Wednesday, December 22, 2010

Janji 100 Hari, Koleksi Lucu Dalam Hidup Kita Bertambah

Sepanjang kehidupan kita, setiap orang sudah pasti ada peritistiwa pahit atau manis yang tidak dapat dilupakan.

Tidak ketinggalan juga adalah peristiwa lucu yang kita tidak boleh lupa sehingga bila-bila, dan setiap kali kita mengingati peristiwa itu pasti kita akan ketawa berdekah-dekah sehingga keluar air mata.

Hari ini saya nak kongsi dengan para sahabat sekalian antara peristiwa lucu yang pernah hadir dalam hidup saya dan sehingga kini membuatkan saya ketawa sendirian apabila mengingatinya.

Sekitar lewat tahun 90an saya dan beberapa rakan mengikuti satu kursus di Trengganu. Pada satu malam ketika kami sedang duduk berbual-bual kosong di dalam bilik tidur, ada seorang kawan bernama Zahari sedang menghisap rokok dan sebelah lagi tangannya sedang mengorek telinga menggunakan putik kapas.

Ketika sedang rancak berbual, tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan 'aduhhhhhh' dari Zahari. Masyallah, rupa-rupanya dia sudah tersilap korek dan tersilap hisap. Zahari telah tertukar, dia mengorek telinganya menggunakan rokok dan putik kapas pula di hisapnya.

Sampai sekarang pun jika saya teringatkan peristiwa itu saya akan ketawa sendirian.

Perkara yang kedua pula ialah, pada satu petang beberapa tahun lepas ketika saya sedang berada di tingkat atas rumah saya, tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan yang kuat daripada anak saya yang berusia empat tahun ketika itu yang berada di tingkat bawah.

Abah....abah....abah.....jeritnya sekuat hati sambil berlari menaiki tangga ke bilik saya, seolah-olah ada sesuatu yang cemas. Ketika dia sampai depan saya dia tercungap-cungap dan itu membuatkan saya panik.

Abah...abah...panggilnya lagi sambil tercungap-cungap. Kemudian saya tanya lagi , "kenapa ?" . Dia jawab "abah, ada orang islam datang kat bawah" saya masih keliru dan bertanya lagi "apa?" dia jawab lagi "ada ramai orang islam datang kat bawah, dia nak jumpa abah". Saya menjadi pening dan tertanya-tanya apakah orang islam yang dimaksudkannya.

Lalu saya turun ke bawah, rupa-rupanya sekumpulan orang-orang tabligh datang berziarah ke rumah saya. Saya punya ketawa pada waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu dan membuatkan orang-orang tabligh itu pelik melihatnya.

Untuk mengelakkan mereka terasa hati, lalu saya pun menceritakan kepada mereka apa yang telah terjadi dan mereka juga turut ketawa sama apabila mendengarnya. Sehingga kini saya tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. "Orang islam".

Peristiwa lucu yang ketiga, perkara ini baru berlaku minggu lepas. Kisah Azmin Ali mandi bunga. Saya sudah menulisnya di sini.

Sungguh tak saya sangka, selama ini jika melihat lagak Azmin Ali bagaikan seorang pendekar yang hebat, rupa-rupanya penakut nak mampus. Kena jatuh hukum penjara 18 bulan pun sudah mandi bunga. Itu belum ke penjara lagi. Kalau sudah ke penjara saya rasa boleh gugur telornya.

Seorang pembaca yang menghantar komen mengatakan apabila melihat Azmin Ali berceramah, katanya kalah Obama. Tetapi yang sebenarnya Azmin seorang penakut.

Sehingga ke hari ini, setiap kali saya masuk ke bilik mandi, saya akan ketawa sendirian bila mengenangkan Azmin Ali mandi bunga.

Perkara lucu yang keempat dan terkahir. Inilah perkara sebenar yang saya nak beritahu. Yang diatas itu hanya penyedap cerita.

Perkara lucu ini baru berlaku beberapa hari lepas, iaitu janji 100 hari sekiranya juak-juak beruk diberi kesempatan memerintah negara.

Pasal tol saya sudah ulas malam tadi. Sekarang saya nak ulas pasal kebebasan media.

Salah satu janji mereka sekiranya diberi tawaran memerintah negara kelak ialah kebebasan media.

Ha...ha...ha...ha....ha...ha...

Boleh percaya ke janji-janji beruk itu ?

Saya rasa bukan lebih baik, malah akan menjadi lebih teruk.

Kebebasan media bermakna media tersebut bebas menghentam atau mengkritik atau melaporkan apa sahaja tanpa sekatan. Anda percayakah mereka sanggup benarkan itu berlaku ?

Sekarang ini pun mereka sudah haramkan media itu, media ini, boikot dan sebagainya. Selepas itu nak berjanji kebebasan media pula ?

Beruk-beruk pak-khatan rakyat adalah jenis beruk yang tidak boleh dikritik atau dihentam oleh media. Sekiranya kena hentam atau kritik maka mereka akan lancarkan perang dengan media tersebut.

Cara laporan atau berita yang mereka mahukan adalah seperti laporan atau berita di harakah. Lambung dan puji mereka habis-habisan. Bagi mereka itulah kebebasan media yang sebenar.

Percayalah cakap saya, sekiranya mereka berkuasa kelak media akan menjadi lebih teruk daripada apa yang ada pada hari ini.

Kesimpulannya, anggaplah apa yang dijanjikan mereka dan dinamakan janji 100 hari adalah sebahagian dari koleksi cerita-cerita lucu dalam hidup kita. Ianya tidak lebih dari satu hiburan untuk menutup dairi 2010.

9 comments:

hilbert said...

Salam 1Malaysia RBF,

Janji2 Pakatan Beruk tu mengenai kebebasan media memang benar, mereka akan akan memberi kebebasan kepada seluruh pengamal media seluruh negara seperti mana yang mereka berikan semasa Pembentangan Bajet 2011 Negeri Kedah Darul Aman bulan lepas..

zamasalam said...

KEBEBASAN PAKATAN SYAITAN..?

..yg paling terjejas adalah institusi Kehakiman..

..semua pihak bebas membuat pilihan.. FITNAH, PUJI, HENTAM, BOIKOT.. Mahkamah kena TUTUP....!!

Anonymous said...

Melayu Singapura,
Cerita kelakar tahniah tapi yg saya nak kongsi ni cerita betul tapi tau lucu ke tidak.Saya dulu duduk di kampong di kaki bukit dan ada seorang yg memelihara monyet dan dulu jika kami budak2 kena sakit begok kami di suruh mengambil pisang emas utk di sapu di pipi yg bengkak dna pisang ini akan di berikan kepada monyet itu agar penyakit bertukar tempat.Satu hari monyet ini mengamok(terlampau banyak makan pisang begok agak nya)lalu dia cederakan tuan nya dan monyet ini dapat melepaskan diri dari ikatan lalu melarikan diri dari di tangkap oleh org2 kampong.Pendek kan cerita monyet ini dapat di bunoh.Moral dari cerita ini ia lah org2 yg dah di begokkan oleh PR melalui pisang emas akan mematikan Ketua MONYET mereka kerana selama ini mereka tak tau yg mereka ini di monyetkan.TERIMA KASEH

Anonymous said...

satu pertanyaan dari saya:kalau subsidi untuk swasta dikurangkan, maknanya harga barang akan menjadi lebih mahal...betul tk?kos pengeluaran makin meningkat...janji 100 hari ni dh buat sy goyah dgn mereka.satu perkara lagi nak mansuhkn felda plantation tu...sy sbg seorang guru yg 95% anak muridnya anak kpd pekerja felda plantation merasa sgt kesal dgn janji ini.di manakah mrk akan mencari rezeki selepas ini?jika pemansuhan itu bertujuan utk memberikan taraf peneroka kpd mereka barulah tepat janji tu.hmmm....

hangkedee said...

Abang bila dapat gaji kita beli kereta besar ya ...Ah.Abang bila dapat bonus kita beli motor besar ...Ah .Abannggggg .....letih terpancut..hah kamu ni nak makan pun tak cukup nak beli semua besar .Itu lah janji janji manis semasa berbulan madu dengan puak juak Haprak.

muhammmad said...

Janji 100 hari janji FucKatan rakyat sudah terdesak tuk raih sokongan rakyat yg sudah tau temmbeeeraaanng anwar aljuburi...jika DALAM MIMPI anwar aljuburi jadi PM,LKS Dapig jadi TPM..Pas kasta dan moral yg paling rendah jadi apa?? jadilah tukang sorak dan tukang penuhkan majlis fucKatan Uhuuukk akahkaakahak...

PAS..'BERSAMA MENJAHANAMKAN ISLAM'

Anonymous said...

biasalaaa depa nie semua berok masuk parlimen jadi orang utan terus melalak sana sini PEMIMPIM HAPA MACAMNIE ....bila beruk-beruk dah berjanji maka beruk jugalah hasilnya ... muahahahhahahahaha salam beruk

Anonymous said...

aku tak boleh terima kalau ada manusia yang percaya dengan yakin yang berok-berok ni boleh tunaikan janji 100 hari mereka tue... bodoh makan taik banyak sangat ke ape???

Anonymous said...

org ISLAM dtg rumah...anak hang pun tak tahu dia islam ke tidak??sebab cara hidup dia dah jauh dr islam kot...

biasalah org nak buat janji2..macamla pemimpin sekrg tak janji apa2..sebagai rakyat mana yg baik kita amabil,yg buruk kita tolak..lupikir la sendiri..