Tuesday, November 30, 2010

Terkini: Tiada Sebarang Rombakan Umno Malam Ini

Presiden Umno baru sahaja selesai mengadakan sidang media selepas mesyuarat MT Umno.

Tiada sebarang rombakan dalam Umno yang diumumkan malam ini.

Bagaimanapun rombakan tetap akan diadakan dalam masa terdekat.

Mesyuarat MT malam ini juga memutuskan pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MT yang dijadualkan tahun depan 2011, akan ditangguhkan untuk selama 18 bulan.


Kejam !

1 Malaysia Kena Tipu Dengan Sarung Tangan Azizah

Sebelum ini juak-juak PKR sering menggambarkan Wan Azizah adalah seorang muslimah sejati dan pelbagai pujian lain lagi.

Salah satu pujian yang diberikan kepada Wan Azizah ialah apabila beliau bersalam dengan lelaki. Kononnya Wan Azizah adalah wanita pertama di Malaysia yang memakai sarung tangan ala-ala Michael Jackson untuk bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Benarkan Blogger Masuk, Staf Kena Buang Kerja

Sebelum tahun 2008 saya adalah seorang manusia yang rabun IT.

Apa itu blog saya pun tak tahu.

Keadaan telah berubah selepas pru 2008

Daripada rabun, saya menjadi celik dan sekarang boleh dikatakan separa mahir.

Semua ini adalah anugerah Tuhan.

Monday, November 29, 2010

Hasrat DAP Tidak Pernah Pudar

Daripada dulu hingga sekarang hasrat DAP menuntut diadakan semula pilihanraya kerajaan tempatan tidak pernah pudar.

Semalam sekali lagi hasrat itu dibangkitkan dalam Konvensyen DAP Selangor ke-16. Kenapa mereka mahukan itu ? Jawapannya mudah, mereka ingin menakluki kawasan bandar-bandar besar yang dikuasai oleh majoriti orang-orang cina.

Benarkah Faisal Tehrani Sebar Ajaran Syiah Melalui Tulisan ?



Setelah membuat sedikit penyelidikan tentang Faisal Tehrani(FT), aku mendapati beliau ingin menyebarkan ajaran Syiah secara halus di melalui penulisan samada di dalam buku atau blog beliau. Sila baca dulu halaman blog beliau ini. http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/08/rasulullah-saw-pun-bangga-dengan-iran.html

Sunday, November 28, 2010

Anwar Anugerah Tuhan


Dipetik dari :http://jeffrydamien09.blogspot.com/

Terima Kasih Awang Selamat

Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.

Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky's Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).

Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka.

Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.

Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas.

Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com dan sakmongkol.blogspot.

Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.


Terkejut dan terharu apabila membaca kolum Awang Selamat di ms 6 Mingguan Malaysia hari ini.

Pada saya ianya satu penghargaan yang cukup besar. Tidak pernah saya jangkakan itu semua akan berlaku.

Penghargaan yang Awang Selamat berikan ini akan saya jadikan inspirasi untuk melakukan yang lebih baik lagi dan memperbaiki apa yang tidak kena selama ini. 

Saya menganggap penghargaan yang Awang berikan ini adalah penghargaan bersama kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang lain,House Pk , GAP, Pisau, Gomo, Medan Info, Dr.Novandri, Cik Wan(penulis mykmu), Panglima Perang Cyber, Unspinners, Selangor Daily, DET, Garamanis, Jefry Damien  dan yang lain-lain. 

Kami semua adalah satu pasukan dan bekerja dalam satu pasukan, kecuali Unspinners yang masih menjadi misteri kepada kami sehingga kini kerana kami tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui e mel.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Awang Selamat. Jika ada yang tidak betul atau kena,tegurlah kami. Kami tidak akan sesekali berkecil hati dengan teguran itu. Kami menghormati Awang sebagai penulis lama dan penuh dengan pengalaman dan kami sudah lama angkat topi kepada Awang Selamat.

Insyaallah dalam masa terdekat ini saya akan menulis kisah bagaimana saya dan rakan-rakan mula berblog, pengalaman pahit manis dan kisah-kisah belakang tabir yang lain serta apa misi dan visi kami.


Saturday, November 27, 2010

Presiden NUJ Orang Gila ?

Berita yang sampai kepada saya mengatakan Presiden NUJ sekarang, Hatta Wahari adalah seorang yang pernah menjalani rawatan psikatri dan saya difahamkan sehingga kini dia masih lagi memakan ubat penenang.

Kesempatan inilah yang diambil oleh golongan-golongan wartawan anti kerajaan untuk memilihnya sebagai Presiden NUJ yang baru bagi digunakan sebagai alat bagi menghentam kerajaan. Tambahan pula Hatta adalah wartawan yang bekerja dengan Utusan Melayu (M) Berhad.

Gambar Elizabeth Wong Bogel Tersebar Lagi

Berita Ringkas
Saya diberitakan satu lagi gambar bogel elizabeth wong telah tersebar.

Dikatakan gambar yang tersebar kali ini dirakam ketika dia sedang mandi dalam kolam jakuzi dan cuba menutup bahagian dadanya apabila menyedari gambarnya dirakam.

Difahamkan MMS gambar tersebut mula tersebar sejak semalam.

Saya akan cuba mendapatkan berita lanjut.

Friday, November 26, 2010

Wang PKNS Digunakan Untuk Kongres PKR ?

Huh ! mengejutkan.

Licik sungguh PKR.

Selangor Daily melaporkan wang dikatakan diguna oleh PKNS untuk menaja perkahwinan angkasawan negara sebenarnya digunakan untuk Kongres PKR yang bermula di Petaling Jaya hari ini.Klik di sini

Sekarang baru saya faham mengapa isu tajaan perkahwinan dibangkitkan oleh Pas. Pada awalnya saya sendiri pun pelik, kenapa pula Pas hentam PKNS yang diterajui oleh orang kepercayaan Khalid Ibrahim sedangkan mereka bersama-sama dalam pak-khatan rakyat.

Rupa-rupanya itu semua balas dendam. 

Balas dendam ?

Balas dendam apa rbf ?

Balas dendam kerana semasa Muktamar Pas tahun yang diadakan di Shah Alam pada tahun lalu Khalid Ibrahim tidak menghulurkan bantuan sepatutnya kepada mereka walaupun Hassan Ali ada meminta bantuan daripada beberapa GLC negeri.

Akhirnya Hassan Ali terpaksa meminta bantuan sebuah syarikat swasta yang sedang bermasalah dengan kerajaan negeri sekarang.

Syarikat swasta ?

Syarikat mana rbf ?

Cuba teka...

Pembayangnya , nama syarikat bermula dengan  S dan berakhir dengan huruf  S.

Jika benar apa yang dilaporkan oleh Selangor Daily, kesian Sheikh Muzaffar, tak pasal-pasal dia jadi mangsa hanya semata-mata PKR nak sebat duit PKNS untuk kongres mereka.

Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Haji Hadi


Seorang pembaca menghantar komen seperti di bawah di dalam tulisan saya yang bertajuk Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas.

Anonymous said...

Pada Ust Hadi,

Mana perginya wang dollar dan barang kemas pelajar Malaysia yang dikumpulkan atas nama Tabung Memali semasa Muktamar MISG di Peoria Illinois USA pada 25hb Disember 1986 yang tuan hadiri?

Jemaah Baton Rouge
November 26, 2010 4:25 AM

Soalan ini perlu dijawab oleh Haji Hadi.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kalau tidak bersalah sila jawab.

Kalau Haji Hadi tak nak jawab, sila minta Pemuda Pas Perak yang bodoh seperti Nizar tolong jawab.

Perhatian: Kepada penghantar komen ini, sekiranya anda terbaca tulisan saya ini, minta jasa baik anda hantar ceritakan peristiwa berkenaan dengan lanjut dan e mel kepada saya untuk saya siarkan di blog ini. Saya tidak akan siarkan alamat e mel anda sekiranya anda tidak mahu ianya disiarkan. E mel kepada rbf_501@yahoo.com.

Thursday, November 25, 2010

Yang Ini Tak Mau Debat Ke ?

Sekalung tahniah kepada Perak Today dan Taipingmali kerana berjaya membuat Pemuda Pas Perak menjadi mereng seketika.

Mereka mencabar portal dan blog berkenaan untuk berdebat dengan mereka sepertimana yang dilaporkan oleh harakahdaily hari ini. Tak semena-mena portal dan blog berkenaan mendapat ribuan pembaca baru hari  ini yang selama ini tidak tahu menahu tentang kewujudannya.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Perak Today dan Taipingmali kerana berjaya mencaturkan permainan yang cukup bijak sehingga musuh terperangkap.Ingatkan Pas cerdik, rupa-rupanya bodoh seperti Nizar juga.

Wahai Pemuda Pas yang bangang lagi bahlul, isu dalam gambar diatas kau orang tak mahu ajak debat ke? 

Wednesday, November 24, 2010

Bumi Mekah Tidak Terima Nik Aziz ?

Nik Aziz telah kembali ke tanahair hari ini.

Di Mekah dia sakit, sampai ke Malaysia dia sihat.

Adakah bumi Mekah tidak mahu menerima Nik Aziz ?

Lihat di sini

Penyokong Pas Guna Parang, Kapak , Pedang, Buluh Untuk Bunuh Polis

Beberapa hari lepas saya telah menulis kisah Memali di sini. Seperti biasalah, pelbagai respon yang saya dapat. Ada yang menyokong dan ada yang mempertikai.

Seperti yang saya sering katakan di blog ini, kebenaran tetap akan menyebelahi pihak yang benar walaupun memakan masa berpuluh tahun.

Berpuluh tahun rakyat dimomokan oleh Pas kononnya kerajaan dan polis bertindak membunuh pejuang-pejuang Islam di Memali. Yang sebenarnya mereka bukan pejuang-pejuang Islam, tetapi pejuang-pejuang Pas.

Selama 25 tahun Pas pusing satu dunia menjaja cerita tersebut. Tetapi Pas tidak pernah cerita yang orang-orang mereka nak bunuh polis dengan senjata tajam dan ada anggota-anggota polis yang mati terbunuh dalam peristiwa itu.

Sekiranya Ibrahim Libya dan 13 orang lagi dikatakan mati Syahid, apakah empat anggota polis yang terbunuh itu bukan mati syahid ? Perkara ini yang perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Walaupun gambar-gambar di bawah ini hanyalah sebuah lukisan, sedikit sebanyak ianya boleh membantu kita untuk mengintai kebenaran yang tercatat di dalamnya.

Lukisan ini dilukis oleh pelajar-pelajar Madrasah Islahiah Diniah , Memali. Iaitu madrasah di mana tempat terjadinya peristiwa Memali. Lukisan-lukisan ini dipamerkan semasa sambutan 25 tahun peristiwa Memali beberapa hari lepas dengan tujuan untuk menunjukan kepada orang ramai gambaran sebenar yang terjadi pada peristiwa itu.

Itulah yang saya katakan, kebenaran tetap akan menyebelahi pihak yang benar walaupun memakan masa yang lama dan dengan apa cara sekalipun.

Contohnya ada di sini, Allah SWT membuka pintu hati guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut untuk melukis gambar-gambar di bawah. Sudah tentulah pelajar yang melukis diberi gambaran tentang kejadian sebenar oleh orang yang tahu kisah sebenar.

Selepas itu gambar-gambar itu dipamerkan pula kepada orang ramai. Selepas itu pula dirakam oleh Minaq Jinggo dan disiarkan di foto pages , maka bolehlah kita semua melihat kebenaran tersebut.

Gerak geri ini semua datangnya daripada Allah SWT untuk memberitahu kepada kita sebuah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh Pas selama ini. Tanpa izin dan restu Allah semua ini tidak akan berlaku.
Gambar ini menunjukan dua lelaki penyokong Pas mati ditembak polis dengan memegang parang di tangan mereka. Jika tidak kerana niat hendak membunuh polis mengapa ada parang di tangan mereka ?

Lelaki-lelaki yang berdepan dengan kereta perisai ini masing-masing memegang parang dan kapak ditangan mereka. Dalam situasi begini adakah patut polis hendak memujuk mereka "wahai intan payung, letaklah parang itu, mari sinilah sayangku, aku sayang kamu".

Harus diingat oleh para pembaca, sepertimana yang saya catatkan sebelum ini, polis bersabar dan menunggu selama setahun untuk menahan Ibrahim Libya. Setiap kali polis hendak tahan beliau maka mulalah orang-orang Pas akan keluar dengan parang, kapak , pedang dan buluh runcing.

Baling terletak bersempadan dengan Thailand dan pengganas-pengganas komunis pimpinan Chin Peng pada masa itu (1985) banyak yang berkubu di dalam hutan berhampiran kawasan tersebut. Sekiranya polis membiarkan penyokong-penyokong Pas dalam keadaan begitu tanpa mengambil sebarang tindakan , tidak mustahil komunis akan masuk campur dan berganding tenaga dengan mereka untuk menentang kerajaan.

Sebelum keadaan menjadi bertambah parah , adalah lebih baik 14 orang yang terkorban sebelum puluhan juta rakyat Malaysia yang lain ditimpa masalah.

Lelaki yang mati pegang parang di tangan, manakala yang cedera pula pegang pedang.

Senjata bertaburan ditempat kejadian.

Perkara ini semua tidak akan berlaku jika pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab. Mereka sepatutnya muncul dan tenangkan orang-orang mereka, bukannya terus membiarkan mereka bertempur dengan polis.

Peristiwa Memali sudah cukup untuk kita pamerkan kejahatan Pas yang sebenar. Negara ini akan hancur jika kita berikan kepada Pas memerintahnya.

Kepada pihak berkuasa pula, pernahkan pihak berkuasa menyiasat apa yang diajar di Madrasah Islahiah Diniah , Memali. Kita bimbang pemikiran pelajar-pelajat dihasut dengan fahaman-fahaman ekstrem Pas dan jika tidak dibendung mungkin satu hari nanti peristiwa yang seangkatan atau sewaktu dengan Memali akan berulang kembali.

Tok Guru Kepada Ibrahim Libya Sifatkan Bukan Mati Syahid

Orang-orang yang terbunuh bukan mati syahid

BALING, 21 Nov. – Seorang tokoh agama terkenal di sini, Tok Guru Haji Yaacob Omar hari ini menyifatkan orang-orang yang terbunuh kerana menentang kerajaan bukan sebagai “mati syahid” seperti yang didakwa sesetengah gabungan.

“Orang-orang yang mati kerana menentang kerajaan tidak tergolong dalam mati syahid.” Ujar beliau.

Beliau menjelaskan mengikut hadis nabi walaupun sesebuah kerajaan itu zalim, kita hendaklah bersabar dan mengikut perintahnya.

Haji Yaakob, tokoh agama yang mengendalikan madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih, di sebelah Memali, Baling memberikan pendapat ini dalam pertemuan di rumahnya, 17.6 kilometer dari sibi tengah hari ini.

Beliau mengulas peristiwa hitam di Kampung Memali Selasa lalu yang mengakibatkan 18 orang terbunuh termasuk 1 penjenayah dan penyokong-penyokongnya serta 4 orang anggota polis.

Beliau mengesahkan Ibrahim Libya pernah mengaji dengannya selama lima tahun dan kemudian di Pokok Sena sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Libya.

Ibrahim juga pernah mengajar selama tiga tahun di Madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih sekembalinya dari Libya dan setelah bekerja sebagai pendakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri dan keluar memberi ceramah agama di Televisyen Malaysia.

Bagaimanapun, Haji Yaakob mengesahkan hubungan penduduk-penduduk beberapa buah kampong di situ telah renggang dan terjejas sedikit apabila Ibrahim Libya bergiat dalam politik pembangkang dan kemudian mendirikan sebuah madrasah mereka secara berasingan di Kampung Memali, kira-kira hanya 200 ela dari rumahnya terletak di sebelah kiri jalan raya Baling ke Weng.

Sementara itu, mayat Ibrahim Haji Mahmood atau Ibrahim Libya bersama mayat 12 orang lain……

Dipetik dari Minaq Jinggo Foto Pages

Tuesday, November 23, 2010

Amacam Khalid Ibrahim, Ada Berani Ke ?

Amacam Khalid , berani ke ?

Susun kau punya wakil rakyat semua lawan Datuk Noh seorang.

Jawabnya, seorang demi seoranglah kena libas dengan Datuk Noh.

Tahniah Datuk Noh.

Bila tengok surat ini, teringat pula bagaimana Ronnie Liu kena smash di Kuala Selangor dulu.

Monday, November 22, 2010

Zalim:Kakitangan Tidak Berdosa Jadi Mangsa

Bengang dengan pendedahan blog, Pengurus Besar Yayasan Selangor bertindak kejam dengan menukarkan kakitangan.

Dia buat salah, dia rompak sana sini , selepas itu kakitangan yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Petikan Dari Selangor Daily

Pengurus besar mengamuk-ngamuk dalam pejabat dan melemparkan tuduhan tanpa usul periksa kepada kakitangan YS kononnya mereka membocorkan maklumat kepada kami.

Kemuncak kepada kemarahannya, beberapa hari lepas beliau telah mengarahkan pertukaran kakitangan. Kakitangan daripada ibu pejabat ditukar ke sekolah-sekolah milik YS.

Berita penuh, sila klik di sini

Datuk Hisham, Tolonglah Jangan...Tolong Janganlah...

Kerajaan mahu memperkenalkan garis panduan berkaitan hasutan dalam dunia siber.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata, garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam internet akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu ini.

Sebaik mendengar perkara tersebut, Ketua Penerangan Pas yang paling bebal di abad ini telah menyuarakan tentangannya terhadap garis panduan tersebut. Sini

Walaupun dia bebal, saya menyokong tindakan Idris Ahmad menentang perkara tersebut. Tapi jangan salah anggap pula, saya tak bebal seperti dia.

Kepada Datuk Hisham, saya mewakili rakan-rakan blogger yang lain ingin merayu kepada Datuk Seri agar jangan memperkenalkan garis panduan tersebut.

Sekiranya KDN meneruskan juga ianya bakal menyusahkan kami blogger-blogger pro BN untuk buat kerja.

Banyak lagi kerja-kerja yang kami ingin lakukan, banyak lagi penyelewengan dan kesesatan-kesesatan Pas yang ingin kami dedahkan. Banyak lagi kerja-kerja menghasut rakyat agar membenci Pas yang ingin kami lakukan. Banyak lagi skandal-skandal pemimpin Pas yang ingin kami dedahkan.

Banyak lagi dokumen-dokumen termasuk yang diklasifikasikan di bawah OSA yang ingin kami dedahkan. Oleh yang demikian saya merayu kepada Datuk Seri tolonglah jangan teruskan garis panduan itu. Kalau Datuk Seri teruskan juga nanti kami tidak boleh buat semua itu kerana terikat dengan garis panduan tersebut.

Jangan susahkan kami wahai Datuk Seri, tolonglahhhhhh. Kami nak cincang Pas lumat-lumat sebelum pru 13.

Kepada Derih Ahmad, hang jangan risau. Aku akan sokong hang menentang garis panduan itu demi untuk membunuh Pas dalam pru akan datang.

Gempar ! Timbalan Pengurus Besar Masih Masuk Pejabat

Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor yang diarahkan cuti bergaji masih masuk ke pejabatnya. Apa sudah jadi ?

Sekali lagi Khalid Ibrahim membohongi rakyat Selangor.

Maklumat lanjut ada di sini


Pas dan Harakah Sebat Duit Tabung Memali

Tragedi Berdarah Memali tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 15 tahun. Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 15 tahun. Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh.

Oleh kerana PAS memfatwakan yang terbunuh dalam tragedi Memali itu sebagai syuhada atau 'mati syahid', maka pihak kerajaan tersisih dari sebarang urusan hidup mereka. Demi kesejahteraan umat Melayu Islam, segalanya dibiarkan kepada pihak PAS memikul tanggungjawab.

Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar resmi PAS, Harakah. Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai. Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.

Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan. Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan.

Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.

Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya 'bom jangka' yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa. Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.

Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.

Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.

Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.

Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS.

Anehnya, dalam dalam kata-kata tidak ada kena-mengena dengan PAS' itu, Datuk Fadzil mengadakan pertemuan dan dialog dengan 25 orang waris dan mangsa tragedi pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali. Majlis itu diadakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Memali bagi memberi penerangan mengenai perkembangan Tabung Mangsa Memali yang ditubuhkan selepas berlaku tragedi Memali.

Majlis dialog dengan Datuk Fadzil itu bertukar menjadi kecoh apabila kesemua mangsa terbabit dihalang untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan mereka bahawa berlaku penyelewengan dalam pengurusan tabung berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu pihak jawatankuasa majlis itu hampir bergaduh dengan mangsa dan balu-balu tragedi Memali selepas berlaku cabar mencabar antara kedua belah pihak. Kesemua mangsa tidak puas hati dengan cara pihak jawatankuasa penganjur majlis itu serta sikap Datuk F'adzil Noor yang dianggap tidak professional dalam menyelesaikan masalah pengurusan tabung berkenaan.

Kekecohan terjadi ketika Datuk Fadzil sedang mendengar penjelasan daripada Ahli Jawatankuasa cawangan Memali berhubung tabung berkenaan sebelum seorang wakil yang dilantik oleh mangsa dan balu tragedi tersebut, Zainon Ismail, 40, bangun untuk berucap bagi melahirkan rasa tidak rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan tabung itu.Bagaimanapun dia dihalang atas alasan beliau bukan ahli PAS

Datuk Fadzil Noor dan ahli jawatankuasa majlis itu tergamam apabila Zainon berjaya membuktikan dirinya sebagai ahli parti itu dengan menunjukkan kad keahlian seumur hidup.

Apabila Zainon (lebih popular dengan panggilan Cikgu Non) dihalang dari berucap, sebahagian besar mangsa yang terdiri daripada kaum wanita menjerit-jerit di luar dewan meminta Datuk Fadzil Noor memberikan keadilan kepada mereka.

Keadaan itu menyebabkan beberapa ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut meluru keluar dan berlakulah cabar mencabar antara kedua-dua pihak sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.Bagaimanapun ketegangan berjaya dikendurkan selepas beberapa pihak campur tangan.

Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.

Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.

Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.

Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu.

Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.

Selepas Datuk Fadzil Nor gagal menyelesaikan pertelingkahan antara mangsa tragedi Memali dengan pihak pengurusan Tabung Mangsa Memali, PAS menghantar pula ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu bagi mengendurkan ketegangan.

Ketika berceramah di Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali, Mohamad Sabu mengimbas kembali Tragedi Memaii bagi mencetuskan semangat para pendengar dan mengalihkan tumpuan dengan mendakwa bahawa isu Tabung Mangsa Memali yang dihebohkan itu adalah hasutan musuh-musuh PAS. Dengan suara lantang beliau menyalahkan semua akhbar harian.

"Kalau ada TV, akhbar-akhbar yang cuba membela mangsa Memali, ini adalah adalah hipokrit dan munafik nombor satu," ucapnya.

Mohamad Sabu juga mengajak balu dan mangsa kembali kepada parti dan hidup sebagai satu masyarakat serta kumpulan yang terpaksa menghadapi segala cabaran bersama. Beliau turut menggesa mangsa dan balu agar berwaspada dengan golongan 'tumpang kasih'.

”Kasihan mereka sebenarnya sementara sahaja sedangkan kasihan kita (PAS) berpanjangan", katanya.

Mohamad Sabu juga turut merayu kepada mereka yang terlibat supaya jangan mengadu kepada pihak 'musuh' sekiranya berlaku sebarang masalah.

Sementara itu, beberapa balu yang menghadiri ceramah 'penjelasan' itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, yang disifatkan oleh mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan.

Wakil balu dan mangsa tragedi Memali, Zainon Ismail menjelaskan, dia tidak menyangka sama sekali dengan tindakan pihaknya membuat laporan kepada polis yang akhirnya diketahui oleh pihak media sebagai mengadu kepada musuh.

"Saya tidak mengadu kepada musuh tetapi mengadu kepada pihak yang diiktiraf PAS iaitu polis dan dianggap mengadu kepada musuh", katanya.

Menurut Zainon, balu dan mangsa tiada jalan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis setelah usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.

Tambahnya, pihaknya sebelum ini telah mengadakan perbincangan sebagai sebuah keluarga tetapi masih tidak dilayan.

Sehubungan itu, Zainon berkata, kehadiran kalangan pemimpin PAS terutama melalui ceramah di kampung itu juga bukanlah jalan penyelesaiannya.

"Kami anggap kehadiran mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan sedia ada dan bukannya menyelesaikan," tegasnya yang bersetuju dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan isu itu diserahkan kepada pihak berkuasa polis.

Katanya, pemimpin PAS sendiri perlu memenuhi syarat penyelesaian melalui kaedah Islam iaitu mendengar kedua-dua belah pihak, menyiasat dan kaji selidik, bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.

Beliau juga mengakui bahawa dalam kes ini dan mangsa tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti itu untuk mendapat maklumat tepat mengenai kes ini.

Sementara itu, balu dan ahli keluarga mangsa tragedi Memali terus menerima cercaan daripada pihak tertentu termasuk mendakwa mereka 'bersandiwara' apabila mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Mangsa Memali.

Salah seorang anak mangsa tragedi Memali, Abdul Rahim Lah, 35, berkata, beberapa hari selepas pecah berita laporan polis ada pihak tertentu menelefonnya sambil menyifatkan dakwaan balu-balu terbabit hanyalah rekaan dan 'sandiwara'.

Mengulas tuduhan itu, Zainon berkata ada yang menganggap isu ini sebagai 'Sandiwara UMNO'.

"Isu ini bukannya sandiwara UMNO tetapi akibat penyelesaian yang tidak dilakukan mengikut kehendak Islam," katanya.

Sehubungan dengan itu mereka ygng terbabit dalam pendedahan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali ini juga akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu tidak menarik balik kata-kata ucapannya yang dianggap celupar dan menghina balu-balu serta mangsa tragedi Memali.

Menurut mereka, ucapan Mohamad Sabu itu adalah satu penghinaan besar dan mencemarkan maruah semua balu dan keluarga mangsa tragedi Memali yang kini terpaksa berjuang sendiri membela nasib mereka.

Mereka amat tersinggung dengan ucapan Mohamad Sabu yang mendakwa bahawa mereka yang laporan polis dan mendedahkan penyelewengan Tabung Mangsa Memali sama dengan perbuatan kaum Nabi Noh dan Nabi Lut yang dilaknati Allah dan bakal menjadi ahli neraka.

Demikian senario yang tersurat mengenai isu Tabuhg Mangsa Memali yang meletup pada masa para pemimpin PAS sedang ghairah mendakwa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan kerajaan adalah sandiwara semata-mata.

Dipetik daripada: http://fantrealika.tripod.com

Berita berkaitan juga ada di sini dan di sini




Sunday, November 21, 2010

Nasib Selangor,MB Bebal Setpol Bingai

Saya tidaklah hebat sangat dalam matematik. Semasa peperiksaan LCE dulu pun lulus paras-paras hidung sahaja. Tapi lepaslah naik tingkatan empat ,tidak perlulah untuk mengulang kembali ke tingkatan tiga dan ambil LCE sekali lagi.

Tetapi saya tidak pernah putus asa untuk belajar dan jika benda yang saya tidak tahu saya tak tulis di blog ini, kerana bimbang ianya salah, nanti boleh bikin malu.

Saya nak beritahu kisah seorang setpol MB yang bagai beruk mendapat bunga dan juga gila glamor. Dia ghairah nak tunjuk kehebatannya dengan membuat kenyataan demi kenyataan akhbar. Kalah bosnya.

Jumaat lepas (19.11.2010) sekali lagi dia nak tunjuk pandai dan buat kenyataan akhbar sepertimana keratan di bawah. Sinar Harian pula terus siar saja apa yang keluar dari mulut orang tidak kira betul atau tidak.
Faekah kata,

Pendapatan negeri Selangor terus meningkat, perbelanjaan juga dilihat setara dengan pendapatan hampir RM 11 bilion. Selangor hanya memperuntukkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM 600,000 dan selebihnya ditumpukan kepada pembangunan.

Rbf kata,

Faekah, sia-sia sahaja mak bapak kau perhabiskan duit untuk kau belajar sampai jadi peguam. Ambil balik segala sijil-sijil kau , rebus dan minum airnya supaya kau punya benak hilang. Faekah, aku bukan seorang setiausaha politik, tetapi hanya setiausaha persatuan pemandu-pemandu lori Kg Semerah Padi, tapi aku tak lah sebenak kamu.

Sebab apa saya kata begitu ?

Perbelanjaan pengurusan bermakna perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menguruskan negeri termasuklah bayaran gaji kakitangan kerajaan negeri, gaji MB, exco , gaji Faekah, sewa bangunan, pembelian alat-alat mengurus, api , air, telefon dan lain-lain lagi yang termasuk dalam kerja-kerja pengurusan.

Cukupkah RM 600,000 (enam ratus ribu) untuk buat semua itu dalam masa setahun ? Untuk sebulan bayar gaji pun tidak cukup. 1 kali Faekah bodoh.

Faekah kata pendapatan Selangor hampir RM 11 bilion.

Sebab itu saya kata, Faekah punya kehebatan bos dia pun kalah. Khalid Ibrahim dalam pembentangan bajet Selangor 2011 dua minggu lepas mengumumkan seperti di bawah.

Kutipan hasil cukai RM530,980,000

Kutipan hasil bukan cukai RM467,164,360

Kutipan bukan hasil RM431,855,640

Jumlah RM 1,430 JUTA atau RM 1.43 bilion.

*Rujuk perkara nombor 113,114,115 di ms 85 dan 86 dalam buku ucapan pembentangan bajet oleh MB.

Daripada hasil yang diterima itulah Khalid Ibrahim ambil dan bentangkan belanjawan Selangor 2011 sebanyak RM 1.43 bilion juga dan ianya dinamakan belanjawan berimbang. Belanjawan berimbang bermaksud, contoh mudah, masuk RM 1.00 keluar RM 1.00.

Pendapatan Selangor untuk 2011 adalah RM 1.43 bilion dan belanja yang keluar juga RM 1.43 bilion. Itulah belanjawan berimbang. Seperti timbang BN pula.

Petikan ucapan Khalid semasa pembentangan bajet,

Dengan jumlah anggaran hasil untuk 2011 ini, saya ingin mencadangkan RM1,430 juta atau RM1.43 billion sebagai jumlah diperuntukkan bagi Belanjawan 2011, iaitu kenaikan sebanyak 10% berbanding RM1,300 juta jumlah Belanjawan 2010.

*Rujuk perkara nombor 116 di ms 86 dan 87 dalam buku ucapan pembentangan bajet oleh MB.

Khalid sebagai seorang MB umum pendapatan Selangor RM 1.43 bilion, setpolnya pula umum pendapatan Selangor RM 11 bilion. Mana Faekah dapat lagi RM 9.57 bilion ? Adakah hasil dari lelongan dia punya baju dalam dan seluar dalam maka Selangor boleh dapat lagi RM 9.57 bilion ? 2 kali Faekah bodoh.

Dalam pembentangan belanjawan itu Khalid mengumumkan daripada RM 1.43 bilion belanjawan 2011, RM 830 juta diperuntukan untuk pengurusan dan RM 600 juta untuk pembangunan.

Petikan ucapan Khalid:

Daripada jumlah ini, sebanyak RM830 juta diperuntukkan bakal diletakkan di bawah Peruntukan Mengurus manakala selebihnya RM600 juta diperuntukkan di bawah Peruntukan Pembangunan.

*Rujuk perkara nombor 117 di ms 87 dalam buku ucapan pembentangan bajet oleh MB
.

Aik ! belanja mengurus lebih tinggi dari belanja pembangunan ? Oh...terlupa pula, maklumlah nak bagi kroni pelbagai jawatan dan perniagaan.

Faekah kata,

Perbelanjaan pengurusan sebanyak RM 600,000 (enam ratus ribu sahaja) dan selebihnya ditumpukan kepada pembangunan ekonomi Selangor.

Apabila Faekah kata begitu maknanya daripada RM 11 bilion tolak RM 600,000 bakinya RM 10 bilion lebih lagi digunakan untuk pembangunan Selangor. Wow, hebat! Boleh buat dua Menara Warisan 100 tingkat atas kepala Faekah.

Nasib kamulah kakitangan kerajaan Selangor, tak bergajilah nampaknya kamu selepas ini kerana MB De Facto Selangor hanya memperuntukan RM 600,000 sahaja untuk belanja pengurusan. 3 kali Faekah bodoh.

Sekali bodoh, kesilapan.

Dua kali bodoh, pengajaran.

Tiga kali bodoh, itu bingai namanya.

Nasib kamulah wahai rakyat Selangor. Dapat MB, MB bebal. Dapat setpol MB pula, setpol MB bingai. Hancur Selangor !

Sinar Harian Akhbar Pembohong

Selama ini rakyat sering dimomokan kononnya media arus perdana melaporkan berita-berita tidak benar dan berat sebelah.

Lalu muncul sebuah akhbar yang dikatakan bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Beritanya dikatakan TELUS dan TULUS. Itulah akhbar Sinar Harian.

Bermula dari pantai timur hinggalah sekarang ini Sinar Harian sudah berada di seluruh Semenanjung Malaysia. Itulah buktinya kerajaan tidak pernah menghalang kelahiran media yang bebas di negara ini dan mereka dibenarkan mengembangkan pasaran mereka seluas-luasnya.

Sehingga kini kita tidak pernah mendengar Sinar Harian diberi amaran atau digantung permit mereka oleh KDN.

Tetapi adakah Sinar Harian benar-benar bebas, telus dan tulus ?

Daripada pemerhatian saya untuk Sinar Harian edisi Selangor dan KL saya tidak nampak mereka bersikap adil dalam menyiarkan berita. Jika lihat pada muka depan memang nampak adil. Sehari kena atas batang hidung BN, sehari kena atas batang hidung pakatan pembangkang. Begitulah seterusnya.

Apabila kita selak ke dalam dan teliti setiap muka surat, saya nampak 70 % ianya memihak kepada pakatan pembangkang. Tidak mengapalah, mereka akhbar komuniti dan sekarang Selangor ditadbir oleh pakatan pembangkang maka sudah tentulah banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan negeri perlu mendapat perhatian media komuniti seperti Sinar Harian. Itu kita kena terima hakikat dan kita perlu bersetuju.

Tetapi saya ada dua perkara yang nak dikatakan mengenai Sinar Harian.

Pertama, keistimewaan yang dinikmati oleh Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin dalam Sinar Harian. Dalam Malaysia kita ada 36 orang setpol kepada menteri-menteri kabinet dan di Semenanjung Malaysia ada 11 orang setpol kepada MB dan KM termasuklah 4 negeri yang diperintah kerajaan pakatan. Untuk Sabah dan Sarawak saya tidak masukan kerana Sinar Harian tidak terdapat di sana.

Sistem dalam negara kita hanya PM, TPM,Menteri dan MB atau KM sahaja yang diperuntukan setiausaha politik dan mereka diiktiraf. Mana-mana pemimpin lain yang ada setpol selain daripada yang saya nyatakan diatas, maka setpol mereka adalah setpol yang tidak diiktiraf atau dalam bahasa mudah dipanggil setpol haram. Salah seorang setpol haram yang pernah wujud di negara kita adalah Teoh Beng Hock.

Berbalik kepada perkara asal, dalam Malaysia sekarang kita ada keseluruhannya 47 orang setpol termasuk Faekah. Tetapi daripada 47 orang mereka ini kenapa Faekah seorang sahaja yang terlalu istimewa di mata Sinar Harian ? 46 orang lagi tidak mendapat layanan seistimewa itu.

Dalam seminggu boleh dikatakan 5-6 hari akan ada sahaja berita mengenai Faekah atau kenyataan akhbarnya. Malah ada masanya mendapat liputan muka depan Sinar Harian. Apa istimewanya Faekah dengan Sinar Harian ? adakah Faekah pemegang saham dalam Karangkraf ? atau ada 'deal' di belakang tabir ? Wallahualam , itu saya tak berani nak kata. Yang saya berani kata Faekah terlalu istimewa di mata Sinar Harian berbanding dengan setpol-setpol lain yang ada dalam Malaysia. Pasti ada sesuatu yang tidak kita ketahui.

Perkara kedua pula yang saya nak perkatakan tentang Sinar Harian adalah pembohongannya. Saya berani guna istilah bohong kerana saya ada bukti. Maaf kepada Sinar Harian jika bahasa itu kasar.

Jumaat malam sabtu, PKR mengadakan satu majlis yang dinamakan Rapat Umum PKR Selangor bagi menerangkan konflik dalaman mereka. Tempatnya di Auditorium MBSA , Shah Alam. Majlis dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Syed Hussin , Azmin dan Khalid Ibrahim.

Semasa majlis tersebut berlangsung saya telah mendapat maklumat mengenai tentang jumlah kehadiran ahli-ahli PKR. Menurut sumber yang saya dapat kehadiran antara 1500-2000 orang. Angka itu logik apabila dibandingkan dengan keluasan auditorium tersebut.

Manakala semalam saya sempat melihat rakaman video program itu yang dirakam oleh seorang teman yang berada di dalam acara tersebut. Dalam jemputan yang diterima wakil media juga menyatakan majlis tersebut adalah amanat kepada 1500 ahli-ahli PKR Selangor.

Sinar Harian ms N2 hari ini

Tetapi hari ini apabila melihat laporan di muka surat N2 Sinar Harian saya terkejut, mereka menyatakan jumlah kehadiran ahli PKR pada program tersebut seramai 5000 ahli.

Terus terlintas di fikiran saya tak mungkin auditorium tersebut dapat memuatkan 5000 orang. Ini kerana saya juga telah beberapa kali masuk ke tempat itu. Rakaman video yang saya lihat pula tidak nampak orang melimpah ruah sehingga terpaksa berdiri atau duduk diatas lantai. Rakaman itu menunjukkan semua orang yang hadir berada di kerusi yang disediakan di dalam auditorium, malah masih ada lagi kerusi yang kosong.


Untuk mendapat kepastian saya membuat semakan di laman web MBSA bagi mendapatkan kapisiti tempat duduk auditorium berkenaan. Daripada semakan yang dilakukan menunjukan auditorium tersebut hanya boleh memuatkan 1400 orang. Rujuk di sini

Maknanya angka 1500-2000 orang yang diperkatakan sebelum itu hampir tepat. Ini kerana ianya dibuat mengikut kiraan mata kasar.

Bagaimana Sinar Harian boleh dapat angka 5000 orang ? Adakah Sinar Harian telah diarah untuk menulis angka itu oleh orang lain ? atau Sinar Harian sebuah akhbar yang memihak kepada PKR kemudian menipu rakyat dengan mengatakan mereka sebuah akhbar yang bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak ?

Apa pun jawapan atau alasan mereka, pada saya Sinar Harian sebuah akhbar yang pembohong. Tidak salah untuk saya menggunakan perkataan bohong kerana Sinar Harian akhbar yang boleh dikatakan memihak kepada PKR dan saya sebagai musuh PKR boleh gunakan istilah itu sebagaimana juak-juak PKR guna istilah itu kepada akhbar arus perdana yang lain.

Rakan-rakan sekalian, kalau saya nak tulis pasal buruk Sinar Harian banyak benda lagi yang saya boleh tulis. Tetapi saya tidak mahu menulisnya kerana memikirkan ianya sebuah syarikat milik bumiputra.

Pembaca semua kena ingat, sebagai sebuah akhbar, Sinar Harian berbeza dengan blog-blog yang wujud bagai cendawan tumbuh sekarang ini. Kedudukan mereka sebagai sebuah akhbar berada lebih atas daripada blog-blog polong yang tidak bertuan ini.

Kalau blog lapor berita yang tidak benar, orang tak pelik, sebab blog itu hanya tukang sensasikan cerita dan orang baca blog untuk dapatkan berita yang mereka tidak dapat di akhbar. Ini kerana akhbar penuh dengan peraturan, etika dan polisi yang perlu dipatuhi. Blog tidak perlu ada semua itu dan blog pula boleh dibuka dan ditutup bila-bila masa.

Update@6.25pm:

Ada orang tanya betul ke ? Kalau fitnah bagaimana ?

Nak tengok ianya fitnah atau betul lihat gambar-gambar di sini.

Friday, November 19, 2010

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Hari ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali.

Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yang bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis.

Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang melayu. Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka untuk menakutkan orang-orang melayu daripada menyokong Umno.

Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. Benda-benda itu semualah yang menjadikan pengikut mereka ekstrem dan menganggap Umno adalah musuh yang perlu dihapuskan serta melawan Umno adalah jihad.

Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata". Sumber: sini

Selain daripada itu Haji Hadi sendiri juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 7.April.1981 di Kg Banggol Peradong ,Kuala Trengganu yang berbunyi,

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas, antaranya sembahyang dua iman, tak boleh pergi kenduri orang Umno, tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau, dibenci dan sebagainya. Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.

Itulah politik kotor , politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diamalkan oleh Pas dalam usaha mereka menumbangkan Umno. Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka berselindung di sebalik jubah, ketayap, serban , janggut , tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran serta hadis di mulut. Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa, kerana apa ? kerana itulah yang diulang-ulangkan di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun sejak Pas ditubuhkan sehingga kini.

Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.

Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya.

Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.

Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yang ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka.

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.

Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yang ramai. Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yang ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas-pentas ceramah. Pada masa itu Hassan Ali dipuja, dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang masa.

Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas. Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung. Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.

Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia. Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.

Dalam pru 2008, bukan setakat Hassan Ali yang menang, ramai lagi pemimpin yang menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. Jika ditakdirkan Hassan tak menang pun , Pas masih boleh menubuh kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ? beliau tidak lagi sepenting tahun dulu. Musuhnya kiri kanan dalam Pas. Asal buka mulut sahaja kena balun. Bertanding jawatan dalam Pas pun kalah. Bagi mereka Hassan Ali tak penting lagi sekarang.

Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas. Bezanya, Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar. Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis. Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.
Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan.

Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama.

Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik.

Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...

Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.

Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.

Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.

Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan

Kepada penghantar komen di bawah. Saya berada dalam keadaan serba salah untuk melepaskan komen anda. Kalau tak lepas , 99.9% komen anda menarik. Kalau lepas pula boleh jadi masalah sebab ada 0.1 % ayat yang tak sesuai dan boleh jadi isu besar. Maka saya ambil keputusan untuk lepas dulu kemudian copy bawa ke sini dan edit yang tak sesuai itu serta delete komen asal anda di ruangan komen.

Anon 11:07

Anda jangan lar nak marah2 pulak.
Kalu nak baca memali versi hangpas pegi blog pro hangpas..kat sana ko boleh tersengeh-sengeh baca macam beruk..cerita karut hangpas..

Untuk pengetahuan juak2 ini apa yang ditulis olih RBF adalah benar..aku berumur 25 tahun masa tu..

Memang PAS pada masa itu ekstrim gila2 punya....Apa yang Hj Hadi ucap masih ada lagi sekarang dalam bentuk kaset dan risalah2 yang disimpn olih pihak kerajaan terutamanya pihak polis..

Bahkan mereka yang pergi letupkan sana sini dan seterusnya melarikan diri ke Indonesia berjihad kononnya,adalah puak2 PAS jua.Polis tahu ini...

Dan sesiapa yang ada saudara mara yang terlibat dengan aktiviti2 ini amat tahu anutan parti mana indIvidu2 yang buat kerja sia2 ini.

Aku kenal seseorang yang pergi berjuang di Indonesia meninggalkan anak isteri dengan harapan mati syahid disna.Tahu siapakah yang datang menghantar duit belanja kepada anak isterinya?

AHLI AHLI PAS..

walaupun kepimpinan PAS tak mengaku..hakikatnya beliau adalah ahli PAS sampai sekarang..

Sebab itulah PAS bertungkus lumus berjuang untuk mansuhkan ISA,sebab majoriti yang menghuni kem tersebut terdiri dari ahli2nya.termasuklah anak nik Ajis.

Inilah tarbiah PAS yang dipelupori olih Hj Hadi pada masa itu.Kerana didalam PAS pada masa itu ujud 2 gulongan 1 gulongan yang sederhana dan satu lagi yang dipimpin olih Hj Hadi yang menghukum orang2 UMNO kafir belaka.

Dan pada masa itu puak2 inilah yang mendominasi kepimpinan PAS tanpa dapat dikawal olih Almarhum Ust Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor.Dan almarhum adalah salah seorang dari pengikut group Hj Hadi..tanya Ustaz Nakhaei mengenai ini...

Bahkan Hj Hadi pada masa itu dilihat lebih berpengaruh dari presiden PAS ketika itu.Beliaulah yang mengadu domba umat Islam di Malaysia menghukum kafir terhadap orang2 yang tidak menyertai PAS.

Kini selepas 25 tahun,anda lihat sendiri HJ Hadi yang dah tua dan buat2 tak bersalah atas kejadian Memali,sedangkan ia adalah natijah dari ceramah2nya 25 tahun yang lampau.

Sebaliknya para pemimpin PAS pada zaman itu yang sama2 melaungkan perkataan2 kafir,taghut,assobiah masih hidup ketika ini dan merasa tidak bersalah atas ketelanjuran mereka sehingga mencetuskan tragedi Memali.

Mereka inilah yang patut muhasabah diri setelah genap 25 tahun tragedi yang sebenarnya dicetuskan olih mereka.

Kita lihat tika ini betapa bercelarunya puak2 pemimpin PAS sekarang setelah ALLAH memberikan dedikit kuasa.

Hj Hadi,Nik Ajis dah boleh tolerate jika DAP sanggah hukum hudud.Mana ayat kafir,toghut,assobiah,islam suku mereka...mana dia..hj hadi siap bolih peluk lim kit siang...nik ajis bolih bermesra dengan Lee Kuan Yew..siap pergi ziarah isteri LKY yang xxxxxx kat singapura..sedangkan Sultan sendiri sakit kat singapura dia tak pegi...

Inilah hukum ALLAH yang menterbalikkan KEADAAN namun puak2 ini masih tak sedar..mereka sangka ia adalah cobaan..cobaan..cobaan..tapi sebenar nya BALA ALLAH..

INSYAALLAH PAS AKAN KECUNDANG DALAM PRU YANG AKAN DATANG...

MP Ipoh Barat Keluar DAP ?

Setelah dilanda pelbagai masalah dan kalah dalam pemilihan DAP Perak ahad lepas, ada desas-desus mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran akan umumkan keluar parti dalam masa terdekat.

Difahamkan beliau akan menyertai MIUP (Malaysia Indian United Parti), parti pimpinan Datuk Nallakaruppan.

Dikatakan satu perbincangan telah diadakan antara beliau dengan Datuk Nalla beberapa hari lepas. Sebab itulah semalam Kula mengumumkan dia menolak jawatan lantikan sebagai Naib Pengerusi.

Selain beliau, difahamkan seorang lagi Adun DAP juga akan mengikut jejak langkah Kula dengan menyertai MIUP.

Thursday, November 18, 2010

KJ vs Husam: Apa Cerita Ni ?

Dipetik dari blog GAP

ini kisah saman ecm libra terhadap husam musa.

ceritanya bermula begini. khairy arah ecm libra dan avenue capital bergabung untuk dijadikan bank. senarionya makin menjadi bualan apabila anak muda bernama khairy mampu membeli saham ecm libra dengan jumlah RM9.2 juta seterusnnya berjaya menguasai syarikat ini dengan proksi yang lain seperti kalimullah hasan.

husam telah menulis 2 artikel panjang lebar tentang pembelian kontroversi ini.kj tak puashati pasal husam telah mencemarkan namanya.

sebelum menyaman husam, khairy telah melakukan ex parte atau bahasa mudahnya menghalang pihak yang berkenaan melakukan fitnah sekali lagi. saman seterusnya dilakukan selepas langkah pertama dilakukan.

pada waktu itu kedua young turks ini sedang menggapai usaha untuk menaikkan nama. cabaran antara mereka terus dilakukan dalam sesi debat hudud dan negara islam di kota baru beberapa tahun lepas.

hari ini semuanya dah jadi sejarah.

SEJARAH KERANA KHAIRY DAN HUSAM DAH SELESAIKAN KES SAMAN ECM LIBRA TERHADAP HUSAM DI LUAR MAHKAMAH !

kenapa tak teruskan saman akan kami dedahkan sedikit masa lagi.

RBF : Apa cerita ni ?

Depan rakyat kamu semua bergaduh, belakang rakyat kamu cemolot.

Kenapa KJ tarik balik saman ?

Kenapa Husam setuju ?

KJ kata dia di pihak yang benar dan Husam juga kata dia di pihak yang benar. Selepas itu diam-diam selesaikan luar mahkamah.

Kalau masing-masing berada di pihak yang benar teruskanlah berentap. Rakyat nak lihat siapa yang benar.

Kamu berdua tidak layak menjadi pemimpin, kerana menipu rakyat. Semasa nak saman kecoh satu negara. Bila tarik balik kes diam-diam sahaja. Seolah-olah masing-masing ada sesuatu yang nak disorok kepada rakyat.

Yang Umno kena tipu dengan KJ.

Yang Pas kena tipu dengan Husam.




Lagi Penyelewengan Dalam Yayasan Selangor

Dipetik dari Selangor Daily



Mengikut carian kami di SSM, syarikat berkenaan ditubuhkan pada 13.05.2008 iaitu kira-kira tiga bulan selepas PKR memerintah Selangor. Apabila dilihat jenis-jenis perniagaan yang tercatat di dalamnya tidak ada satu patah perkataan yang dicatit menunjukan syarikat berkenaan menjalankan perniagaan membekal atau menjahit pakaian dan juga tekstil. Sila rujuk kepada salinan SSM di atas.

Cerita lanjut ada di sini

Rompak selagi boleh sebelum kalah pilihanraya.

Wednesday, November 17, 2010

Labbaik Allah Humma Labbaik



Di dalam jutaan Hamba Allah inilah adanya Nik Aziz, adanya Mustafa Mohamad,adanya Zambry Kadir, Mukhriz Mahathir. Mereka semua memakai kain ihram yang sama dan buat ibadat yang sama. Tiada kain ihram ahli syurga untuk pemimpin Pas dan tiada kain ihram ahli neraka untuk pemimpin Umno.

Syurga dan neraka semuanya kerja Allah SWT, bukannya kerja Nik Aziz

Semoga Allah SWT membuka pintu hati Nik Aziz dan semoga beliau bertanggungjawab untuk membetulkan kembali, kesesatan dan perpecahan yang beliau lakukan terhadap umat Islam di Malaysia.
Islam bukan Pas milik sahaja. Ianya milik semua manusia yang dibenarkan masuk menjejak kaki mereka Tanah Haram, Mekah.
Adakah lelaki ini tidak masuk syurga kerana tidak mengundi Pas ?
Jika di Malaysia sudah tentu mereka-mereka ini digelar anjing kerajaan oleh juak-juak Pas, PKR dan DAP. Inilah manusia-manusia yang bertanggungjawab menjaga keselamatan jemaah haji sepanjang musim haji. Tugas mereka sama seperti polis-polis yang menjaga keselamatan kita dan negara kita. Pengorbanan mereka semua amat besar sekali. Kerja seperti mereka juga tergolong dalam ibadah. Ibadah bukan hanya sembahyang, puasa, , zakat, haji ,baca quran,tahlil dan doa sahaja.


Tuesday, November 16, 2010

Pas Sedia Ganti Umno ?

Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pas kerana sudi letak nama Umno sebesar-besarnya dalam program mereka.

Mengikut kata blogger GAP yang berjaya menyusup masuk ke program tersebut tempohari perkataan Umno lebih besar dari perkataan Pas.

Pas nak ganti Umno ke ?

Boleh ke ?

Betul ke ?

Tak percayalah saya.

Kenapa kau tak percaya rbf ?

Bagaimana nak percaya jika kerusi Pas di Galas pun Umno dah ganti, lebih malang pula di negeri yang diperintah oleh Pas dan lebih malang lagi ketua pemerintahnya pemimpin nombor satu dalam hairaki Pas.

Lagi PAS nak bercakap nak ganti Umno ke ?

Wa !

Kah !

Kah !

Kah !

Kah !

Kah !

Klik sini