Sunday, October 31, 2010

Batu Sapi: Cahaya Kemenangan Menyebelahi BN, Tetapi ?

Jika semalam di pulau-pulau dalam Parlimen Batu Sapi, hari ini saya sempat meninjau di daratan pula.

Petang tadi saya sempat meninjau dua majlis yang dihadiri oleh KM Sabah Datuk Seri Musa Aman di Karamunting. Saya sengaja ke sana untuk melihat sambutan rakyat terhadap majlis tersebut.
Melimpah sehingga ke luar
Alhamdulillah, nampaknya majlis mendapat sambutan daripada pengundi-pengundi di Parlimen Batu Sapi.

Nampak gayanya cahaya kemenangan di hujung terowong telah kelihatan, moga-moga cahaya itu terus bersinar dan bersinar sepenuhnya.

Secara amnya sokongan pengundi-pengundi bumiputra islam dan bumiputra bukan islam kelihatan menyebelahi BN. Pengundi cina sahaja yang belum menunjukkan isyarat yang jelas.

Saya difahamkan daripada hampir 10 ribu pengundi cina, lebih kurang 20-30 % sahaja yang menyebelahi BN.

Keadaan nampak agak ketara di kawasan Bandar Leila dan Bandar Ramai-Ramai dimana terletaknya kawasan-kawasan perniagaan orang-orang cina yang popular satu masa dulu.

Mereka kecewa kerana kedua-dua bandar tersebut agak sepi sekarang dan perniagaan terjejas semenjak Bandar Baru Batu Empat dibuka.

Aktiviti-aktiviti perniagaan banyak tertumpu di Batu Empat sekarang. Ada juga dikalangan peniaga yang telah berpindah ke sana. Tetapi masih ramai yang juga kekal di sana.

Susah sungguh menjadi pemerintah untuk memuaskan hati semua orang. Jika tidak buka bandar baru, rakyat kata tiada pembangunan. Bila buka bandar baru, bandar lama kecewa pula.

Berniaga tak maju pun kerajaan juga yang kena. Bila berniaga maju lawan kerajaan pula. Lumrah manusia. Kerajaan sentiasa tak betul, rakyat dan pembangkang sahaja yang selalu betul.
Selesai program KM Sabah yang pertama saya singgah Kampung Singkee. Sebuah perkampungan tradisonal yang didiami oleh masyarakat bajau.

Saya dibawa ke satu rumah yang didiami oleh sepasang warga emas yang mana isterinya tidak boleh berjalan lagi. Secara kebetulan pada masa itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat, saudara Shariff Sahar turut berada di rumah berkenaan untuk melawat mereka.
Ketua Pemuda Umno Kudat bertanya khabar makcik Siti Mariam, 80 tahun. Walaupun dalam keadaan uzur makcik ini tidak pernah lupa tanggungjawab untuk mengundi BN walaupun didukung untuk ke tempat mengundi sejak tiga pilihanraya yang lepas. Manakala gambar bawah pula pakcik Hassan menceritakan pengalaman pilihanraya yang dilaluinya.

Pakcik Hassan yang berusia 85 tahun memberitahu KP Umno Kudat beliau dan isterinya mula mengundi semenjak p.raya Sabah yang pertama pada tahun 1967 dimana pada masa itu Sabah diperintah oleh parti Berjaya. Daripada 1967 di Lahad Datu sehingga kini di Batu Sapi beliau tidak pernah undi parti lain selain dari parti pemerintah.

Selesai di Kg.Singkee saya ke satu lagi majlis bersama KM Sabah di Karamunting, sambutan juga nampak menggalakkan.
Program kedua KM Sabah di Karamunting hari ini
Kelihatan ada kaum cina yang turut serta, ada yang berada di bawah khemah,ada juga yang berada di agak jauh sedikit dan ada juga yang lari-lari bila saya hendak rakam gambar mereka.

Sama-samalah kita tunggu apa penyudahnya. Saya tidak mahu lagi terlalu yakin di peringkat awal sepertimana di Sibu. Situasi pada peringkat awal memang nampak jelas menyebelahi BN, tetapi dalam dua hari terakhir tanda-tanda kekalahan mula nampak dan pada malam akhir tanda kekalahan jelas kelihatan.

Adakah peristiwa Sibu akan berulang di Batu Sapi ?
Yb Rosnah, apa maksud ini ?

RBF Tanya, Pas Tak Jawab, Hari Ini House PK Jawab

Pada 26hb lepas saya bertanya tentang status calon Pas di Galas. Klik di sini

Sehingga ke hari ini Pas tidak pernah menjawab perkara tersebut.

Hari ini blogger house pk muncul dengan jawapannya. Klik di sini

Apakah benar apa yang dikatakan oleh house pk ?

Jika tidak benar masakan house pk siap pelawa lagi ahli-ahli Pas buat laporan polis terhadap blognya dan calon Pas.

Harap Pas jawab perkara ini, jika tidak jawab maka kira benarlah apa yang dikatakan oleh house pk.

Kami tidak berniat nak serang peribadi calon Pas, tetapi kami masih teringat-teringat lagi walaupun setahun telah berlalu bagaimana peribadi calon BN diserang dan ditumbuk selumat-lumatnya oleh Mahfuz dan Nasaruddin Tantawi di Permatang Pasir.

Jadi jangan marahkan kami, kami belajar dari kamu semua.

Batu Sapi: Lawatan Ke Pulau Timbang

Semalam saya mengikuti satu rombongan melawat Pulau Timbang yang terletak dalam Parlimen Batu Sapi. Di Batu Sapi ada 14 buah pulau yang termasuk dalam kawasan prk ini.

Antaranya Pulau Timbang, Tronglit, Sibuad, Api-Api, Terusan ,Simagung, Shanghai dan dan tujuh lagi yang lain.
Di kesemua 14 buah pulau ini terdapat tiga ribu lebih penduduk dan 950 orang pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam prk Batu Sapi.

Hanya sebuah sahaja pusat mengundi di sediakan untuk 14 buah pulau tersebut iaitu di Sek Keb Pulau Timbang.Pengundi-pengundi akan diangkut dengan bot ke pusat membuang undi.

Untuk sampai ke Pulau Timbang perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit dari Sandakan.

Semalam rombongan yang saya sertai sempat pergi ke empat pulau, iaitu Pulau Timbang, Api-Api, Shanghai dan Tronglit.
Dari pemerhatian saya, nampaknya sokongan terhadap BN 'solid' di kawasan pulau-pulau berkenaan. Tiada langsung bahan kempen parti lawan di tempat-tempat berkenaan.

Setelah melihat dengan mata sendiri barulah saya boleh buat kesimpulan bukan senang untuk menjadi wakil rakyat di negeri Sabah. Bukan setakat menjaga di darat, di laut pun kena jaga.

Saya tidak yakin wakil-wakil rakyat parti pembangkang boleh buat kerja ini jika diberi peluang. Kalau jadi wakil rakyat di darat dan di bandar pun seribu satu masalah, apatah lagi untuk menjadi wakil rakyat di kawasan-kawasan luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang bukannya menjadi wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi menggunakan rakyat sebagai rubber stamp untuk mereka memasuki Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat untuk mendapat elaun dan mencari glamor.

Kelebihan ini ada pada wakil-wakil rakyat BN kerana mereka berpengalaman dan kebanyakan rakyat di kawasan luar bandar celik sahaja mata mereka kenal BN membesar bersama BN.

Selain wakil rakyat, parti juga memainkan peranan penting melalui cawangan-cawangan sebagai ejen kepada wakil rakyat yang sudah tentu tidak mempunyai masa yang cukup untuk berada di sesuatu tempat sepanjang masa kerana perlu melawat banyak tempat dalam kawasannya.

Sebagai contoh di Pulau Timbang, di kesemua 14 buah pulau tersebut terdapat cawangan Umno. Ketua-ketua cawangan, ketua pemuda, wanita dan puteri yang memainkan peranan sebagai wakil kepada BN di kawasan-kawasan tersebut.

Cakap sahaja di ceruk mana dalam negara ini yang Umno tidak mempunyai cawangan-cawangan atau bahagian mereka kecuali di Sarawak. Di Sarawak walaupun tiada cawangan Umno parti-parti komponen lain pula ada cawangan-cawangan mereka.

Pendek kata wakil-wakil kepada BN berada di mana-mana ceruk sahaja dalam negara ini tidak kira di darat, di pulau dan di hutan kecuali di langit. Perkara ini berbeza dengan parti-parti pembangkang, mereka hanya tumpu di kawasan tertentu sahaja.
Apabila ada pilihanraya mereka memunculkan wajah mereka dan kononnya menjadi hero kepada rakyat. Contoh boleh dilihat di Batu Sapi, dua calon yang menjadi saingan kepada BN bukannya penduduk tempatan. Seorang dari Tuaran dan seorang dari Kota Kinabalu. Bila pilihanraya mereka muncul dan melalak sana sini sehingga dua kali jatuh ke dalam laut.

Mereka datang dengan hajat untuk menjadi rakyat sebagai rubber stamp untuk menghantar mereka ke Dewan Negara, selepas menang mereka tidak pedulikan rakyat.
Semoga rakyat Batu Sapi dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Apa orang nak kata , kita tidak perlu pedulikan semua itu. Mereka boleh kata BN jahat, BN rasuah, BN penipu mahazalim, mahafiraun dan sebagainya tetapi sehingga kini BN adalah yang terbaik dan mereka telah pun membuktikannya selama lebih 50 tahun.

Sepanjang pemerintahan BN, negara dan rakyat tidak pernah undur ke belakang, sebaliknya sentiasa mara ke hadapan kerana pemimpin BN melihat apa yang ada di depan, mereka tidak pandang yang dibelakang-belakang atau cuit-cuit yang sebelah belakang. Kalau pilih orang yang suka belakang, maka ke belakanglah kita dan negara kita.

Saya sendiri pun akui, ada juga yang tak betul dan tak kena berlaku dalam BN, tetapi kita tidak boleh dan tidak pernah mendiamkan diri. Yang tak betul kita hentam, yang bagus kita kata bagus. Inilah demokrasi yang sebenarnya.

Sekarang ini pun kita sudah boleh melihat perubahan atau transformasi yang dilakukan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Beri peluang kepada mereka untuk melakukan perubahan dan jangan terlalu mengharap perubahan boleh berlaku sekelip mata.

Di bawah ini sedikit gambar yang sempat dirakam semalam untuk tatapan rakan-rakan pembaca dan anak-anak Sandakan atau Batu Sapi yang sedang berada di perantauan.

Pemandu bot
Seorang pemandu bot dan seorang pemandu arah (berdiri). Pemandu arah yang akan memberi arahan kepada pemandu, pusing kiri, pusing kanan, perlahan, laju dan berhenti.
85 kuasa kuda.
Kayu balak untuk diangkut menggunakan laluan laut
Rumah-rumah tradisional sepanjang perjalanan

Alhamdulillah, tiada jeti yang runtuh sepanjang perjalanan kami semalam
Sokongan padu terhadap BN di pulau-pulau


Jadi wakil rakyat di Sabah, kenderaan di darat perlu ada, kenderaan di laut pun wajib ada.

Lebih kurang 50 orang berada di jeti ini semalam, tiada sebarang runtuhan yang menyebabkan orang jatuh ke laut berlaku. Bukti kerajaan BN bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang terbaik untuk rakyat tidak seperti yang dicanangkan calon PKR. Dia jatuh ke laut kerana bala dari Allah kerana datang menipu orang-orang kampung.

Kawan tolong kawan. Datuk Md Aziz datang dari Johor untuk membantu rakannya yang menjaga peti undi Pulau Timbang. Dalam Dewan Rakyat mereka berganding tenaga mengkritik dan menghentam kerajaan BN. Di Batu Sapi mereka berganding tenaga berkempen untuk memastikan kemenangan BN.

Inilah bukti BN sebuah parti yang demokrasi dan bukti wakil-wakil rakyat bukannya kaki jilat sepertimana wakil-wakil rakyat PKR menjilat Anwar dan Azmin, wakil rakyat Pas menjilat Nik Aziz dan wakil rakyat DAP menjilat Lim dua beranak. Wakil-wakil rakyat BN mana yang tak betul dia tibai, yang betul dia puji.

Untuk pengetahuan pembaca, Pulau Timbang dulu berada dalam kawasan YB Bung iaitu Kinabatangan. Selepas persempadanan semula Pulau Timbang masuk ke Batu Sapi. Walau bagaimanapun pengaruh Bung agak kuat di situ dan dia sangat popoular di situ.

Yang lebih seronok dan sukar dipercayai pula Datuk Md Aziz juga popular di kawasan tersebut. Saya cuba bertanya kepada penduduk pulau tersebut bagaimana mereka tahu Datuk Md Aziz. Mereka jawab dalam loghat Sabah pekat "itu Datuk sama-sama Bung selalu itu di tv perjuangkan rakyat,mereka tolong sama kami". Huh, terkejut saya mendengarnya.

Itulah buktinya seseorang pemimpin akan dikenal dan dikenang walaupun di mana sahaja mereka berada, jika mereka menjadi hero kepada rakyat. Pendek kata kalau ditakdirkan Datuk Md Aziz diletak di Sabah untuk bertanding asalkan mendapat restu bahagian dia akan menang.





Pelabuhan Sandakan
Bandar Sandakan
Kalau PKR tengok yang ini pasti mereka kata ini pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh BN ke pulau-pulau di Batu Sapi. Yang sebenarnya adalah anggota-anggota tentera kita sedang menaiki bot menuju ke pulau-pulau dalam perairan kita untuk menjalankan tugas menjaga negara daripada dicerobohi oleh kumpulan Abu Sayaf atau pengganas-pengganas lain. Sama-sama kita doakan keselamatan mereka dan juga kita berdoa agar mereka sentiasa dilindungi Allah SWT . Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan tentera kita yang menjalankan tugas demi keselamatan dan keamanan negara dan kita semua.




Cikgu Laurence dan Cikgu Noorzafizah
Cikgu
Saya rasa nak sekolah semula dan masuk kelas yang dia mengajar. Tapi maaflah gambar kelabu sikit, apabila nak rakam sekali lagi bateri sudah 'kong'.