Monday, December 27, 2010

Menteri Rogol Amah, Penjelasan Segera Diperlukan

Sejak minggu lepas lagi isu seorang menteri di negara kita merogol pembantu rumahnya heboh diperkatakan. Perkara berkenaan mula didedahkan oleh WikiLeaks.

Menurut rocky bru salinan laporan perkara berkenaan telah diberikan kepada PM pada waktu itu, Pak Lah dan turut dihantar ke Kedutaan Amerika serta Kedutaan Indonesia. Sini

Manakala menurut kickdefella pula, beliau mengetahui perkara berkenaan sewaktu berada dalam kereta rasmi seorang pemimpin Pas di Kota Bharu. Kickdefella juga pernah ke Indonesia untuk berjumpa dan menemuramah mangsa. Sini

Difahamkan menteri yang dituduh itu masih lagi berada dalam kabinet Datuk Seri Najib sehingga ke hari ini.

Setakat ini , kita tidak tahu sejauh mana kesahihan perkara ini. Mungkin benar mungkin tidak.

Oleh yang demikian, saya merasakan kerajaan patut menjelaskan kepada rakyat hal sebenar perkara ini.

Jangan biarkan khabar angin terus berleluasa sehingga boleh menjejaskan parti dan kerajaan.

Jika tidak benar katakan tidak benar.

Jika benar, ambil tindakan segera kepada menteri berkenaan.

Jika menteri yang dituduh itu benar-benar tidak melakukan perkara tersebut, beliau harus bangkit dan bersihkan namanya dengan cara yang betul-betul meyakinkan rakyat. Kalau boleh bersumpah cara islam sebagaimana Datuk Najib sendiri pernah lakukan sewaktu beliau dituduh mempunyai hubungan dengan Altantuya.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kena ingat, semakin hari kita semakin hampir untuk menghadapi pilihanraya umum. Perkara-perkara begini jika terus dibiarkan boleh memberi kesan yang buruk kepada BN dalam p/raya. Secara tidak langsung ianya juga boleh melemahkan semangat ahli-ahli parti serta jentera pilihanraya untuk bertugas jika parti diseliputi pelbagai masalah.

Apa pandangan rakan-rakan pembaca sekalian ?

Adakah anda bersependapat dengan saya ?

Luahkan pandangan atau pendapat anda mengenai perkara ini melalui ruangan komen.

Perhatian: Sebarang komen yang menyebut nama seseorang atau pembayangnya saya tidak akan siarkan, melainkan anda ada menyertakan bersama sumber-sumber dari tempat lain yang boleh dijadikan sandaran atau rujukan.

5 comments:

abu daud said...

yes bro, saya setuju dengan pendapat itu.penjelasan dengan segera perlu diberikan untuk mengelakkan kabinet najib dipandang serong.

Anonymous said...

hmmmmm

mcm pernah dengar pasal kes ni

apa pule ye kata najib?


-pengembala kambeng

Anonymous said...

saudara RBF,saya amat bersetuju supaya vip yang terlibat itu tampil untuk memberi penjelasan.Perkara-perkara macam sekiranya dibiarkan akan memberi gambaran yang buruk pada kerajaan BN.
Kita semua mesti ingat yang 'a leader must not only seen to be clean but known to be clean as well'.Pihak pembangkang akan menangguk di air keruh sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa penjelasan.PRU ke 13 sudah semakin hampir oleh itu perlulah BN/UMNO dikemaskinikan dan bersedia untuk berjuang tanpa ada perkara-perkara sebegini yang boleh mencalarkan imej dan parti.

Anonymous said...

Sdra rbf,bukan menteri seorang ni yg mungkin dituduh, Najib terlepas pandang seorang lagi tim.menteri (bukan melayu) keluar dating dengan isteri orang yg juga seorang wartawan. Bermula dgn sidang media, berbalas BBM, kalau dah panggil 'darling' pada wartawan tu, akhirnya cair juga si wartawan ni, bila si suami wartawan ni call tim.menteri tanya apa hubungan dia dgn isterinya di jawabnya" i mana tahu dia kata dia single, klu u nak report itu hak u" dlm kes ni klu dia org kena tangkap basah pun yg kena charge si wartawan ni. Tim menteri lepas coz dia bukan islam. Dia mmg mengaku dia suka perempuan melayu..so sendiri mahu ingat, (report di buat di balai sentul pada bulan April lalu)

Anonymous said...

Pemimpin UMNgOk.... meletupkan orang lagi kan lepas, apalagi kalo setakat menutuh si amah Indonesia!

Takkan kluo nye cerite ni dlm TV3 suku!