 200 ribu.

duit tu saya tak pernah pakai sesen pun. saya simpan tepi.kalau anda ada kaki blh cek kat ASB saya.

duit itu saya keluarkan bila ada pilihanraya kecil dan bagi pd jentera parti. setakat ini prk yang saya dah bg duit adalah bagan pinang, hulu selangor, galas dan bt sapi. Allamdulillah, BN menang semua di empat tempat berkenaan hasil duit yang saya beri.

jgn risau, umno tak akan lenyap selagi saya berkhidmat utk umno. tetapi umno akan lenyap jika ada org seperti anda yang tak blh terima realiti, malah realiti itu pula yg dituduh fitnah.

benarkah anda sokong umno ?

walau apa pun, saya tetap boleh agak anda dtg drp mana.

Mr.Uda said...

Saya dah setahun tak pernah beli akhbar ini. Mula2 dulu belilah 2,3 kali kerana murah tapi bila baca dah tahu banyak cerita propaganda pembangkang terutama hal2 PKR negeri selangor dilebih2kan, banyak pembohongan.

Anonymous said...

ai..pasal kehadiran pun bising..

aku dari dulu dok tunggu gambar2 puluhan ribu rakyat yg datang program 'Selamatkan Selangor'...

dari skang,xde pun....

hati2 jer la...

jgn lupe kenangan PRU12..ceramah2 UMNO dkt shah alam ramai jentera jer dari org ramai...

cian tgk UMNO time tu...

sokongumno said...

Orang akan terima pandangan ko bro kalau 100 peratus betul..kalau aku le yang biaya blogger mcm ko dah lama aku ketuk kepala sebab tak fokus..sebagai orang umno aku tak respect cara ko nak attack pakatan rakyat..tak tepat ibarat guna peluru tabur..bertindak biar bijak jangan badan je besar tapi otak kecik.

sokongumno said...

Satu lagi bro..jumlah kehadiran yang ko besar2kan dlm isu ni..besar sangat kah perbezaan jumlah manusia 5 ribu dan 1,500 yang ko letih2 call MBSA nak tahu jumlah seat kat auditorium tu..cari la isu lain yg bleh attack kerj negeri..jgnla jadi pemalas kalau nak umno bleh rampas selangor..buatla research yg berbaloi dgn jumlah yg umno bayar utk ko..jgn asyik nak create isu yg nmpak depan mata ja..berubahla umno kalau nak terus diterima rakyat..pemikiran blogger kalau sama mcm pemimpin umno yg bingai..hancurlah umno..

membeRBF said...

aku pelik kenapa RBF emo sangat ngan sinar sampai attack kaw2 punya..sinar ada lapor isu melibatkan kepentingan rbf ke..ada juga dengar cakap belakang rbf ni sebenarnya mintak kerja kat sinar..nak jawatan tinggi..pastu gaji nak lebih dari ceo KDEB..sinar tak mampu nak bayar..jadi marahla katanya..betul ke rbf?

Anonymous said...

merujuk kpd Stetmen ko:----memang benar nawawi dan khir toyo tak pernah support saya. standard mereka kecil ja.

yg support saya najib dan muhyiddin. najib bagi sebulan RM 250 ribu dan muhyiddin RM 200 ribu.

duit tu saya tak pernah pakai sesen pun. saya simpan tepi.kalau anda ada kaki blh cek kat ASB saya.

duit itu saya keluarkan bila ada pilihanraya kecil dan bagi pd jentera parti. setakat ini prk yang saya dah bg duit adalah bagan pinang, hulu selangor, galas dan bt sapi. Allamdulillah, BN menang semua di empat tempat berkenaan hasil duit yang saya beri.

jgn risau, umno tak akan lenyap selagi saya berkhidmat utk umno. tetapi umno akan lenyap jika ada org seperti anda yang tak blh terima realiti, malah realiti itu pula yg dituduh fitnah.

-----stetmen yg mengesahkan ko sememangnya dibayar... ada hati lak nak sibuk pasal sinar dibayar...ceh! Sinar dibayar - ko cume teka top ko dibayar, ko sendiri yg ngaku....inilah contoh rasuah dalam jentera UMNO....

komenje said...

itu buruk apabila akhbar melupai etika apabila berpolitik, kita lihat sinar harian dikatakan cenderung kepada PR tapi bagaimana dengan akhbar lain berita harian, utusan malaysia contohnya, kita boleh jamin yang bekerja di akhbar kerajaan jangan cuba cenderung kepada pr pasti kena buang keje. kita lihat contoh isu banjir dikedah adakah kita lihat cerita menteri besar turun padang membantu mangsa banjir yang ada pun sedikit kata ganas yang diperhebohkan yang mana kita tak tahu hujung pangkalnya. jika cerita yang balaci umno siarkan itu tidak benar ianya jadi fitnah. banyak implikasinya satu yang buat fitnat berdosa besar, mendengar fitnah satu dosa, percaya fitnah satu dosa..akhirnya 1 Malaysia

Anonymous said...

kau bising pun tak guna. orang atasan sinar harapan bukannya nak dengar pandangan orang lain pun. termasuk staff sendiri. bila paper tak laku, salahkan reporter. senang je nak cover malu sebab buat keputusan kurang bijak

Anonymous said...

bg aku la... elok kita baca semua paper... bkn semua paper telus pon.. hanya org bijak je dpt berfikir mana betul mana salah.. bg aku sinar harian mmg banyak ke arah pembankang... harian metro, berita harian,kosmo dan utusan bukan dorang banyak ke arah BN ke... buka mata buka hati... baca semua paper... pikir sendiri..

Syafiq Mohamad said...

Assalamualaikum.....
Aku sangat hairan la kenapa perlu ada perbalahan sampai kehadiran pon nak dijadikan isu. Kata profesional. Buka la isu yang boleh membina Agama Bangsa dan Negara. Bagi nampak profesional sket RBF. Xpayah la nak mention bagi duit bagai.... nampak tak ikhlas pulak nanti. Cantik sangat dah jika RBF membantu parti dalam perjuangan. Tapi bila mention mcm ni tah la fikir2kan lah..... dan adalah lagi baik sekiranya RBF menulis perkara - perkara yang boleh menyatukan Saudara SEAGAMA dan SEBANGSA demi kejayaan bersama di DUNIA dan di AKHIRAT kelak. Berkempen yang baik adalah menceritakan BAIK BURUKNYA diri KITA. BUKANNYA menceritakan KEBURUKAN ORANG LAIN. renung-renungkan la wahai saudara/saudari SEAGAMA dan SEBANGSAKU. Assalamualaikum.