Saturday, January 29, 2011

Penjelasan Isu Tanah Calon BN

Pas telah menjadikan isu sekeping tanah milik seorang lelaki yang telah dilelong sebagai modal utama kempen mereka di prk Tenang.

Malam tadi saya telah mendapat gambaran sebenar kes tersebut dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang sebenar.

Seorang lelaki bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Mansor telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai cagaran.

Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank.

Berkali-kali Mansor diberi peluang oleh bank dengan cara baik agar menjelaskan pinjamannya.

Bagaimanapun Mansor tetap gagal menjelaskannya walaupun peluang demi peluang telah diberi.

Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.

Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.

Setelah kes diserahkan kepadanya, maka peguam yang juga orang Pas meneruskan tindakan undang-undang terhadap Mansor. Tindakannya ialah membuat urusan untuk melelong tanah milik Mansor bagi membolehkan bank mendapat balik wang mereka.

Untuk melelong tanah tersebut pihak bank melalui peguamnya perlu mendapat kebenaran pejabat tanah sebagai pentadbir.

Setelah bank menunjukkan segala bukti-bukti dan hujah-hujahnya mengapa tanah tersebut perlu dilelong, maka pihak pejabat tanah tidak ada alasan untuk tidak membenarkannya.

Lalu pejabat tanah telah memberi kebenaran bank untuk melelong tanah tersebut berdasarkan segala bukti dan hujah yang diberikan oleh peguam yang mewakili bank.

Beberapa hari sebelum tanah tersebut di lelong, Mansor telah datang ke bank dan berbincang dengan bank serta membuat bayaran kepada bank sebanyak RM 10 ribu bagi mengelakkan tanahnya dilelong.

Setelah menerima bayaran dari Mansor, peguam (orang Pas) yang mewakili bank TIDAK memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan tanah Mansor ditarik balik atau ditangguh kerana dia telah membuat bayaran kepada bank.

Pejabat tanah yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut telah meneruskan lelongan tanah Mansor pada hari yang telah ditetapkan untuk melelongnya.

Akhirnya tanah Mansor telah dilelong kerana KEGAGALAN peguam (orang Pas) memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan kerana Mansor telah membuat bayaran kepada bank.

Tanah tersebut telah dibeli oleh seorang wanita. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan Mansor, maka Mansor telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pejabat tanah.

Akhirnya mahkamah memutuskan agar tanah tersebut dipulangkan kembali kepada Mansor dan bank pula diminta membayar kembali wang kepada wanita yang membeli tanah tersebut.

Wanita tersebut tidak berpuashati, katanya beliau telah mengalami kerugian kerana selepas membeli tanah itu beliau telah bercucuk tanam atas tanah tersebut.

Akhirnya wanita tersebut saman pula pejabat tanah, bukannya beliau saman Azhar Ibrahim secara peribadi sebagaimana yang dicanang oleh juak-juak Pas yang otak kemetot seperti Shamsul Iskandar Mat Akin.

Perkara ini telah dijelaskan oleh blogger MIK beberapa hari lepas. Klik di sini

Kesimpulannya, dalam kes ini Azhar Ibrahim (calon BN) tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beliau menjalankan tugasnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Orang yang perlu dipertanggungjawab dan bersalah dalam hal ini adalah peguam yang mewakili bank, Firdaus yang juga orang Pas.

Dia perlu dipersalahkan kerana gagal memaklumkan kepada pejabat tanah supaya urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan.

Saya difahamkan Firdaus yang membocorkan perkara ini kepada Pas untuk didedahkan dalam kempen prk ini.

5 comments:

Mohd said...

Dgn keterangan ini, Din Puduraya sbg ketua jentera pilihanraya PAS telah kantoi dgn memainkan isu ini.
Kesian bagi Mala yg akan hilang segala2nya termasuk suami yg tercinta sebab puak lebai2 PAS yg berbekalkan ubat2 kuat dok tunggu nak merampas Mala utk dijadikan isteri ke-2, ke-3 atau ke-4.

Anonymous said...

Bodoh punya orang Pas tak tau ke bahawa yg di saman itu adalah bank dan pejabat tanah dan yg menyaman tu suka suka saja tarok nama Azhar supaya sedap dengar bahawa terdapat beberapa orang yg di saman...baru glamor sikit.Sebab yg menjalankan enquiri serta pelelong di pejabat tanah hari tu adalah jaga bangunan.Di sebabkan plaintif tak ingat nama pelelong ari itu, tambahan pula tubuh badan pelelong hari tu kecil dan badan dia terlindung olih badan En Azhar.......Jadi terpaksalah dia menamakan En Azhar sebagai salah seorang defendan.......belajarlah dulu apa itu plaintif dan apa itu defendant sebelum komen apa apa..

Anonymous said...

pepek cg mala memang besssssssssssst

Anonymous said...

Salam RBF,tahniah kerana telah merungkaikan isu tohmahan terhadap calon BN,Tok Ai.Sememangnya juak-juak pembangkang ini sering memutarbelitkan isu dan menyembunyikan kebenaran apabila menuduh pihak BN.Sekarang ini memang telah terbukti bahawa mereka ini tidak berilmu dan kaki spin dalam kebanyakan isu misalnya apa yang berlaku di negeri Selangor baru-baru ini.Rakyat yang taksub dengan mereka atau yang membenci BN akan terus diperdaya dengan dakyah-dakyah palsu pemimpin pembangkang ini.Tidak ada apa pun saya lihat kebaikan pembangkang yang boleh dibanggakan melainkan menghasut rakyat membenci kerajaan BN yang ada.Walaupun banyak perkara yang masih boleh diperbaiki oleh BN tetapi sekurang-kurangnya kita tidak menghasut api kebencian kepada rakyat dan sering berbohong apabila tersepit.Teruskan usaha membongkar penipuan-penipuan puak-puak pembangkang ini kerana dengan cara ini sajalah kita dapat menunjukkan bahawa mereka juga banyak kepincangan yang lebih teruk dan tidak harus dipandang remeh.

Anonymous said...

Terfikir gak aku, Mala masuk bertanding ni untuk jadi wakil rakyat ker atau sajer nak iklankan diri sendiri. Supaya lebai2 tu terlioq...

Terus terang aku katakan, Mala ni memang cantek... Aku pun dah terlioq ni...