Thursday, December 23, 2010

Adun Selising Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham ?



Sehari dua ini kecoh berhubung video pengakuan dari seorang yang bernama Ustaz Saidi Hussain yang mengaku pernah menangkap Adun Pas Selising berzina dengan isteri orang lain.

Saya tidak berani nak kata ianya benar atau tidak.

Saya lebih kepada nak respon kepada jawapan yang diberikan oleh Adun Selising, Drs Saiful Bahrin.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini,
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah,"
Utusan Malaysia

Dia mencabar orang yang menangkapnya mendakwa beliau. Tapi dia tak sebut dakwa dimana. Di mahkamah atau dimana-mana.

Kalau nak dakwa di mahkamah bukan kerja orang yang menangkap. Dia tiada kuasa, itu kerja pendakwaraya.

Tetapi orang yang menangkap itu berani membuat dakwaan terbuka melalui ceramahnya dan dia benarkan dakwaannya itu dirakam.

Apakah itu seorang Adun yang bergelar Drs pun tak faham ? Apa yang dikatakan diatas pentas ceramah itulah dakwaannya.

Dia bukan tak faham wahai rakan-rakan ku sekalian. Dia faham, tetapi buat-buat tidak faham dan cuba nak berbelit-belit seperti Anwar Ibrahim seolah-olah ada sesuatu yang nak disorok.

Saya tidak berniat nak menuduh atau mendakwa Adun Selising terlibat dalam perkara berkenaan. Tetapi jawapan yang diberikan oleh Adun Selising meragukan saya. Lagi-lagi pula saya baru mendapat berita dari blogger papa gomo yang mengatakan Ustaz Saidi telah bersumpah dengan Al Quran sebentar tadi bagi membuktikan dakwaannya benar. Kita sama-sama tunggu rakaman dari papa gomo.

Jika Adun Selising merasakan itu satu fitnah besar keatas dirinya, maka beliau harus bangkit lakukan sesuatu dengan segera bagi membuktikan kepada rakyat yang beliau tidak bersalah. Ini soal maruah dan perkara ini tidak boleh dibuat main-main, apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Adun yang mewakili parti islam. Sekiranya kita tidak bersalah, maka kita kena bersihkan diri kita dari fitnah jahat yang dilemparkan. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Datuk Seri Najib pernah dituduh dengan fitnah yang jahat iaitu terlibat dengan pembunuhan Altantuya, beliau bangkit dan bersihkan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Sini

Saiful Bukhari juga pernah dituduh membuat tuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim kononnya dia diliwat Anwar, Saiful bangkit dan bersihkan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Sini.

Sekarang Drs Saiful Bahrin mengatakan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah satu fitnah besar, maka beliau harus bangkit bersihkan fitnah itu.

Nik Aziz pula menuduh blogger yang mendedahkan perkara tersebut tak reti dosa pahala.

Sebagai seorang blogger saya menghargai nasihat yang diberikan oleh bro pok nik sebagai orang tua. Bagus nasihat itu. Cuma saya nak bertanya balik kepada bro pok nik atau orang-orang yang sewaktu dengannya, bermula dari tahun 1998 sehingga tahun 2008, dunia media cyber dikuasai oleh siapa ?

Sudah tentulah oleh orang-orang bro pok nik. Kebanyakan dari kami (blogger pro BN) termasuklah papa gomo baru sahaja memasuki dunia ini dua tahun lebih yang lepas. Kami masuk ke dunia ini kerana kami cemburu melihat kejayaan yang dicapai oleh puak-puak yang mengendalikan media cyber pro Pas dan PKR .

Apa yang kami lakukan pada hari ini, tidak jauh beza dari apa yang dilakukan oleh puak-puak sebelah sana selama 10 tahun.

Kami ikut dan kami tiru cara mereka kerana cara itu telah terbukti berjaya mendatangkan hasil yang baik.

Selama 10 tahun lebih apa yang puak-puak sebelah sana tidak lakukan kepada BN melalui media cyber. Fitnah tak usah cakaplah, ianya sudah menjadi makanan harian puak-puak sebelah sana. Gelaran buruk - buruk pula sudah menjadi perkara biasa. Tun Dr Mahathir pernah digelar mahafiraun dan mahasyaitan. Bro pok nik dah dikira bernasib baik kerana kami tak gelarkan bro pok nik mahafiraun.

Pada masa pihak sebelah sana membuat pelbagai fitnah dan memberi pelbagai gelaran kepada pihak-pihak BN, dimana suara bro pok nik pada masa itu ? Bro pok nik mendiam seribu bahasa seolah-olah tikus melihat besi.

Sekarang ini, apabila kena atas batang hidung sendiri, tiba-tiba bro pok nik melenting. Why bro ? why ?

Jangan marah ya bro pok nik, sekarang senjata telah makan tuan.

8 comments:

Anonymous said...

keh keh keh mantap!!! Biasalah bila kena tang btg sendiri oopss maksud saya btg hidung sendiri mulalah mcm cacing kepanasan.....alahai POk Nik dgr khabar dah bole ampunkan dosa2 besar org!!!

Anonymous said...

1 tulisan yg tajam. i likeeeee =))

Messanger said...

Sejak bila plak puak2 Pis percaya utusan ni?

Anonymous said...

saudara RBF,memang tepat sekali kenyataan saudara mengenai juak-juak pembangkang ni.kalau terkena batang hidung sendiri mula nak melenting tak tentu pasal.walhal selama ini fitnah,tohmahan dan tuduhan tak berasas lah yang menjadi amalan mereka.Bukannnya nak menuduh,macam juga kes APCO yang dilaung-laungkan saolah-olah BN menciplak dari pihak Yahudi.
Apabila terbukti Anwar menipu dalam hal ni,semuanya diam seolah-olah tiada apa yang berlaku bak kata pepatah 'lempar batu sembunyi tangan',inilah sebenarnya wajah juak-juak pembangkang apabila terkena batang hidung sendiri terus jadi tak keruan!

pink said...

kawan tu siap ckp "Demi ALLAH" kuat statement tu beb.. si babi adun selingsing bahan bini org tu ada berani ka?

Anonymous said...

TERIMA KASIH.....DI ATAS ARTIKEL DI ATAS,TERUSKAN USAHA BAGI MEMBONGKAR KEMUNGKARAN DEMI KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH DAJJAL PEMBANGKANG.....PERCAYALAH SETIAP DOSA DAN KEMUNGKIRAN PASTI AKAN TERDEDAH DAN DIDEDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T....JIKA SEMUA ITU BENAR INILAH KECELAKAAN SEBENAR YANG TUMBUH DARI HATI JAHAT PENGANUT PAS.....ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.....KEPADA SAUDARA FAIZAL TERUSKAN USAHA ANDA DAN KAMI SENTIASA MENYOKONG ANDA DARI BELAKANG DEMI KEBENARAN.......

Anonymous said...

salam sedara..

biar lambat dari xde...
mmg benar kata sedara kalo dulu blog mahafiraun tu mmg ramai org baca...terutama bila kes liwat anwar meletup sekitar 1999 sampaikan saya pun percaya...

Skrg ni kalo diikutkan blog BN dah byk tapi kemasukan agak kurg berbanding blog PR...

tapi itu x menjadi hal sbb skrg adalah usaha org2 sperti sedara utk menyedarkan rakyat agar mengetahui cerita sebenar yg selama ini ditutup kemas oleh org2 mereka...sbg cth kes zina oleh adun selingsing..

teruskan perjuangan...

wu di..

Anonymous said...

Kita tengah dok seronok dgn kes khalwat yb Selising timbul pula kes menteri rogol amah dia.Sebab tu janganlah kita mengaibkan orang dgn benda benda tang belum di sahkan lagi.Beberapa hari lepas kita bacha dalam akhbar Ustaz Saidi berkata dia tak pernah pernah menuduh YB Selisng berzina dan di dlm koch keretapi tu ada 4 orang termasuk suami perempuan tersebut.Dia tidak nyatakan pada masa kejadian londeh seluar itu suami perempuan tu ada bersama atau tidak.Berkenaan kereta Ustaz Saidi di langgar,dia mengakui bahawa dia telah membuat pusingan U d tempat yg tidak sepatutnya.Mengenai ada org cuba menetaknya biarlah Polis menjalankan siasatan kerana repot telah d buat samada kes peribadi ke atau bersangkutan dgn kes YB ni.Jadi saya cadangan buka minda dan berlapang dada apabila menerima berita yg mengaibkan orang.