Monday, January 31, 2011

Kalah Di Tenang, Harakah Balun Pas

15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal mengurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk. PAS tidak tenang di Tenang.

Faktor Setempat

1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.

2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.

3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.

4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.

6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.

Faktor Semasa

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.

13. Ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa hudud bukan agenda utama bersama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.

Dipetik dari : Harakah Online

25 comments:

Panglima Perang Cyber said...

dah agsk sbb harakah dipegang geng anwar.

anwar memang mahu hj hadi kalah. Dap pun berjaya slowkan pengundi cina hingga Pas kalah teruk.

Semua ini kerana hj hadi nak bersatu dgn umno, dan alang 2 menyelukmpekasam biar sampai ke pangkal lengan.

pas kena tinggalkan pakatan hari ini juga...

aL-MaRBaWi said...

erm, tapi ku masih lg hairan,

masih ramai kakitangan kerajaan sokong pembangkang,

BN kena lakukan sesuatu untuk menarik semula hati kakitangan kerajaan.

Jika tidak, dalam tempoh 10 tahun mendatang, sudah pasti generasi seterusnya akan menolak BN

Anonymous said...

Rakyat dah bijak. Undi PAS undi DAP. PAS menjadi boneka kepada DAP. PAS akan membangun bersama DAP. Kaki bontot akan jadi PM.
PAS tidak akan menjadi tunjang pemerintahan negara. PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam asas pentabiran negara kerana PAS tunduk kepada DAP.

usop said...

Bagi saya sebenarnya Pas telah terperangkap dalan jerat Anuar dan Dap. Pas seperti anak ayam kehilangan ibu yang berlari-lari dan berpusin-pusing tanpa tahu hala tujuan.
Segala yang diperjuangkan sebelum ini terkubur akibat angan-angan Anuar dan ketamakan pemimpin Pas sendiri.
Mari kita bertanya, siapakah yang berkuasa didalam Pas.., Hj hadi kah..? atau Nik Ajis kah..? atau Anuar.. kah..? atau Dap..kah..?
Pas seperti sudah tidak bertuan maksudnya sudah tidak berketua..haji Hadi sudah tidak mampu mengawal Pas disebabkan sifat kenegerian Pas itu sendiri. Setiap negeri ada fahaman masing-masing dan yang paling jelas tiada siapa berani menentang kemungkaran Nik Ajis walaupun haji Hadi sendiri.. Jadi bagaimana hendak mempercayai Pas sekira pemimpin Pas sendiri sering tidak sependapat sebaliknya lebih suka berjuang demi memperjuangkan masa depan politik mereka sendiri.
Sebab itu hari ini kita lihat pemimpin Pas sentiasa menjilat air ludah mereka sendiri bagi memastikan masa depan politik mereka kekal dan paling penting meraih kekuasaan..dan apabila berkuasa lebih tamakkan harta..

Anonymous said...

undi PAS = undi DAP...hmmmm, menarik. betul gak ni... sebab ramai kawan aku tak suka DAP...sebelum ni kitaorang tak kisah sama ada UMNO atau PAS menang...jadi klu dah undi PAS = undi DAP...otomatik kitaorang cari BN laa...sbb dlm BN, UMNO jadi abang...dlm PR, PAS kena buli...tak nak lah undi PAS...hehehe

Aisehmen said...

Mana tak ramai kakitangan kerajaan menyokong Pembangkang, Itu top-top men di SPA & JPA ramai orang Kelantan dan ketua-ketua Jabatan dan Kementerian la ni di monopoli orang kelantan, mereka 90% sokong pembangkang tak percaya pergi ke Putrajaya banyak kakitangannya orang kelantan n terengganu sekarang, mereka masukkan puak-puak mereka aja dlm perkhidmatan awam, lepas tu hentam Kerajaan dari dalam.

Anonymous said...

harakah cukup berhati2 utk tidak menyebut yg anwar juburi adalah punca utama PR kalah sejak akhir2 ni..

Anonymous said...

Undi PAS undi DAP?
Penyokong PAS masih tak ambil pusing....

To Live Again said...

PAS awl2 lg bertndg sekadar nk KURANGKAN MAJORITY BN..Tp yg aku kesian si mala 2 snggup smpai letak jwtn cikgu dn kehilangan pencen seumur hdp dn laki dia plak dh letakkan kerjaya sbgai cikgu DI HUJNG TANDUK..

Kena realistik la mala oi..Aku ni bkn la pentaksub BN..Kalau di kerusi2 yg warna HITAM pon nmpk HIJUA x kish la ko nk gamble cm 2..Ini di kerusi yg warna COKLAT pon nmpk MERAH ko g buat keje bodo cm 2 buat ape la..

Ape??? PERJUANGAN??? Ape??? JIHAD???..Sng2 je ko kena kencing dgn pemimpn ko..

Anonymous said...

Aku dan saudara maraku adalah penykong pas sejak dulu, tapi sejak pas bersekongkol dengan kafir laknat (DAP) aku telah haramkan diri aku dan keluargaku dari menyokong pas. Aku sekarang ni sedang berusaha supaya semua sahabat-sahabatku mengikut jejak langkah aku selagi pas tdak berubah. Tinggalkan DAP agar pas tidak ditinggalkan oleh penyokongnya.

Anonymous said...

Anon January 31, 2011 3:00 PM,

TEPAT & PADAT!

Anonymous said...

Pas memang bodoh sebab itu Bn menang.

Anonymous said...

memangpun.....memangpun.....memangpun..... slogan PAS FOR ALL dah bertukar jadi PAS FOR DEAD ...wakakakakakakakkaakakak

Kama Irahsa said...

mcm xmungkin benda ni keluar di harakah. rupa2nya harakahonline daa.. bukan harakahdaily. hehe..

Anonymous said...

Le ni dah makin teserlah PAS hanyalah 'tunggangan' DAP/PKR...

Sedih aku lihat EXCO Hasan Ali diper'laku'kan sedemikian rupa oleh EXCO Ronnie Liu walaupun dalam isu Islam...

Kalau dalam isu Islam pun PAS tak mampu pertahankan..maka memang patutlah kuburkan saja 'perjuangan' PAS ni...

Anonymous said...

pas memang bangang sbb tu dia jadi keldai pkr/dap :-(

Anonymous said...

pas kaLah di feLda kerana mereka masih di ugut.menang mcm tu kita pun x mau.kita mau rakyat mng.itu je

Anonymous said...

ingat parti x penting yg penting rakyat fakta nye UBN seLaLu tipu rakyat.so mereka perLu ditoLak .itu je.tak kn nk tunggu mcmm mesir.nnti semua x boLh cari mkn.

Anonymous said...

Lu org kena berani yg saLh kata saLh.cari mkn betL akhirt kena ingt jugk.MATI anytime.tak nak mati,mati !so LU PIKIR LA !

Anonymous said...

MOGA2 U DAPAT HIDAYAH

Anonymous said...

DUNIA KALAH NO HAL BRO !

Anonymous said...

DUNIA JAP JE,BESOK UDAH DLM KUBUR !

Anonymous said...

BRO LU SILAP GENG !

Anonymous said...

KALAU X DE MATI HIDUP BALIK KOMPOM UBN WA SOKONG BRO !

Anonymous said...

AMALAN AKAN DI CHEKING MCM DI KLCIA HATTA SEBESAR ZARAH KEBAIK KN OR...