Friday, April 30, 2010

KHALID SAMAD GANGGU SAKSI ?

Pertama sekali saya ucapkan 'tahniah' kepada Khalid Samad@Khalid Gereja selaku ahli Parlimen yang prihatin bagi kawasan Shah Alam.

Kita lihatlah betapa 'prihatin' nya dia. Kejadian polis tertembak pelajar berlaku awal pagi isnin antara jam 1-2 pagi. Tetapi Khalid hanya tahu jam 4 petang. Ini bukan saya mereka-reka cerita atau fitnah. Ianya diceritakan sendiri oleh dia di sini.

Inilah contoh salah seorang wakil rakyat yang kononnya prihatin dengan masalah rakyat. Selepas 14 jam kejadian dalam parlimen sendiri baru dia tahu berita tersebut. Hancussss....

Temberang saja lebih, tapi habuk pun tarak...... alih-alih duduk korek hidung saja.

Satu lagi yang saya nak beritahu, semua juak-juak pembangkang memberi amaran kepada polis agar tidak cuba selindung apa-apa dalam kes ini dan jangan ganggu saksi.

Tetapi oleh kerana Khalid Samad merasakan dia lebih besar dari polis, maka dia terlebih dahulu menyoal siasat saksi tersebut. Lihat di blognya. Dia juga menceritakan yang dia membawa saksi tersebut untuk membuat laporan polis.

Adakah anda yakin yang Khalid tidak mengganggu saksi tersebut atau mempengaruhi saksi agar membuat laporan polis mengikut selera Khalid.

Pada pandangan saya kes ini sudah ada cacatnya ,kerana Khalid Samad telah menggangu saksi seawal mungkin. Tidak mustahil dia telah mengajar saksi tersebut dengan perkara yang bukan-bukan supaya selari dengan nafsu politik pembangkang dan memburuk-burukkan polis. Walaupun dia berkata dalam blognya tiada paksaan. Setakat mana kita boleh percayakan dia.

Apa pula pandangan anda ? Komen...komen....

Psstttt....esok lusa Sivaji The Bos balik dari Oslo pasti dia akan cuba jadi hero tamil pula dalam kes ini.

SAYA TURUT TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN UNSPINNERS


Ya Allah apa dah jadi dengan negeri Selangor. Saya sungguh terkejut dengan pendedahan oleh Unspinners di sini.

Ya Allah ya tuhanku, perkenankan lah permintaan hamba mu yang serba kekurangan ini di hari Jumaat yang mulia ini.

Ya Allah, selamatkanlah negeri Selangor dari dikuasai oleh geng-geng kongsi gelap. Ya Allah selamatkan lah Selangor dari terus hancur di tangan tali barut-tali barut komunis.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah , Ya Rahman, Ya Rahim, jatuhkanlah bala keatas mereka-mereka yang ingin menghancurkan negeri Selangor ini seperti mana kau menghantar burung ababil untuk memusnahkan tentera bergajah.

Ya Allah musnahkan dan pecahkanlah perut Ronnie Liu, Teresa Kok, Ean Yong Wah, Elizabeth Wong dan Xavier Jayakumar. Jatuhkan segala bala kepada mereka. Sesungguhnya mereka-mereka inilah manusia jahat yang ingin menghancurkan negeri Selangor setelah hamba-hamba mu yang lepas-lepas bersusah payah membinanya selama lebih dari 50 tahun.

Kepada mu kami berserah Ya Allah, sesungguhnya engkau lah Tuhan yang maha berkuasa dimuka bumi ini. Tiada tuhan yang agung dan berkuasa melainkan engkaulah Allah yang satu.

Amin
Amin
Ya Rabal Alamin

POLIS TERTEMBAK PELAJAR TIDAK AKAN BERLAKU JIKA .....

Saya sebenarnya malas nak campur dalam hal ini, memandangkan arahan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor agar orang yang tak berkenaan jangan caca marbakan kes ini. Serah kepada polis untuk buat siasatan seadil-adilnya.

Tetapi memandangkan ramai orang yang galak nak berbicara pasal ini, maka saya pun nak juga tumpang galak sekaki .

Kes ini menjadi lauk terbaru bagi PASrael, PKR dan DAPig sebagai pengganti kepada lauk mereka yang telah dirampas oleh BN di Hulu Selangor.

Selagi mana boleh putaq, maka mereka akan putaq sebagai membalas dendam kehilangan kerusi Hulu Selangor.

Sebelum saya memberi pandangan izinkan saya memohon maaf telebih dahulu kepada keluarga arwah. Bukan niat saya untuk menambah kesedihan anda semua. Tetapi saya terpaksa berkata dengan benar. Saya memberi pandangan ikhlas tanpa memihak kepada mana-mana pihak samada mangsa atau PDRM.

Kejadian ini tidak akan berlaku jika semua penjaga mengambil berat hal anak-anak mereka. Puncanya datang dari rumah sendiri.

Jika pelajar tersebut tidak keluar rumah pada malam itu, sudah pasti kejadian ini tidak akan berlaku. Disinilah pentingnya peranan ibu bapa atau penjaga dalam menjaga anak-anak.

Dalam kes ini sepertimana yang kita tahu, mangsa adalah seorang pelajar yang berusia 15 tahun. Tidak sepatutnya dia keluar rumah di tengah malam kerana esoknya adalah hari bersekolah. Tambahan pula dia akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Pada jam seperti itu dia sepatutnya telah pun tidur di rumah atau mengulangkaji pelajaran. Ingat pada iklan di radio Sinar FM, "dimanakah anak-anak anda pada waktu ini".

Lebih malang lagi di usia 15 tahun beliau memandu kereta yang tak sepatutnya dipandu oleh mangsa. Beliau belum cukup mahir untuk berada diatas jalan raya dengan usia yang sebegitu. Tambahan pula tanpa lesen memandu. Itulah yang menyebabkan dia terlibat dengan dua kemalangan pada malam itu.

Puncanya kerana beliau terlibat dalam kemalangan dengan satu kereta, kemudian dalam keadaan takut dia melarikan diri dengan memecut kenderaan, kemudian dia bertambah takut apabila dikejar oleh beberapa buah motosikal. Selepas itu terlibat pula dalam kemalangan dengan motosikal yang mengejarnya.

Jangkaan saya, apabila dia memotong kenderaan polis dalam keadaan yang laju dan ditambah pula dia sedang dikejar oleh motosikal , maka sudah tentu polis mengesyaki yang bukan-bukan. Tambahan pula arahan berhenti yang dikeluarkan oleh polis tidak diendahnya.

Kita faham, dia masih remaja, sudah tentu perasaan takut yang menyelubunginya., itulah yang menyebabkan dia tidak berhenti bila diarahkan oleh polis. Tetapi dalam masa yang sama polis juga menjalankan tugasnya. Jika polis tidak menjalankan tugas, orang kata polis curi tulang pula.

Apabila sesebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan dan tidak berhenti apabila diarahkan sudah tentu mereka mengesyaki yang bukan-bukan. Di dalam keadaan diselubungi kegelapan di awal pagi dan insiden kejar mengejar, sudah tentu polis pun tidak dapat melihat siapa yang memandu kenderaan tersebut dan berapa usianya.

Polis menjalankan tugas mengikut prosedur, iaitu melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan beberapa kali. Jangkaaan saya mungkin peluru yang mengena ke kepala mangsa adalah peluru yang terpelanting atau tersasar hasil dari beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh polis ke arah tayar kenderaan yang dipandu mangsa.

Kita harus berfikir dengan waras. Jika polis tersebut memang berniat untuk menembak mangsa seperti yang dicanangkan oleh juak-juak pembangkang, adalah lebih baik polis tembak rakan mangsa bersama, biar kedua-duanya menjadi mangsa, lagi senang kerana tiada saksi yang hidup. Tetapi polis tidak berniat begitu. Itu hanyalah tuduhan jahat pembangkang bagi mendapatkan kredit politik untuk mereka sepertimana kes Teoh Beng Hock.

Semua pihak bersalah dalam hal ini, baik penjaga, mangsa dan polis.

Kesalahan penjaga ialah kerana mungkin tidak prihatin dalam soal menjaga anak. Kesalahan mangsa ialah kerana tidak berhenti bila diarahkan oleh polis. Kesalahan polis pula, mungkin latihan tidak cukup dalam bab tembak-menembak hingga peluru tersasar atau terpelanting.

Seperti yang saya katakan diatas, kejadian ini tidak akan berlaku jika penjaga prihatin dan mengambil berat hal anak-anak mereka. Saya faham ibu mangsa sudah berusia 60 tahun dan mangsa pula telah kematian bapa. Agak sukar untuk seorang ibu yang berumur begitu berjaga sampai ketengah malam bagi melihat gerak geri anak remajanya. Tugas tersebut patutnya dipikul oleh kakak, abang dan ipar duai mangsa.

Kepada makcik Norsiah, saya bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga makcik. Saya sungguh-sungguh sedih. Saya juga mempunyai anak lelaki. Saya pun tidak tahu apa nasib anak lelaki saya di masa depan. Mungkin nasibnya sama seperti apa yang terjadi pada anak makcik dan mungkin tidak atau mungkin juga lebih teruk lagi. Wallahualam.

Dalam saya bersimpati dengan makcik, saya juga bersimpati dengan nasib berpuluh ribu anggota polis dan ahli keluarga mereka. Sekarang mereka semua dipandang serong oleh masyarakat kerana tuduhan-tuduhan jahat yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Saya tahu keluarga makcik tidak membuat atau menuduh polis yang bukan-bukan. Malah saya difahamkan juga yang makcik tidak akan membenarkan sama sekali mana-mana pihak mempolitikkan kematian anak makcik. Tahniah diucapkan kepada makcik. Insyallah saya dan rakan-rakan akan cuba membersihkan nama anak makcik yang dilaporkan sebagai penjenayah oleh beberapa media masa.

Kepada pihak PDRM pula , harap dapat tingkatkan latihan menembak dikalangan anggota. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Saya yakin dengan jaminan yang diberikan oleh KPN dan KP Selangor bahawa mereka akan menyiasat dengan telus perkara ini tanpa melindungi mana-mana pihak.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja pula, tolonglah prihatin dengan anak-anak anda semua. Perhatikan gerak geri mereka, kenali kawan-kawan mereka, jangan benarkan mereka keluar pada malam hari tanpa ditemani ahli keluarga yang lebih tua. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran yang berguna kepada semua.

Kepada masyarakat pula, janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan pembangkang dan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta memandang serong kepada anggota-anggota polis.

Kita perlu dengar penjelasan kedua-dua pihak. Sekiranya anggota yang berkenaan bersalah, sudah pasti dia akan dihukum. Undang-undang di Malaysia tidak mengira sesiapa. Orang yang bersalah pasti akan dihukum , malah bekas Timbalan Perdana Menteri pun dipenjara kerana kesalahan meliwat. Cuma dia ada sedikit 'special' iaitu tidak digari setiap kali dibawa ke mahkamah dan disediakan sel khas untuknya kerana bimbang dia menyondol orang lain sekiranya berkongsi sel.

Sekiranya anggota berkenaan didapati bersalah dan dihukum, tidak perlulah kita menghukum salah kepada semua anggota polis. Jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit.

Al-Fatihah untuk adik Aminul Rashid. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Kepada makcik Norsiah, kami bersama dengan anda dalam menuntut keadilan untuk makcik sekeluarga.

Thursday, April 29, 2010

TAMRIN TUN GHAFFAR YANG SUDAH GILA

Sungguh melucukan bilamana Thamrin Ghafar berkata sudah tiba masanya saya menyokong pakatan kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara. Klik disini

Jika Umno dan BN salah guna kuasa dan seleweng selama 50 tahun maknanya dia dan bapa nya sama terlibat.

Waktu dalam kerajaan dulu, Thamrin lah manusia yang banyak seleweng. Apa saham yang dia tak dapat masa itu ? Semua saham dia dapat. Waktu dia jadi Pengerusi Mara, berapa banyak yang dia sebat ? Saya masih ingat lagi bagaimana dia salahgunakan kuasanya sebagai Pengerusi Mara untuk beli kelab golf di Sungai Buloh yang mana dia ada kepentingan.

Hanya kerana dia dapat kawasan balak di Kelantan, projek sana-sini dengan Ariffahmi dan Takiyuddin , maka Umno dijadikan penyebab dia keluar parti. Semuanya kerana umno tidak dapat memuaskan nafsu dia yang seperti babi.

Manusia seperti ini tak ubah seperti anjing kurap. Sana - sini kerja kau hanya nak menyambar peluang . Manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada. Kerana dia lah nama bapanya menjadi busuk .

Manusia yang bernama Thamrin ini adalah manusia yang tidak pernah cukup duit. Dia sentiasa hendak hidup mewah. Kata orang biar papa asal bergaya. Suatu masa dulu dia pernah ada duit beratus juta. Apa saja saham yang diterbitkan, tidak kira apa form pasti dia akan dapat.

Oleh kerana dia mengamalkan cara hidup mewah, maka sudah tentu dia tidak pernah cukup duit. Habis duit Tun Ghaffar dirobeknya. Sehingga satu tahap Tun Ghaffar hampir kena muflis kerana dia. Nasib baik pada masa itu, jika tidak silap saya Tun Dr.M yang menyelamatkannya.

Kerana perangainya jugalah kesihatan Tun Ghaffar sering terganggu. Pendek kata sepanjang hayatnya Tun Ghaffar banyak memikul masalah Thamrin. Sebab itu Tun Ghaffar tidak meninggalkan harta yang banyak, kerana semuanya telah dirobek oleh Thamrin.

Setelah Tun Ghaffar meninggal dunia, Thamrin jadi mereng seketika. Ini kerana tiada tempat lagi untuk bersandar. Jika tidak dia masih boleh jual nama Tun untuk 'pow' sana-sini. Hidupnya merempat, hutang keliling pinggang. Kehidupan mewah perlu diteruskan.

Setelah Umno gagal memuaskan nafsu dia, maka dia beralih arah kepada Anwar Ibrahim. Anwar memang nak gunakan dia untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dia tidak pernah ada masalah dengan Tun Ghaffar.

Orang seperti Thamrin ini dia sanggup buat apa sahaja janji dia dapat duit. Dia sanggup gadai maruah bapanya hanya kerana duit. Semua orang tahu bagaimana Anwar menjatuhkan Tun Ghaffar.

Dia merapatkan dirinya dengan Anwar untuk tujuan mendapat projek-projek di negeri yang ditadbir oleh kerajaan pakatan. Usahanya berjaya, dia berjaya mendapat beberapa projek di Kelantan yang dianugerahkan oleh Ariffahmi melalui PMBK dan juga Takiyuddin Hassan.

Sebagai penutup , dulu semasa dia kenyang dalam Umno , parti pembangkang yang dikutuknya. Sekarang bila dia kenyang dengan parti pembangkang, Umno pula yang disalahkannya. Tidak ubah seperti seekor anjing kurap yang tiada nilai.



Wednesday, April 28, 2010

ANWAR YAHUDI-YAHUDI ANWAR TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Amat jarang sekali saya mengamalkan amalan copy paste di blog saya. Saya akan cuba menulis dengan sendiri samada tulisan bagus atau tidak. Jika saya tiada masa saya tidak mengisi blog saya. Saya tidak akan ambil di blog orang sesuka hati kemudian letak di blog saya.

Tetapi kali ini memandangkan perkara ini penting dan perlu disebarkan kepada umum, maka saya terpaksa copy paste dari blog sahabat saya medan info kita dengan kebenaran beliau.

Perkara ini amat penting untuk kita sebarkan bagi membuktikan siapa sebenarnya ejen yahudi. Siapa sebenarnya yang berkawan dengan yahudi ? Bukan sekadar berkawan dengan yahudi, tetapi turut terlibat menjadi dalang kepada hubungan haram seorang wanita Islam dan lelaki yahudi.

Di tanahair sendiri, dia lah alim dan waruk. Kuliah subuh, kuliah magrhib , Qiamulail dan sebagainya dia lah yang pimpin.

Manusia seperti ini perlu dinyahkan dari bumi Malaysia.

Kepada Nurul Izzah, lihatlah wajah papa kamu yang sebenar. Kononnya kamu berkata dialah papa yang terbaik. Uwekkkkkk......termuntah aku mendengarnya bila kau berkata begitu. Khaikkkk ptuihhhh.......

Ikuti pembongkaran yang dilakukan oleh sahabat kita, MIK. Anda juga boleh melihat banyak lagi disini penyiasatan yang dilakukan oleh kumbang tentang hubungan Anwar dan yahudi.




Pada tahun 2001, isteri Paul Wolfowitz, Clare Selgin mendedahkan suaminya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita islam yang bernama Shaha Ali Riza yang ketika itu bertugas di NED [National Endowment for Democracy]
[http://www.worldbankpresident.org/archives/000742.php]

Shaha Riza juga diberikan habuan kewangan oleh Wolfowitz melalui pemberian kontrak untuk mendapatkan maklumat risikan di Iraq.

Ketika skandal Paul Wolfowitz – Shaha Riza mula meletus didada akhbar Amerika, nama Anwar Ibrahim turut serta. Anwar sebagai Pengerusi Foundation for The Future, pada 1 Oktober 2006 telah menghantar surat kepada Ms Robin Cleveland untuk memohon perpindahan Shaha Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future.

Pembabitan Anwar makin diketahui umum terutamanya media Amerika selepas pihak keselamatan negara itu menyiasat Shaha Riza berkenaan cukai pendapatannya, status keselamatan G4, dan stautus yayasan hantu bernama Foundation for The Future.

Semua butiran siasatan ini dilampirkan dalam laporan siasatan penyelewengan Paul Wolfowitz yang dikenali dikenali sebagai “Ethic Committee Case No 2 and President Papers”. Surat yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim juga termasuk salah satu bukti yang termasuk dalam dokumen laporan tersebut
[http://bicusa.org/en/Index.aspx]

Jika Shaha Riza dipertikaikan berkenaan cukai pendapatan dan status G-4, kerana beliau bukan warganegara Amerika Syarikat, bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang juga bukan warganegara Amerika Syarikat tetapi menjadi Pengerusi Yayasan yang disiasat Jawatankuasa Penyelewengan Paul Wolfowitz itu..?

Ini adalah terjemahan dari dokumen yang dilampirkan ~ sila double click pada kedua-dua imej diatas untuk bacaan lebih jelas.

Demikianlah kasih dan sayangnya Anwar terhadap seekor makhluk yang bernama Paul Wolfowitz dimana Wolfowitz inilah yang menjadi “arkitek” kepada tentera Amerika dalam pembunuhan ramai umat islam dibumi Iraq dan Afghanistan….

Dalam surat yang ditandatangani oleh Anwar seperti yang disiarkan diatas tadi, jelaslah bahawa seekor haiwan yang diberikan nama Anwar Ibrahim ini sanggup ‘membantu’ Shaha Riza seolah olah menjadikan penyelamat kepada hubungan sulit diantara seorang wanita islam dan seorang lelaki yahudi yang bertanggung jawab diatas kematian ratusan ribuan muslimin dibeberapa negara islam.

Lihatlah sendiri pendedahan dokumen diatas, Shah Riza memainkan peranan sebagai pembekal maklumat risikan di Iraq….!

Iblis dan syaitan seperti Anwar tidak perdulikan semua ini….

Dinegara sendiri, haiwan yang bernama Anwar ini cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan pimpinan kerajaan Datuk Seri Najib dengan Israel. Tetapi hakikat sebenarnya Anwar inilah makhluk durjana yang menjadi barua, pencacai dan perkakas kepada seorang yahudi…!

Agak kesal juga dilihat apabila ramai pemimpin islam yang TOLOL dan BANGANG dari PAS dan PKR menjadi burung kakak tua menggalas tanggungjawab sebagai BARUA murahan persis pelacur politik kepada Anwar Ibrahim kini sedaya upaya melabelkan UMNO-APCO.

Yang nyata dan jelas, Anwar adalah barua yahudi…, Kau Memang SIAL Anwar Ibrahim!

TAKIYUDDIN SUDAH PANAS PUNGGUNG


Takiyuddin Hassan sudah panas punggung.

Ternyata apa yang dikatakan oleh saya disini tiga bulan lepas ada asasnya. Berita yang saya dapat pagi tadi mengatakan Takiyuddin dan isterinya tidak senang duduk semenjak saya tuliskan cerita tersebut.

Hinggakan laman web syarikat Jasa Teratai Holiday yang saya sertakan dalam tulisan yang lepas juga telah dibuang.

Nama RBF sudah mula meniti di mulut Takiyuddin dan isterinya. Mengikut maklumat yang saya terima syarikat berkenaan milik salah seorang isterinya, iaitu isteri tua beliau.

Memang betul juga apa yang saya perkatakan sebelum ini yang syarikat berkenaan menjadi pembekal tiket-tiket penerbangan kepada MPKB.

Saya juga difahamkan yang Takiyuddin mempunyai pejabat peribadi beliau di tingkat atas syarikat berkenaan di Jalan Maju Kota Bharu.

Untuk langkah seterusnya, saya serahkan pula tugas ini kepada Pemuda Umno Kelantan. Buatlah apa yang patut. Jangan biarkan Takiyuddin terus menipu rakyat Kelantan.

Banyak juga maklumat-maklumat lain yang saya terima semalam berkenaan Takiyuddin. Saya akan catitkan dilain kali. Antaranya ialah permainan 'wayang' beliau dalam kes perkahwinan Dr.Rosli yang dihebohkan kononnya melarikan anak perempuan orang untuk bernikah dan juga kes beliau terlibat dalam perniagaan dengan Thamrin Tun Ghaffar.

Jika sesiapa lagi yang ada maklumat tentang Takiyuddin sila emailkan kepada saya di alamat berikut rbf_501@yahoo.com. Biar saya 'lenjankan' dia cukup-cukup kali ini.

POLIS TERUS BIARKAN NIZAR MENGHASUT



Setiap kali saya menonton video diatas, darah saya menjadi berderau-derau. Rasa hati mahu terajang dan belasah sampai lembik barua dalam video itu.

Tetapi apa nak dikata. Di Malaysia sekarang ucapan-ucapan menghasut sudah menjadi halal dan tiada masalah lagi.

Sudah berapa lama nizar mengapi-apikan orang cina. Tapi tidak pernah dengar pun yang polis hendak bertindak kepada dia.

Kalau di zaman Tun Dr.M dulu, sudah tentu nizar telah terkurung di Kamunting. Zaman sekarang hanya mampu beri 'amaran' sahaja.

Perkara ini jika tidak dibendung dengan segera sudah tentu akan membawa Malaysia ke kancah rusuhan kaum satu hari nanti. Dalam mana-mana negara sekalipun di dunia ini, masalah rusuhan kaumlah perkara yang paling serius dan boleh meranapkan negara tersebut.

Bila sudah terjadi baru hendak bertindak tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Kemakmuran negara rosak sekelip mata. Ekonomi merosot, rakyat merana.

Baik DAP, baik Perkasa, baik Hindraf atau nizar. Semuanya ada agenda masing-masing. Tetapi ada sedikit perbezaan antara mereka. Perkasa dan Hindraf berjuang untuk kaum masing-masing. Tak mengapa , itu hak mereka. DAP pula walaupun parti pelbagai kaum, tetapi lebih memperjuangkan kaum cina. Manakala si kitol dalam video diatas pula menghasut orang-orang cina.

Jangan bila sudah sampai ke tahap pertumpahan darah baru polis hendak bertindak. Tangkap terlebih dahulu batu-batu api. Mencegah lebih baik dari merawat.

RBF sekadar berpesan.

BN MENANG KECIL KERANA SERANGAN TAK CUKUP


Ada kawan-kawan yang menghubungi saya dan mereka berkata, “apa lagi rbf, dah menang dah lah tu, tak payah nak pening-pening kepala pasal jumlah-jumlah undi lagi”.

Ya, betul . Saya setuju, kita dah menang. Tetapi kita juga perlu melihat realiti. Jangan dibuai mimpi indah. Jangan terlalu selesa dengan kemenangan itu. Ianya boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Sesungguhnya keputusan PRK HS tidak boleh dijadikan kayu pengukur atau KPI untuk BN merampas kembali Selangor. Masih jauh perjalanan yang perlu dilalui. Jangan kata sudah berbuah, berputik dan berbunga pun belum lagi.

Tak mengapalah, bab itu RBF tak perlu nak pening-peningkan kepala memikirkannya. Biar orang yang ada jawatan fikirkan.

Sebagaimana yang saya katakan semalam, BN boleh menang lebih besar jika mereka berkempen mengikuti cara PASrael dan PKR.

Bagaimana cara PASrael dan PKR ? caranya ialah menyerang habis-habisan.

Lihat saja bagaimana cara PASrael menyerang Rohaizat di Permatang Pasir. Setiap hari dan setiap ceramah mereka serang peribadi Rohaizat. Tidak cukup dengan itu, 2-3 hari sebelum pengundian ,mereka serang pula rumahtangga Rohaizat. Hasilnya, mereka berjaya dan menang dengan bergaya.

Tetapi BN tidak melakukan ini HS. Pemimpin-pemimpin BN berkempen dengan cara ‘sopan’. Naik pentas cerita bab kejayaan negara dan 1 Malaysia.

Azmin Ali sudah beri bola tanggung, apa lagi nak ditunggu, lipat maut saja lah. Lagi satu, Anwar letak Zaid sebagai calon kerana nak mengelakkan kes liwat beliau diperkatakan di HS. Sebab itu dia letak calon bermasalah.


Semua orang sibuk berbicara pasal Zaid dan mereka terlupa pasal Anwar. Itulah juga salah satu sebab Azmin cabar awal-awal supaya buktikan Zaid kaki botol. Ianya bertujuan agar kita semua terlupa pasal Anwar meliwat.

Sepatutnya apabila pemimpin BN naik saja pentas ceramah, bagi salam dan terus masuk gear lima serang Anwar dan Zaid habis-habisan. Jangan buang masa untuk berlenggang-lenggok.

Assalamualaikum , dum…dum..Anwar kaki liwat…dum…dum…dum…Zaid kaki botol….dum…dum…dum…Anwar kongsi bini dengan Azmin….dum….dum…dum….Zaid saman hudud….dum…dum…dum…dum…PAS dan Israel For All dum…dum…dum…..DAM…Wabilah hitaufik wal hidayah ,wasalamualaikum waramatulah hiwa barakatuh.

Itu yang patut dilakukan, naik penceramah yang kedua pun sama juga. Kalau tak tahu bagaimana nak berceramah cara begitu, pemimpin-pemimpin BN boleh belajar dengan Zahid Mat Arip. Lihat bagaimana cara dia berceramah. Anwar Al Juburi , Zaid Al Botol dan sebagainya semuanya keluar. Dia serang habis-habisan.

Walaubagaimanapun pujian harus diberi kepada Datuk Ahmad Maslan yang nampaknya sudah mula menyerang dalam ceramahnya. Sekarang nampaknya Datuk sudah pandai meninggikan suara dan menggunakan perkataan kepala otak dan kepala bapak . Tak cukup bahasa melayu, bahasa banjar digunakannya. Bagus Datuk, tingkatkan mutu serangan dari masa ke semasa.

Tidak kurang hebatnya Datuk Seri Khir Toyo, juga begitu, tidak cukup bahasa melayu , bahasa jawa digunanya. Datuk Idris Jusoh serta Datuk Seri Noh Omar, juga hebat menyerang.Tahniah Datuk-Datuk semua, teruskan menyerang.

Politik zaman sekarang orang dah tak nak dengar ceramah pembangunan, statistik dan sebagainya. Orang lebih suka dengar persepsi, khabar angin, isu dan fitnah. Itulah resepi kejayaan PAsrael, PKR dan DAP. Jika BN hendak berjaya, maka mereka mesti berubah. Berubah ikut cara serangan pembangkang.

Akibat serangan BN yang tak cukup terhadap Anwar dan Zaid , itulah yang membuatkan Zaid mendapat 23272 undi. Jika BN ikut cara seperti yang saya nyatakan diatas, sah Zaid akan hilang deposit.

Kita tidak perlu takut dengan pembangkang, kononnya BN serang peribadi calon dan sebagainya. Kita menari ikut rentak gendang yang dipalu oleh mereka. Mereka boleh buat, mengapa kita tidak boleh buat. Jika alasan kita adalah kerajaan yang memerintah, mereka juga ada kerajaan, tapi mereka tak peduli semua itu. Kes Altantuya dilenjan cukup-cukup oleh mereka walaupun cerita tersebut fitnah. Begitu juga dengan kes APCO.

Kita pula bukan nak bercakap bab fitnah, kita bercakap benda yang betul. Memang betul Anwar kaki liwat, memang betul Zaid kaki botol. Jadi ,apa lagi yang perlu ditakutkan. Serangggggg sajalah. Lihat sahaja pada hari penamaan calon, pelbagai banner provokasi yang dibawa dan baju-baju provokasi yang dipakai oleh mereka. tetapi di pihak kita satu pun tiada.

Saya sudah tahu cara mereka dan saya jangkakan semua itu akan berlaku, sebab itu saya telah beri cadangan disini. Tetapi satu pun tiada. Jika saya ada duit, saya tidak minta anda semua supaya buat semua itu. Saya akan buat sendiri dan saya bawa kesana. Malangnya kerana saya pun tidak berduit.

Ternyata BN memang ketinggalan dalam bab-bab menyerang. Rugi…rugi..memang rugi, lauk sudah depan mata, patutnya kita ratah habis-habisan, biar tinggal tulang saja. Jangan berikan mereka sedikit isi pun .

PKR sudah letak Zaid, Azmin pula sudah buka laluan. Tapi kita masih terhegeh-hegeh nak ratah sehingga mereka berjaya juga sambar isi yang sepatutnya masuk dalam mulut kita. Bukan senang nak dapat peluang begitu.

Tak mengapa, menang pun dah menang. Kita cuba lagi lain kali. Jadikan ini sebagai pengajaran. Tetapi entah bila pula peluang sebegitu akan datang lagi.

Monday, April 26, 2010

ANGKA-ANGKA REALITI HULU SELANGOR


Salam PASrael dari blogger APCO

Sebelum saya pergi lebih lanjut tentang pandangan saya berhubung PRK HS, izinkan saya 'menyundalkan' terlebih dahulu exco bohsia Selangor.

Pada 4.jan. 2010 saya ada mencatitkan disini tentang kenyataan 'lucah' dia yang hendak menghalau BN dari Selangor.

Akhirnya betina sundal hanyir tersebut terpaksa menjilat kembali lendir-lendirnya yang hanyir malam kelmarin.

Berbalik kepada kisah PRK HS, saya merasa puas hati kerana apa yang saya catatkan disini hampir sebulan yang lalu menjadi kenyataan. Tetapi saya merasa kurang puas hati dengan majoriti yang diraih BN dan seterusnya undi yang diraih Zaid Ibrahim.

Kalau kalah kita akan kata "mengapalah kalah pula, kalau menang 10 undi pun tak mengapa, janji menang". Kalau menang pula " mengapa menang 1725 undi saja, patutnya 10 ribu undi".

Biasalah manusia, sentiasa tak puas hati dengan apa yang mereka dapat. Sebab itu wujudnya pepatah beri betis nak paha. Tetapi pepatah tersebut ada masanya boleh menjadi pembakar semangat kepada kita untuk berusaha dengan lebih gigih agar mendapat apa yang kita kehendaki.

Sebaik sahaja nama Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon, saya sudah menjangkakan yang BN akan menang dalam PRK tersebut asalkan bukan G.Palanivel yang dicalonkan dan saya telah mencatitkannya disini.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan ,memang saya gembira dengan kemenangan tersebut. Tetapi dalam masa yang sama saya juga bersedih. Sedih melihatkan jumlah majoriti yang diperolehi BN.

Dalam PRU 2008 , BN menang di tiga Dun dalam Parlimen berkenaan dan kalah bagi kerusi Parlimen. Bagi tiga DUN BN menang dengan majoriti 6176 undi dan undi yang diperolehi oleh tiga calon BN ialah 26264. Parlimen pula kalah dengan 198 undi dan undi yang diperolehi 22979.

Pada masa itu, sebab utama kekalahan BN bagi Parlimen berkenaan adalah faktor undi protes terhadap calon. Tetapi dalam PRK ini calon telah ditukar dan tiada masalah , BN masih gagal mendapat kembali undi yang diberi oleh pengundi-pengundi BN dalam tiga Dun berkenaan dalam pru 2008.


PRU 2008

3 DUN UNDI BN : 26264
3 DUN UNDI PKR/PASrael/DAPig : 20088
3 DUN UNDI ROSAK : 1271

PARLIMEN UNDI BN : 22979
PARLIMEN UNDI PKR : 23177
UNDI ROSAK : 1466 (lebih 195 undi dari 3 dun diatas)
Jumlah Pengundi : 63593
Peratus Pengundian : 75.24 %


PRK 2010 (PARLIMEN)

UNDI BN : 24997
UNDI PKR : 23272
UNDI ROSAK :731 (kurang separuh dari pru 2008)
Jumlah Pengundi : 63701 (bertambah 108 orang dari 2008)
Peratus Pengundian : 75.87 % (bertambah 0.63 % dari 2008)

Untuk Parlimen Undi BN bertambah sebanyak 2018 undi. Manakala bagi PKR juga ianya bertambah sebanyak 95 undi. Ingat ! BERTAMBAH ! bukannya berkurangan.

Bagi undi mengikut pecahan DUN (prk 2010) saya tidak ada angkanya. Tetapi jika kita bandingkan dengan keputusan 2008 , jelas dan nyata undi PKR bertambah banyak dan undi BN berkurangan.

UNDI BN 3 DUN 2008 : 26264
UNDI BN PRK 2010 : 24997
Undi Hilang : 1267

UNDI PKR/PASrael/DAPig 3 DUN 2008 : 20088
UNDI PKR PRK 2010 : 23272
Undi BERTAMBAH : 3184

Jangan lupa satu perkara, dalam PRU 2008 BN telah menang di kerusi DUN Kuala Kubu Baru dengan undi nyawa-nyawa ikan 448 undi. Walaupun 448 undi ianya tetap menang. Tetapi dalam PRK 2010 , BN tewas di kerusi berkenaan. Ini juga perlu diberi perhatian serius oleh BN.

Yang menjadikan kepala saya pening ialah, kemana hilangnya undi-undi BN untuk tiga Dun dalam PRU 2008 ? Kenapa mereka tidak undi BN ? Adakah kerana faktor calon atau mereka sudah merasa syok dengan exco bohsia Selangor ? Bab ini, BN Selangor kena cari jawapannya. Siapalah saya untuk mencari jawapannya. Kita tidak boleh salahkan pengundi cina 100 %, walaupun mereka penyumbang utama. Undi melayu pun kita kena tengok juga.

BN sebenarnya boleh dapat 5-6 ribu majoriti jika mereka ??? dan apa yang Kerajaan perlu buat kepada orang-orang cina. Bersambung nanti....



Sunday, April 25, 2010

1725 HA, HA , HA

Tarikh penamaan calon : 17 hb

Hari Pengundian : 25 hb

Majoriti BN : 1725

Hello Mr.Kamal , your lucky number 1725 lah bro....

Kepada pemimpin dan penyokong BN, ingat , jangan gembira dengan keputusan ini.

Walaupun menang, tetapi menang dalam kalah. Nantikan ulasan saya hari selasa

Setakat ini dulu...

RBF melabuhkan tirai dari Hulu Selangor setakat ini. Sudah lebih 10 hari disini.

Sekarang saya bergerak balik ke Puchong.

Terima Kasih kepada semua pengunjung yang melawati blog saya.

STRATEGI SAAT AKHIR BN MENJADI



Kepada penyokong-penyokong PKR ,PAS dan DAP, mari sini sat , aku nak habaq mai sikit.

Selain menggunakan APCO yang hangpa laung-laungkan sebagai yahudi itu, BN juga turut menggunakan Dr.Hasbullah Katastropi melalui Zentrum untuk memperbodohkan hangpa semua.

Ternyata strategi itu menjadi.

Petang semalam semua media dan blog hangpa dok teruja dengan kajian Hasbullah kononnya Zaid Ibrahim akan menang. Berita itu tersebar seantero Hulu Selangor dan dunia.

Bila dah dengar yang itu, jentera hangpa semua sudah alpa dan dah syok sendiri sehingga dibuai mimpi indah. Kerja hangpa semua duduk provok orang BN dan duk pi mai pi mai dengan kereta sambil kibar bendera.

Hangpa tak sedar dalam diam-diam Wanita BN duduk buat kerja. Pergi cari dan jemput pengundi bawa ke tempat mengundi. Akhirnya usaha mereka berjaya.

Ha, ha , ha ha, padan muka, akhirnya hangpa tertipu dengan Zentrum. Itu ejen BN lah oiiiii.... Tugasnya melalaikan kamu semua. Wa.... kah...kah...kah....kah

TAKTIK PKR TAK MENJADI : NAK UNDI KUIL ATAU MASJID

Ternyata strategi PKR menakut-nakutkan pengundi melayu dengan bertanya mereka, "nak undi Masjid atau kuil" , ternyata tidak menjadi.

Satu lagi soalan yang sering ditanya kepada pengundi-pengundi melayu ialah "bila mati nanti ,nak wakil rakyat yang boleh tolong baca Al-Fatihah atau tak kepada jenazah anda" ?

Depan orang india mereka melaung-laungkan kononnya merekalah juara kepada orang india. Tetapi dalam senyap-senyap dia pergi tanya soalan-soalan begitu kepada orang-orang melayu.

Akhirnya semua itu memakan diri sendiri....

Keputusan hari ini menunjukan 75 % daripada jumlah keseluruhan pengundi melayu mengundi BN. India 60 % dan cina BN hanya menang satu sahaja di pusat mengundi di Serendah.

SENARAIKAN ALASAN PKR

Mari kita senarai alasan-alasan PKR kerana kalah di HS

1 ) SPR tak adil/menipu

2) Pengundi Hantu

3) BN serang peribadi

4) BN guna jentera kerajaan

Yang lain-lain hangpa semua tolong sambung.

RBF nak bergerak ke dewan pengumuman

BN MENANG

BN MENANG DENGAN MAJORITI 1683 UNDI.

PM DAN TPM BERGERAK KE DEWAN PENGUMUMAN DI KUALA KUBU BARU

ZAID IBRAHIM BOLEH KEMAS BAJU UNTUK KE SIBU PULA....

KEPUTUSAN TERKINI P 94


Update : Pengumuman telah dibuat oleh SUK Umno, Datuk Seri Najib akan tiba di Comand Center BN sekejap lagi. Kalau PM dah datang, faham-faham sajalah.....

Sekarang saya paparkan keputusan keseluruhan yang telah telah dikira. Agak sukar untuk saya paparkan keputusan mengikut peti undi kerana terlalu banyak dan talian internet yang lembab.

Sentiasa tekan butang refresh

BN : 21919

PKR : 20305

P/Raya kecil Sibu : Zaid Ibrahim atau Kamalanthan boleh cuba nasib disana.

Kejutan : peti undi sg buaya dalam pru lepas BN kalah 200 ++ undi. Sekarang BN menang 1000 ++ undi.

Kepada penyokong BN jangan terlalu seronok. Keputusan yang masuk sekarang kebanyakan dari dun batang kali dan hulu bernam. Keputusan dari dun kuala kubu baru kebanyakan belum masuk lagi. Mungkin undi disana boleh kambus undi BN tempat lain. Kawasan tersebut majoriti pengundi cina.

KEPUTUSAN TERKINI P 94




Keputusan dari peti-peti undi yang telah dikira dari Pusat Mengundi yang telah dikira mengikut saluran. Ianya akan bertambah dari masa ke semasa. Sentiasa tekan butang refresh

PERTAK: BN 98 PKR 18

SKC BERNAM : BN 265 PKR 145

UNDI POS : BN 767 PKR 120 (Ada juga undi pos undi PKR, ingatkan takde)

ULU YAM LAMA : BN 176 PKR 415

LADANG 15 : BN 265 PKR 145 (peti undi india)

BKT BERUNTUNG : BN 454 PKR 588

SG BUAYA : BN 246 PKR 39

AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578

KUALA KALUMPANG : BN 128 PKR 98

BN SELESA DI DEPAN


Congak-congak tidak rasmi mengatakan BN sedang mendahului PKR lebih kurang 4000 undi

P94 (19) GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR SERENDAH







Si Kitol kepada kafir harbi











P94 (18) BN NAMPAK SELESA DALAM KESEKSAAN


Setelah selesai tinjauan di dua Dun dalam parlimen Hulu Selangor, iaitu Batang Kali dan Hulu Bernam kelihatan BN selesa.

Selesa pun tidaklah selesa sangat. Silap-silap selesa boleh bertukar menjadi seksa.

Bagi Dun Kuala Kubu Baru pula apabila dilihat dengan mata kasar, bolehlah dikatakan nasib tidak menyebelahi BN. Semoga undi di kubu kuat BN Hulu Bernam dapat kambus undi-undi di KKB.

P94 (17) KHABAR DARI HULU SELANGOR


Setelah seminggu berada disini, kemuncaknya telah tiba hari ini.

Jam 6 bagi saya bangun hari ini terus ke bilik mandi untuk mandi 'sunat' pilihanraya.

Jam 8 saya bergerak keluar dari rumah sewa kami bersama dua rakan blogger. Destinasi awal ke pusat mengundi di Serendah, kemudian ke Sg.Choh, Kg.Sungai Buaya, Bandar Sungai Buaya, Bukit Teratai, Taman Bunga Raya 1 & 2 dan Bukit Sentosa. Sekarang rehat sekejap, sambung balik selepas ini.

Dari pemerhatian saya sepanjang perjalanan hari ini dan selama seminggu disini, naluri saya mengatakan BN akan menang dalam PRK ini.

'Mood' perubahan rakyat boleh dilihat dengan jelas. Keadaan lagi terserlah pada hari ini. Pengundi india menunjukkan mesej yang jelas yang mereka menyokong BN.

Pengundi cina pula kelihatan malu-malu kucing. Manakala pengundi melayu kelihatan 50-50. Faktor calon bukan melayu yang menjadi mereka agak renggang dengan BN.

Setakat ini baru 50 % ++ pengundi yang baru keluar mengundi. Jika pengundi keluar mengundi lebih dari 80 % ianya bakal membawa untung kepada BN. Jika kurang dari itu, ianya akan membawa untung kepada PKR.

Kem-kem PKR di pusat-pusat pengundian pula kelihatan sunyi. Seolah-olah tidak bermaya. Penyokong BN pula yang kelihatan mengusai pusat-pusat mengundi. Kecuali di pusat mengundi Kg Sg.Buaya , kelihatan juak-juak PKR yang dibawa oleh seorang cikgu tuisyen dari N.Sembilan iaitu chegubard yang nampaknya agak agresif memprovok penyokong-penyokong BN.

Saya akan masukkan gambar-gambar kemudian.

Saturday, April 24, 2010

P94 (16) PKR DITIPU PAS DI HULU SELANGOR

Salam PAS & Israel For All dari blogger Apco

Tipah tertipu beb.....

Sebagaimana yang kita tahu, jentera PKR di Hulu Selangor amat lemah. Ada yang boikot, ada yang merajuk dan sebagainya. Ditambah pula dengan saiz kawasan pilihanraya yang besar.

Apabila melihat jentera PKR lemah, maka PAS mengambil kesempatan menghantar petugas mereka kononnya untuk membantu kempen. Peringkat awal mereka hantar 2-3 ribu petugas. PKR kata tidak cukup lagi, maka PAS tambah 10 ribu lagi petugas.

Apa lagi, PKR syok gila lah bila jentera PAS turun bantu kempen.

Rupa-rupanya PKR kena tipu beb.....

Berbelas ribu orang jentera PAS yang datang kesini bukannya membantu kempen PKR, tetapi mereka datang untuk 'mempromosikan' PAS dan seterusnya menguatkan cengkaman mereka di Hulu Selangor.

Mereka masuk ke kampung-kampung, taman-taman dan Felda bawa borang PAS bersama dan mereka tarbiahkan orang-orang di sana agar menyertai PAS.

Mengikut Wak Mahat dari Felda Soeharto, lima orang petugas PAS datang ke rumahnya menerangkan kepadanya dasar PAS dan kebaikan yang dibawa oleh PAS.

Keadaan yang sama juga berlaku di Taman Sri Batang Kali, Sg.Buaya, Taman Bunga Raya serta tempat-tempat lain.

Apabila ada penduduk yang menolak ajakan mereka kerana tidak mahu bersekongkol dengan PKR dan PAS , mereka berkata kerjasama PAS dengan PKR dan DAP hanya sementara sahaja. Sekadar untuk memperkudakan dua parti terbabit bagi memperluaskan pengaruh PAS.

"Kerjasama ini sementara sahaja pakcik, kita pun benci DAP dan PKR. Tapi kita terpaksa guna mereka sementara waktu. Tok Guru dah bagi jaminan, kita tidak akan lama dengan DAP dan PKR". Kata 'tukang promo'.

Sambungnya lagi " kita tidak boleh berkuasa tanpa mereka,kerana kita tak cukup ahli. Sebab itu sekarang ini kita nak ajak pakcik dan jiran-jiran masuk PAS. Bila kita sudah kuat, maka dalam p/raya akan datang kita akan tuntut kerusi Hulu Selangor dari PKR dan juga di tempat-tempat lain".

"Selepas itu bila kita sudah menang banyak kerusi, maka kita bolehlah jadi PM dan lepas itu DAP serta PKR akan duduk dibawah kita" Itulah antara ayat-ayat kempen puak-puak PAS untuk mengajak orang-orang Hulu Selangor menyertai PAS.

Menurut Wak Mahat, ada antara petugas-petugas PAS yang berkata mereka merasa berat untuk berkempen bagi pihak Zaid Ibrahim. Lebih baik mereka kempen untuk PAS.

Itulah dia Parti PAS. Sebuah parti yang opportunist atau mengambil kesempatan. Asal ada ruang sahaja mereka akan kesempatan untuk kepentingan mereka, tidak kira dimana dan dari sudut mana. Di Masjid, di gereja, di tokong, hatta dalam jamban sekalipun.

Begitulah juga semasa mereka berada dalam BN satu masa dulu. Dicanangkan cerita kononnya BN menipu mereka. Yang dicerita hanya yang itu. Dia tak cerita yang dia menipu Umno.

Pada masa itu mereka menggunakan pendekatan subversif dan mengambil kesempatan untuk menguatkan pengaruh mereka dalam BN, dengan mencuri ahli-ahli Umno dan memecah belahkan Umno dengan hajat agar mereka dapat menguasai BN. Yang ini PAS tidak ceritakan kepada orang ramai.

Akhir kata padan muka PKR , buta-buta kena tipu dengan PAS di Hulu Selangor.

P94 (15) NIK AZIZ SUDAH MELAMPAU

Salam PAS & Israel For All dari blogger Apco




Pada saya Nik Aziz sudah melampau.

Dia sudah merasakan hanya dirinya saja yang sentiasa betul dan maksum.

KDYMM Al-Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi negeri Selangor. Semua Masjid dan Surau di dalam negeri Selangor di bawah jagaan Tuanku. Sebagaimana di Arab Saudi, Raja Arab adalah penjaga kepada dua Kota Suci iaitu Mekah dan Madinah.

Oleh kerana merasakan diri dia yang selalu betul, dengan penuh perasaan riak dan angkuh Nik Aziz memperlekehkan titah Tuanku.

Dia boleh berkata titah Tuanku adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris. Kurang ajar !

Tuanku adalah Raja kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Baginda mengeluarkan arahan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Baginda tidak bermain politik. Ini tidak adil kepada Baginda apabila Nik Aziz cuba mengajak Baginda bermain politik.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada Dewan Di Raja Selangor agar dapat menasihati Tuanku supaya MENGHARAMKAN NIK AZIZ DARI MEMIJAK BUMI SELANGOR.

Ini sahaja cara hendak ajar orang yang biadab. Datang bertandang ke rumah orang, tapi tak tahu adat. Itu namanya biadab dan kurang ajar.

Tindakan tegas harus diambil kepada Nik Aziz sebelum perpecahan umat Islam menjadi semakin teruk dan Masjid terus menjadi pentas politik.

P94 (14) AWAS 24 JAM TERAKHIR !



Tempoh berkempen tinggal lagi kurang dari 24 jam. Dalam perang pilihanraya inilah saat-saat genting yang harus dijaga. Sedikit kesilapan akan membawa padah.

Saya tidak yakin 100 % yang BN akan menang, tetapi saya nampak 110 % yang PKR semakin tertekan menjelang hari pengundian.

Inilah yang harus diberi perhatian oleh jentera BN. Jangan leka, jangan alpa dan beri perhatian kepada taktik-taktik jahat yang bakal mereka gunakan.

Sudah menjadi amalan mereka, bila mereka tertekan maka mereka akan guna taktik-taktik jahat untuk mempengaruhi pengundi.

Lihat contoh terkahir di Bagan Pinang, apabila naluri mereka merasakan yang mereka akan kalah, maka mereka cepat-cepat mencipta isu.

Isu pertama yang dimainkan oleh mereka ialah isu pengundi pos. Pelbagai tomahan dilemparkan kepada SPR dan kerajaan.

Setelah isu tersebut gagal, mereka mencipta pula isu kononnya seorang penyokong mereka ditetak dengan parang oleh penyokong UMNO.

Ternyata isu tersebut juga gagal. Akhirnya BN menang dengan majoriti lebih dari 5000 undi. Semua isu yang mereka cipta makan diri sendiri. Majoriti yang diperolehi oleh Tan Sri Isa lebih daripada jumlah pengundi pos yang ada di sana.

Begitu juga di Hulu Selangor. Seawal hari kedua berkempen PKR telah merasakan yang mereka akan tewas. Maka tanpa membuang masa mereka terus mencipta isu kononnya SPR memindahkan pengundi dan pertambahan pusat pengundian.

Inilah taktik jahat mereka, awal-awal lagi mereka sudah sudah kelirukan rakyat dengan isu tersebut. Tujuannya mudah, apabila mereka kalah, maka isu itulah yang akan didendangkan untuk menutup ke-malu-an mereka.

Begitu juga di Kuala Trengganu pada awal 2009. Dalam sidang media harian PAS setiap hari mereka membangkitkan isu pengundi hantu kononnya dibawa berbas-bas masuk ke KT setiap hari.

Akhirnya bila keputusan diumumkan dan mereka menang tidak ada sepatah pun permohonan maaf yang mereka keluarkan kepada SPR atas tuduhan-tuduhan jahat mereka sebelum itu.

Itulah contoh orang yang tidak percaya kepada Qada-Qadar, walaupun kononnya perjuangan Islam yang mereka perjuangkan.


Dalam siri PRK untuk penggal ini mereka telah menang bermula di Permatang Pauh, K.Trengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, dan Permatang Pasir.

Enam kemenangan yang mereka cipta, adakah anda pernah terdengar BN menyalah sesiapa ? Tidak sama sekali. Sebaliknya BN bermuhasabah diri. Mereka kaji sebab kekalahan mereka dan mereka perbetulkan apa yang silap. Inilah contoh sifat-sifat terpuji.

Oleh yang demikian saya menyerulah kepada orang ramai agar menilai sikap sebenar PKR dan PAS. Sesuatu perkara akan bagus jika perkara itu menyebelahi mereka. Jika tidak menyebelahi mereka perkara itu adalah taktik jahat, konspirasi dan pelbagai tomahan lain lagi.

Kepada petugas-petugas BN di Hulu Selangor, anda sekarang sudah berada diambang kemenangan, jadi tidak usahlah anda termakan provokasi-provokasi yang dicipta oleh musuh-musuh anda di sana. Jaga disiplin masing-masing. Sedikit kesilapan akan membawa padah kepada BN.

Friday, April 23, 2010

P94 (13) PENIPUAN TERKINI PAKATAN JAHANAM


Salam PAS & Israel For All
dari blogger Apco




Penagih dadah jika sudah terdesak dan tiada tempat lagi untuk disuntik, di batu anu mereka pun mereka sanggup suntik.

Begitu juga dengan pakatan jahanam, akibat terdesak mereka sanggup buat apa saja untuk menipu, asalkan mendapat undi.

Surat diatas direkacipta oleh mereka dan dihantar kepada semua pengundi-pengundi melayu di Hulu Selangor dengan tujuan untuk meraih undi melayu dan pengundi membenci calon BN serta MIC.

Kalau nak menipu pun biarlah penipuan kelas satu, bukannya penipuan kelas empat seperti ini.

Kenapa lah kau orang semua bodoh sangat ?

Halo, si bodoh-si bodoh pakatan jahanam sekalian, Tan Sri Ramli Ngah Talib sudah tidak ada jawatan lagi dalam Umno Bahagian Pasir Salak. Beliau sekarang hanya Ketua Cawangan.

Kepala surat (letterhead) bahagian hanya boleh digunakan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian sahaja.

Ketua Bahagian Pasir Salak sekarang ialah Datuk Tajuddin Rahman.

Sebagai seorang bekas MB dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli tidaklah sebodoh itu hingga tidak tahu prosedur penggunaan kepala surat.

Niat hati nak menipu , akhirnya makan diri sendiri balik. Percubaan anda gagal lagi. Sila cuba lagi...

Kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor, jika anda ada menerima surat seperti diatas, sila abaikan. Ianya satu surat palsu dan satu lagi projek penipuan pakatan jahanam.

Jika anda masih menyimpan surat berkenaan teruskan menyimpannya. Satu hari nanti jika ada orang-orang pakatan jahanam datang bertandang ke rumah anda, sila rebus surat terbabit dan ambil airnya hidang kepada mereka.

P94 (12) GARA-GARA POLITIK, JUMAAT JADI ZOHOR

Salam PAS & Israel For All dari blogger Apco


Hancur.....

Kamu tanggunglah dosa....

Kesilapan saat akhir yang dilakukan oleh pakatan jahanam bakal membawa untung kepada BN.

Kerana terlalu ghairah nak berpolitik antara Mimbar Masjid dan pentas ceramah pun sudah tidak tahu untuk dibezakan.

Hajat dihati nak balun orang-orang Umno, tetapi lain pula jadinya.

Masjid Assalam Bukit Sentosa

Khutbah dan solat jumaat hari ini di Masjid Assalam Bukit Beruntung yang dipimpin oleh Hassan Ali tidak sah dan jemaah terpaksa mendirikan Solat Zohor.

Semuanya kerana keghairahan Hassan Ali 'berceramah' politik atas Mimbar hingga terlupa membaca Selawat Nabi dalam khutbah tersebut.

Selawat Nabi adalah salah satu rukun dalam khutbah dan hukumnya WAJIB. Apabila satu hukum wajib tertinggal maka tidak sah lah Ibadat tersebut.

Command Centre atau Bilik Gerakan Utama BN P94

Untuk pengetahuan anda, Masjid berkenaan terletak hanya beberapa ratus meter Command Center BN. Jadi, kesemua petugas-petugas BN yang beragama Islam bersembahyang Jumaat disana.

Dalam masa yang sama Masjid berkenaan juga dipenuhi oleh juak-juak PAS yang datang dari Kelantan dan Trengganu yang tiba Subuh tadi kerana hari ini hari cuti di kedua-dua negeri berkenaan.

Apabila Hassan Ali 'berceramah' berapi-api diatas Mimbar , juak-juak PAS yang dibawah pula menjerit TAKBIR, TAKBIR, TAKBIR.

Tujuannya ialah untuk menyakitkan hati orang-orang BN yang turut sama berjemaah disana. Akhirnya tujuan untuk menyakitkan hati bertukar menjadi makan diri sendiri. Ingat , ALLAH MAHA KAYA. Terus dibayar 'cash'.

Orang-orang BN tidak kisah dengan semua itu. Tidak menjadi masalah kepada mereka untuk mendengar Khutbah dan menjadi makmun kepada Hassan Ali. Nak hentam, pun hentamlah, mereka tak hairan dan mereka sudah lali dengan semua itu.

Maka, kamu tanggunglah dosa ratusan Umat Islam yang tidak bersolat Jumaat hari ini kerana kesilapan kamu semua.

Pssstttt...selepas ini pasti juak-juak PKR, DAP dan PAS LIBERAL pasti akan menuduh Hassan Ali mensabotaj Zaid Ibrahim.

RBF menunggu komen dari Tulang Besi Bebal dan Khalid Gereja.