Sunday, January 31, 2010

ROYALTI MINYAK TUTUP CERITA MENANTU

Seperti mana yang pernah saya katakan minggu lepas. Isu royalti minyak sengaja dipanaskan untuk menutup penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka. Sekarang seluruh Kelantan, rakyat sedang hangat membicarakan pasal royalti minyak hingga membuatkan rakyat terlupa al-menantunya yang bernama Abdul Ariffahmi.

Kesempatan ini diguna sebaik mungkin oleh mereka anak beranak. Mereka ingat kita bodoh. Mungkin orang lain tak nampak, tetapi saya nampak.

Abdul Ariffahmi sepatutnya meletak jawatan pada penghujung Mac 2010. Walaupun pernah beberapa kali didesak sebelum ini, 'keluarga Islam' Pulau Melaka tetap berkeras akan berundur pada bulan Mac.

Rupa-rupannya itu taktik sahaja. Mereka dah pasang hajat lain. Ketika keseluruhan rakyat Kelantan sedang sibuk berbicara tentang ceramah Ku Li di Kota Bharu, dalam diam-diam, tanpa disangka-sangka, tiada hujan tiada ribut, tiba-tiba al-menantunya meletak jawatan pada hari yang sama Ku Li akan berceramah pada malamnya.

Itulah taktik mereka. Mereka mengambil kesempatan dalam kesibukan rakyat membicarakan hal royalti, untuk menutup cerita al-menantunya.

Perangai mereka tidak ubah sebiji seperti pencuri yang mengambil kesempatan mencuri ketika orang sedang sibuk menolong dan memadam rumah terbakar.




Friday, January 29, 2010

TOK PA 'PENGAMPU'

Beberapa teman menelefon dan sms kepada saya bertanya apa yang terjadi di Stadium Kota Bharu malam tadi. Ada juga yang minta saya hentam Ku Li kerana sudah lebih katanya.

Kita tak perlu hentam Ku Li, kita kena hormat dia sebagai pemimpin Umno peringkat bahagian dan sebagai ahli politik veteran.

Tentang dakwaaan Ku Li kononnya Datuk Seri Mustafa Mohamad seorang pengampu dan Utusan Malaysia sebagai akhbar dongeng, biarlah dia nak kata. Biar dia kata. Tok Pa dan Utusan pun tak terjejas mana-mana bila dia kata begitu.

Cuma sikit saja saya nak beritahu. PRU 1999, BN Kelantan diketuai oleh Ku Li, keputusannya , BN hanya menang dua kerusi Dun dan 1 kerusi Parlimen.

PRU 2004, BN Kelantan diketuai oleh Tok Pa, keputusannya membuatkan Nik Aziz berpeluh jantan dari serban sampai ke seluar dalam. Pas hanya menang dengan 2 kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi, selepas hilang kerusi Pengkalan Pasir dalam PRK.

Hebat tak 'pengampu' ?

Tentang dakwaan Utusan sebagai dongeng. Ku Li pun dongeng juga. Dulu dia berceramah di Kota Bharu kononnya Pas sebuah parti yang penipu. Malam tadi dia naik pentas penipu, dan diapit kiri kanan oleh bapak penipu.

Pada saya kita tidak perlu risau dan tak perlu takut dengan Ku Li, biarkan dia dengan agendanya. Dia bukan sesiapa sekarang ini. Dia hanya Ketua Bahagian Umno Gua Musang. Hebatnya hanya di Gua Musang.

Dulu dia hebatlah, sebab dia Menteri Kewangan, dia yang luluskan peruntukan yang dipohon oleh wakil-wakil rakyat. Sekarang ini , kalau dia nak buat titi kayu, dia sendiri pun kena mohon dengan orang lain.

Biarkan Ku Li dengan agendanya untuk menjadi PM. Insyaallah, ada rezekinya dia akan jadi PM jua satu hari nanti. Marilah kita sama-sama doa.



MENGENANG SEJARAH : PAS PENIPU - KU LI

Razaleigh sumpah al-Quran 31 Ogos. 1999

KOTA BHARU, Ahad (25.Julai.1999) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan bersumpah bersaksikan al-Quran di depan ahli Umno Kelantan pada 31 Ogos depan bagi membuktikan Pas selama ini berbohong.

Katanya, beliau akan bersumpah bahawa Pas bukan saja pernah berjanji memberi jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada parti Melayu Semangat 46, tetapi jawatan yang sama di Terengganu, Kedah dan Perlis jika pakatan kedua-dua parti itu berjaya menawan negeri berkenaan pada pilihan raya umum 1990.

"Kita mahu seluruh rakyat Malaysia tahu Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, berbohong," katanya ketika berucap pada majlis amanat pejuang bangsa di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini malam tadi.

Beliau berkata, upacara itu yang akan diadakan di sini secara besar-besaran dan dijangka dihadiri puluhan ribu rakyat dan seluruh ahli Umno Kelantan, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-43.

Tengku Razaleigh berkata, keputusan itu diambil bukan kerana politik, tetapi demi menegakkan kebenaran dengan menjadikan seluruh rakyat sebagai saksi.

Katanya, dengan bersumpah saja dapat menjelaskan hakikat sebenar pembohongan Pas enggan mengaku persetujuan perjanjian itu.

"Ambo (saya) sendiri akan bersumpah. Insya-Allah, ini bukan kerana politik tetapi demi menegak kebenaran. Ambo akan bersumpah bersaksikan al-Quran, bersaksikan rakyat ramai dan nescaya bersaksikan malaikat nak tunjuk palsu dan pembohongnya Pas," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Annuar Musa; Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Mohd Rozali Isohak.

Lebih 6,000 orang hadir pada majlis ceramah itu yang memenuhi Kompleks YKK Sri Peringat.

Pada majlis itu juga Tengku Razaleigh turut menyampaikan bendera BN untuk tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketereh, Kadok dan Melor kepada wakil DUN terbabit.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh yang juga bekas Presiden S46 pernah mencabar Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor bersumpah dengan al-Quran jika benar tidak ada perjanjian mengenai pemberian jawatan TMB kepada S46 pada pilihan raya umum 1990 lalu.

Fadzil hanya memberi reaksi negatif cabaran Tengku Razaleigh itu dengan meminta bekas Presiden S46 itu pula berbuat demikian dengan bersumpah bersaksikan al-Quran.

Tengku Razaleigh berkata, jika Fadzil benar-benar tahu mengenai Islam, beliau kena sanggup bersumpah bersama-sama untuk membuktikan kebenaran.

Beliau juga mengaku tertipu dengan Pas kononnya mahu menubuhkan kerajaan Islam di Kelantan untuk dijadikan model kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Katanya, sebaliknya sehingga hari ini parti itu gagal melaksanakan apa yang dinyatakan dalam manifestonya itu termasuk menubuhkan kerajaan Islam di Kelantan.

"Ambo (saya) benar-benar percaya (kepada Pas) tapi rupanya kena tipu tetapi bukan saja ambo (saya) kena tipu, rakyat Kelantan turut ditipu kononnya nak tubuh kerajaan Islam di Kelantan termasuk Tuhan kena tipu.

"Ketika itu juga dalam perundingan (Pas dan S46) untuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (negeri sasaran dikuasai Pas pada pilihan raya umum 1990), kita setuju bagi kepada Pas jawatan Menteri Besar dan S46 timbalan, sudah cukup.

"Jadi, Pas setuju perjanjian itu, tapi sekarang tidak mengaku. Jenis apa orang ini yang tak mengaku pula ada perjanjian," katanya.

Menyentuh hasrat Pas membawa Perlis keluar dari Malaysia dan lelong Putrajaya jika memenangi pilihan raya umum kali ini, Tengku Razaleigh berkata, tindakan itu keterlaluan.

"Parti dan orang macam ini tak boleh sokong dan ini pengkhianat bukan saja kepada negara tetapi bangsa dan agamanya sendiri kerana nak pecah-belahkan rakyat.

"Oleh itu, kita (Umno) kena buktikan Pas adalah parti pembohong kepada rakyat yang hanya masuk kampung berceramah menipu rakyat," katanya.


Ku Li sangkal lafaz sumpah tidak menepati Islam

GUA MUSANG 05.Sept.1999 : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, menyangkal dakwaan pemimpin tertinggi Pas kononnya kenyataan bersumpah yang dilafazkan di khalayak ramai ketika perhimpunan pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu, tidak menepati kehendak Islam. Sebaliknya, kata beliau, kenyataannya itu sudah menepati kehendak Islam kerana ia terlebih dulu dirujuk kepada orang yang alim mengenai Islam.

Ku Li bersumpah Pas bohong Sultan tidak restu hudud

KOTA BHARU, Selasa, 1.Sept.1999 - Tengku Razaleigh Hamzah hari ini bersumpah dengan nama Allah bahawa Pas berbohong apabila memberi alasan Sultan Kelantan tidak menandatangani pindaan hukum hudud sehingga undang-undang Islam itu gagal dilaksanakan di Kelantan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, pembohongan Pas itu diketahui apabila siasatan jelas mendapati Sultan sudah menandatangani pindaan enakmen berkenaan.

Pas enggan jawab isu hukum hudud

KOTA BHARU, Rabu, 2.Sept.1999 - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menjawab kenyataan bersumpah Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Pas berbohong apabila memberi alasan Sultan Kelantan tidak menandatangani pindaan hukum hudud sehingga ia gagal dilaksanakan di negeri ini. Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu di majlis perhimpunan Hari Kebangsaan semalam, langsung tidak mengejutkan, malah sebagai perkara biasa saja.


RBF : Jangan lupa tinggalkan komen anda....


Thursday, January 28, 2010

TOK PA ATAU KU LI YANG BETUL ? SAYA PENING SEKETIKA

Saya baru sahaja selesai sarapan pagi nasi berlauk dengan gulai ayam kampung di Kampung Sireh. Habis sarapan terus capai Utusan Malaysia. Selesai Utusan capai Sinar Harian pula, lalu terbaca wawancara Ku Li mengenai 'royalti' minyak Kelantan di ms N14.

Sekali baca , saya pening. Dalam hati terus berkata, yang mana betul ? Tok Pa betul atau Ku li betul. Pening berterusan. Dalam kepala otak dah mula fikir yang buruk-buruk mengenai Tok Pas. Opssss...maaf , Tok Pa. Tersasul...

Tak puas hati, baca sekali lagi. Pening kurang sedikit, tapi masih lagi pening. Orang tua-tua selalu berkata, apa-apa yang kita tak faham kena buat tiga kali baru kita boleh faham. Begitu juga kalau kita sakit badan, sakit pinggang ,terseliuh, patah dan sebagainya, maka kita harus mengurut. Sekali urut tak jadi. Kena tiga kali urut baru boleh hilang sakit. Maklumlah, saya jenis suka makan kepala sotong, jadi susahlah sikit nak faham.

Untuk menghilangkan saya punya pening, maka saya baca sekali lagi wawancara tersebut untuk kali ketiga. Habis baca baru saya faham, rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh Ku Li membawa maksud yang sama dengan apa yang dikatakan oleh Tok Pa dua malam lepas di Kota Bharu. Kesimpulannya Ku Li betul, Tok Pa pun betul juga. Rujuk artikel saya yang lepas disini.

Cuma yang berbeza ada dua perkara sahaja. Pertama, Ku Li kata Kerajaan Pusat tidak cerdik kerana bayar wang ihsan. Tak mengapalah, dia nak kata biar dia kata, UMNO mengamalkan kebebasan bersuara. Kita pun hormat dia kerana dia orang tua, banyak pengalaman dan jasa dia yang kita tak boleh lupa ialah, kesanggupan dia membubarkan parti Semangat 46 pada tahun 1996, bercerai talak dengan PAS atas nama Angkatan Perpaduan Ummah untuk kembali kepada UMNO atas dasar penyatuan melayu.

Daripada dulu lagi Ku Li dah nampak yang PAS sebuah parti yang tidak boleh diharap serta memecahbelahkan umat. Ku Li juga pernah bersumpah dengan Quran di Masjid Besar Kota Bharu untuk membuktikan penipuan PAS terhadap S46. Maknanya Ku Li tahu PAS sebuah parti yang penipu. Sebab itu dia sanggup kembali kepada Umno. Inilah orang yang cerdik, sanggup membubarkan parti sendiri, kembali kepada UMNO atas nama perpaduan, dan berkata sanggup menjadi ghurka sahaja, tidak perlu ada apa-apa jawatan. Tahniah Ku, jasa Ku tetap saya kenang sampai bila-bila dan saya akan ceritakan semua ini pada anak cucu, cicit saya supaya mereka tahu pengorbanan Ku yang begitu besar terhadap bangsa melayu. Ternyata Ku beribu kali lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berkopiah atas kepala dan berjubah berbanding dengan Ku yang hanya bersongkok dan berbaju melayu.

Kedua pula, dalam wawancara tersebut , tidak ada sepatah perkataan yang disebut oleh Ku Li tentang jarak. 3 batu ,10 batu, 150 batu dan 200 batu nautika. Ku Li patut jelaskan perkara ini. Yang lain dia jelaskan semua , perjanjian 36 tahun dulu, bayaran tunai 5 % dan yang lain-lain sama seperti Tok Pa jelaskan. Mungkin juga Ku Li simpan perkara berkenaan untuk dijelaskan di Stadium malam ini. Mungkinlah....

Jarak itu memainkan peranan penting. Sebab itu Anwar Ibrahim bawa dalam Dewan Rakyat agar 3 batu nautika ditukar menjadi 250 batu nautika. Benda ini lah yang menghalang ayah nik amalina mendapat 'wang minyak' .

Soalan wartawan Sinar : Sekarang wujud pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan Pusat berhubung isu ini. Kedua pihak mempunyai alasan tersendiri dan tidak mengalah. Sebagai orang yang matang baik di peringkat pusat mahu pun negeri , apa pandangan YB mengenai kemelut royalti ini ?

Antara petikan jawapan Ku Li

Pada saya permusuhan ini tidak perlu dipanjangkan. Kedua pihak perlu berdamai dan bermuafakat. Kalau hendak bawa perkara ini ke mahkamah pun bukan akan selesai satu masalah.

Kita jangan lawan dengan politik. Pada saya kalau semua bertolak ansur dan mengalah, perkara ini boleh diselesaikan secara baik, tidak ada masalah. Perang Vietkong yang komunis pun akhirnya boleh berdamai, inikan pula kita sama kita.

Syahdunya rasa hati saya bila membaca jawapan Ku Li, tanpa disedari air mata ku mengalir keluar. Masalahnya Ku, siapa yang mula main politik tentang perkara ini ? Siapa yang mula keluarkan angka-angka palsu kononnya Kelantan patut dapat berbilion-bilion. Masa PRK Manek Urai dulu tuntutan hanya 2 bilion, sekarang sudah jadi sampai 9 bilion. Sedangkan hakikatnya Kelantan layak dapat 20 juta sahaja, itu pun jika berada 3 batu nautika dari bumi Kelantan. Bila berada 150 batu nautika , Kelantan langsung tak layak dapat, tapi bila mengenangkan kita sama kita , maka DS Najib sudi bagi RM 20 juta. Kerana apa ? Kerana kita sama kita.

Kerajaan Pusat sudah hulur tangan, mereka ajak wakil negeri duduk bersama dalam j/kuasa wang ihsan, tapi dengan angkuhnya mereka tolak. Banyak masalah yang boleh diselesaikan kita sama kita , tapi PAS yang tidak mahu selesaikan secara kita sama kita. Ku pasti tahu macamana perangai PAS kerana Ku sendiri pernah tidur sebantal dengan mereka. Sudah pasti Ku tahu yang bantal mereka busuk dan penuh dengan air liur pembohongan. UMNO sendiri sudah banyak kali cuba untuk berdamai dan bermuafakat dengan PAS, tetapi mereka tolak mentah-mentah. Kalau tidak dibawa ke mahkamah dimana lagi kita boleh selesaikan masalah tersebut. Di rumah 'keluarga Islam' Pulau Melaka ?

Sebagai bukti pembohongan PAS, dua malam lepas Tok Pa kata Kelantan dapat RM 20 juta wang ihsan. Tiba-tiba dalam warta berita malam tadi , muncul suara abu jahal kelantan mengatakan, bukan 20 juta, tapi 40 juta. Aik.... tiba-tiba pula dia kata 40 juta, selama ini dia kata berbilion-bilion. Tidakkah itu dipanggil pembohongan, penipuan , dusta, pelawak dan yang sewaktu dengannya.

Sekian dulu untuk waktu ini. Hari sudah tengahari, saya nak bergerak ke DUN Salor. Seseorang sedang menunggu saya disana untuk membongkarkan kisah wakil rakyat yang tidak menjaga kawasannya dan menipu pengundi sendiri. Siapa wakil rakyat DUN Salor ? Cari sendiri....

Singkatan perkataan Ku atau Ku Li yang dipakai diatas adalah YBM Tg.Razaleigh Hamzah. Ku bermaksud Tengku. Panggilan manja orang Kelantan panggil Ku.

U/P: Layari juga blog rakan kongsi saya iaitu GAP (RBF, GAP & CO) untuk pendedahan-pendedahan panazzz. Dunia teknologi memudahkan kita. Saya di Kota Bharu, GAP di Selangor. Tapi sekelip mata semuanya sudah sampai ke tangan GAP.

RBF melaporkan dari depan pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK), Jalan Kuala Krai,Kota Bharu,Kelantan.

Pssttt....ada exco simpan bini muda di kondo mewah di KL. Nak tengok ke gambar bini muda dia ? Nanti dulu. Saya simpan dulu sebagai insuran.

Wednesday, January 27, 2010

DARI KELANTAN...

Salam dari Kota Bharu...

Saya kini masih di Kota Bharu. Ku sangka berada di Kota Bharu saya akan lebih tenang. Rupanya tidak. Kerja mengalahkan wartawan CNN. Berkejar ke sana, ke sini.

Ramai orang yang nak memberi info kepada saya dengan tujuan untuk didedahkan. Termasuklah dari kalangan orang-orang PAS sendiri.

Nantikan pembongkaran terhebat dari saya tentang 'kegiatan ekonomi' seorang yang menjaga perancangan ekonomi di negeri Kelantan. Dokumen sudah berada di tangan saya. Siasatan 70 % selesai , tinggal lagi untuk dilengkapkan gambar-gambarnya.

Untuk gambar, saya perlukan sedikit masa, kerana saya perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Apa pun harap bersabar. Sampai masa akan didedahkan.

Satu info yang menarik juga. Seorang 'rakyat' Kelantan yang selama ini hebat dalam bab saman-menyaman begitu takut untuk menghadapi saman dari K****Y J***L****N. Daripada siapa dia meminta pertolongan juga akan didedahkan.

Selama ini saya ingatkan dia hebat, salah sikit saman, salah sikit saman. Ruuuuupa - ruuupanya dia penakutttttt, bila dia sendiri kena saman.

Juga kisah seseorang yang cuba hendak menumpang berteduh di bawah payung Istana , kerana sudah tiada tempat lain lagi untuk dia berteduh.

Nantikan pendedahan semua ini sedikit masa lagi. Sekarang saya himpun-himpun dulu, bila balik KL baru saya lengkapkan semua laporan. Malam esok saya akan ke Stadium untuk mendengar ceramah 'royalti' minyak. Saya pun nak dengar juga apa yang Ku Li nak cakap esok.

Let's play game...

Bye-bye

RBF
Kemanan Kopitiam
Kota Bharu

KISAH DARI KELANTAN. ROYALTI, BAYARAN TUNAI ATAU WANG IHSAN ?

Salam kepada semua

Hari ini (selasa) saya berada di Kota Bharu untuk menghadiri satu forum bertajuk 'ROYALTI MINYAK' ANTARA RETORIK POLITIK DAN KEPERLUAN RAKYAT. Penceramahnya, Dato Seri Mustafa Mohamed, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Paduka Ibrahim Ali. Tempatnya di Grand Ballroom Hotel Renaissance Kota Bharu.

Saya amat bersemangat untuk ke program berkenaan. Tiada orang bayar pun duit tambang saya. Semuanya duit sendiri. Matlamat saya adalah untuk mendapat cerita yang sebenar dan laporkan kepada anda semua di blog saya.

Saya berada di sana seawal jam 8.30 malam. Program bermula jam 9. Tempat duduk penuh sehingga melimpah ke luar dewan. Kehadiran saya jangka 3000 orang. Memandangkan tiada kerusi untuk duduk, maka saya duduk bersila atas lantai di depan sekali.

Saya ingin memberi tumpuan kepada apa yang diberitahu, supaya senang untuk dilaporkan kepada anda semua, sebab itu saya memilih untuk berada di depan walaupun bersila.

Program bemula dengan ucapan Tok Pa yang penuh dengan dalil-dalil dan nas yang bernas. Lebih senang difahami lagi apabila tayangan slide show isi-isi penting perjanjian petrolium dan peta telaga minyak dipaparkan di skrin besar dan diterangkan secara terperinci oleh Tok Pa.

Saya berpuashati, dengan semangat yang berkobar-kobar rasanya tidak sabar untuk saya menerangkan kepada anda tentang pembohongan PAS mengenai tuntutan palsu royalti minyak Kelantan.

Semasa Tok Pa sedang berucap, saya berlari turun ke pasaraya di sebelah hotel berkenaan untuk membeli pen drive dengan hasrat agar dapat kiranya pihak urusetia 'save' data-data yang dipaparkan dan seterusnya dapat saya menerangkan kepada anda semua melalui blog saya.

Selesai program, saya meminta bantuan saudara Izwan (Pemuda Umno Kota Bharu) agar dapat menemukan saya dengan urusetia untuk tujuan hendak 'save' data-data dan peta telaga minyak.

Harapan tinggal harapan, setelah berjumpa urusetia, Izwan mengenalkan siapa saya kepada mereka dan saya menyatakan hajat saya, anda tahu apa yang mereka kata ? "Aku tak boleh bagi Wan,kena minta permission dulu, ini sulit" Mendengar kata-kata urusetia, saya tiba-tiba putus asa dan dalam hati berkata "sulit kepala otak kamu, kamu dah tunjuk kepada ribuan orang yang hadir, aku nak tunjuk kepada pembaca blog aku,kamu kata sulit".

Cuba anda semua fikirkan, setakat peta telaga minyak dan isi-isi penting perjanjian (bukan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri), hanya isi-isi secara ringkas sahaja, itu yang dikatakan sulit. Kalau sulit, kenapa ditunjukkan kepada ribuan orang yang hadir ? Sedar atau tidak oleh urusetia yang 'sulit' itu telah pun dirakam oleh puluhan jurukamera yang datang. Jika benar sulit, maka anda kena ambil balik semua pita yang telah dirakam oleh jurukamera.

Bukan sulit, yang sebenarnya urusetia malas hendak buka kembali komputer yang telah ditutup. Itu yang sebenarnya. Suka hati merekalah, saya bukan ah long, saya hanya hendak tolong.

Saya hanya boleh bercerita kepada anda seperti yang dibawah ini. Maaf kerana tiada dokumen sokongan. Anda hendak percaya atau tidak terpulanglah. Pada saya sukar untuk orang percaya perkara begini jika tidak disertakan dokumen sokongan. Sebab itu semasa memberi penerangan Tok Pa sendiri pun menunjukkan dokumen sokongan termasuk peta. Perkara itulah yang membuat saya percaya dan yakin kerajaan PAS Kelantan membuat tuntutan palsu. Tapi sayang seribu kali sayang, Tok Pa berjaya meyakinkan saya, tetapi saya gagal meyakinkan anda. Apa nak buat , sudah nasib kita menjadi blogger jalanan.

Ceritanya begini.

Royalti yang dituntut berbilion-bilion ringgit oleh PAS adalah di kawasan MTJDA (Malaysia Thailand Joint Development Area). Kawasan tersebut menjadi pertikaian antara Malaysia dan Thailand sejak tahun 70 an. Untuk mengelakkan hubungan Malaysia-Thailand tegang, maka PM ketika itu Tun Abd Razak bersetuju supaya sebarang hasil minyak atau gas dari kawasan berkenaan dibahagi secara 50-50 antara dua negara. Satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk menjaga kawasan berkenaan.

Tiada perjanjian melibatkan negeri, hanya negara dan negara. Selepas kawasan berkenaan (Blok PM 302) mengeluarkan gas beberapa tahun yang lalu, hasilnya menjadi milik kerajaan pusat. Kawasan berkenaan berada 200 batu nautika dari bumi Kelantan.

Mengikut undang-undang dan perjanjian antara Petronas dan negeri, bayaran tunai (bukannya royalti) sebanyak 5 % hendaklah dibayar kepada negeri yang berkenaan jika minyak yang ditemui berada 3 batu nautika dari bumi negeri berkenaan. (3 batu diambil kira dari kawasan air surut)

Satu kawasan gas telah ditemui di perairan Malaysia, kira-kira 150 batu nautika dari bumi Kelantan. Penemuan tersebut tidak banyak. Kawasannya amat kecil sekali. Nama telaganya PM 301. Gas mula dikeluarkan di kawasan berkenaan pada 2008.

Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai 5 % daripada hasil berkenaan ,kerana kedudukan telaga berkenaan (PM 301) berada 150 batu nautika dari bumi Kelantan. Melebihi 3 batu sepertimana perjanjian dengan Petronas.

Sebab itu dalam persidangan parlimen yang lepas, Anwar Ibrahim ada mencadangkan supaya perjanjian dikaji balik dari 3 batu nautika kepada 250 batu nautika. Anwar tahu perkara sebenar, kerana Kelantan pernah menghantar tuntutan yang sama semasa beliau Menteri Kewangan.

Bagaimana pun atas dasar perikemanusiaan dan ihsan, PM Datuk Seri Najib setuju untuk memberi wang berkenaan kepada rakyat Kelantan dan dinamakan wang ihsan. Hasilnya telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan oleh Petronas. Dan wang tersebut akan disalurkan ke Kelantan melalui JPP pada bulan Mac ini sebanyak RM 20 juta. Bukannya berbilion-bilion sepertimana yang didakwa oleh abu jahal husam bin musa.

Dalam perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri, istilah royalti tidak pernah diguna pakai. Istilah yang diguna pakai ialah bayaran tunai.

Untuk Sabah dan Sarawak pula , perjanjian telah dibuat sebelum mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu lagi. Perjanjian ketika itu menyatakan , selepas menyertai Persekutuan , kerajaan pusat tidak akan mengusik hasil minyak mereka walaupun telaga minyak mereka berada melebihi 3 batu. Sehingga sekarang pusat mematuhi perjanjian tersebut.

Jika Kelantan hendak merasa duit minyak sepertimana yang dirasa oleh Sabah dan Sarawak, maka husam dan Nik Aziz boleh lah cuba memohon untuk Kelantan keluar dari Malaysia. Saya pun teringin juga hendak melihat Kelantan ada kementerian-kementerian sendiri, polis sendiri,bomba sendiri dan sebagainya. Cubalah jadi Timor Leste (Timor Timur) pula. Dulu elok-elok dalam Indonesia, mereka hendak merdeka. Sekarang Timor Barat pula yang lebih maju dari Timor Leste.

Kesimpulannya, royalti minyak berbilion-bilon yang dituntut oleh Kelantan hanya retorik politik semata-mata sebagai bekalan PRU 13.

Sebab itu sehingga sekarang mereka tidak bawa ke mahkamah. Pertama, jika dibawa ke mahkamah, mereka tahu mereka akan kalah. Kedua pula, jika dibawa ke mahkamah, hal tersebut tidak boleh lagi diperkatakan diluar lagi sehingga perbicaraan selesai. Bila tidak boleh lagi berbicara hal minyak, maka sudah tentu rakyat akan berbicara pasal anak, menantu, PMBK, bazar tok guru 50 juta dan Rumah Kelantan yang diberi secara percuma oleh menantu kepada pemaju. Dan juga PAS tiada isu untuk didendangkan dalam ceramah. Bila tiada isu panas, sudah tentu pendengar ceramah akan kurang, bila pendengar kurang pula sudah tentu duit derma jihad juga kurang. Bila duit derma jihad kurang, pemimpin PAS juga akan kurang duit.

Itulah PAS, dari gigi susu sampai gigi palsu kerja mereka hanya berbohong. Biarkan si abu jahal husam bin musa dan Nik Aziz mampuih jatuh pokok nyoq ,kerana terbayang-bayangkan pitis berbilion-bilion.

Klik di sini untuk cerita royalti minyak- Anwar,Nik Aziz dan husam musa

Monday, January 25, 2010

PEGAWAI KHAS NIZAR DITAHAN SPRM ?

CERITANYA pegawai Nizar serang SPRM Perak, sebab kononnya ada pegawai khas bekas Menteri Besar itu ditahan di Putrajaya. Takkan bila pegawai khas kena tahan dia yang nak panas bontot?

Atau ada benda-benda nak disorok! Maklumlah sekarang rumah dah besar, kereta dah besar, yang lain pun besor juga agaknya ler. Apa-apa pun ini ada cerita lagi panas.

Pagi tadi sebelum masuk ofis aku sempat jumpa kawan lama yang duduk di Sungai Rokam. Dia baca post Nizar Dah Jadi Jutawan?

Aku dah tak mahu bangkitkan cerita lama tu tapi dia tanya aku pasal apa tak ada jawapan dari Nizar atau orang pakatan? Jawapan deme sama jer iaitu sebagai Ir dia memang kaya sebelum jadi MB.

Tapi jawapan itu tak boleh diterima sebab kalau dia kaya sebelum jadi MB mengapa sewa rumah RM250 sebulan dan berkereta buruk serta bervan usang berbanding dengan sekarang. Kawan aku ni pun tambah lagi katanya betulker sewa rumah Nizar sekarang lebih RM4,000 sebulan?

Aku tak nak lah tuduh tapi aku nak tanya betol ker? Kalau tak betol takkan diam membisu. Bila pegawai khas dia kena tahan aku bertambah curious lagi!

Dipetik dari blog : Merentas Gelombang

Sunday, January 24, 2010

JPJ DAN CERMIN GELAP

Dibawah ini adalah e mail yang dikirim oleh seorang pembaca blog saya yang bernama En.Lokman.

Sesuai dengan misi saya iaitu menyampai suara rakyat marhaen, maka saya mengambil keputusan untuk menyiarkan e mail yang dikirimkan tanpa sebarang edit.

Pendapat saya juga sama seperti pengirim e mail berkenaan. Cuma dalam bab ini kita tidak boleh menyalahkan pihak JPJ.

Mereka memikul amanah, mereka menggalas tugas, maka mereka kena jalankan tugas yang telah dimanahkan. Jika tidak amanah mereka pula mendapat yang dosa buta-buta kerana tidak menjalankan amanah yang diberi. Yang membuat keputusan dan mengeluarkan arahan adalah Kementerian Pengangkutan.


JPJ Harus Mesra Pengguna Berhubung Isu Cermin Gelap

Mengulas laporan Karam Singh Walia mengenai operasi cermin gelap yang disiarkan Buliten Utama pada 14 Januari 2010 seterusnya dilaporkan semula mengenai operasi JPJ sekarang mengenai cermin gelap di seluruh negara. Berikut adalah pandangan kami sebagai rakyat Malaysia dan sebagai peminat kereta yang mempunyai citarasa dan keinginan tinggi untuk mencantikkan kenderaan. Dalam hal ini kita ingin mempersoalkan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan MPV seperti ESTIMA, ALPHARD, WISH, EXORA atau lain-lain kenderaan yang berkonsepkan MPV

Kebanyakkan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

  • Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
  • Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
  • Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
  • Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
  • Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
  • Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP atau kenderaan kerabat diraja boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
  • Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
  • Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
  • Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai orang yang mencintai kecantikan kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki. Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi
  • bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH : alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombot tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... KEBETULAN TAHUN 2010 KAN TAHUN INOVASI..



Kereta 'keluarga islam' Pulau Melaka tidak bercermin gelap. Supaya rakyat boleh nampak serban, ketayap dan mulut sedang berzikir. Nanti boleh dapat undi lagi

Saturday, January 23, 2010

AL - FATIHAH

SEMOGA ROH TUANKU DICUCURI RAHMAT

Tiada sebarang posting untuk hari ini, sebagai tanda menghormati kemangkatan Sultan Johor.

Friday, January 22, 2010

'PENGAKUAN' LIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM

Panas...panas...panas....

Dalam masa dua tiga hari ini saya agak kesuntukan masa untuk 'meronda-ronda' ke blog kawan-kawan. Setakat kemaskini blog saya sekali sehari sahaja. Itu pun terpaksa kerana tidak mahu menghampakan pembaca setia. Risau juga , setiap kali mereka masuk blog saya, tiada artikel baru, nanti mereka merajuk.

Lebih kurang jam empat tadi, seorang rakan menghubungi saya dan bertanya, "rbf hang dah lihat ke pengakuan liwat oleh Anwar Ibrahim". Tergamam saya seketika. "Bila pula"? soal saya. "Baru lagi,semalam" kata kawan saya

"Dimana pula" ? soal saya lagi. "Di blog gomo" katanya. "Ok, takpelah, nanti aku tengok" kata saya.

Broadband pula kena potong, kelam kabut saya pergi mencari cyber cafe. Pergi satu penuh, pergi dua penuh, pergi tiga,tutup. Akhirnya dapat, terus saya membuka blog gomo, alangkah terkejutnya saya bila melihat dengan mata sendiri 'pengakuan' Anwar Ibrahim.

Tidak tergamak untuk saya menceritakan kepada anda di blog saya. Anda lihatlah sendiri di sini.

PERANG MINYAK (BAB 2)

Hati saya sebagai rakyat biasa amat teruja apabila Pak Lah dilantik sebagai PM, dan dalam masa yang sama juga terasa sedih kerana terpaksa 'berpisah' dengan Tun Dr.M yang mula ku kenali sejak kecil lagi.

Tak mengapalah, kita cuba yang baru. Yang lama tinggal kenangan. Lagi pun Tun sudah lama dimiliki oleh rakyat, biarlah keluarganya pula memiliki beliau.

Pak Lah angkat sumpah sebagai PM hampir dengan bulan Ramadhan. Dan sewaktu dalam bulan Ramadhan, kita semua boleh lihat di media masa setiap hari yang Pak Lah mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Terawih di setiap majlis berbuka puasa yang dihadiri beliau.

Sejuk rasa hati rakyat, apabila melihat seorang PM mengimamkan solat. Selepas itu dia pula berkata "bekerjalah bersama-sama saya, bukannya bekerja untuk saya" . Waduh...waduh..waduh... lagilah bertambah sayangnya aku pada Pak Lah.

Semakin hari semakin sayangnya aku pada Pak Lah, sayangnya tidak terkata. Datanglah hari mengundi p/raya umum 2004, aku bangkit dari tidur seawal jam 6 pagi dan terus ke kamar mandi, lalu aku 'mandi sunat p/raya'.

Selepas 'mandi sunat p/raya' , solat subuh, sarapan pagi dan terus aku serta isteri menaiki motosikal ke pusat pengundian. Jam 7.45 pagi kami dah terpacak depan pusat mengundi, menunggu masa untuk dibuka. Berkali-kali aku pesan kepada isteriku, 'abang tak rela,kalau sayang undi parti lain, undi lah BN, Pak Lah bagus, Pak Lah baik" . Sebelum itu sewaktu proses 'kempen' di rumah, isteriku suka menyakat aku, dia kata dia tak nak undi BN. Jadi aku pun risau juga, takut-takut dia tak undi sungguh.

Begitulah gambaran yang aku nak beritahu betapa sayangnya kita kepada pemimpin dan betapa semangatnya kita nak mempertahankan pemimpin. Keadaan berjalan seperti biasa, selepas itu aku lihat kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah, aku biarkan sahaja sambil dalam hati berkata "bagi dia peluang, dia baru lagi".

Kasih sayang aku pada Pak Lah mula pudar, selepas dia tidak menghalang menantunya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Bukan aku sahaja yang berperasaan sedemikian, ramai juga kawan-kawan ku yang berkongsi perasaan yang sama dengan ku.

Masa berlalu begitu pantas, tahun 2006 menjelang tiba. Satu pagi yang hening, aku sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, isteriku di dapur, sedang menyediakan sarapan. Mamak penghantar suratkhabar sudah pun baling Utusan Malaysia langgananku ke dalam pagar rumahku.

Tiba-tiba isteri ku menjerit daripada bawah "abang, abang, abang" kusangka ada kecemasan, cepat-cepat aku berlari turun untuk melihat apa yang terjadi. "Kenapa sayang,kenapa sayang" soal ku, sambil tercungap-cungap, tangannya masih lagi memegang Utusan Malaysia dia berkata kepadaku "harga minyak naik bang,minyak naik,naik 30 sen pula tu". "Itulah awak, dulu sungguh-sungguh suruh saya undi Pak Lah (BN) ,sekarang dia naik harga minyak pula". Tidak pasal-pasal , pagi-pagi lagi aku dah disembur dengan peluru M16.

"Betul ke ?". Soalku kepadanya, "tak mungkinlah, tiada angin,tiada ribut, tiba-tiba naik 30 sen" . " Awak tak percaya tengok sini" , sambil dia menghulur Utusan Malaysia kepadaku.

Setelah membacanya, hatiku terus berkata, "cinabeng punya Pak Lah, Dr.M jadi PM 22 tahun tak pernah naikkan minyak sampai 30 sen sekaligus". Bermula dari detik itu ,tiada lagi Pak Lah dalam hatiku. Cukup sampai disini saja, putus sudah kasih sayang.

Itulah yang saya nak beritahu, betapa kecewanya rakyat, bila pemimpin yang kita sayang tidak pandai menjaga rakyat. Ada kalanya kita sayang kepada pemimpin melebihi dari segalanya. Tapi pemimpin tidak sayang kepada kita.

Hasil dari kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada 2006, BN terus terima akibatnya dalam p/raya Sarawak 2006. Pembangkang berjaya tambah kerusi mereka dalam Dun Sarawak. PKR yang hidup segan , mati tak mau pun boleh menang satu kerusi dalam p/raya berkenaan.

Kesan daripada kenaikan harga minyak 30 sen pada 2006 lah yang menyebabkan rakyat hidup merana sekarang. Harga barang naik melambung-lambung. Dulu RM 50.00 boleh guna untuk 2-3 kali ke pasar. Sekarang RM 50.00 sekali pergi pasar sahaja sudah habis. Pak Lah bukan tahu semua itu, dia bukannya pergi ke pasar. Kalau tanya dia harga ikan kembung berapa sekilo , pasti dia tak boleh jawab.

Dulu boleh juga makan berhidang dengan keluarga. Sekarang ini, seekor ikan kembung potong 3, ayam pula kalau boleh potong 25, nak potong 25. Sekarang nak makan berhidang tak boleh dah, takut lauk tak cukup, maka terpaksalah isteri letak lauk siap-siap dalam pinggang anak (nasi campur) dan pesan kepada anak-anak "lauk tak boleh tambah lagi, nasi boleh tambah, nanti tak cukup lauk untuk makan malam atau esok".

Oleh yang demikian, tak payahlah lagi kerajaan nak kacau harga minyak untuk rakyat Malaysia. Untuk rakyat asing tak mengapa. Kekalkan apa yang ada sekarang atau jika boleh turunkan kepada RM1.50/liter.

Kesan kenaikan harga barang banyak dirasai oleh kaum wanita. Mereka-merekalah punca utama kekalahan teruk BN dalam PRU 2008. Wanita kalau nak marah ,mereka dah tak fikir bulan, bintang, dacing, roket dan lain-lain. Lihatlah contoh di rumah masing-masing, tambahan pula waktu datang bulan.

Thursday, January 21, 2010

PERANG MINYAK (BAB 1)

Selain air dan makanan, minyak adalah satu benda yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kerana minyak macam-macam boleh jadi. Rusuhan boleh jadi, pergaduhan boleh jadi, peperangan boleh dan boleh juga meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Oleh yang demikian, jangan cuba bermain api dengan minyak, kelak terbakar peti undi. Jadikan persitiwa silam sebagai pengajaran. Jangan buat benda yang rakyat tak berkenan.

Sepertimana yang diketahui umum, mulai Mei ini skim harga minyak baru akan diperkenalkan. Nak beli minyak kena guna MyKad, dan di MyKad ada mengandungi maklumat jenis kenderaan dan cc kenderaan yang diguna oleh pemegang MyKad berkenaan berdasarkan rekod pendaftaran kenderaan dengan JPJ. Harga minyak bergantung kepada model dan cc kenderaan. Cc kecil harga murah, cc besar harga mahal. (Dengar ceritanya begitulah)

Ali anak kepada Pak Mat Ngok Ngek, tinggal di JB. Ayahnya tinggal di Kokdiang. Ali pakai kereta Perdana V6 2.0. Ali belikan satu kereta Kancil 750 cc untuk ayahnya, bagi memudahkan ayahnya ke kebun, ke klinik dan ke Masjid. Kereta di beli atas nama Ali, kerana ayahnya tiada penyata gaji, maklumlah kerja kampung. Tiada penyata gaji atau penyata bank ,tak boleh buat pinjaman bank. Maknanya ada dua kereta berdaftar atas nama Ali dalam rekod JPJ dan MyKad nya . Satu Perdana V6 2.0 dan satu lagi Kancil 750 cc.

Harga minyak bagi Perdana RM 2.50/liter (contoh) kerana cc nya besar dan harga minyak bagi Kancil RM 1.80/liter (contoh) kerana cc nya kecil. MyKad Ali berada ditangannya dan Ali berada di JB. Pak Mat Ngok Ngek yang berada di kampung nak pakai MyKad siapa untuk mengisi minyak kereta Kancil nya ? MyKad Pak Mat tak boleh pakai, kerana mengikut rekod JPJ tiada kenderaan yang didaftarkan atas nama Pak Mat.

Bagaimana Pak Mat nak isi minyak ?

Adakah boleh jika Pak Mat telefon kepada Ali, "Li, pak nak isi minyaq no, hang pi tunggu kat petrol stesen" Maka Ali pun pergilah ke pam minyak di bandar JB , cucuk MyKad dia dan telefon balik kepada bapa dia di Kokdiang, " Pak, Li dah cucuk kad gambaq Li ni, pak angkat lah pam no 5, isilah 20 puluih ringgit "

Adakah situasi di atas boleh berlaku ? Tak mungkin kan .

Ini baru contoh pertama yang saya bagi. Banyak lagi contoh lain yang akan menyusul dalam bab yang akan datang.

Apa cerita pula yang ini, mengikut rekod MyKad , kita pakai kereta 2.0 keatas, kemudian kita pergi Langkawi, sewa kereta 1.3 cc , nak beli petrol harga mana ?

Kesimpulannya, jangan buat kerja pelik-pelik yang menyusahkan rakyat. Kelak merana dalam PRU 13.

PAS sengaja duduk diam sekarang ini . Dia duduk intai dan dalam hati berkata "bola tanggung mari dah, bola tanggung mari dah, sedap kawe smash kali ni". "Biar dulu, biar dulu, kita buat BN jinak dulu,lepas ni kita smash kaw-kaw".

Bersambung dalam bab akan datang. Bila tak tahu lagi. Ada masa boleh menulis, tiada masa tunggulah dulu...


Wednesday, January 20, 2010

KONFLIK RBF DAN PEMUDA UMNO NIBONG TEBAL

Berikut adalah komen yang saya terima dari PUNT berhubung artikel saya yang sebelum ini.

Sdr rbf yg dihormati,
masih tak sudah2 lagi?
apa masalah sdr sebenarnya ni??
boleh cuba terangkan??

Tak pernah pun kami cakap yg kami tak boleh dikritik, tak boleh ditegur.

Maybe rbf terlepas pandang yang Dato Zainal pun ada beri sumbangan peribadi beliau berupa 2 mesin jahit kpd ibu mangsa. Adakah itu dikategorikan sbg kail atau ikan?
fikir-fikirkan..

Tapi saya nak tegaskan disini yg penjelasan itu datang dr Dato Zainal sendiri yg mengirim mesej melalui inbox facebook. Biasanya, msg ni selalunya org byk guna short form saja.

Saya bukan spt saudara yg 24 jam kerja mengadap blog, mengadap internet. Banyak lagi komitmen lain dalam membantu menguatkan UMNO secara 'real' bukan secara maya spt sdr. Tak perlulah mendabik dada kononnya sdrlah paling hero,paling hebat dalam dunia blogging ini. Sekurang-kurangnya, ini komitmen sampingan Pemuda Kami dalam menguatkan parti walaupun tak seberap dan segah blog saudara yang terlalu hebat.

Saya akui kesilapan saya dalam men'copy' msg dr inbox FB ke blog, ada kelemahan terlepas pandang dalam membuat pembetulan ejaan.

itu hak sdr, sdr punya jari, taiplah apa yg sdr suka. Kalau rasa x nak minta maaf, itu hak sdr, ttp sbg sdr seagama, kami sentiasa memaafkan sdr. Tapi ingat, sebelum menghentam orang, selidikilah terlebih dahulu fakta sebenar.

Salam Perjuangan..

January 20, 2010 3:09 PM

Saya rasa tidak salah untuk saya ucapkan syabas kepada mereka. Ternyata mereka memang prihatin, menerima teguran, memberi penjelasan dan berusaha membaiki kesilapan. Mereka tidak malu.

Jika ada para pembaca lain yang mengutuk PUNT, itu adalah pandangan mereka. Tetapi bagi saya , tidak. Pandangan saya berbeza. PUNT bagus, mereka positif kepada teguran dan yang penting mereka berani jawab. Bukannya mereka diam seribu bahasa selepas kita hentam mereka. Ini satu petanda yang bagus.

Ternyata PUNT lebih hebat dari Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sampai hari ini pun Khairy belum menjelaskan lagi hubungan beliau dan Kalimullah. Masih diam dua ribu bahasa.

Hari ini juga saya ada bercakap melalui telefon dengan beberapa rakan dari P.Pinang berkenaan hal ini. Dan mereka mengatakan PUNT memang aktif dalam membantu masyarakat serta menganjurkan pelbagai program. Tahniah ! Teruskan usaha murni anda. Cuma kalau boleh cara kena ubah sedikit. Gunakan pendekatan-pendekatan baru. Jangan guna lagi cara tradisional. Ini pandangan saya. Bukannya niat nak mengajar.

PUNT berani mengaku kesilapan berkenaan tulisan mereka yang banyak salah ejaan dan pakai ejaan ringkas. Mereka sanggup merendah diri untuk membetulkan balik semua ejaan yang salah. Tapi dalam mereka betulkan yang salah, ada juga yang mereka buat salah lagi. Sedangkan kesalahan tersebut tiada dalam tulisan sebelum ini. Bandingkan antara dua imej di bawah. Atas , lihat perkara no 4 dan no 7 sebelum dibetulkan . Bawah, lihat perkara di no yang sama selepas dibetulkan. Keuta, Nibong Teball (bergulung lidah nak sebut), terssbut (berangin mulut nak sebut)
Saya ingin mengakhiri konflik RBF dan PUNT setakat ini sahaja. Tiada lagi selepas ini. Di kesempatan ini saya sekali lagi memohon maaf atas kesalahan-kesalahan saya sebelum ini. Anggaplah diriku sebagai sahabatmu yang baik dan menyayangi dirimu. Jangan anggap diriku ini sebagai musuhmu. Nanti, jika ada masa , kita sama-sama pekena nasi kandar pokok ketapang.

Kepada pembaca dan kawan-kawan sekalian, singgah-singgahlah di blog PUNT dan tinggalkan sepatah dua komen yang positif sebagai peransang kepada mereka. Mulai hari ini juga saya telah meletakkan link blog PUNT di blog saya, agar saya dan pembaca-pembaca lain senang untuk melihat apa yang dilakukan oleh PUNT dalam membantu masyarakat.

Mari kita sama-sama beri tepukan kepada PUNT.

Pssttt.....sekali sekala seronok juga menyakat kawan-kawan. Menyakat untuk kebaikan, bukan untuk keburukan.



TUDUHAN MELULU RBF - UMNO NIBONG TEBAL

Nampaknya konflik antara RBF dengan Umno Nibong Tebal belum tamat lagi walaupun saya telah meminta maaf dan cuba menerangkan keadaan sebenar sepertimana yang dijelaskan oleh mereka. Rujuk di sini

Terbaru, Pemuda Umno Nibong Tebal melalui blognya menyiarkan penjelasan dari Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal, berkenaan tuduhan melulu blog rbf. Rujuk di sini.

Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya meminta maaf sekali lagi kepada keseluruhan pimpinan Umno Bahagian Nibong Tebal di bawah pimpinan Dato' Zainal Abidin Bin Osman.

Saya tahu Dato' Zainal orang yang baik. Dia amat disayangi oleh masyarakat setempat. Sebab itu , dalam posting saya yang berkenaan saya tidak menyentuh nama Dato' Zainal. Saya hanya memberi tumpuan kepada pemimpin peringkat cawangan. Rujuk di sini

Saya akui, dalam posting saya yang lepas, ada juga yang saya terlanjur kata. Tetapi walaubagaimana sekali pun saya tetap tidak akan menarik balik posting berkenaan. Saya yakin saya berada di landasan yang betul walaupun tidak seratus peratus. Sekali-sekala kita kena 'gegar' juga untuk menyedarkan dari lamunan.

Sebagaimana yang saya beritahu sebelum ini, pemberian gula, beras, wang dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah orang-orang yang susah. Saya tidak nafikan bantuan yang dihulurkan oleh UNT kepada arwah dan keluarganya.

Dia datang, bagi bantuan, dia minta bagi duit, dia minta bagi itu, dia minta bagi ini. Sampai dunia kiamat pun tak habis masalah kemiskinan. Lagi-lagi pula jika orang bermasalah itu kurang ilmu atau pelajaran. Mereka perlu tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling, bukannya semata-mata beras, gula, tepung dan duit.

Zaman sudah berubah, cara pun kena berubah. Jangan lagi asyik ikut cara tradisional. Dalam dunia perniagaan 'after sales service' lebih penting dari jual produk. Asyik duduk jual produk, tapi bila produk rosak tak boleh diperbaiki atau susah cari alat ganti, sampai mati pun pelanggan tak beli produk kita.

Begitu juga dalam soal beri bantuan, minta beri, minta beri, pemantauan tiada, bimbingan tiada, sampai bila pun tak menyelesai masalah, mari kertas undi, dia tak pangkah kita juga. Apa yang kita bagi jadi , KOSONG. Undi tak dapat, masalah dia pun tak selesai.

Umno ada ramai pemimpin di peringkat bahagian atau cawangan, tapi sayang seribu kali sayang, ramai pemimpin BODOH. Orang yang tak lulus LCE, pun boleh jadi, ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita dan sebagainya. (Saya tidak tuju kepada Umno Nibong Tebal semata-mata, saya tuju kepada keseluruhan). Orang cerdik memang tiada tempat dalam Umno, nak masuk Umno kena cantas, itu sebab mereka masuk PAS. Sebagai contoh, Profesor Ramlah Adam, seorang Profesor yang hebat, tetapi bila bertanding jawatan dalam wanita Umno di Melaka, beliau tewas dengan orang yang tak lulus LCE.

Bila tiada orang cerdik pandai dalam parti, itulah yang menjadi masalah. Tak boleh tolong rakyat atau orang susah. Tiada idea-idea kreatif, asyik pakai cara lama, sedangkan zaman sudah jauh berubah.

Tidak semua orang yang tidak lulus LCE boleh dikategori sebagai bodoh. Ada juga yang cerdik, asalkan dia rajin timba ilmu dan ada kesungguhan untuk belajar dia boleh jadi cerdik. Tapi, masalahnya dalam Umno, susah. Demo faham tak ? , susah. Nampak cerdik sikit, parang terbang mesti melayang. Nak buat macamana, ahli Umno suka pilih jalan itu, maka terimalah akibatnya.

Berbalik kepada kisah di Nibong Tebal, saya yakin posting yang disiarkan oleh blog PUNT bukannya ditulis oleh Dato' Zainal sendiri. Ianya ditulis oleh orang lain, tetapi dia guna nama Dato' Zainal untuk nak bagi nampak hebat. Dia tak sedar cara dia menulis boleh menjatuhkan 'standard' Dato' Zainal. Tiada kelas punya penulisan. Pakai ayat ringkas-ringkas seperti menghantar sms. Koma tak tahu kat mana, jarak tak tahu dimana. Tulisan yang tak kemas langsung dari seorang 'ketua umno bahagian' yang bergelar YB dan Dato'.

Lihat perenggan pertama, susunan bercelaru sekali.
Yang dibawah ini pula ejaan ringkas dan ejaan salah.
Klik pada imej untuk melihat dengan jelas tulisan seorang 'ketua bahagian' palsu.

Perkara no 2
: Arwah bersama keluarganya tinggal di rumah yg di bina bwh skim PPRT,tanpa perlu byr sewa.

Perkara no 3 : Kejadian jam 1 pagi,dan jam 8 pagi Ketua Bahagian mendapat maklumat dan terus menghubungi Ketua UMNO Cwgn Sungai Buaya Sdra Abdul Ghani dan Pengerusi JKKK, Hj Rahman Noh utk bjumpa dgn keluarga dan uruskan anak-anak mangsa kerana Ketua Bahagian berada dlm program bersama PM.

Perkara no 4 : Ketua Bahagian telah meminta Penyelaras DUN Sg Bakap, Haji Mohd Foad yang juga Naib Keua UMNO Bahagian Nibong Tbeal untuk menziarahi mangsa bagi pihak beliau.

Perkara no 5 : Ibu mangsa kerap ke Pusat Khidmat Barisan Nasional utk memohon berbabgai bantuan,KB tak pernah tolak. Bantuan tunai dan mesin jahit sumbangan peribadi Ketua Bahagian juga di beri sebelum ini.

Perkara no 7 :
Selepas ni Dato' Zainal akan berbincang dgn suami arwah tentang masa depan anak-anak beliau dan berbincang dgn guru-guru anak supaya di beri kaunseling khas utk anak tsbut. (guru-guru anak atau guru anak-anak)

Yang ini pula campur aduk melayu dan inggeris
Apakah lagi yg mampu di buat oleh UMNO Bahagian sebelum dan selepas tragedy ini?

Saya yakin , 'ketua bahagian' atau Dato, Zainal palsu yang menulis blog tersebut adalah orang yang tak lulus kertas BM II semasa peperiksaan LCE. Daripada atas sampai ke bawah tulisannya penuh dengan kesalahan. Buat malu nama Umno.

Orang ramai tidak akan pelik, jika yang menulis sedemikian adalah RBF,Parpukari atau GAP ,kerana kami bukan sesiapa pun . Kami hanya blogger jalanan. Ini seorang 'ketua bahagian' yang menulis sedemikian, malu, malu, malu.

Senang cerita tutup sajalah blog PUNT, sebelum Umno dimalukan dengan lebih parah. Seekor unta membawa pasir, habis sebuah rumah masuk pasir, atau pun kerana nila setitik, rosak susu satu microwave.

Lagi pun dulu blog yang sama juga pernah memalukan Umno dalam kes Lim Guan Eng beri bantuan di tokong.

Kepada MT Umno pula, sekarang ini semua orang ghairah nak buka blog, kerana sambutan dalam dunia media baru semakin hangat. Harap MT Umno , dapat pantau mana-mana blog yang dibuka atas nama Umno. Jangan biarkan mereka buka blog dan tulis sesuka hati. Sedikit silap yang mereka buat, yang menanggung balanya adalah Umno. Sediakan satu garis panduan.

Macam kami semua tak kisah, kerana kami tidak mewakili Umno. Umno pun kami balun. Kami penulis blog bebas. Kami polong yang tidak bertuan. Kami tak hairan kepada sesiapa. Yang kami takut hanya kepada huruf seperti ini P.D.R.M. Silap tulis blog, Proton Waja sampai depan rumah, tunjuk kad kuasa, minta ic, buka gari, pasang di tangan dan diangkut ke Rumah Pasung .Dulu sekali sudah diangkut. Komputer, broadband, printer, sekali dengan beg-beg lap top pun , dia rampas habis. Yang jamin bukan pemimpin Umno, rakan blogger juga yang jamin. Dua malam menginap di bilik hotel tiga bintang. Balik rumah , bini pula tak bagi masuk rumah, kena mandi 'air tawar ' dulu di luar rumah, kononnya nak buang badi. Nasib badan lah, dulu elok-elok, gatal nak jadi blogger, tanggunglah akibatnya.

Selepas ini, pasti akan ada lagi komen yang masuk yang mengatakan saya mengikut rentak pembangkang. Saya tidak kisah, dengan itu semua, saya tetap akan bersuara untuk kebaikan Umno.



Tuesday, January 19, 2010

NIK AZIZ BERAPA CABANG ?


Pada 14.January yang lepas Nik Aziz berkata para blogger sepatutnya menggunakan sepenuhnya ruang blog untuk kemanfaatan semua pihak supaya pembaca tidak terkeliru atau dikelirukan.

“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tapi kalau apa yang dituliskan blogger itu banyak perkara yang berunsur provokasi, fitnah, apa ilmu yang kita dapat? Itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.

"Tambahan pula jika tulisannya itu dengan niat nak melaga-lagakan orang... kalau molek (betul) tak apa". Rujuk di sini.

Itu kata dia sekarang, selepas dia kena penangan blog. Baru dia tahu bagaimana seksanya hidup kalau diserang melalui blog. Bila sudah kena atas batang hidung sendiri, pandai pula keluarkan 'fatwa'. Waktu kena atas batang tubuh musuh dia , dia seronok.

Saya masih ingat lagi, sewaktu Raja Petra ditangkap kerana memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2008, Nik Aziz siap hantar satu warkah pengiktirafan kepada Raja Petra kerana berani.

Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-

8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429

YM. Raja Petra Raja Kamarudin

Warkah Simpati dan Pengiktirafan

Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.

Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.

Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.

Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.

Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."

Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).

Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.

Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.

Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.

Salam perjuangan. Wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS - mr

Sekarang sudah terbukti yang Raja Petra melakukan fitnah. Pada masa kejadian DS Rosmah berada di satu majlis berbuka puasa. Tetapi, sehingga sekarang tidak pernah pun kita dengar Nik Aziz tarik balik surat beliau kepada Raja Petra. Blog kutuk atau fitnah musuh politik beliau dikira halal, tetapi jika kutuk atau fitnah dia, tak boleh. Itulah dia, Nik Aziz dan para bloggernya.

Kepada pembaca sekalian, nampaknya sekarang PAS telah terasa bahang panas serangan daripada kami semua. Jika dahulu hanya 'kaum-kaum' mereka yang menguasai media baru, tetapi sekarang tidak lagi. Itulah yang mengundang keluh kesah mereka.

Politik dunia IT bermula pada tahun 1998 sehingga sekarang . Mereka menggunakan internet untuk membuat fitnah dan memaki hamun selama sepuluh tahun. Kita baru masuk tak sampai dua tahun lagi, mereka dah pula panas. Kita akan berjaya, jika prestasi yang ada sekarang dipertingkatkan lagi.

Kepada para pembaca sekalian, kami bukan sengaja memilih jalan ini untuk berperang, begini, tetapi kami terpaksa melakukan. Bukan pilihan kami untuk memaki hamun para pemimpin PAS. Tapi kami rasa terpanggil untuk berkurang ajar dengan orang yang memulakan kurang ajar. Siapa yang mulakan ? Blogger-blogger PAS.

Dulu, jika kita lihat , mana ada blogger-blogger anti PAS yang sanggup memaki hamun Nik Aziz atau pimpinan PAS yang lain. Mereka masih ada rasa hormat ke atas orang yang kononnya bergelar 'tok guru'.

Sekarang tidak lagi. Memaki hamun Nik Aziz telah menjadi makanan geng-geng kami. Kerana apa ? Kerana blogger-blogger pro PAS yang mulakan kempen maki-memaki. Sebagai contoh anda boleh lihat di blog perisik rakyat dan laman web tranungkite online. Sila rujuk balik archive-archive mereka.

Bila mereka yang mula kurang ajar, itulah yang menyebabkan kami pun terpaksa jadi kurang ajar. Begitu juga semasa krisis Perak tahun lepas. Dr.Zambry dipanggil dengan pelbagai kata-kata hina. Itulah juga yang menyebabkan kami pun mula memberi pelbagai gelaran kepada Nizar.

Kami pun tak boleh tahan, bila asyik melihat dan membaca pemimpin kami dimaki hamun, dicerca dan sebagainya. Kami tidak boleh bertahan, bertahan dan terus bertahan. Kami juga harus menyerang. Akhirnya serangan yang kami lakukan telah mula menampakkan hasilnya sekarang.

Kami tidak akan kurang ajar, sekiranya kami tidak dicabar atau diajar untuk kurang ajar. Kami tidak akan berhenti menyerang, kami akan terus menyerang sehingga sampai ke garis penamat. Alang-alang celup pekasam , biar sampai ke pangkal lengan.

Sekian

RBF
GAP
DET
PISAU
DIMENSI
PAPA GOMO
PARPUKARI
MEDAN INFO
GARAMANIS
TAIPING MALI






Monday, January 18, 2010

ISTERI TAKIYUDIN PEMBEKAL TIKET KEPADA MPKB


Sepertimana yang dijanjikan dalam posting saya yang lepas iaitu saya akan mendedahkan tentang skandal Takiyudin Hasan di Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Beliau adalah exco yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan di Kelantan. Maknanya MPKB berada di bawah kuasa beliau.

Saya difahamkan beliau telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai exco untuk 'memaksa' MPKB membeli tiket-tiket penerbangan dengan sebuah syarikat yang bernama Jasa Teratai Holidays Sdn Bhd. Rujuk di sini.

Saya difahamkan juga yang syarikat tersebut adalah milik salah seorang isteri beliau. Bukan sahaja MPKB yang terpaksa membeli tiket dengan syarikat tersebut, Majlis Daerah Ketereh juga sama.

Jika perkara ini benar, ternyata ianya adalah salah satu penyalahgunaan kuasa yang serius yang dilakukan oleh seorang exco dari sebuah parti yang kononnya berjuang mengikut kehendak Islam.

Mohon agar Takiyudin Hasan dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat Kelantan sebelum beliau sibuk mencari siapa yang membocorkan agenda mesyuarat exco kepada blogger kickdefella.

Mansuhkan OSA! Mansuhkan ISA! Banteras Rasuah!, itulah yang menjadi prinsip perjuangan PAS selama ini. Siapa yang bocorkan maklumat kepada kickdefella tak penting, kerana PAS tidak pernah memperjuangkan OSA dimartabatkan, sebaliknya meminta ianya dimansuhkan. Utamakan membanteras rasuah terlebih dahulu.

Lagi skandal MPKB di sini

Sunday, January 17, 2010

HUSAM TIDAK SEBODOH ITU...

Apabila blogger kickdefella mendedahkan tentang kerugian RM 50 juta dalam skandal Bazar Tok Guru, saya rasa seluruh penggemar politik tanahair akan terbayang wajah Husam Musa yang mendedahkannya kepada kickdefella. Ini kerana semua orang tahu mereka berdua amat akrab sebelum ini. Sekarang, Wallahualam...

Tetapi, pada pandangan saya, Husam tidak sebodoh itu untuk menjerut lehernya sendiri. Bengong sangatlah si Husam ini kalau dia yang mendedahkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat exco kepada kickdefella. Dia pun ada akal, kalau kickdefella yang cerita , sudah pasti orang akan kata dan sahkan dia yang bocorkan maklumat. Buat apa dia nak cari nahas. Sekarang ini orang bebas menuduh, tapi dia tak buat, apa dia nak takut.

Harus diingat Husam ini orang cerdik, orang pandai, dia dilahirkan bukan saja untuk Kelantan, tapi untuk Malaysia. "Dia ore yang ambo sayang".

Dalam barisan exco Kelantan, ada 3 orang sahaja yang tak rapat serta mendendami Husam dan kickdefella. Antaranya Nik amar dan Takiyuddin Hassan dan Daud Iraqi. Ada tujuh lagi exco, ditolak Husam ada enam lagi exco yang boleh bocorkan maklumat kepada kickdefella. Mungkin juga pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri yang hadir mesyuarat exco yang bocorkan maklumat tersebut.

Siapa yang bocorkan kita semua tidak tahu. Yang saya berani kata bukan Husam. Andai ditakdirkan Hj.Hadi panggil Husam dan suruh bersumpah pegang Quran depan dia petang ini saya yakin Husam berani buat. Dia tak salah, apa yang dia nak takut. Tapi, walaubagaimana pun perkara ini tak akan berlaku, kerana Hj.Hadi pernah berkata, sumpah adalah benda bodoh dan tiada dalam Islam.

Satu lagi yang saya nampak ialah, mungkin juga ini adalah 'game' dari Ariffahmi dan Takiyuddin untuk kenakan Husam. Mungkin ada 'toyol' yang memberi maklumat kepada kickdefella. Toyol tersebut buat kerja sepertimana yang disuruh oleh tuannya.

Seperti diketahui umum, Ariffahmi serta isterinya yang bengong itu dan Takiyuddin bermusuh dengan Husam. Kemungkinan besar mereka-merekalah yang 'memasang' orang-orang tertentu untuk membocorkan maklumat kepada kickdefella, sedangkan kickdefella tidak kenal orang tersebut. Apabila kickdefella dedahkan skandal tersebut, sudah pasti orang ramai akan terbayangkan Husam yang bocorkan maklumat.

Tujuan mereka berbuat begitu adalah untuk merosakan reputasi 'ore yang ambo sayang' dimata Nik Aziz dan seterusnya mereka berharap agar Nik Aziz memecat Husam. Tetapi mereka silap, Nik Aziz juga bukan bodoh dalam bab orang kenakan Husam. Nik Aziz dapat hidu, itulah pasal semalam dia kata ada budaya cah keting dalam Pas.

Senang cerita, buatlah apa sahaja sekalipun terhadap Husam, Nik Aziz tetap tidak akan percaya. Sayangnya dia pada Husam amat luar biasa sekali. Anak dia sendiri pun dia ketepikan.Itulah pasal anak-anak Nik Aziz marah kepada Husam. Hanya mati sahaja yang akan memisahkan kasih sayang antara Nik Aziz dan Husam.

Kepada Mahfuz Omar, bila nak desak Kerajaan Kelantan panggil sidang DUN khas untuk bincang skandal RM 50 juta ini ?

Nantikan pendedahan skandal Takiyuddin Hasan di MPKB dalam posting yang akan datang.

AL - FATIHAH

Al- Fatihah

Ibu muda yang membakar dirinya minggu lepas di Nibong Tebal, P.Pinang telah meninggal dunia semalam. Kisahnya saya pernah siarkan di sini. Penjelasan dari Umno Nibong Tebal juga saya siarkan di sini.

NIBONG TEBAL 16 Jan - Seorang ibu yang bertindak membakar dirinya menggunakan petrol gara-gara kedegilan anak perempuannya enggan pulang ke rumah, 9 Januari lalu, meninggal dunia malam tadi.

Rosliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, iaitu enam hari selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Menurut suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, dia menerima panggilan daripada hospital kira-kira pukul 5.30 petang semalam dan memaklumkan isterinya yang melecur separuh badan semakin tenat.

"Tiga jam selepas itu, arwah meninggal. Arwah dimandi dan dikafankan di HSB.

"Saya bawa pulang jenazah pagi tadi sebelum disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Buaya pukul 9.30 pagi dan dikebumikan kira-kira setengah jam kemudian," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, Rosliana bertindak membakar dirinya dipercayai selepas anak keduanya, Norhidayah Marzuki, 16, enggan pulang selepas tidur di rumah neneknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, kes terbabit dianggap selesai dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat melecur.

Sumber : Utusan Online

Kemiskinan dan kekecewaan akhirnya membawa beliau ke Alam Barzakh dalam usia yang masih muda.

Moga-moga urusannya di dalam kubur dipermudahkan dan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin....

Umno Nibong Tebal Juara Rakyat. Lihat di sini

Friday, January 15, 2010

KERAJAAN KELANTAN 'CEKAP' MENGURUSKAN KEWANGAN

Kerajaan Kelantan memang 'cekap' dalam bab pengurusan ekonomi serta kewangan negeri. Sekelip mata dapat 'untung' RM 50 juta.

Ikuti kisah ini yang saya petik dari blog kickdefella dan ulasan saya di bahagian bawah.

Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.

Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.

Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.

Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.

MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.

Sumber : Kickdefella

Membangun bersama Islam, semua yang PAS buat cara Islam. Termasuklah merompak harta rakyat pun cara 'Islam' , agaknya...

Daripada kantung kerajaan negeri tak boleh masuk poket sendiri terus. Jadi , terpaksa 'singgah' atau 'transit' terlebih dahulu di Sensa Timur sebelum masuk poket sendiri. . Ditambah pula si perompak pula pakai serban, jubah, pegang tasbih dan sebelum merompak baca ayat-ayat Quran. Itulah agaknya merompak cara 'Islam' .

RM 50 juta lebur begitu saja duit rakyat Kelantan oleh seorang yang dijulang sebagai maksum.

Saya harap esok akan keluar berita di Sinar Harian, Mahfuz Omar minta diadakan sidang DUN khas atau tubuh Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk membincang dan menyiasat perkara ini. Apa macam Mahfuz ?

Kepada penyokong-penyokong atau pemimpin PAS, kamu semua jangan bagi alasan 'BN pun rasuah' . Itu alasan bodoh. Orang makan tahi, kamu pun nak makan tahi. Selama ini dari seluruh pelusuk desa hingga ke bandar dan sudah berpuluh tahun PAS menjaja cerita kononnya BN rasuah. Bila rakyat sudah bagi mandat kepada kepada kamu semua, maka kamu semua kena buktikan yang kamu semua lebih baik dari BN. Bukannya sama seperti BN yang kamu dakwa buruk sebelum ini. Tapi , apa yang saya lihat PAS lebih teruk dari BN.

Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu sudah berapa banyak mereka sapu pun kita tak tahu. Kantung kerajaan negeri makin hari makin kering. Itulah pasal buat tunututan bodoh kononnya mereka layak dapat royalti minyak berbilion-bilion. Supaya dapat merompak lebih banyak lagi. Kerja malas, tahu nak duit mudah sahaja.

Andai ditakdirkanlah Kelantan layak dapat royalti minyak, saya rasa Kelantan akan jadi medan perang. Perang apa ? Perang berebut duit royalti minyak antara Adun dan Exco serta ahli keluarga masing-masing.

Itulah secebis kisah sebuah parti yang kononnya menjulang Islam. Tapi sayangnya makin hari serban, kopiah dan mulut mereka semakin busuk.