Saturday, December 25, 2010

Kes Khalwat: Kenapa Nik Aziz Mendiamkan Diri

Video pengakuan seorang saksi yang menangkap Adun Pas berkhalwat dengan isteri orang telah lima hari tersebar.

Dalam video itu, Ustaz Saidi secara jelas menyebut yang beliau bersama beberapa orang pergi berjumpa Nik Aziz bagi memaklumkan perkara berkenaan dan selepas itu beliau diminta oleh Nik Aziz untuk datang keesokannya. Lihat pada minit 2.20

Apabila beliau datang keesokan harinya, Nik Aziz berkata "Allah Ta'alla maaf dah"

Video keluar 20.12.2010

Nik Aziz komen mengenai isu berkenaan pada 22.12.2010 dan dalam komennya itu tidak ada sepatah haram pun keluar dari mulutnya untuk menafikan perkara tersebut.

Dia hanya kata "kerja orang blog ini tak reti dosa pahala" dan dia pusing cerita kearah lain. Kalau tak percaya lihat di sini .

Jika perkara itu tidak benar, maka Nik Aziz harus bangkit dan jelaskan perkara ini, kerana nama dia sendiri pun turut disebut dalam video itu.

Kalau tak bersalah, sila nafikan atau buat laporan polis. Cara Pas dan Nik Aziz pada hari ini macam cara orang yang takut-takut. Kenapa ? ada udang di sebalik batu ke ?

Masih ingatkah anda kepada kisah calon Pas di Dun Galas dalam prk lepas ? Selepas namanya diumumkan sebagai calon, maka muncullah cerita berhubung masalah moralnya. Pas tak nafikan perkara itu secara serius atau buat laporan polis tetapi duduk gempak nak saman Umno Online.

Sampai hari ini habuk tak tarak, sampai sekarang pun tak saman-saman lagi. Kenapa ? Tidak lain tidak bukan kerana takut. Memang benar calon Pas itu ada masalah moral sebab itu mereka tak berani saman.

Percayalah cakap saya, isu Adun Selising ini pun Pas tak akan buat apa-apa tindakan. Dia buat senyap dan nafi secara bodoh-bodoh begitu sahaja. Akhir-akhir cerita itu senyap. Masuk pilihanraya pakat-pakat naikkan poster Nik Aziz berdoa sambil menitiskan air mata buaya dan janjikan syurga.

Banyak lagi masalah moral pemimpin-pemipin Pas Kelantan yang akan kita dedahkan secara berperingkat-peringkat.

Papa Gomo kata bulan january ini giliran Adun Perupok pula.

Selepas papa gomo menyelesaikan kisah Adun Perupok, masuk pula giliran saya untuk berceritakan tentang Adun Kelaboran (Zaki) dan ceritanya bakal membuatkan dunia blog tanahair gempar lagi.

Menjelang pru ke 13 anda semua akan tahulah siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin Pas yang berselindung di sebalik agama selama ini.

Mereka-mereka semua lebih teruk dari iblis.

Iblis memang kita sudah tahu dia jahat dan dia tidak berpura-pura atau hipokrit.

Pemimpin Pas pula berpura-pura baik dan hipokrit sedangkan perangai sebenar teruk.

Jadi, yang mana lebih baik antara iblis dan pemimpin Pas ?

Yang berterus-terang atau yang berpura-pura ?

11 comments:

Anonymous said...

dah jadi mcm POPE pulak, boleh wakilkan tuhan ampun kan dosa manusia lain....hish2

Anselmo said...

Tak perlu dihairankan, dah diperingkatkan, ada pengamal agama Allah ni kelihatan betul lagi benar tetapi yg tersirat adalah kemunafikan dan ditunggangi Iblis. Contoh, iblis tak boleh nak hentikan org solat tetapi dia jadikan solat itu menunjukkan kewarakan.Sama-samalah kita mendengar ilmu Islam dari sumber yg benar bukan dari atas motosikal, atau dari tepi jalan atau dari tepi padang. Cuba ikut tertib mengaji dan belajar. Bagaimana adab guru dgn murid dan murid dgn guru.

Anonymous said...

Enak aje Nik Ajis kata Allah Taala dah maafkan... Apa Nik Ajis ada dpt msg atau wahyu dari Allah ke yg mengatakan Allah talah maafkan si kerbau tu? Cuba kalu orang lain...siap doa pecah perut n pecah jubor dia buat nya.. Segala apa perbuatan dan tomahan Nik Ajis pd orang lain selama ni akhirnya berbalik kembali pd diri dia... Aku yakin pd kebenaran dan kebenaran pasti akan dtg jua.

p/s..Utk Nik ajis...umur dah tinggal secupak..bwk2 la bertobat.. Apa yg Nik ajis ada skrang ni adalah duniawi aje..jgn la tamak dan lupa diri.

Truth prevails said...

hehhehe...rasa2nya baik pemimpin PAS maupun pakatan lebih kurnag sama aje tentang bab ugutan saman menyaman nih..tapi setakat UGUT aje, tgklah Wan Jijah konon nak saman Ezam ttg called yg di abuat dari US suh tlg tgk2kan Al-Jub x bagi mana2 lelaki bermalam dirumah dia dlm masa ketiadaan beliau tuh....ugut2 then buat jawapan bodoh then sonyappp!!

Sama jugak dgn Nik Najis nih dgn PAS PIS PUS...setakat UGUT ajelah nampak gayanya dan apa kurangnya dgn Al-Jub...kalau bab liwat dia bukan main pusing lagi tapi bila UMi Hafilda dedahkan bukti2 songappp cam tikus munduk, kalau tak betul apa lagi saman lah!!

Inilah persamaan perangai2 pembangkang dalam Msia nih...pembangkang yang membawa rebah sepatutnya pembangkang perlu untuk membetulkan apa yang patut nih sikap pembangkang2 Msia - majoritinya BANGKANG dan NAFI APA SAJA khasnya bila pekung mereka yg busuk hanyir dah terpancut keluar....lagi mau tegakkan benang yg mmg dah basah lenjun!!!

Mintak Allah SWT jauhkanlah mereka2 ini memerintah Msia..lingkup beb!!!

Anonymous said...

Bgus jd ahli Pas ni RBF
ramai cewek pandang rupenye

Kalau tk puas dgn Bini
ramai je yg nk offer body

hidup PASsed awaay

Anonymous said...

iblis 100 peratus baik dari pemimpin pas.
sebab tok guru mereka nicky ajis pun berkawan dan berharap sangat2 nak mendapatkan bantuan syaitan.
mendoakan orang lain supaya pecah perut adalah perbuatan syaitan.
kalau semua ahli dan pemimpin pas ini bertukar menjadi syaitan..maka nicky ajis ni menjadi raja syaitan.

Anonymous said...

Saudara RBF,nampak sangat Nik Aziz dah semakin bercelaru apabila senang-senang sahaja mengeluarkan 'fatwa' sendiri.Sebab itulah pemimpin PAS berani menjadi talam dua muka kerana Tok Guru sendiri boleh menjadi 'penyelamat' atau 'talian hayat' mereka.
Mereka menganggap rakyat bodoh dan senang-senang boleh ditipu dengan ugutan akan disaman apabila perilaku buruk mereka didedahkan.Inilah wajah PAS sebenarnya yang selalu menganggap Islam itu hak mereka dan begitu mudah menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal lagi baik.

Wake UP! said...

Suka hati mak bapak dia kata blogger berdosa.

Yang dia suka hati mak bapak dia maafkan dosa orang tu, dia ingat dia tuhan ke apa?

Kalau pemimpin parti ajaran sesat, tak payah perasan diri tu macam tuhan la.

Anonymous said...

SALAH SATU TANDA KIAMAT NI RBF

Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Anak Lenggong said...

Begini lah cara pemimpin pakatan rakyat...mereka cuma menggunakan pentes ceramah ditepi jalan untuk menipu,memfitnah dan menafika apa yang keburukan yang didedahkan. sebab itu mereka tidak membenarkan penyokong mereka daripada mendengar dan membaca media perdana..penyokong cuma digalakkan mendengar media mereka harakah, suara keadilan dan tv selangor serta berhimpun didalam ceramah jalanan mereka..supaya penyokong ini senang ditipu serta dibangangkan oleh pemimpin mereka.

Nik Exzos said...

Pas ni terkenal ngan sikap dan hati mcm org zaman jahiliah....luaran mmg gila babi nmpak islamik tetapi dalaman semua sifat keji ada....bila kene org pas sendiri kata "allah dah ampunkan dosa dia" dasar Pas ni mmg hati mcm binatang tenuk....
"PAS PARTI MENJAHANAMKAN ISLAM"