Tuesday, February 2, 2010

MB DAN EXCO BUANG MASA

Kadangkala saya pelik dengan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang. Sekarang mereka telah dipilih oleh rakyat untuk memerintah negeri-negeri tertentu.

Maknanya mereka telah menjadi kerajaan. Tetapi mentaliti mereka masih belum berubah. Mereka masih berfikiran pembangkang, bukan berfikiran sebagai pemerintah.

Lihat contoh di mahkamah semalam. Dari Selangor sahaja lima orang exco termasuk MB menghabiskan masa di mahkamah. Seolah-olah mereka semua tiada kerja di pejabat.

Masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi seseorang ahli politik atau pemimpin. Mereka tidak sepatutnya membuang masa bagi benda-benda yang tidak mendatangkan faedah. Tetapi , tidak bagi pemimpin pakatan pembangkang. Mereka jadi pemimpin bukan untuk berkhidmat, tetapi untuk berlagak.


Exco Selangor ,Yakob Sapari dan mamat yang pernah terkucil dalam seluar

Dua orang exco Selangor, Eli bogel dan Xavier



Menteri Besar boleh membuang masa untuk perkara yang tidak memberi faedah kepada rakyat dan negeri.

Bukan setakat MB, Setpol MB pun turut serta. Pejabat kosong semalam. Lebih baik umum cuti am pada setiap hari perbicaraan Anwar.

Seekor lagi exco Selangor membuang masa di mahkamah


Abu Jahal, perancang dan penyangak ekonomi Kelantan pun hadir. Dari Kota Bharu naik pesawat kelas satu, pakai duit rakyat untuk datang buang masa.

Jeng...jeng...jeng...tepi...tepi..beri laluan...beri laluan...celako dah sampai,celako dah sampai.
Ini seorang lagi MB yang otak udang. Di pejabat kerja menimbun tapi sanggup datang buang masa untuk benda yang tak berfaedah kepada rakyat dan negeri.

Monday, February 1, 2010

KISAH BENAR- MP PKR MINTA BERJUTA-JUTA (BAB 2)

Sambungan dari bab 1

Beberapa bulan selepas itu saya dihubungi oleh seorang rakan saya. Beliau adalah rakan kepada saudara Kadir, bekas pemimpin PKR Selangor. Beliau berkata kepada saya yang seorang MP PKR hendak keluar PKR dan meminta imbuhan RM 10 juta. Setelah rakan saya menyebut namanya, saya amat terkejut. Ini kerana saya tidak menyangka MP tersebut sanggup meninggalkan PKR kerana sifat PKRnya yang amat tebal. Saya tidak memberi apa-apa jawapan kepada kawan saya, saya hanya berkata, nanti saya fikirkan. Perbualan berkahir disitu.

Selepas beberapa hari, saya dihubungi kembali oleh rakan saya untuk bertanyakan perkara berkenaan, samada saya sudah mendapat 'pembeli' atau belum. Saya kata tidak dan saya tidak melakukan apa-apa 'urusniaga' lagi, kerana saya tiada pengalaman sedemikian dan juga saya ada rasa takut.

Selang beberapa hari rakan saya menghubungi saya kembali, bertanya perkara yang sama. Katanya rakan beliau, iaitu Kadir sudah tidak boleh tahan lagi dengan MP berkenaan yang setiap hari mendesak Kadir untuk menjual dirinya. Untuk mengetahui perkara yang sebenar, saya meminta rakan saya agar mengaturkan pertemuan antara saya dan Kadir.

Pertemuan berlangsung pada satu malam di sebuah restoran mamak di Subang. Kadir menceritakan kepada saya, katanya MP berkenaan adalah rakan beliau semasa beliau di dalam PKR. MP berkenaan ingin keluar parti kerana sudah tidak tahan dengan permainan politik dalaman PKR sendiri dan rakan-rakan pakatan mereka. Beliau sudah lama memberitahu hasratnya kepada Kadir, tetapi Kadir tidak dapat memenuhi kehendaknya kerana beliau meminta wang untuk syarat keluar dari PKR. Disini kita boleh nampak sikap 'tamak' MP PKR tersebut. Beliau bermasalah dengan partinya, beliau yang nak keluar, kemudian beliau juga yang minta wang dari BN.

Kadir memintanya menyertai BN secara Fisabilillah (tanpa sebarang bayaran). Tetapi beliau enggan. Kadir pening dengan MP tersebut yang begitu kerap menghubunginya dan mendesak beliau agar cepat mencari 'pembeli' dirinya. Saya berkata kepada Kadir, saya akan berusaha untuk mencari 'pembeli' tetapi saya tidak berjanji. Siapalah saya, untuk berhubung dengan pemimpin-pemimpin atasan BN. Mereka tidak mengenali saya, dan saya juga tiada akses kepada mereka.

Setelah puas berfikir, lantas saya teringatkan seorang kawan saya yang bernama Ramli (bukan nama sebenar) . Saya tahu beliau orang kuat Umno. Lalu saya menghubungi beliau, dan menyatakan perkara sebenar. Setelah habis mendengar apa yang diberitahu oleh saya , Ramli ketawa sakan apabila mendengar RM 10 juta yang diminta MP berkenaan.

Dalam ketawanya itu, saya terkejut apabila Ramli meminta saya mengaturkan pertemuan dengan MP berkenaan. Wow, kata hati saya, ini dah nak jadi nampaknya. Perasaan takut sudah bertukar gembira. Lalu saya menghubungi Kadir dan meminta beliau mengaturkan pertemuan antara Ramli dan MP berkenaan.

Diringkas cerita, pada malam esoknya MP berkenaan telah ditemukan dengan Ramli di Damansara. Saya dan Kadir ada bersama. Saya sangkakan Ramli ada 'pembeli' yang sanggup membeli MP berkenaan, rupa-rupanya tidak. Ramli juga berkata , jika berminat nak masuk BN , masuklah secara Fisabilillah. Ramli berkata kepada beliau," awak nak keluar parti awak, nak jadi MP bebas, tetapi hendak minta duit dengan BN".

Ramli sebagai bekas seorang tentera amat tegas semasa bercakap dengan MP berkenaan. Ramli mengatakan kepada beliau, bukan budaya Umno atau BN untuk membeli wakil-wakil rakyat, ini semua budaya Anwar Ibrahim. "Duit-duit ini semua budaya Anwar, bukan budaya Umno" kata Ramli dengan tegas sambil merujuk kepada Anwar pernah membeli wakil-wakil rakyat PBS di Sabah dan budaya politik wang dalam Umno yang dipelopori oleh Anwar.

Tidak berpuashati dengan jawapan Ramli, MP berkenaan boleh lagi berkata "tolonglah bang". Ramli tersenyum, manakala dalam hati saya pula berkata "ada juga MP yang bodoh macam ini" . Ya lah, mana tak bodohnya, seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat seolah-olah tiada 'standard' kerana merayu untuk menjual dirinya. Orang yang dirayu pula adalah musuh politik beliau.

Ramli mengundurkan diri, tinggal kami bertiga. MP berkenaan sibuk menceritakan masalah beliau. Saya hanya mampu mendengar. Keesokan harinya saya menghubungi Ramli kembali menceritakan keserabutan kami dengan MP berkenaan yang tidak putus-putus merayu supaya membelinya.

Sebelah petangnya, saya menerima panggilan daripada Ramli yang meminta saya membawa MP berkenaan berjumpa dengan seorang pemimpin Umno peringkat atasan pada malam tersebut di sebuah Hotel A di Shah Alam.

Pada malamnya saya dan Kadir menunggu MP berkenaan di depan sebuah hotel di Subang. MP berkenaan tidak berani pergi dengan keretanya, kerana takut-takut jika dilihat oleh orang-orang PKR. Beliau menaiki kereta saya ke tempat yag dijanjikan dan kereta beliau ditinggalkan di depan hotel berkenaan.

Ramli dan pemimpin Umno yang berkenaan telah pun berada di sana. Pertemuan berlangsung lebih kurang satu jam. Pemimpin Umno berkenaan tidak banyak bersuara semasa pertemuan tersebut. Sebaliknya MP PKR yang tersebut lebih galak membogelkan pemimpin partinya dan sekutu mereka dalam pakatan. Beliau bercerita dengan begitu emosi sekali.

Pertemuan selesai. Tiada sebarang angka yang berani disebut oleh MP PKR berkenaan kepada pemimpin Umno tersebut, walaupun pada peringkat awal kami telah berpesan kepada beliau supaya buka mulut sendiri dan minta apa yang dia mahu dengan pemimpin Umno berkenaan.

Senyap seketika, selang dua tiga hari dia buat hal balik. Dia kembali kepada perangai lama dan menekan setiap hari agar mencari pembeli dirinya. Kami marah kepadanya, ini kerana kami sudah bawa beliau jumpa, tetapi beliau tidak berani buka mulut. Lantas beliau meminta diaturkan sekali lagi pertemuan dengan pemimpin Umno yang ditemuinya sebelum itu.

Kali ini pertemuan diatur di sebelah pagi, di coffee house Hotel B di Shah Alam. Kadir tidak turut serta, kerana beliau telah jemu melayan telatah MP PKR berkenaan. Saya dan ditemani oleh seorang rakan bernama Husin ada bersama.

Kali ini saya tidak mahu membuang masa lagi melayan telatah MP berkenaan yang seperti
kanak-kanak. Setelah selesai sarapan dan berbual-bual ringan, saya terus kepada topik yang ingin diperkatakan.

Saya telah tekad, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Saya nak tutup cerita, tak mahu lagi banyak sandiwara. Saya terus berkata kepada MP tersebut di depan-depan pemimpin Umno berkenaan "yb, terangkan kepada Datuk, apa yang you nak, cakap terus terang" . Merah padam muka MP berkenaan, kerana terkejut dengan soalan terjah saya.

"Saya nak keluar parti dan saya nak minta sedikit token" kata MP berkenaan. Saya pula yang tanya "berapa you nak,cakap terus terang depan Datuk". "I nak minta RM 10 juta,banyak nak kena cover". Sekarang giliran muka Datuk berkenaan pula yang merah padam, saya lihat cermin mata beliau menggolosor turun. Mungkin kerana amat terkejut dengan permintaan tersebut. "No lah, kita tak boleh bagi wang, dan kita pun tiada wang sebanyak itu. Kalau you nak masuk, kerana you dah sedar dan untuk kepentingan rakyat , masuk seperti biasa sahaja, tiada apa-apa bayaran ,kalau tidak mahu tak mengapa". Itulah jawapan dari pemimpin Umno yang berkenaan.

Dengan muka yang malu tersipu-sipu, MP berkenaan mohon mengundurkan diri. Selepas dia pergi, saya pula yang menjadi mangsa ceramah oleh Datuk berkenaan. "Apa dia ingat Umno kilang buat duit ke" ? soal Datuk berkenaan kepada saya.

Diringkaskan cerita , MP berkenaan kembali pula kepada perangai lama. Dia mula menghubungi dan merayu kembali. Kali ini dia minta perlindungan pula, katanya rumah beliau tidak selamat lagi kerana dia mengesyaki PKR menghantar orang untuk memantau pergerakan beliau.

Kita memberi kepada beliau dan keluarganya perlindungan, tempat tinggal yang selesa dan beliau bebas bergerak ke sana sini. Dalam masa yang sama beliau kembali kepada tabiat lama iaitu merayu untuk dibeli. Harga sudah turun mendadak. Dari RM 10 juta sudah jadi RM 3 juta. Itu pun tiada orang hendak beli. Yang paling kelakarnya, dia siap hendak beri nombor akaun adik beradiknya lagi untuk memasukan wang yang dimintanya. Kadir berkata kepada beliau, "mana ada orang nak bayar, you bagi nombor akaun pun tak guna" Beliau marah sambil meninggi suara,"apa ini BN, 3 juta pun tak boleh beri ke ? Saya boleh tambah satu seat lagi untuk mereka" .

Mungkin kerana terlalu kecewa, dalam diam-diam beliau lari meninggalkan tempat tinggal yang kita beri tanpa memberitahu sepatah haram kepada kita. Semasa beliau tinggal di tempat tersebut, beliau juga ada berjumpa dengan seorang lagi bekas pemimpin Umno yang boleh dikatakan berpengaruh juga. Tetapi, kali ini lebih malang lagi, bekas pemimpin berkenaan bukan setakat menolak mentah-mentah, tetapi memperlekehkan beliau lagi.

Untuk cerita yang melibatkan saya, ianya berakhir setakat itu sahaja. Tetapi saya difahamkan selepas itu MP berkenaan masih lagi berhubung dengan Kadir untuk perkara yang sama. Dengar ceritanya ianya berlarutan sehingga bulan mac 2009, tetapi tetap tiada orang yang mahu membelinya dan sehingga kini beliau masih bersama PKR.

Daripada awal sehingga tamat 'urusniaga' yang memakan masa selama enam bulan, dari harga RM 10 juta hingga jadi RM 3 juta pun , tetap tiada orang yang sanggup membeli beliau. Sepanjang saya berurusan dengan beliau, beliau ada berkata jika beliau berjaya masuk BN dengan bayaran yang dijanjikan, beliau yakin ada dua lagi MP (satu PKR , satu DAP) akan mengikut langkah beliau, sambil menyebut nama kedua-duanya. Seorang dari Perak dan seorang dari Selangor.

Kepada orang ramai, tidak perlulah anda hendak percaya kepada fitnah-fitnah jahat diluar sana , kononnya BN atau Umno suka membeli orang-orang pembangkang. Semuanya karut semata-semata. Saya tidak akan berani memberi jaminan kepada anda jika saya sendiri tidak pernah mengalaminya.

Seandainya benar-benar BN sanggup membeli wakil-wakil rakyat mereka, saya rasa BN sudah cukup selesa di Dewan Rakyat sekarang. Tetapi, andaikata situasi politik yang ada sekarang dan Anwar masih bersama Umno, saya yakin sudah berduyun-duyun wakil-wakil rakyat pembangkang yang menyertai BN. Anwar memang pakar dalam bab-bab beli membeli wakil rakyat. Itu kehebatan Anwar yang saya tidak boleh nafikan selain dari kehebatan meliwat dan kehebatan membuat propaganda.

Sebagai penutup cerita saya ulang balik kata-kata Ramli kepada MP PKR berkenaan. "Duit-duit ini semua budaya Anwar, bukan budaya Umno.

KISAH BENAR- MP PKR MINTA BERJUTA-JUTA (BAB 1)

Apa yang bakal saya ceritakan di bawah ini adalah kisah benar dan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri berhubung dengan dakwaan yang sering dilemparkan kononnya BN 'membeli' wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang setiap kali berlaku kes lompat atau keluar parti.

Sebelum saya menceritakan perkara berkenaan , izinkan saya mengulas terlebih dahulu kes terbaru yang melibatkan ahli parlimen PKR dari Bandar Indera Mahkota.

Anwar Ibrahim membuat tuduhan terbaru semalam, seperti mana yang dilaporkan oleh malaysiakini di sini. Saya sudah muak dengan tuduhan-tuduhan sebegini. Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa saya muak. Saya tahu perkara ini semua dongeng dan tuduhan jahat yang sengaja direkacipta untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

Semua ini adalah untuk menutup kelemahan diri sendiri dan untuk memesongkan pemikiran rakyat dari memberi perhatian kepada isu yang mereka hadapi. Anwar ibrahim juga mengambil kesempatan ini membalas dendam kepada Datuk Seri Jamaludin Jarjis (JJ).

Perlantikan JJ sebagai Duta Malaysia ke Amerika amat tidak menyenangkan Anuar. Ini kerana JJ memainkan peranan yang baik untuk menjelaskan perkara sebenar tentang negara dan keadaan semasa kepada Amerika. Sedangkan selama ini Anwar sering menipu Amerika dengan berita-berita palsu. Kehadiran JJ di Amerika sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh Anwar di sana, sehingga membuatkan pihak di sana sudah tidak lagi mempercayai beliau sekarang.

Itulah yang membuatkan Anwar cemburu kepada JJ. Dan kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib juga terlibat dalam komplot ini. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menanam perasaan benci rakyat kepada BN dan PM.

Yang menjadi persoalan kepada saya, jika benar 'deal' juta-jutaan ini berlaku kenapa Azan tidak mahu melaporkan kepada SPRM. Alasan yang diberikan, kononnya panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik. Jika beliau anggap JJ sebagai kawan baik, kenapa beliau harus mengkhianati JJ secara terbuka dengan membuat tohmahan yang bukan-bukan.

Tidak menjadi perkara pelik kepada saya jika JJ menghubungi Azan. Harus diingat JJ ahli Umno di Pahang, dan Azan juga adalah produk yang dikeluarkan oleh dari kilang Umno di Pahang. Mungkin mereka pernah saling mengenali satu sama lain sebelum ini. Tidak pelik, jika sebagai orang yang dikenalinya, JJ menghubungi Azan sewaktu Azan ada masalah. Sekadar bertanya khabar. Saya yakin 100 % tidak akan ada sepatah pun perkataan tentang duit yang keluar dari mulut JJ sewaktu berbual telefon dengan Azan.

Itu cuma imaginasi Azan dan Anwar Ibrahim kononnya bila ada orang Umno telefon, maka mereka terus terbayang duit. Pemimpin Umno tidak sebodoh itu untuk bercakap mengenai duit dengan musuh politik mereka. Mereka tahu ianya akan diputar belit oleh pembangkang.

Saya juga tidak pelik, jika Azan sendiri bertanya tentang imbuhan dengan JJ. Apabila JJ cuba mengelak atau menolak permintaannya, maka dia tampil membuat pendedahan dengan harapan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang hero yang tidak kelabu mata dengan wang juta-jutaan ringgit dan tetap setia dengan prinsip perjuangan.

Dalam dunia ini tidak payah cakaplah pasal duit. Jika benar-benar Azan telah ditawarkan sedemikian dan melihat duitnya saya yakin Azan telah pun menjadi ahli parlimen BN beberapa hari yang lepas lagi.

'Se tok guru- tok guru' Nik Aziz pun kelabu mata dengan pakej Haji RM 65,000.00 hingga sanggup menuduh blogger sebagai quraisy Malaysia, apatah lagi Azan yang bukan tok guru.

Selabuh-labuh jubah Haji Hadi dan 'sejanggut-janggut' Nik Abduh pun boleh tertawan dengan nombor-nombor kereta yang menarik, apatah lagi Azan yang tak berjubah dan berjanggut.

Kesimpulannya, Azan tak usahlah hendak perasan yang nilainya juta-jutaan. Jika benar ada tawaran sedemikian saya yakin Azan sudah sapu. Disaat-saat beliau bermasalah, duit pun tak banyak, belum tentu lagi menjadi calon dalam PRU yang akan datang, maka bodohlah Azan untuk menolaknya. Tak usahlah nak bagi alasan kononnya iman tebal dan tidak sanggup mengkhianati perjuangan. Kata-kata manis tersebut ibarat menanam tebu di bibir mulut, tapi hati yang sebenarnya adalah lain perasaannya. Jangan kelentonglah, saya tahu sangat dengan perangai-perangai orang PKR.

Berbalik kepada kisah benar yang saya ingin ceritakan. Setiap kali berlaku lompat parti atau keluar parti, saya merasa geli hati dan adakalanya muak bila kita didendangkan dengan fitnah-fitnah kononnya orang yang berkenaan telah dibeli oleh BN. Saya tahu benda ini tidak berlaku dan tak mungkin berlaku. Tidak semudah itu untuk pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan wang seperti yang didakwa.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya. Saya terpanggil untuk membuat pendedahan ini demi untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada orang ramai. Saya mahu orang diluar sana tahu apa yang sebenar. Saya tahu pendedahan saya ini bakal mengundang masalah kepada saya dan juga rakan-rakan yang pernah terlibat. Tetapi saya terpaksa mendedahkan juga kerana saya sudah tidak tahan lagi tuduhan-tuduhan palsu yang semakin melampau sekarang.

Biarlah saya menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Sebenarnya saya sedaya upaya untuk tidak membuka perkara ini . Tetapi saya rasa sudah tidak boleh tahan lagi. Asyik kita sahaja yang diserang, dan kita pula asyik bertahan sahaja , tanpa melakukan serangan walaupun ada peluru, sampai bila pun musuh tak cedera.

Izinkan saya memulakannya. Cerita-cerita yang kononnya BN membeli orang-orang atau wakil rakyat pembangkang semuanya adalah karut semata-mata. Bukan BN yang tawarkan juta-jutaan, tetapi wakil rakyat pembangkang yang menawarkan diri mereka dan merekalah yang meminta berjuta-juta dari BN.

Pada bulan Disember 2008 saya pernah terlibat dalam 'urusniaga' wakil rakyat yang ingin keluar parti. Saya tidak terlibat di peringkat awal. Saya hanya terlibat di peringkat pertengahan. Punca yang membolehkan saya terlibat adalah kawan atas kawan.

Seorang ahli parlimen PKR (MP PKR) menghadapi masalah dengan partinya, beliau ingin keluar parti.

Pada peringkat awalnya beliau 'berurusniaga' dengan kawan kepada kawan saya. Saya tidak tahu langsung tentang 'urusniaga' tersebut peringkat awal. Saya hanya tahu beberapa bulan selepas itu, setelah 'urusniaga' beliau tidak laku kerana tiada orang yang sanggup membelinya.

Bersambung dalam bab 2.