Wednesday, January 26, 2011

Normala Tidak Layak Jadi Wakil Rakyat

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog semalam. Bukannya saya hilang atau sudah kembali ke KL. Semalam sehari suntuk saya turun padang bagi mencari peluru.

Semalam saya ke Felcra Sekijang, kampung calon Pas. Dari pagi sampai ke petang saya berada di sana bagi mengorek cerita tentang calon Pas. Sebelah malam pula ke Felda Chempelak Barat untuk mendengar ceramah Pas.
Calon Berwibawa ?
Kah...kah....kah...kah....kah....kah....

Normala adalah anak jati Felcra Sekijang dan sehingga sekarang masih lagi tinggal di sana bersama ibu bapanya. Dia adalah anak pertama dari isteri pertama. Ayahnya mempunyai seorang lagi isteri warga indonesia dan ada seorang anak bersama isteri kedua. Mereka sekarang menetap di Indonesia. Yang hebatnya, selepas bernikah di Indonesia Wak Sudirman pulang ke Felcra Sekijang membawa sekeping gambar pernikahannya bersaiz besar kemudian diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Mengikut cerita orang-orang Felcra berkenaan mereka pun terkejut apabila mendapat berita Normala diangkat sebagai calon Pas.

Bagi mereka Normala tidak layak sama sekali menjadi wakil rakyat kerana dia seorang yang sombong dan tidak pernah bergaul dengan masyarakat sekeliling rumahnya. Malah jika ada jiran-jiran membuat kenduri pun dia tidak pernah datang.

Menurut orang-orang kampung, bukan setakat Normala sahaja yang sombong malah suaminya juga seorang yang sombong dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Kepada pengundi-pengundi Dun Tenang, seandainya anda semua tidak percaya apa yang saya tulis ini, anda boleh pergi ke Felcra Sekijang dan tanya sendiri masyarakat di sana benar atau tidak apa yang tulis ini.

13 comments:

aninomos said...

betul! kalau seseorang tu adalah orang yg sombong memang tak layak jadi wakil.. meh kite tentang semua wakil rakyat yang sombong2 tuh tak kire la dar PR ker dari BN ke dari 'Bebas' ker.. tu yang sepatut nye rakyat negara ni buat!

Jeffry said...

KLU DH SOMBONG LAKI BINI BEK GI TERJON MASUK LOMBONG LA!. PENGUNDI X PERLU CALON BODOH SOMBONG MCM DIA KEHKEHKEH

Anonymous said...

Nampaknya semakin jelas NORMALA adalah calon yang paling sesuai...kerana UMNO terpaksa mencari dan mencipta isu...Ada blog UMNO merapuu tentang perkahwinan pertama Normala dgn pekerja KFC sebagai isu..blog ini pula merapu pasal perkahwinan bapa Normala... kenapa perlu sensasi bab kahwin. Sepatutnya kita mensensasi bab Rogol Amah Indon ke..Video Lucah dengan Amoi ke...

UMNO nampaknya makin terdesak terutama calon mereka Tok Ai didapati seorang pegawai kerajaan yang cuai dan tidak amanah sehingga menyebabkan tanah orang kampung tergadai...bayangkan itu baru ADO..kalau jadi wakil rakyat silap2 tanah Felda pun kena gadai...

Anonymous said...

Maaf tuan, janganlah kita mainkan isu kahwin dua nie, pemimpin umno pun ada yang kahwin dua spt yb kinabatangan,

Anonymous said...

baca kat sinar harian semlm,cikgu2 sekolah senang dgn cikgu normala...

siap ada sorang cikgu tu cakap,murid2 mmg sayang dgn cikgu normala nih...abis la cikgu yg komen tu,mau kene transfer lepas ni..

tgk track rekod,mcm2 anugerah gak dia dpt time dia mengajar dulu...

terpulang pada pengundi...

-warga shah alam-

bzz said...

bro,

dari riak wajah dia, kita boleh tahu macam mana perangainya. baca juga body languages nya. mmg ada menunjukkan muka yg agak sombong/senyap.

Anonymous said...

Normala sebenarnya seorang yang panas baran....Nampak macam lemah lembut tapi...fuhhh...saya kenal sangat dengan Normala...Macam ni nak jadi YB....ketika jadi guru....buat kerja macam org pandai...tapi dia tak pandai...

Anonymous said...

salam tuan,

sememangnya pengikut2 pas nie mmg xnk cmpur org lain.

contoh di tempat saya, felda bukit batu, kulai, johor, para penyokong pas adalah 2,3 kerat, pastu ada org felda lain buat majlis2 kawen, kenduri mmg xnk rewang.

lastly, ble anak dia kawen, lgsg org felda xdtg, kalo becek bleh dpt 6,7 ribu, agaknya dorg dpt xsmpai 1ribu je kot hehe.. 2 pun sedara mara je kot yg bg. Padan muka.

kesimpulannya, penyokong pas di johor nie bajek bgus n sial !

-i love umno 4ever.

Anonymous said...

'Make Gaji Buto'la jawabnya.

Anonymous said...

mohon suami mala resign 24 jam. tak layak jadi guru.lebih layak jadi pak pacak politik

Anonymous said...

Tak baik menghina Cikgu Mala..Satu kampung dia semuanya orang UMNO...Mana ada ahli PAS...?Jadi, tak hairanlah kalau semuanya cerita hanya memburukkan dia dan keluarganya sahaja...Banyak jasanya pada orang Felcra Sekijang...Beliau pernah mengajar anak murid secara percuma...Begitu juga dengan jasa ayahnya ...Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala kebaikan mereka...Biarlah mereka menghina...Bukankah alam akhirat itu kekal selamanya bagi Insan yang angkuh dan lupa..Fikirkanlah...

Anonymous said...

Daripada PEJUANG KEBENARAN:

Saya kenal Cikgu Mala..Dia Jurulatih Utama Kebangsaan yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Dia juga Jurulatih Utama Negeri Johor yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Johor...Jasa kepada warga Kemelah dan Sekijang memang banyak..Dia pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tadika Agama Johor Felda Kemelah dan Naib Pengerusi PIBG di tempat beliau...Pengerusi Panel Penilai Pergerakan Puteri Islam Daerah Segamat pulak tu.... Jadi, hanya orang yang ada masalah 'hati' dan 'hasad dengki' saja yang suka menabur fitnah dalam blog ni...Tunggu pembalasan Allah!!!!!!

Anonymous said...

Setahu saya Cikgu Mala seorang yang sibuk..Tapi, kalau tak sempat ziarah waktu siang, dia akan datang sebelah malam...Kalau tak sempat hadir kenduri, dia datang lebih awal ke rumah jiran sekampungnya...Tapi, takkan dia nak pukul canagn satu kampung selama ini...??Antara yang saya pernah nampak, beliau hadir di rumah Wak Timan, Bik Lastri..,Wak Daud dan ramai lagi jiran lagi...Raffi tu, ada kaitan dengan YB Ayub Rahmat , ADUN Kemelah...Takkan dia nak cerita kebaikan Cikgu Mala...??Itulah perangai keji UMNO...Suka reka cerita dan buat fitnah....Allah akan balas perbuatan ahli UMNONGOK...