Monday, December 27, 2010

Persoalan Yang Perlu Dijawab Oleh Nik Aziz

Daripada Abu Hurairah RA, ia telah berkata, Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum.

Sabda Rasulullah SAW, pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka

Pada 13.Disember.2010 sebuah blog celaka telah menulis tentang rumah menantu Nik Aziz diserbu SPRM dan anaknya memaki pegawai SPRM. Blog celaka tersebut tidak melaporkan secara tepat cerita berkenaan kerana penulisnya juga masih samar-samar dengan kesahihan cerita yang diterimanya. Sebab itu penulis blog celaka berkenaan meletakkan tanda soal. Sini

Rupa-rupanya Nik Aziz mengambil serius berita berkenaan dan mengulasnya sepuluh hari kemudian. Sini

Ini bermakna Nik Aziz membaca blog celaka berkenaan. Kalau dia tak baca sekalipun, mungkin ada hantu-hantu raya sekelilingnya yang menyampaikan berita berkenaan kepadanya. Gelaran celaka kepada blog celaka berkenaan diberikan oleh Nik Aziz sendiri pada tahun lepas. Klik sini dan lihat pada minit 0.44.

Memandangkan berita-berita yang ditulis oleh blog celaka berkenaan sampai ke pengetahuan Nik Aziz, maka pada hari ini tuan punya blog celaka berkenaan ingin mencabar Nik Aziz menjawab persoalan berikut.

Dalam video ceramah Ustaz Saidi mengenai Adun Selising ditangkap khalwat, beberapa kali beliau menyebut nama Nik Aziz.

Jika kita berpegang kepada apa yang diucapkan oleh Ustaz Saidi, bermakna Nik Aziz mengetahui kejadian berkenaan.

Katanya, selepas menangkap Ustaz Saiful Bahari dan bagi penampar sebiji dua beliau dan beberapa orang pergi ke rumah Nik Aziz dan Nik Aziz bertanya "gapo dia mari ramai-ramai ni".

Selepas menceritakan apa yang berlaku, Nik Aziz minta mereka balik terlebih dahulu dan meminta mereka datang keesokan hari.

Selepas datang keesokan hari , Nik Aziz memberitahu mereka Allah SWT telah memaafkan Ustaz Saiful Bahari. Klik di sini dan lihat pada minit 2.17.

Persoalan yang perlu dijawab oleh Nik Aziz,

1) Benarkah pada malam berkenaan Ustaz Saidi dan rombongannya datang 'mengadap' Nik Aziz untuk mengadu perkara berkenaan ?

2) Benarkah Nik Aziz memberitahu mereka supaya datang keesokan hari dan apabila datang keesokan hari Nik Aziz memberitahu mereka, Allah SWT sudah maafkan Ustaz Saiful Bahari ?

Jika benar-benar Nik Aziz seorang yang beriman atau seorang tok guru , maka beliau harus jawab dua persoalan itu. Sekiranya Nik Aziz terus mendiamkan diri dan enggan menjawab atau cuba berbelit-belit, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa apa yang dituduh oleh Ustaz Saidi adalah benar.

Nik Aziz tak boleh buat main-main dengan perkara berkenaan kerana ianya soal maruah parti Pas dan maruah Nik Aziz sendiri.

Jika perkara berkenaan tidak betul, maka Nik Aziz perlu nafikan secepat mungkin jika dia benar-benar sayangkan Pas. Apa guna dia dermakan dua pertiga wang simpanannya kepada Pas tetapi maruah parti yang tercalar tidak mahu dipulihkan.

Selain maruah parti, ini juga soal maruah Nik Aziz. Mahukah Nik Aziz terus menerus dituduh bersekongkol dengan orang yang melakukan khalwat setelah puas bersekongkol dengan orang yang melakukan liwat.

Selagi benda ini tidak dijawab dengan jawapan yang meyakinkan rakyat maka selagi itulah perkara berkenaan akan didendangkan dalam blog-blog dan selagi itulah rakyat akan memandang serong kepada Pas dan jangan lupa satu perkara, ianya akan menjadi senjata utama kepada lawan Pas dalam prk Dun Tenang.

Ingat, Pas telah memasang impian untuk menawan Johor dalam pru akan datang melalui projek Nusajaya. Jadi Pas harus menjadikan Tenang sebagai perintis kepada projek tersebut. Jangan hancurkan impian Mazlan Aliman untuk bergelar yb.

Peluang untuk Pas menang di Tenang nampak ada, tetapi mereka perlu jawab terlebih dahulu perkara berkenaan dengan jawapan yang benar-benar meyakinkan rakyat.

Jika Pas tak jawab juga, maka bolehlah Pas ucapkan selamat tinggal kepada Dun Tenang dan projek Nusajaya dan Mazlan Aliman juga boleh batalkan kot-kot yang telah ditempah di Pertama Complex.

3 comments:

Anonymous said...

kahkahkah.....sudah kantoi fitnah zina....skrg spin kot lain pulak ye?..kahkahkah

Hafiz said...

Jom Hafaz Al-Quran Semoga segala fitnah dijauhkan!

halim said...

Pas ni parti politik, Nik Aziz pun ahli politik, jadi ahli politik ni boleh cakap apa saja yang dia nak,tak perlu mengikut tuntutan agama sangat pun..

Kita anggaplah Nik Aziz ni ahli politik..bukan ulama dan bukan ilmuan agama yang patut kita dengar cakapnya..dia pun sama macam ahli politik yang lain yang dipanggil "animal politician"..