Thursday, January 27, 2011

Calon Pas Anak Derhaka ?

Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli Umno yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata , dia dah lama sokong Pas cuma Umno yang tak buang namanya. Oh tidak..... kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap. Ibunya masih aktif bersama Umno, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan Umno di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak Umno, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak Umno, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti Umo. Bahkan orang yang tidak jadi ahli Umno tetapi sependapat dengan Umno pun, dituduh sebagai Umno juga. Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka ‘dihalalkan’ derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur. Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, Umno bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli Umno.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya Umno, hilang akidahnya Umno, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung... jenis apakah anak itu?

8 comments:

Panglima Perang Cyber said...

wowwww adakah ibunya reda anaknya jadi calon PAS ?


adakah ini satu cara nak lagakan normala dengan emaknya.

atau kata lain : renggangkan normala dengan ibu kandungnya?


makin menarik kisah di Tenang yang semakin tidak tenang ini.


hehe

Panglima Perang Cyber said...

dah jelas dia tolak pilihan ibubapanya


http://kumankumin.wordpress.com/2011/01/23/normala-derhaka-terhadap-ibubapa/

Anonymous said...

Tulisan rbf adalah salah satu 'Islamic values" yg di puji oleh Chua Soi Lek....teruskan menulis seprti ini mungkin akan dapat anugerah kapal korek dari CSL.

Anonymous said...

mcm2 betul pendedahan RBF..

politik tidak boleh memecahkan persaudaraan...

igt tu RBF...

kalo dpt ibu normala buat PC utk dedahkan yg dia betul2 derhaka...

baru puas hati RBF rasanya...

-warga shah alam-

Anonymous said...

dah anak dia nak tolak umno,nak buat mcm mane. dia xnak ikut mak dia?abeh ko ingat dlm satu m'sia ni semua makbapak dgn anak satu parti ke lain2 parti diorang sokong?

Orang Miskin Mersing said...

Salam Tuan RBF..
How low can you go? Politik sekarang adalah tentang good governance, ekonomi, membenteras rasuah, kesaksamaan, ketelusan dan kesejahteraan rakyat.
Rakyat makin menolak UMNO kerana mutu politik macam kamu paparkan dalam tulisan dan storyboard kamu. Apa sebenarnya polisi dan tujuan blog kamu? Memecah belah kan? Menyedarkan? Menginsafkan? Menyakitkan hati?
Siapa menang di PRK Tenang akan ditentukan oleh pengundi Tenang sahaja. Walaupun kamu boleh mendahului takdir mengatakan BN gerenti menang, ini cuma PRK dan political games yang tak akan habis sampai kiamat.
Kecil nya jiwa orang Melayu sudah di buktikan melalui blog kamu.
Semoga Allah Ta'ala melindungi kita dari kejahatan diri kita sendiri.

Anonymous said...

kepada orang miskin mersing...

hehehe... kalo macam tu, ape tujuan harakah and blog2 pro pas len?? ape tujuan mereka?? bukankah mereka selalu menabur fitnah... terbukti mereka sumer selalu fitnah...

contoh, Chong Wei mesti menang punye malaysia open... bukan maksud nak dahului takdir pakcik miskin oi... itu nama nyer confident... tapi confident terlebih pun x elok gak...

sama macam nik aziz kata kelantan xkan jatuh kepada BN... so, benda leh ke kate die dahului takdir?? die confident je...

pakcik miskin memang miskin...

-orang sederhana shah alam-

Ular Menyusur Akar said...

Normala tak mahu ikut dan hurmat mak dia kerana mak dia UMNO dan UMNO itu kafir.