Friday, May 28, 2010

Khalid Samad Diminta Kemaskan Janggut - SD Johari

Tulisan di bawah ini saya terima melalui e mail yang dihantarkan oleh saudara SD Johari Hj Yassin berhubung cabaran Khalid John Samad yang mencabar Ezam bertanding menentangnya di Shah Alam dalam pru akan datang. Untuk pengetahuan anda, saudara SD Johari adalah bekas Setiausaha Pemuda PKR Pusat dan bekas Ketua Pemuda PKR Selangor di zaman Ezam memegang jawatan ketua pemuda PKR

SD Johari bersama Ezam

Khalid Samad umpama Lembu Sabung yg sentiasa meliar "Membuta Babi" mencari sasaran yang hendak ditanduk kerana merasakan diri terlalu hebat dan mendapat sokongan serta tepukan hadirin ketika di gelanggang. Sedangkan Si Lembu lupa bahawa dia hanyalah seekor lembu permainan yang di permainkan oleh Matador. Oleh itu cabaran dari Si Lembu Sabung tak perlu sedikit pun di ambil serius malah boleh saja untuk di tertawakan.

Oleh itu, cabaran Khalid boleh diumpamakan seperti anjing menyalak singa, singa tak menoleh, anjing terjelir lidah. Cabaran supaya Ezam bertanding di Shah Alam bukan perkara besar hingga perlu panggil sidang media. Jika tidak Ezam sekalipun, InsyaAllah UMNO bahagian Shah Alam yang mula saya kenali hati budinya miliki pimpinan yang berjiwa mulia, rendah diri dan lebih berakhlak dari Khalid. Jadi cabaran anak jantan tak perlu menunggu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. Jika telor masih dalam kerandut, saya cabar Khalid segera letak jawatan agar perhitungan sokongan rakyat bestari Shah Alam dapat disegerakan.

Khalid bukan lah aset berharga buat PAS khususnya PAS pro Ulama yang terbeban dengan kenyataan-kenyataan bebal Khalid yang dilabelkan kufur oleh Prof Dr Haron Din kerana menyekutukan Allah apabila bersetuju Allah digunakan di Gereja2. Bermaksud Khalid setuju Allah itu tidak ESA seperti kepercayaan penganut agama Kritian. Bagi PAS pro Islam Liberal bawaan tokoh ulung pengamal HOMOSEKSUAL tersohor, Sheikh Anwar Ibrahim mungkin Khalid penting sebagai pencacai muda penyuci najis supaya Anwar terus nampaknya macam suci.

Kenyataan Khalid berhubung perlantikan YB Senator Saudara Ezam Md Noor, memperlekehkan perlantikan yg dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang melantik Senator Dewan Negara. Maka, kenyataan Khalid ternyata berbau ala-ala bebal tahap Mendo Mummet, pandai sikit dari Goblok.

Kenyataan Khalid berhubung lesen sukan judi sekadar merupakan kenyataan dari seorang munafik yang kununnya menentang lesen judi dan pusat hiburan sedangkan sejak PAS menguasai Parlimen Shah Alam,rumah-rumah urut dan bar sudah mula tumbuh dua tahun yang lepas. Pusat hiburan, judi dan rumah urut yang berselirat diluluskan di serata Selangor mencapai pertumbuhan yang amat membanggakan. Pada masa yang sama, dalam isu rampasan arak di Shah Alam yang disergah arah oleh Ronie Liu agar dikembalikan dan soal isu penjualan arak di kawasan melayu, Khalid tiada usaha menentang.

Nasihat saya kepada Khalid Samad agar kemaskini janggut. Itu sajalah nasihat saya kerana politikus seperti Khalid tak memerlukan nasihat yang banyak. Cuma sekiranya jiwa belum hitam, fikiran belum di liwat, lembutkan dan buka lah hati, tenang dan bukalah fikiran, berlapang dada dan ikuti lah dengan amat-amat telita setiap perbicaraan kes Anwar liwat Saiful dengan adil demi mencari kebenaran dan bersama menghumban pemimpin jijik ke dalam penjara.

SD Johari Hj Yasin

Thursday, May 27, 2010

Pula Dah.....Adun BN Pula Nak Melompat


Jika minggu lepas kita mendengar sampai seluruh negara kecoh kononnya ada adun-adun pak-khatan rakyat Kedah akan melompat parti.

Tetapi minggu ini lain pula jadinya...

Kecoh di Alor Setar hari ini kononnya seorang adun BN Kedah akan melompat parti pula.

Difahamkan adun tot...tot.... akan mengumumkan minggu depan.

Jika ada adun BN lompat parti apa maknanya ?

Ingat Perak tak ?

Ingat lagi adun Bota dulu ?

Maknanya BN sudah menghampiri masanya untuk mengambil alih Kedah.

BN hantar seorang pergi masuk kem sana dulu, bagi pak-khatan rakyat geli-geli dulu. Kemudian dia ngap dua tiga orang yang sebelah sana masuk kem BN.

Maka tamatlah riwayat kerajaan PAS Kedah.

Jadilah seperti Perak...

Apabila Bulan Mengambang, Khalid Samad Mula Meracau

Pada mulanya saya agak terkejut semalam apabila membaca berita di malaysiakini yang Khalid John Samad tiba-tiba sahaja mencabar Ezam untuk bertanding melawannya di Shah Alam dalam PRU akan datang. Sini

"Aik....apa ke halnya, hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba buka mulut cabar Ezam bertanding di Shah Alam" kata saya.

Ohh....baru saya teringat, hari ini (semalam/rabu) adalah 13 Jamadilakhir. Oh...musim bulan mengambang rupanya, patutlah dia meracau. Khalid John Samad memang alergi dengan bulan mengambang.

Setiap kali musim bulan mengambang dia akan buat hal. Bulan lepas iaitu bulan Jamadilawal semasa musim bulan mengambang juga, dia buat hal dengan polis. Dulu dalam Muharram pun sama juga, dia buat hal pasal kalimah Allah. Selepas itu dia buat hal dengan JAIS.

Mengikut kata orang tua-tua, orang yang meracau setiap kali musim bulan mengambang ialah orang yang kurang sihat atau dipanggil putus wayar, manakala dalam istilah rasmi dipanggil penyakit mental.

Kita sering mendengar, membaca atau melihat kejadian orang-orang yang mempunyai masalah mental membunuh ibu bapa sendiri, bunuh anak sendiri, bunuh suami atau isteri sendiri. Kebanyakan ianya berlaku antara 10-20 haribulan Takwim Hijrah, iaitu waktu bulan sedang hendak menaik antara 10-15hb dan waktu bulan hendak menurun antara 15-20hb.

Begitu jugalah dengan Khalid John Samad, setiap kali tarikh tersebut muncul, maka dia akan buat hal. Cuma dia tidak sampai ke peringkat teruk lagi. Tetapi jika tidak dibawa berubat dengan segera ianya boleh menjadi semakin teruk.

Harap-harap Hassan Ali atau Roslan Sms boleh tolong bawa Khalid pergi berubat sebelum dia buat hal yang lebih pelik. Manalah satu hari nanti, dia buka semua pakaian dan berlari bogel keliling parlimen Shah Alam.

Satu benda yang saya menarik perhatian saya semalam dalam sidang media dia. Pada mulanya dia ucap tahniah kepada Ezam diatas perlantikannya. Selepas itu dia kata pula yang Ezam memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang.

Inilah yang saya katakan si kitol Khalid tersebut putus wayar. Apabila dia kata "memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang" ianya membawa maksud masuk dewan tanpa melalui p/raya.

Bangang sungguh si kitol ini. Mana ada orang masuk Dewan Negara melalui p.raya, sesiapa yang dilantik sebagai Senator maka bolehlah orang itu masuk Dewan Negara. Yang masuk melalui p/raya adalah Dewan Rakyat. Ezam bukannya masuk Dewan Rakyat, dia masuk Dewan Negara.

Inilah akibatnya bila terlalu ghairah nak tunjuk pandai, akhirnya kebodohan sendiri terserlah. Apa cerita pula senator-senator yang dilantik oleh negeri-negeri yang dipimpin oleh pak-khatan rakyat ? Masuk ikut pintu belakang juga ke ? Hassan Shukri, bekas timbalan presiden PAS pernah jadi senator, masuk ikut belakang juga ke ?

Inilah akibatnya bila menyokong orang yang suka main belakang. Dia tidak ingat yang lain, dia hanya ingat belaaaakangggggggggggg saja.

Ikuti ulasan sahabat saya di sini

Seorang lagi sahabat saya pernah mempunyai pengalaman menaiki pesawat yang sama dengan si kitol tersebut dari KLIA ke Sibu. Katanya dari sebelum naik pesawat di balai mengunggu di KLIA hinggalah ke Sibu dia memerhatikan gelagat si kitol tersebut.

Mulutnya pok...pek...pok...pek, tidak berhenti-henti. Yang itu tak kena, yang ini tak kena, orang itu tak kena, orang ini tak kena. Termasuklah pramugari, pramugara dan hinggalah kepada kapten yang pandu pesawat, semuanya tak kena. Sampaikan dia boleh kata kapten yang pandu pesawat itu tak pandai pandu pesawat. Pramugari yang tunjuk demo keselamatan sebelum pesawat terbang pun dia kata tak betul juga.

Sampai di Sibu, dia buat hal dengan imigresen pula. Menjerit sana-sini.

Apa punya orang macam ni ? Jawabnya, orang gila lah.....

Sambung di sini




Janji Pilihanraya Bukan Rasuah


Tiga hari lepas Zaid Ibrahim telah memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor bulan lalu tidak sah dengan mendakwa wujudnya amalan rasuah membabitkan BN. Lanjut di sini.
Sidang media Zaid di rumahnya pada 24 Mei 2010. Siapakah si baju putih sebelah kiri itu ? Kenapa wajahnya seolah-olah Mr.Bean atau beliau terkena stroke ?
Sumber gambar : klik sini

Pada pandangan saya Zaid sebagai seorang peguam terkenal tahu kes yang dibawa olehnya tidak akan ke mana. Tetapi dia sengaja buat-buat tak tahu, kerana nak tutup malu akibat kekalahan.

Kes seperti itu pernah berlaku pada tahun 1991, di mana salah seorang pemimpin UMNO kesayangan Zaid dan PAS iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang menteri kewangan pada masa itu juga telah membuat janji yang sama.

Akhirnya mahkamah telah memutuskan bahawa Ku Li tidak bersalah kerana antaranya ialah,Ku Li sendiri bukan calon yang bertanding dan janji yang dibuat itu atas dasar beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab.

Ikuti penjelasan panjang lebar oleh Peguam Rakyat


PILIHAN Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu sudah berakhir dan keputusannya telah pun diketahui umum. Namun bak kata pepatah rumah telah siap tetapi pahat masih berbunyi, memperlihatkan kehangatan pilihan raya kecil ini masih dirasai, khususnya berhubung beberapa isu panas iaitu janji-janji pilihan raya yang dianggap sebagai rasuah oleh sesetengah pihak.

Pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya tidak berdiam diri dan tidak berdolak dalih menggunakan jawapan "tidak mempunyai kuasa" atau "di luar bidang kuasa" untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Hakikatnya masyarakat perlu didedahkan dan diberikan jawapan tepat sama ada janji pilihan raya itu rasuah atau sebaliknya.

Zaman berdolak dalih, berdiam diri dan enggan mengesahkan sesuatu perkara itu sudah lama berlalu. Sekiranya agensi-agensi kerajaan masih mempunyai mentaliti sebegini, maka kredibiliti dan imej kerajaan akan dipertikai dan dieksploitasi oleh segelintir pihak yang tahu mengenai undang-undang tetapi memutarbelitkannya untuk kepentingan politik songsangnya.

Adakah manifesto atau janji pilihan raya yang dibuat oleh kerajaan dan pembangkang kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan Sibu boleh ditakrifkan sebagai rasuah dan menjadi kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

Manifesto atau janji yang dilaung-laungkan sepanjang pilihan raya berlangsung dibuat untuk mempengaruhi, mendorong individu atau pengikut supaya memberikan kepercayaan dan sokongan kepada si pembuat janji atau parti yang bertanding.

Rasuah pula mempunyai takrifan yang amat luas. Namun dalam konteks perbincangan ini, ia boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan menjanjikan, menawarkan atau memberi suapan rasuah (berbentuk kewangan, perkhidmatan dan sebagainya) dengan niat jahat kepada seseorang individu atau ejen sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Intipati penting yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan sama ada manifesto atau janji itu termasuk dalam takrifan kesalahan rasuah ialah (1) status pemberi, (2) niat jahat, (3) status penerima dan (4) tindakan penerima.

Dalam konteks janji pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu, semua pihak termasuk calon dan parti yang diwakilinya semestinya menaburkan janji-janji masing-masing kepada pengundi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Janji-janji ini merupakan salah satu faktor penting yang menjadi kayu pengukur kepada pengundi untuk membuat keputusan.

Apa yang menjadi pertikaiannya ialah sejauh mana atau sebanyak mana calon atau parti yang bertanding mampu memberikan sumbangan demi meyakinkan rakyat tempatan sebagai pengundi.

Ada yang menjanjikan peruntukan kewangan, peruntukan pembangunan, pembinaan jalan raya, pembaikan kemudahan asas atau sekurang-kurangnya janji turun harga minyak misalnya.

Berbalik kepada takrifan kesalahan rasuah, status si pemberi atau orang yang menjanjikan janji-janji pilihan raya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan salah seorang pemimpin negara yang menjadi sasaran pihak-pihak tertentu kerana dikatakan menaburkan rasuah dalam kedua-dua pilihan raya. Adakah apa yang dijanjikan PM itu rasuah?

Sebagai ketua negara yang prihatin dengan masyarakat Hulu Selangor dan Sibu, tiada salahnya dari segi undang-undang Perdana Menteri memberikan peruntukan kepada rakyat di kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Beliau membuat janji atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan peruntukan yang diberikan adalah peruntukan kerajaan. Pemberian sumbangan dan peruntukan ini pula bukan diberikan kepada setiap pengundi atau individu. Ia untuk keseluruhan rakyat dan masyarakat di kedua-dua kawasan.

Oleh itu, kepentingan peruntukan adalah untuk semua dan bukan untuk kepentingan individu semata-mata. Walaupun menerima pelbagai bentuk peruntukan untuk pembangunan, rakyat tidak pula dipaksa untuk mengundi. Keputusan pengundian masih terletak di tangan rakyat dan hasilnya jelas Barisan Nasional (BN) menang di Hulu Selangor dan DAP menang di Sibu. Tiada unsur paksaan, penindasan dan niat jahat dalam konteks ini.

Keputusan kes Teoh Teik Huat lawan Lim Kean Siew & Anor tahun 1981 berhubung kenyataan Tengku Razaleigh selaku Menteri Kewangan untuk memberikan peruntukan kewangan yang besar sekiranya BN menang Pengkalan Kota, jelas menunjukkan bahawa janji-janji pilihan raya tidak menjadi suatu kesalahan rasuah. Antara intipati penghakiman dalam kes ini adalah seperti berikut:

"The corrupt intention and corrupt inducement to the electors or voters to vote or refrain from voting must exist. The corrupt practice of bribery which is criminal offence by statue must be strictly proved beyond all reasonable doubt by clear and unequivocal evidence, and the inducement to vote or refrain from voting must be exercised upon one or more electors or voters who must be identified as the objects to whom it was made or addressed. There is no such specific or identifiable particularity in this case but only an allegation of an address to a faceless and amorphous crowd of somewhat unanalyzed fluidity of over 1,500 people said to have been largely compromised of electors or voters and people of the constituency."

"Tengku Razaleigh was not himself the Barisan Nasional candidate in the election and there is no reason why he should pledge his personal fortune."

"Moreover a promise of public action made by Tengku Razaleigh is in his capacity as a Minister in Charge of the country fiscal portfolio."

Berdasarkan kepada penghakiman di atas, jelas menunjukkan bahawa janji-janji politik yang dibuat oleh Perdana Menteri tidak dapat diklasifikasikan sebagai rasuah atas fakta-fakta berikut:

# Janji yang dibuat oleh Perdana Menteri dibuat atas kapasitinya sebagai Ketua Negara dan Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan negara;

# Majlis tersebut tidak hanya mengumpulkan pengundi Hulu Selangor atau Sibu semata-mata, sebaliknya dihadiri ribuan penyokong termasuk penduduk tempatan, orang luar dan rakyat dari daerah- daerah yang lain;

# Perdana Menteri bukan juga merupakan calon yang bertanding;

# Kepentingan peruntukan yang diberikan adalah untuk rakyat keseluruhannya dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu terutamanya pengundi;

# Tiada unsur paksaan dalam menentukan proses pengundian.

# Peruntukan yang dijanjikan bukan wang peribadinya tetapi adalah peruntukan Kerajaan Pusat.

Peguam Rakyat

Kuala Lumpur

Sumber : Arkib Utusan


Wednesday, May 26, 2010

Tanah KTM Di Singapura Tergadai ? Tindakan PM Tepat

Saya tidak mahu turut serta membincangkan perkara ini sewaktu hari pertama ianya diumumkan. Ini kerana sebelum saya masuk campur, saya perlu faham isu terlebih dahulu. Saya baca semua laporan-laporan di media dan apa yang saya tidak faham saya tanya kepada kawan-kawan yang lebih arif.

Sekarang saya telah faham sedikit sebanyak, maka saya cuba untuk berkongsi dengan anda semua mengikut fahaman saya. Jika saya salah tolong betulkan saya.

Isunya tidaklah besar mana pun. Malaysia tidak rugi apa pun dalam hal ini, malah lebih untung lagi. Hanya faktor sejarah sahaja yang membuatkan ada segelintir orang marah kepada kerajaan berhubung kes tersebut.

Benar, sejarah tidak boleh menipu kita dan sejarah itu penting. Tetapi dunia telah berubah, maka kita tidak boleh terus bernostalgia dengan sejarah. Kita nak marah kerana tanah kita 78 tahun 'diserahkan' kepada Singapura.

Bukan diserahkan, kita kena faham. Kerajaan kita pun bukannya bodoh sangat nak 'serah' tanah buta-buta kepada Singapura. Kita majukan tanah itu bersama Singapura dan kita memegang kepentingan 60 % dalam projek pembangunan tanah tersebut. Kita masih majoriti lagi. Malah Singapura bersetuju pula untuk tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor.

Singapura adalah sebuah negara yang kecil dan tanahnya cukup terhad. Pembangunan semakin hari semakin pesat, rakyat semakin bertambah . Sudah tentu mereka menghadapi masalah bagi menyediakan segala kemudahan untuk rakyat dan pelabur.

Oleh kerana tanah dan landasan keretapi KTM, Singapura telah terpecah dua sepanjang lebih kurang 30 km dari Woodlands hingga ke Tg Pagar. Ianya terhalang dengan landasan keretapi di tengah-tengah. Ini telah menghalang pembangunan mereka. Sudahlah tempatnya kecil, kemudian ada halangan pula, sudah tentulah mereka menghadapi kesukaran.

Tanah keretapi, bila berada disitu ianya sekadar menjadi laluan keretapi sahajalah sampai bila-bila pun. Bukan boleh mendatangkan hasil lain lagi. Setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Kemudian setiap tahun kita bayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.

Kita ini manusia yang ada akal fikiran kenalah berfikir sedikit, kena pandai cari jalan nak cari duit dan kembangkan ekonomi negara. Bukan setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Jika tanah itu boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan, mengapa kita perlu pertahankan hasil yang ciput. Kerana sejarah ? Kalau kerana sejarah maka tidak perlulah kita naik pesawat untuk pergi ke Mekah, naiklah kapal laut.
Utusan Online - klik sini
Bernama.Com - klik sini

Dalam isu ini kita tidak rugi apa-apa pun, hanya rugi sejarah sahaja. Dengan 60 % kepentingan yang dimiliki oleh Malaysia dalam pembangunan tersebut adalah sesuatu yang cukup bagus berbanding dengan kita terus pertahankan tanah itu sebagai tanah keretapi. Memang betul sejarah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi kita kena juga lihat situasi. Arak dan babi haram untuk orang Islam, tetapi jika kita berada di dalam keadaan darurat maka kita dibolehkan untuk meminum arak atau memakan daging babi.

Begitu juga dengan sejarah, jika kita ada pilihan sudah tentu kita pun mempertahankan sejarah tersebut. Lainlah jika Singapura itu sebuah negara yang luas dan tanahnya bertimbun-timbun lagi yang masih kosong. Jangan kerana keegoan kita kerana mempunyai tanah di negara orang, maka kita tidak fikir perasaan orang lain demi mempertahankan ego kita.

Pelaburan dalam bidang hartanah di Singapura atau di Malaysia membawa untung yang lumayan selagi kedua-dua negara ini tidak dilanda perang. Semakin hari pasaran makin naik. Kerancakan ekonomi Singapura sudah tentu ianya membawa tempias kepada Malaysia memandangkan kita jiran yang paling dekat.

Saya bagi satu contoh, Ali memiliki sebidang tanah yang cukup subur yang diwarisi oleh ayahnya. Sejak berpuluh tahun dulu, tanah tersebut digunakan oleh ayah Ali untuk menanam serai sebagai sumber pendapatan mereka. Apabila ayah Ali meninggal dunia, Ali mewarisi tanah itu dan dia juga terus menanam serai di tanah peninggalan ayahnya.

Pendapatan yang Ali perolehi sama sahaja daripada dulu sampai sekarang, iaitu sekitar RM 1000 hingga ke RM 1200.00 sebulan. Kalau naik pun sikit sahaja, kerana harga serai tidak pernah naik mendadak atau mengalami faktor kekurangan bekalan. Bulan Ramadhan pendapatan Ali mungkin lebih sikit kerana permintaan tinggi dan dia boleh main harga.

Pendapatan Ali tepu setakat RM 1200 sahaja. Ali tidak berpeluang menambah pendapatannya kerana tidak mahu menukar kepada tanaman lain walaupun dia tahu tanahnya yang subur itu boleh mendatangkan hasil lebih lumayan. Ini kerana Ali mementingkan nilai sejarah yang ditinggalkan oleh ayahnya.

Lalu satu hari datanglah kawan Ali yang bernama Samad dan mengajak Ali buat usahasama untuk menukar tanaman serai dikebunnya kepada menanam asparagus. Samad menunjukan kira-kira kepada Ali dengan menanam asparagus Ali berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 4000 sebulan. Ini kerana harga asparagus lebih mahal dari serai yang berharga dua kupang untuk tiga batang.

Agak-agak anda yang mana Ali pilih, dia pilih untuk mempertahankan tanaman serai yang diwarisi oleh bapanya yang hanya mendatangkan pendapatan RM 1200 sebulan kerana faktor sejarah atau dia pilih untuk berkongsi tanaman asparagus dengan Samad yang boleh mendatangkan hasil RM 4000 sebulan ? Jawabnya, bodoh bin banganglah Ali jika dia pilih untuk terus untuk menanam serai.

(sekadar contoh sahaja untuk mudah difahami, bukannya saya bermaksud Ali itu Malaysia dan Samad itu Singapura. Situasi berbeza antara rundingan Malaysia dan Singapura, cuma saya nak menunjukan gambaran bahawasanya jika tanah itu boleh memberi hasil yang lebih daripada apa yang kita ada sekarang, mengapa kita nak mempertahankan yang beri hasil sedikit)
M Star - klik sini
Berita Harian Online - klik sini

Begitu juga dengan pembangunan projek-projek diatas tanah milik KTM di Singapura, kita akan mendapat untung yang lebih lumayan berbanding dengan kita terus mempertahankan tanah keretapi kerana faktor sejarah yang hanya mendatangkan hasil entah berapa sen sahaja sehari.

Tidak timbul isu tanah kita tergadai kepada Singapura seperti dicanangkan oleh pak-khatan rakyat. Tidak tergadai pun, malah harta kita makin bertambah di Singapura apabila projek itu siap kelak kerana kepintaran PM kita. Itulah yang membuatkan pembangkang dengki, lalu mereka putar belit cerita kononnya tergadai untuk membakar sentimen rakyat agar bencikan PM.

Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya sambung sikit kisah ini.

Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah syarikat Singapura.

Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun 1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.

Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.

Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun 2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat terbabit.

Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45 tahun lepas.

Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih 'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu tanah di Singapura.

Kalau Pas perintah negara ini jangan kata blok L atau M, dari blok A1 sampai Z10 pun mereka gadaikan. Pas akan gadai apa sahaja yang boleh mendatangkan duit kepada mereka hatta rambut halus isteri mereka sekalipun. Jika isteri pun mereka boleh jadikan taruhan melalui taklik untuk kepentingan politik mereka, tidak mungkin rambut halus isteri , mereka tidak akan gadaikan jika ianya berharga.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin melontarkan soalan dibawah ini sebagai penutup.

Siapakah dulu yang pernah melaungkan akan menggadaikan Putrajaya kepada Sultan Brunei jika Barisan Alternatif memerintah negara ini ?

Sekian



Anak Sebagai Talian Hayat Terakhir Samy Vellu

Ini bukanlah kali pertama Samy Vellu menghadapi krisis dalam MIC. Sudah berpuluh krisis yang dihadapi oleh Samy Vellu sepanjang kariernya dalam politiknya dalam MIC.

Selama ini setiap kali beliau menghadapi krisis, ada saja orang-orang lain yang di dalam MIC akan bangkit mempertahankan Samy.

Tetapi tidak lagi kali ini,kebanyakan mereka berdiam diri atau melawan Samy. Akibat tiada lagi orang yang sanggup ke depan untuk mempertahankannya, maka bangunlah anak lelakinya terkulat-kulat seorang diri mempertahankan bapanya.
Mungkin kerana kurang pengalaman dan tidak tahu bagaimana cara nak mempertahankan bapa, maka UMNO yang diserang dan disalahkannya dalam krisis yang dihadapi oleh MIC.

Kalau benar UMNO jahat atau nak hancurkan MIC mampus UMNO tak bagi kerusi Hulu Selangor kepada MIC. Pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapi UMNO sewaktu hendak menentukan calon bagi kerusi berkenaan.

Dua puluh empat sehari Najib ditekan agar kerusi berkenaan diambil dari MIC dan diberikan kepada UMNO. Tetapi UMNO tidak sejahat itu, mereka tetap juga beri kerusi berkenaan kepada MIC atas dasar semangat setiakawan BN.
Mungkin Vell Paari lupa hal ini gamaknya. Mana tak lupanya, dalam fikiran dia hanya ingatkan bekas kekasihnya iaitu seorang pelakon drama K.Sujatha yang mati membunuh diri kerana meminum racun rumpai.

Oleh yang demikian tidak perlulah Vell Paary hendak melalak tidak tentu pasal. Terimalah hakikat bahawasanya bapa dia beban yang cukup berat yang sedang digalas oleh BN sekarang.




Nantikan di rbf jam 12.00 tengahari ini berkenaan kisah tanah negara 'tergadai' di Singapura.



Tuesday, May 25, 2010

Tahniah Kepada Pemuda Pas, Saya Sokong Misi Anda

Sekalung tahniah kepada Pemuda Pas kerana berani mengambil langkah untuk mengedarkan risalah tentang judi di semua premis judi seluruh negara. Sini

Saya sokong misi anda 100 %. Teruskan perjuangan anda.

Tetapi saya nak pesan dua perkara

1) Jangan lupa kemaskini laporan atau gambar misi anda setiap hari. Jangan hanya sekadar buat pengumuman gempar, tapi bila turun padang dua tiga risalah sahaja diedarkan, kemudian cabut. Kalau boleh buat benda ini besar-besaran. Gempur kedai judi habis-habisan.

2) Jangan pula apabila Lim Kit Siang, Guan Eng atau Karpal Singh 'batuk' tiba-tiba Pemuda Pas batalkan misi ini dan kemudian bagi alasan ada masalah teknikal.

Kepada kaki-kaki judi yang beragama Islam, berjaga-jaga gerak-geri anda diperhatikan oleh Pemuda Pas. Silap langkah gambar anda tengah tikam ekor masuk blog.

Ingat Nasaruddin Tantawi, janji mesti dikota. Jangan sesekali tarik hand brake sekiranya terdengar 'batuk' DAP, PKR atau golongan erdogan dalam PAS.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, kita sama-sama lihat setakat mana kejantanan Pemuda Pas dalam hal ini.


Syabas ! Beginilah Cara Orang Bekerja

Seperti biasa, setiap hari saya akan menghabiskan masa waktu pagi antara satu hingga ke satu jam lebih untuk membaca akhbar kesayangan keluarga kami sejak turun temurun iaitu Utusan Malaysia.

Dari muka depan hingga muka belakang saya baca semua tidak kira ruangan komentar, selak, cuit, forum termasuklah ruangan sms pembaca, semuanya saya baca dengan teliti. Tak mainlah baca akhbar percuma di utusan online, tiada kelas. RM 1.50 saja, bukan mahal sangat pun.

Semalam (isnin) sewaktu membaca ruangan sms pembaca di bahagian forum saya tertarik dengan satu sms yang dihantar oleh pembaca yang menggunakan nama Babah.
Beliau meminta Pemuda UMNO Shah alam agar tidak mengikut cara PKR iaitu mengagih kek. Katanya banyak masalah kami penduduk pangsapuri.

Saya tertanya-tanya apa kena mengena pula agih kek dengan PKR. Kek bukannya ekslusif untuk PKR sahaja, kita pun makan kek juga.

Saya tertanya-tanya lagi, apa masalah dia di pangsapuri ? di mana ? blok berapa ? pangsapuri mana ? Semua itu tidak dinyatakan. Jadi bagaimana orang nak menolong dia.

Tetapi dia bernasib baik kerana apabila saya melihat ruangan forum di Utusan Malaysia hari ini (selasa) Ketua Pemuda UMNO Shah Alam telah respon kepada rungutan Babah.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada KP UMNO Shah Alam kerana mengambil berat komen yang dilontarkan kepada mereka walaupun ianya komen yang cukup pendek dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya dalam akhbar berkenaan.

Ini menunjukan KP berkenaan prihatin dengan masalah rakyat dan beliau membaca apa yang ditulis oleh akhbar walaupun ianya kecil. Ini bermakna beliau mentelaah betul-betul akhbar berkenaan daripada berita besar hinggalah ke berita sekecil-kecilnya.

Beliau sanggup meluangkan masanya untuk menatap apa yang ada di dada-dada akhbar dan yang paling saya kagum ialah beliau mengambil tanggungjawab untuk respon kepada masalah tersebut.

Inilah baru boleh dinamakan Juara Rakyat....

Bravo Pemuda Shah Alam !

Di kesempatan ini saya rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Utusan Melayu di atas pembinaan bangunan pejabat baru. Disaat puak-puak sebelah sana kononnya melancarkan kempen boikot Utusan tetapi Utusan masih lagi boleh membina pejabat baru. Ini menunjukan kempen mereka tidak memberi kesan apa-apa kepada Utusan.

Kasihan Amran Ahmad kerana tidak sempat merasa bekerja di pejabat baru.

PAS Sama Seperti Perompak Yang Tabur Duit Sebelum Merompak

Saya sungguh terkejut melihat pendedahan yang dibuat oleh Unspinners di sini dan juga di sini.

Setelah mentelaah apa yang dicoretkan oleh Unspinners, lantas saya teringatkan kes rompakan tabur duit yang pernah terjadi di KL beberapa tahun dulu.

Sekumpulan perompak warga asing pernah menggegarkan KL pada tahun 2004 dan 2007. Caranya, mereka menabur wang yang kecil ke lantai sebelum merompak wang yang besar.

Dalam kejadian pada April 2004, tiga pengawal keselamatan dirompak beg berisi RM1 juta di KLCC akibat terpedaya helah sekumpulan lelaki dipercayai dari Amerika Latin yang menabur beberapa mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Tiga pengawal berkenaan sedang membawa beg yang berisi wang RM 1 juta yang diambil dari sebuah bank di KLCC untuk dibawa ke kenderaan kawalan keselamatan yang berada di luar KLCC dan seterusnya membawa wang itu ke ibu pejabat bank berkenaan.

Ketika sedang berjalan menuju ke kenderaan mereka, tiba-tiba mereka ternampak wang dolar Amerika dan ringgit Malaysia bertaburan di atas lantai.

Apabila melihat wang bertaburan diatas lantai, apa lagi, lalu mereka meletak beg yang mempunyai wang RM 1 juta yang sedang dibawa mereka diatas lantai dan mereka mengutip wang yang sedang bertaburan itu.

Bagaimanapun mereka tidak sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh beberapa lelaki Amerika Latin yang kemudiannya melarikan beg yang mengandungi wang RM 1 juta yang diletakkan atas lantai sebelum menghilangkan diri.

Kejadian dengan modus operandi yang sama pernah juga berlaku pada Oktober 2007, apabila sekumpulan penjenayah warga asing turut menaburkan wang sebelum melarikan wang tunai RM300,000 daripada pengawal keselamatan di sebuah bank di Bukit Bintang.

Samalah dengan Pas, mereka tabur cerita itu ini tentang UMNO dan BN, selepas itu bila rakyat sudah syok dan laklok dengan cerita yang mereka tabur , mereka melarikan wang ahli.

Disaat mulut mereka sedang berceramah kononnya BN rasuah, salahguna kuasa dan MIC tipu pemegang saham Maika tetapi dalam diam-diam tangan mereka bergerak kaut duit masuk dalam poket jubah atau dalam kilas kain pelikat. Pendengar tak sedar yang Pas tengah kaut duit kerana syok mendengar ceramah kononnya BN itu jahat. Akhirnya RM 45 juta duit ahli Pas sendiri lesap. Padan muka....

Moral of the story, Pas adalah perompak dan ahli-ahli PAS pula sama dengan pengawal keselamatan yang ditipu oleh perompak tersebut. Pengawal keselamatan hilang kerja akibat kerakusan perompak dan kelalaian mereka, ahli Pas pula hilang duit akibat kerakusan pemimpin dan kebodohan mereka.

Itu bab duit Kohilal, belum lagi kita kira bab duit ceramah. Semenjak kewujudan Pas sehingga kini entah berapa ratus juta pun kita tidak tahu yang telah dikutip oleh Pas. Saya masih ingat lagi di tahun 80/90an dulu, setiap kali ceramah Pas bukan setakat duit sahaja yang diminta oleh Pas, barang kemas pun mereka minta untuk di dermakan.

Mereka tidak paksa, tapi cara mereka membakar semangat pendengar seolah-olah ianya memaksa. Apabila ianya diiringi dengan seruan-seruan takbir, ayat-ayat Quran dan selawat sudah tentu ianya meruntum jiwa pendengar ceramah. Tanpa disedari, seolah-olah dipukau golongan wanita yang mendengar ceramah membuka cincin atau gelang atau rantai leher mereka lalu disumbat ke dalam kantung derma yang sedang menunggu bagai mulut buaya di depan mereka.

Itulah kehebatan Pas, mereka boleh membakar semangat orang ramai kononnya untuk perjuangan Islam. Tetapi akhirnya orang ramai ditipu oleh mereka dan yang kayanya pemimpin mereka juga.

Kita kena ingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua atau bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan daun pisang, lama kelamaan ianya berbau juga. Begitu juga 'keislaman' Pas, ianya tidak dapat ditutup dengan kopiah atau serban, satu hari tanduk syaitan akan tumbuh jua diatas kepala menembusi kopiah atau serban.

Semakin hari tembelang Pas makin pecah. Daripada kes menantu, kes balak, kes tajaan haji, dan kes Kohilal. Itu belum lagi Unspinners mendedahkan penyelewengan dalam HaraMkah. Lama kelamaan daun pisang tidak cukup lagi untuk menutup bau busuk bangkai Pas. Akhirnya kita pakat-pakat tutup hidung, angkat dan humban ke laut cina selatan.

Kepada ahli-ahli Kohilal, jangan melawan atau protes. Jika anda melawan tiada 'syurga' untuk anda. Jika anda diam, tunduk dan redha dengan apa yang berlaku, maka 'syurga' sudah pasti untuk anda. Jika nak 'syurga' yang lebih besar atau layanan vvip dalam 'syurga' kelak, tambah lagi pelaburan dalam Kohilal.

Yang ini bila nak jawab ???

Monday, May 24, 2010

Samy Vellu Makin Mengganas...

Demokrasi sudah hancur dalam MIC. Semuanya sudah bertukar menjadi kuku besi.

Samy Vellu harus ditendang secepat mungkin.

Klik sini

URGENT ! Mugilan Perlukan Sokongan Anda

Mugilan memerlukan sokongan anda tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Oleh yang demikian sama-samalah kita membantu Mugilan dalam misinya melawan Samy Vellu.

Bukan niat kita nak alihkan gunung, tetapi hanya mengalihkan Samy dari kerusi presiden MIC.

Jom ke sini untuk membantu Mugilan.

Jangan lupa mengundi ya !

Mugilan Perlu Tukar GAS kepada GASP

Nampak gayanya cara politik samseng yang diamalkan oleh Samy Vellu masih belum tamat. Tidak kira masa BN kuat atau lemah, itulah caranya dalam mempertahankan kuasanya.

Lawan sikit pecat, lawan pecat. Itulah Samy Vellu. Apabila dia pecat Mugilan, saya rasa dia akan bertemu buku dan ruas kali ini.

Tindakan Mugilan melancarkan GAS tepat sekali. Tetapi ianya akan menjadi amat tepat jika Mugilan lancarkan GASP (Gerakan Anti Samy & Palanivel)

Pada saya kedua-dua mereka ini harus ditendang keluar dari MIC untuk memastikan kaum india kembali kepada MIC.

Kedua-dua mereka ini adalah sampah sarap yang mengganggu kelancaran pengaliran air sungai. Apabila sampah banyak, maka pengaliran air akan tersekat, lama-kelamaan ianya boleh menyebabkan banjir. Setakat buang sampah sahaja (samy) tidak mencukupi. Sarap (palanivel) juga perlu dibuang.

Sebab apa saya kata Palanivel juga perlu dibuang ? Ini kerana imej beliau telah tercalar teruk semasa PRK Hulu Selangor tempohari. Beliau ditolak oleh rakyat disana, kerana tidak membuat kerja semasa berpenggal-penggal menjadi MP di sana.

Jika dalam satu parlimen pun beliau tidak boleh buat kerja, bagaimana dia nak jaga MIC seluruh negara ? Percayalah cakap saya , MIC akan menjadi lebih lemah jika Palanivel memegang jawatan presiden.

MIC perlu perubahan total, bukannya perubahan sekerat-sekerat. Jika kita melihat kepada pemimpin-pemimpin lain dalam MIC yang ada, ianya lebih baik dari apa yang ada di pihak pak-khatan rakyat.

MIC ada Datuk Subramaniam, Dr.Subramaniam, SK Devamany, P.Kamalanathan, S Murugesan, Mugilan dan ramai lagi. Mereka semua ini hebat-hebat, berpelajaran, muda dan segak berbanding dengan yang bodoh-bodoh dan berkarat yang ada dalam pak-khatan rakyat, seperti Gobalakrishnan, Kulasegaran, Sivakumar dan beberapa orang lagi.

Tetapi orang-orang india tetap memilih yang bodoh dan berkarat sebagai payung mereka kerana mereka tidak mahu bernaung di bawah MIC disebabkan oleh Samy Vellu.

Saya yakin anak-anak muda yang saya sebutkan nama diatas mampu membawa perubahan kepada MIC jika mereka diberikan peluang dan orang-orang india akan kembali bersama MIC.

Kepada Mugilan, saya mendoakan kejayaan anda. Tetapi jangan lupa satu iaitu GASP , bukannya GAS.

Saturday, May 22, 2010

Mike Kapar Cuba Main Wayang Kulit

Satu negara kecoh hari ini kononnya ahli parlimen Kapar yang sedang berperang pasir dengan kerajaan Selangor kononnya akan adakan sidang media khas di Shah Alam.

Jemputan yang dihantar agak kelabu asap kerana tidak tahu siapa penganjurnya dan tidak tahu apa motif sidang media. Hanya diberitahu sidang media khas.

Motifnya nampak tergantung dan membuat semua orang tertanya-tanya sidang media apa. Dan sudah tentu dalam fikiran semua orang mungkin ianya sidang media untuk umumkan keluar parti.

Pada sebelah pagi beberapa wartawan cuba menghubungi Mike untuk mendapatkan pengesahannya. Pelbagai versi jawapan yang diberikan olehnya kepada wartawan-wartawan tersebut.

Ada wartawan yang dia nafikan kononnya dia akan adakan sidang media. Ada wartawan yang dia tak nafikan. Ada wartawan yang dia kata tunggu, saya akan hubungi anda kembali. Berbelit-belit sekali. Manakala sehingga antara jam 12 hingga 1 tengahari masih belum ada sebarang penafian rasmi di blog beliau.

Bila keadaan begitu, sudah tentu ianya meninggalkan seribu satu pertanyaan dalam fikiran para wartawan. Betul atau tidak betul ? Sebagai wartawan sudah tentu mereka tidak mahu terlepas untuk membuat liputan berita-berita hangat bagi dihidangkan kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Akhirnya ramai wartawan mengambil keputusan untuk pergi ke Shah Alam, jika tak pergi bimbang ianya betul. Apabila semua sudah berkumpul di sana masing-masing buka cerita masing-masing. Ada wartawan yang kata ," aku call dia kata tak betul", ada pula yang kata "aku call dia kata tunggu" dan sebagainya.

Jam sudah 2.30 petang, bayang Mike masih belum nampak. Ada wartawan yang menghubunginya, tetapi dia tidak menjawab panggilan. Menghampiri jam 3 petang seorang wartawan wanita TV 3 menghubungi Mike dan beliau menjawab panggilan tersebut dan seterusnya menafikan yang dia akan mengadakan sidang media khas.

Dalam masa yang sama juga seorang wartawan memberitahu yang blog Mike telah mengeluarkan kenyataan menafikan dia akan adakan sidang media itu. Sini

Akhirnya semua wartawan angkat punggung dan pulang dengan tangan kosong.

Dua persoalan yang ada di sini...

Mengapa Mike tidak nafikan di dalam blognya sejak awal pagi atau tengahari dan menafikan kepada semua wartawan yang menghubunginya ?

Mengapa Mike memberi jawapan yang berbeza-beza kepada setiap wartawan yang menghubunginya untuk mendapat pengesahan ?

Ini bermakna beliau memang mempunyai niat supaya khabar angin tersebut dipercayai oleh semua orang dan beliau berniat ingin meninggalkan seribu satu pertanyaan dalam fikiran para wartawan agar mereka jadi pening.

Hasil daripada apa yang terjadi ini saya boleh rumuskan seperti berikut.

Semua ini adalah mainan wayang kulit yang dimainkan oleh Mike sendiri. Tidak mustahil beliau menyuruh orang-orang tertentu atau tidak mustahil juga beliau sendiri yang menghantar jemputan kepada wartawan kononnya beliau akan adakan sidang media khas.

Sebab itu beliau namakan sidang media khas,bukannya sidang media pengumuman keluar parti. Disini kita boleh nampak taktik yang beliau gunakan agar dia boleh nafikan yang dia nak keluar parti.Sengaja dikaitkan dengan dua Adun Kedah agar tumpuan tidak terjurus ke arah beliau sahaja.

Tujuan dia berbuat adalah kerana...

Agar namanya tidak tenggelam dan terus dimainkan oleh media. Orang seperti dia adalah orang yang ingin sentiasa menjadi tumpuan media. Sebab itu dia suka mainkan benda yang gila-gila.

Contohnya, pada hari sabtu 8 Mei 2010 dia hantar sms kepada semua media kononnya dia memberi tempoh 72 jam kepada MB Selangor untuk membersihkan Kumpulan Semesta. Jika tidak dia akan bongkarkan segala penyelewengan dalam Kumpulan Semesta.

Masuk hari ini sudah melebihi 300 jam, tapi habuk pun tiada. Kemudian bila SPRM nak soal siasat dia, dia kata tidak percaya kepada SPRM dan hanya akan membuat laporan polis sahaja kerana katanya dia lebih percayakan polis.

Pulakkkk dah..... sebelum ini dia lah yang kuat hentam polis dan membuat pelbagai tuduhan terhadap polis. Sekarang dia percayakan polis pula. Anda boleh nampak tak dia punya belit ? Samalah bila wartawan hubungi dia bila nak dapatkan pengesahan PC hari ini. Ada yang dia nafi dan ada yang dia tak nafi.

Berbalik kepada isu sidang media khas hari ini (sabtu), selain untuk mencari glamor ianya juga untuk menaikan saham Mike sendiri. Ini kerana pada hari khamis lepas dia ada menerima sms dari Pembantu Khas kepada Exco Selangor Xavier Jeyakumar seperti dibawah

Mike, U jangan kurang ajar… MB Khalid orang Melayu..kita Melayu dalam PKR sakit hati…jangan biar kami MELAYU maki u depan Public… kami MELAYU dah lama sabar tengok perangai u – RAZAK Ketua Penerangan Kota Raja – c.c – S/U Kota Raja – YB Tian Chua, YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution

Apa yang saya nampak, tujuan dia buat gempak kononnya sidang media khas akan diadakan ialah untuk membuatkan orang-orang dalam PKR sendiri gelabah dan pemimpin-pemimpin PKR akan menyalahkan si penghantar sms terbabit, kononnya kerana dialah yang menghantar sms tersebut sehingga menyebabkan Mike keluar parti.

Apabila si penghantar sms terbabit dipersalahkan secara langsung Xavier juga akan turut dipersalahkan.Ini kerana penghantar sms tersebut adalah orang kanan Xavier. Apabila Xavier turut sama dipersalahkan ianya satu kepuasan kepada Mike. Ini kerana Xavier adalah musuh politik Mike.

Itulah yang saya nampak dengan apa yang terjadi pada hari ini. Tidak lain tidak bukan hanyalah mainan wayang kulit tuan punya badan sendiri hanya semata-mata nak dapatkan populariti dan mainan politik.

Akhirnya ramai wartawan dan blogger yang tertipu dengannya, termasuklah saya sendiri yang turut sama menyiarkannya di sini.

Saya harap Ahli Parlimen Kapar tidak menyalahkan media, jika jemputan sidang medianya selepas ini tidak dihadiri oleh para pemberita. Jangan kerana anda hendak bermain politik, orang lain yang anda politikan.




Adun Koma dan Kritikal, Mari Kita Sama-Sama Berdoa

Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi.

Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," katanya ketika dihubungi di sini.

Sumber : Berita Harian Online

Marilah kita sama-sama mendoakan agar saudara kita ini kembali pulih.

Live BUM 2010

Sekarang sedang berlansung sesi soal jawab di forum Blogger United Malaysia 2010 yang sedang diadakan di Subang Jaya.

Antara panelnya ialah MB Selangor, Zaid Ibrahim dan juga blogger-blogger pro kerajaan.

Selepas ini mereka akan membicarakan isu Kalimah Allah

Untuk siaran langsung sila klik di sini

Berita Terkini : Sidang Media Khas MP Kapar & Dua Adun Kedah

Berita yang baru diterima...

Satu sidang media khas oleh Ahli Parlimen Kapar dan dua Adun Kedah akan diadakan hari ini jam 2 petang di Hotel Blue Wave Shah Alam.

Agak-agak mereka nak umum keluar parti ke ???

Sesiapa yang ada maklumat untuk apa sidang media ini diadakan sila kongsi bersama.

Saya cuba mencari jawapannya, tetapi semua orang jawab tak tau, tak tau, tak tau. Semua orang nak kunci mulut masing-masing. Seolah-olah ianya seperti satu rahsia yang besar.

Satu persoalan yang bermain di kepala saya sekarang, selamat lagikah Kerajaan Pas Kedah ?

Friday, May 21, 2010

Jika Judi Bola Ditarik Balik, DAP Bersorak Gembira


Izinkanlah saya memberikan sedikit pandangan saya berhubung dengan isu judi bola yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Pendapat saya sama seperti yang diperkatakan oleh Datuk Seri Khir Toyo di sini. Saya menyokong sepenuhnya pendapat beliau.

Cuma saya ingin menambah lagi. Sepertimana yang kita tahu parti Dog And Pig turut sama membantah perkara ini. Lalu dicanang oleh PAS kononnya DAP yang kafir harbi pun menentang judi. Oh...oh...oh...sungguh berkesan nampaknya dakwah PAS terhadap DAP semenjak mereka berkongsi kondom dan ky jelly bermula dua tahun yang lepas.

Salah seorang pemimpin DAP yang membantah perkara ini ialah Anthony Loke iaitu ketua pemuda DAP yang juga seorang ahli parlimen. Uh...uh....uh...baiknya Anthony Loke.

Baik kepala otak dia ! Pada 12 Mei yang lepas saya nampak dengan mata saya sendiri Anthony Loke memakai baju merah memasuki pub hijjau di hotel RH Sibu lebih kurang jam 11.30 malam untuk meneguk arak setelah puas berkempen. Lagi mau bercakap pasal judi ke ? Berhenti minum arak terlebih dahulu baru boleh tunjuk lagak baik.

Saya nak beritahu anda dua perkara berkenaan bantahan lesen judi oleh pak-khatan rakyat. Lagi-lagi bila DAP turut sama membantah.

Pertama DAP bantah kerana politik. Politik kononnya nak tunjuk baik dan hendak tarik undi melayu serta bimbang undi cina lari.

Kedua adalah kerana DAP akan hilang sumber pendapatan bila judi berlesen diluluskan. Ini kerana kebanyakan sindiket judi tidak berlesen (judi haram) didalangi oleh mafia. Dan sepertimana yang kita tahu DAP juga didalangi oleh mafia sepertimana yang dikata oleh bekas MP PKR di sini. Sumber kewangan DAP banyak datang dari mafia-mafia dan samseng-samseng cina seperti tauke judi haram, ah long, bapak ayam, tauke rumah urut dan yang lain-lain yang 'sewaktu' dengannya.

Apabila judi berlesen diluluskan, sudah tentu penggemar-penggemar judi akan lari daripada tauke-tauke judi haram. Ini kerana jika mereka menang bayaran untuk mereka terjamin dan tidak mengalami masalah tauke lari bila pelanggan menang besar.

Apabila penggemar-penggemar judi lari kepada judi berlesen , sudah tentu tauke judi haram hilang banyak pendapatan. Apabila tauke judi haram hilang banyak pendapatan, sudah tentu DAP juga hilang pendapatan. PAS bodoh, mereka ingat DAP itu ikhlas menentang judi. Padahal ada udang di sebalik batu.

Hasrat DAP untuk mendapat laba besar melalui sindiket judi haram sepanjang piala dunia berlangsung telah terbantut. Itulah sebab mereka meroyan tidak tentu hala dan berpura-pura menentang judi.

Sekiranya kerajaan menarik kembali lesen judi bola yang telah diluluskan , yang untung adalah DAP. Bak kata orang putih One Stones Two Birds... Undi DAP dapat, duit DAP dapat. Manakala hasrat kerajaan nak mengawal judi haram terbantut dan nak kutip cukai terbatal. Habuk pun tarakkkk... DAP juga yang untung.

Oleh yang demikian kerajaan jangan buat keputusan kluk klek. Kalau dah lulus, teruskan sahaja. Jangan nak batal-batal lagi. Pendirian harus tegas. Cuma kena tukar cara dan tingkatkan penguatkuasaan agar orang-orang Islam tidak terlibat dengan judi.

Caranya ialah, panggil mesyuarat semua MB-MB seluruh negara termasuk dari negeri yang diperintah oleh pak-khatan pembangkang. Bincang pasal hendak tingkatkan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa di semua premis-premis judi seluruh negara.

Jika ada kedai-kedai judi yang jual nombor ekor atau judi bola kepada orang Islam, maka PBT negeri berkenaan hendaklah membatalkan lesen perniagaan kedai terbabit. Undang-undang ini harus seragam di seluruh negara.

Kuasa membatalkan lesen perniagaan adalah kuasa negeri melalui PBT. Manakala lesen judi pula kuasa Pusat melalui MOF. Pusat juga harus menarik balik lesen judi yang telah dikeluarkan kepada mana-mana premis yang menjual kepada orang Islam berdasarkan laporan yang dibuat oleh kerajaan negeri masing-masing.

Saya cadangkan selepas ini Pemuda PAS dan kalau boleh ajak sekali dengan pemuda UMNO tubuh satu pasukan sukarela membantu pihak berkuasa yang berkenaan memantau premis-premis judi bagi memastikan orang-orang Islam tidak membeli nombor-nombor ekor atau judi bola.

Manakala di pihak kerajaan pula jangan terlalu banyak birokrasi untuk memberi kuasa kepada mereka-mereka ini bagi menjadi pemantau. Bilangan penguatkuasa kerajaan terhad dan adalah terlalu sukar bagi mereka untuk memantau seluruh negara atau negeri. Bagi sahaja kepada anak-anak muda yang berminat tidak kira dari parti PAS atau UMNO untuk membantu pihak berkuasa membanteras judi di kalangan orang-orang Islam.

Selain daripada apa yang saya katakan di atas, saya juga ada lagi satu hujah kenapa saya menyokong kelulusan lesen judi bola. Tetapi perkara itu saya tidak boleh catatkan di sini. Ianya terlalu sensitif. Apa yang boleh saya katakan ialah langkah Kementerian Kewangan meluluskan lesen judi bola adalah tepat untuk jangka masa panjang.

Thursday, May 20, 2010

Bung Mokhtar dan Zizie Akan Kena Dengan RBF

Jika sebulan yang lepas Umi Aida menjadi 'mangsa' RBF. Pada masa itu ramai pembaca blog ini menghantar komen atau e mail kepada saya bertanyakan kenapa saya tidak menulis pasal Bung dan Zizie.

Ok, tunggu....masanya telah tiba. Kali ini Bung dan Zizie pula akan menjadi 'mangsa' RBF.

Terus terang saya katakan , saya sudah meluat melihat gelagat mereka berdua ini. Kenapa saya kata begitu ? Tungguuuuuu.......

Tulisannya agak panjang, ianya memakan sedikit masa. Harap bersabar

Jika ada perkara untuk dikongsi mengenai pasangan seperti belangkas ini, sila email kepada saya di rbf_501@yahoo.com





Wednesday, May 19, 2010

Dato' Mohd Amar Terus Membisu Seribu Bahasa

Sehingga ke saat ini Dato'Mohd Amar masih membisu seribu bahasa berhubung dengan sumbangan, ulang balik, sumbangan, RM 3 juta yang diberikan oleh tauke Kuek dari syarikat Suurban Sdn Bhd kepada PAS Kelantan.

Mengapa beliau mendiamkan diri ? Sama-sama kita fikirkan sebabnya.

Kebiasaannya peel puak-puak PAS jika sesuatu yang kita katakan itu tak betul atau fitnah, maka melompat-lompatlah mereka menafikan.

Habis media dipanggilnya untuk menafikan. Tetapi dalam kes ini, bila media hubungi Mohd Amar pun dia tidak mahu mengulasnya. Why bro Amar ? Why ? Tell me why ? If you have any problem can i fu*k u, opsssss sorry, can i help you.

Harapkan kopiah putih atas kepala, tetapi hati hitam legam. Orang seperti inikah yang layak pegang jawatan MB Kelantan ? Kelak habis tergadai negeri.


Tuesday, May 18, 2010

PENDEDAHAN KISAH RASUAH MOHD AMAR DI KELANTAN


Seperti mana di jangka Exco Kerajaan Kelantan tidak berani untuk menjawab kisah yang saya bangkitkan di sini lapan hari yang lepas.

Semalam MTRK juga telah membuat laporan polis berhubung perkara yang sama seperti mana yang ditulis oleh kickdefella di sini.

Kisah sebenar

Pada tahun 2008 sebuah ladang milik Yayasan Islam Kelantan iaitu Ladang Keruing di Relai Gua Musang telah dijual kepada sebuah syarikat swasta dari Johor. Nama syarikat tersebut Suurban Sdn Bhd.

Keluasan ladang tersebut 7500 ekar dan luas bertanam 1572 ekar.

Seorang wanita bernama Norihan telah menjadi orang tengah dalam urusniaga ini. Beliau membawa tauke yang bernama Kuek dari Johor ,syarikat Suurban Sdn Bhd berjumpa dengan Mohd Amar melalui Hj Rahim dari Perak. Siapa Hj Rahim ? Saya akan ceritakan kemudian...

Semasa 'deal' jual beli tersebut berlangsung, difahamkan tauke Kuek telah bersetuju memberi sumbangan sebanyak lebih dari RM 3 juta kepada Pas Kelantan. Saya ulang balik ya, SUMBANGAN, bukannya rasuah. Rasuah hanya untuk BN. Untuk PAS sumbangan atau derma. Jangan terkeliru ya. PAS tidak rasuah, untuk mereka SUMBANGAN.....

Persoalannya kemana wang 3 juta itu pergi ? Difahamkan ianya tidak sampai kepada Pas Kelantan. Sehingga ke hari ini Mohd Amar tidak berani menjawab perkara tersebut.

Selepas 'deal' selesai Hj Rahim yang berusia 60an telah membeli sebuah kereta Merchedes berharga RM 600 ribu untuk dihadiahkan kepada isteri barunya yang berusia 27 tahun. Manakala Norihan hanya makan tulang sahaja, kerana isi telah dirembat oleh orang lain.

Khabarnya juga Mohd Amar ada di hadiahkan kereta mewah oleh tauke yang berkenaan sebagai balasan kepada urusniaga tersebut.

Nampaknya ahli-ahli Pas telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka kononnya mereka sebuah parti yang miskin dan memerlukan sumbangan orang ramai untuk berentap dengan BN.

Setiap kali ceramah orang ramai diseru untuk berkorban kononnya untuk perjuangan Islam dan diiringi dengan ayat-ayat Quran menyeru derma dihulurkan. Semasa kutipan derma berjalan pula dengan penuh syahdu pengerusi majlis atau pemimpin Pas berselawat atau bertakbir untuk membangkitkan semangat pendengar agar menderma lebih.

Tetapi duit-duit yang didermakan oleh orang-orang kaya, syarikat-syarikat dan tauke-tauke disumbat ke dalam poket pemimpin mereka. Bila parti tiada duit, ahli yang menjadi mangsa dan di minta berkorban.


JENG...JENG...JENG....NIK AMAR SEMAKIN DEKAT NAK KANTOI

Apa yang saya katakan lapan hari yang lepas nampaknya telah disahut oleh pihak lain. Sini

Saudara kickdefella juga telah mengulasnya disini

Insyallah petang ini saya akan siarkan semuanya dan semua nama orang yang terlibat.

POLIS HARUS TAHAN KHALID IBRAHIM

Sepertimana yang kita tahu pagi ahad yang lepas 16 Mei 2010 Ahli Parlimen Kapar telah menerima ugutan bunuh dan dua keretanya telah disimbah cat merah.

Punca kepada kejadian tersebut adalah kerana kes kecurian pasir yang lantang diperkatakan oleh YB Mike sekarang. Lihat di sini

Seperti yang kita tahu pendedahan YB Mike tidak menyenangkan banyak pihak di Selangor termasuk MB nya sendiri.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian yang menimpa YB Mike. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).
Pada pandangan saya orang yang pertama yang harus polis dan siasat ialah MB Selangor sendiri. Ini kerana pada sebelah petang hari kejadian Khalid Ibrahim secara terbuka telah mengatakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindak balas berikutan dakwaan beliau wujud amalan rasuah dan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi kegiatan melombong pasir. Lihat di sini

Dalam hal ini kita semua boleh nampak bagaimana terdesaknya seorang MB yang tidak mahu rakyat melihat penyelewengan dalam kerajaan pimpinan beliau terbongkar.

Oleh yang demikan saya berpandangan bahawa MB Selangor terlibat atau tahu dalang yang menyimbahkan cat dan meninggalkan nota ugutan kepada YB Mike kerana awal-awal lagi dia telah berpesan agar YB Mike perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindak balas.

Jika beliau tidak tahu mustahil awal-awal lagi beliau telah berpesan kepada YB Mike akan tindak balas yang bakal dilakukan.

Oleh yang demikian saya berharap dengan kenyataan oleh Khalid Ibrahim tersebut polis telah mendapat petunjuk baru dalam kes ini. Siasatan harus dilakukan dengan segera dan jangan tertangguh-tangguh hanya kerana beliau seorang MB.

Ikuti juga ulasan di sini


SURAT PEMBACA

Dibawah ini adalah surat pembaca yang saya terima melalui e mail. Ianya dihantar oleh Saudara Jimi's.

Assalamualaikum,

Tahniah atas kewujudan blog RBF yang menyuntik semangat kebangsaan. saya terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat mungkin peribadi mahupun terbuka. melihat kepada trend prk kecil akhir2 ini, jelas lagi berspotlight pemilih2 kaum cina semakin cenderung dan tidak lagi menyokong kerajaan barisan nasional. di hulu selangor kita dapat lihat peti2 undi kaum cina jelas memberikan undi kepada KPR, di sibu pula, lagi terang benderang keputusan pemilih2 kaum cina.

Orang cina biar di mana pun kebanyakannya sudah tidak peduli lagi, kenapa perlu melayu, mereka secara terangan menguasai pelbagai bidang dalam ekonomi kita pada hari ini, dimana silapnya? lihat la dari sektor pertanian, pembuatan, industri kecil apatah lagi besaran, semuanya depa sapu, yang melayu boleh kira.. so mengapa harus mereka mengundi barisan/umno(ketuanya),

Bab parti... pkr,pas,dap bukan gabungan. pakatan rakyat bukan satu parti. barisan nasional perlu memikirkan cara baru iaitu tidak meletakkan lagi UMNO, MIC,MCA dan parti2 lain dibawah satu simbol dacing, biarlah jika calon umno kita gunakan lambang umno dalam kempen, begitu juga lain2 parti dalam barisan nasional menggunakan lambang parti masing2, kertas undi juga perlu mengikut parti calon bertanding. yang pentingnya, mic ka, mca ka, umno ka, supp ka, PPP ka, kita sedar semua parti komponen Barisan NASIONAL tetap satu.. bila pilihanraya kalau nak bertanding umno, mca, mic dalam satu kawasan pun bagi saya biarlah, kalau pangkah umno makna pangkah BN, pangkah mic pun BN, pangkah mca pun BN, kalau menangnya Umno, menang bn, kalau MIC tetap BN juga.

Ini kerana ada sesetengah pemikiran dan prinsip terutamanya orang islam mahukan pemimpin islam, jika diletakkan calon mic lawan pas, pastinya kawasan majoriti islam akan memilih pas. begitu juga kawasan2 lain mengikut mejoriti kaum. melayu semahunya memangkah kaum melayu dan begitu juga kaum2 lain, biar dia pangkah umno ka, mic ka, mca ka, tak pa janji satu payung iaitu BARISAN NASIONAL. mungkin jika berkesampatan dibincangkan hal ini dari akar umbi sehingga pucuk pimpinan secara positif, maka barisan nasional akan sentiasa TEGUH di Tanah Melayu. Bayangkan jika dibiarkan BN hancur rebah, adakah PAS mampu mentadbir negara? DAP?PKR??? Semakin terjajah lah Tanah Melayu ini.. Melayu kan mengemis dinegara sendiri, Melayu semakin meLAYU..

Sekian..

Monday, May 17, 2010

SIBU: FAKTOR KEKALAHAN dan ADAKAH KITA BAKAL KEHILANGAN KUASA ?


Sebelum saya pergi lebih jauh, marilah kita sama-sama lihat keputusan pru 2008 dan keputusan prk semalam bagi Parlimen Sibu.

PRU 2008

BN : 19138 undi
DAP : 15903 undi
Majoriti : 3345 undi
Peratus Pengundian : 67.77 %

PRK 2010

BN : 18447 undi (undi BN berkurangan 691 berbanding 2008)
DAP : 18845 undi (undi DAP bertambah 2942 berbanding 2008)
Majoriti : 398 undi
Peratus Pengundian : 59.86 % (kurang 7.91 % berbanding 2008)

Seperti yang saya katakan semalam salah satu faktor kekalahan BN ialah kerana peratusan pengundian yang rendah. Ini kerana mungkin ramai dikalangan pengundi yang tinggal di luar terutama di semenanjung dan Singapura.

Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak pulang untuk mengundi kerana mereka akan pulang untuk menyambut perayaan gawai pada 1 Jun akan datang. Kos penerbangan yang tinggi dan kesukaran untuk mendapatkan penerbangan ke Sibu menjelang 2-3 hari sebelum prk juga adalah satu masalah.

Sikap bodoh sombong parti yang bertanding mewakili BN iaitu SUPP juga salah satu faktor. Mereka berlagak mereka tahu semua dan tidak perlukan bantuan rakan-rakan dari semenanjung. Pemimpin DAP semenanjung dari A sampai Z semuanya berkampung di Sibu dari awal kempen hingga akhir kempen. Yang boleh berlawan dengan mereka bukannya SUPP, lawan mereka ialah pemimpin-pemimpin BN semenanjung. Lainlah jika mereka semua tidak datang dan hanya BN Sarawak berentap dengan DAP Sarawak.

Alasan budaya politik Sarawak tidak sama seperti di semenanjung tidak boleh dipakai lagi. Selagi Sarawak berada dalam Malaysia ianya tetap budaya politik Malaysia. SUPP harus ingat,situasi politik sekarang sudah berubah, tidak sama seperti dulu lagi. Jika dulu setiap kali kita lihat keputusan p/raya dari Sarawak pasti kemenangan BN berbelas ribu undi majoriti hingga kadangkala calon lawan hilang deposit. Tetapi sekarang tidak lagi. Oleh itu jangan terus dibuai mimpi.

Dalam bab jentera p/raya semuanya tidak boleh lawan wanita Umno. Oleh yang demikian tindakan SUPP tidak meminta pertolongan wanita UMNO adalah satu tindakan yang silap dan ternyata mereka telah menerima padahnya sekarang. Bagi DAP pula tindakan mereka membawa jentera semenanjung untuk berkempen ternyata membuahkan hasil. Akhirnya kerusi yang dipegang berpuluh tahun oleh BN lebur sekelip mata kerana sikap bodoh sombong SUPP.
Baiklah, apa yang saya nyatakan diatas ialah antara faktor yang turut menyumbang kepada kekalahan BN. Itu adalah faktor-faktor kecil. Tetapi yang kecil-kecil bila dicampur ianya boleh menjadi besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Faktor utamanya ialah sikap orang-orang cina. Di zaman sekarang orang cina tidak perlukan BN. BN sudah banyak membantu mereka selama ini dari segenap aspek. Bermula daripada mereka sebagai pendatang hinggalah kepada apa yang mereka ada sekarang. Sikap manusia tidak kira apa bangsa sekali pun mereka tidak pernah cukup dengan apa yang mereka ada.

Warganegara, lesen, permit, pendidikan , perniagaan , kekayaan , itu ini semuanya mereka telah ada. Yang mereka masih tiada ialah kuasa politik mutlak. Dan itulah yang mereka kejar sekarang. Mereka hendak menguasai negara ini sebagaimana mereka menguasai Singapura.

Orang-orang cina tahu melalui BN mereka tidak boleh pergi lebih jauh lagi, hanya setakat apa yang mereka ada sekarang. Setakat itu sahaja. Sedangkan mereka masih tidak cukup dengan itu. Mereka nampak yang boleh 'deliver' kepada mereka hanya DAP,PAS dan PKR. Itulah sebab mereka 'all out' menyokong tiga parti ini.

Dahulu mereka menyokong BN kerana ingin mendapat apa yang mereka nak. Sekarang bila mereka sudah dapat apa yang mereka nak, maka mereka maju selangkah lagi untuk mencapai yang diatas sekali. Yang boleh menolong mereka mencapai apa yang diatas sekali ialah PAS dan PKR, maka mereka kena sokong PAS dan PKR habis-habisan sekarang demi untuk mencapai matlamat mereka.

Apa lagi yang boleh kita buat ? Nak harapkan tertubuhnya kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, ianya tetap tidak akan menjadi kenyataan. Lupakan yang itu.

Kalau nak ikutkan apa yang terjadi sekarang saya boleh ibaratkan kita sekarang ini sedang 'berperang'. 'Perang' zaman moden, tanpa perlu mengangkat senjata dan tembak sana sini. 'Perang' antara kaum bumiputra yang hendak mempertahankan kuasa di tanahair sendiri dengan kaum pendatang yang cuba hendak merampas kuasa bumiputera.

Oleh yang demikan, cukup-cukuplah kerajaan memberi lagi kepada kaum cina. Sekarang bukan masanya lagi. Sekarang masa untuk menarik balik apa yang diberikan kepada mereka. Jika sebelum ini mereka dapat sepuluh, kurangkan supaya jadi lima. Jika mereka mendapat lima , kurang supaya jadi dua. Itu sahaja cara nak mengajar mereka.

Sebagai rakyat, kami serahkan kepada pimpinan peringkat atasan untuk membuat yang terbaik dalam mempertahankan kuasa dan tanahair kita. Jangan sampai satu hari nanti kerana kegagalan kita semua maka anak-anak kita kencing diatas kubur kita kelak.

Masa semakin mencemburui kita, oleh yang demikian bertindaklah dengan cepat. Jangan tangguh-tangguh atau nak tunggu lagi. Setiap detik amat berharga kepada kita. Kelewatan walaupun seminit boleh membawa padah.






Sunday, May 16, 2010

BEBERAPA FAKTOR KEKALAHAN BN

1) Jumlah pengundi yang rendah keluar mengundi. Paling rendah dalam rekod prk penggal ini (59 %) . Antara faktornya ialah mereka bekerja di luar. Mungkin mereka merancang untuk balik pada perayaan Hari Gawai yang akan disambut dua minggu lagi. Tak mungkin jika minggu ini mereka sudah pulang mengundi dan dua minggu lagi pulang pula untuk perayaan gawai. Kos untuk pulang yang tinggi adalah faktor utama.

2) Parti SUPP yang bodoh sombong. Mereka berlagak pandai dan boleh uruskan sendiri. Mereka kata tidak perlukan bantuan rakan dari semenanjung. Situasi politik sekarang sudah berubah. Tetapi mereka masih nak mengekalkan cara lapuk mereka dalam soal berkempen.

3) Taktik DAP menyerang peribadi dan menyemai kebencian kepada Ketua Menteri Sarawak berjaya mempengaruhi pengundi.

Dalam bab jentera kempen semuanya tidak boleh lawan wanita Umno. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dan tersusun. Semuanya lengkap. Daripada culaan, bancian, bantuan, hinggalah kepada mengesan dan membawa balik pengundi luar, semuanya mereka lakukan dengan baik.

Pada hari mengundi, setiap jam mereka akan pantau peratusan keluar mengundi. Jika nampak rendah mereka berusaha mencari pengundi dan membawa pengundi keluar mengundi.

Kepada BN Sarawak, sedarlah oleh mu bahawa situasi politik sekarang tidak sama lagi seperti politik dulu. Berubahlah sebelum diubah...

KEPUTUSAN: DAH KALAH ! JANGAN MENGHARAP LAGI

UNDI AWAM

BN - 16124
DAP - 18775

UNDI POS

BN - 2323
DAP - 70

Undi kaum bumiputra Sarawak solid untuk BN

Undi kaum pendatang solid untuk DAP

Apa yang perlu kita lakukan ? Tunggu sehari dua lagi saya akan bagi pendapat saya.

TERIMALAH KEKALAHAN DENGAN HATI YANG TERBUKA

Kalau dah kalah, maka kita terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka.

Selama ini pun kita pernah kalah.

Kita bukan jenis bangsa yang bila dah kalah meroyan tak tentu pasal, salahkan sana sini.

Ini membuktikan proses demokrasi di dalam negara kita telus.

Tidak seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka kononnya demokrasi hanya menyebelahi kerajaan.

Apa pun perjuangan perlu diteruskan.

Jangan mudah kecewa dan jangan mudah putus asa.

MATA TERAKHIR. MENDEBARKAN

Kedudukan sekarang DAP menang

Walau apa pun bergantung kepada keputusan dua peti undi terakhir yang sedang dikira iaitu di kubu kuat BN Kg.Ilir dan undi pos.

Ini yang akan menentukan untung nasib BN

Teruskan berdoa.

AGAK SUKAR UNTUK BN KEJAR. HAMPIR PASTI KALAH

Saat mendebarkan seperti du Hulu Selangor muncul kembali.

Adengan kejar mengejar berulang semula

Dengan kedudukan sekarang, saya rasa amat sukar untuk BN mengejar DAP kerana ketinggalan 3000 undi lebih

Walau apa pun sebarang kemungkinan boleh terjadi, ini kerana beberapa lagi peti undi dari kubu kuat BN belum dikira.

Sama-sama kita tunggu

KECEMASAN DI TENGAH MALAM: BN SAKIT, KEDAH NAZAK

Dua berita cemas yang diterima di tengah malam
1) BN hadapi laluan yang amat-amat sukar di Sibu. DAP berjaya dalam kempen saat akhir. Ceramah akhir DAP di bandar Sibu berjaya menarik hampir sepuluh ribu orang cina. Lautan manusia yang hadir, sehingga ada rakan-rakan wartawan yang berjalan kaki dua kilometer untuk ke sana.


2) Berita yang baru diterima lagi, MB Kedah sudah tiada pilihan lagi melainkan membubarkan dun. Menurut berita yang diterima oleh seorang rakan saya PAS Kedah telah mengarahkan ahli-ahli mereka supaya berkumpul dan mengepung Wisma Darulaman dan kediaman rasmi MB.


3) Daripada apa yang saya tahu, BN Kedah sebenarnya telah cukup bilangan adun untuk membentuk kerajaan tetapi difahamkan ianya belum mendapat restu DS Najib. Apa sebabnya saya tidak pasti.

Saturday, May 15, 2010

ORANG SIBO, SIK BOH CAYA DENGAN SIDAK PEMBULAK MALAYA



Salam 1 Malaysia !

Malaysia menoa tanah kitai. Pelajar siti ari utai ti amat penting, ia ti tau jamin meri pemasang ngagai semua bangsa kitai.

Tuk ulih di kemasangka ari politik ti tegap serta idup enggau lantang.

Aku arap ka kitai enda tau enda meri sokong penuh ngagai Barisan National ia ti ulih meri janji tegap lalu enda kala bula ka semaya.

Pengdegap serta semangat ti tinggi tau mai pengidup ti lantang ngagai menoa kitai di Malaysia.

Undi meh BN...


RONDA-RONDA SIBU & BN MENANG


Alhamdullilah, nampaknya kaki saya sudah bertambah baik hari ini. Bolehlah saya meneruskan ronda-ronda di Sibu bermula jam 9 pagi. Terima kasih kepada parpukari dan my anger yang sudi datang ambil saya dan bawa ke klinik. Jasamu dikenang.

Kalau ada orang nampak seorang lelaki berjalan kaki mundar mandir di bandar Sibu pagi tadi , sandang beg atas belakang,pakai topi comboy,kaca mata hitam dan sehelai tuala good morning di tangan, itulah rbf.

Ketika sedang syok berjalan sambil mengelap peluh, tiba-tiba terpandang satu awek cun. Nampak lagi cun melecun apabila dia pakai tudung arini. Fuhhhhh…..Puas kepala saya berfikir siapa awek ini, rupanya pernah ku lihat tetapi tidak ingat dimana ya.

Setelah berputar ligat berfikir akhirnya saya mendapat jawapannya.Baru teringat, itu Yati, anak sepupu emak saya. Seingat saya sudah lebih sepuluh tahun saya tidak berjumpa dengannya, tiba-tiba bertemu di Sibu. Masa kecil dulu faham-faham sahalah, bila dah besar ini lawa pula.

Dia juga terkejut bila saya menghampiri dan menegurnya. Kelihatan kelu seketika sambil terfikir dan tiba-tiba menjerit “Eh Abang Zal” terkejut kawan-kawannya melihat. “Abang buat apa kat sini? “ Amboi suara, meremang bulu roma saya. Yatie oh Yatie, kau buat aku tak tidur lah malam ini.

Diringkaskan cerita, Yatie sekarang adalah cikgu. Setelah keluar universiti dia telah dihantar mengajar ke pendalaman Sarawak. Katanya hampir dua jam menaiki bot dari jeti Sibu. Hari ini hari sabtu,maka dia keluarlah ke bandar untuk membeli belah. Sudah dua tahun dia mengajar disini. Kasihan kepada dia bila saya dengar cerita kesusahan dia berada disini. Dia orang muda,tapi terpaksa melalaui kehidupan di kawasan pendalaman. Tapi apa nak dikata kerana itu tugasnya dan dia sendiri yang pilih kerjaya tersebut.

Cukup setakat itu cerita Yatie, apa yang saya ayat dia hangpa semua tak perlu tahu. Itu rahsia antara aku dan dia. Yatie belum kahwin, umur 25 tahun. Dan belum berpunya. Selepas ini pandai-pandai lah saya ajak emak saya berjalan ke rumah sepupu dia iaitu emak Yatie.

Berbalik kepada cerita p/raya, semalam saya mengatakan BN boleh menang dalam prk ini. Tetapi untuk mencapai kemenangan BN harus lalui jalan beronak dan berliku.

Jumlah pengundi cina di sini sebanyak 65 % dan bakinya adalah pengundi kaum pribumi Sarawak. Sepertimana yang kita tahu sekarang orang-orang cina tidak lagi menyokong BN. Mereka cenderung menyokong DAP.

Ini kerana tiada apa lagi yang nak dikejar oleh mereka selain dari kuasa politik. Mereka sudah ada semuanya, wang, harta,perniagaan dan sebagainya, yang mereka tiada hanya kuasa politik mutlak. Mereka tahu kuasa politik adalah ‘sweet blood’. Itulah yang sedang diburu oleh mereka. Dan mereka nampak orang yang boleh membantu mereka mendapat kuasa ialah PKR dan PAS, maka mereka gunalah dua si kitol berkenaan sebaik mungkin.

Untuk menang, BN memerlukan separuh undi cina, kerana belum tentu semua pribumi akan mengundi BN. Mesti ada yang merajuk, yang meragam, yang terkehel leher , terseliuh dan sebagainya dan mereka tidak mengundi BN.

Sepanjang saya meronda pagi ini dan saya singgah di beberapa tempat,nampaknya momentum orang ramai di Bandar Sibu condong ke arah DAP. Siapa yang ramai di Bandar Sibu anda faham-faham sajalah. Tetapi tidak di kawasan luar bandar, sokongan masih kepada BN.

Dipendekan cerita sependek Shamsul Iskandar, pada hemat saya, BN akan menang prk ini , tapi tidak lah menang besar . Sekadar majoriti 1000-2000 undi.

Sama-samalah kita tunggu keputusannya malam esok…

Sepanjang saya meronda di Sibu banyak lagi benda yang saya nak tulis. Tetapi biarlah selepas prk ini selesai. Benda-benda sensitif.

Anwar menang, batang naik
Pendatang nak merampas kuasa pribumi. Lim's & Karpal's dynasty apa cerita ?

Kalau polis di semenanjung lihat Balai Polis Sentral Sibu mesti mereka jealous. Cantik....