"Mungkin beliau berpendapat kerana beliau Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak perlu berbuat demikian," kata Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai ketelusan dan politik dan mengapa ahli politik Malaysia tidak perlu mengisytiharkan harta, semasa mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Malaysia Hall, di sini.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September tahun lalu dan disingkirkan daripada UMNO pada hari berikut.
Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara enam tahun, sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.
Ketika ditanya sama ada tindakan baru-baru ini terhadap golongan ahli perniagaan yang dianggap sebagai kawan rapat Anwar bukan "pendakwaan berpilih", Dr. Mahathir menjawab bahawa Anwar selalu berkata bahawa beliau tidak mempunyai kroni kerana beliau (Anwar) berlaku adil kepada semua orang.
"Hakikatnya ialah...orang-orang ini sebenarnya ialah kroninya, dan semasa beliau (Anwar) berada dalam kerajaan, orang-orang ini dilindungi. Oleh kerana sekarang beliau tidak lagi dalam kerajaan, mereka tidak dilindungi, dan kita mendapati bahawa mereka melakukan banyak perkara," kata Perdana Menteri.
Dipetik dari : Arkib Utusan Online
3 comments:
justeru itu anwar tubuh parti bernama PKR (Pakatan Kelentong Rakyat).
Dia sahaja yang betul orang lain semua salah.
Mohon berpaut di laman blog tuan http://pantausblog.blogspot.com
terima kasih
sukar nak cari berita2 macam ni.. tahun 98, rakyat lebih menumpukan isu liwat anwar shj.. dan kurangnya blogger pro-kerajaan masa tu utk compile perjalanan kes salah guna kuasa anwar..
kes dato' murad pun ramai yg tak tau.. akhirnya berlalu begitu shj sehingga generasi muda hanya tau anwar dipecat hanya kerana liwat..
mcm2 la tun M ni..
dulu dlm satu ceramah,dia cakap lain...skang ni dah lain..
panggil pi mahkamah,x berani plak..
isk isk isk..
Post a Comment