Sunday, November 28, 2010

Terima Kasih Awang Selamat

Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.

Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky's Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).

Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka.

Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.

Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas.

Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com dan sakmongkol.blogspot.

Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.


Terkejut dan terharu apabila membaca kolum Awang Selamat di ms 6 Mingguan Malaysia hari ini.

Pada saya ianya satu penghargaan yang cukup besar. Tidak pernah saya jangkakan itu semua akan berlaku.

Penghargaan yang Awang Selamat berikan ini akan saya jadikan inspirasi untuk melakukan yang lebih baik lagi dan memperbaiki apa yang tidak kena selama ini. 

Saya menganggap penghargaan yang Awang berikan ini adalah penghargaan bersama kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang lain,House Pk , GAP, Pisau, Gomo, Medan Info, Dr.Novandri, Cik Wan(penulis mykmu), Panglima Perang Cyber, Unspinners, Selangor Daily, DET, Garamanis, Jefry Damien  dan yang lain-lain. 

Kami semua adalah satu pasukan dan bekerja dalam satu pasukan, kecuali Unspinners yang masih menjadi misteri kepada kami sehingga kini kerana kami tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui e mel.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Awang Selamat. Jika ada yang tidak betul atau kena,tegurlah kami. Kami tidak akan sesekali berkecil hati dengan teguran itu. Kami menghormati Awang sebagai penulis lama dan penuh dengan pengalaman dan kami sudah lama angkat topi kepada Awang Selamat.

Insyaallah dalam masa terdekat ini saya akan menulis kisah bagaimana saya dan rakan-rakan mula berblog, pengalaman pahit manis dan kisah-kisah belakang tabir yang lain serta apa misi dan visi kami.


12 comments:

Anonymous said...

tahniah RBF !

irs-Hursaini said...

Aku angkat topi kt ko juga bro..

Dia tulis tu ko sorang, kira ko wakil semua lah..dia nk tulis semua, dop genap kolum dia..

Apapun, tahniah.

Suram Muram said...

Tahniah...RBF...
kawan bangga dengan awak...
kawan baca gak paper ini hari...
kawan mula-mula ralat...
pasal PARPU xde...
bila awak da mewakili Semua...
Kawan ucapkan TERIMA KASIH...
Buat Dewa PARPUKARI...
AWAK TETAP NO 1 DIHATI KAWAN...

AMS@MASAI said...

Tahniah kepada RBF dan seluruh blogger yang sealiran dengannya..tulisan dan pemberitaan dari anda sangat2 diperlukan masa kini dan selamanya..good luck.

tungkaran hati.blogspot said...

Kepada RBF dan yang sealiran, teruskan perjuangan kalian demi Ugama, Bangsa dan Negara....
Tahniah!

Ahmad Albab said...

TAHNIAH RBF..

Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan terbaru di dalam blog anda sejak dari dahulu lagi.

Artikel2 anda menggambarkan anda seorang blogger yang sangat profesional.

Saya mohon beri tunjuk ajar dari anda.

Saya juga berharap anda dapat membantu saya dengan menyenaraikan blog saya dalam senarai blog pilihan anda.


SYABAS BUAT ANDA.


Ahmad Albab

http://ahmad-albab.blogspot.com/

mat saga said...

brader.....

gua memang tabik dengan lu....

bagi gua lu mempunyai gaya penulisan yang amat kompleks dan mempunyai pengisian yang padat dalam sesuatu isu yang dilontarkan..

gua perhatikan didalam setiap penulisan brader gaya bahasa , tatabahasa dan ejaan dijaga dengan rapi dan yang paling istimewa nya plot isi penulisan sentiasa muncul dalam keadaan pembacaan yang menarik dan membuatkan pembaca seperti gua ingin meneruskan pembacaan....

kemungkinan brader juga ada membuat homework sebelum melontarkan isu-isu kedalam ruang udara brader..

kalau awang selamat pun "salute" dengan brader.... gua sepuluh kali salute dengan brader...

Anonymous said...

tahniah RBF dan blogger pro kerajaan yg lain..

satu perkara yg buat sy tambah respek kat RBF ialah mewakili Unspinners yg misteri tp sngt aktif mengupdate info(yg tak disebut oleh Awang, panjang sangt nak masuk sume name kot). terkejut juga, baru saya tahu unspinners merupakan blogger misteri dikalangan blogger pro-kerajaan.

harap2 blogger2 pro-kerajaan terus bersatu.. perbezaan pendapat itu biasa, tp selesaikanlah dngn bijak.. rancanglah pasukan ini dngn baik utk Malaysia

p/s: kadangkala pujian itu melalaikan. sekadar pesanan.

normin said...

teruskan bro.....

Al Johari said...

RBF,Saya dah berumur hampir tiga suku abad. Tapi berminat melayari blog. Masa lapang saya berada dihadapan komputer mengikuti blog yang saya minati.

Diantara blog yang saya ikuti ialah, Che Det, Azli Shukri, RBF, Parpukari, Gomo, The Unspinners, Hamidah Osman, PISAU.NET, Agenda Daily, Big Dog, Tunku, GAP, M.I.M, Zulkifli Nordin, Dr Zambry, Kickdafella, Minda Tajdid, Mukhriz, AnwarIbrahim.Dot.Com, Rocky Bru, Kadir Jasin dan Jinggos Fotopages.

To Live Again said...

Congratz bro..

Bro mmg layak dpt pebgiktirafan mcm ni..Dgn artikel yg dibekalkan dgn detail reference menjadikan blog ini BERMARUAH dn PROFESIOANL..

Bkn blog2 HEARSAY je yg sumber ntah dr mane skedar penuh dgn retiroik..Thaniah bro..

blogenstarz said...

TAHNIAH BROOO

Jangan lupakan kami !

I need you tooooo

We all live under the same sun !!!