Thursday, December 30, 2010

Nik Aziz Kini Sudah Jadi Bahan Lawak Jenaka

Sumber gambar : http://joezuax.blogspot.com

Ada kalanya saya merasa kasihan sungguh melihat nasib yang menimpa Nik Aziz di pengakhir usia politiknya dan mungkin juga di akhir usianya.

Dulu walaupun bermusuh macamana sekali pun antara Umno dan Pas, perasaan hormat orang-orang Umno kepadanya tetap ada. Kalau tidak banyak sekali pun , sedikit tetap ada.

Ada kalanya tidak menjadi masalah kepada orang-orang Umno untuk mengundi Pas kerana kebanyakan orang-orang Umno mengamalkan demokrasi yang tulen. Contoh boleh dilihat dalam pru 12. Kemenangan Pas dalam pru itu tidak boleh dinafikan turut disumbangkan oleh orang-orang Umno sendiri.

Kini, kita semua boleh lihat bagaimana orang tidak lagi menghormati Nik Aziz. Saban hari kita boleh lihat bagaimana Nik Aziz dipermainkan, di jadikan bahan lawak jenaka atau gelak ketawa. Perasaan hormat orang kepadanya telah hilang. Dia masih hidup pun orang sanggup sebar khabar angin kononnya dia telah mati. Sampai tahap itu sekali.

Semuanya kerana apa ?

Kerana balasan dari Allah SWT.

Daripada seorang yang dihormati, kini dijadikan bahan lawak jenaka atau gelak ketawa.

Sebab apa ?

Sebab mulutnya dan itu semua adalah gerak geri tuhan. Allah SWT bukakan pintu hatinya, fikirannya dan mulutnya untuk bercakap benda mengarut-mengarut bagi menunjukkan sikap sebenar Nik Aziz kepada rakyat yang selama ini berselindung disebalik nama tok guru dan gelaran ulama. Tanpa izin dan gerak geri daripada Allah SWT, Nik Aziz tidak akan bercakap benda yang mengarut.

Satu sebab lagi kerana dulu pun dia tidak pernah halang orang-orang dia mempermainkan pemimpin-pemimpin parti lawan, membuat tuduhan palsu, memberi pelbagai gelaran buruk atau membuat fitnah yang bukan-bukan.

Allah maha kaya dan sentiasa adil terhadap umatnya. Sekarang giliran dia pula yang kena. Sekarang baru dia nak melalak kononnya jurublog tak tahu dosa dan pahala. Habis tu, penceramah Pas atas pentas tahu dosa dan pahala ke ?

Ingatlah tok guru, kita hidup hanya sementara. Tiada siapa yang mampu menongkat langit dalam dunia ini. Apatah lagi orang yang di penghujung usia seperti tok guru. Gunakanlah saki baki kehidupan yang ada ini kearah jalan kebaikan. Insaf dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat. Masih ada peluang untuk memperbaiki kesilapan.

Janganlah tok guru asyik ingat Pas sahaja yang bersih, suci dan maksum selama ini manakala Umno penuh dengan kejahatan dan kejahilan. Cuba tok guru duduk diam-diam dan tanya diri sendiri, bersihkan dan sucikah Pas dan pemimpin-pemimpinnya selama ini ?

Jawablah sejujurnya wahai tok guru, jangan tipu diri sendiri.

Dalam dunia ini orang islam walaupun bermusuh macamana sekalipun , mereka boleh bertolak ansur dan mereka tetap mengadap kiblat yang sama. Tetapi sikap tok guru lain, tok guru keras kepala dan jadikan Umno seolah-olah zionis yang perlu dimusuhi sepanjang zaman dan seolah-olah tiada sekelumit pun jasa Umno terhadap tok guru.

Cuba tok guru duduk diam-diam sekali lagi dan tanya diri sendiri, tiadakah jasa Umno kepada tok guru sepanjang kehidupan tok guru ? Jawab dengan ikhlas tok guru, jangan tipu diri sendiri.

Siapakah yang menyelamatkan tok guru dari *P** ? Ambo tahu cerita sebenar wahai tok guru. Tetapi ambo tidak sampai hati nak tulis di sini.

Kalau tidak kerana orang Umno, tok guru dah duduk dalam ka****g ma***mah.

Kami pihak blogger-blogger pro kerajaan tidak menjadi masalah untuk berhenti atau kurangkan menyerang tok guru dan Pas dalam dunia cyber, tetapi dengan syarat tok guru kena pastikan orang-orang tok guru dan tok guru sendiri buat perkara yang sama.

Kita boleh sama-sama mainkan permainan bersih, sampai hari mengundi, siapa yang rakyat nak undi mereka punya pasal.

Semoga terbuka pintu hati tok guru untuk kembali ke pangkal jalan dan gunakan saki baki sisa kehidupan ke arah jalan kebaikan bukannya ke arah memecah belahkan umat. Amin...

18 comments:

Anonymous said...

Aghi tuh, NIKKI kata TAK PA nama ALLAH digunakan sebagai BAPAK JESUS.

La nih, NIKKI MARAH berita sahih KEMATIAN pemuda yg sama nama ngan dia.
Ayahanda marahkah?
Nanti kena jual...

Mengikut LOJIK Nikki, nama ALLAH bukanlah hak milik EXCLUSIVE Tuhan Pencipta Sekelian Alam. Ianya boleh digunapakai oleh ape2 & sesape aje untuk ape2 aje?

Oleh itu, adakah nama Nik Abdul Aziz Nik Mat tuh hak milik EXCLUSIVE 'menate babi beghok tuo GILO KOSO' di Klate nuh?

Itulah; dah jadik RIAK,SOMBONG &BONGKAK mace IBLIH. NASIHAT Harun Din ditolak/pijak/main2kan kan?

Anonymous said...

tgk muka tok nik teringat ngn Amir Raja Lawak... I'm Sowiie

jon said...

mengapa org Pas selalu tak nampak hati org umno atau memang telah terhijab oleh kebencian.

Anonymous said...

Kesian Tok Guru...dia x mahu dngr nasihat org...maklumlah dia TOK WALI yg terpilih dan maksum...smoga Tuhan buka pintu hatinya ya...ramai2 buat smbhy hajat utk TOK WALI ni..

Nik aji said...

Ulama Pas wali selipar nik aziz bertangungjawab dlm menanam sifat BUSUK HATI,PENFITNAH,MAKI SERANAH,DENGKI,BURUKKAN ORG LAIN dlm juak juak Pas sendiri...ini semua hasil dr tarbiah yg pok nik dan ulama,ustaz Pas buat selama 20 tahun....tidak satu pun Isle ala Pas yg membawa kebaikan tuk umat islam hari ni...oleh kerana itu tdk hairanlah pemimpin seperti pok nik ni jadi bahan lawak jenaka atau senang ckap macam BADUT PAS...

Pd aku rasa respect pd ulama pas sudah hancur dek sikap mrk sendiri.,..aku akan tarbiahkan pada anak cucu aku yg PAS ni bukan parti yg memperjuangkan islam malah terpesong dr ajaran islam yg sebenar...

pssstt...agak agaknya nabi muhammad pakai serban sebesar bakul mcm Pok Nik ke??

Anonymous said...

Ha Ha Ha kelakar betul kata2 dlm gambar tu. Tepat sekali.

Bekah PAH said...

Kalau benar apa yang katakan oleh Ust Zaidi (melalui video yang tersebar) mengenai istiqarah N.ajis mengenai kes berdua-duan ADUN Selising, N.ajis memang telah memperbodohkan orang2 PAS...

PAS memang BODO

Pemimpin PAS BODO, Pengikut PAS lagi BODO

PAS - Parti Amat Sesat.

Anak Lenggong said...

Kekadang kesian bila nengokkan orang tua ni dipergunakan oleh pemimpin PAS lain untuk kepentingan diri mereka sendiri..orang tua ni kudrat dah tak daya tapi disebabkan perasaan hasad dengki dan dendam kesumat terhadap UMNO dia menggagahkan dirinya untuk berjuang..tapi..seperti kita tau dia terlalu menharapkan cerita dan cakap2 daripada punahsihatnya menyebabkan dia melalut tak tentu pasal...

Sudah2 laa tu tok ajis..oii..kita ni manusia biasa dan sebagai hamba allah tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan..lebih elok dihari tua menjelang mati..duduk je kat rumah muhasabah diri tentang apa yang telah tok ajis lakukan terhadap kaum sebangsa..dok jaga cucu..daripada terus bergelumang didalam arena politik yang sentiasa mengamalkan taktik kotor oleh pemainnya..ikut je laa Tun Mahathir yang tok ajis kutuk dulu dengan mengatakan dah lama memerintah..Tun Mahathir dah undur diri..tok ajis yang sentiasa mengutuk nya bila lagi nak pencen..ishh..nak bawak jawatan sampai lubang kubur kee..so baik lah tok ajis bersara dan rihatkan minda supaya tenang dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan..politik biar orang muda pulak yang memainkan peranannya.

Anonymous said...

saudara RBF,saya memang meghormati Tok guru Nik Aziz suatu masa dulu tetapi sejak kebelakangan ni langsung tak ada kerana sikapnya yang begitu angkuh,sombong bodoh dan kenyataan-kenyataan yang seringkali membuatkan saya senyum sambil menggeleng2 kepala.
Bukannnya apa,masaalah sebenar TGNA,para pemimpin PAS di sekelilingnya sering memberi input yang tidak benar dan kadangkala bodoh menyebabkan beliau sering merasakan beliau bijak apabila berbicara atau memberi komen.Saya tidak nafikan ilmu agama TGNA tinggi tetapi belum cukup tinggi untuk kita menerima bulat2 apa yang dikatakan nya.Saya merasakan tidak ada gunanya kita menganbil serius kenyataan atau komen2 beliau kerana ianya tidak ubah seperti cerita-cerita hampas yang tiada kualiti ala2 surat khabar HARAKAH.
Lebih baik kita ampunkan dosa-dosanya walaupun beliau mungkin tidak mengampunkan musuh-musuh politik beliau terutamanya UMNO dan segelintir pemimpinnya kerana bagi saya ALLAH SWT maha pengampun lagi mengetahui.Biarlah TGNA dengan sikap kebenciannya terhadap UMNO,mudah-mudahan kebenaran akan timbul jua.

Anonymous said...

RBF

Hang punya blog ni the last few months mmg dah jadi pilihan pertama aku. Setiap hari aku tak miss baca. Kekadang sampai 3x aku masuk nak baca apa hang tulis. Tulisan hang mmg mantap bro. Pecah perut aku gelak baca luahan perasaan dalam gambar tu.

Teruskan perjuangan bro.

Anonymous said...

hehe kesian pengikut2 tegar pas diperbodohkan oleh wali selipar setiap mase..kalu wali selipar kata terjun k laut..pasti terjun tu

Anonymous said...

Teruskan menulis mr RBF. Blog pilihan no1 aku dan juga pintu untuk ke blog2 lain dalam update Blog List.

Syabas.

Rahmatul said...

salam..
semoga ALLAH menunjukkan
siapa yang berada di jalan yang sebenar...

ingat, kita berada di zaman fitnah yang paling besar yang pernah diberitahu nabi suatu masa dulu sehinggga turunnya al masih ad dajal dan akan turunnya imam mahdi..

cuma buat masa sekarang bukan tugas kita untuk kata orang itu dan orang ini.

just lebih banyak gunakan al-quran dan sunnah sebagai bukti..
ingat agama bukan lahir dari logik akal tetapi dari wahyu.. =)

Anonymous said...

TAHNIAH RBF KERANA MENGUTARAKAN ISU YANG MENARIK DAN 100 % BENAR....MEMANG BENAR DAN DEMI ALLAH SITUA BANGKA TGNA TELAH MENDAPAT KECELAKAAN DAN KEMURKAAN ALLAH SECARA DI LUAR SEDAR...DIA ADALAH BAPAK KEHANCURAN AGAMA ALLAH,BAPA PERPECAHAN UMMAH,BAPA KEMUNDURAN UMMAH.....HILANG KEHORMATAN DI MATA MASYARAKAT DAN UMMAH BAHKAN TELAH DIGELAR DENGAN PELBAGAI GELARAN YANG TIDAK SELAYAKNYA DITERIMA OLEH SEORANG ULAMAK TERSOHOR DUNIA.....INILAH PENGHINAAN YANG TELAH DITENTUKAN ALLAH KE ATAS SEORANG ,MANUSIA YANG TERLALU MEMPERALATKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN DIRI DAN KELOMPOK JAHAT......SEMUA INI BERPUNCA DARI LIDAH YANG JAHAT,HATI YANG JAHAT DAN KOTOR........TERIMALAH PENGHINAAN INI DENGAN REDHA KERANA IANYA BERMULA DARI ANDA SENDIRI........

Anonymous said...

biasa la

orang glamer orang bijak orang hebat semua orang akan dengki

lagi pulak, orang alim orang warak pejuang islam....anak-anak iblis mana bole diam. perangai macam zionist yahudi yang tidak pernah duduk diam nak musnahkan pejuang islam.

kamu-kamu ni macam zionist yahudi juga kan..kan..kan...hehehe...


tiada yahudi tiada umno aman dunia. selamat dunia akhirat.

Anonymous said...

biasa la

orang glamer orang bijak orang hebat semua orang akan dengki

lagi pulak, orang alim orang warak pejuang islam....anak-anak iblis mana bole diam. perangai macam zionist yahudi yang tidak pernah duduk diam nak musnahkan pejuang islam.

kamu-kamu ni macam zionist yahudi juga kan..kan..kan...hehehe...


tiada yahudi tiada umno aman dunia. selamat dunia akhirat.

minaq said...

Alhamdulillah dan terima kasih atas penulisan ini. Tepat dan padat. Keep it up.

MRZ said...

SUBHANALLAH.....SIAPAKAH KAMU YG BOLEH MENGETAHUI BAHAWA SESEORANG ITU DILAKNAT DAN DIMURKAI ALLAH...janganlah kamu sewenang2nya membuat sesuatu kenyataan yg seumpama itu kerana ianya akan menjadi fitnah....apakah amalan yg kamu lakukan sekarang ini,...butakah mata hati kamu...lihatlah pemimpin dan isteri2 pemimpin kita hari ini...adakah ramai dikalangan mereka menutup aurat...ingin saya utarakan 1 soalan...ISLAMKAH SESEORANG ITU SEKIRANYA DIA TIDAK MENGAMALKAN AJARAN ISLAM ITU SENDIRI...bukankah menutup aurat itu adalah KEWAJIPAN seorang MUSLIM....KEWAJIPAN..DIULANG..KEWAJIPAN...andai perkara basic pon x kita turuti,macamna yg yg lain2...itu kewajipan menutup aurat yg jelas kita boleh lihat dengan mata kita sendiri....jangan yg x jelas kita jadikan FITNAH....PERKARA YG KITA X TAHU KESAHIHANNYA...JANGANLAH KAMU TERGOLONG DALAM GOLONGAN MUNAFIK..ISLAM HANYA PADA NAMA...BERAPA BANYAK SOLAT SUNAT YG KAMU LAKUKAN..BERAPA BANYAK ZAKAT YG KAMU KELUARKAN..BERAPA BANYAK PUASA SUNAT YG KAMU KERJAKAN...NILAILAH DIRI SENDIRI..MUHASABAH DIRI LEBIH BAIK DARI MENABUR FITNAH KEPADA HAMBA ALLAH YG LAIN...ingat dengan membuat fitnah kita terlepas dari siksa dan azab allah..ingat,azab allah sangat pedih...(SUKA HATILAH KORANG SEBELOM MASUK KUBUR)