Wednesday, June 30, 2010

Khalid & Azmin Halau Melayu Dari Bandar

Inilah yang dikatakan lari mulut buaya dan masuk mulut naga.

Semasa BN memerintah Selangor sebelum PRU ke 12 tahun 2008, kepimpinan pada masa itu merancang untuk merobohkan dua blok rumah pangsa PKNS yang lama di Jalan Jelatek bersempadan dengan WPKL.

Rancangan BN adalah, mereka akan memindah keluar penduduk-penduduk asal rumah berkenaan kemudian roboh rumah lama dan bina rumah baru yang moden. Selepas siap penduduk asal yang dipindahkan sementara itu dipindahkan kembali ke rumah mereka yang baru.

Segala kos pemindahan akan ditanggung oleh pemaju dan penduduk akan diberi sedikit pampasan. Tiada sebarang bayaran untuk rumah baru itu. Jangkaan saya mungkin ada sedikit bayaran untuk kos guaman atau lain-lain tetapi bukan bayaran untuk harga rumah, walaupun rumah itu telah dinaik taraf.

Manakala untuk generasi-generasi kedua atau ketiga kepada penduduk asal rumah berkenaan akan diberi harga istimewa untuk membeli rumah berkenaan. Semua ini adalah untuk mengeratkan kasih sayang antara keluarga agar mereka tidak tinggal berjauhan dengan orang tua mereka. Lagi satu tujuannya ialah untuk mengekalkan majoriti bumiputera di kawasan tersebut.

Tup…tup…datang PRU 2008, projek tak sempat berjalan. Tiba-tiba Azmin Ali menjadi calon kawasan tersebut. Ada penduduk yang membantah projek kerajaan BN yang dirancang seperti diatas. Lalu ianya dijadikan modal kempen oleh PKR. Azmin berjanji tidak akan mengusik kawasan berkenaan dan penduduk boleh teruskan kehidupan seperti biasa sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor.

Akhirnya keputusan PRU 8 Mac 2008 memihak kepada mereka. Penduduk merasa lega kerana hasrat mereka tercapai. Rupa-rupanya langit yang cerah tidak berpanjangan, awan mendung berarak jua.Kerajaan PKR Selangor ingin meneruskan projek tersebut melalui PKNS, tetapi ianya bertukar menjadi projek yang lebih mewah.

Lebih malang lagi orang yang berjanji tidak mahu mengusik rumah berkenaan semasa kempen p.raya iaitu Azmin Ali dikatakan turut sama menghantar tiga nama syarikat kepada MB Selangor untuk dipilih sebagai pemaju.

Projek berkenaan bernilai RM 1.2 bilion dan difahamkan Azmin akan mendapat komisyen sebanyak 5 % jika syarikat yang dilobinya terpilih. Perkara tersebut dibincangkan antara Khalid dan Azmin di depan Anwar Ibrahim. Difahamkan Azmin mahukan wang 5 % tersebut sebagai bekalan p.raya untuk berdepan UMNO di Gombak dan Bukit Antarabangsa. Difahamkan juga Khalid berjanji di depan Anwar yang beliau akan bagi projek berkenaan kepada syarikat yang dibawa oleh Azmin.

Azmin tersenyum lebar tanda gembira, tetapi gembira Azmin tidak berpanjangan . Ingatkan panas sampai ke petang ,rupa-rupanya hujan di tengahari. Khalid memungkiri janji awalnya dengan Azmin di depan Anwar. Khalid memilih syarikat lain sebagai pemaju projek berkenaan. Daripada tiga syarikat yang dibawa oleh Azmin satu pun tidak terpilih.

Allah bayar ‘cash’ kepada penipu. Dia tipu penduduk rumah pangsa berkenaan kononnya dia tidak akan mengusik rumah berkenaan jika mereka berjaya menjadi pemerintah di Selangor. Tetapi akhirnya projek berkenaan diteruskan juga. Selepas itu Khalid Ibrahim pula tipu dia. Penipu dibalas dengan penipuan.

Cukup setakat itu kisah penipu tipu penipu dan penipu kena tipu dan akhirnya dia kecewa lalu meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Berbalik kepada projek yang dinamakan Datum Jelatek oleh Kerajaan PKR Selangor. Penduduk telah dipindahkan dan mereka diberikan pampasan bermula dari RM 250 ribu hingga RM 450 ribu. Wow….
Kerja meroboh sedang dijalankan. Saya ke lokasi jumaat lepas

Oleh kerana pampasan yang diberikan tinggi maka mereka tidak diberikan rumah baru di situ apabila projek siap kelak. Senang cerita beginilah “aku dah bagi kau duit banyak, kau pergi cari rumah sendiri dan segalanya sendiri, jangan kacau kami lagi”. Mengikut maklumat hanya ada 19 keluarga lagi yang belum berpindah kerana tidak bersetuju dengan tawaran tersebut.
Kawasan tersebut akan dijadikan bandar kosmopolitan. Bangunan setinggi 45 tingkat , ada rumah , ada pejabat, hotel ,pusat membeli belah dan sebagainya. Difahamkan harga rumah yang bakal dijual kelak bermula dari RM 500 ribu ke atas.

Apabila harga RM 500 ribu berapa kerat sahaja melayu yang mampu beli. Sudah tentu ianya akan dimonopoli oleh kaum lain. Dari kawasan yang majoritinya melayu bertukar menjadi minoriti. Tanah PKNS juga telah bertukar menjadi hak milik bukan bumi.

Sebagai contoh anda boleh lihat keratan yang saya letakkan dibawah ini. Iklan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia 28 Mac 2010 (isnin). Rumah mewah yang kuota bumi pun tak habis dijual di KL sampai terpaksa iklan dalam surat khabar. Jadi sekarang kita boleh agaklah siapa yang bakal memonopoli Datum Jelatek ? Yang dalam kuota pun tak terjual, apatah lagi yang di luar kuota.
Apabila isu Kg.Baru timbul, tiba-tiba Khalid Ibrahim cuba menjadi hero kononnya dialah wira melayu Kg.Baru. Tetapi yang dia halau melayu dari bandar dia tak nampak. Mana dia Dr Lo Lo yang cuba nak jadi jaguh di Kg Baru ? Kenapa tak turut jadi jaguh di Jelatek ? Inilah yang dikatakan gajah depan mata tak nampak tapi kuman di seberang laut dia nampak. Opssss saya lupa , memang betul Dr Lo Lo boleh nampak kuman di seberang laut sebab mata dia luas.

Tindakan memberi pampasan beratus ribu kepada penduduk tanpa menggantikan rumah adalah kerja nak menjahanamkan bangsa. Faham sendirilah orang melayu jika dapat duit banyak ,rumah tangga yang dibina berpuluh tahun pun boleh runtuh.

Masa sekarang mungkin mereka seronok sebab duit tengah ada lagi. Bila duit dah habis kelak mula lah buat hal. Sebab itu amalan UMNO mereka kurangkan pemberian ikan, tetapi mereka lebihkan pemberian batang pancing. Sebab apa ? Sebab tak nak jahanamkan bangsa dan mereka nak anak bangsa berusaha sendiri untuk maju.

Akhir kata sekali lagi saya nak ulangkan pepatah seperti di pembuka bicara kepada penduduk asal Rumah Pangsa Jelatek, Lari Mulut Buaya Masuk Mulut Naga.

Laporan yang sama juga boleh dilihat di sini

Polis !!! Lagi Perhimpunan Haram Di KL

Selama ini saya tidak pernah sesekali mengkritik PDRM di dalam blog ini. Hari ini adalah kali pertama saya nak kritik. Bukan niat saya untuk mengajak pembaca memandang serong kepada polis, tetapi sekadar meluahkan pendapat.

Dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini sudah beberapa kali pihak-pihak tertentu menganjurkan perhimpunan haram di KL. Bermula dengan BERSIH kemudian PPSMI dan yang terkahir ialah Gerakan Mansuhkan ISA. Nama penganjur lain, nama perhimpunan pun lain, tetapi orang tetap yang sama.
Tetapi nampaknya pihak-pihak ini semakin hari semakin galak untuk menganjurkan perhimpunan haram. Pada 3 Julai ini (sabtu) satu lagi perhimpunan haram akan diadakan di KL. Kali ini bagi membantah lesen judi. Seperti mana yang dilaporkan di sini dan di sini.

Kenapa semakin hari mereka semakin galak ? Sebabnya ialah kerana polis berlembut dengan mereka. Tiada langsung tindakan tegas diambil oleh polis atau mahkamah terhadap individu-individu yang menganjurkan perhimpunan tersebut.
Sebagai contoh ialah perhimpunan GMI yang diadakan tahun lepas. Yang ditangkap oleh polis ialah orang ramai yang hadir dalam perhimpunan tersebut. Sudah hampir setahun peristiwa itu, tetapi sehingga ke hari ini kepala barua kepada perhimpunan tersebut iaitu Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi GMI) tidak pernah ditangkap oleh polis atau didakwa di mahkamah kerana menganjurkan perhimpunan haram dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Kerana sebab-sebab itulah yang membuatkan mereka makin galak menganjurkan perhimpunan haram. Sebab mereka tidak takut kerana beberapa kepala perhimpunan haram yang lepas-lepas tidak didakwa di mahkamah. Lepas begitu sahaja.

Jika dulu rakyat KL pening kepala dengan masalah banjir kilat yang kerap melanda KL yang boleh melumpuhkan aktiviti seharian di ibu kota. Kini masalah banjir sudah selesai selepas Terowong Smart beroperasi. Tetapi timbul penyakit baru pula, iaitu penyakit perhimpunan haram. Dari akhir 2007 hingga ke sabtu ini sudah dan akan ada 4 perhimpunan haram diadakan di KL sepanjang tempoh tersebut.

Mereka-mereka ini tidak ada otak, mereka hanya ada otak untuk fikir pasal politik sahaja, pasal kesusahan orang ramai tidak pernah mereka fikirkan. Setiap kali perhimpunan haram diadakan hampir lumpuh ibu kota jadinya.

Jalan sesak, peniaga tutup kedai, bas sangkut, pemandu teksi tak boleh cari makan, kawasan kotor, harta awam rosak dan beberapa masalah lain lagi.

Oleh yang demikian saya berharap polis dapat mengambil tindakan yang betul-betul tegas kali terhadap penganjur. Jangan biarkan mereka bermarajalela. Semakin hari mereka semakin naik lemak disebabkan tindakan ‘mesra’ polis terhadap mereka selama ini.

Setiap kali sebelum perhimpunan berlangsung, kita semua boleh lihat betapa bengisnya polis memberi amaran keras di kaca-kaca tv atau surat khabar . Amaran tersebut diberikan kepada penganjur dan juga peserta.

Bila perhimpunan berlangsung pula polis tangkap ikan-ikan bilis sahaja. Ikan jerung yang menjadi kepala tidak ditangkap. Kemudian bila sudah ditangkap beberapa jam dilepaskan dengan jaminan polis.Kepala penganjur bebas ke sana sini. Habis setakat itu sahaja.

Sebab itu mereka naik lemak, kerana mereka tahu polis ‘mesra’ dengan mereka. Selepas itu mereka buat pula perhimpunan. " Ah tak kisah, jangan takut polis hanya bagi amaran ja, jangan bimbanglah, tak kena punya" mungkin itu kata hati kepala-kepala penganjur perhimpunan.
Terbalik motosikal polis mereka kerjakan

Saya nak tanya pegawai-pegawai polis , tidak rasa tercabarkah anda semua dengan manusia-manusia yang mempermain-mainkan anda dan undang-undang negara ?

Satu lagi soalan saya , kenapa kepala penganjur demo GMI iaitu Syed Ibrahim Syed Noh tidak ditangkap atau didakwa sehingga kini ?

Tuesday, June 29, 2010

Fakta Penting Yang Menggerunkan

Saya sekarang sedang memandu dari KL ke Seremban sambil layan celoteh Abby Fana di Sinar FM.

Tiba-tiba Abby Fana memberikan satu fakta yang menggerunkan. Katanya mengikut SPR nisbah pendaftaran pengundi baru ialah 1 MELAYU = 40 BUKAN MELAYU. Huh ! Gerun....

Terkejut dengan angka itu saya berhenti seketika di R & R Nilai bagi mencatatkan perkara ini untuk berkongsi fakta yang paling menggerunkan di abad ini dengan anda semua.

Bila disebut bukan melayu maka kita sudah boleh agak kaum mana yang lebih. Sudah tentu kaum cina.

Nampaknya kali ini orang-orang cina benar-benar menyambut seruan kerajaan padahal selama ini merekalah kaum yang paling kurang memberi kerjasama kepada sebarang seruan kerajaan.

Nampaknya mereka sudah benar-benar all out untuk mengambil alih negara ini.

Monday, June 28, 2010

Krisis Di Selangor Mungkin Ada Rahmat Di Sebaliknya

Pasangan pembohong sejoli Anwar dan Azizah boleh belit apa sahaja mengikut kehendak lidah mereka berhubung dengan ding dong ding dong yang sedang berlaku di Selangor.

Yang pastinya apa yang diumumkan oleh burung kakak tua semalam adalah pembohongan. Difahamkan Khalid tidak pernah meminta untuk mengundurkan diri sebagai pengerusi PKR Selangor kerana ingin memberi tumpuan kepada pentadbiran. Skrip itu semua disediakan oleh Anwar dan dibaca oleh burung kakak tua manakala diangguk oleh Khalid.

Dengan perlantikan Azmin semalam maka terbukti sudahlah teori 3A yang diperkatakan selama ini benar. Pusing macamana sekalipun hanya 3A ini sahaja yang berkuasa penuh dalam PKR.

Perlantikan Azmin semalam sebagai pengerusi PKR Selangor adalah langkah kedua untuk menobatkan Azmin sebagai MB Selangor. Langkah pertama telah pun dilakukan minggu lepas oleh kumpulan G15. Yakinlah, satu hari nanti Khalid akan tetap tercampak keluar dari tingkat 21 Bangunan Darul Ehsan,tetapi belum tentu Azmin dapat melompat masuk.

Baiklah, kita tinggal kisah parti penyokong kaum nabi luth. Saya sebenarnya ada hasrat untuk disuarakan di sini. Sewaktu saya menulis perkara ini saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang ahli Umno, tetapi saya meletakkan diri saya sebagai seorang rakyat biasa yang beragama Islam dan berstatus bumiputra.

Saya berpendapat apa yang berlaku di Selangor sekarang adalah ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat-umatnya. Allah ingin melihat sejauh mana cerdik umat-umatnya mengambil kesempatan di atas perkara ini. Allah ingin melihat bagaimana kesungguhan umatnya yang selama ini sering melaung memperjuangkan agama,bangsa dan negara bersatu mengembelingkan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membuktikannya. Pengorbanan antara satu sama lain amat diperlukan dalam hal ini demi kepentingan rakyat. Dan inilah masanya untuk membuktikan cakap-cakap yang sering dilaungkan selama ini.

Peluang untuk Khalid Ibrahim kekal sebagai MB semakin tipis, manakala Azmin pula tidak layak menjadi MB kerana dia bukan anak jati Selangor dan menghadapi masalah moral yang teruk. Orang yang terbaik untuk diangkat sebagai MB sekarang ialah Datuk Dr Hassan Ali. Saya ada nyatakan di sini dua hari lepas kenapa dia layak.
Untuk membolehkan Hassan menjadi MB yang selesa agak sukar kerana penguasaan kerusi DAP lebih besar dalam DUN Selangor berbanding kerusi PAS. Itu belum dicampur lagi dengan kerusi PKR liberal atau PKR cina.

Hanya melayu boleh tolong melayu dan Islam mengajar kita menolong sesama umat. Apa kata jika adun-adun UMNO yang ada mengambil kesempatan ini dengan menyokong Hassan sebagai MB dan seterusnya wujudkan kerajaan campuran bagi membolehkan PAS-UMNO memerintah Selangor.

Kedudukan di Dun Selangor sekarang ialah, PKR 14, DAP 13, PAS 8, BN 20 dan Bebas 1. Jumlah semuanya ialah 56 kerusi. Untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah perlu ada 29 kerusi. Jumlah tersebut cukup jika PAS,BN dan Bebas bergabung. Gabungan PKR dan DAP hanya tinggal 27 kerusi sahaja.

Jika Umno benar-benar sayangkan agama, bangsa dan negara maka inilah masa untuk membuktikannya. Walaupun kerusi yang Umno ada melebihi jauh dari apa yang Pas ada tetapi Umno harus berkorban sedikit. Beri jawatan MB kepada Pas dan tujuh adun PAS yang ada lagi diberi jawatan exco. Umno ambil tiga exco sahaja. Rakyat harus diutamakan, tiada salahnya jika memberi jawatan kepada mereka demi kepentingan agama , bangsa dan negara. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Nak bergaduh sesama sendiri pun setakat mana sangat. Satu hari nanti aku usung jenazah kau dan kau usung jenazah aku. Aku sedekah Al-Fatihah untuk kau dan kau sedekah Al Fatihah untuk aku.

Jika ini berlaku ianya satu rahmat yang besar untuk umat Islam di Malaysia menjelang Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selepas itu kita ramai-ramai pakat bentang sejadah di Stadium Shah Alam dan jemput Tuanku Al Sultan Selangor sembahyang terawih bersama rakyat. Hassan Ali jadi imam 10 rakaat dan Khir Toyo pula 10 rakaat. Fuhhhhhh....sudahlah kawan-kawan saya tidak dapat meneruskan tulisan lagi, bulu roma sudah meremang rasanya ,hati sudah sayu dan mata pula sudah nak berair. Sambung lain kali.





Terkini Dari Selangor

Saya baru mendapat info yang mengatakan beberapa adun PKR Selangor telah bersedia untuk meletak jawatan.

Jumlah sebenar tidak dapat diketahui lagi tetapi yang pasti seorang daripada mereka telah benar-benar bersedia.

Semuanya kerana mereka tidak berpuashati dengan pengekalan Khalid Ibrahim sebagai MB.

Sunday, June 27, 2010

Syabas Kepada Pemuda Umno Kota Raja

Nampaknya kehangatan Persidangan UMNO Bahagian tahun ini tetap dirasakan walaupun tanpa pemilihan atau pertandingan. Suasana panas Persidangan Pergerakan Pemuda Umno sebuah bahagian di Selangor malam tadi akan menjadi bahan tulisan saya kali ini.

Malam tadi saya berjumpa dengan blogger GAP di Shah Alam. Hanya sekadar untuk minum-minum dan berbicara pasal politik Selangor. Menghampiri jam 12 malam peti mesej telefon GAP menerima beberapa sms yang memaklumkan tentang kehangatan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Kota Raja Selangor.

Katanya beberapa perwakilan ketika menyampaikan ucapan mereka telah meminta Ketua Pemuda Umno Selangor ditukar. Ada yang mengesyorkan usul tergempar dan ada juga yang ingin mengusulkan undi tidak percaya. Parpukari juga ada melaporkan di sini perkara tersebut sebaik sahaja ianya berlaku. GAP juga ada menulisnya di sini.

Untuk mendapatkan gambaran sebenar hari ini saya cuba mendapatkan maklumat daripada beberapa rakan yang tinggal di Shah Alam. Akhirnya saya berjaya dapat nombor telefon salah seorang perwakilan yang membawa cadangan tersebut.

Daripada beliau saya telah mendapat cerita sebenar. Menurutnya perkara tersebut telah lama diperkatakan di oleh ahli-ahli bawahan. Cuma mereka tiada ruang untuk meluahkan perasaan mereka hinggalah mesyuarat bahagian berlangsung.

Bagi mereka inilah peluang terbaik yang ada dan mereka tidak lepaskan peluang tersebut. Khabarnya suasana di dalam dewan mesyuarat sungguh hangat. Tepukan bergema dan para perwakilan bangun sebagai tanda sokongan kepada orang yang sedang berucap kerana sanggup mewakili mereka bagi menyampaikan hasrat itu.

Anda semua lihatlah betapa besarnya harapan ahli-ahli Pergerakan Pemuda Umno di Selangor untuk mendapatkan seorang ketua pemuda negeri yang bagus. Saban hari mereka berharap agar ketua pemuda sedia ada ditukar. Mereka rindukan kehebatan pemuda yang lepas-lepas.

Oleh yang demikian sedarlah wahai Suhaimi, tanya diri sendiri, baguskah aku selama ini ? Undurlah dengan cara baik. Berilah peluang kepada orang lain untuk bekerja. Jangan ambil jawatan dan simpan dalam poket.

Saya difahamkan akan ada lagi bahagian-bahagian (pemuda) yang lain di Selangor akan ambil langkah yang sama dengan apa yang berlaku malam tadi. Dikhabarkan mereka akan merancang dengan teliti usul undi tidak percaya kepada Suhaimi supaya ianya mematuhi peraturan mesyuarat.

Apa yang berlaku malam tadi tidak mematuhi peraturan mesyuarat dan ianya sekadar diminitkan dan laporan akan dihantar ke peringkat negeri. Soal mematuhi peraturan mesyuarat atau tidak itu perkara kedua. Perkara pokoknya ialah pemuda-pemuda Umno Selangor menolak Suhaimi sebagai KPUS.

Sekarang terpulang kepada Suhaimi samada dia mahu berundur atau diundurkan...

Saturday, June 26, 2010

Ribut Di Selangor : Team Gagap vs Team Dayus

Apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini ringkas sahaja. Tidak sampai 200 patah perkataan pun, tetapi ianya membawa mesej yang amat dalam dan bermakna kepada rakyat Selangor.

Sejak dari mereka menubuhkan kerajaan di Selangor pada 8 Mac 2008 hingga ke hari ini situasi politik di Selangor tidak pernah aman ataupun sentiasa bergolak. Dari sebuah negeri yang kaya dan maju ianya boleh menjadi sebuah negeri yang mundur dan bankrap.

Sekarang rakyat Selangor boleh menilai balik yang mana intan dan yang mana kaca. Oleh yang demikian berubahlah wahai rakyat Selangor sebelum Selangor mundur dan bankrap.

Sepertimana yang kita tahu konflik antara Azmin Dayus dan Khalid Gagap heboh diperkatakan dua tiga hari ini. Semuanya kerana kegilaan Azmin Dayus untuk menjadi MB.

Semasa kemenangan PKR pada tahun 2008 Azmin tidak berapa minat untuk menjadi MB kerana dia percaya dan yakin Anwar akan menjadi PM pada 16 september 2008 dan sudah tentu Azmin akan ada jawatan yang lebih baik dari jawatan MB. Kini peristiwa 16 September sudah menghampiri dua tahun Azmin masih lagi tiada apa-apa jawatan. Harapan tinggal harapan, Azmin tertonggeng Anwar sondol.

Setelah gagal di sana maka Azmin kembali mengacau di Selangor. Cerita ini sebenarnya bukan cerita baru, ianya telah lama kedengaran cuma tidak sekuat sekarang. Azmin semakin naik syok bila ada beberapa ahli parlimen dari luar Selangor yang sanggup menjadi tukang pukul canang kegagalan Khalid Ibrahim.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, orang-orang yang menyokong Azmin di sini ialah orang-orang yang kecewa kerana gagal mendapat perniagaan atau projek di Selangor. Sekarang mereka ingin menjadi hero untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dan mengangkat Azmin sebagai MB dengan harapan mereka akan mendapat durian runtuh sekiranya Khalid jatuh dan Azmin naik.

Belum pernah dalam sejarah politik negara ahli-ahli parlimen negeri lain sibuk mencampuri urusan politik sesebuah negeri. Inilah yang dikatakan PKR serba boleh,sama rata sama rasa depan belakang sama sahaja.

Sepanjang 50 tahun BN memerintah negara ini pernahkah anda semua lihat ahli parlimen dari Trengganu meminta MB Johor letak jawatan atau sepanjang 20 tahun Nik Aziz menjadi MB pernahkah anda dengar ahli parlimen PAS dari Kedah meminta Nik Aziz meletak jawatan ? (contoh)

Bila saya menulis begini bukan bermaksud saya menyokong Khalid Ibrahim. Khalid Gagap saya tak sokong, Azmin Dayus pun saya tak sokong. Bagi saya tak kira siapa, asalkan dia PKR maka kita mesti tentang habis-habisan. Haram bagi kita menyokong PKR kerana mereka mengangkat kaum nabi luth sebagai pemimpin. Sedangkan Nabi pun tak mengaku umat, kita pula nak angkat mereka sebagai pemimpin. Sorry....

Berbalik kepada apa yang berlaku di Selangor, Azmin tidak akan berjaya menjadi MB kerana Khalid Ibrahim mendapat sokongan padu adun-adun DAP. Azmin kena ingat DAP adalah rakan kongsi kedua terbesar di Selangor,mereka ada 13 kerusi. Tanpa sokongan mereka Azmin tidak akan dapat menjadi MB.

Bagi DAP Khalid Ibrahim adalah rakan mereka yang baik dan sanggup sehidup semati dengan mereka. Khalid berjaya memenuhi apa sahaja kemahuan mereka dan bagi mereka juga jarang anak melayu dapat bersifat begitu. Bodohlah mereka jika sanggup melepaskan Khalid dan memberi laluan kepada Azmin.

Lagi satu Azmin bukan anak Selangor jati, saya difahamkan dia dilahirkan di Singapura dan membesar di KL. Ada juga cakap-cakap mengatakan sekiranya Khalid tetap jatuh maka DAP akan minta Yaakop SaFari dinaikkan sebagai MB,itu pun jika mendapat perkenan Tuanku. Tetapi kalau nak diikutkan Yaakob pun tak boleh juga. Ini kerana Yaakop juga bukan anak Selangor, dia anak Johor.

Daripada adun-adun PKR melayu yang ada di Selangor sekarang hanya Khalid Ibrahim sahaja yang betul-betul anak Selangor dan tercatat dalam IC nya kod 10. Yang lain semua orang luar. Hancur rakyat Selangor, wakil rakyat semua orang luar Selangor. Ini satu lagi fakta baru yang menarik dan harus disebarkan kepada rakyat Selangor.

Pilihan terbaik yang ada sekarang untuk diangkat sebagai MB sekiranya Khalid berjaya digulingkan ialah tidak lain tidak bukan Datuk Dr Hassan ibnu Ali. Anak Selangor jati, berpengalaman sebagai pentadbir, disenangi oleh rakyat ,kakitangan kerajaan dan juga Istana. Soal PAS hanya memiliki 8 kerusi di Selangor bukan isu besar. Di Perak PAS hanya ada 6 kerusi sahaja tetapi Nizar Lambai boleh juga diangkat sebagai MB.

Bukan bermaksud saya menyokong Hassan Ali, tetapi saya menyatakan itu pilihan terbaik yang ada untuk sementara waktu untuk menyelamatkan Selangor dari terus hancur. Apa lagi pilihan yang ada, nak suruh Khalid bubar dun ? Ha ha ha....kalau dun Selangor dibubarkan pada hari ini saya tidak tahu apa untung nasib BN di Selangor.

Saya tidak tahu samada jentera p/raya mereka berada dalam keadaan bersedia atau tidak. Silap-silap dun bubar baru nak bentuk jentera. Tahun lepas lagi saya pernah mencatitkan di sini agar jentera p/raya sentiasa bersedia kerana segala kemungkinan boleh terjadi dalam politik Selangor. Jentera p/raya hendaklah sentiasa bersedia sepertimana anggota bomba bersedia di balai bomba menanti panggilan kecemasan.

Akhir kata baik si Gagap atau si Dayus, kedua-duanya tidak layak menjadi MB Selangor. Jika Azmin terlalu teringin sangat nak jadi MB tolong jelaskan kepada rakyat dakwaan Nallakarupan bahawa beliau dan Anwar bergilir isteri dan tolong buktikan kepada rakyat dengan telus status Afifa, anak siapakah itu ? Anak Azmin atau adik Nurul Izzah ?


Thursday, June 24, 2010

Lagi Bukti Zahida Rafik Pembohong

Ini adalah kata-kata Zahida Rafik dalam sisipan mega pada 15 Jun 2010 di muka surat 2


Nah ! ambil yang ini pula


Gambar ini saya petik dari sini

Tak cukup ke yang itu ?

Nah ! ambil lagi yang ini

Sini

Sini

Sini

Sini


Anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama !

Wa kah...kah...kah...kah....kah.....kah...uwekkkkkkkkkkkkk sampai termuntah aku gelak.

Aku dah tak larat nak gelak kawan-kawan sekalian, hangpa klik sini saja lah

Kisah Zahida : Perhatian Kepada Pembaca

Kepada pembaca-pembaca yang menghantar komen menyebut nama-nama orang yang dikaitkan dengan Zahida saya memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan komen anda.

Pelbagai nama yang diberikan. Ada mr m, ada mr l ada mr xxl dan ada mr sss.Blog ini tidak mahu menamakan sesiapa sehingga saya selesai membuat penyiasatan. Anda nak syak, anda nak kata atau anda nak teka siapa dia, itu terpulang pada anda.

Soal orang bercakap memang ramai orang bercakap.Macam-macam orang boleh kata dan berita ini pun telah lama tersebar. Saya pun dapat dari banyak sumber, cuma selama ini saya diamkan sahaja. Memandangkan baru-baru ini ada lagi satu sumber yang saya terima dari orang yang saya yakin boleh dipercayai maka sebab itulah saya memulakan penyiasatan saya. Tetapi saya tetap tidak berani menulis namanya sehingga siasatan saya selesai. Benar atau tidak benar saya akan beritahu anda kemudian hasil siasatan saya.

Sekiranya siasatan saya gagal menemui jawapan, maka pada waktu itu saya akan namakan orang yang berkenaan di blog ini dan minta dia nafikan perkara itu. Selagi itu tak nafi maka selagi itulah cerita ini akan berkeliaran. Penafian Zahida tidak boleh dipakai, kerana dia seorang pembohong.

Kadangkala ada segelintir artis perempuan bukan boleh percaya sangat. Ada masanya mereka sendiri yang mencanangkan kepada rakan-rakan mereka kononnya mereka ada hubungan dengan orang itu atau orang ini.Kerana apa ? Kerana nak glamor atau nak tutup kegiatan haram mereka. Mereka buat kerja haram dan dapat duit banyak. Bila ada rakan-rakan yang sudah mula bersuara atau pandang lain macam, maka mereka mulalah kata mereka dijaga oleh orang itu atau orang ini. Padahal tidak pun.

Beberapa tahun dulu, mungkin sudah lebih 10 tahun (saya tak berapa ingat), ada seorang artis wanita yang mencanang berita kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang kerabat Di Raja. Setelah lama berita itu tersebar dan sampai ke pengetahuan kerabat terbabit lantas kerabat tersebut menafikan yang dia mempunyai hubungan dengan artis tersebut. Saya masih ingat lagi pada waktu itu, semua media masa utama melaporkan berita tersebut.

Apa pun pada pandangan saya Zahida Rafik saya tetap cop dia sebagai seorang pembohong. Dalam wawancara dia berkata yang dia seorang anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama seperti yang saya tulis dan buktikan di sini semalam. Kemudian dia benarkan jurugambar merakamkan gambarnya terbaring dalam keadaan menggiurkan. Itu pandangan saya. Soal anda semua nak cop dia pembohong atau tidak terpulang kepada anda.

Zahida sama seperti Anwar Ibrahim, cuma dunia mereka berbeza. Anwar dalam dunia politik dan Zahida dalam dunia hiburan. Anwar , dalam negara kononnya dialah kepala anti yahudi. Di luar negara dia berkawan dengan yahudi. Hinggakan dia sanggup tulis surat untuk memohon perpindahan seorang teman wanita yahudi. Sini

Wednesday, June 23, 2010

Tiba-Tiba Zahida Muncul Buat Penafian

Hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja Zahida Rafik muncul dalam sisipan mega Utusan Malaysia 15 Jun 2010 menafikan dia sebagai seorang perempuan simpanan. Empat muka surat dikhususkan untuk beliau. Hebat....

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya banyak menerima info berkenaan hubungan Zahida dengan seseorang. Sebelum cerita ini keluar dalam akhbar seperti di bawah, saya ada bercadang untuk menulisnya di blog ini. Tetapi saya menangguhkan buat seketika kerana saya perlu menyelidik terlebih dahulu maklumat-maklumat yang diterima, walaupun maklumat yang diterima ada asasnya dan dari orang yang boleh dipercayai.

Ibarat orang beri kita seekor ayam. Jika ayam itu busuk buat apa kita nak ambil atau makan , jika kita ambil sekalipun sekadar ambil untuk menjaga hati si pemberi. Selepas ambil belakang dia kita buang.

Jika yang diberi pula adalah ayam yang elok, mana mungkin kita makan terus ayam itu. Sudah tentu kita potong ,bersihkan, cari rempah, cari santan , garam, gula, asam jawa dan sebagainya. Selepas itu baru kita masak dan hidangkan untuk dimakan. Barulah sedap di makan. Samalah juga dengan menulis blog, orang bagi kita maklumat sudah tentu kita kena cari lagi bahan-bahannya sebelum dihidangkan kepada pembaca.

Saya ada menghubungi beberapa orang untuk untuk bertanya kisah ini pada awal bulan jun. Selidik sana selidik sini, tiba-tiba Zahida muncul untuk membuat penafian. Mungkin perkara ini telah bocor. Mungkin Zahida telah terfikir, sebelum perkara ini meletup di blog, lebih baik aku buat penafian di akhbar terlebih dahulu.

Tapi tak mengapa, apa yang dikeluarkan di akhbar adalah cerita versi Zahida. Saya pun ada cerita versi saya. Apa pun yang keluar di akhbar saya tidak peduli, saya tetap meneruskan penyiasatan saya dan setelah segalanya selesai saya akan tulis.


Ini versi akhbar, RBF pun ada versinya yang tersendiri. Surat khabar menulis ada etika, blogger mana ada etika. Kita tidak bertuan kepada sesiapa. Tuan kita adalah RAKYAT


Yang dia ceritakan di sini bisnes itu sahaja. Ada lagi bisnes yang dia tak cerita. Kita tahu dia dapat bisnes membekal sesuatu kepada dot...dot...dot... Itu saya akan tulis nanti
Ha...ha..ha...wa...kah...kah....kah...kah....
Lihat apa yang dia kata semasa diwawancarakan oleh wartawan mega. Ini di ms 2
Lihat pula gambar ini di ms 3. Macam inikah anak dari sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama ? Jika di sini secara terang-terangan dia telah menipu pembaca adakah anda semua nak percayakan penafian yang dia buat sebanyak empat muka surat ?



Akhir kata
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

Tungguuuuuuuuuuu..................

Lagi Kritikan Terhadap Pemuda Umno Selangor

Semenjak blog ini membicarakan tentang UMNO Selangor saya banyak menerima e mel dari pembaca-pembaca.

Pelbagai versi cerita yang saya terima. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca-pembaca yang sayang dan cintakan UMNO.

Kepada penghantar e mel yang saya belum siarkan lagi e mel mereka harap bersabar. Saya akan keluarkan satu persatu mengikut keperluan semasa.

E mel yang paling banyak diterima ialah tentang Ketua Pemuda Umno Selangor, dan memandangkan pada masa ini 'pasaran' terhadap KPUS tinggi, maka kita fokus terhadap dia terlebih dahulu sampai dia mengundurkan diri atau diundurkan. Selepas itu baru kita masuk bab orang lain. Sebab apa ? Sebabnya dia tak berubah. Waktu orang nak mesyuarat dia pergi luar negara.

Pada saya, orang seperti Suhaimi tidak perlu diberi peluang lagi. By hook or by crook dia mesti tinggalkan jawatan KPUS.

E mel di bawah ini saya terima dari seorang pembaca bernama Nik Ronnie Liu.

Sdra RBF, Ini adalah serba sedikit tentang punca kelemahan UMNO dan Pemuda di Selangor. Sebenarnya banyak lagi, jika hendak didedahkan. Saya sebenarnya merasa sedih. PR berkuasa sehingga kini bukan kerana kekuatan mereka, tetapi kerana kelemahan kita, UMNO.

Lihat sahaja berapa banyak isu dan kesilapan yang dilakukan PR, mengapa UMNO tidak lantang membidas? Dimana Pemuda UMNO Bahagian- bahagian di Selangor dan Pemuda UMNO Selangor itu sendiri?


1.Isu kandang babi mega di Sepang. Mana tentangan UMNO dan Pemuda UMNO Sepang? Walhal, Ketua Pemuda Sepang adalah Ketua Pemuda Selangor?


2. Isu Elizebeth Wong bogel. Kenapa tidak dihangat dan dimanipulasikan? Lihat bagaimana desakan PR ketika isu Chua Soi Lek dahulu, sehinggakan beliau terpaksa meletakan jawatan.


3. Isu Xavier berceramah di Masjid. Kenapa Pemuda Selangor senyap? Begitu juga penentangan Nik Aziz terhadap titah Sultan. Kenapa Pemuda tidak menjadi wira mempertahankan Sultan kita?

4. Isu projek pembinaan UiTM dan Yayasan Basmi Kemiskinan di Hulu Selangor? Dimana suara tentangan Pemuda UMNO Hulu Selangor. Tidakkah Pemuda sedar pentingnya UiTM pada orang Melayu?


5. Isu Arak di Shah Alam. Mana suara Pemuda UMNO Shah Alam? Tentangan setakat sekali dua sahaja? Tiada kesan dan tiada impak pun.


6. Isu rumah urut, curi pasir dan banyak lagi isu yang UMNO tak berjaya menjadi juara menentangnya bagi pihak rakyat. Relevankan cogankata UMNO Juara Rakyat yang baru dilancar baru baru ini?
Banyak lagi isu sebenarnya. Tapi bagi saya, jika isu-isu diatas Pemuda dan UMNO Selangor berjaya juangkan pun cukup memadai. Ingatlah, kita kini pembangkang.

Itu cuma sebahagian, banyak lagi isu-isu lain.

Kalau rasa tidak berdaya menjadi Pembangkang yang baik dan agresif, letak jawatan. Masih ada ramai lagi ahli UMNO di Selangor yang ikhlas berjuang kerana sayangkan Agama dan Melayu di Selangor ini.
Jangan asyik memikirkan tembolok anda sahaja yang perlu diisi. Harta yang anda perolehi saya rasa, cukup sudah sampai 7 keturunan!!! Undurlah jika anda sayangkan Islam, Melayu dan Selangor..


E mel anda berkenaan Suhaimi dialu-alukan. Sila hantarkan kepada saya di alamat rbf_501@yahoo.com

Tuesday, June 22, 2010

KP UMNO Tidak Hadir Mesyuarat Kerana Keluar Negara


Apa nak jadi dengan UMNO Selangor ni ?

Malam tadi berlangsung mesyuarat pengurusan UMNO Selangor

Amat mengejutkan apabila tiga orang penting dalam pengurusan UMNO Selangor tidak datang mesyuarat tersebut.

Mesyuarat pengurusan yang terlibat tidak ramai. Mereka yang terlibat hanyalah Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Penerangan. Hanya tujuh orang sahaja.

Daripada tujuh, jika tiga sudah tidak hadir mesyuarat, apa benda yang nak di mesyuaratkan lagi ? Lagi ada hati nak tawan Selangor ke ? Lupakan saja !

Jika mesyuarat penting pun tidak boleh datang, lebih baik undurkan diri sahaja. Ramai lagi orang lain boleh berkhidmat kepada parti. Jangan pegang jawatan untuk dijadikan pekasam.

Tiga orang yang tidak hadir ialah

Dato' Satim Diman - Setiausaha

SUHAIMI GHAZALI - KETUA PEMUDA

Datuk Fateh Iskandar - Bendahari

Satim tak datang alasannya ialah ada urusan lain. Ok, tak mengapa itu masih boleh diterima. Mungkin malam tadi ada tahlil di kawasannya, kerana dia seorang adun.

Yang boleh membuatkan hati ahli UMNO Selangor terbakar ialah apabila ketua pemuda tidak hadir mesyuarat kerana berada di luar negara.

Luar negara beb.....luar negara......luar negara !

Apa ke jadahnya dia ke luar negara ? Siapa dia ? Dia menteri ke ? Dia MB ke ? Dia ahli parlimen ke ? dia pengerusi GLC ke ?

Orang bawahan duduk sibuk berperang dengan pembangkang, dia sebagai ketua pemuda pergi ke luar negara di saat mesyuarat penting berlangsung.

Apa ke jadahnya ke luar negara ? Tolong jawab Suhaimi....




Nama Kucing

Seorang adun DAP dari Selangor menyamakan orang yang telah mati dengan seekor binatang di laman FBnya seperti yang dilaporkan di sini.

Nama adik Aminulrasyid pun turut tersenarai sebagai nama binatang.

Saya tidak perlu ulas lagi apa yang dilakukan oleh adun DAP berkenaan, sudah cukup dengan ulasan yang dibuat oleh blogger Gomo

Cuma sekarang ini biar saya pula bagi cadangan nama kucing berkenaan.

Bila teringatkan kucing, apa yang kita ingat ?

Sudah tentu kita teringatkan bulunya yang tebal...

Bila teringatkan bulu tebal, apa pula yang kita ingat ?





Turun bawah










Bawah lagi












Bawah lagiiiii














Bawah lagiiiiiiiiiiiiii




















Bawah lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii























Sudah tentu kita teringat yang ini....
Oleh yang demikian saya mencadangkan kucing tersebut dinamakan





Bawah






Bawahhhhh






Bawahhhhhhhhh








Bawahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh






Jeng....jeng....jeng.......













Elipussy




Itulah cadangan saya. Setuju atau tidak ?

Jika pembaca ada cadangan lain sila hantarkan komen anda

Monday, June 21, 2010

Masin Mulut RBF

Tengahari tadi saya baru menulis tentang penyokong PAS diminta berkorban untuk perjuangan Islam. Manakala pemimpin PAS bersenang-lenang dengan dengan balak,projek-projek, elaun serta gaji.

Tup....tup...petang ini keluar di sini seorang exco Kelantan berkata sumbangan rakyat untuk mencari keredhaan Allah.

Duit semua dibalun oleh pemimpin, nak buat projek minta sumbangan rakyat. Tak cukup exco tambah lagi Timbalan Exco, tak cukup seorang Timbalan Exco, tambah lagi jadi dua orang Timbalan Exco.

Wow ! Kayanya Kerajaan Kelantan


Tahniah.....

Semua orang nak kerja, Kelantan banyak kerja membangun bersama Islam dan PAS pula banyak kerja ceramah yang perlu dilakukan. Sebab itu tiga orang exco ada dua timbalan.

Saya difahamkan, sepanjang memerintah Kelantan, belanja mengurus Yayasan Islam Kelantan melebihi RM 800 juta sementara belanja pembangunan tak sampai 10 %. Kerja mereka hanya bayar gaji sahaja, membangunnya tidak ada. Diwujudkan pelbagai jawatan agar kroni-kroni mereka dapat gaji.

Rakyat Kelantan patut berbangga kerana wakil rakyat yang mereka undi semua jadi orang besar.

Semua Timbalan Exco yang dilantik telah mendapat tunggakan gaji mereka semalam bermula dari bulan januari 2010.

Ohh....dapat gaji rupanya, ingatkan kerja amal. Banyak betul duit kerajaan Kelantan ya ? Penyokong PAS dibawah sering diminta berkorban untuk perjuangan parti dan perjuangan Islam, tetapi pemimpin di atas dapat gaji.

Bukan perjuangan Islam yang diperjuangkan, sebaliknya perjuangan untuk mereka jadi orang besar yang diperjuangkan. Bila menang mereka dapat jadi orang besar dan seterusnya dapat gaji atau elaun. Rupa-rupanya penyokong kena tipu beb....padan muka.

Negeri-negeri maju seperti Selangor dan Johor setiap exco ada seorang timbalan sahaja. Tetapi di Kelantan lagi hebat, ada exco sampai dapat dua timbalan. Ya lah, almaklumlah Kelantan sebuah negeri yang sibuk. Sibuk apa ? sibuk berceramah....



Senarai Hitam Saman Ekor : Kerajaan Perlu Hebahkan Awal

Setelah membaca apa yang ditulis oleh saudara MSO di sini baru saya pun teringat untuk membicarakan hal yang sama.

Baru-baru ini ada seorang pembaca menghantar e mel kepada saya minta saya tuliskan perkara ini. Tetapi oleh kerana masa yang terhad saya tidak berkesempatan untuk menulisnya.

Selain dari e mel pembaca berkenaan saya juga turut mendengar cerita daripada rakan-rakan dan ahli keluarga tentang masalah yang sama.

Saya tidak berniat untuk meminta kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang telah dikeluarkan, tetapi notis awal kepada rakyat itu penting. Selain notis awal harga saman sebanyak RM 300 juga agak tinggi.

Tindakan kerajaan kali ini amat mengejutkan rakyat. Selama ini saman yang ditandatangan sahaja yang disenarai hitamkan jika penerima saman tidak membayarnya. Saman ekor tidak pernah dimasukkan dalam senarai hitam.

Tetapi semenjak ada pelbagai makmal NKRA yang diwujudkan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan penyampaian kepada rakyat nampaknya saman ekor juga turut dijadikan bahan uji kaji dalam makmal berkenaan.

Apa gunanya tubuh makmal untuk meningkatkan penyampaian kepada rakyat tetapi rakyat pula dikejutkan dengan hasil kajian makmal berkenaan.

Saya tidak berniat mempertahankan pesalah-pesalah jalanraya. Undang-undang tetap undang-undang. Tidak kira siapa, peliwat , pelacur, gay, ketua umum atau penasihat ekonomi sekalipun kena patuh kepada undang-undang.

Kalau boleh kerajaan beri ruang sedikit kepada rakyat untuk menjelaskan saman-saman ekor yang mereka ada. Janganlah terlalu tergesa-gesa. Tiba-tiba sahaja rakyat nak bayar cukai jalan atau lesen memandu tidak boleh kerana ada saman ekor yang belum dijelaskan. Kena pula saman ada 5-6 keping, lagi parah.

Satu saman RM 300 x 5 saman = RM 1500, gaji pula sebulan RM 2000. Tolak bayar saman RM 1500 tinggal lagi RM 500. Sewa rumah belum bayar lagi, ansuran kereta belum bayar, lampin anak tinggal 5-6 helai, susu anak pula nak habis. Ahhh....tak payah bayarlah saman,nanti tak cukup duit. Naik kereta tanpa cukai jalan atau tanpa lesen. Jumpa polis lari kerana takut kena saman lagi sedangkan saman lama tak terbayar lagi. Polis kejar tak berhenti, polis ingatkan penjenayah lalu polis pun tembaklah dan peluru pula kena kepala dan terus gollllll. Tinggallah isteri jadi janda dan anak-anak jadi anak yatim. Kerana apa ? Kerana tak boleh bayar samannnnn.

Rakyat lakukan kesalahan lalu lintas, bukannya jenayah. Undang-undang tetap undang undang, buat salah kena bayar saman. Cuma kalau boleh minta kerajaan bertolak ansur sedikit.

Cadangan saya....

Beri tempoh sehingga penghujung tahun 2011 kepada rakyat untuk jelaskan saman-saman ekor yang tertunggak. Ini kerana rakyat boleh bersedia dan mereka boleh simpan atau cari wang untuk membayar saman-saman berkenaan.

Kepada yang ada banyak saman pula mungkin mereka boleh bayar sebulan satu saman atau dua saman sehingga akhir tahun depan.

Jangan sekat sekarang untuk orang yang mempunyai saman ekor tertunggak dari membayar cukai jalan atau lesen memandu. Beri peluang kepada mereka sehingga akhir tahun depan.

Sekiranya sehingga tempoh yang diberikan tamat dan penerima-penerima saman masih lagi tidak menjelaskan saman mereka, barulah mereka disenarai hitam untuk memperbaharui cukai jalan atau lesen.

Masuk 2012 kerajaan dan rakyat buka buku baru pasal saman. Siapa kena saman mereka kena jelaskan dalam tempoh yang ditentukan. Jika tidak mereka akan disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu. Tiada lagi excuse-excuse.

Lagi satu, kalau boleh harga saman RM 300 direndahkan sedikit. Selepas 2012 kalau nak kena RM 300 pun kenakanlah. Pada masa itu rakyat telah bersedia. Hebahan kepada rakyat penting, biar ianya sampai ke segenap pelusuk. Jika hebahan telah dibuat dan mereka tetap berdegil, maka mereka tanggunglah akibatnya.

Punca utama saman ekor boleh tertunggak banyak adalah kerana sikap kerajaan juga. Selama ini kerajaan tidak tegas melaksanakan penguatkuasaan. Jika selama ini penguatkuasaan tegas, tiadalah saman ekor menimbun.

Kenapa selama ini kerajaan tidak senarai hitamkan penerima-penerima saman ekor dari memperbaharui cukai jalan atau lesen ? Sekarang bila dilaksanakan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan penerima harus membayar sekaligus semua saman sebelum memperbaharui cukai jalan atau lesen.

Kasihanlah sikit kepada rakyat. Mahkamah pun boleh kasihankan kepada kerajaan apabila hakim mengurang denda Tian Chua dari RM 3000 kepada RM 2000 tanpa dirayu oleh Tian Chua kerana hendak mengelak diadakan PRK akibat kos yang tinggi.

Tengoklah betapa kasihannya hakim berkenaan kepada kerajaan kerana tidak mahu wang yang banyak digunakan oleh kerajaan untuk PRK. Jika mahkamah boleh bertimbang rasa hingga begitu kepada kerajaan , tak mungkin kerajaan tidak boleh bertimbang rasa kepada rakyat, sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu Rakyat Diutamakan.


Sunday, June 20, 2010

Kerajaan Kebajikan ? Masalah Kecil Pun Tak Boleh Selesaikan

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan tentang seorang penduduk yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah Klang yang menerima ugutan bunuh, selepas persatuan tersebut mengadakan bantahan kerana kerajaan negeri Selangor gagal menyelesaikan masalah kerosakan lif di pangsapuri itu. Klik di sini

Penduduk turut mengemukakan masalah mereka kepada Ronnie Liu iaitu exco yang menjaga kerajaan tempatan, tetapi Ronnie tidak turun melawatnya.
Mengikut penduduk masalah yang dihadapi oleh mereka sudah berlarutan selama 10 bulan. Cukai pintu mereka bayar, bayaran penyelenggaraan juga mereka bayar. Tetapi mereka terpaksa memanjat tangga untuk naik ke rumah yang tinggi. Inikah yang dinamakan kerajaan kebajikan ? Ptuihhhh....

Penduduk sudah puas mengadu masalah mereka kepada kerajaan negeri, tetapi tiada tindakan yang diambil. Akhirnya penduduk tiada pilihan, maka mereka beralih arah pula dengan meminta bantuan kerajaan pusat.

Penduduk meminta bantuan Datuk Teh Kim Poo iaitu penyelaras BN Parlimen Klang dan Datuk Teh pula telah memanjangkan masalah penduduk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Orang jadi wakil rakyat aku pun nak jadi wakil rakyat, orang jadi exco aku pun nak jadi exco, orang jadi kerajaan aku pun nak jadi kerajaan , akhirnya kerajaan pusat juga yang menanggung masalah.

Tak payah nak temberanglah kononnya nak jaga kebajikan rakyat atau nak merakyatkan ekonomi Selangor , kalau masalah kecil pun tak boleh selesaikan. Akhirnya rakyat tertipu,kroni dapat berpuluh ribu, rakyat dapat 25 sen.

Friday, June 18, 2010

Satim Diman Letak Jawatan ?

Semalam blog GAP melaporkan ura-ura tentang adun BN Sri Serdang yang juga setiausaha UMNO Selangor iaitu Dato' Satim Diman bersedia meletakkan semua jawatan beliau termasuk jawatan adun dan juga jawatan ketua bahagian.

Disaat berita tersebut masih lagi menjadi tanda tanya , tiba-tiba saya mendapat petunjuk baru hari ini. Mungkin berita yang menjadi tanda tanya itu akan bertukar menjadi kenyataan.

Saya difahamkan pagi semalam (khamis) telah berlangsung mesyuarat adun-adun BN Selangor di Shah Alam. Difahamkan Dato' Satim tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Sepatutnya beliau sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan juga Timbalan Ketua Pembangkang Dun Selangor wajib menghadiri mesyuarat penting tersebut dalam menentukan hala tuju BN bagi merampas balik Selangor daripada PKR.

Adakah dengan ketidakhadiran beliau ke mesyuarat penting tersebut semalam adalah petanda yang beliau akan melepaskan semua jawatannya ?

Sama-sama kita tunggu penjelasan daripada Dato' Satim samada benar atau tidak beliau akan meletak jawatan.

Kelantan Fiesta & Kewujudan Gerila Di Kelantan


Di saat blog-blog pro pembangkang sibuk mencanangkan kegagalan majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010, tetapi apa yang saya nampak tiada satu pun media atau blog pro kerajaan tampil menjelaskan kedaaan sebenar.

Pada saya kita tidak boleh salahkan blog-blog pro PAS atau PKR jika mereka memutar belitkan cerita sebenar. Itu kerja mereka, maka mereka kena lakukannya. Tak mungkin kita nak harap mereka pula yang nak jelaskan bagi pihak kita. Klik di sini

Saya cuba berusaha mendapatkan penjelasan dari rakan-rakan yang berada di Kelantan bagi mengetahui perkara sebenar dan seterusnya dapat jelaskan kepada anda semua.

Hari rabu PM mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kelantan. Bermula dari pagi hingga ke malam. Pagi di Kota Bharu, petang di Tumpat. Ribuan orang hadir dalam program PM di kedua-dua tempat berkenaan.

Malah PM mengambil langkah lebih berani lagi apabila memasuki 'Zon Pas' iaitu sekitar bangunan PAS Kota Bharu dan sempat makan tengahari di sebuah restoran yang berada di sebelah bangunan PAS.

Kemudian pada sebelah petang pula PM menghadiri perhimpunan dengan masyarakat siam di Tumpat. Lebih kurang 8000 orang rakyat Kelantan hadir pada majlis tersebut , bukan setakat siam sahaja dengan yang melayu-melayu pun turut hadir.

Pada sebelah malamnya mengikut jadual asal PM sepatutnya hadir merasmikan Fiesta Kelantan 2010 di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu.

Tetapi program tersebut terpaksa dibatalkan kerana saya difahamkan ada usaha mensabotaj program itu akibat dari tindakan penganjur yang membatalkan ucapan Nik Aziz dalam majlis itu dan juga kerana hujan lebat yang melanda Kota Bharu sejak dari jam 8.00 hingga 11.00 malam.

Sebab utama ucapan Nik Aziz terpaksa dibatalkan ialah kerana tidak mahu peristiwa Nik Aziz mengambil kesempatan untuk 'berceramah politik' dalam program itu, sepertimana yang pernah terjadi sewaktu Nik Aziz berucap di majlis pelancaran ECER beberapa tahun lepas yang dirasmikan oleh PM ketika itu, iaitu Pak Lah.

Bukan anda semua tidak tahu perangai puak-puak PAS. Mereka ini jenis sakai, tidak pandai membezakan majlis dan di mana mereka berada. Semua tempat mereka hendak berpolitik. Dari majlis kenduri kahwin hingga ke tempat orang mati atau dari dalam masjid hingga dalam jamban, semuanya mereka nak berpolitik.

Berang akibat slot Nik Aziz berucap dibatalkan, maka puak-puak PAS mula buat hal. Selepas sahaja mereka tahu perkara itu, saya difahamkan mereka terus ke stadium mengambil balik kerusi-kerusi milik agensi kerajaan negeri di pentas utama yang telah disiapkan susun aturnya.

Punca utama mereka berang kerana niat jahat mereka untuk memalukan PM di depan rakyat Kelantan melalui ucapan Nik Aziz tidak kesampaian. Pengalaman lepas sudah ada, mengapa pula kita nak biarkan ianya berulang. Bodohlah seseorang itu kalau nak biarkan dirinya dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak dua kali.

Lagi pun dalam muktamar PAS yang baru berakhir, mereka telah memutuskan untuk tidak ada sebarang kerjasama lagi dengan UMNO. Dah putus begitu, mengapa lagi perlu terhegeh-hegeh untuk berucap bersama PM dari parti UMNO di atas satu pentas ? Tentulah ada udang sebalik batu. Tak lain tak bukan adalah kerana niat jahat.

Usaha untuk mensabotajkan majlis tersebut tidak berakhir disitu. Saya difahamkan juga bekalan eletrik yang terputus di stadium semasa Tok Pa hendak merasmikan majlis itu adalah sebahagian dari usaha sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya sungguh terkejut apabila membaca tulisan yang ditulis oleh exco tolol Kelantan di sini,kononnya hujan ribut yang melanda Kelantan semalam dan bekalan eletrik yang terputus di stadium adalah kerana eratnya Kelantan dijaga oleh pengawal langit dan bumi.

Saya tidak nafikan dan semua orang ramai tahu yang muka bumi ini dijaga oleh pengawal langit dan bumi. Bukan sahaja Kelantan, malah seluruh dunia. Sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Allah.

Tetapi kenyataan bangang dari exco tolol berkenaan bertujuan nak mengelirukan orang ramai. Walaupun tidak diberitahu secara terus terang dalam tulisannya tetapi dia cuba memberi gambaran kononnya Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz ada 'mukjizat' atau karamah tertentu, sehinggakan orang yang mengusik atau menentangnya akan diberi balasan serta merta.

Saya ingatkan penyokong-penyokong PAS totok yang bingai di kampung-kampung sahaja yang percayakan benda-benda tahyul begitu. Rupa-rupanya seorang exco yang belajar tinggi-tinggi pun bingai juga.

Wahai exco samdol, kalau Kelantan erat dijaga oleh pengawal langit dan bumi tiadalah banjir besar yang melanda Kelantan setiap tahun sampai tenggelam bandar Kota Bharu. Kalau Kelantan dijaga erat tiadalah kemarau panjang sampai berbulan-bulan melanda Kelantan hinggakan padi mati ,buah kayu tak menjadi dan bekalan air di Kelantan terganggu berbulan-bulan.

Kalau aku nak jadi samdol macam hang, aku pun boleh jadi. Aku pun boleh kata kehadiran PM ke Kelantan semalam membawa berkat, kerana hujan turun dengan lebatnya setelah berbulan-bulan rakyat Kelantan menunggu hujan. Tapi aku tidaklah se'dol hang. Kalau aku dol sekalipun, aku hanya rakyat biasa dan bukannya exco seperti hang.

Habis cerita bab exco tolol, masuk pula cerita kononnya program ala- ala gerila telah wujud di Kelantan seperti yang diceritakan di sini. Dari Kota Bharu hingga ke Pengkalan Chepa mereka 'buru' PM. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh Polis. Apakah Malaysia sudah menjadi seperti Sri Lanka ?

Sebelum ini kita sering mendengar nama gerila dikaitkan dengan Gerila Tiger Tamil Eelam di Sri Lanka. Tetapi sekarang nampaknya gerila juga telah wujud di Kelantan. Jangan biarkan pemimpin kita berada dalam keadaan bahaya. Polis harus siasat siapakah dalang di sebalik NGO yang bertindak sebagai gerila itu.

Sehebat-hebat perancangan manusia , hebat lagi perancangan Allah. Semua niat jahat PAS untuk memalukan PM di Kelantan tidak menjadi dan dipatahkan satu persatu.

Nik Aziz nak malukan PM dalam ucapan perasmian Kelantan Fiesta- Tidak menjadi

Nak sabotaj program PM di Stadium- Tidak menjadi

Nak buat program ala-ala gerila depan PM- Tidak menjadi.

Itulah wajah sebenar sebuah parti yang kononnya berjuang atas prinsip Islam. Perangai mengalahkan syaitan dan iblis.

Bila melihat apa yang mereka buat kepada PM, maka saya rasa cukup sudahlah Kerajaan Pusat nak tolong lagi Kerajaan Kelantan. Manusia seperti itu tidak perlu ditolong.



Thursday, June 17, 2010

Perihal Suhaimi - E Mel Pembaca

Di bawah ini dua e mel yang saya terima dari pembaca dan saya siarkan di sini sebagai memenuhi janji saya sebelum ini ,yang saya membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli akar umbi UMNO Selangor menyatakan pendapat mereka di blog ini.

E mel pertama kiriman Saudara Nal dari Sepang

Salam. Rbf kalau kau nak tahu si suhami ni dulu frust tak dicalonkan pada pru lepas. habis bendera BN diturunkan selepas nama dia tak tercalon. Suhaimi ni memang jenis gila jawatan. Masa pemilihan Bahagian sanggup berhabis.

Mana2 caw yg tak mencalonkan dia habis digantongnya. Kaya hasil seperti yang kau cakaplah. Kini dah pegang ketua pemuda bahagian haram tak buat apa. Katanya duit tak ada. Berabis semasa pemilihan boleh, berabis untuk aktiviti pemuda takda duit.

Nyaris dia tak jadi calon masa pru lepas, kalau dialah calon masa tu mau lingkup Dengkil. Kat sepang dok jaga Kroni je. Tanya dia kenapa banyak Pemuda cawangan tak buat mesyuarat tahun ni.

Pemuda Cawangan dalam Bahagian Sepang

E mel kedua kiriman Saudara Jumali dari Klang

Salam RBF,

Kita baru pertama kali bertemu diruangan ini.saya amat bersetuju idea dan tulisan yang saudara bentang di dalam blog saudara.Memang UMNO Selangor masih tidak sedar diri dan sentiasa bertindak dan bergerak sebagai pemerintah di negeri ini...dan sentiasa mennggu dan mengemis baki baki projek dari Pakatan Rakus ini.

Entri terakhir saudara berkenaan Suhaimi ni memang betul,mungkin beliau lebih dikenali dicawangan beliau sahaja.Dan di Bahagian mungkin banyak ahli UMNO tidak mengenali beliau.

Mari....mari....mari....hantar dan hantar lagi e mel kepada saya. Gandingan 3S iaitu Shukor, Satim dan Suhaimi harus diketepikan dari UMNO Selangor.

Umno Selangor Terlalu Lesu

Di bawah ini adalah tulisan yang dihantarkan oleh seorang pembaca kepada saya melalui e mel.

Salam RBF..

1. Payah nak ceritakan apa yang dah berlaku pada UMNO di Selangor. Terlalu lesu sehinggakan grass root dah mula fedup dan hilang semangat.

2. Orang bawahan cuba nak sampaikan ‘hint’ kepada UMNO pusat namun kerana kecekapan dan pandai berpolitik puak2 ini maka segala maklumat yang sampai kat atas..sepi berlalu..

3. Kami dibawah kurang mengerti apakah strategi sebenar yang hendak dilakukan oleh UMNO Selangor..sepi sangat..kalau MB Selangor yang gagap terkentut pun, boleh kedengaran..sampai sepi begitu sekali…

4. Agaknya nak nengok PR di Selangor bangkrap, baru nak bertindak..Hello abang2 kat dalam perhubungan UMNO..Kalau camnilah cara nak bertindak..bertambah payahlah kalau/jika PR di Selangor pulih dari kecedaraan..Lingkup UMNO kat Selangor..

5. Wahai PM, DS Najib..dengarlah rintihan grass root ahli UMNO..bertindaklah segera. Janganlah terlalu baik sangat dengan puak2 ini..jangan terlalu sangat terhutang budi dengan puak2 ini. Bagilah peluang kepada mereka yang berpontensi bakat sebagai pemimpin untuk memimpin.

6. Wahai PM, DS Najib..ketahuilah bahawa kami di grass root sangat2 berharap ditukar kepemimpinan perhubungan UMNO negeri Selangor. Jangan hilangkan semangat kami. Kami gusar kalau ahli UMNO di Selangor dah fedup seperti PRU12..jatuhnya kerajaan Melayu Melaka dahulu kerana pemerintah tidak mendengar rintihan rakyat.

7. Wahai PM, DS Najib..ketahuilah kalahnya UMNO di Pelabuhan Kelang bukan kerana hebatnya PKR tetapi ahli UMNO dah fedup. Cuba bayangkan, ahli PKR ketika itu tidak sampai 800 orang sahaja..

Akhir sekali, jika rintihan kami didengari..janganlah ada dikalangan atau penyokong perhubungan UMNO negeri Selangor yang ada sekarang merajuk atau cuba nak sabotaj..kami beri amaran..jangan cuba nak membangkitkan kemarahan ahli grassroot UMNO..sesal dahulu berpendapatan..sesal kemudian buruk padahnya..

Salam

Amin Al-Amin.

Adakah Komen Ini Dihantar Oleh Suhaimi Sendiri ?

Komen yang saya siarkan di bawah ini diterima dua hari lalu. Saya rasa macam tak percaya bila membacanya. Inilah kali pertama saya lihat ada orang puji yang Suhaimi bagus. Sungguh sukar untuk saya percayai.

Bukan sekali saya baca komen ini tetapi lebih dari 14 kali, kerana takut mata saya kelabu dan saya tersalah baca. Tetapi selepas mencuci mata dengan optrex saya dapati tulisannya masih sama, maka sahlah mata saya tak kelabu.

Selepas itu kepala pula terfikir, siapa dia orang yang sanggup puji Suhaimi ? Sebab jika kita tanya rakyat Selangor bermula dari sempadan Perak, sempadan Pahang, sempadan WPKL, sempadan N.Sembilan hingga lah ke sempadan Indonesia saya yakin tiada yang akan jawab Suhaimi itu bagus. Jawapan yang paling banyak diterima 'tak kenal', 'tak kenal' 'tak kenal'.

Setelah puas berfikir saya pun mendapat jawapannya, jeng...jeng...jeng...mungkin juga komen di bawah ini dihantar oleh Suhaimi sendiri.... Mungkin, saya ulang sekali lagi 'mungkin'.

Bro Faisal,

Sebagai pemuda yg duduk di Dengkil, kami sepakat utk tidak bersetuju dgn kenyataan yang bro keluarkan mengenai Ketua Pemuda kami. Sepanjang menjadi ADUN khususnya, YB Dato, telah menunjukkan satu komitmen yang cukup tinggi dan akhirnya, dikecewakan oleh mantan MB. Apa punya turr daa.

Namun jiwa yg tebal dengan kesetiaan kepada parti, beliau bangkit utk terus menabur bakti kepada UMNO bersama-sama barisan exco yang tidak kurang hebatnya. Sokongan dari ketua-ketua pemuda cawangan di bhgn Sepang adalah tidak berbelah bagi. Adalah lebih baik saudara jaga tepi kain di negeri saudara sendiri dari sibuk2 di negeri orang yang mana saya yakin saudara sendiri tidak buat homework dgn apa yang saudara tulis. Setakat dapat maklumat dari sumber2 yg tah apa2 dan dimasukkan kedalam blog ni, ternyata telahan saudara seperti kera kena belacan.

Apa yang kami lakukan tak perlulah utk dipertontonkan kerana bukan itu matlamat kami. Pada hemat kami, blogger2 seperti saudara inilah yang semakin menambah parah pada UMNO.

-Pemuda UMNO Dun Dengkil-

June 15, 2010 1:13 PM

Seterusnya saya pulangkan kepada pembaca pula untuk memberi ulasan, saya sudah tidak boleh menulis lagi kerana perut saya terasa amat-amat senak bila membaca ayat yang saya merahkan. Nanti selepas ini saya sambung pula kisah pasir Suhaimi dan Mr.Green

Hancur Umno, jika orang seperti Suhaimi dikategori sebagai bagus.

Hancur !

Hancur !

Hancur !

Hancur !

Hancur !


Friday, June 11, 2010

Perlukah UMNO Selangor Dirombak ?

Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi UMNO tidak pernah menghalang ahli-ahlinya untuk menyuarakan suara mereka. Apatah lagi dibawah kepimpinan baru sekarang yang amat menitik beratkan suara ahli akar umbi.

Oleh yang demikian, hari ini saya ingin mengajak ahli-ahli UMNO terutamanya yang dari Selangor berbincang dan memberi pendapat anda semua berhubung dengan UMNO Selangor. Perlu atau tidak UMNO Selangor dirombak semula ?

Pada pandangan saya, UMNO Selangor sekarang berada pada tahap yang lemah dan ianya memerlukan suntikan baru. PKR di Selangor sekarang sebenarnya berada pada tahap yang cukup lemah. Bermacam isu dan pelbagai masalah. Tetapi, selemah-lemah PKR lemah lagi UMNO Selangor.

Mereka tidak cekap dan tidak pandai mengambil kesempatan diatas kelemahan atau kesilapan yang dilakukan oleh parti yang memerintah Selangor sekarang. Saya tidak tahu dimana silapnya ?

Adakah kerana mereka sudah banyak lemak dan tidak mampu untuk bertarung lagi atau mereka hanya bersandarkan kepada keajaiban Datuk Seri Najib sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Dalam hal ini kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada DS Najib. Kita faham yang beliau seorang PM dan memegang pelbagai jawatan lagi. Satu negara perlu dijaganya. Belum lagi dikira urusan antarabangsa. Sudah tentu beliau menghadapi masalah masa.

Masalah yang saya nampak ialah orang-orang dibawah DS Najib yang gagal menjalankan tugasnya di Selangor. Jika keadaan ini berterusan dan tidak dibaiki dengan segera saya rasa kita boleh lupakan hasrat merampas kembali Selangor.

Antara yang perlu digugurkan daripada kempimpinan UMNO Selangor seperti berikut.

Noh Omar - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.
Gagal memainkan peranan dan memberi tumpuan kepada UMNO Selangor. Masih lagi mengamalkan cara politik tradisional sedangkan budaya politik sekarang telah berubah.

Mungkin juga kerana beliau tidak merasakan yang dia pembangkang kerana dia berada dalam pentadbiran kerajaan pusat. Apabila dia tidak merasakan dirinya seorang anggota pembangkang ,sudah tentu dia tidak bersemangat untuk berentap dengan kerajaan Selangor.

Jika khidmat Noh masih diperlukan dalam UMNO Selangor, maka dia perlu letak jawatan sebagai menteri dan beri tumpuan 100 % kepada UMNO Selangor. Jika dia mahu kekal sebagai menteri, maka dia boleh lupakan UMNO Selangor.

Suhaimi Ghazali - Ketua Pemuda UMNO Selangor
Mamat ini saya tidak perlu komen panjang-panjang. Satu Selangor sudah tahu tentang kematian pucuk akal fikirannya. Perjuangannya hanya untuk kepentingan peribadi.Beliau sesuai menjadi ketua murid (ketua pengawas) kepada murid-murid sekolah rendah.

Bukan lagi 100 % gagal, tetapi 1000 % gagal. Kalau saya nak tulis pasal mamat ini tiga hari tiga malam tak habis. Tetapi jika dia tidak digugurkan atau letak jawatan, maka saya akan tulis semua kisahnya dan kisah apa yang dia buat semasa dia menjadi adun Selangor dalam penggal yang lepas.

Satim Diman -Setiusaha Umno Selangor
Yang ini pun lebih kurang Suhaimi juga. Yang saya tidak boleh terima ialah sewaktu dia menjadi pengerusi majlis semasa majlis pengumuman calon Hulu Selangor. Setiausaha kepala otak apa kalau jawatan pemimpin tertingi pun dia tak tahu. Ada ke patut dipanggilnya Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden BN. Sedangkan dalam BN TSMY adalah Timbalan Pengerusi.Satim adalah salah satu contoh kegagalan UMNO memilih pemimpin.

Walaupun rupa kacak tetapi otak lembab. Gagal memainkan peranan dalam keadaan perang walaupun beliau orang lama. Menang tak banyak, hanya 45 undi sahaja tetapi tidak pernah insaf. Masa yang ada bukan nak digunakan untuk bekerja tetapi banyak dihabiskan di padang golf.

Abdul Shukur Idrus - Ketua Penerangan UMNO Selangor
Gagal...gagal...gagal....cuba kita semua pakat-pakat tanya dia sepanjang dia memegang jawatan berkenaan sudah berapa kali dia turun berceramah. Bukan maksud saya ceramah yang dianjurkan olehnya, tetapi yang DIA SENDIRI BERCERAMAH.

Ramai ahli dan ada di juga di kalangan pemimpin UMNO yang sering mengutuk Datuk Ahmad Maslan, kononnya dia gagal menjalankan tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO pusat. Tetapi seteruk-teruk Ahmad Maslan di mata orang yang mengutuk itu, dia tetap komited menjalankan tugasnya. Seluruh negara dijelajahinya untuk berceramah dan dia berjaya dalam program Juara Rakyat yang dicetuskan olehnya, hingga PM pun mengiktirafkan program tersebut dan minta ianya diperluaskan lagi.

Apabila teringatkan Juara Rakyat yang dicetuskan oleh Ahmad Maslan, saya teringatkan arwah Tok Mat yang mencetuskan program Semarak semasa zaman Tun Dr M menjadi PM. Dan ternyata program-progran begitulah yang merapatkan pemimpin dan rakyat.

Semasa BN menjadi pembangkang di Trengganu dulu, pujian harus diberikan Datuk Seri Idris Jusoh dan rakan-rakannya. Mereka komited dalam usaha merampas balik Trengganu dari Pas. Akhirnya usaha mereka berjaya dan dalam pru 2004 BN berjaya tawan balik Trengganu. Saya masih ingat lagi bagaimana Idris Jusoh melancarkan Gelombang Biru bersiri. Di Selangor sampai hari ini Noh Omar dan Shukur belum mencetuskan apa-apa gelombang lagi.

Lihat gambar bernombor 26 di sini dan lihat juga laman web penerangan UMNO Selangor di sini. Laman tersebut dikemaskini 'setiap hari' nampaknya. Kalah Utusan Online, malaysiakini dan parpukari.

Cukuplah setakat ini dulu untuk kali ini. Saya akan menulis dengan lebih keras lagi selepas ini. Saya minta anda semua kemukakan pendapat atau suara anda disini. Maklumat daripada anda juga diperlukan tentang orang-orang di atas. Anda boleh hantarkan melalui komen atau e mel kan kepada saya di rbf_501@yahoo.com. Saya tidak akan siarkan alamat e mel anda.

Saya beri ruang seluas-luasnya kepada anda untuk suarakan pendapat anda demi menyelamatkan UMNO Selangor. Gunakan hak demokrasi anda di dalam UMNO demi kesinambungan parti keramat ini dan untuk menyelamatkan Selangor.



















Thursday, June 10, 2010

Kaduk Sudah Naik Junjung


Lihat video ini pada minit 7.35, seorang india berdiri atas meja,berceramah dan kutuk kerajaan.
Siapa india tersebut ?

Parlimen atau Dewan Rakyat sepatutnya dianggap mulia oleh semua wakil rakyat.

Bagaimanapun, sejak tsunami pilihnaraya umum Mac 2008 pemimpin atau wakil rakyat dari parti pembangkang kerap menyalahgunakan Parlimen demi mencapai agenda politik masing-masing.

Tengahari Rabu, Parlimen sekali lagi kecoh dengan tindak tanduk Ahli parlimen pembangkang mengambil kesempatan mengadakan ceramah menghentam kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Insiden tegang di bilik rehat VIP Dewan Negara itu menggambarkan seolah-olah pembangkang yang sudah menguasai kerajaan dan mereka bebas berbuat apa mereka suka tanpa mempedulikan peraturan dalam kawasan bangunan Parlimen.

Semuanya gara-gara tindakan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran menjemput sekumpulan 50 orang ahli dikatakan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke bangunan Parlimen jam 12 tengahari.

Pihak pengurusan Parlimen membenarkan Wakil Rakyat itu menggunakan bilik rehat tersebut kerana menyangka jemputan wakil rakyat terbabit adalah bagi tujuan perbincangan isu meritokrasi dan biasiswa membabitkan kaum India.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berucap dalam majlis itu dikatakan menghentam kerajaan serta BN dan cuba menanamkan perasaan benci ahli-ahli NGO yang hadir kepada kerajaan.

Kebetulan, beberapa Ahli Parlimen dari Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berada di ruang tetamu luar bilik rehat itu sedang berbincang dan terdengar bekas Menteri Besar Perak itu mengecam kerajaan.

Antara Ahli Parlimen yang berada di situ Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan), Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu), Datuk Ismail Kassim (BN-Arau), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Menurut Idris, beliau mendengar dengan jelas pemimpin pembangkang itu mengecam kerajaan.

Beliau mendakwa, antara lain Nizar menyatakan kerajaan hari ini tidak boleh dibenarkan terus memerintah kerana menzalimi rakyat dan turut mengecam UMNO.

“Ahli Parlimen Bukit Gantang turut menyebut perkataan celaka dan menyumpah seranah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya ketika mengadakan sidang media selepas insiden tersebut.

Idris berkata, beliau masuk ke bilik rehat tersebut untuk menegur kenyataan Nizar manakala Bung Mokhtar masuk ke Dewan yang masih bersidang untuk mencelah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Idris turut dikecam oleh Nizar dan Kulasegaran malah ada ahli NGO terbabit menghalau bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu keluar dari bilik tersebut dengan alasan perjumpaan itu tertutup dan pemimpin UMNO tidak diundang.

Ketika ini berlaku tolak menolak dan pertikaman lidah sebelum pihak kawalan keselamatan Parlimen serta anggota polis datang mententeramkan keadaan.

Menurut Idris, beliau bukan menganggu perjumpaan itu seperti didakwa oleh pemimpin pembangkang tetapi mahu menegur tindakan mengadakan ceramah politik di tempat yang tidak dibenarkan.

“Saya mahu mempertahankan kemuliaan dewan ini (Parlimen). Saya juga nak ingatkan pihak terbabit jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” katanya.

Sementara itu Bung Mokhtar menjelaskan, Dewan Rakyat tidak sepatutnya dicemarkan orang luar dan kecewa tindakan ahli parlimen Ipoh Barat mengadakan perjumpaan politik di Parlimen.

Katanya, ada perkataan berunsur rasis disebut dalam perjumpaan dan ketika kekecohan tersebut.

“Saya sudah mengemukan usul kepada Speaker untuk menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat siapa punca kejadian tersebut dan mahu mereka yang terbabit dikenakan tindakan sama seperti insiden beberapa Pemuda UMNO yang didenda kerana dikatakan cuba menghalang wakil rakyat pembangkang,” katanya.

Kulasegaran pula menjelaskan ianya hanya satu perbincangan mengenai rasa tidak puas hati berhubung kuota biasiswa JPA dan kemasukan ke kolej matrikulasi antara kaum di negara ini, dan pihaknya telah cuba mengadakannya di bilik lain di Parlimen tetapi dimaklumkan tiada bilik kosong, kecuali ruang rehat anggota Dewan Negara.

"Ini adalah tempat yang rakyat boleh datang, bukan hanya terhad kepada mereka yang tertentu," katanya yang mendakwa telah menjemput wakil MIC untuk menghadiri perbincangan itu tetapi tidak ada yang hadir.

Antara pemimpin pembangkang yang berada dalam perjumpaan itu adalah Lim Kit Siang serta Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu, Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mendengar usul tersebut meminta masa untuk mendapatkan laporan berhubung kejadian itu sebelum membuat keputusan.

Bekas Pengerusi BNBBC yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu Datuk Seri Shahrir Samad turut kecewa melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang berbuat sesuka hati berceramah di dalam premis bangunan Parlimen.

Beliau yang juga bekas menteri dan sudah lama menjadi Ahli Parlimen berkata dimasa lampau hal-hal ‘ luar biasa’ seperti ini tidak pernah berlaku.

“ Jangankan di kawasan rehat Dewan Negara malah di kawasan letak kereta Parlimen sesiapapun tidak boleh berceramah baik dari pembangkang ataupun Barisan Nasional.Dalam pagar kawasan Parlimen ada peraturan dan mesti dihormati.

“Ruang berceramah bagi Ahli Parlimen dalam kawasan ini ialah di dalam sidang Dewan Rakyat,”ujarnya.

Dipetik dari Agenda Daily

Ini bukan kes pertama, tahun 2008 Gobalakrishnan pernah membawa geng-geng hindraf menyambut hari jadi di bangunan parlimen.