Friday, December 24, 2010

Samseng Politik Semakin Menjadi-Jadi

Petang semalam blogger papa gomo menghubungi saya dan memberitahu kenderaan yang sedang dipandu oleh Ustaz Saidi, orang yang membuat dakwaan zina terhadap Adun Selising telah dilanggar dan keadaan kereta amat teruk sekali.

Katanya kemalangan tersebut berlaku pada 21.12.2010, iaitu sehari selepas video ustaz berkenaan tersebar.

Menurut kata gomo keadaan kereta tersebut amat teruk sekali terutamanya di bahagian pemandu dan kereta tersebut tidak boleh digunakan lagi atau dipanggil total lost. Allah maha kaya, walaupun keadaan keretanya teruk, tetapi Ustaz Saidi hanya mengalami kecederaan ringan. Inilah yang dikatakan ajal dan maut di tangan Allah.

Saya tidak mahu menuduh apa-apa atau bersangka buruk tentang kemalangan tersebut walaupun mengikut pandangan gomo beliau mengatakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kemalangan itu berlaku dan kerosakan teruk kereta di bahagian pemandu. Kita serahkan kepada kebijaksaan polis menyiasatnya.

Lewat malam tadi saya sekali lagi dihubungi oleh gomo dan memberitahu Ustaz Saidi diserang dengan parang oleh sekumpulan lelaki di Pasir Puteh.

Difahamkan Ustaz Saidi telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Apabila melihat apa yang terjadi kepada Ustaz Saidi lantas saya teringat kepada peristiwa yang dialami oleh blogger kickdefella pada awal tahun 2010. Dimana dalam kejadian itu kereta kickdefella telah dibaling dengan sebilah kapak. Sini

Kickdefella kena dengan kapak semasa tahun 2010 baru membuka tirai, manakala Ustaz Saidi pula kena dengan parang semasa tahun 2010 hendak melabuhkan tirainya.

Saya tidak mahu menuduh dan tidak mahu membuat tuduhan kenapa mereka diserang, tetapi kita semua boleh agak serangan itu dilakukan atas sebab apa. Tidak lain tidak bukan kerana politik dan kerana ada orang yang takut untuk menghadapi kebenaran.

Cuba anda fikir balik semenjak bila budaya politik samseng mula bertapak di negara kita dan siapa yang mula mencetuskan budaya itu ?

Budaya ini wujud sejak gerakan reformasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 1998. Pada masa itu kita boleh lihat bagaimana kaki-kaki samseng bertempur dengan polis, membakar motosikal polis dan merosakkan kenderaan pihak media. Pada zaman itu juga kereta saksi penting kes Anwar iaitu Umi Hafilda juga dibakar dan pelbagai ugutan lain yang pernah diterimanya.

Budaya itu menular sehingga kini. Saban tahun kita boleh lihat bagaimana mereka bertempur dengan polis setiap kali mereka mengadakan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan. Sebelum itu rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap hormat dan patuh kepada undang-undang dan budaya-budaya samseng begitu tidak pernah wujud.

Wujudnya pekara-perkara begitu kerana hasutan dari pihak-pihak tertentu. Perkara-perkara begitu harus dibendung dengan segera. Jangan biarkan samseng-samseng politik atau kaki-kaki hasut bermaharajalela kerana perkara-perkara begitu boleh mendatangkan mudarat kepada negara satu hari nanti.

6 comments:

Anonymous said...

gomo kata kena langgar dari belakang...

faisal kata teruk kat belah pemandu...


hmmmmmmmmmmm....

camana tu ek?...

Wake UP! said...

Penyokong PAS memang tidak bertamadun dan ganas.

Inilah sebabnya parti ajaran sesat tidak diharamkan kerana penyokong PAS boleh bertindak di luar batasan.

Anonymous said...

Pas telah mencatat sejarah sebagai parti islam dlm dunia yg berjaya menjahanamkan islam dan perpaduan masyarakat islam malaysia...mari kita sama2 hancurkan 'dajal' akhir zaman ini...takDirrrr!!!!

Mylasia said...

bro kena masukkan contoh dari post terbaru umi hafilda...ada beberapa contoh diberikan umi antaranya kemalan dato aziz shamsudin dan azizan ...kedua2nya menyebabkan kematian dan kedua2nya ada kaitan dengan kes 1998..surata atau kebetulan?

Mylasia said...

anon 9.16am:

Kereta yg langgar datang dari belakang, tapi time tu ustaz tengah u turn so kena belah pemndu ngan penumpang belakang..so fraisal ngan gomo dua2 betul takda tipu cam hampas.......

Anonymous said...

SEMUA INI BERLAKU KERANA RATA-RATA PENGANUT PAS MAHA JUMUD,TAKSUB,DANGKAL,SOMBONG,SAMSENG,BEBAL, DAN SEMUA SIFAT BURUK INSAN ADA DALAM DIRI SETIAP PENGANUT PAS.....INILAH YANG DIKATAKAN TOK GURU KENCING BERDIRI ANAK MURID KENCING BERLARI.....NATIJAH NYA DI DALAM PAS TIADA KEINDAHAN ISLAM....DI DALAM PAS PENUH DENGAN AMARAH,DENDAM,KEBENCIAN DAN KESOMBONGAN....PERCAYALAH BULAN AKAN GERHANA SUATU MASA NANTI AKIBAT DARI KEBEBALAN MEREKA SENDIRI.......