Monday, January 31, 2011

Berjaya Keluar Dari Labis

Semua rakan-rakan blogger telah berjaya keluar dari Labis seawal jam 7.00 pagi tadi melalui jalan Chaah ke Yong Peng dan seterusnya memasuki Lebuhraya PLUS ke KL atau JB.

Hanya satu laluan itu sahaja yang boleh dilalui setakat ini.

Malam tadi kami terputus bekalan makanan di Labis. Semua kedai habis makanan dan roti serta biskut di kedai-kedai juga habis. Sebahagian kedai di pekan Labis pula ditutup kerana ditenggelami air.

Pagi tadi semasa saya dalam perjalanan pulang saya bertembung dengan 5 lori roti Gardenia sedang dalam perjalanan menuju ke Labis.

Lebih malang lagi, bekalan air juga terputus di Labis semalam, naik mandi pun tak boleh. Sampai rumah baru boleh mandi.

Sekitar jam 10 pagi terima panggilan daripada Parpukari yang memaklumkan Pekan Labis sesak teruk kerana semua petugas-petugas prk dan pelancong politik berebut-rebut hendak keluar dari Labis kerana mereka bimbang air akan naik balik dan jalan ditutup semula.

Dengar cerita Tan Sri Muhyiddin juga terpaksa berjalan kaki mengharungi air banjir untuk pulang ke rumahnya di Taman Perling, Labis malam tadi.

Semua peristiwa ini akan tercatat dalam sejarah sebagai kenangan prk yang tidak dapat dilupakan.

Penyokong-penyokong Pas pula awal-awal lagi sudah cabut semalam kerana tak mahu terperangkap dalam banjir.

Cakap berdegar-degar, kononnya perjuangan, pengorbanan dan sebagainya. Apabila banjir semua pakat-pakat cabut dan tak tolong orang tempatan.

Bab tolong menolong tinggallah kepada orang-orang Umno yang buat, termasuklah menolong orang-orang Pas yang tersangkut dalam banjir.

Maarof apa cerita hari ni ?

Sambung mc lagi ke hari ini atau dah pergi mengajar ?

3 comments:

To Live Again said...

Syabas bro dn kwn2..Moga2 segala usaha dan jasa baik bro dn kwn2 di beri ganjaran yg setimpal oleh Allah kelak..

Anak Lenggong said...

Bro..kalau cam ni kena suruh anak cepat2 tidur laa..sebab ada perkara yang perlu dibanjirkan pulak..kalau anak tanya bunyi bising pe tu..ko kata laa tu bunyi kucing jilat air kah kah kah...

Anonymous said...

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA JENTERA UMNO DAN BN,PARA PENYOKONG SERTA PARA BLOGGER BN YANG BERSUSAH PAYAH MENGHARUNGI BANJIR DI TENANG....SEMUA ITU BERBALOI BN MEMPEROLEHI MAJOROTI YANG BESAR.....TETAPI BAGAIMANA DENGAN KAUM-KAUM PAS, DENGAR PERKHABARAN NYA MEREKA BELAH AWAL-AWAL LAGI SEBAB TAKUTKAN HUJAN.....MACAMANA NI KATA NAK BERJUANG....KATA NAK BANTU RAKYAT..TAPI DENGAN CUBAAN YANG SEDIKIT PUN DAH CABUT....MACAMANA NAK TURUN PADANG KALAU RAKYAT SUSAH NANTI....INI BARU CUBAAN KECIK...KALAU YANG BESAR TAK PAYAH HARAPLAH.......GOLONGAN NI HANYA TAHU BERCAKAP..TAPI NAK DIBUAT MASYAALLAH LIAT...SELIAT HATI-HATI MEREKA UNTUK MENERIMA KEBENARAN.


ABE ZUL KELATE