Wednesday, January 19, 2011

Faekah Bebal Tunjuk Bodoh Lagi

Sepertimana yang saya pernah kata dulu, setiap kali setpol MB Selangor, Faekah Hussin buka mulut maka akan terpamerlah kebodohannya.

Itulah yang kita mahu sebenarnya, biarkan dia terus menunjukkan kebodohannya supaya rakyat tahu siapa dia yang sebenar dan rakyat tidak akan memilihnya dalam pru akan datang yang mana dia sedang memasang impian untuk bertanding di dua kerusi. Untuk parlimen dia sedang bercita-cita untuk bertanding di Kuala Langat dan untuk Dun dia memasang impian bagi bertanding di Batu Tiga.

Semalam dia buat kenyataan akhbar kononnya untuk membantu pihak berkuasa menyiasat mantan MB Selangor dalam kes yang sedang dihadapinya.

Pada bulan disember 2010, Peguam Negara telah memberi amaran kepada Dr Khir Toyo agar jangan membuka mulut berhubung dengan kes yang sedang dihadapinya kerana dikatakan boleh menimbulkan subjudis. Sini

Dalam kes ini adalah tidak adil kepada beliau. Pihak musuh boleh buka mulut untuk menyerangnya, tetapi beliau tidak boleh menjawab balik kerana telah diberi amaran keras oleh Peguam Negara. Kita tunggu apa komen Peguam Negara.

Berhubung kenyataan Faekah semalam kononnya Dr Khir semasa menjawat jawatan MB Selangor telah meluluskan lima projek kepada syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Wahai Cik Faekah yang bodoh binti bebal, sekarang mari saya ceritakan kepada kamu amalan yang digunakan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor dulu.

Tender Terbuka

Jawatankuasa tender terbuka dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli-ahlinya terdiri dari ketua-ketua jabatan seperti JKR dan sebagainya. Ada sesetengah tender yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan sendiri, bergantung kepada nilai projek.

MB dan exco-exconya tidak dibenarkan sama sekali berada dalam jawatankuasa tender.

Projek Runding Terus

Untuk projek runding terus pula jawatankuasanya dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri dan ahli-ahlinya yang lebih kurang sama dengan jawatankuasa tender tertutup. Dalam hal ini juga MB dan exco-exconya tidak pernah terlibat sama sekali dan tidak dibenarkan berada dalam mesyuarat berkenaan.

Itulah amalan yang diamalkan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor, ianya berbeza dengan kerajaan PKR sekarang dimana semua jawatankuasa tender, baik yang terbuka atau runding terus saya difahamkan ianya dipengerusikan oleh MBnya sendiri. Ini sama sekali tidak berlaku di zaman BN.

Sebab apa MB PKR perlu pengerusi sendiri ? supaya senang nak rembat projek untuk kroni-kroni sendiri.

Inilah masalahnya dengan PKR, apabila dia mencuri maka dia pun ingat orang lain mencuri sepertinya.

Semoga di lain kali Faekah semak betul-betul dahulu segala fakta sebelum bercakap. Malulah dengan aku kerana segala kenyataan kau sering dipatahkan oleh aku.

Sekarang aku cabar kau Faekah, kau dah keluarkan senarai projek yang diberikan kepada syarikat Shamsudin Hayroni. Sekarang aku cabar kau keluarkan senarai jawatankuasa yang memutuskan untuk memberi projek-projek runding terus kepada syarikat tersebut.

Jangan nak berdolak dalik lagi. Berani kerana benar takut kerana salah.

Dalam masa yang sama juga kita lihat sejauh mana seriusnya Peguam Negara dalam mengendalikan kes ini. Kita lihat samada dia akan memberi amaran atau tidak kepada Faekah. Kalau dia tidak beri amaran maka Dr Khir perlu jawab tuduhan yang dilemparkan oleh Faekah kepadanya.

Semoga Peguam Negara tidak hanya tunjuk berani kepada orang-orang Umno dan BN sahaja, tetapi takut kepada orang PKR.

4 comments:

usin said...

boo binti ngok, bongok..

Anonymous said...

kalaulah dia ni bertanding dan menang dalam PRU kelak bertambah ramai lah wakil-wakil rakyat bebal lagi bogok al-bahalul macam mahfuz,ng wee aik,gobalakrishnan yang suka berlagak pandai...kesian..

Anonymous said...

Faekah = fuck-eh-ah! = fuck-u-lah!

Anonymous said...

hehehe...hei jebat!!kenapalah kau mengamuk tak tentu pasal ni?? mengata org sana bodoh, mengata org sini bebal. Kau nak tunjuk pandai ye?? Aku nak cabar kau jebat supaya berunding terus dengan aku kalau kau berani!!!aku nak balik keris taming sari aku tu. pulangkan!!!