Friday, July 30, 2010

Pemisah Sikh Telah Dikesan

Berita Ringkas

Empat orang pemisah Sikh yang diburu oleh Polis Punjab dan dikatakan berlindung di Malaysia telah berjaya dikesan.

Rupanya-rupanya mereka semua adalah kawan Anwar Ibrahim

Klik sini

Kah....kah...kah....kah....kah....

Terguling-guling saya gelak oiii......

Ketua AMK Selangor Rembat Projek Jutaan Ringgit ?


Sungguh mengejutkan !!!

Inilah dia wajah sebenar puak-puak munafik.

Asal mereka buka mulut sahaja, mulalah menyalak wof...wof...umno salah guna kuasa,wof....wof...BN salah guna kuasa, wof...wof...umno rasuah...wof...wof...BN rasuah. Itulah ayat yang disalak oleh mereka setiap detik,setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap hari selama 30 atau 31 hari sebulan dan 365 hari setahun.

Sebelum anda terus membaca artikel dibawah, sila klik di sini terlebih dahulu,supaya anda lebih memahami cerita dan mengenali orang yang dimaksudkan.

Di bawah ini adalah apa yang didedahkan oleh blogger Medan Info Kita, sungguh mengejutkan. Bukan sedikit, tetapi jutaan ringgit.

Wow! Sukar untuk dipercayai tetapi ianya benar benar berlaku..!

Blogmaster menerima sms daripada seorang Ahli Majlis yang juga seorang pimpinan PKR Negeri Selangor...

Isi kandungan sms yang menyenaraikan projek projek disapu bersih oleh Jonah @ Khairul Anuar Zainuddin Ketua AMK PKR Negeri Selangor. Haaah..! Ketua AMK Negeri Selangor pun sapu projek..? Pelik..! Dalam ceramahnya menghentam BN-UMNO dengan pelbagai tuduhan rasuah.. tetapi diri sendiri sebenarnya menjadi Penyamun Tarbus...

Beginilah kisahnya nasib rakyat negeri Selangor. Wakil rakyat PKR terlibat dengan memunggah kekayaan membenarkan perompak perompak pasir sehingga negeri kesayangan kita ini berlubang lubang jadinya... Ketua AMK Negeri pula kini dikatakan menjadi penyamun projek tempatan...

Inilah kandungan sms yang sedang disebarkan kepada semua Ketua AMK Cabang seluruh negeri Selangor..;

-message details - from : +6019*******, time : 00;12 date; 29/07/2010 - Slm kpd semua Ketua2 AMK Cabang. Saya mohon sdra2 tanya kpd sdra Jonah kemana duit yg dia dpt hasil dr projek-projek dibawah dimana beliau telah mnggunakan nama AMK negeri selangor bg mndptkn projek trsebut dn sepatutnya duit itu adalah utk tabung AMK negeri :

1.Projek dr MBSA bernilai hampir satu juta [boleh rujuk sdra Haris Bakar/Pem Ketua Cabang S.Alam]

2.Projek menurap jalan dr jalan dr MBPJ 1.8 juta

3.Projek Billboard di MPAJ atas nama Pridana Media

4.Projek Billboard di MBPJ juga atas nama Pridana Media

5.Projek Billboard di MBPJ atas nama Redberry sdn bhd

6.Yg terkini projek di MBPJ hampir satu juta juga kononnya utk AMK selangor. Banyak lg projek2 dr PBT lain tp saya akn bongkar satu persatu.

<<<<>>>>>

Demikianlah kisahnya semakin ramai menjadi Penyamun dalam kerajaan negeri Selangor. Kini rakyat dinegeri Selangor perlu menjadi hakim dan saksikan sendiri bagaimana rakusnya petualang petualang dari Pakatan. Apabila mereka menaiki pentas ceramah bukan main lagi kata nista dilemparkan pelbagai cemuhan kepada pimpinan UMNO-BN, tetapi natijahnya merekalah Penyamun Besar!

RBF: Dulu ke mana sahaja dia pergi atau siapa sahaja yang dia jumpa maka dia akan menceritakan tentang keburukan dan mengutuk Khalid Ibrahim@Sahak Gobek semaksimum mungkin. Baru-baru ini pula sewaktu krisis MB Selangor antara Sahak Gobek dan Azmin Ali, saya pun pelik juga kenapa tiba-tiba sahaja si Jonah ini buat u turn dan sokong Sahak Gobek sebagai MB. Sebelum itu dialah champion dalam mengutuk Sahak Gobek.

Sekarang baru ku temui jawapannya,rupa-rupanya ada punai disebalik seluar dalam. Perut sudah kenyang beb.....Syabaslah kerana telah bergelar jutawan muda sekarang.

Dulu semasa dilantik menjadi Ahli Majlis Kuala Langat, dia tolak. Baru-baru ini apabila dilantik sebagai Ahli Majlis MBPJ dia terima pula. Lagi panjanglah langkahnya sekarang kerana telah berada dalam MBPJ. Itu lubuk duit beb....

Apa yang dibongkarkan semalam, hanya enam sahaja dan tiga daripadanya dalam kawasan MBPJ. Itu sebelum dia jadi ahli majlis. Sekarang sudah jadi ahli majlis , sudah tentulah berpuluh dapat disapu olehnya. Syabas Jonah jutawan muda !

Kepada Ketua Pemuda UMNO Selangor yang sudah hantar surat letak jawatan kemudian nafi letak jawatan, apa nak ditunggu lagi ? Lauk sudah tersedia depan mata. Tunggu apa lagi ? cepat-cepatlah buat laporan kepada SPRM.
Jonah disebelah kanan Shamsul Iskandar,manakala yang disebelah kiri Shamsul juga seorang ahli majlis. Yang itu pun sudah lama diperhatikan oleh orang-orang kita. Maklumat serta gambar-gambar sudah berada ditangan orang-orang kita sekarang. Tunggu masa sahaja nak diletupkan.

Kalau dulu mereka boleh bawa lembu pergi ke pejabat SPRM Selangor, sekarang giliran kamu pula. Sempena menjelang Ramadhan yang bakal menjelma ini ,saya cadangkan Pemuda Umno Selangor bawa unta pula pergi ke pejabat SPRM buat laporan terhadap Jonah.

Patutlah Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar pun diam seribu bahasa sekarang, dia pun ada syer juga dalam apa yang dirembat oleh Jonah. Tempohari dia naik pesawat yang sama dengan saya dari Sibu ke KL (PRK Sibu) , saya lihat dia pakai baju merah dan perutnya makin membuncit sekarang. Saya pun tertanya-tanya kenapa perutnya makin menjadi-jadi sekarang ? Rupa-rupanya sudah kenyang beb.....

Mana-mana ahli PKR yang berminat untuk mendedahkan lagi kisah Jonah Jutawan Muda sila e mel kepada saya di rbf_501@yahoo.com . Jangan risau, maklumat anda akan dirahsiakan.

Perhatian: Hari Isnin ini (tengahari) akan ada satu lagi 'letupan' yang mengejutkan juga mengenai Selangor yang bakal diletupkan oleh RBF dan beberapa lagi rakan-rakan blogger.

Thursday, July 29, 2010

Duit Tanah Untuk Masjid Pun PMBK Nak Pow.

Cerita dibawah ini saya petik dari blog cucu tok selampit.

Sungguh mengejutkan,lihatlah betapa hodoh dan busuknya perangai PAS. PAS bukan lagi Parti Islam Semalaysia, tetapi sudah menjadi Parti Anak Setan.

Mereka memang tergolong dalam golongan orang-orang yang sial. Ulang sekali lagi, sial. Agama dilacurkan cukup-cukup oleh mereka demi politik.

Masjid Al Hussain, itulah nama sebuah masjid yang ingin dibina oleh Tan Sri Rashid Hussain untuk diwakafkan di Kota Bharu, Kelantan. Lebih tepat lagi ianya terletak di pelan pembangunan Bandar Baru Tunjong yang telah kami ceritakan di dalam Bahagian I. Tapak yang dicadangkan ini seluas 9.40 ekar di mana terletak berhampiran persimpangan Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dan Jalan Kota Bharu -Rantau Panjang.

Siapa yang tidak kenal TS Rashid Hussain. Jutawan terkenal yang pernah memegang saham RHB Bank yang mengambil nama bersempena nama Rashid Hussain Berhad. Beliau juga merupakan menantu kepada jutawan terkenal Robert Kuok, pemilik ladang tebu Perlis Plantation Berhad. TS Rashid telah lama menyimpan hasrat untuk membina dan mewakafkan sebuah masjid di Kota Bharu dengan menamakan masjid berkenaan Masjid Al Hussain, bersempena nama arwah Ayahanda beliau. TS Rashid telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tapak masjid berkenaan. TS Rashid telah memaklumkan bahawa beliau akan membina sendiri masjid berkenaan dan apabila telah siap sepenuhnya, masjid tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Kerajaan Negeri untuk diuruskan.

Pihak TS Rashid telah melantik arkitek, kontraktor dan pemaju yang dipercayainya untuk menyiapkan masjid berkenaan. TS juga telah memberi akujanji akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid berkenaan. Arkitek, kontraktor dan pemaju yang dibawa oleh TS Rashid bukan calang-calang syarikat. Kalau kami sebut di sini, satu Malaysia pasti kenal. Syarikat berkenaan antara arkitek / pemaju tunggal 100% bumiputera. Syarikat berkenaan pernah terlibat di dalam pembinaan KLIA, Hospital Sungai Buloh dan banyak lagi.

Niat baik TS Rashid ingin membina sebuah masjid di Kota Bharu mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengarahkan agar masjid berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui PMBK. TS Rashid bersetuju dengan syarat kontraktor yang menyiapkan projek berkenaan adalah pilihannya. Selesai satu perkara. Sekarang timbul pula masalah baru. TS Rashid ingin membayar terus wang hasil daripada pembelian dan jualan tanah kepada pemilik tanah yang sah. PMBK membantah dan mengarahkan pembayaran dilakukan melalui PMBK, sedangkan tanah-tanah yang ingin dibina masjid berkenaan adalah tanah-tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan PMBK. Pelik kan?

PMBK meminta tanah berkenaan ditukarkan nama kepada PMBK tetapi pihak TS Rashid enggan. TS Rashid ingin membina masjid berkenaan dari tahun lepas tetapi tertangguh dek kerana kerenah birokrasi dan kamitakkasi PMBK. Tup ... tup ... pada 14 September 2009, PMBK menerusi pengurus projek, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis pelancaran derma Masjid Al Hussain yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato'Nik Aziz Nik Mat. Turut hadir menantu hantu kesayangannnya, Ariffahmi selaku Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK. Berita berkenaan majlis berkenaan boleh dibaca di laman web rasmi PMBK, di sini.

Persoalannya:
  • Kenapakah majlis kutipan derma pembinaan Masjid Al Hussain hendak dilakukan sedangkan TS Rashid telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya 100% kos pembinaan masjid berkenaan?
  • Kenapa tiada langsung disebut di dalam berita mana-mana Kerajaan Negeri maupun PMBK bahawa masjid tersebut diilhamkan, bakal dibina, ditanggung sepenuhnya serta diwakafkan oleh TS Rashid Hussain? Kenapa lembu punya susu, sapi yang mahu nama?
  • Kenapakah majlis penganjuran kutipan derma itu dilakukan? Adakah untuk tabung pembinaan masjid atau tabung pengurusan Kerajaan Negeri kalau tidakpun masuk poket sendiri. Yalah, Kerajaan Kelantan hendak bayar bloggerpun RM4 juta. Mana hendak cekau duit.
  • Kenapakah pembayaran duit hasil penjualan tanah persendirian wajib melalui PMBK dan bukannya terus kepada tuan tanah? PMBK hendak songlap separuh ke?
Sepatutnya perkara ini mudah sahaja. Beli tanah, buat masjid, apabila siap serah kepada Kerajaan Negeri / MAIK. Semuanya telah disediakan. Kami difahamkan oleh arkitek / pemaju yang kebetulan rakan karib kami, duit sudah ada, pelan sudah ada, pekerja cukup, peralatan tersedia, hanya menunggu kelulusan Kerajaan Negeri. Sehingga posting ini ditulis, PMBK dan Kerajaan Negeri masih bermain tarik tali. Hai susahnya hendak membina Masjid Wakaf di Kelantan ye. Kalau berhala okaylah pulak. Siap ada berdiri, duduk, tidur dan terlentang. Hendak bina Masjid banyak halangannya. Sabarlah Tan Sri. Mungkin dugaan Allah apabila kita hendak buat kebajikan.

Moral cerita, sesiapa yang berniat hendak membina Masjid, janganlah dicadang untuk dibina di negeri Pakatan Haram. Banyak sangat songehnya!!!

RBF : Sebab apa PMBK minta Tan Sri Rashid bayar kepadanya ? Sebab sebahagian duit untuk tuan tanah akan disapu olehnya.

Macam ini punya perangai pun orang PAS masih nak puja ke Nik Aziz sebagai tok guru ?

Duit tanah untuk masjid pun dia nak mainkan, lagi kamu semua nak percaya ke yang ini ?

Yang 3 juta di sini dan di sini pun masih senyap hingga kini, lagi nak kaut 20 juta pula.

Wednesday, July 28, 2010

Video Curi Pasir Sungai Di Hulu Selangor


Penyelia Tapak KSSB sendiri mengesahkan pelombong pasir sungai tidak boleh lombong pasir di lombong dan sebaliknya.

Mr.Steven, orang yang menjadi mangsa ketidakadilan. KSSB hukum orang lain, tetapi dia sendiri pun melanggar peraturan juga. Sebaliknya dia kebal dari tindakan undang-undang. Mereka sengaja cari pasal dengan Steven dan gantung permitnya, kerana bimbang Steven kaut pasir sungai lebih banyak dari apa yang KSSB kaut di lombong. Apabila Steven kaut lebih banyak pasir sungai, maka sudah tentu pasir sungai yang mengalir masuk ke lombong KSSB berkurangan dan ini boleh menjejaskan hasil mereka, serta boleh menyebabkan bonus mereka berkurangan.


KSSB menipu bayaran kepada Pejabat Tanah dan Daerah. Hasil banyak, bayar sedikit.Sebab itu ada pemimpin PKR Selangor minta Ketua Pembangkang Selangor tutup mulut, kerana banyak sangat penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.Lagi mereka suruh tutup mulut, lagi luas Ketua Pembangkang buka mulut.

Tuesday, July 27, 2010

Pencurian Pasir 'Bersepadu' Di Hulu Selangor

Semalam saya menerima sms dari seorang teman yang memberitahu mana-mana blogger yang ingin mengikuti rombongan bersama media untuk melihat satu kawasan yang berlaku kecurian pasir di Selangor diminta berkumpul di Tol Rawang jam 10.00pagi.

Saya mengambil cuti hari ini semata-mata untuk mengikut rombongan ini. Ini kerana saya juga ingin melihat dengan mata sendiri apa yang berlaku sebenarnya.

Lokasi yang dituju ialah Kampung Kambing Susu,Mukim Serendah yang terletak dalam Daerah Hulu Selangor.



Kerajaan Selangor telah menetapkan dua jenis permit melombong pasir di Selangor.

1) Permit Pasir Lombong (pemegang permit pasir lombong tidak dibenarkan melombong pasir dari sungai, hanya melombong di lombong sahaja)

2) Permit Pasir Sungai (pemegang permit pasir sungai tidak dibenarkan melombong pasir di lombong, hanya melombong dari sungai sahaja)

Jika pemegang permit melanggar syarat ini maka permit mereka akan digantung oleh Pejabat Tanah dan Daerah.

Di Selangor semua permit dikeluarkan kepada Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (monopoli).Kemudian KSSB akan sub kerja-kerja melombong kepada kontraktor-kontraktor yang terdiri dari kroni-kroni mereka.

Harus diingat, kontraktor yang dipilih tidak berurusan terus dengan Pejabat Tanah dan Daerah. Yang berurusan dengan mereka ialah KSSB. Segala tanggungjawab atas kepala KSSB. Permit mereka, lombong mereka, kerja siapa yang buat belakang kira.

Berapa KSSB bayar kepada kontraktor mereka itu mereka punya pasal. Pejabat Tanah tidak ambil tahu semua itu. Yang mereka tahu KSSB pegang permit lombong pasir dan mereka kena patuh peraturan serta perlu bayar royalti RM 3.00/tan kepada Pejabat Tanah.

Sebaliknya lain pula yang berlaku, KSSB yang sepatutnya menjadi pelindung kepada harta negeri, tetapi mereka pula yang mencurinya. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

Taktik pencurian yang sungguh licik dilakukan oleh mereka. Sekali pandang memang anda tidak menjangka yang mereka sedang mencuri pasir. Tambahan pula lokasinya yang agak jauh dari kawasan orang ramai dan anda terpaksa berjalan kaki lebih kurang 100 meter di dalam semak untuk melihat bermulanya tempat pencurian.

Gambar dibawah akan menceritakan segalanya. Saya minta maaf, kerana saya tidak pandai dalam bidang grafik dan hanya itu yang terbaik yang mampu saya ‘persembahkan’ untuk kawan-kawan semua yang berada diluar sana. Saya harap kawan-kawan semua dapat memahaminya.

Situasi asal sebelum kecurian pasir berlaku

1 ) Arah aliran air Sungai Selangor (anak panah panjang no 1) mengalir terus ke arah anak panah no 1 yang pendek.

2) Garisan kuning no 2 adalah tebing sungai yang kini sudah dipecahkan.

3) Benteng yang sudah lama dibina oleh JPS untuk memerangkap pasir. Pasir akan terperangkap di benteng (no 4) dan air mengalir melintasi atas benteng tersebut.

Dulu air sungai ini dalam dan benteng tersebut tenggelam. Kenapa sekarang cetek ? Temui jawapannya di bawah nanti. Untuk pengetahuan anda juga air sungai ini mengalir agak laju.Selepas tertubuhnya KSSB dan kerja-kerja melombong pasir bermula , tebing sungai ini telah dipecahkan. Air sungai yang sepatutnya mengalir terus melintasi benteng telah melencong ke sebelah kiri. Akibat lencongan tersebut maka sungai telah menjadi cetek dan sungai yang berada di sebelah sana telah mati kerana air tidak dapat mengalir terus akibat benteng JPS lebih tinggi dari paras air.

Air sungai terus mengalir ke sebelah kiri. Ke mana air sungai tersebut mengalir dan apa yang dibawanya ? Temui jawapannya di bawah.
Air sungai yang mengalir tadi (anak panah kuning) rupa-rupanya masuk ke lombong pasir milik KSSB (anak panah biru no 1). Apa yang dibawa oleh air sungai itu ? Jawapannya di bawah.
Air sungai yang mengalir ke lombong tersebut rupa-rupanya membawa duit. Duit ? Ya, duit ! Apabila di jual maka pasir bertukar menjadi duit. Air sungai yang mengalir tadi membawa pasir sungai masuk ke lombong milik KSSB yang kemudiannya disedut oleh pam KSSB (anak panah kuning). Apakah ini bukan mencuri namanya ? Sila jawab wahai ular-ular sawa yang sedang melengkor kekenyangan setelah membaham bonus 6 bulan.

Saya difahamkan pasir di kawasan lombong berkenaan tidak banyak dan sepatutnya sudah pun habis. Sebab itulah mereka sedut pasir sungai pula dan sampai ke hari ini pun masih belum habis lagi.

Untuk pengetahuan anda, pasir sungai dikategorikan sebagai pasir kotor dan harga pasarannya antara RM 12-13/tan sahaja. Manakala pasir lombong pula perlu dicuci terlebih dahulu dan dikategorikan sebagai pasir cuci dan harga pasarannya RM 18-21/tan.

Itu sebabnya mereka lencongkan pasir sungai ke lombong,dan kemudiannya mereka sedut serta cuci dan dapat jual dengan harga yang mahal,supaya tahun ini mereka boleh dapat bonus lebih dari 6 bulan.

Oleh yang demikian saya mencabar DO Hulu Selangor menggantung serta merta permit yang telah dikeluarkan kepada KSSB di lombong Kampung Kambing Susu kerana mereka telah melanggar syarat permit serta mencuri .Arahkan mereka bina semula tebing sungai yang telah diruntuhkan.

Manakala Khalid Ibrahim@Sahak Gobek pula harus menggesa semua pihak pengurusan KSSB meletak jawatan dengan segera. Jika mereka enggan letak jawatan maka Sahak Gobek harus pecat kesemua mereka. Mereka semua tidak amanah dan tidak jujur dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Jika hari ini Sahak Gobek mengatakan dia malu kerana kejadian seorang Ahli Majlis DAP Selangor menggunakan kepala surat Ronnie Liu untuk meminta projek, maka Sahak Gobek juga perlu malu dalam isu ini. Apatah lagi semua-semua bos-bos besar di KSSB adalah orang yang dipilih olehnya sendiri.
Gambar diatas pula menunjukan laluan keluar dari tapak lombong. No 1 adalah laluan yang ada penimbang. Manakala no 2 pula tanpa penimbang.

Mengikut prosedur, semua lori yang telah diisi dengan pasir perlu melalui laluan timbang bagi memastikan berapa banyak muatan pasir yang dibawa keluar direkodkan untuk tujuan bayaran royalti kepada Pejabat Tanah (RM 3/tan) dan KSSB (RM 4/tan).

Anda tahu apa yang terjadi ? Saya difahamkan oleh seorang penduduk tempatan yang kebetulan berada di gerai berhampiran. Katanya, jika 100 lari sehari membawa pasir keluar, mungkin 60 lori ikut laluan timbang, manakala 40 lori lagi ikut laluan biasa. Aduhhhhh...cekap...cekap.....

Yang 40 lari siapa punya ? Biasalah, siapa ampunya lagi jika bukan DAP ,PKR, Pejabat Tanah dan Daerah serta KSSB. Pencurian bersepadu.Hasil rompakan dibahagi 4.

Lori pasir siapa yang kawal ? Sudah tentu taikun-taikun dan mafia-mafia. Siapa kepala mafia di Selangor ? Ronnie Liu mewakili DAP.

Exco yang jaga pasir siapa ? Yakob Sapari mewakili PKR.

Siapa yang dapat permit ? KSSB

Yang keluar permit ? Pejabat Tanah dan Daerah . Siapa bosnya ? DO Hulu Selangor.

Mohon SPRM siasat dengan segera perkara ini.

Lagi bukti penipuan mereka di kawasan yang sama ada di sini.

Semua sudah ada, jika SPRM tidak bertindak juga tak tahulah apa nak dikata lagi.

Apa jawapan yang akan dijawab oleh Kerajaan PKR Selangor sekiranya ditanya oleh wartawan tentang perkara ini ?

"oh, ini semua berlaku di zaman kerajaan terdahulu"

"semua ini kerja UMNO"

Yang lain-lain saya serahkan kepada kawan-kawan semua untuk meramalkan apakah jawapan mereka. Hantarkan melalui komen.








Lagi Bukti KSSB Curi Pasir


Jam 8.30 malam ini saya akan keluarkan lagi satu bukti pencurian pasir di Selangor yang didalangi oleh Kumpulan Semesta.

Cara mencuri yang dilakukan olehnya kali ini lagi licik. Sekali pandang orang tak akan perasan yang dia mencuri.

Saya pasti ular-ular sawa di KSSB yang kekenyangan setelah membaham bonus 6 bulan tak akan senang duduk kali ini.

Mereka semua ini lebih barua dari apa yang PKR duduk laung-laungkan terhadap UMNO dan BN selama ini.

Harap kawan-kawan bersabar. Tunggu jam 8.30 malam ini. Saya nak tulis cerita dan nak edit gambar terlebih dahulu. Baru pulang dari lokasi jam 4.30 petang.



Monday, July 26, 2010

Bos KSSB Bersilat Jawab Soalan Wartawan



Siapa yang menipu siapa dalam hal ini ?

Pejabat MB kata wartawan dibawa melawat lombong haram.

KSSB kata mereka tidak boleh masuk.

MB menipu atau KSSB menipu ?

Jawapannya....

Kedua-duanya menipu, mereka pintar menipu, pintar mencuri dan pintar berlakon untuk menutup kegiatan haram mereka.

Berita berkaitan ada di sini

SSDE Kapar: Pendirian PAS Dalam Isu Kalimah Allah

Malam tadi saya ke Sementa untuk mengikuti siri road show SSDE bahagian Kapar. Walaupun dalam keadaan hujan, ceramah tetap diteruskan dan jumlah kehadiran juga menggalakan. (gambar sekitar majlis ada di bahagian bawah)

Empat orang penceramah menyampaikan ucapan malam tadi. Bermula dengan tuan rumahnya iaitu Datuk Rahman Palil, kemudian Datuk Noh Omar, Datuk Satim Diman dan Zahid Mat Arip.

Agak terkilan sedikit kerana ucapan Zahid tidak panjang akibat beliau lewat tiba, kerana sebelum itu beliau berceramah di Ijok. Manakala Datuk Noh pula selepas selesai berceramah di Sementa beliau pergi berceramah ke Ijok pula.
Zahid sampai jam 11.45 dan terus berceramah. Tepat jam 12, penganjur sudah terima isyarat lampu kuning dari Ketua Polis Klang yang memberitahu hanya 15 minit sahaja lagi dibenarkan. Jika tidak tindakan akan diambil. Terlajak juga sampai jam 12.20, maka penganjur telah menerima isyarat lampu merah dari Polis Klang. Tiada pilihan, sebelum 'kepala merah' sampai penganjur minta Zahid berhenti berucap.

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua satu perkara menarik yang dikatakan oleh Zahid berhubung isu Kalimah Allah.

Anwar Ibrahim sokong penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain. Harun Din pula kata, kufur jika menyokong penggunan Kalimah Allah oleh agama lain. Maka sudah tentulah Anwar telah termasuk dalam golongan orang-orang yang kufur.

Mengikut Zahid, pendirian PAS dalam isu Kalimah Allah seperti berikut 'boleh guna, tapi jangan salah guna'.

Zahid memberi satu contoh,

Dalam kampung kita ada seorang manusia yang bernama Ali. Ali ini memang kaki lahanat,pantang lihat perempuan semuanya dia tutuh, tidak kira anak dara, janda ,bini orang atau sebagainya.

Dalam kampung itu juga ada seorang yang bernama Pak Mat dan Pak Mat ini ada seorang anak dara yang berusia 18 tahun dan cun melecun serta menjadi idaman ramai jejaka-jejaka di kampungnya.

Satu hari Ali datang ke rumah Pak Mat dan meminta izin dengan Pak Mat untuk membawa anak dara Pak Mat bercuti selama 3 hari 2 malam ke Bangkok.

Boleh ke Pak Mat jawab begini ? "baiklah Ali, kau boleh bawa anak dara aku untuk pergi bercuti, tapi jangan salah guna" Perghhhh...##***@@@!!!###

Bolehkah kawan-kawan sekalian ?



Dulu mana orang yang sanggup dengar ceramah UMNO dalam hujan begitu. Sekarang ?













Siapa Dia Mamat Ni ?

Siapa dia mamat ini ?

Jika sesiapa ada maklumat mengenainya sila hantarkan komen atau e mel kepada saya. rbf_501@yahoo.com

Di tangan saya sendiri, saya sudah ada cerita mengenainya.

Saya perlukan lagi maklumat tambahan dari anda semua. Mungkin cerita yang anda ada tidak sama dengan apa yang saya ada. Mungkin juga anda semua tahu lebih lagi dari apa yang saya tahu.

Tungguuuuuuuuu........

Bukti KSSB Menipu Warga Media


Klik pada imej untuk melihatnya dengan jelas

Dua helai kertas diatas sudah cukup untuk kita mengatakan KSSB adalah dalang utama kes curi pasir di Selangor sepertimana yang saya laporkan sabtu lepas. Klik sini

Berpuluh orang warga media ditipu oleh mereka. Sekarang semua warga media boleh lihat dan tafsir sendiri sikap KSSB dalam hal ini.

Berani kerana benar
Takut kerana salah






Sunday, July 25, 2010

Kubu Khalid Ibrahim@Sahak Gobek Digempur Malam Ini



Ijok

Kapar

Siri Road Show SSDE akan menggempur kubu Sahak Gobek di Ijok malam ini dalam usaha menukar ianya agar menjadi kubur Sahak Gobek dalam pru akan datang.

Selain di Ijok, satu lagi ceramah SSDE akan diadakan di Kapar.

Saya menyeru kepada kawan-kawan yang di luar sana agar anda datang dan dengar sendiri apa yang dikatakan oleh para-para penceramah.

Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini lain dari ceramah-ceramah UMNO atau BN yang anda pernah dengar selama ini.

Wow !!! Gelombang SSDE Melanda Selangor.


Sepanjang saya mengikuti ceramah-ceramah anjuran BN atau UMNO, malam tadi adalah kali pertama saya dapat rasa ada satu aura yang lain. Kebiasaannya ceramah-ceramah mereka membosankan, tetapi malam tadi lain macam rasanya.

Setibanya saya ke kawasan berhampiran tapak ceramah kelainan sudah dapat dirasai. Pertama sekali adalah kerana lalulintas yang perlahan untuk ke tempat ceramah di Pandamaran yang terletak dalam dun Pelabuhan Klang. Kedua, kelihatan kenderaan yang banyak diletak di kiri kanan jalan sebelum sampai ke tempat ceramah. Perkara-perkara ini bukan menjadi kebiasaan dalam majlis-majlis ceramah anjuran BN atau UMNO.
Dalam hati terasa seperti nak pergi dengar ceramah PAS pula rasanya. Saya sendiri pun terpaksa meletak kenderaan agak jauh dari tempat ceramah dan terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sana. Sebiji sama nak pergi dengar ceramah PAS.
Ketiga, bila melihat petugas-petugas berada di tepi jalan memegang lampu picit bagi melancarkan kesesakan lalulintas. Kemudian ada pula anak-anak muda di tepi jalan mengedarkan risalah-risalah tentang kebaculan dan kemunafikan kerajaan pak-khatan rakyat Selangor kepada pengguna-pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.Perkara ini tidak pernah saya lihat berlaku dalam ceramah-ceramah UMNO atau BN, tetapi ianya perkara biasa bagi PAS atau PKR.
Kemudian ada pula peniaga-peniaga yang membuka gerai menjual makanan dan minuman. Kebiasaannya gerai-gerai hanya wujud dalam ceramah PAS dan PKR. Di sini ada sedikit perbezaan kerana ditapak ceramah BN malam tadi tidak terdapat gerai-gerai yang menjual ubat kuat atau ubat tenaga batin yang kebiasaanya sinonim dengan majlis-majlis ceramah PAS atau Harakah.

Kemudian lagi, sistem pembesar suara yang menggunakan corong membuatkan ceramah dapat didengar dari jarak yang jauh dan jelas. Dari tempat saya letak kereta lagi saya sudah boleh dengar dengan jelas suara Ezam membalun Mahfuz Omar berhubung dengan akhbar Washington Post yang dikaitkan dengan Anwar baru-baru ini.

Cara Ezam menyampaikan ceramah malam tadi saya terbayangkan Ezam yang saya pernah lihat sewaktu kemuncak zaman reformasi 10 tahun lepas. Sungguh bertenaga dan balunnya maksimum. Setakat cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang seperti Nik Nazmi Mata Sepet Sebelah atau Amiruddin Shaari Otak Bergegar (perasuah pasir) nak lawan Ezam tak payahlah. Mereka masih jauh lagi ketinggalan, kalau kencing pun masih lagi berbuih maka bolehlah lupakan hasrat nak berlawan dengan Ezam.
Secara jelas malam tadi Ezam memberitahu bahawa Wan Azizah sendiri yang menyatakan kepadanya tentang perangai buruk Anwar. Perkara itu dinyatakan selepas Azizah tidak tahan lagi dengan perangai buruk Anwar yang masih melakukan kerja sondol-menyondol walaupun selepas keluar dari penjara.

Bermula dari situ, Ezam mula berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar. Beliau merasakan perjuangannya selama enam tahun memperjuangkan Anwar hanya sia-sia sahaja. Ini kerana pada masa itu beliau belum tahu tentang tabiat luar tabie Anwar.

Setelah mengetahuinya dari mulut isteri Anwar sendiri ,maka Ezam terpaksa mengambil satu keputusan yang amat berat dalam hidupnya demi prinsipnya yang tidak mahu bersengkongkol dengan seorang peliwat.

Ezam juga memberitahu bagaimana Saiful Bukhari berjumpa dengannya dan beliau cuba mengaturkan Saiful untuk berjumpa dengan empat orang ulama PAS. Sesiapa yang ingin mengetahui secara lanjut cerita ini boleh datang mendengarnya sendiri dari mulut Ezam di 15 lagi lokasi ceramah SSDE yang akan diadakan sebelum menjelang Ramadhan ini.

Apabila Ezam menyertai UMNO , juak-juak PKR mula menuduhnya sebagai pelacur politik. Kononnya beliau mendapat 2 juta untuk menyertai UMNO. Ezam bersumpah dengan nama Allah bahawa tiada satu sen pun yang diterimanya apabila menyertai UMNO.

Azmin Ali juga turut tidak terlepas dari serangan Ezam malam tadi. Secara jelas Ezam memberitahu yang Azmin seorang lelaki yang dayus. Pada pandangan saya (rbf) saya dapat menyimpulkan maksud dayus yang dikatakan oleh Ezam ialah berkenaan dengan perkongsian isteri (Shamsidar) antara Azmin dan Anwar. Azmin tidak layak menjadi MB Selangor kata Ezam. Banyak lagi cerita-cerita menarik yang dinyatakan oleh Ezam malam tadi dan yang tidak pernah kita dengar dari mulutnya selama ini. Oleh itu saya merasakan lebih baik anda datang dan dengar sendiri di telinga anda di 15 lagi lokasi ceramah SSDE.
Selesai Ezam menyampaikan ceramah giliran Pengerusi BN Klang,Datuk The Kim Poo pula menyampaikan ceramah. Beliau menceritakan bagaimana Ronnie Liu menipu penduduk setinggan di Jalan Papan Pandamaran. Ada di kalangan perempuan-perempuan tua cina yang mengamuk dan tunjuk tangan tepat di atas muka Ronnie kerana sikapnya yang suka menipu.

Banyak projek-projek kerajaan pusat yang dijalankan di Pandamaran yang kemudiannya Ronnie datang dan mengaku projek itu dilakukan olehnya. Walaupun agak pelat sedikit tetapi Datuk Teh menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Beliau faham yang majoriti orang yang hadir mendengar ceramah adalah bangsa melayu dan tempat ceramah juga di kawasan melayu. Ini berbeza dengan sikap seorang dajal akhir zaman yang menyampaikan ceramah dalam bahasa inggeris ketika berceramah di kampung melayu juga di Klang sepertimana yang pernah saya laporkan beberapa bulan lepas di sini .
Selesai Datuk Teh, tiba pula giliran exco Pemuda Umno Pusat iaitu saudara Lokman Nor Adam menyampaikan ucapan. Secara jujur saya katakan, pujian 5 bintang wajar diberikan kepada saudara Lokman yang menyampaikan ceramah begitu berkualiti sekali. Beliau bercakap dalam bahasa yang mudah difahami dan menjelaskan segalanya-galanya. Isu Apco, penyundalan di Selangor, PAS, PKR,liwat dan beberapa perkara lagi. Senang cerita semua ada dan cukup rasanya.

Saya amat terkejut apabila Lokman menceritakan pengalaman beliau semasa dalam ISA bersama anak Nik Aziz yang ditahan kerana KMM dan beberapa tahanan lain yang ditahan kerana JI. Lokman memberitahu bagaimana mereka –mereka yang ditahan kerana aktiviti keganasan dan yang taksub dengan Nik Aziz serta Hj.Hadi merancang untuk mengebom kilang arak di Shah Alam.

Kata mereka kerana kilang arak tersebutlah yang membuatkan runtuhnya akhlak rakyat Malaysia. Tetapi kini , sejak 2008 hingga kini apabila kerajaan campuran PKR serta PAS berkuasa di Selangor sudah dua kali kilang arak berkenaan memperbaharui lesen mereka tanpa sebarang masalah.

Sepatutnya inilah masa terbaik yang ada dan perlu digunakan oleh PAS untuk menutup kilang arak berkenaan. Hajat tersebut sudah lama PAS pendam, tetapi apabila ada peluang mereka tidak menggunakannya.

Mengikut Lokman sewaktu beliau pernah berceramah bersama Mat Sabu satu ketika dahulu, Mat Sabu pernah berkata jika mereka berjaya bentuk kerajaan malam ini maka esok pagi sebelum ayam berkokok lagi PAS akan tutup semua pusat-pusat hiburan. “Itu dulu Man, dulu lain sekarang lain, dulu tak dapat duit, sekarang lim guan eng sudah suap duit ke mulut”.

Lokman juga menceritakan bagaimana Wan Azizah 'menutuh' Anwar dalam bilik di Hotel Quality Shah Alam di depan beberapa ahli parlimen PKR sebaik sahaja Saiful membuat laporan polis.

Diringkas cerita, banyak cerita-cerita menarik dan info terkini yang boleh didapati dalam siri Road Show SSDE. Saya cadangkan anda pergilah dengar sendiri. Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini memang lain dari yang lain. Tak percaya ? Datang dengar sendiri.

Serangan-serangan yang dilakukan dalam ceramah sungguh menggerunkan, tidak lagi seperti dulu yang mana bila mula saja berceramah cerita pasal pembangunan hingga ke akhir ceramah.

Sekalung tahniah kepada UMNO Selangor kerana berani membuat perubahan dan mula bertindak sebagai pembangkang. Semoga momentum ini berkekalan sehingga ke pru akan datang.