Friday, December 31, 2010

Pemimpin Pas Minta Langkah Mayatnya Sebelum Usik Karpal

Ahli Parlimen Kota Bharu daripada parti Pas memberitahu sesiapa yang cuba usik Karpal Singh perlu langkah mayatnya dulu.

Tulisan dan video di bawah dipetik dari minaq-jinggo.fotopages.com
Karpal Singh pernah mengucapkan "OVER MY DEAD BODY" ketika PAS beretorik hendak mengujudkan negara yang berteraskan hukum hudud. Begitu kuat sekali tentangan Karpal, Pengerusi DAP terhadap perjuangan PAS ketika itu. Malangnya Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rahim, Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu telah mengucapkan kata2 yang membawa erti beliau sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh sekiranya ada pihak2 yang yang ingin mengapa apakan beliau disebabkan "OVER MY DEAD BODY".

Apakah implikasi tindakkan Cikgu Rahim?? Adakah beliau sanggup bersekongkol melakukan apa saja untuk menidakkan perlaksanaan hukum hudud?? Adakah ianya menunjukkan PAS begitu terdesak tunduk kepada DAP untuk mendapat sokongan undi bukan Melayu/Islam ?? DAP tidak pernah tunduk atau menunjukkan tanda terdesak mereka untuk mendapatkan undi Melayu/Islam. Karpal pun tidak pernah menarik balik apa yang telah beliau ucapkan.

Kepada kawan2 dalam PAS saya minta untuk kita sama2 memperhalusi ucapan Cikgu Rahim dalam clip video ini. Implikasi nya mungkin lebih hebat dari yang kita mungkin terfikir dengan sekali menonton video tersebut....



komen....

komen....

Anda komen dulu, saya akan ulas lanjut kemudian.

Thursday, December 30, 2010

Terima Kasih Teresa Kok

Petang tadi semasa sedang menunggu pemain-pemain Malaysia keluar ke balai ketibaan di KLIA sekumpulan anak-anak muda melayu mengisi lapang tersebut dengan nyanyian, dan lagu-lagu yang dinyanyikan kebanyakan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri.

Salah satu lagu yang dinyanyikan berbunyi,

Terima kasih...

Terima kasihhhhh....

K Rajagopallll...

Terima kasih...

Terima kasihhhhh....

K Rajagopallll...

Itu yang mereka nyanyikan.

Sekarang rbf pula nak menyanyi.

Terima kasih...

Terima kasihhhhh....

Teresaaaa Kokkkkkk...

Terima kasih...

Terima kasihhhhh....

Teresaaaa Kokkkkkk...

Mungkin ada yang bertanya kenapa saya bernyanyi begitu ?

Saya bernyanyi begitu kerana rasa gembira dengan kenyataan yang dibuat oleh si pemakan makanan anjing semasa dalam tahanan ISA , Teresa Kok.

Hari ini dia buat kenyataan minta Datuk Seri Najib (DSN) memohon maaf kerana "menyah-kristiankan" pada satu majlis sambutan Krismas yang dihadiri oleh DSN. Sila lihat di sini

Si pemakan makanan anjing tersebut membuat kenyataan begitu dengan tujuan untuk memerangkap DSN supaya penganut kristian menjadi benci kepada beliau.

Kepada rakan-rakan blogger, tolong jangan marahkan kepada si pemakan makanan anjing itu. Jangan marahkan dia kerana dia telah memberi bola tanggung kepada kita.

Kita gunakan balik kenyataan dia untuk perangkap dia supaya orang-orang melayu jadi benci kepadanya dan parti yang sekutu dengannya.

Kenyataan yang dibuat oleh si pemakan makanan anjing tersebut telah membuktikan DSN jauh berbeza dengan pemimpin-pemimpin Pas, PKR dan DAP yang sanggup buat apa sahaja demi undi.

DSN seorang yang berprinsip, tidak timbul soal beliau tidak menghormati agama lain atau menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia. Kalau nak nafi dah lama tiada gereja di Malaysia.

Kalau beliau tidak hormat kepada penganut agama lain, maka beliau tidak akan pergi ke majlis itu.

Saya merasakan tujuan JPM meminta salib diturunkan bertujuan untuk mengelak perangkap puak-puak beruk sebelah sana. Jika salib berada di situ dan nyanyian lagu-lagu pemujaan dinyanyikan, sudah pasti ada anak-anak beruk upahan yang merakam gambar atau video dan kemudiannya pergi edar ke kawasan-kawasan orang melayu kononnya DSN sanggup bersekongkol dengan orang-orang kristian kerana undi.

Sekarang kita semua sudah boleh lihat bagaimana tebalnya sifat kristian Teresa Kok walaupun Pas kata DAP sudah banyak terima hidayah sejak berkawan dengan mereka.

Apabila melihat tebalnya sifat kristian dia sekarang ini, maka sahlah sudah apa yang dikatakan sebelum ini yang beliau meminta supaya azan subuh diperlahankan. Sekarang sudah terbukti siapa dia Theresa Kok.

Kepada orang-orang melayu nak percaya lagikah kepada pemimpin-pemimpin kristian DAP ? Kalau ditakdirkan mereka memerintah kelak hancurlah islam di bumi Malaysia. Sana sini kita pergi semuanya salib dan gereja.

Terima kasih...

Terima kasihhhhh....


Teresaaaa Kokkkkkk...


Terima kasih...


Terima kasihhhhh....


Teresaaaa Kokkkkkk...

Kita tunggu apa reaksi pemimpin Pas.

Ambo nak dengar sangat komen Khalid John Samad, dan Nizar Tony Jamaluddin.

Harun Din dan ahli-ahli dewan ulama Pas serta Ketua Pemuda Pas pasti puji tindakan yang diambil oleh DSN.

Jom Pergi KLIA Sambut Skuad Bolasepak Negara

Jom kita ramai-ramai ke KLIA sambut skuad bolasepak negara.

Mereka dijangka tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 di KLIA jam 2.10 petang

Jangan lupa bawa bendera Malaysia.

Kalau boleh bawa bendera 1 Malaysia banyak-banyak.

Kita nak lihat siapa yang berani marah atau rampas bendera 1 Malaysia yang kita kibarkan di KLIA yang terletak dalam negeri Selangor.

Nik Aziz Kini Sudah Jadi Bahan Lawak Jenaka

Sumber gambar : http://joezuax.blogspot.com

Ada kalanya saya merasa kasihan sungguh melihat nasib yang menimpa Nik Aziz di pengakhir usia politiknya dan mungkin juga di akhir usianya.

Dulu walaupun bermusuh macamana sekali pun antara Umno dan Pas, perasaan hormat orang-orang Umno kepadanya tetap ada. Kalau tidak banyak sekali pun , sedikit tetap ada.

Ada kalanya tidak menjadi masalah kepada orang-orang Umno untuk mengundi Pas kerana kebanyakan orang-orang Umno mengamalkan demokrasi yang tulen. Contoh boleh dilihat dalam pru 12. Kemenangan Pas dalam pru itu tidak boleh dinafikan turut disumbangkan oleh orang-orang Umno sendiri.

Kini, kita semua boleh lihat bagaimana orang tidak lagi menghormati Nik Aziz. Saban hari kita boleh lihat bagaimana Nik Aziz dipermainkan, di jadikan bahan lawak jenaka atau gelak ketawa. Perasaan hormat orang kepadanya telah hilang. Dia masih hidup pun orang sanggup sebar khabar angin kononnya dia telah mati. Sampai tahap itu sekali.

Semuanya kerana apa ?

Kerana balasan dari Allah SWT.

Daripada seorang yang dihormati, kini dijadikan bahan lawak jenaka atau gelak ketawa.

Sebab apa ?

Sebab mulutnya dan itu semua adalah gerak geri tuhan. Allah SWT bukakan pintu hatinya, fikirannya dan mulutnya untuk bercakap benda mengarut-mengarut bagi menunjukkan sikap sebenar Nik Aziz kepada rakyat yang selama ini berselindung disebalik nama tok guru dan gelaran ulama. Tanpa izin dan gerak geri daripada Allah SWT, Nik Aziz tidak akan bercakap benda yang mengarut.

Satu sebab lagi kerana dulu pun dia tidak pernah halang orang-orang dia mempermainkan pemimpin-pemimpin parti lawan, membuat tuduhan palsu, memberi pelbagai gelaran buruk atau membuat fitnah yang bukan-bukan.

Allah maha kaya dan sentiasa adil terhadap umatnya. Sekarang giliran dia pula yang kena. Sekarang baru dia nak melalak kononnya jurublog tak tahu dosa dan pahala. Habis tu, penceramah Pas atas pentas tahu dosa dan pahala ke ?

Ingatlah tok guru, kita hidup hanya sementara. Tiada siapa yang mampu menongkat langit dalam dunia ini. Apatah lagi orang yang di penghujung usia seperti tok guru. Gunakanlah saki baki kehidupan yang ada ini kearah jalan kebaikan. Insaf dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat. Masih ada peluang untuk memperbaiki kesilapan.

Janganlah tok guru asyik ingat Pas sahaja yang bersih, suci dan maksum selama ini manakala Umno penuh dengan kejahatan dan kejahilan. Cuba tok guru duduk diam-diam dan tanya diri sendiri, bersihkan dan sucikah Pas dan pemimpin-pemimpinnya selama ini ?

Jawablah sejujurnya wahai tok guru, jangan tipu diri sendiri.

Dalam dunia ini orang islam walaupun bermusuh macamana sekalipun , mereka boleh bertolak ansur dan mereka tetap mengadap kiblat yang sama. Tetapi sikap tok guru lain, tok guru keras kepala dan jadikan Umno seolah-olah zionis yang perlu dimusuhi sepanjang zaman dan seolah-olah tiada sekelumit pun jasa Umno terhadap tok guru.

Cuba tok guru duduk diam-diam sekali lagi dan tanya diri sendiri, tiadakah jasa Umno kepada tok guru sepanjang kehidupan tok guru ? Jawab dengan ikhlas tok guru, jangan tipu diri sendiri.

Siapakah yang menyelamatkan tok guru dari *P** ? Ambo tahu cerita sebenar wahai tok guru. Tetapi ambo tidak sampai hati nak tulis di sini.

Kalau tidak kerana orang Umno, tok guru dah duduk dalam ka****g ma***mah.

Kami pihak blogger-blogger pro kerajaan tidak menjadi masalah untuk berhenti atau kurangkan menyerang tok guru dan Pas dalam dunia cyber, tetapi dengan syarat tok guru kena pastikan orang-orang tok guru dan tok guru sendiri buat perkara yang sama.

Kita boleh sama-sama mainkan permainan bersih, sampai hari mengundi, siapa yang rakyat nak undi mereka punya pasal.

Semoga terbuka pintu hati tok guru untuk kembali ke pangkal jalan dan gunakan saki baki sisa kehidupan ke arah jalan kebaikan bukannya ke arah memecah belahkan umat. Amin...

Wednesday, December 29, 2010

Sungguh Melucukan, Anwar Termakan Provokasi Rakyat

Terlalu jarang rbf membuat posting tengah-tengah malam begini. Tetapi hari ini terpaksa buat juga. Kalau tak buat , tak boleh tidur.

Bendanya sungguh melucukan. Sebab itu saya kata, kalau tak tulis saya tak boleh tidur. Dah setengah jam saya duduk ketawa sendirian, sampai sakit kepala.

Lucu apabila mengenangkan sikap Anwar Ibrahim. Macam perangai Nik Aziz juga.

Seseorang yang bernama Haji Shukri Suratman tweet Anwar, katanya,

Cameraman tak patut, ambil gambar safee sali sedang tonggeng...

Yang membuatkan saya tak boleh tahan adalah kerana Anwar jawab apa yang ditweet oleh Shukri. Cara jawapannya pula macam orang yang angin satu badan.

Kata Anwar,

Nama haji kaki fitnah,fasiq

Itulah yang membuatkan saya ketawa sampai sakit kepala.

Sungguh tak saya sangka, orang yang digambarkan hebat macam Anwar boleh termakan provokasi rakyat biasa. Sudahlah dia termakan provokasi, jawapannya pula macam budak-budak.

Wa kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Anwar oh Anwar, kau lebih kurang Nik Aziz juga.

Boleh lihat di sini dan di sini

Tahniah kepada Haji Shukri Suratman, kerana berjaya membikinkan Anwar Ibrahim naik angin.

Bukti Nik Aziz Bersalah Melantik Menantunya




Minit mesyuarat ini membuktikan Nik Aziz melantik Ariffahmi dengan cara yang salah.

Kemudian ada percubaan menipu SPRM dengan menukar minit mesyuarat.

Rancangan itu tidak berjaya, kerana perkara sebenar telah diketahui oleh SPRM.

Yang menjadi persoalannya, walaupun diketahui oleh SPRM , tetapi mengapa SPRM masih mengatakan Nik Aziz tidak bersalah.

Benda-benda beginilah yang membuatkan kita pening.

Satu pendedahan yang menggemparkan dari blog Gelombang Merah. Klik sini

Ahli Parlimen Serdang Buat Hal Di Masjid Pula

Saya nak sambung apa yang ditulis oleh blogger GAP semalam.

Selepas menimbulkan kontrovesi kerana menyampaikan tazkirah di dalam surau di Kajang pada bulan Ramadhan yang lepas, sekarang di bulan Muharram sekali lagi Ahli Parlimen Serdang dari parti DAP membuat hal.

Jika dulu , dia masuk ke dalam surau, sekarang dia masuk ke dalam perkarangan masjid pula dengan memakai baju ketat yang menonjolkan susuk buah dada dan bersenamrobik bersama-sama lelaki di dalam pagar masjid. Kejadian kali ini berlaku di Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong.
Menurut catatan di blognya acara senamrobik tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
The 1st programme of Karnival Maal Hijrah at Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong this morning was aerobic exercise. This is definately a good start for the day. Regular exercise makes one healthier and happier. ;-)
Klik di sini

Sepertimana yang umum ketahui , di negeri Selangor exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama islam termasuklah masjid dan surau adalah Datuk Dr Hassan Ali daripada parti Pas.

Apakah islam yang diperjuangkan Pas berbeza di setiap negeri ?

Di Kelantan, kaunter bayaran di pasaraya diasingkan antara wanita dan lelaki. Tidak cukup dengan itu , tempat duduk lelaki dan wanita juga di asingkan dalam majlis-majlis rasmi. Manakala sukan pula diadakan sukan khas untuk wanita. Tidak cukup lagi dengan itu, konsert atau persembahan artis wanita pula, hanya kaum wanita sahaja yang boleh menontonnya.

Akan tetapi 'fatwa' Pas di Selangor berbeza. Lelaki dan wanita dibenarkan bersenamrobik bersama dalam kawasan masjid tanpa sebarang pengasingan.

Lebih 'manis' lagi acara senamrobik bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dan wakil rakyatnya memakai baju yang ketat sehingga menampakkan susuk buah dada adalah sebahagian daripada acara sambutan Maal Hijrah.
Baguslah kalau begitu, tahun depan mungkin masjid berkenaan boleh anjurkan pesta tari menari pula dalam kawasan masjid sebagai sebahagian daripada acara sambutan Maal Hijrah. Jangan lupa jemput yb datang dan pakai skirt pendek untuk menari.

Kalau beginilah caranya tidak mustahil satu hari nanti acara sambutan Maulidul Rasul pun disambut dengan memotong kek dan meniup lilin sambil diiringi dengan lagu happy birthday. Nauzubillah...

Semuanya kerana undi, Pas nak kejar undi kaum cina, manakala DAP nak dapatkan undi kaum melayu. Sejarah telah membuktikan Pas dan DAP sanggup buat apa saja demi untuk mendapatkan undi. Kalimah Allah pun Pas sanggup jual demi kerana undi. Manakala DAP pula belajar hafal ayat-ayat Quran untuk dibacakan di atas pentas ceramah dan masuk ke masjid-masjid serta surau. Semuanya kerana satu niat, mengejar undi.








Disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 30.Dec.2010

Astagfirullah....Siapa Yang Buat Kerja Pelik-Pelik Tu ?

Kekadang saya pun tak faham juga dengan perangai manusia, soal orang mati pun dibuat main-main. Kalau kita nak bergurau pun carilah cara lain. Jangan pula orang yang masih hidup dan sihat, kita pergi sebar khabar angin dia telah meninggal dunia.

Utusan Online hari melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf kepadanya. Sini

Astagfirullah, siapalah yang sanggup menyebarkan khabar angin tok guru kesayanganku Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia. Haram jadah mana yang buat kerja itu ? Kepada sesiapa yang menyebarkan khabar angin itu tolong minta maaf dengan MB Kelantan.

Dia dah kata yang dia tidak akan ampun dan orang itu akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi tidak minta maaf dengannya.

Oleh yang demikian, sekali lagi saya nak ulang, kepada sesiapa yang menyebar berita fitnah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan kononnya dia telah meninggal dunia tolonglah pergi minta maaf dengan dia.

Saya tidak tahu siapa orangnya, saya tidak buat. Saya mengaku saya ada menulis berita Nik Aziz meninggal dunia dalam blog celako ini pada isnin malam selasa. Tetapi saya tidak maksudkan kepada Datuk Nik Aziz ,MB Kelantan. Anda boleh lihat dengan jelas apa yang saya tulis di sini.

Saya sudah selamat dan saya tidak perlu meminta maaf kepadanya. Kepada orang yang buat, kamu pergilah minta maaf.

Jika rakan-rakan semua nak tahu, sayalah antara orang yang sayang kepada MB Kelantan. Setiap hari saya berdoa supaya beliau dipanjangkan umur sekurang-kurangnya sehingga p/raya ke 13.

Kasih sayang saya kepadanya bukan setakat berdoa sahaja. Kalau saya tidak mendengar berita tok guru Nik Aziz dalam masa 2-3 hari maka saya akan mula gelabah. Saya tertanya-tanya kemana perginya beliau, sakitkah.

Saya paling runsing kalau beliau mendiamkan diri. Saya cukup suka apabila beliau bercakap atau membuat kenyataan-kenyataan media kerana ianya membawa rahmat kepada saya.

Lihatlah betapa kasih dan sayangnya saya kepada beliau. Malah saya merasakan kasih dan sayang saya kepada beliau melebihi dari orang-orang Pas.

Kenapa saya begitu ? kerana dalam Pas sekarang kebanyakan orang minta supaya dia berhenti. Itulah buktinya mereka tak sayang beliau. Manakala saya pula tidak minta dia berhenti kerana dengan adanya beliau ianya membawa rahmat.

Kepada tok guru Nik Aziz, MB Kelantan, teruskan perjuangan. Saya sentiasa berdiri teguh belakang tok guru. Satu perkara lagi, kalau boleh tok guru kerap-keraplah sikit bercakap dengan wartawan. Saya rindu kepada kenyataan-kenyataan tok guru.

Tuesday, December 28, 2010

Faekah Senggugut, Yang Ini Apa Dia ?

Wow ! Setpol pun pakai baju istiadat juga
Sekali tengok seperti orang yang ada masalah mental
Dua kali tengok macam orang cacat
Tiga kali tengok, baru kita tahu, itulah wajah orang bebal

Selangor Daily semalam melaporkan bahawa Faekah mengumumkan pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia di Selangor adalah arahan kerajaan pak-khatan rakyat yang memerintah Selangor. Sini

Nampak sangat itu arahan bodoh. Terima kasihlah Faekah kerana berjaya membuktikan kerajaan kamu sebuah kerajaan yang bodoh.

Opsss, sebelum saya pergi lebih jauh dan terlupa saya nak beritahu sikit tentang Faekah sepertimana yang ditulis oleh Cucu Tok Selampit. Kata Cucu Tok Selampit, Faekah berpenyakit senggugut. Mengikut kata orang tua-tua di negara Greece kebiasaannya anak dara tua kalau senggugut, bahagian sulit mereka mengeluarkan bau busuk yang kuat.

Ada juga orang kata dia adalah jenis perempuan yang mengamal seks dengan kaum sejenis atau pun dipanggil lesbian. Itu orang kata, bukan saya yang kata, saya tak berani nak tuduh, kerana saya tidak pasti. Sini atau sini

Berbalik kepada perkara asal yang nak diperkatakan iaitu tentang logo 1 Malaysia.

Sebuah kedai di Banting telah disaman kerana mempamerkan logo 1 Malaysia di papan tandanya. Pekedai itu juga diarahkan untuk menurunkan papan tanda itu selaras dengan arahan Kerajaan Selangor yang mengharamkan penggunaan logo itu di Selangor.

Dengan sombongnya di anak dara tua itu berkata,
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mengiktiraf slogan 1 Malaysia kerana mendakwa ianya memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri itu.

Pakatan Rakyat Selangor
tidak mengharapkan kerajaan persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Sumber di sini

Itu katanya,

Helo Faekah, kalau aku dapat buktikan ada GLC di bawah kerajaan persekutuan mempromosikan agenda kerajaan negeri Selangor, apa kau nak bagi kepada aku ?

Hah !

Apaaaaaaaaaaa ?

Kau nak nikah dengan aku ?


Tak mahulah aku nikah dengan kau kerana kau senggugut.



Gambar di bawah membuktikan segalanya

Gambar tersebut dirakam di lobi Proton pada bulan November yang lepas.

Kaunter yang dibuka di situ adalah kaunter Promosi Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS) iaitu salah satu agenda Kerajaan Selangor.

Proton adalah sebuah GLC dibawah kerajaan pusat. Tidak ada masalah pun, kerajaan pusat tidak halang pun kerajaan pak-khatan rakyat menjalankan agenda mereka dalam premis GLC yang berada di bawah naungan mereka. Bukan macam kau orang dendam politik berpanjangan, orang letak logo 1 Malaysia pun diarah supaya diturunkan.

Jadi sekarang siapa yang lebih terbuka ?

Mengikut maklumat yang saya dapat, pembukaan kaunter Tawas dalam Proton ada sebab lain. Promosi Tawas hanyalah untuk mengelabukan mata sahaja. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan 'database' pekerja-pekerja Proton.

Sampai tahap itu sekali pun mereka buat kerajaan pusat tidak pernah menghalang Proton memberi laluan kepada Kerajaan Selangor menjayakan agenda mereka di dalam GLC kerajaan pusat. Lihatlah betapa baiknya kerajaan pusat.

Bolehkah Kerajaan Selangor melakukan begitu ?

Boleh atau tidak kalau Kerajaan Selangor beri ruang di pejabat-pejabat GLC milik mereka untuk kerajaan pusat mempromosikan 1 Malaysia ?

Bertuahlah kalau boleh.

Kalau mereka benarkan saya nak buat pulut kuning dua puluh gantang.

Sebagai penutup, sedikit pesanan kepada Faekah.

Kalau kau nak kahwin, kau carilah jantan lain. Aku tak minat kepada kau sebab kau sudah tua, aku masih muda. Lebih-lebih lagi kau berpenyakit senggugut pula.

Kalau kau rasa nak kahwin sangat, aku ada dua calon nak cadangkan kepada kau. Calon-calon ini sesuai untuk kau, bagai pinang dibelah dua. Bukan rupa paras bagai pinang dibelah dua, tetapi otak. Otak kamu dengan dengan otak orang yang aku nak cadangkan lebih kurang sama sahaja. Sama bebal dan sama bingai.

Siapa calonnya ?


Turun ke bawah sikit





Bawah sikit lagi







Calon yang pertama

Idris Ahmad - Ketua Penerangan Pas Pusat
Kalau kau tak berkenan yang itu, aku ada calon kedua untuk kau.


Siapa dia ?



Turun bawah sikit





Bawah lagi






Mahfuz Omar

Jadi kau pilihlah yang mana satu yang berkenan. Kedua-dua mereka memang sesuai untuk kau. Sama bebal, sama bodoh dan sama bingai.

Faekah Bertindak Lebih Dari Kuasa Sultan

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah muktamad.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sini

Manakala Utusan Online pula melaporkan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Bersambung di sini

Maka kini sahlah sudah Datuk Khusrin Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya tidak bersetuju dengan perlantikan itu. Setuju atau tidak setuju itu bukan kuasa dia. Dalam soal perlantikan ini Khalid Ibrahim tiada kuasa. Bukan sahaja Khalid yang tidak ada kuasa, bahkan PM pun tidak ini kuasa dalam hal ini.

Yang berkuasa melantik SUK adalah Ketua Setiausaha Negara, tetapi perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu. Kalau Sultan tak setuju , KSN pun tidak boleh lantik. PM dan MB tidak ada apa-apa kuasa dalam hal ini.

Setpol MB yang bodoh lagi bingai semalam telah mengumumkan perlantikan Datuk Khusrin belum muktamad. Sini

Satu kenyataan kurang ajar. Dia cuba tunjuk yang dia lebih besar dan lebih berkuasa daripada Sultan Selangor. Tuanku sudah setuju, KSN sudah umum dan dia pula umumkan itu belum muktamad. Tidakkah kurang ajar namanya itu ? Dia bertindak melebihi kuasa Sultan.

Di Selangor ada 10 orang exco yang lebih berkuasa dari Faekah, tetapi seorang pun tidak buka mulut dan ulas perkara berkenaan. Dia pula yang lebih-lebih dari exco. Bukan setakat lebih dari exco, malah lebih dari Sultan. Dia meletakkan dirinya lebih daripada Sultan, apabila mengumumkan perlantikan yang dipersetujui oleh Sultan belum muktamad.

Sepertimana yang saya pernah tulis sebelum ini, Faekah adalah seorang yang bodoh dan bingai lagi bebal. Walaupun dia seorang peguam, tetapi dia peguam bodoh. Peguam yang tidak pandai membaca Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Seperti mana yang saya pernah tulis sebelum ini mengenainya,dia memang bodoh dan bingai. Anda boleh lihat di sini bagi melihat betapa bodohnya dia. Pendapatan Selangor pun dia kata 11 bilion sedangkan MB sendiri semasa membentangkan bajet mengumumkan pendapatan Selangor 1.43 bilion.

Sepanjang dia menjadi peguam, tidak tahulah berapa ramai pelanggan-pelanggannya yang telah menjadi mangsa kerana kebodohannya.

Tidak cukup dengan kenyataan bodoh daripada setpol bingai itu, Adun DAP yang terdiri dari suka sakat komunis juga membuat kenyataan kurang ajar mempertikaikan kuasa Sultan Selangor. Sini

Siapa dia Faekah, siapa dia Adun DAP , cop jari pun belum kering lagi, nak berperang dengan pula dengan KSN dan dengan Sultan.

Sekarang lihatlah wahai rakyat Selangor, lihatlah betapa bodoh, bangang, bebal dan kurang ajarnya kualiti pemimpin yang ada di negeri anda.

SUK Selangor : Kenapa Mereka Takut Sangat ?

Pada bulan julai yang lepas Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim telah membawa satu usul di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk melantik Adun BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC).

Pada masa itu, Adun BN menolak jawatan itu kerana ianya dibuat atas faktor politik. Walaupun Adun BN menolak, tetapi kerajaan Selangor bersungguh-sungguh juga untuk melantik Adun BN ke jawatan itu. Sini

Tolak punya tolak, mereka tak peduli, mereka nak lantik juga. Akhirnya mereka membawa usul itu ke persidangan Dun dan akhirnya diluluskan juga.

Setelah diluluskan di Dun, Adun BN tersebut masih menolak lagi jawatan berkenaan. Kemudian Speaker Dun Selangor beritahu, Adun BN tidak boleh menolak jawatan itu kerana keputusan melantiknya diputuskan oleh ahli-ahli dewan.

Pada masa pengundian dilakukan, adun-adun PKR,Pas dan DAP memberi sokongan padu kepada Adun BN. Manakala Adun-Adun BN yang lain membantah dan semasa undian dijalankan mereka menolaknya. Sini dan sini

Akhirnya Adun BN tewas di tangan kerajaan negeri. Beliau terpaksa menerima perlantikan itu. Sungguh luar biasa sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri pada masa itu. Mereka bermati-matian mahukan Adun BN memegang jawatan itu.

Selepas selesai perlantikan, maka bermulalah episod jual ubat di pihak kerajaan negeri.

Kata mereka,
Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negeri (PAC) membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan budaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengan semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.
Sumber dan sambungannya: Klik di sini

Itu sikap dan kata-kata mereka lima bulan lepas.

Tetapi hari ini, lain sudah jadi.

Sekelip mata mereka berubah.

Semalam Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Tiba-tiba sahaja kerajaan negeri dan parti-parti mereka menjadi kelam kabut seperti kucing kehilangan anak.

Mereka membantah perlantikan itu. Tidak tahu dimana silapnya dan kenapa mereka takut sangat dengan Datuk Khusrin. Sedangkan beliau bukan ahli mana-mana parti. Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan.

Jika Adun BN kamu boleh lantik dan mengatakan kamu bersikap terbuka, mengapa Datuk Khusrin seorang kakitangan kerajaan dan tidak mewakili mana-mana parti kamu bantah ?

Ayuh Khalid, tunjukkan sikap terbuka kamu seperti mana yang kamu laungkan selama dulu.

Kepada rakan-rakan sekalian, mereka cukup-cukup takut dengan perlantikan tersebut bukan kerana apa, tidak lain tidak bukan kerana Datuk Khusrin seorang yang komited dalam menjalankan tugas. Beliau jujur dan tidak suka pusing-pusing atau bersekongkol dengan perkara yang mungkar.

Jika Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini benar-benar sebuah kerajaan yang telus dan bersih mereka tidak perlu takut dengan perlantikan itu. Ini tidak, kita boleh lihat mereka punya gelabah lain macam sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh KSN. Seolah-olah ada sesuatu yang hendak disorokkan.

Khalid Ibrahim mengatakan beliau tidak pernah diberitahu tentang perlantikan itu. Bohong , percayalah cakap saya dia berbohong. Tiga bulan lepas lagi dia sudah tahu tentang perkara itu.

Sekarang dia cuba nak bermain wayang pula, kononnya dia tidak tahu.

Sekarang ini terimalah perlantikan Datuk Khusrin dengan dada yang terbuka sebagaimana kamu melantik Adun BN sebagai Pengerusi PAC. Sila tunjukan sikap kamu yang mampu bekerjasama dengan semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun.

Sebagaimana kamu mengatakan Adun BN tidak boleh menolak jawatan Pengerusi PAC kerana ianya telah diputuskan, maka sekarang kamu tidak boleh menolak perlantikan Datuk Khusrin kerana ianya telah diputuskan dan yang paling penting telah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Terima sahaja keputusan itu, apa yang nak takut. Orang Umno kamu boleh lantik dan terima , tak mungkin orang yang tidak berparti kamu tidak boleh terima. Apa masalahnya ?

Ada udang di sebalik batu ke ?

Kepada Datuk Khusrin, selamat menjalankan tugas.

Monday, December 27, 2010

Al Fatihah : Nik Aziz Meninggal Dunia


Berita Ringkas


Al Fatihah...

Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali

Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah kembali menemui Allah yang maha pencipta.

Marilah kita sama-sama doakan semoga urusan kuburnya dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Sumber Berita : Utusan Online, sila klik di sini

Menteri Rogol Amah, Penjelasan Segera Diperlukan

Sejak minggu lepas lagi isu seorang menteri di negara kita merogol pembantu rumahnya heboh diperkatakan. Perkara berkenaan mula didedahkan oleh WikiLeaks.

Menurut rocky bru salinan laporan perkara berkenaan telah diberikan kepada PM pada waktu itu, Pak Lah dan turut dihantar ke Kedutaan Amerika serta Kedutaan Indonesia. Sini

Manakala menurut kickdefella pula, beliau mengetahui perkara berkenaan sewaktu berada dalam kereta rasmi seorang pemimpin Pas di Kota Bharu. Kickdefella juga pernah ke Indonesia untuk berjumpa dan menemuramah mangsa. Sini

Difahamkan menteri yang dituduh itu masih lagi berada dalam kabinet Datuk Seri Najib sehingga ke hari ini.

Setakat ini , kita tidak tahu sejauh mana kesahihan perkara ini. Mungkin benar mungkin tidak.

Oleh yang demikian, saya merasakan kerajaan patut menjelaskan kepada rakyat hal sebenar perkara ini.

Jangan biarkan khabar angin terus berleluasa sehingga boleh menjejaskan parti dan kerajaan.

Jika tidak benar katakan tidak benar.

Jika benar, ambil tindakan segera kepada menteri berkenaan.

Jika menteri yang dituduh itu benar-benar tidak melakukan perkara tersebut, beliau harus bangkit dan bersihkan namanya dengan cara yang betul-betul meyakinkan rakyat. Kalau boleh bersumpah cara islam sebagaimana Datuk Najib sendiri pernah lakukan sewaktu beliau dituduh mempunyai hubungan dengan Altantuya.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kena ingat, semakin hari kita semakin hampir untuk menghadapi pilihanraya umum. Perkara-perkara begini jika terus dibiarkan boleh memberi kesan yang buruk kepada BN dalam p/raya. Secara tidak langsung ianya juga boleh melemahkan semangat ahli-ahli parti serta jentera pilihanraya untuk bertugas jika parti diseliputi pelbagai masalah.

Apa pandangan rakan-rakan pembaca sekalian ?

Adakah anda bersependapat dengan saya ?

Luahkan pandangan atau pendapat anda mengenai perkara ini melalui ruangan komen.

Perhatian: Sebarang komen yang menyebut nama seseorang atau pembayangnya saya tidak akan siarkan, melainkan anda ada menyertakan bersama sumber-sumber dari tempat lain yang boleh dijadikan sandaran atau rujukan.

1 Malaysia : Ronnie Liu Jadi Mangsa

Kerajaan Selangor cuba berdolak dalik dalam isu pengharaman logo 1 Malaysia di Selangor setelah Lim Kit Siang melahirkan rasa tidak puas hatinya.

Setpol yang paling bebal dan bingai dalam dunia setpol tanahair telah membuat pengumuman dan bercakap panjang lebar sehingga mengalahkan exco beberapa hari lepas bahawa kerajaan pak-khatan rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo berkenaan.

Tup...tup.... lepas LKS bersuara , tiba-tiba kesalahan diletak atas bahu Ronnie Liu.

Berita lanjut , klik di sini

Persoalan Yang Perlu Dijawab Oleh Nik Aziz

Daripada Abu Hurairah RA, ia telah berkata, Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum.

Sabda Rasulullah SAW, pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka

Pada 13.Disember.2010 sebuah blog celaka telah menulis tentang rumah menantu Nik Aziz diserbu SPRM dan anaknya memaki pegawai SPRM. Blog celaka tersebut tidak melaporkan secara tepat cerita berkenaan kerana penulisnya juga masih samar-samar dengan kesahihan cerita yang diterimanya. Sebab itu penulis blog celaka berkenaan meletakkan tanda soal. Sini

Rupa-rupanya Nik Aziz mengambil serius berita berkenaan dan mengulasnya sepuluh hari kemudian. Sini

Ini bermakna Nik Aziz membaca blog celaka berkenaan. Kalau dia tak baca sekalipun, mungkin ada hantu-hantu raya sekelilingnya yang menyampaikan berita berkenaan kepadanya. Gelaran celaka kepada blog celaka berkenaan diberikan oleh Nik Aziz sendiri pada tahun lepas. Klik sini dan lihat pada minit 0.44.

Memandangkan berita-berita yang ditulis oleh blog celaka berkenaan sampai ke pengetahuan Nik Aziz, maka pada hari ini tuan punya blog celaka berkenaan ingin mencabar Nik Aziz menjawab persoalan berikut.

Dalam video ceramah Ustaz Saidi mengenai Adun Selising ditangkap khalwat, beberapa kali beliau menyebut nama Nik Aziz.

Jika kita berpegang kepada apa yang diucapkan oleh Ustaz Saidi, bermakna Nik Aziz mengetahui kejadian berkenaan.

Katanya, selepas menangkap Ustaz Saiful Bahari dan bagi penampar sebiji dua beliau dan beberapa orang pergi ke rumah Nik Aziz dan Nik Aziz bertanya "gapo dia mari ramai-ramai ni".

Selepas menceritakan apa yang berlaku, Nik Aziz minta mereka balik terlebih dahulu dan meminta mereka datang keesokan hari.

Selepas datang keesokan hari , Nik Aziz memberitahu mereka Allah SWT telah memaafkan Ustaz Saiful Bahari. Klik di sini dan lihat pada minit 2.17.

Persoalan yang perlu dijawab oleh Nik Aziz,

1) Benarkah pada malam berkenaan Ustaz Saidi dan rombongannya datang 'mengadap' Nik Aziz untuk mengadu perkara berkenaan ?

2) Benarkah Nik Aziz memberitahu mereka supaya datang keesokan hari dan apabila datang keesokan hari Nik Aziz memberitahu mereka, Allah SWT sudah maafkan Ustaz Saiful Bahari ?

Jika benar-benar Nik Aziz seorang yang beriman atau seorang tok guru , maka beliau harus jawab dua persoalan itu. Sekiranya Nik Aziz terus mendiamkan diri dan enggan menjawab atau cuba berbelit-belit, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa apa yang dituduh oleh Ustaz Saidi adalah benar.

Nik Aziz tak boleh buat main-main dengan perkara berkenaan kerana ianya soal maruah parti Pas dan maruah Nik Aziz sendiri.

Jika perkara berkenaan tidak betul, maka Nik Aziz perlu nafikan secepat mungkin jika dia benar-benar sayangkan Pas. Apa guna dia dermakan dua pertiga wang simpanannya kepada Pas tetapi maruah parti yang tercalar tidak mahu dipulihkan.

Selain maruah parti, ini juga soal maruah Nik Aziz. Mahukah Nik Aziz terus menerus dituduh bersekongkol dengan orang yang melakukan khalwat setelah puas bersekongkol dengan orang yang melakukan liwat.

Selagi benda ini tidak dijawab dengan jawapan yang meyakinkan rakyat maka selagi itulah perkara berkenaan akan didendangkan dalam blog-blog dan selagi itulah rakyat akan memandang serong kepada Pas dan jangan lupa satu perkara, ianya akan menjadi senjata utama kepada lawan Pas dalam prk Dun Tenang.

Ingat, Pas telah memasang impian untuk menawan Johor dalam pru akan datang melalui projek Nusajaya. Jadi Pas harus menjadikan Tenang sebagai perintis kepada projek tersebut. Jangan hancurkan impian Mazlan Aliman untuk bergelar yb.

Peluang untuk Pas menang di Tenang nampak ada, tetapi mereka perlu jawab terlebih dahulu perkara berkenaan dengan jawapan yang benar-benar meyakinkan rakyat.

Jika Pas tak jawab juga, maka bolehlah Pas ucapkan selamat tinggal kepada Dun Tenang dan projek Nusajaya dan Mazlan Aliman juga boleh batalkan kot-kot yang telah ditempah di Pertama Complex.

Sunday, December 26, 2010

RBF Online Sedia Bersihkan Nama Adun Selising Daripada Tuduhan Jahat

Gambar sekadar hiasan

Dakwaan yang dibuat oleh Ustaz Saidi terhadap Adun Selising sepertimana video di sini.

"Dia ambik hok tino ni seminggu tak balik. Ambo cari-cari dhey atas keretapi di bilik vip 1. Ambo buko pintu, Ustaz Saiful Bahari pakai seluar dalam, hok tino pakai tuala merah. Hok dia buat benda tak molek ambo malas kata, tapi hok tino tu bini orghe". Lihat pada minit 1.24

Terjemahannya.

Dia ambil perempuan ini seminggu tidak balik. Saya cari-cari dapat atas keretapi di bilik vip 1. Saya buka pintu, Ustaz Saiful Bahari pakai seluar dalam , yang perempuan pakai tuala merah. Hak dia buat benda tak elok, saya malas kata, tapi yang perempuan itu bini orang.

Jika anda teliti bait-bait kata ucapan Ustaz Saidi , tiada sepatah haram pun keluar dari mulutnya yang menuduh Adun Selising berzina. Dalam ucapannya itu beliau hanya memberi gambaran Ustaz Saiful Bahari berdua-duaan dengan isteri orang. Hak dia buat benda tak elok Ustaz Saidi tak mahu tuduh, kerana mungkin beliau tak nampak. Yang beliau nampak Ustaz Saiful Bahari pakai seluar dalam dan yang perempuan pakai tuala merah.

Ustaz Saidi tidak pernah menuduh dia nampak Adun Selising melakukan seks (zina) dengan bini orang.

Tetapi, Adun Selising dalam kenyataan balasnya menafikan dia berzina. Sedangkan ustaz Saidi tidak pernah tuduh dia berzina. Ustaz Saidi memberi gambaran dia berkhalwat. Sampai hari ini pun Adun Selising tidak pernah menafikan dia berkhalwat. Dia hanya nafikan dia berzina. Tuduhan yang tidak dilemparkan oleh Ustaz Saidi. Sini

Zina dan khalwat membawa maksud berbeza.

Berzina bermaksud, lelaki dan perempuan yang tiada ikatan suami isteri melakukan hubungan seks.

Berkhalwat pula bermaksud berdua-duaan di tempat sunyi antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sepertimana Mat Sabu dan Normah yang pernah ditangkap dalam bilik di Hotel Perdana Kota Bharu pada tahun 90an.

Meliwat pula bermaksud, seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur lelaki lain.

Dalam kes ini, sepertimana yang saya katakan diatas, Adun Selising hanya menafikan dia berzina tetapi dia tidak menafikan dia berkhalwat sepertimana yang dituduh oleh Ustaz Saidi. Sini

Kenapa dia pusing cerita, menafikan benda yang orang tak tuduh ?

Jika Adun Selising merasakan dia tidak bersalah, tidak berzina dan tidak berkhalwat dia harus bangkit dan nafikan semua itu.

Saya tak tuduh dan saya tak kata dia buat semua itu, tetapi caranya meragukan saya. Kalau saya berada ditempatnya, perkara yang kita tak buat, kemudian orang main tuduh-tuduh saya bangkit dan nafikan semua itu dengan penuh keyakinan dan kemudian saya buat laporan polis.

Itu saya, Adun Selising pula patut buat lebih daripada itu lagi kerana dia seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, lebih-lebih lagi dia seorang wakil rakyat yang mewakili parti islam.

Jangan biarkan orang terus bercakap benda yang tak elok pasal diri kita, itu soal maruah. Bukan sekadar maruah kita, maruah keluarga dan maruah parti yang diwakilinya. Kasihanlah pada isteri dan anak-anak, mana mereka nak letak muka jika orang bercakap benda yang tak elok tentang suami dan ayah mereka.

Tolonglah yb....tolonglah..... tolong bersihkan nama yb. Saya cadangkan yb lakukan sumpah cara islam untuk nafikan semua itu.

Kalau yb berani lakukan sumpah cara islam untuk menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Ustaz Saidi saya sendiri akan bermati-matian membersihkan nama yb di blog ini dan saya akan ganyang Ustaz Saidi habis-habisan.

Itu janji saya yb dan disaksikan oleh ribuan pembaca blog ini.

Lidah Nik Aziz Bercabang - Cabang

Nik Aziz telah tahu apa nasib yang bakal menimpa Pas dalam prk Dun Tenang, semalam sekali lagi dia mempersoalkan sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini dan berkata seperti di bawah.
"Saya tidak percaya kepada pilihan raya, nama saja pilihan raya tetapi penuh dengan penipuan. "Kita boleh lihat apa yang berlaku di Galas, duit berguni-guni dibawa untuk membeli undi bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang,"
Sumber : Utusan Online

Dia sudah tahu apa nasibnya dalam prk itu, itu pasallah cepat-cepat dia buat persepsi begitu dan mengharapkan persepsi itu berlanjutan sehingga keputusan pilihanraya diumumkan. Sesudah keputusan diumumkan dia atau beruk-beruk peliharaannya akan buat kenyataan lagi "kito tahu doh kita akan kalah, kerana spr menipu". Maka terselamatlah dia dan Pas dari menjadi sebab kekalahan dan kesalahan diletakkan ke atas bahu spr. Rakyat buta hati pula akan percaya bulat-bulat kepada cakap Nik Aziz.

Lihat fakta di bawah ini kemudian sila fikirkan benar atau tidak sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan.

Dalam pru 2008 buat pertama kalinya dalam sejarah BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat.

Kenapa BN hilang 2/3 ?

Kerana Pembangkang menang dan rampas banyak kerusi BN.

Kenapa pembangkang menang ?

Kerana rakyat yang pilih mereka dalam p/raya.

Kalau sistem p/raya kita penuh dengan penipuan macamana mereka boleh menang banyak kerusi sehingga BN hilang 2/3 ?

Itu satu bab, sekarang kita masuk bab ke dua pula.

Selain kehilangan 2/3 di Dewan Rakyat, BN juga mencipta satu lagi sejarah, iaitu tewas di empat negeri yang diperintah mereka. Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor.

Kalau sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan bagaimana mereka boleh bentuk kerajaan di empat negeri berkenaan ?

Itu bab kedua, sekarang mari kita masuk bab ke tiga pula.

Daripada 26.8.08 hingga 4.11.10 SPR telah mengendalikan 13 pilihanraya kecil.

1) P.Pauh - 26.8.08-PKR menang.

2) K.Trengganu - 17.1.09-PAS menang

3) B.Gantang - 7.4.09-PAS menang

4) B.Selambau - 7.4.09-PKR menang

5) Batang Ai - 7.4.09-BN menang

6) Penanti - 31.5.09-PKR menang

7) M.Urai - 14.7.09-PAS menang

8) Pmtg Pasir - 25.8.09-PAS menang

9) Bgn Pinang - 11.10.09-BN menang

10) Hulu Selangor - 25.4.10-BN menang

11) Sibu - 16.5.10-DAP menang

12) Galas - 4.11.10-BN menang

13) Batu Sapi - 4.11.10 - BN menang

Daripada 13 prk, Pas dan rakan-rakan seliwatnya telah menang sebanyak 8 kerusi, manakala BN hanya memenangi 5 kerusi.

Kalau sistem p/raya kita penuh dengan penipuan jangan haraplah kau orang nak menang 8 kali, semua BN sapu bersihlah beb.

Itu bab ketiga, sekarang kita masuk bab keempat dan yang terakhir.

Mung dengar molek aku ghoyat ko mu ni wahai pok nik ngok ngek.

Kalau sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan jangan haraplah Pas dapat menang dalam pilihanraya di Kelantan selama 5 kali p/raya berturut-turut (1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008).

Tak rasalah mung nak duduk kerusi MB sampai hari ini kalau SPR menipu. Menantu dan anak betino mu pun tak rasa mewahlah hidup mereka hari ini.

Kawan-kawan sekalian itulah sikap Pas. Mereka kata mereka memperjuangkan islam, tapi perangai mengalahkan iblis. Mereka tidak dapat menerima ketetapan Qada dan Qadar.

Kalah sahaja pilihanraya , ada sahaja onar yang mereka buat. Waktu mereka menang bukan main ek lagi. Macam-macam kenyataan sombong yang mereka keluarkan.

Rakan-rakan sekalian, saya kalau bercakap saya tidak akan bercakap kosong, saya selalu kemukakan bukti bersama bagi menangkis dakwaan-dakwaan jahat mereka.

Dibawah ini adalah bukti-buktinya.

Kenyataan Nik Aziz sewaktu hendak menghadapi prk Permatang Pasir
Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.
Sumber: Blog Nik Aziz

Selepas kemenangan Pas dan PKR dalam prk Bukit Gantang dan Bukit Selambau
Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam dua pilihan raya kecil semalam meletakkan pakatan pembangkang cuma 'selangkah' lagi untuk menerajui negara.
Sumber: Utusan Online

Selepas kemenangan DAP dalam prk Sibu
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan calon Pakatan Rakyat yang menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sumber : Harakah...kah...kah...kah daily

Kenyataan Nik Aziz selepas Pas kalah di Galas
"Saya rasa ragu, kerananya keesokan hari nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat. Bagaimana dia boleh berkata demikian, jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan"
Sumber : Gelombang Merah

Anda telah baca apa yang kemukakan, sekarang masa untuk berfikir dan nilai yang mana lebih teruk antara perangai Pas dengan perangai iblis ?

Saturday, December 25, 2010

Kes Khalwat: Kenapa Nik Aziz Mendiamkan Diri

Video pengakuan seorang saksi yang menangkap Adun Pas berkhalwat dengan isteri orang telah lima hari tersebar.

Dalam video itu, Ustaz Saidi secara jelas menyebut yang beliau bersama beberapa orang pergi berjumpa Nik Aziz bagi memaklumkan perkara berkenaan dan selepas itu beliau diminta oleh Nik Aziz untuk datang keesokannya. Lihat pada minit 2.20

Apabila beliau datang keesokan harinya, Nik Aziz berkata "Allah Ta'alla maaf dah"

Video keluar 20.12.2010

Nik Aziz komen mengenai isu berkenaan pada 22.12.2010 dan dalam komennya itu tidak ada sepatah haram pun keluar dari mulutnya untuk menafikan perkara tersebut.

Dia hanya kata "kerja orang blog ini tak reti dosa pahala" dan dia pusing cerita kearah lain. Kalau tak percaya lihat di sini .

Jika perkara itu tidak benar, maka Nik Aziz harus bangkit dan jelaskan perkara ini, kerana nama dia sendiri pun turut disebut dalam video itu.

Kalau tak bersalah, sila nafikan atau buat laporan polis. Cara Pas dan Nik Aziz pada hari ini macam cara orang yang takut-takut. Kenapa ? ada udang di sebalik batu ke ?

Masih ingatkah anda kepada kisah calon Pas di Dun Galas dalam prk lepas ? Selepas namanya diumumkan sebagai calon, maka muncullah cerita berhubung masalah moralnya. Pas tak nafikan perkara itu secara serius atau buat laporan polis tetapi duduk gempak nak saman Umno Online.

Sampai hari ini habuk tak tarak, sampai sekarang pun tak saman-saman lagi. Kenapa ? Tidak lain tidak bukan kerana takut. Memang benar calon Pas itu ada masalah moral sebab itu mereka tak berani saman.

Percayalah cakap saya, isu Adun Selising ini pun Pas tak akan buat apa-apa tindakan. Dia buat senyap dan nafi secara bodoh-bodoh begitu sahaja. Akhir-akhir cerita itu senyap. Masuk pilihanraya pakat-pakat naikkan poster Nik Aziz berdoa sambil menitiskan air mata buaya dan janjikan syurga.

Banyak lagi masalah moral pemimpin-pemipin Pas Kelantan yang akan kita dedahkan secara berperingkat-peringkat.

Papa Gomo kata bulan january ini giliran Adun Perupok pula.

Selepas papa gomo menyelesaikan kisah Adun Perupok, masuk pula giliran saya untuk berceritakan tentang Adun Kelaboran (Zaki) dan ceritanya bakal membuatkan dunia blog tanahair gempar lagi.

Menjelang pru ke 13 anda semua akan tahulah siapa sebenarnya pemimpin-pemimpin Pas yang berselindung di sebalik agama selama ini.

Mereka-mereka semua lebih teruk dari iblis.

Iblis memang kita sudah tahu dia jahat dan dia tidak berpura-pura atau hipokrit.

Pemimpin Pas pula berpura-pura baik dan hipokrit sedangkan perangai sebenar teruk.

Jadi, yang mana lebih baik antara iblis dan pemimpin Pas ?

Yang berterus-terang atau yang berpura-pura ?

Friday, December 24, 2010

Surat Yang Membuatkan Anwar Mereng Dikirim Oleh RPK

Sungguh mengejutkan...

Rupa-rupanya penulis suruhan Anwar pun tak boleh tahan dengannya lagi.

Surat diatas adalah surat dari Apco yang membuatkan Anwar terkangkang. Surat itu dipetik dari Selangor Daily yang mengatakan surat itu datang dari Raja Petra.

Mungkin dakwaan itu ada asasnya kerana jika kita amati betul-betul surat itu nampak seperti dihantar melalui fax dan dicatit untuk perhatian RPK.

Klik di sini

Samseng Politik Semakin Menjadi-Jadi

Petang semalam blogger papa gomo menghubungi saya dan memberitahu kenderaan yang sedang dipandu oleh Ustaz Saidi, orang yang membuat dakwaan zina terhadap Adun Selising telah dilanggar dan keadaan kereta amat teruk sekali.

Katanya kemalangan tersebut berlaku pada 21.12.2010, iaitu sehari selepas video ustaz berkenaan tersebar.

Menurut kata gomo keadaan kereta tersebut amat teruk sekali terutamanya di bahagian pemandu dan kereta tersebut tidak boleh digunakan lagi atau dipanggil total lost. Allah maha kaya, walaupun keadaan keretanya teruk, tetapi Ustaz Saidi hanya mengalami kecederaan ringan. Inilah yang dikatakan ajal dan maut di tangan Allah.

Saya tidak mahu menuduh apa-apa atau bersangka buruk tentang kemalangan tersebut walaupun mengikut pandangan gomo beliau mengatakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kemalangan itu berlaku dan kerosakan teruk kereta di bahagian pemandu. Kita serahkan kepada kebijaksaan polis menyiasatnya.

Lewat malam tadi saya sekali lagi dihubungi oleh gomo dan memberitahu Ustaz Saidi diserang dengan parang oleh sekumpulan lelaki di Pasir Puteh.

Difahamkan Ustaz Saidi telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Apabila melihat apa yang terjadi kepada Ustaz Saidi lantas saya teringat kepada peristiwa yang dialami oleh blogger kickdefella pada awal tahun 2010. Dimana dalam kejadian itu kereta kickdefella telah dibaling dengan sebilah kapak. Sini

Kickdefella kena dengan kapak semasa tahun 2010 baru membuka tirai, manakala Ustaz Saidi pula kena dengan parang semasa tahun 2010 hendak melabuhkan tirainya.

Saya tidak mahu menuduh dan tidak mahu membuat tuduhan kenapa mereka diserang, tetapi kita semua boleh agak serangan itu dilakukan atas sebab apa. Tidak lain tidak bukan kerana politik dan kerana ada orang yang takut untuk menghadapi kebenaran.

Cuba anda fikir balik semenjak bila budaya politik samseng mula bertapak di negara kita dan siapa yang mula mencetuskan budaya itu ?

Budaya ini wujud sejak gerakan reformasi yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 1998. Pada masa itu kita boleh lihat bagaimana kaki-kaki samseng bertempur dengan polis, membakar motosikal polis dan merosakkan kenderaan pihak media. Pada zaman itu juga kereta saksi penting kes Anwar iaitu Umi Hafilda juga dibakar dan pelbagai ugutan lain yang pernah diterimanya.

Budaya itu menular sehingga kini. Saban tahun kita boleh lihat bagaimana mereka bertempur dengan polis setiap kali mereka mengadakan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan. Sebelum itu rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap hormat dan patuh kepada undang-undang dan budaya-budaya samseng begitu tidak pernah wujud.

Wujudnya pekara-perkara begitu kerana hasutan dari pihak-pihak tertentu. Perkara-perkara begitu harus dibendung dengan segera. Jangan biarkan samseng-samseng politik atau kaki-kaki hasut bermaharajalela kerana perkara-perkara begitu boleh mendatangkan mudarat kepada negara satu hari nanti.

Thursday, December 23, 2010

Adun Selising Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham ?



Sehari dua ini kecoh berhubung video pengakuan dari seorang yang bernama Ustaz Saidi Hussain yang mengaku pernah menangkap Adun Pas Selising berzina dengan isteri orang lain.

Saya tidak berani nak kata ianya benar atau tidak.

Saya lebih kepada nak respon kepada jawapan yang diberikan oleh Adun Selising, Drs Saiful Bahrin.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini,
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah,"
Utusan Malaysia

Dia mencabar orang yang menangkapnya mendakwa beliau. Tapi dia tak sebut dakwa dimana. Di mahkamah atau dimana-mana.

Kalau nak dakwa di mahkamah bukan kerja orang yang menangkap. Dia tiada kuasa, itu kerja pendakwaraya.

Tetapi orang yang menangkap itu berani membuat dakwaan terbuka melalui ceramahnya dan dia benarkan dakwaannya itu dirakam.

Apakah itu seorang Adun yang bergelar Drs pun tak faham ? Apa yang dikatakan diatas pentas ceramah itulah dakwaannya.

Dia bukan tak faham wahai rakan-rakan ku sekalian. Dia faham, tetapi buat-buat tidak faham dan cuba nak berbelit-belit seperti Anwar Ibrahim seolah-olah ada sesuatu yang nak disorok.

Saya tidak berniat nak menuduh atau mendakwa Adun Selising terlibat dalam perkara berkenaan. Tetapi jawapan yang diberikan oleh Adun Selising meragukan saya. Lagi-lagi pula saya baru mendapat berita dari blogger papa gomo yang mengatakan Ustaz Saidi telah bersumpah dengan Al Quran sebentar tadi bagi membuktikan dakwaannya benar. Kita sama-sama tunggu rakaman dari papa gomo.

Jika Adun Selising merasakan itu satu fitnah besar keatas dirinya, maka beliau harus bangkit lakukan sesuatu dengan segera bagi membuktikan kepada rakyat yang beliau tidak bersalah. Ini soal maruah dan perkara ini tidak boleh dibuat main-main, apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Adun yang mewakili parti islam. Sekiranya kita tidak bersalah, maka kita kena bersihkan diri kita dari fitnah jahat yang dilemparkan. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Datuk Seri Najib pernah dituduh dengan fitnah yang jahat iaitu terlibat dengan pembunuhan Altantuya, beliau bangkit dan bersihkan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Sini

Saiful Bukhari juga pernah dituduh membuat tuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim kononnya dia diliwat Anwar, Saiful bangkit dan bersihkan fitnah yang dilemparkan kepadanya. Sini.

Sekarang Drs Saiful Bahrin mengatakan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah satu fitnah besar, maka beliau harus bangkit bersihkan fitnah itu.

Nik Aziz pula menuduh blogger yang mendedahkan perkara tersebut tak reti dosa pahala.

Sebagai seorang blogger saya menghargai nasihat yang diberikan oleh bro pok nik sebagai orang tua. Bagus nasihat itu. Cuma saya nak bertanya balik kepada bro pok nik atau orang-orang yang sewaktu dengannya, bermula dari tahun 1998 sehingga tahun 2008, dunia media cyber dikuasai oleh siapa ?

Sudah tentulah oleh orang-orang bro pok nik. Kebanyakan dari kami (blogger pro BN) termasuklah papa gomo baru sahaja memasuki dunia ini dua tahun lebih yang lepas. Kami masuk ke dunia ini kerana kami cemburu melihat kejayaan yang dicapai oleh puak-puak yang mengendalikan media cyber pro Pas dan PKR .

Apa yang kami lakukan pada hari ini, tidak jauh beza dari apa yang dilakukan oleh puak-puak sebelah sana selama 10 tahun.

Kami ikut dan kami tiru cara mereka kerana cara itu telah terbukti berjaya mendatangkan hasil yang baik.

Selama 10 tahun lebih apa yang puak-puak sebelah sana tidak lakukan kepada BN melalui media cyber. Fitnah tak usah cakaplah, ianya sudah menjadi makanan harian puak-puak sebelah sana. Gelaran buruk - buruk pula sudah menjadi perkara biasa. Tun Dr Mahathir pernah digelar mahafiraun dan mahasyaitan. Bro pok nik dah dikira bernasib baik kerana kami tak gelarkan bro pok nik mahafiraun.

Pada masa pihak sebelah sana membuat pelbagai fitnah dan memberi pelbagai gelaran kepada pihak-pihak BN, dimana suara bro pok nik pada masa itu ? Bro pok nik mendiam seribu bahasa seolah-olah tikus melihat besi.

Sekarang ini, apabila kena atas batang hidung sendiri, tiba-tiba bro pok nik melenting. Why bro ? why ?

Jangan marah ya bro pok nik, sekarang senjata telah makan tuan.

Nazri Aziz Bikin Anwar Terkangkang

"Anwar sudah mereng"

Sepertimana yang kita tahu, minggu lepas Anwar digantung dari menghadiri sidang parlimen selama enam bulan kerana enggan meminta maaf atas tuduhan jahatnya iaitu memfitnah kerajaan kononnya menggunakan Apco untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia. Anwar juga menuduh Apco turut terlibat dalam menjayakan 1 israel.

Isu Apco ini bukan perkara baru, ianya mula dicanangkan semenjak p.raya kecil Hulu Selangor.

Apabila minta kemukakan bukti Anwar tak berani. Panggil datang membela diri di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dia tak datang. Suruh minta maaf dia tak mahu.

Akhirnya bila digantung, dia pergi ke pasar malam untuk berceramah. Yang itu dia boleh buat.

Segala benda yang kusut dalam fikiran kita selama ini mengenai Apco sudah terungkai semalam.

Segalanya telah didedahkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz semalam. Sini

Benar seperti yang dikatakan oleh Agenda Daily, nampaknya Anwar telah terkangkang dengan pendedahan tersebut. Sini

Gambar dibawah ini dirakam di lobi parlimen sebaik sahaja Anwar digantung minggu lepas. Kseian mereka kena tipu dengan Anwar. Tetapi nak buat macamana, hanya itu taraf wakil rakyat yang ada dalam pak-khatan rakyat. Jenis wakil rakyat yang otak udang.

Yang sebenarnya mereka tidak perlu memegang placard yang tertulis begitu. Mereka sepatutnya memegang placard seperti yang dibawah.



Turun bawah...






Bawah...






Bawah...







Turun bawah lagi...







Lagi...








Lagi....








Lagi....








Sikit lagi....










Sikit lagi....





Sikitttttttt lagi....
















Sikitttttttttttt ja lagi...













Ha, yang ini sepatutnya mereka pegang. Barulah setaraf dengan otak udang yang mereka miliki.


Sila double klik pada mouse anda untuk besarkan gambar dan lihat orang yang duduk bersila atas lantai nombor dua dari sebelah kanan anda. Sesuai tak dia pegang placard yang bertulis begitu ?

Pas Takut Nyatakan Sokongan Kepada Tuanku Secara Terbuka

Beberapa hari lepas Selangor Daily melaporkan rombongan Pas Selangor telah mengadap KDYMM Sultan Selangor dan mungkin tujuannya untuk menyatakan sokongan kepada Raja-Raja Melayu serta isu ketuanan melayu. Sini

Malam tadi saya mendapat info dari orang yang rapat dengan salah seorang pemimpin Pas negeri yang turut sama dalam rombongan itu.

Memang benar seperti yang didakwa oleh Selangor Daily. Tujuan Pas mengadap Sultan Selangor adalah bagi memaklumkan sokongan secara tertutup mereka kepada Raja-Raja Melayu dan ketuanan melayu.

Yang tidak sedap di dengar adalah apabila rombongan berkenaan memberitahu Sultan Selangor yang mereka tidak boleh menyatakan sokongan itu secara terbuka kerana bimbang akan hilang sokongan bangsa lain.

Masyaallah , cuba anda semua lihat. Lihatlah betapa baculnya Pas, nak nyatakan sokongan terbuka kepada Raja-Raja Melayu dan ketuanan melayu pun mereka takut kerana bimbang akan hilang undi.

Dimana maruah kau wahai Pas ? di mana pendirian kau ? semuanya kau lacurkan demi kerana undi.

Seandainya diberi kepercayaan memerintah negara kelak, pasti negara dan rakyat pun kau sanggup lacurkan.

Haram jadah punya parti.

Wahai Roslan SMS, kau berani nafikan apa yang saya tulis ini tidak betul ?

Wednesday, December 22, 2010

Sila Boikot Resort Ini

Selangor Daily hari melaporkan tentang sikap rasis seorang pemilik resort di Serendah , Hulu Selangor. Sila baca di sini terlebih dahulu.

Saya turut mendapat berita perkara berkenaan melalui e mel yang dikirimkan oleh seorang pembaca.

Resort yang dimaksudkan itu adalah Sekeping Serendah Retreat. Sini

Dibawah ini adalah e mel yang dijawab oleh tauke cina yang menguruskan resort terbabit kepada wartawan Utusan Malaysia yang meminta dengannya untuk membuat liputan tentang resort berkenaan.

sorry i have a very bad impression of utusan malaysia.it is a newpaper that spread racial hatred.unfortunately i cannot allow sekeping serendah to be associated with that. apologise i have to give this a miss for the meantime

thank u

cheers
Dia kata Utusan Malaysia menyebarkan kebencian perkauman atau pun rasis.

Di sini kita boleh lihat betapa bodohnya tauke cina tersebut kerana termakan hasutan pak-khatan rakyat.

Jika Utusan Malaysia sebuah akhbar yang rasis , mereka tidak akan meminta untuk membuat liputan tentang resort berkenaan kerana ianya milik syarikat cina.

Buat apa nak promo yang cina punya jika mereka benar-benar rasis. Lagi pun liputan yang diberikan percuma. Bukannya kena bayar apa-apa pun. Siapa yang untung apabila cerita mengenai resort berkenaan keluar di surat khabar ?

Sekarang terbukti sudah siapa yang rasis dan siapa yang menyemai kebencian perkauman.

Jika ada mana-mana agensi kerajaan, badan berkanun, GLC atau sebagainya yang sering menggunakan resort tersebut sebagai pusat latihan, anda hendaklah berhenti serta merta menggunakan resort tersebut.

Sila boikot mereka habis-habisan sehingga pihak pengurusan resort berkenaan bangkit dan memohon maaf secara terbuka.

Kepada rakan-rakan blogger pula, harap dapat kita bersatu dalam hal ini dan sebarkan cerita ini di blog masing-masing sehingga ianya diketahui umum. Gunakan kuasa yang ada pada kita sebaik mungkin.

Kepada yang hendak menyatakan bantahan kepada resort terbabit , nombor telefon , e mel dan alamatnya ada di sini.

Janji 100 Hari, Koleksi Lucu Dalam Hidup Kita Bertambah

Sepanjang kehidupan kita, setiap orang sudah pasti ada peritistiwa pahit atau manis yang tidak dapat dilupakan.

Tidak ketinggalan juga adalah peristiwa lucu yang kita tidak boleh lupa sehingga bila-bila, dan setiap kali kita mengingati peristiwa itu pasti kita akan ketawa berdekah-dekah sehingga keluar air mata.

Hari ini saya nak kongsi dengan para sahabat sekalian antara peristiwa lucu yang pernah hadir dalam hidup saya dan sehingga kini membuatkan saya ketawa sendirian apabila mengingatinya.

Sekitar lewat tahun 90an saya dan beberapa rakan mengikuti satu kursus di Trengganu. Pada satu malam ketika kami sedang duduk berbual-bual kosong di dalam bilik tidur, ada seorang kawan bernama Zahari sedang menghisap rokok dan sebelah lagi tangannya sedang mengorek telinga menggunakan putik kapas.

Ketika sedang rancak berbual, tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan 'aduhhhhhh' dari Zahari. Masyallah, rupa-rupanya dia sudah tersilap korek dan tersilap hisap. Zahari telah tertukar, dia mengorek telinganya menggunakan rokok dan putik kapas pula di hisapnya.

Sampai sekarang pun jika saya teringatkan peristiwa itu saya akan ketawa sendirian.

Perkara yang kedua pula ialah, pada satu petang beberapa tahun lepas ketika saya sedang berada di tingkat atas rumah saya, tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan yang kuat daripada anak saya yang berusia empat tahun ketika itu yang berada di tingkat bawah.

Abah....abah....abah.....jeritnya sekuat hati sambil berlari menaiki tangga ke bilik saya, seolah-olah ada sesuatu yang cemas. Ketika dia sampai depan saya dia tercungap-cungap dan itu membuatkan saya panik.

Abah...abah...panggilnya lagi sambil tercungap-cungap. Kemudian saya tanya lagi , "kenapa ?" . Dia jawab "abah, ada orang islam datang kat bawah" saya masih keliru dan bertanya lagi "apa?" dia jawab lagi "ada ramai orang islam datang kat bawah, dia nak jumpa abah". Saya menjadi pening dan tertanya-tanya apakah orang islam yang dimaksudkannya.

Lalu saya turun ke bawah, rupa-rupanya sekumpulan orang-orang tabligh datang berziarah ke rumah saya. Saya punya ketawa pada waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu dan membuatkan orang-orang tabligh itu pelik melihatnya.

Untuk mengelakkan mereka terasa hati, lalu saya pun menceritakan kepada mereka apa yang telah terjadi dan mereka juga turut ketawa sama apabila mendengarnya. Sehingga kini saya tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. "Orang islam".

Peristiwa lucu yang ketiga, perkara ini baru berlaku minggu lepas. Kisah Azmin Ali mandi bunga. Saya sudah menulisnya di sini.

Sungguh tak saya sangka, selama ini jika melihat lagak Azmin Ali bagaikan seorang pendekar yang hebat, rupa-rupanya penakut nak mampus. Kena jatuh hukum penjara 18 bulan pun sudah mandi bunga. Itu belum ke penjara lagi. Kalau sudah ke penjara saya rasa boleh gugur telornya.

Seorang pembaca yang menghantar komen mengatakan apabila melihat Azmin Ali berceramah, katanya kalah Obama. Tetapi yang sebenarnya Azmin seorang penakut.

Sehingga ke hari ini, setiap kali saya masuk ke bilik mandi, saya akan ketawa sendirian bila mengenangkan Azmin Ali mandi bunga.

Perkara lucu yang keempat dan terkahir. Inilah perkara sebenar yang saya nak beritahu. Yang diatas itu hanya penyedap cerita.

Perkara lucu ini baru berlaku beberapa hari lepas, iaitu janji 100 hari sekiranya juak-juak beruk diberi kesempatan memerintah negara.

Pasal tol saya sudah ulas malam tadi. Sekarang saya nak ulas pasal kebebasan media.

Salah satu janji mereka sekiranya diberi tawaran memerintah negara kelak ialah kebebasan media.

Ha...ha...ha...ha....ha...ha...

Boleh percaya ke janji-janji beruk itu ?

Saya rasa bukan lebih baik, malah akan menjadi lebih teruk.

Kebebasan media bermakna media tersebut bebas menghentam atau mengkritik atau melaporkan apa sahaja tanpa sekatan. Anda percayakah mereka sanggup benarkan itu berlaku ?

Sekarang ini pun mereka sudah haramkan media itu, media ini, boikot dan sebagainya. Selepas itu nak berjanji kebebasan media pula ?

Beruk-beruk pak-khatan rakyat adalah jenis beruk yang tidak boleh dikritik atau dihentam oleh media. Sekiranya kena hentam atau kritik maka mereka akan lancarkan perang dengan media tersebut.

Cara laporan atau berita yang mereka mahukan adalah seperti laporan atau berita di harakah. Lambung dan puji mereka habis-habisan. Bagi mereka itulah kebebasan media yang sebenar.

Percayalah cakap saya, sekiranya mereka berkuasa kelak media akan menjadi lebih teruk daripada apa yang ada pada hari ini.

Kesimpulannya, anggaplah apa yang dijanjikan mereka dan dinamakan janji 100 hari adalah sebahagian dari koleksi cerita-cerita lucu dalam hidup kita. Ianya tidak lebih dari satu hiburan untuk menutup dairi 2010.

Tuesday, December 21, 2010

Beruk Berjanji Lagi


Mari...

Mari...

Mari...

Mari lihat beruk berjanji...

Saya ketawa berdekah-dekah apabila melihat janji-janji bapak, ibu dan anak-anak beruk seperti yang dicoretkan oleh Unspinners hari ini di sini.

Saya tak mahu mengulas panjang lebar tentang janji-janji beruk kerana ianya telah diulas sebaik mungkin oleh Unspinners.

Saya ulas satu satu perkara sahaja, iaitu mengenai tol.

Beruk berjanji akan menghapuskan tol dalam masa 100 hari jika mereka berkuasa kelak.

Wa...kah...kah...kah.....

Nak tipu ayam yang mata berair bolehlah. Nak tipu rakyat, sorrylah.

Buktikan di Selangor terlebih dahulu wahai beruk.

Lebuhraya Kesas yang menghubungkan Bukit Jalil ke Pelabuhan Klang mula dibina sejak 1993 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998.

Kadar tol yang dikenakan sekarang adalah RM 2.20 untuk kereta biasa sepertimana yang kita semua pandu.

Jika kita memandu dari Bukit Jalil ke Klang kita perlu membayar tol sebanyak tiga kali yang berjumlah RM 6.60 (RM 2.20 x 3 plaza tol).

Syarikat yang menguruskan lebuhraya tersebut adalah KESAS Holdings Berhad(KHB).

Empat syarikat yang memegang saham dalam KHB.

Salah satu pemegang saham utamanya ialah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memegang sebanyak 30 %. Sila rujuk di sini.

Apabila PKNS berada dalam KHB maka sudah tentulah mereka mewakili kerajaan negeri. Apabila mereka mewakili kerajaan negeri dan menjadi salah satu pemegang saham utama maka sudah tentulah mereka boleh bersuara atau mengemukakan cadangan agar kadar tol diturunkan jika tidak mahu dihapuskan sekali pun.

Sekarang sudah hampir tiga tahun kaum yang sewaktu dengan beruk memerintah Selangor. Sepanjang hampir tiga tahun tersebut tidak pernah mereka berdehem atau batuk sekali pun bagi menyuarakan hasrat untuk menurunkan kadar tol tersebut.

Mereka cuba mendiamkan diri, kerana benda itu boleh mendatangkan untung kepada mereka. Jika mereka benar-benar ikhlas untuk menolong rakyat sudah lama mereka lakukan semua itu.

Tetapi mereka tidak akan melakukan semua itu kerana ianya boleh merugikan mereka. Begitu juga dalam isu air di Selangor. Jangan ingat mereka lakukan semua itu ikhlas untuk rakyat. Itu semua adalah permainan politik. Rakyat hanya dijadikan alat untuk mereka mencapai cita-cita politik.

Sekarang mereka berjanji pula untuk menghapuskan tol sekiranya diberi kuasa kelak. Mahukah anda percaya kepada janji itu? yang telah terhidang di depan mata pun mereka tidak laksanakan.