Wednesday, March 31, 2010

P94 HULU SELANGOR : LAPORAN TERKINI

1) Chua Soi Lek juga dikatakan berminat untuk bertanding di Hulu Selangor. Ini bagi membolehkan beliau dilantik sebagai menteri selepas dipilih sebagai Presiden MCA yang baru. Chua baru tersedar yang MCA mempunyai asas untuk menuntut kerusi berkenaan selepas beliau membaca blog GAP yang menunjukkan fakta MCA pernah bertanding di sana sebanyak enam kali sebelum ini.

2) Mengikut laporan MYKMU ,sehingga hari , tiga nama dalam pertimbangan untuk diletakkan sebagai calon BN di sana. Rujuk di sini.

3) Nama yang pernah RBF cadangkan sebagai calon BN di sana iaitu Kamalanathan atau Kamal akan muncul dalam dalam Astro Awani malam ini jam 8.15 untuk bercakap tentang PRK berkenaan.

4 ) Bagi kem sebelah sana, Syed Shahrir Syed Mahamod , iaitu Ketua PKR Kelana Jaya hampir pasti diletakkan sebagai calon.

5 ) Berita yang diterima dari rakan-rakan blogger juga mengatakan GAP hampir pasti akan bertanding sebagai calon bebas disana. Sekarang ini beliau sedang berunding dengan SPR mengenai lambang yang hendak digunakan. Diberitakan GAP tidak berminat menggunakan lambang-lambang bebas yang disediakan oleh SPR , seperti payung, bola, ayam , dll. Difahamkan GAP berkeras hendak menggunakan gambar bogel elizabeth wong sebagai lambangnya.



Tuesday, March 30, 2010

ISU CALON P94: RBF SANGGAH GAP

Saya telah membaca surat yang ditulis oleh sahabat saya iaitu En.Gap kepada Datuk Seri Najib berhubung tuntutan calon Umno bertanding di Hulu Selangor.

Di perenggan kedua secara jelas dia berkata ada orang menyebut dalam blognya bahawa kita hendaklah mempunyai sifat kekeluargaan. Saya tahu ianya berniat untuk menyindir saya, kerana saya ada menyebut ayat sedemikian di dalam artikel saya semalam disini, di perenggan keempat.

Saya berharap pengunjung blog saya atau Gap tidak tersalah anggap perkara ini. Kami tidak bergaduh. Kami hanya berbeza pendapat. Berbeza pendapat tidak bermaksud bergaduh.

Setelah membaca surat Gap terhadap PM, maka saya merasakan Umno bukanlah tempat yang sesuai bagi Gap. Tempat yang sesuai baginya adalah di Perkasa.

Umno adalah parti komponen BN dan BN berjuang untuk semua kaum. Bukannya untuk melayu sahaja. Selain menjaga bangsa melayu, Umno tidak melupakan bangsa lain. Selagi ianya rakyat Malaysia , maka menjadi tanggungjawab semua parti, tidak kira Umno,MCA atau MIC mesti menolong satu sama lain.

Berbalik kepada fakta yang diberi oleh GAP berhubung keputusan p/raya bagi Hulu Selangor sejak 1955. Jika melihat kepada itu, saya merasakan MCA lebih layak dari Umno mengatakan kerusi itu kerusi tradisi mereka.

Umno hanya bertanding sekali di zaman tok kaduk 1955, kemudian MCA bertanding sebanyak enam kali dari tahun 1959-1982.

Saya rasa eloklah bermula hari ini MCA juga boleh menuntut kembali kerusi berkenaan. Mereka ada asas untuk berbuat demikian. Kerana Umno yang hanya bertanding sekali pun mempuyai asas untuk menuntut kembali, apatah MCA yang pernah enam kali bertanding disana. Biarkan 1 Malaysia menuntut kerusi berkenaan.

Pagi esok saya cadangkan Chua Soi Lek juga datang berjumpa PM untuk menyerahkan nama-nama calon MCA yang layak dipertimbangkan untuk bertanding disana.

Berhubung dengan angka-angka yang diberi oleh Gap, kononnya banyak undi melayu lari kepada pembangkang setiap kali mereka meletak calon melayu bertanding disana. Pada saya itu perkara biasa dan tidak boleh dijadikan asas untuk kita menuntut kerusi berkenaan. Yang pentingnya menang walaupun dengan 198 undi. Dalam mana-mana kaum sekalipun sudah tentu ada yang berat untuk mengundi bangsa lain. Itu lumrah berkaum.

Yang membuatkan saya pelik, didalam artikel saudara Gap semalam semasa beliau menyanggah Datuk Seri Khir Toyo, beliau berkata yang beliau tidak mahu terpalit dengan tulisan sesetengah blogger yang terlalu numbering, tetapi dalam masa yang sama dia juga bermain dengan numbering, apabila menulis surat kepada PM. Nampaknya Gap juga telah termasuk dalam kategori yang diminati oleh Astro Awani.

Wahai saudaraku Gap, sedarilah oleh kamu yang PRU lebih penting dari PRK. Kita harus memandang yang lebih besar. Benar kata Datuk Seri Khir Toyo, apa erti kemenangan jika hati rakan kita terguris. Apatah lagi mereka adalah rakan pernah jatuh bangun bersama kita.

Ingatlah saudara Gap,PRU 1999 Umno mengalami kekalahan yang agak luar biasa. Tanpa bantuan rakan-rakan kita dari MCA dan MIC kekalahan Umno lagi parah. Contoh, Datuk Seri Noh Omar hampir kalah di Tanjung Karang, nasib baik peti-peti undi cina di Sekinchan menyelematkan BN. Pada masa itu cina dan india 'all out' menyokong BN, manakala melayu 'swing' habis kepada Barisan Alternatif. Pada masa itu tidak pernah terdengar pun mereka menuntut yang bukan-bukan.

Sudah menjadi lumrah di Malaysia , setiap 10 tahun sekali keributan politik pasti melanda. Datang pula PRU 2008. Kali ini giliran mereka mereka mengalami kekalahan teruk. Adalah tidak patut ,kita menekan mereka dengan meminta kembali kerusi yang kita beri kepada mereka.

Sepatutnya kita sama-sama guna PRK sebagai ujian untuk menolong mereka membaiki prestasi agar mereka mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dalam PRU akan datang. Bila mereka cemerlang, kita pun boleh tumpang senang. Begitulah juga sebaliknya.

Samalah dengan kisah penternak lembu yang gila duit. Setiap hari dia perah susu lembu untuk dapat duit cepat walaupun sedikit. Bila susu di perah setiap hari sudah pasti dagingnya kurang. Sedangkan harga daging lebih mahal dari susu. Macamana nak dapat untung, beli lembu dua ribu seekor, jual susu dapat 500-600 sahaja. Kemudian lembu nak jual pun tak boleh kerana sudah kurus kering, akhirnya lembu mati, modal hilang, untung tak tahu kemana.

Begitulah dengan kita, jangan kerana hendakkan satu kerusi dan terlalu ingin menang,maka dalam PRU akan datang menangis tak berlagu.

Keratan blog saudara GAP pada 26.Nov.2009. Klik pada imej untuk membacanya dengan jelas.

Pada 26.Nov.2009, Saudara Gap sendiri pun pernah mengakui di blognya tentang MCA dan MIC yang membantu kemenangan BN dalam PRU 1999. Saudara sendiri meminta Umno membantu MCA agar pulih kembali. Rujuk di sini

Ya betul, saya sokong pendapat saudara yang Umno harus tolong pulihkan MCA, begitu juga dengan MIC. Jangan kita beri alasan kononnya orang-orang India sudah menolak MIC dan mereka tidak patut bertanding di Hulu Selangor. Menjadi tugas kita untuk menolong memulihkan MIC. Lagi pun orang-orang india bukannya tidak suka kepada MIC, mereka cuma tidak suka kepada Samy Vellu.

Saudara GAP, kawan ketawa mudah dicari, kawan mengangis sukar ditemui. Susah senang, harus bersama. Ikatan yang sudah terbina 50 tahun jangan dimusnahkan hanya kerana satu kerusi.

Harus diingat undi melayu di Hulu Selangor, bukannya melebihi 60 %. Hanya 51 %.Jika dicampur undi cina dan india, ianya hampir sama. Jangan kerana kerusi ini, kita dilihat zalim kepada rakan-rakan yang berada dalam keadaan sukar. Ianya akan memberi kesan yang besar dalam PRU akan datang.

Pembangkang juga akan guna isu ini untuk menggambarkan yang Umno itu zalim kepada rakan-rakan mereka di dalam BN.

Siapa sahaja calon BN di Hulu Selangor, BN akan tetap akan mencapai kemenangan sekiranya semua bersatu padu dengan tekad untuk menang. Kalau awal-awal lagi sudah berpecah, maka berpecahlah keputusannya kelak.

Di dalam artikelnya semalam GAP menyanggah Datuk Seri Khir Toyo, kononnya DSKT bernostalgia dengan keputusan PRK Ijok 2007 dan Teluk Kemang 1999. Gap berkata ianya isu politik yang berbeza, yang bermaksud masa itu situasi politik berbeza dengan sekarang. Mungkin maksudnya ia tidak sepanas sekarang. Rujuk di sini

Tetapi dalam masa yang sama GAP juga lebih bernostalgia dengan peritiwa MCA keluar dari Perikatan pada 1969 dan datang kembali bersama BN. Itu dulu wahai Saudara Gap. Situasi politik sekarang telah berbeza. Jika ditakdirkan mereka keluar sekarang, saya rasa sukar untuk mereka kembali bersama kita.

Sekarang ini orang cina dan india sedang memerhatikan Umno, mereka nak tengok samada Umno ikhlas atau tidak bercakap pasal 1 Malaysia. Sekiranya calon Umno juga yang menjadi pilihan di Hulu Selangor, maka bangsa lain akan melihat Umno adalah sebuah parti yang mementingkan diri sendiri. Saya yakin mereka akan mencari kapal lain untuk ditumpang dalam PRU akan datang.

Ingat ! Umno tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan dan dokongan rakan-rakan lain dalam BN, melainkan seluruh bangsa melayu bersatu.

SIAPA DIA BLOGGER X-PKR SUDAH TERDEDAH

Selama ini ramai orang diselebungi misteri, ramai yang tertanya-tanya siapa dia blogger X-PKR yang sebenarnya.

Melihat kepada tulisan-tulisannya yang begitu hebat, kemas dan tersusun sudah tentu kita dapat menjangkakan beliau bukan seorang blogger jalanan seperti saya. Beliau blogger ada class.

Nampaknya ia memang benar. Sekarang saya sudah mengetahui siapa beliau. Tetapi disebabkan oleh janji saya dengan beliau, maka saya terpaksa amanah. Saya tidak boleh dedahkan siapa dia yang sebenarnya. Jika anda semua tahu , anda semua pasti terkejut. Nama ini adalah satu nama besar di zaman reformasi dulu.

Tetapi beliau tidak lagi bersama dengan PKR sekarang, tidak juga bersama Umno, tetapi bersama PAS, PAS lah...., PASSSSS....kenapa tak percaya?

Janji beliau ialah, beliau akan dedahkan dirinya satu hari nanti. Teruskan agenda anda menyusun Adun dan MP pembangkang keluar PKR wahai blogger X-PKR.

Nampaknya benarlah apa yang dikatakan selama ini, bahawa tidak semua orang di dalam Pak-katang rakyat menyukai Anwar Ibrahim.

Anwar terus ditikam dari dalam oleh kawan-kawan sendiri.

Klik sini untuk ke blog X-PKR


ADUN HARBI KUALA SEPETANG MELAMPAU

Adun harbi Kuala Sepetang dari PKR nak tunjuk samseng hari ini. Tidak menghormati dewan sewaktu doa dibacakan. Sudah menjadi kelaziman di Dewan Negeri atau Dewan Rakyat semasa doa dibacanya semua Adun dikehendaki bangun. Bagi yang Islam mereka berdoa. Manakala bagi yang bukan Islam mereka tunduk sebagai tanda hormat kepada Islam sebagai agama rasmi negara.

Tetapi oleh kerana sikap besar kepala yang melampau, Adun PKR (Tai Sing Ng) tidak bangun langsung sebagai tanda hormat, sedangkan semua Adun lain bangun. Manusia seperti ini perlu diajar, biar dia tahu langit tinggi atau rendah.

Video di bawah ni pula menunjukkan bagaimana Sivakumar meluru untuk duduk di kerusi Speaker sewaktu Datuk Ganesan pergi menjemput Tuanku untuk masuk merasmikan Dewan. Tetapi ianya dihalang oleh Bentara Dewan.

Lihat juga di barisan depan, sekali. Kelihatan tiga beradik yang putus wayar. Seorang putus wayar, hijau, seorang merah dan seorang biru duduk sebaris. NiJar , Nga dan Ngeh.


MEREKA BENGANG WARTAWAN 'DIKURUNG'

Nampaknya geng-geng harbi cuba menjadi hero kepada wartawan-wartawan yang membuat liputan sidang Dun kali ini.

Mereka tidak puas hati wartawan ditempatkan di tempatkan di dalam sebuah bilik kaca dan boleh mendengar persidangan dengan jelas melalui pembesar suara dalam bilik kaca tersebut.

Tujuan diletakkan begitu ialah supaya wartawan tidak berterabur dan patuh kepada undang-undang dewan. Dua sidang Dun sebelum ini ramai wartawan tidak menghormati dewan, mereka berkeliaran,menyerbu sana-sini dan mengambil gambar menggunakan flash. Majoriti wartawan yang berperangai begitu ialah wartawan-wartawan cina.

Sebab itu geng-geng harbi bengang bila wartawan ditempatkan di bilik berkenaan. Kerana mereka tidak lagi menjadi tumpuan wartawan dan keadaan menjadi tenang. Mereka perlukan kekecohan untuk menggambarkan Adun - Adun BN jahat. Niat mereka hendak 'berdrama' terbantut.

Sebelum Raja Muda memasuki dewan tadi , kelihatan Thomas Su menyerang Dr.Zambry di tempat duduk MB. Apa yang beliau kata , saya belum dapat tahu. Akan dibawa kemudian.

Sekarang dewan ditangguhkan sehingga esok. MB Perak sedang mengadakan sidang media sekarang di Bangunan Darul Ridzwan. Manakala geng-geng harbi mengadakan sidang media di tempat suci mereka iaitu, bangunan DAPig.

THOMAS SU TAK HABIS-HABIS PROVOK

Adun DAP harbi dari Pasir Pinji,Thomas Su tidak habis-habis melakukan provokasi. Menjerit sana-sini. Sama juga dengan dengan tuan yang memeliharanya iaitu Nga Kor Ming.

Sebelum memasuki dewan tadi pun beliau menimbulkan kekecohan dengan anggota keselamatan.

Semasa Raja Muda sedang berucap beliau cuba provok Adun Jelapang dengan menunjuk-nunjuk isyarat tangan.

Ucapan Raja Muda sudah selesai. Dewan sedang berhenti rehat. Bila bersambung nanti, episod kekecohan akan bermula kembali.

DARI DUN PERAK - AKHIRNYA NIZAR MENGALAH

Akhirnya wak long (nizar) dan wak dogol (sivakumar) dua watak utama wayang kulit mengaku kalah.

Dalam sidang DUN Perak hari ini, wak long terpaksa akur dan duduk di kerusi ketua pembangkang. Manakala wak dogol tidak lagi mengenakan jubah speaker haram.

Sekarang Raja Muda Perak sedang menyampaikan ucapan.

Monday, March 29, 2010

BRAVO DATUK SERI NOH OMAR

Sinar Harian hari ini 29/3/2010

Saya menyokong 100 % apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Adakalanya orang-orang Umno terlebih pandai dari Presiden parti. Setiap kali ada p/raya kecil mulut mereka lebih cepat dari mulut Presiden dalam bercakap pasal calon.

Dua tiga hari lepas mereka buat kenyataan nak minta Umno bertanding. Esok lusa ,Kamilia Ibrahim pula buka mulut nak minta calon wanita bertanding. Macam-macam kerenah. Semuanya nak mengajar Presiden.

Bercakap kedai kopi senanglah. Orang yang dalam bilik mesyuarat bagai nak pecah kepala memikirkannya, kita tak tahu. Duduk di dalam barulah kita tahu betapa sukarnya mengendali kan parti yang pelbagai kaum.

Benda-benda ini semualah yang membuat perpecahan telah berlaku sebelum p/raya. Bila masa kempen kelak, ada yang merajuk, ada yang boikot, ada yang marah. Itu semua tanda-tanda menuju kekalahan.

Nak menang, buat cara nak menang. Siapa yang Presiden pilih kita terima dan kita pakat-pakat buat kerja, kalau kalah Presiden jawab. Bersatu teguh, bercerai roboh.

HULU SELANGOR : ASAL BUKAN KUDA TUA, BN AKAN MENANG

Mungkin akan ada dikalangan rakan-rakan saya yang tidak setuju dengan apa yang saya perkatakan dalam artikel ini. Mungkin ianya juga tidak menyenangkan sesetengah ahli-ahli Umno.

Tetapi saya terpaksa berkata benar walaupun pahit. Prinsip itulah yang dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin hingga Pak Lah terpaksa letak jawatan lebih awal.

Perbezaan pendapat antara kita tidak menjadi masalah, malah ianya lebih bagus untuk mencambah pemikiran. Yang penting matlamat dan hala tuju kita sama, iaitu BN menang di Hulu Selangor.

Berbalik kepada isu calon Hulu Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Perkara ini senang saja. Formulanya mudah. Pegang saja kepada prinsip kekeluargaan BN. Semuanya boleh selesai.

Itu kerusi MIC, maka kita kenalah bagi peluang untuk MIC bertanding. Lainlah MIC dengan rela hati menyerahkan kepada Umno. Kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam semangat BN yang sudah terjalin lebih 50 tahun.

Kita tidak perlu pertikaikan yang pengundi melayu lebih dari 50 % disana. Kalau nak dikira begitu tiada satu tempat pun daripada 222 kerusi parlimen dan lebih 400 kerusi Dun dalam negara kita yang majoritinya pengundi india. Kita beri atas konsep kongsi kuasa BN.

Kita Umno, sebagai abang sulong dalam BN haruslah menunjuk contoh yang baik kepada adik-adik yang lain di dalam BN. Biarlah ianya selaras dengan kehendak Pengerusi BN yang juga PM iaitu konsep 1 Malaysia.
Jangan pula hasrat Datuk Seri Najib memperkasakan 1 Malaysia menjadi tong kosong. Puas sudah beliau keliling negara sampai naik lenguh mulut bercakap pasal 1 Malaysia, tetapi kita dibawah tidak menyahutnya.

Bukan niat saya hendak menolak Umno dari bertanding di sana. Kalau ikutkan hati saya , saya mahu semua calon Umno yang bertanding di seluruh kerusi parlimen dan Dun dalam negara kita.

Tapi kita kena ingat, kita tak mampu menang tanpa sokongan MCA,MIC dan yang lain-lain. Kawasan melayu yang 70 % keatas mungkin bolehlah. Kawasan campuran hancurlah.

Sebagai contoh, akibat MIC,MCA dan Gerakan banyak mengalami kekalahan teruk di Perak dalam PRU yang lepas , maka kita hilang kerajaan yang ditunjangi Umno di Perak. Calon Umno hampir semua menang . Tapi apa maknanya Umno menang, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan dan kehilangan jawatan MB. Kita hanya kekurangan tiga kerusi sahaja di Perak. Begitu juga di Parlimen, akibat rakan-rakan kita kalah banyak, maka kita hilang majoriti 2/3 di dewan rakyat.

Sebab itu kita jangan pandang ringan kepada rakan-rakan kita. Sedikit sebanyak mereka menyumbang kepada kita. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Inilah masanya untuk kita menolong mereka memperbaiki balik parti mereka yang rosak imejnya dalam PRU yang lepas. Itu sebahagian dari tanggungjawab kita dalam BN. Kita harus ingat dalam perut yang dikandung BN itu bukan Umno sahaja yang ada. Tiga belas parti komponen yang ada. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Jika kita tidak sama-sama membantu memulihkan mereka, maka kita terimalah akibatnya dalam PRU yang akan datang. Yang membuatkan BN kalah teruk dalam PRU lepas bukannya Umno. Umno masih lagi kuat. Yang membuat kita kalah adalah parti-parti rakan kita. Jangan sampai mereka terasa hati dan mereka keluar dari BN. Kita yang akan menerima padahnya kelak.

Kita patut bersyukur dengan semangat setiakawan rakan-rakan kita dalam BN yang tidak belot kepada kita dalam peristiwa 16 September 2008. Andai ditakdirkan pada masa itu mereka belot, maka hancurlah kita. Sebab itu kita kena hormat-menghormati satu sama lain dan jangan melakukan perkara yang mengguris hati kawan. Begitu juga dengan kawan kita , jangan mengguris hati kita.

Berhubung dengan calon Hulu Selangor,ada rakan-rakan yang berkata Datuk Zainal Sakom wajar dicalonkan. Ya benar , saya setuju. Datuk Zainal mampu memberi kemenangan kepada BN , tetapi kita boleh calonkan dia , jika MIC setuju memberi laluan kepada Umno dengan rela hati.

Tetapi kalau dia tidak beri kita tidak boleh ambil, itu hak dia. Begitu juga dengan kerusi Umno, MIC dan MCA tidak boleh ambil, jika kita tidak beri, itu hak kita. Disinilah penting semangat muafakat dan musyawarah dalam BN. Jangan sampai musuh kita mengambil kesempatan dengan mengatakan Umno menindas rakannya dalam BN.

Andai ditakdirkan MIC bertanding disana, saya rasa tidak perlu untuk MIC mempertaruhkan semula kuda tua mereka yang pernah rebah disana akibat berlaga ibu jari semasa hampir tiba ke garisan penamat sebagai juara. Jarang orang boleh rebah akibat berlaga ibu jari, biasanya berlaga lutut atau buku lali. 198 undi itu,maksud berlaga ibu jarilah.
Kuda Tua MIC

MIC perlu meletak calon baru yang segar,bersih dan muda. Orang Hulu Selangor sudah tolak kuda tua (G.Palanivel). MIC tidak pernah ketandusan bakat baru. Sejarah MIC mempertaruhkan bakat baru dalam p/raya kecil biasanya membawa untung. Lihat sahaja S.Sothinathan dalam p/raya kecil Teluk Kemang 1999 dan Cikgu Parthiban di Ijok 2007.
Kamal

Antara bakat baru yang boleh diketengahkan ialah Ketua Putera MIC yang juga Ketua Penerangan MIC sekarang iaitu P.Kamalanathan atau lebih dikenali dengan nama timang-timangannya Kamal.

Beliau tidak pernah bertanding dan orang muda yang tiada isu dan tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Hulu Selangor. Jika tidak beliau pun, mungkin ada nama-nama lain yang boleh diketengahkan oleh MIC. Asalkan bukan kuda tua.

Kita sudah boleh baca mengapa kuda tua mengidam untuk bertanding disana. Kerana beliau sebagai Timbalan Presiden MIC sudah tentu akan dilantik sebagai menteri sekiranya menang. Ini bermakna Dr.S Subramaniam akan diketepikan dari kabinet. Berlaku pula perpecahan dalam MIC antara kem kuda tua dan kem Dr.Subra. Sudah jelas matlamat kuda tua bukan untuk jadi wakil rakyat, tetapi untuk jadi menteri.

Beliau menang dalam pemilihan MIC, bukan bererti beliau akan menang dalam p/raya kecil ini. Kalau dia kuat dia tidak akan kalah dengan 198 undi, disaat tiga Dun BN menang tujuh ribu lebih undi.

Sifir saya senang,TIDAK KIRA UMNO ATAU MIC , ASAL BUKAN KUDA TUA (G.Palanivel) , BN akan menang mudah di Hulu Selangor.

Kerusi Parlimen dan Dun Hulu Selangor akan menggambarkan semangat 1 Malaysia yang sebenar. Parlimen India, Dun dua Melayu dan satu Cina.

Komen anda dialu-alukan untuk kita bertukar-tukar fikiran.

Ikuti pandangan Datuk Seri Khir Toyo disini

Ikuti juga kisah Anwar pinggirkan Dr.Zainal disini yang ditulis oleh salah seorang bekas pimpinan PKR yang bersama dengan PAS sekarang.

Sunday, March 28, 2010

KERAJAAN JOHOR PERLU JELASKAN ISU ROBOH RUMAH


Kemaskini@ 28/3/10 jam 2311- Email yang saya terima dari seorang pembaca yang bernama Othman Saad

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga Umno terus perintah Johor!
Johor, kubu kuat Umno/Bn tetapi beberapa tempat tertentu telah berjaya ditembusi oleh pembangkakang dalam PRU yang lalu. Dalam saat untuk menghadapi PRK di Selangor, Johor buat hal pula. Jangan ingat Melayu mudah lupa, jangan ingat Melayu senang diurus dan jangan perlekehkan Melayu, nanti PRU ke 13 lingkup...Isu ini sudah tentu akan diperdendangkan di PRK Hulu Selangor nanti. Kepimpinan tertinggi Umno/Bn perlu memperjelaskan isu ini dengan segera.
Semasa perasmian persidangan PERKASA, Tun M telah mengatakan bahawa kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.
Kewujudan NGO Melayu yang begitu ketara sekali adalah untuk memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka, Prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya untuk mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Kenyataan ini sudah tentu akan di manipulasi oleh pembangkang. Bersiap lah wahai Bn....

Artikel Asal Saya
Inilah kelemahan BN dari dulu sampai sekarang. Mereka gagal menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat dengan sejelas-jelasnya , agar rakyat tahu apa perkara sebenar.

Apabila tidak dijelaskan, maka rakyat akan menjadi marah dan mereka akan percaya kepada khabar-khabar angin atau fitnah yang disebarkan.

Isu perobohan rumah setinggan di Kempas sudah beberapa hari didendangkan oleh blog-blog yang pro pembangkang. Mereka main tibai ikut sedap mereka sahaja.

Tetapi, sehingga ke hari ini tiada ada satu penjelasan lagi pun yang dikeluarkan oleh Kerajaan Johor yang diperintah oleh BN.

Kerajaan ada media masa, dan gunanya media masa adalah untuk menjelaskan sesuatu perkara yang kelabu kepada rakyat.

Jangan kata rakyat, saya sendiri pun tidak tahu apa cerita sebenar disebalik perobohan rumah-rumah tersebut. Benarkah mereka tidak mendapat pampasan ? Sudah berapa lama mereka diberi peluang untuk berpindah ? Tanah asal milik siapa ? Apa yang nak dibangunkan disitu ? Itu yang perlu dijelaskan.

Bila perkara ini tersebar di blog, ianya bukan lagi menjadi isu tempatan, ianya sudah menajdi isu nasional. Perkara ini boleh memberi kesan kepada BN diseluruh negara. Sebagai contoh isu Kg.Buah Pala. Ianya menjadi isu nasional dan hasilnya semua saluran mengundi kaum india di Bagan Pinang Pas kalah. Apakah kita tidak mengambil itu sebagai iktibar ?

Tolonglah...tolonglah...Kerajaan Johor kena tolong jelaskan isu ini jika mereka berada di pihak yang benar. Jangan sampai ianya menyusahkan orang-orang parti di bawah untuk menjawab. Bila kita tahu perkara sebenar, maka bolehlah kita tolong menjawab atau menjelaskan kepada orang ramai.

Sekarang ini, kita pun tak tahu apa nak jawab, bila diperli atau ditanya oleh orang ramai. Kerana kita pun tak tahu cerita sebenar.

Ingat ! Tahun 2004 PAS berjaya mencoroboh kerusi DUN Johor yang terkunci rapat sebelum itu melalui calonnya Ramli Mohd Kari yang menang kerusi DUN Senggarang secara percuma. Itu baru detik permulaan.

Tahun 2008 ianya semakin berkembang lagi. PAS dapat dua kerusi DUN dan DAP dapat empat kerusi DUN serta satu Parlimen.

Jangan sampai PRU 13, BN hilang majoriti 2/3 di DUN Johor. Kegagalan menjelas dengan baik isu ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada BN dalam PRK Hulu Selangor.

Oleh yang demikian janganlah berat mulut untuk menjelaskannya.

Antara blog pro pembangkang yang memanaskan isu ini.

Klik di sini
Sini
Sini
Sini
Sini
Sini
Sini
Sini

Saturday, March 27, 2010

DATUK HAMIDAH KINI MT UMNO

Datuk Hamidah (kanan) bersama suaminya, Idris Ahmad, bekas pemain bolasepak Liga Semi Pro 80/90 an bagi pasukan Perak dan Negeri Sembilan
Saya pernah terserempak dengan beliau semasa kempen di Manek Urai tahun lalu
"Dengar sini mokcik-mokcik, kawe nak royat, PAS adalah sebuah parti yang penipu dari gigi susu sampai gigi palsu".

Berita yang baru saya dapat dari seorang teman sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Hamidah Osman, Exco Kerajaan Perak yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia kerana telah dilantik sebagai MT Umno berkuatkuasa semalam.

Perlantikan beliau sebagai mengisi kuota dari Wanita Umno di dalam MT yang telah ditambah kepada dua orang dalam pindaan perlembagaan Umno yang lepas.

Semoga Datuk dapat menjalankan tugas dengan baik dalam memperjuangkan hak-hak kaum wanita dan juga bangsa.

Jangan lupa juga kasi ajar sama DAP cukup-cukup dalam sidang DUN Perak yang akan datang ini.

Nah....ambil kau
Dushhh.....

KAWAN KALIMULLAH BERI NASIHAT KEPADA BN

Sekali baca rasa nak tergelak, tetapi biarlah, demi menghormati beliau saya terpaksa batalkan gelak sakan saya itu.

Menurut laporan M Star online hari ini , kawan rapat kepada Kalimullah Hassan yang juga bekas PM Malaysia meminta BN meletak calon yang boleh menang dalam PRK Hulu Selangor yang bakal diadakan nanti. Lihat disini

Alhamdullillah, nampaknya dia sudah insaf dan sedar dengan kesilapan silam yang dia lakukan. Lalu dia minta orang lain jangan melakukan kesilapan yang dia pernah lakukan dalam PRK Kuala Trengganu awal 2009.

Pada masa itu boleh dikatakan hampir semua orang BN tidak bersetuju dengan Wan Farid diletakkan sebagai calon BN. Ada cerita yang tersebar kononnya pengumuman calon terpaksa ditunda seminggu kerana Datuk Seri Najib sebagai Timbalan Pengerusi BN yang juga TPM pada masa itu rasa berat untuk mengumumkan nama Wan Farid sebagai calon kerana tidak diterima oleh akar umbi.

"Seminggu Najib pegang sampul surat (nama calon), untuk pujuk Pak Lah tukar calon" , itulah kata-kata yang banyak kedengaran di kedai-kedai kopi dan lobi-lobi hotel di Kuala Trengganu pada masa itu. "Tapi Pak Lah tak peduli, dia nak Wan Farid juga" itu kata orang. Orang Kuala Trengganu pada masa itu hendakkan Cikgu Zubir diangkat sebagai calon BN.

Al-hasilnya BN kehilangan kerusi Kuala Trengganu, kerana kedegilan orang tersebut. Walaupun Wan Farid diumumkan akan dilantik sebagai Timbalan Menteri jika menang PRK berkenaan, rakyat tetap menolaknya. Ini menunjukkan kuasa rakyat lebih besar dari kuasa orang itu. Tidak pasal-pasal BN kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat disaat kerusi yang semakin berkurangan.

Sekarang beliau cuba memberi nasihat kepada BN agar tidak melakukan kesilapan yang dia buat dulu. Walaupun dia tidak cakap secara terus terang, tapi kita harus memahami maksudnya. Maka kita haruslah menerima nasihat beliau.

Selamat maju jaya kepada orang itu. Beliau akan tetap dikenang sebagai PM yang paling 'baik' dalam sejarah negara. 'Baik' dari segenap sudut dan inci.

TENDER 'PELIK' KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Apa yang saya coretkan dibawah ini adalah luahan hati penduduk rumah pangsa lama Kg.Kerinchi. Mereka minta saya ketengahkan perkara ini di dalam blog saya. Saya tidak boleh menolak permintaan orang ramai. Selain dari bermain politik, tugas kita sebagai blogger juga adalah menolong orang ramai.

Rumah pangsa lama empat tingkat Kg.Kerinchi bakal dirobohkan tidak lama lagi. Ini bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah yang lebih banyak dan selesa di kawasan berkenaan.

Penduduk sekarang akan dipindahkan ke rumah lain untuk sementara waktu, dan akan kembali ke kediaman baru di kawasan berkenaan apabila siap kelak.

Yang menjadi masalah kepada sebahagian penduduk sekarang ini ialah tentang tender 'pelik' yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan kepada pemaju yang akan membangun kawasan tersebut.

Kebiasaannya, apabila sesuatu projek hendak dibuat oleh kerajaan, maka kerajaan akan mengumumkan tender di dalam surat khabar atau website. Kontraktor yang berminat dan layak menyertai tender tersebut boleh datang membeli borang tender. Kemudian akan dinyatakan spesifikasi yang dikehendaki oleh kerajaan. Penender akan memberi sebutharga atau lain-lain yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dinyatakan oleh pengeluar tender.

Setelah siap mengisi borang tender, maka kontraktor yang menyertai tender akan memulangkan semual borang tender mereka sebelum tarikh yang ditetapkan. Selepas itu satu j/kuasa tender akan bermesyuarat untuk menentukan syarikat mana yang layak mendapat tender tersebut.

Itu cerita tender biasa, dibawah ini pula cerita tender 'pelik' yang dikeluarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Saya difahamkan tiada pengiklanan tender dikeluarkan. Tetapi ada empat syarikat yang masuk tender berkenaan. Dari mana syarikat berkenaan mendapat tahu tentang tender berkenaan saya tidak pasti. Saya tidak mahu bersangka buruk.

Satu syarikat akan dipanggil setiap hari untuk membuat 'presentation' kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, apa yang boleh mereka tawarkan.

Hari ini, syarikat A datang membuat 'presentation' dia boleh bagi bla...bla...bla..... Esok pula syarikat B datang buat 'presentation' dia boleh bagi bla.....bla.... bla.... Begitulah seterusnya sehingga habis empat syarikat.

Kemudian penduduk diberitahu apa yang keempat-empat syarikat berkenaan boleh beri. Dan penduduk diberi pilihan untuk untuk memilih syarikat mana yang mereka hendak pilih melalui satu sistem pengundian yang akan diadakan esok (28/3/2010) di Kg.Kerinchi.

Anda nampak tak apa yang saya nampak di ayat yang saya merahkan ? Disitu kita boleh pertikaikan ketelusan.

Saya tidak mahu bersangka buruk. Cuma meragui sahaja. Jangan pula alasan penduduk yang membuat pilihan digunakan , jika tidak berlaku ketelusan.

Hari ini syarikat A datang bagi tawaran, bla...bla...bla... Tidak mustahil jika ada dikalangan orang dalam yang akan beritahu syarikat B yang akan datang buat 'presentatoin' keesokan hari supaya 'up' kan sedikit tawaran dari apa yang ditawarkan oleh syarikat A.

Begitu juga selepas syarikat B membuat tawaran, mungkin akan ada pula orang dalam yang akan memberitahu kepada syarikat C yang akan datang buat 'presentation' esok supaya 'up' kan sedikit lagi tawaran dari apa yang ditawarkan oleh syarikat A dan B.

Selepas itu, apabila berlaku pula pengundian, tidak mustahil juga berlaku 'politik wang' untuk membeli undi daripada penduduk yang hanya berjumlah lebih kurang 400 - 500 orang yang layak mengundi. Ianya boleh berlaku, setakat keluar RM 1-2 juta mereka tidak kisah, untuk tujuan mendapat projek yang bernilai puluhan juta.

Contohnya, syarikat A tawarkan RM 500.00 kepada seorang pengundi, kemudian datang pula syarikat B tawarkan RM 700.00, datang pula C tawarkan tinggi lagi, begitulah seterusnya. Pada malam terkahir sebelum pengundian,tawaran semakin meningkat,meningkat,meningkat dan terus meningkat lagi.

Akhir sekali, bila rumah siap kelak, rumah retak ,rumah bocor dan tidak mustahil rumah boleh runtuh. Yang menjadi mangsa adalah penduduk juga. Datanglah pula PRU ke 13, maka bungkuslah pula BN di Lembah Pantai.

Jika benarlah apa yang didakwa oleh sebahagian penduduk, saya berharap Menteri Wilayah dapat kaji balik perkara ini sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini. Harap juga SPRM dapat intai-intai sikit.

Kekadang niat baik kerajaan nak menolong rakyat, jadi rosak kerana sikap segelintir individu. Itulah yang membuatkan rakyat marah kepada kerajaan. Puak-puak sebelah sana duduk tunggu dan intai untuk tembak kerajaan.

Apa pendapat anda semua ?


Dibawah ini saya copy paste surat yang dihantar oleh penduduk kepada DBKL dan dihantar kepada saya melalui email.

Kepada dato

DBKL

Dato,

Per: Penangguhan Projek Pembangunan Semula ……….

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Untuk makluman pihak Dato, saya merupakan salah seorang daripada pemilik dan penduduk Kg Kerinchi yang pada masa ini dalam proses rancangan Pembangunan Semula. Projek pembangunan semula ini adalah di antara pihak penduduk dan pihak syarikat pemaju swasta dan melibatkan pihak DBKL sebagai pihak perantara.

Sehubungan dengan itu saya sebagai pihak terbabit ingin mendapat penerangan lebih lanjut berkenaan cadangan projek di atas. Terdapat beberapa kemuskyilan yang perlu di beri penelitian lebih lanjut agar projek tersebut di atas dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada pemilik-pemilik sedia ada. Untuk makluman pihak Dato, perkara yang tersenarai di sini adalah isu-isu yang sering dibangkitkan di kalangan penduduk.

i) sama ada cadangan pihak-pihak pemaju swasta adalah menepati garis panduan serta keperluan tender sebagai contohnya projek brief/pre-bid di mana semua pihak tersebut menawarkan tender berdasarkan asas yang sama

ii) sama ada tawaran pihak pemaju adalah munasabah berdasarkan keadaan semasa dan bukannya sekadar meraih keuntungan maksima dan tidak seimbang dengan pampasan yang diperoleh oleh pihak pemilik

iii) sama ada nilai pampasan telah ditetapkan oleh setiap pihak pemaju bagi tujuan penilaian dan perbandingan

iv) adakah sebarang laporan penilaian di buat bagi menentukan harga pasaran sebenar sebagai rujukan dalam menentukan cadangan pihak pemaju

v) jaminan bahawa kepadatan pembangunan yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan infrastruktur dan kemudahan sedia ada atau yang akan di naik taraf bagi mengelakkan kerumitan kepada pihak penghuni di masa depan

Perkara tersebut di atas adalah merupakan antara beberapa daripada tanda tanya yang sering menjadi buah mulut penduduk. Saya sendiri tidak mempunyai latar belakang teknikal dan tidak arif berkenaan perkara di atas. Oleh yang demikian saya amat mengharapkan penjelasan daripada pihak tuan bagi diri saya dan juga ramai lagi pemilik yang turut berasa gelisah.

Sementara menunggu maklum balas pihak tuan, saya ingin mengesyorkan bahawa sebarang langkah seterusnya khususnya bagi pengundian pemilihan pihak pemaju pada 28hb Mac 2010 ditangguhkan sehingga penelitian lebih rapi terhadap tender tersebut serta pendapat pemilik diberi perhatian.

Sekian

Sk: Pemilik-pemilik






Friday, March 26, 2010

MAHKAMAH-TAHAN PASPOT ANWAR !

Seandainya manusia yang dituduh meliwat Saiful adalah saudara RBF atau GAP, saya yakin sekarang kami telah berada di balik tirai besi sementara menunggu perbicaraan selesai.

Tetapi inilah pelik sistem keadilan di Malaysia. Orang yang ada pangkat atau kedudukan bebas ke sana sini walaupun dituduh melakukan kesalahan yang berat.

Ingatkah anda kepada seorang peguam yang sekapal dengan Karpal Singh, iaitu Balwant Singh. Beliau pernah dituduh membunuh seorang despatch di Bangsar pada tahun 2002.

Kerana beliau seorang yang hebat dan terkenal,maka beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 500,000.00. Sedangkan kesalahan membunuh tidak membenar tertuduh diikat jamin.

Manakala, Hanif Basri seorang jurutera di MBSA tidak dibenarkan ikat jamin semasa dituduh membunuh Norita Samsudin.

Kedua-dua mereka menghadapi pertuduhan yang sama iaitu membunuh. Akhirnya kedua-dua mereka didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Yang membezakan mereka ialah , seorang boleh diikat jamin manakala seorang lagi tidak boleh diikat jamin. Mengapa ? Biarlah persoalan ini bersarang di minda kita.

Sementara itu dalam kes yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sekarang, ianya diletak dalam kategori seks luar tabii di bawah seksyen 377 B Kanun Keseksaan. Saya difahamkan, seseorang yang dituduh dibawah seksyen ini tidak dibenarkan diikat jamin.

Oleh kerana dia seorang Datuk Seri dan kerajaan takut dituduh melakukan konspirasi sepertimana 1998 , maka beliau dibenarkan diikat jamin.

Sudahlah dibenarkan diikat jamin, paspot antarabangsa pula tidak ditahan, sehingga dia bebas ke mana-mana untuk membicarakan pertuduhan liwat ke atas dirinya. Keliling negara dan dunia mencanang kononnya dia difitnah.

Manakala si mangsa pula hidup terkurung bagai banduan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati menangis tiada siapa yang tahu. Si pelaku bebas terbang diawan biru. Begitulah hebatnya sistem di Malaysia.

Lebih malang, si pelaku pula boleh mempermainkan-mainkan mahkamah dan hendak menetapkan hari perbicaraan mengikut seleranya. Malangggg lagi, bila bala 'tentera'nya bebas bergerak kesana sini untuk berceramah dan mengedar risalah-risalah perkara yang masih dalam perbicaraan.

Oleh yang demikian, untuk bertindak adil, mulai saat ini mahkamah haruslah menahan paspot antarabangsa Anwar Ibrahim sehingga perbicaraan selesai. Kalau dia rasa dia nak cepat keluar negara, maka dia harus cepatlah selesaikan kesnya di mahkamah.

Percayalah cakap saya wahai rakan-rakan sekalian. Jika paspot Anwar tidak ditahan, satu hari nanti , bila dia lihat dia sudah tidak boleh 'makan' atau kelentong lagi dalam kes ini, maka dia akan lari keluar negara dan dapatkan suaka politik disana.

Dia akan command orang-orangnya dalam negara dari luar negara, sepertimana yang dilakukan oleh Thaksin di Thailand.

Jangan sampai satu hari nanti, si mangsa muncul di khalayak badan bagaikan mayat hidup, dan rambut yang telah gugur. Ingat, mangsa adalah seorang anak yatim yang masih muda. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menolong anak yatim.

Si pelaku juga adalah anak yatim. Tapi yatim tua dan berbulu sudah panjang serta beruban. Walaupun bulu sudah beruban, tetapi tidak pernah insaf dengan perbuatan lampau dan menjadikan anak yatim teruna pula sebagai mangsa.

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama fikir, kenapa pihak berkuasa dalam negara kita begitu takut dengan Anwar, sehingga kelihatan menafikan keadilan kepada mangsa.

Sesungguhnya keputusan mahkamah semalam, memang meninggalkan 1001 keraguan dalam kepala otak saya. Jangan marahkan saya jika saya atau orang ramai mula ragukan pihak berkuasa atau mahkamah. Anda yang membuatkan kami ragu.

JUSTICE FOR SAIFUL CAMPAIGN


Kempen Keadilan untuk Saiful telah mula mengorak langkah. Terima kasih kepada teman yang berusaha memulakannya.

Saya berharap rakan-rakan semua dapat memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha kempen menuntut keadilan untuk Saiful.

Insyaallah banyak program yang akan dirancang dalam menuntut keadilan untuk Saiful.

Ada kalanya api harus dilawan dengan api.

Klik disini untuk memberi sokongan kepada kempen ini

TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA@UTUSAN MELAYU

Terima kasih daun keladi, ada masa masukkan lagi

Tidak sia-sia membaca Utusan dari harga 30 sen hingga sekarang RM 1.50

Untuk pengetahuan semua, kami sudah pun menggerakkan kelab Keadilan Untuk Saiful. Mesuarat pertama akan berlangsung malam ini.

Kami akan maklumkan dari masa ke semasa kepada anda semua.

LAWAN TETAP LAWAN !

Thursday, March 25, 2010

AL-FATIHAH. DR ZAINAL MENINGGAL DUNIA

AL- FATIHAH

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad (PKR) telah kembali ke Rahmatullah malam ini di kediamannya di Jalan Cheras-Kajang.

Semoga Allah merahmati rohnya, dan diletakan ditempat orang-orang yang beriman.

Saya juga amat-amat berharap agar rakan-rakan blogger tidak mula bercakap berkenaan dengan p/raya di kawasan berkenaan untuk tiga hari ini, sebagai menghormati keluarga Allahyarham yang masih lagi bersedih dengan pemergian orang tersayang.

Jangan kita pula bergembira atas kesedihan orang lain.

RAJA PAYUNG RAKYAT

DAULAT TUANKU !

Saya sebenarnya tidak berminat sangat untuk mencampuri urusan-urusan berkenaan denganRaja-Raja. Kita hanya rakyat biasa saja , siapalah kita untuk mencampurinya. Tugas kita sebagai rakyat ialah TAAT kepada Raja-Raja Melayu selaku pemerintah tertinggi Negara dan Negeri-Negeri.

Memandangkan ada beberapa sms dan panggilan yang diterima yang memberitahu tentang hal krisis Istana Kelantan, maka saya terpaksa jugalah mengulas mengenainya sedikit ,secara ringkas sahaja.

Saya berharap saudara Zacko berpuashati dengan penjelasan saya. Untuk pengetahuan pembaca, saudara Zacko adalah orang yang bersungguh-sungguh meminta saya mengulasnya.

Krisis Istana Kelantan.....

Kekuatan seseorang Raja selain dari Perlembagaan Negara ialah bergantung kepada penasihatnya.

Penasihat kepada Sultan atau Raja sesebuah negeri adalah Memanda Menteri Besar.

Dalam kes di Kelantan, penasihat kepada Sultan Kelantan adalah Nik Aziz.

Nik Aziz sendiri pun lemah, bagaimana dia nak menyelesaikan krisis tersebut.

Sekarang rakyat Kelantan boleh melihat dengan jelas bagaimana lemahnya Memanda Menteri Besar mereka hendak menyelesaikan krisis tersebut.

Sebagai rakyat kita tidak boleh campur masalah di Istana. Raja adalah payung rakyat. Maka payung tersebut tidak boleh dibiarkan bocor. Jika bocor dimana rakyat hendak berteduh ?

Kepada Nik Aziz, selesaikanlah masalah ini cepat-cepat agar payung rakyat tidak bocor. Jika rasa diri anda tidak boleh selesaikan masalah ini, berundurlah cepat-cepat.

Jangan pula selepas ini Nik Aziz yang 'menabalkan' dirinya sebgai 'Raja' pula. Manalah tahu takut-takut dia pun mengidam, kerana dia juga dari keturunan Raja Jembal.

HANCUR LAH....


Apa lagi nak dikata melainkan perkataan ini , TANGGUH TETAP TANGGUH....

Rakyat pun sudah naik muak kalau begitulah murahnya hati mahkamah kita dalam soal menggangguhkan kes.

Patutlah semakin hari kes tertunggak di mahkamah semakin menimbun. Itu tak mengapalah kita tak kisah sangat bab kes tertunggak, tetapi bagaimana pula bab keadilan untuk mangsa.

Sudah hampir dua tahun Saiful menjadi mangsa fitnah dan cacian penyokong-penyokong Anwar. Sampai bila perkara ini akan berakhir ?

Mahkamah sepatutnya tidak terikut-ikut dengan gendang yang dipalu oleh pasukan peguambela Anwar. Kes ini adalah kes berprofail tinggi dan perlu disegerakan. Ini melibatkan maruah seorang yang bakal bergelar 'PM' dan mempunyai nama di seluruh dunia.

Setakat alasan parlimen sedang bersidang atau peguambela sibuk dengan kes lain, saya rasa itu adalah satu alasan yang ringan sahaja. Lainlah jika pasukan peguambela belum dapat menyediakan lagi bahan-bahan untuk perbicaraan.

Saiful orang muda, dia juga mempunyai perancangan masa depan. Dia juga ingin berkeluarga. Jangan gelapkan masa depan beliau. Sampai bila dia harus hidup berkurung dan tidak bebas untuk menjalani kehidupan seperti anak muda lain.

Untuk berlawan dengan Anwar dan memberi tekanan kepada mahkamah agar tidak memandang enteng kes ini, saya rasa sudah sampai masanya, rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib Saiful menggerakan satu Kelab Penyokong Keadilan Untuk Saiful. Kita harus ingat, ini adalah pertarungan antara Anwar dan Saiful. Ibarat bilis melawan jerung.

Anwar mempunyai bala 'tentera' yang ramai dan mereka tidak putus-putus menyerang Saiful dan memberi tekanan kepada mahkamah. Manakala Saiful pula bertarung seorang diri untuk melawan mereka-mereka ini. Jika perkara ini berterusan nampaknya, Saiful akan terus 'dipijak' dan 'dilanyak' oleh pasukan dan penyokong Anwar.

Jika penyokong Anwar boleh menggerakan sokongan kepada Anwar kononnya Anwar difitnah dan dianiaya,tak mengapa, itu hak mereka. Maka menjadi tanggungjawab kita juga untuk bangkit menggerakan sokongan kepada rakyat marhaen seperti Saiful. Kerana kita juga merasakan Saiful dianiaya.

Kita tidak boleh membiarkan perkara berlarutan. Kita harus bangkit untuk mempertahankan rakan kita yang dianiaya. Saiful bukan pemimpin agung , Saiful bukan Datuk Seri, Saiful tidak berkawan dengan Yusof Qhardawi, Saiful tidak berkawan dengan Wolfowitz. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng kepada Saiful bagi bertarung dengan Anwar.

Oleh yang demikian, bangkitlah wahai sahabatku sekalian. Sama-sama kita menolong Saiful.

Takbir.....

Wednesday, March 24, 2010

KONA LEPER ! KONA BARING ! SEMUA ANWAR DAH BUAT

Salam kepada semua sahabat. Alhamdullilah kita dapat bersua kembali melalui ruangan ini. Alhamdulillah juga, tempoh 'berpantang' saya selama 40 hari juga telah berakhir.

Sudah hampir dua tahun 'pertarungan' antara Saiful dan Anwar bermula. Jun 2008, sekarang sudah menghampiri April 2010.Sehingga kini kita semua tidak pernah mendengar sepatah perkataan yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim mengatakan yang beliau TIDAK PERNAH MELIWAT SAIFUL.

Yang keluar mulut beliau ialah 'ini semua fitnah jahat' dan 'ini semua konspirasi'. Dari 1998 hingga 2010 semuanya konspirasi.

Lain yang orang tanya, lain yang dia kona, ada kona leper, ada kona baring, kona tertonggeng saja belum lagi.
Setakat orang-orang PKR,PAS,DAP ,Nik Aziz ,Hj.Hadi dan yang lain-lain itu kecil sahaja bagi Anwar Ibrahim. Itu semua dia boleh makan main-main sahaja, ibarat dia meratah ikan bilis.

Terbaru pula adalah Yusof Qhardhawi yang berjaya diputaq pemikirannya oleh Anwar Ibrahim. Itulah senjata terbaru beliau sekarang. Terhegeh-hegehlah Pak Pakdir beliau iaitu Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar membawa cd-cd Yusof Qhardhawi ke sana sini. Kasihan... Nak buat macamana lagi, itulah cara nak bodek bos, nak tunjuk kepada bos, kononnya mereka pun setaraf dengan Ezam di zaman reformasi dulu.
Itulah hebatnya Anwar Ibrahim, dia boleh pukau orang sana-sini melalui percakapan atau ucapannya. Orang seperti Anwar ini , kalau dia jual aiskrim di Kutub Utara saya rasakan aiskrim yang dijualnya akan laris dibeli oleh orang-orang Eskimo.

Selepas beli dan makan, baru lah orang-orang Eskimo akan sumpah seranah, kerana mereka tak tahu yang aiskrim dijual oleh Anwar adalah sejuk. Begitu jugalah dengan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Bila Anwar jadi PM kelak barulah hangpa semua tahu, siapa Anwar yang sebenarnya.

Dia boleh ratah Nik Aziz, boleh makan Hj.Hadi,boleh belit Yusof Qhardawi , boleh kelentong penyokong-penyokong dia, tetapi sayang seribu kali sayang sehingga kini, dia takut untuk BERSUMPAH.
Anwar boleh 'round' keliling dunia ,boleh ceramah keliling negara untuk mencari sokongan. Sibuknya mengalah PM, tetapi untuk bersumpah 3-4 minit dia takut. Jangan beri alasan kononnnya ulama tidak menggalakan dia bersumpah. Itu semua kelentong dia sahaja. Banyak lagi perkara lain yang dilarang ulama dan Hukum termasuklah bersalaman dengan wanita bukan muhrim, tetapi Anwar peduli apa , dia tetap bersalam juga.

Jika tidak bersalah, jangan buang masa dengan benda-benda lain. Ingat, maruah keluarga juga perlu dipelihara. Tuduhan yang dihadapi oleh beliau sekarang amat berat dan mengaibkan. Ianya amat menjijikan dan membuat orang memandang serong bukan setakat kepada Anwar, malah kepada ahli keluarganya sama.

Mengapa perlu pusing sana, pusing sini, kona sana, kona sini, sehingga ke Qatar untuk memerangkap Yusof Qhardawi dengan soalan fitnah . Benda paling senang adalah bersumpah mengikut cara Islam. Itulah jalan pintas dan pantas untuk menyucikan nama.

Jika seseorang dari Subang Jaya hendak KLCC, tidak mungkin mereka menggunakan jalan Kuala Selangor, kemudian ke Sungai Buloh melalui Kepong dan seterusnya ke KLCC, melainkan mereka ada sebab-sebab tertentu atau tersesat. Jika tanpa sebab, seseorang itu menggunakan laluan diatas ,maka sudah tentu orang itu seorang yang gila. Jalan senang ada dia guna jalan susah.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, jalan senang ada, tetapi dia tetap guna jalan yang susah. Mengapa ??? Qazaflah, laporan doktorlah, Qhardawi, fitnah , konspirasi , itu,ini dan bla, bla, bla..... Bersumpahlah !

Walau apa pun orang-orang PAS atau PKR nak kata pada Saiful, katalah. Yang penting Saiful berani bersumpah dan menyerahkan dirinya kepada Allah SWT untuk menilainya.

Saya rasa, andailah ditakdirkan Anwar Ibrahim bersumpah hari ini, silap haribulan kerajaan yang ada pada hari ini boleh tumbang, tanpa perlu menunggu p/raya umum ke 13. Sokongan kepada Anwar Ibrahim akan naik membuak-buak, termasuklah diriku. Kalau Anwar dah betul, apa perlu lagi saya menyokong sebuah kerajaan yang 'memfinah' dan 'mengaibkan' orang.

Bersumpahlah cepat-cepat wahai saudara Anwar Ibrahim. Bersihkan maruahmu dan ahli keluargamu. Pilihlah Masjid mana yang kamu nak. Ada ribuan Masjid dan surau dalam Malaysia, walau di Masjid Pulau Melaka pun kami tidak kisah. Asalkan kamu berani bersumpah.