Wednesday, November 24, 2010

Tok Guru Kepada Ibrahim Libya Sifatkan Bukan Mati Syahid

Orang-orang yang terbunuh bukan mati syahid

BALING, 21 Nov. – Seorang tokoh agama terkenal di sini, Tok Guru Haji Yaacob Omar hari ini menyifatkan orang-orang yang terbunuh kerana menentang kerajaan bukan sebagai “mati syahid” seperti yang didakwa sesetengah gabungan.

“Orang-orang yang mati kerana menentang kerajaan tidak tergolong dalam mati syahid.” Ujar beliau.

Beliau menjelaskan mengikut hadis nabi walaupun sesebuah kerajaan itu zalim, kita hendaklah bersabar dan mengikut perintahnya.

Haji Yaakob, tokoh agama yang mengendalikan madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih, di sebelah Memali, Baling memberikan pendapat ini dalam pertemuan di rumahnya, 17.6 kilometer dari sibi tengah hari ini.

Beliau mengulas peristiwa hitam di Kampung Memali Selasa lalu yang mengakibatkan 18 orang terbunuh termasuk 1 penjenayah dan penyokong-penyokongnya serta 4 orang anggota polis.

Beliau mengesahkan Ibrahim Libya pernah mengaji dengannya selama lima tahun dan kemudian di Pokok Sena sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Libya.

Ibrahim juga pernah mengajar selama tiga tahun di Madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih sekembalinya dari Libya dan setelah bekerja sebagai pendakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan keluar memberi ceramah agama di Televisyen Malaysia.

Bagaimanapun, Haji Yaakob mengesahkan hubungan penduduk-penduduk beberapa buah kampong di situ telah renggang dan terjejas sedikit apabila Ibrahim Libya bergiat dalam politik pembangkang dan kemudian mendirikan sebuah madrasah mereka secara berasingan di Kampung Memali, kira-kira hanya 200 ela dari rumahnya terletak di sebelah kiri jalan raya Baling ke Weng.

Sementara itu, mayat Ibrahim Haji Mahmood atau Ibrahim Libya bersama mayat 12 orang lain……

Dipetik dari Minaq Jinggo Foto Pages

3 comments:

Anonymous said...

PAS AJEEE yang dok buat hasutan kononnya mati syahid ... piirah aku dari dulu lagi dok kata depa nie bukan mati syahid ... tangan kanan depa melalak kesian mangsa memali tangan kiri mencuri hak anak-anak memali ... islam ker selam depa nie .... poorahhhh citttt...

Anonymous said...

Balu dan waris Mamali kasi saman sama PAS pasal tabung Memali dak kena kebas oleh penyamun tarbus..kasi saman juta-juta...nak sedap kan citer pemimpin PAS kata le semua yang mati tu syahid...duit kena kebas balu dapat hampas...Kena tipu hidup-hidup oleh penyamun tarbus....

Anonymous said...

hmmm... idop lg eak tok guru ibrahim libya... bape umur beliau? try cari beliau dulu,agak2 jumpe x?