Wednesday, January 26, 2011

Mala Tak Boleh, Nizar No Problem


Sepertimana yang kita tahu, isu bersalam (berjabat tangan) telah menjadi kecoh dalam kempen prk Tenang. Pas terus pertahankan tindakan calonnya yang tidak mahu bersalam dengan lelaki-lelaki bukan Islam, kononnya mengikut tuntutan Islam. Ya benar, saya setuju.

Cuma saya ingin kongsi dengan anda tentang sikap kluk-klek Pas. Sana tak boleh sini boleh. Di Kelantan kaunter pembayaran pasaraya untuk wanita dan lelaki diasingkan. Di Selangor wanita dan lelaki boleh bersenamrobik bersama dalam kawasan masjid. Sini

Di Kelantan bukan Islam tidak dibawa masuk ke masjid, di Selangor boleh. Di Kelantan pusat-pusat hiburan dan kedai nombor ekor tidak dibenarkan. Di Kedah, no problem, semua boleh.

Dulu sebelum memerintah Selangor Pas kata, kalau malam ini mereka menang pilihanraya di Selangor , esok pagi-pagi lagi sebelum ayam berkokok kita (Pas) akan tutup kilang arak di Batu Tiga.

Sekarang apabila dapat kuasa di Selangor, kilang arak bukannya hendak ditutup, malah pemimpin Pas pergi melawat dan tanya samada terdapat rancangan untuk memperbesarkannya lagi atau tidak. Kalau ada rancangan untuk perbesarkan, mereka hendak bagi tanah lain yang lebih luas lagi.

Begitu juga dalam soal meletakkan calon wanita. Dulu Pas kata orang wanita tak boleh bertanding p/raya. Sekarang apa jadi ?

Itulah sebahagian contoh sikap kluk-klek yang dimiliki Pas.

Itulah yang terjadi di Tenang sekarang, Normala tidak boleh bersalam dengan lelaki-lelaki bukan islam. Haram !

Yang gambar di bawah ini apa ceritanya ?

Apakah lelaki berbaju batik dalam gambar di bawah bukan ahli Pas ?

Yang ini tidak haram ke ?

Penjilat-penjilat Pas dah berdendang sayang. Kata mereka, Umno jahil dan tidak reti nak ajar MCA macam mana nak hormatkan ajaran Islam. Umno tak macam Pas yang berjaya tarbiahkan DAP supaya hormatkan Islam. Kata merekalah...

Cuba ingat-ingat balik apa yang dikatakan oleh Nik Aziz dan para pemimpin Pas apabila pemimpin DAP kata sesuatu yang menghina Islam atau niat Pas untuk menubuhkan Negara Islam.Kata mereka, sebab DAP tu bukan Islam, tak hairanlah kalau dia buat salah.

Yang tegur Normala Sudirman tidak bersalaman dengan yang bukan muhrim adalah Chua Soi Lek dan Tan Lian Hoe. Kenapa tak samakan sahaja Chua Soi Lek dan Tan Lian Hoe macam pemimpin DAP lain yang juga menentang banyak nilai-nilai Islam? Kenapa salahkan UMNO? Sedangkan Pas pun bukannya hebat sangat mentarbiah DAP sampaikan Lim Guan Eng pun berani kata,undi Pas masuk syurga.

Jangan jadi munafik. Bangga sangatkah Pas dengan dasar munafik dan bermuka-muka mereka? Kenapa double standard jadi amalan ‘terpuji’ dalam Pas?

Kena kat batang hidung sendiri, terus cakap, mereka bukan Islam.Kena kepada Umno, bukan main lagi cakap, Umno tak pandai tarbiah MCA. Dasar munafik !

6 comments:

Kama Irahsa said...

nizar ok sebab die hybrid DAP-PAS kot. hehe

adam said...

Dalam dunia ni mcm mcm fahaman agama islam ada...yg biasa kita ikut islam yg dibawa oleh nabi muhammad s.a.w kita sebagai agama terakhir dan tiada lagi agama islam selepas baginda wafat...

Tapi aku pelik agama islam yg ada di malaysia ni,iaitu agama islam cara Pas,pengasas wali selipar Pok Nik dan hadi awang.

halal haram semua boleh asalkan sokong Pas,jadi munafik pun takpe janji menang,doa supaya org pecah perut takpe asal hasad dengki tercapai,berkhalwat pun boleh asalkan org Pas...masyaallah

Anonymous said...

islam mana de konon2 beb. lu pikir la sendiri

Anonymous said...

Assalamualaikum..sila rujuk artikel Ust Zaharudin Abdul Rahman berkenaan salam dengan bukan muhrim.Ada keringanan disini dari segi hukum bila dalam keadaan tertentu jika bukan muhrim menghulurkan salam terlebih dahulu dan untuk tidak mengaibkannya,adalah tidak berdosa kita.Jadi jangan jumud sangat dan belajar kalau tidak tahu,yang penting,kita jaga diri kita terlebih dahulu dan selebihnya serah pada Allah Taala

Mohd Halim said...

Kalau orang dah sua tangan kita tarik jatuh laa maruah orang, kalau kita memang dah gatai aku tak tau laaa

Mohd Halim said...

Kalau kita gatai sangat nak salam ngan pompuan, tak tau lah aku, tapi orang dah sua tangan tak kan nak tarik kot